You are on page 1of 16

Ujian Pengamatan

Objektif ujian pengamatanMenerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi
oleh murid dalam:
1.Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna,
huruf, nombor, suku kata dan perkataan.
2.Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan sertahubungan antara satu objek dengan
objek yang lain.
3.Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor,
suku kata, perkataan dan ayat.
4.Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah

dan dari bawah ke atas.

5.Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan-Sequencing.

6.Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


Komponen Ujian Pengamatan
1-Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2-Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
3-Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna,
nombor, huruf dan sebagainya,
4-Diskriminasi kedudukan (Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk,corak,
warna, nombor, huruf dan sebagainya,

5-Koordinasi Motor ±mata ±tangan.


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan
fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
6-Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara
satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

7-Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari
jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.
8-Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti
-aktiviti
bersiri

9-Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure ± Ground)


Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.
10-Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.
Panduan melaksanakan ujian pengamatan:
1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang
terkandung dalam komponen pengamatan.
2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
PRABACAAN
- PRABACAAN -
Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :-
1. Pengamatan penglihatan
2. Pengamatan pendengaran
3.
Pergerakan
tangan
dan
mata

Prabacaan merupakan kesediaanmurid untuk membaca. Pada peringkat awalnya,

kesediaanmembaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk

bacaan awal ataubacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang

boleh mendorong merekamempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

konsep kesediaan membaca bukansahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum

bacaan, tetapi juga merangkumi setiapkemahiran sebelum kemahiran membaca secara

khusus dan berterusan.


Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat

prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran

pengamatanpendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor,

latihan menajamkandaya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula

meliputi kemahiran mengenalabjad hingga membaca ayat.

Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap

prabacaanmerupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain,

makna istilah tahapprabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid

didedahkan kepada aktiviti


-
aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan
pendengaran .
Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan

menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi

kemahirantersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang


menyerupaihuruf. Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-

bentuk yangseimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid.


Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid
sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak
cekap

membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara ‘tidak

bolehmembaca’ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain,

kaedahmengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara

yang lebih sesuai,mudah dan berkesan.

Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca

bahan-bahan bacaan yang ‘senang’ pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran

membacadibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut:

a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik - ertinya ada hubungan yang

rapatdi antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa

Inggeris yangamat rumit itu).


b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan
dengan
bahasa-bahasa lain - dengan bahasa Inggeris misalnya).

Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat

meyakinkan kita

bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca

bahasa

Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal.

c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang

melangkahmasuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai

perbendaharaankata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca

bahasa Melayu. Ertinyamereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan

sebagai bahasa kedua (misalnyabahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar
membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasakedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu

sudah tentu i
ni akan membawa kepayahan dan
kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.

Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-

guru kita – ‘kaedah abjad’ , ‘kaedah fonik’, ‘kaedah pandang dan sebut’, ‘kaedah eklektik’ dan

sebagainya.Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana

jika murid-murid tidakmempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di

masa lapang atau di rumah,pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya

akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana

bahan-bahan bacaan di rumah sangatkekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa

murid-murid akan menambah kecekapanmembaca dengan terus diberi kemudahan untuk

mereka membaca.

Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya - dari

segimatlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira - bergantung besar

atas faktoradanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk

murid-muridmembaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai ‘ilmu

pengetahuan’, mesej moral,dan sebagainya.


Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca di PeringkatAwal

Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca

dengancekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun

kebelakanganini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang

dibuat nampaknyamasalah ini masih agak serius

Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira)

diberiperhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan ibu bapa, kerana di

dalamsistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-

kanakmempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam, Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan,

Pertanian,Seni Perusahaan, mata pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan

kemahiran lain.
Kemahiran 3M adalah µalat¶ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan

membuatkomunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat

diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had

minimum dalam kemahiranmembaca setakat µmengenal huruf¶ sudah tidak memadai lagi.

Taraf minimum yang harus dianggapsebagai µfunctionally literate¶ di Malaysia hari ini harus

didasarkan pada keupayaan seseorang itumembaca dan memahami tulisan di dalam

suratkhabar, dan menulis surat

surat urusan hariansendiri. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh

90% daripada murid-muridsekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3.


Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari

awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita, mula mengenal huruf

hanyaapabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar

membacaapabila kita bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai

µbiasa¶ bahawa diantara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-

kanak supaya dapat membacadan menulis.

Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas guru

belum dikirasempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita

memberikankecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai

yang tidak mendapatkemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan

harus dikaji semula sertadipulihkan.

Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam

sistempelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat

awal :(beberapa definisi dan andaian asas)


a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca
yang
dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1, di sekolah-sekolah dasar kita;
b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah µnormal¶ dari segi keupayaan atau
kebolehan mereka
belajar;
c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin

dalambentuk dialek), menguasai perbendaharaan kata yang µmencukupi¶ akibat daripada

lahir di dalamkeluarga Melayu, atau bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu. Dengan

kata lain mereka belajarmembaca


bahasa
Melayu
sebagai
bahasa
pertama.
KAEDAH
PENGAJARAN
YANG
BIASA
DIBUAT

Kaedah abjad

Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf

yangdigunakan dalam tulisan Melayu; a,b,c«hingga z. Murid-murid diajar menghafal nama-

nama huruf inimengikut aturannya a,b,c,«z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan

huruf-huruf sebagailiriknya. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal:

a,e,i,o,u. Selepas itu dibinasuku-suku kata ³ba ± tu´, ³ka ± ki´ dan sebagainya, dan diikuti pula

dengan mengeja perkataan-perkataan. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat

yang pendek.

Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan, atau lebih untuk

mengetahuinama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .Kaedah abjad yang begini

hanyalah menegaskanhafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

Memulakan pengajaran membacadengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama

huruf, sebenarnya menegaskan sesuatuyang boleh membosankan murid-murid. Saya kira

kaedah ini mengambil masa yang agak panjangsebelum murid-murid itu dapat merasa

gembira atau puas.


Kaedah µPandang dan Sebut¶ (look and say)
Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah

SeluruhPerkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-

kelemahan yangterdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah

Menghafal µnama setiaphuruf itu¶. Misalnya batu, rumah, sekolah, budak, pokok, meja,

pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih

bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya.Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau

Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajarmurid-murid membaca. Kerap kali

ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang

dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah,perkataan

pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang

menunjukkangambar dan perkataan.

Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba µmengenal¶ keseluruhan lambang-lambang

itu untukmendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh µlambang perkataan¶

sebelum bolehmembaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan, dan

mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.


Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah
Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli
-ahli pendidik mengajar

membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar, bahasa

Inggerisialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna, bercelaru

dari segisymbol-sound relationship. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa

menganggapkaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar

permulaan membaca.Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula,

sebab didapati ramai muridbiasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca.

Kemahiran murid-murid µmengenal¶ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma


dengancepat. Bahkan ramai yang menghafal µperkataan-perkataan¶ berdasarkan gambar

daripadaµmengenal¶ perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-


perkataan yang
µbaru¶. Jadi, baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan

bahawakaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan

Sebut untukmengajar permulaan membaca bahasa Inggaris.

Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-

bahasa yangmemakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem

ejaan bahasa Cina,yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya (satu morfem)

dengan satu perkataan.

Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh

dikatakanmelambang satu µbunyi¶ ± lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa

Inggeris) maka agaktidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan

untuk mengajar permulaanmembaca bahasa Melayu, terutama mengajar murid-murid Melayu.

Kaedah ini akan menyusahkandan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran

membaca bahasa Melayu.


Kaedah Fonik

Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di

antarasimbol (huruf) dan µbunyi¶ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka

dapatmembaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi.

Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf, diajar µbunyi-bunyi¶ huruf. Ertinya lambing

hurufterus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya µa¶ dibunyikan µaa«¶, µt¶ ± µtah¶, µs¶ ±µss¶.

µu¶ ± µuu«¶, µz¶ ±µzz«¶, dan sebagainya. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf

dengan bunyinya, suku katapula dibina. Misalnya, µba¶, µda¶, µtu¶, µka¶, µlu¶, µmi¶ dan

sebagainya. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan ±

µdada¶, µbatu¶, µkata¶, µlalu¶, dan sebagainya. Seterusnyamurid-murid diberi latihan

membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini.

Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu

adahubungan yang agak teratur di antara µhuruf¶ dan µbunyinya¶), dan oleh sebab suku kata

kebanyakanperkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan

untuk mengajarpermulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. Sekurang-kurangnya


kaedah ini adalah lebihmunasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan

Kaedah Abjad dan Kaedah Pandangdan Sebut.

Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf

yangkurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil

untuk merekamengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca

perkataan-perkataan danayat-ayat yang bermakna.


Kaedah Eklektik

Kaedah ini adalah kaedah Campuran ± campuran kaedah-kaedah mengikut

kesesuaianmurid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada yang

menggunakanpenujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik.

Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang didapati

apabilaseseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka memikirkan

Kaedah ini adalahyang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita

Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan, agak banyak yang

mengajarkurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba, kerana

asas gabungan itukurang diperhatikan.

Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar µeklektik¶ tetapi sistematik,

yangmengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu, struktur suku-katanya,

dantatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak

lain.Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca

bahasaMelayu sebagai bahasa pertama; tetapi Kaedah itu haruslah sistematik


KAEDAHGABUNGAN Y ANG DICADANGKAN
Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat
awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut:
a) Sistem ejaanbahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ± ertinya ada
hubungan
yang rapat di antara simbol/huruf danbunyinya.
b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-
bahasa
lain ± dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada µkaedah fonik¶ dan µkaedah pandang dan sebut¶ boleh
digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun
mempunyai
perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca.

Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus

µkaedahfonik¶ dan µkaedah pandang dan sebut¶ dalam satu pelajaran membaca, pada

peringkat awal. Kitatidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama huruf, bunyi

huruf dan suku katasebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat.

Malahan kita tidak begitu perlumemperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari  a,b,

c« sampai z secara tertib biasa.

Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi

beberapahuruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan

perkataan-perkataanyang bermakna, dalam satu dua pelajaran. Dengan cara begini dalam

dua, tiga pelajaran sajamereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan

merasa bangga yang merekaboleh membaca serta faham akan yang dibaca.
Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit, terdapat beberapa contoh:
a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal:
a o u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini
beberapa
kali, selang-seli.
b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya:
d k m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua
murid
dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:
da di du
ka ki ku
sa si su

Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:


ba ba baba
bu bu bubu
da da dada
ku ku kuku
Ulangkan ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan
murid-
murid membacanya:
baba bubu
dada kuku
d) Perkenalkan gabungan lain:
a ku aku
a da ada
i ni ini
i tu itu
buku bukuba ba bababuka buka
ba j u baju
Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:
aku adabuku

aku bukabaju

inibuku aku

itu b aju aku
Kemudian gantikanµaku¶ denganµb ab a¶ dan ulang membacanya.
Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:
bukudi a
buku baba
bukuaku/ku
Gantikanµbuku¶ dgn µbaju¶, µbaju¶, dan µkuku¶ dan ulang bertubi-tubi dengan kad
imbasan.
e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.
ibu ibu
budi budi
uda uda
budi ibu
budi ibuku
budi uda
di a dia
ka ki kaki
kaki dia
kaki ibu

kaki kuda
Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
buku uda

Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga, empat

hari,sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf  a, e, i, o

: b, d, k danmembaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.


Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima

pengajaran darisegi mental, emosi dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca melibatkan
sebarang aktivitisebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat

mendirikan asas,mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang

aktivitibacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya

untuk menerimapengajaran bacaan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat

dilihat dari sudutkeupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan

diajarkan, keupayaan matanyamengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya

mengecam bunyi
-bunyi.

Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap

bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan, membelek-belek bahan

bacaan, melihatbahan bacaan, dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan

minatnya untuk mendengarbacaan, khususnya yang berupa cerita. Dari segi mental,

kemampuan kanak-kanak dapat dilihat darisegi keupayaannya mengingat apa-apa yang

diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Dari segi umur, ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan

ada pulakanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. Selain

faktor fizikal, emosidan mental, factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak

membaca. Sebagaicontoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan

sejak lahir, sentiasa melihatorang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang

membacakan buku cerita untuknya akan lebihcepat bersedia membaca berbanding dengan

kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluangyang sama.


Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting.

Menurutnya, ³Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan

kemahiranmembaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk

kepada kanak-kanak, ibubapa dan guru.´ Beliau berpendapat, konsep kesediaan membaca ini

samalah dengankeadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan

otot-otot tubuh mereka.


Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak dan berdiri
terlebih
dahulu. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan

dapatdianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk

kemahiranmembaca, Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandanganSyed Abu Bakar ini

dapat kitarumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat

bacaan seperti yangdi bawah. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak ( aktiviti

mendirikan kemahiran asasmembaca) ,berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas

membaca ,berjalan ( mahir membacaperingkat rendah) , berlari ( mahir membaca peringkat

tinggi)
AktivitiKesediaan Membaca
Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu

peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran

pengamatanpendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor,

latihanmenajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan meliputi

kemahiranmengenal abjad hingga membaca ayat.


Menurut Ismail Zakaria,Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula, tahap

prabacaanmerupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain,

makna istilah tahapprabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid
didedahkan kepada aktiviti
-

aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan

pendengaran.Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid

membentuk kelazimanmembaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah :Untuk mencapai

tujuan ini, aktiviti-aktiviti yangterdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983)

dapat dimanfaatkan oleh para guru.Tiga kategori aktiviti disediakan, iaitu pengamatan

penglihatan, pengamatan pendengaran, danpergerakan tangan dan mata.


AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
- Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1

Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz.

Bahan:

Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.


Aktiviti Murid:
Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan
secara
individu, kelas dan kumpulan.
- Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2
Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau
di buku
skrap kelas.
Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang
tidak
boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup

2. Murid menyebut ³benda hidup´ atau ³benda bukan hidup´ sebagai respons terhadap kad
benda
yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan
mengikut
tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk
tertentu.
AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN
- Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1
Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan
bunyinya.
Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku,
tempurung,
batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda it
u sama
atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu ³Mari Bergembira´ dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman
atau
nyanyian atau nyanyian guru sendiri.
- Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2
Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik,
angin
kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.

Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang,

anginmenderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan

denganbunyi-bunyi yang diperdengarkan.


Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.

2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu.

3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.
AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN D AN M ATA
- Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.

Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid:

1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang

disukainya.

3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

- Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2


Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah
untuk
membolehkan membentuk huruf.
Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera,
bol
a,
manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat
dengan
garisan putus-putus.
Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya.

2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan

menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik

memegang cawandipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera

You might also like