You are on page 1of 14

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN
Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding dengan
cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan segala
cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu
kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa
depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu
didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan,
keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu.

Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan


perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah
merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

1. menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani;


2. menghuraikan Proses-proses yang berlaku secara berperingkat iaitu proses
pertumbuhan dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas; dan
3. membina hubungan antara ketiga-tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif.

OUM
15
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2

PETA MINDA

2.1 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL


Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk
masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Penetapan
matlamat yang realistik adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah
dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur.

Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat
yang berupaya:

1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan


perlakuan motor.

2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri


berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran.

3. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan
secara berterusan.

4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai


pelbagai kegiatan fizikal.

5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma masyarakat.

Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi


penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi individu. Pergerakan
fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan


kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan
dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat
mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.

OUM
16
TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas
sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada
mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan
sepanjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat
sepenuhnya kepada mereka.

Perancang perlu merancang dan mengambilkira aspek perbezaan umur dalam merancang
aktiviti. Dalam modul ini penulis telah membahagikan aspek umur kepada tiga kumpulan
iaitu:

• Kanak-kanak;

• Remaja dan dewasa; dan

• Warga Emas.

2.1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

Bergerak merupakan naluri semulajadi setiap kanak-kanak. Semua pengalaman


pergerakan kanak-kanak membawa kepada peningkatan keupayaan kinestetik mereka.
Walau bagaimanapun, cara bergerak dengan betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi
kerana amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat sukar diubah atau
dibetulkan apabila remaja kelak.

Menjaga kesihatan pula bukan naluri semulajadi kanak-kanak, tetapi aspek ini perlu
dipelajari dan ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan
kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari
kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi
juga kesihatan mental, emosi dan sosial.

Kanak-kanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Mereka sentiasa menerokai alam
sekeliling bagi memenuhi naluri ingin tahu. Masa inilah mereka paling berminat dalam
alam sekeliling mereka dan keupayaan tubuh badan bergerak menerokai alam sekeliling.
Mereka ingin tahu terutama tentang fungsi tubuh badan sendiri dan julat pergerakan yang
boleh dilakukan oleh tubuh badan. Mereka memerlukan peluang bagi meluahkan
perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara fizikal.

Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-kanak


supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah. Antara tugasan
perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama. Kanak-kanak perlu juga
belajar mengenai alam sekeliling supaya mereka dapat hidup dengan yakin, gembira dan
selamat. Kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat
pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat yang
sejahtera. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan geografi atau status
sosioekonomi murid.

Kegiatan aktiviti yang terancang mampu membentuk kanak-kanak yang sihat dan
seimbang dari segi mental dan fizikal. Keberkesanan di dalam pembangunan fizikal dan
pembangunan motor akan dapat merangsang pembangunan kognitif serta pembangunan
sosial, emosi dan afektif.

OUM
17
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2

Keadaan fizikal yang mantap dan sihat berupaya melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai ciri-ciri fizikal yang segak dan cergas. Penampilan tersebut berupaya
menyakin dan memotivasikan mereka dalam menghadapi cabaran peringkat awal remaja
(pembentukan diri).

Otot-otot yang sihat mampu menjadikan kanak-kanak berdikari tanpa mengharapkan


bantuan orang dewasa. Keadaan ini akan membuatkan mereka lebih bermotivasi di dalam
melakukan aktiviti secara bersendirian serta menghadapi situasi yang lebih mencabar.

Sukan merupakan suatu medium yang menekankan aspek-aspek mental dan


fizikal.Kepuasan yang dicapai oleh kanak-kanak di dalam sukan adalah berbentuk
keseronokan. Dalam aktiviti sukan kanak-kanak akan berusaha mencapai objektif,
keadaan ini akan mewujudkan kepuasan yang maksimum di dalam penglibatan mereka.
Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti
fizikal iaitu mempamerkan kebolehan, penguasaan tugas, berkenaan sosial, kemenangan,
kemajuan besar dan kerjasama berpasukan.

Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti sukan mampu menyediakan kanak-kanak untuk


menguasai pergerakkan-pergerakkan asas melalui aktiviti- aktiviti sukan yang didedahkan
kepada mereka. Aktiviti-aktiviti sukan selain daripada menyediakan pendedahan kepada
aspek-aspek lokomotor asas juga mempunyai elemen-elemen seperti pembentukan
sahsiah, pertandingan, kecergasan, ketahanan mental, disiplin, nasionalisma dan
keagamaan.

2.1.2 Remaja dan Dewasa

Pendidikan Jasmani adalah bersifat menyeluruh kerana ia menyediakan elemen-elemen


yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Zaman remaja dan dewasa
merupakan fasa pembentukan dan pertumbuhan fizikal yang sempurna. Ketika remaja dan
dewasa kecergasan merupakan elemen yang perlu dititikberatkan kerana aktiviti ini boleh
membantu pertumbuhan fizikal yang sempurna.

Zaman remaja dan dewasa juga merupakan zaman membina dan meningkatkan kejaya.
Keberkesanan organ-organ dalaman badan bekerja dengan efisien akan membolehkan
remaja atau dewasa bekerja dengan selesa dan lebih bersemangat serta bermotivasi
untuk bekerja. Kecergasan fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan
dewasa mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan-tugasan yang diberikan.

Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang baik dan sihat jika sistem
organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Kecergasan fizikal dikaitkan
dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa
kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.
Kecergasan fizikal yang optima tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.

Dengan kata lain kecergasan fizikal akan merangsang keupayaan remaja dan dewasa
untuk berfungsi secara berkesan bagi menghadapi cabaran dalam aktiviti fizikal harian dan
menggunakan masa lapang dengan lebih efektif. Di samping itu kecergasan fizikal
membekalkan lebihan tenaga kepada golongan remaja dan dewasa ketika bekerja atau
kecemasan.

OUM
18
TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Bagi membolehkan golongan remaja dan dewasa terlibat secara cekap dan berkesan
dalam aktiviti sukan terutamanya aspek pembangunan fizikal, komponen-komponen
kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diberi penumpuan dalam aktiviti fizikal.
Komponen-komponen lakuan motor ialah:

• Kelajuan

• Ketangkasan

• Kuasa

• Imbangan

• Masa reaksi

• Koordinasi

Matapelajaran Pendidikan Jasmani diperingkat remaja mementingkan bidang


perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal,
sosial, mental dan emosi. Pergerakan fizikal yang dititik beratkan melalui matapelajaran
Pendidikan Jasmani akan memberi sumbangan yang penting kepada seseorang individu
secara menyeluruh.

Nilai-nilai yang diperolehi hasil dari aktiviti-aktiviti yang diterapkan akan berupaya
membina insan yang seimbang. Pelbagai kebaikan diperolehi melalui Pendidikan Jasmani
dan ia boleh dikesan melalui objektif Pendidikan Jasmani. Antaranya, pembangunan
fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan
afektif.

2.1.3 Warga Emas

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi,


fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan warga emas memberi sumbangan yang
bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan
seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap
dan berkesan. Kecergasan keseluruhan merangkumi:

• Kecergasan Fizikal

• Kecergasan Mental

• Kecergasan Sosial

• Kecergasan Emosi

• Kecergasan Rohani

Pengetahuan berasaskan Pendidikan Jasmani merupakan suatu elemen yang penting


dalam membentuk insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. Warga emas
mengalami perubahan gaya hidup disetopikkan oleh peningkatan umur. Peningkatan umur
melibatkan perubahan sistem biologi, psikologi, kepercayaan dan sosial. Perubahan-
perubahan tersebut akan mendedahkan warga emas kepada penyakit-penyakit kerana
faktor-faktor umur dan perubahan fisiologikal badan.

OUM
19
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2

Sistem fisiologi menjadi semakin kurang efektif apabila meningkatnya umur. Penekanan
kepada aktiviti-aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan atau mempastikan sistem
fisiologikal berfungsi dengan konsisten. Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti
pembangunan fizikal dalam individu bertujuan membangunkan pelbagai sistem organ
dalam tubuh badan individu. Pendapat ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang
individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem
organik tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

Latihan 2.1

Nyatakan matlamat membina masyarakat dalam menjalankan aktiviti fizikal


bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani.

2.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF


Pembangunan kognitif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melibatkan pengumpulan
pengetahuan, keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan. Dalam sub
topik perkembangan kognitif ini akan membincangkan aspek:

(i) Kemahiran berfikir


(ii) Konstruktivisme
(iii) Kepelbagaian kecerdasan

2.2.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahiran
berfikir. Perkataan Kritis berasal daripada bahasa Yunani ‘Kritikos’ yang bermakna
mampu menilai. Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan,
kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Kemahiran ini memberi tumpuan kepada
kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluruh
kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas.
Ini dapat menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetulkan. (BPG
1995)

Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis proses berfikir. Pemikiran tersebut lebih
menekankan kepada hemisfera otak kanan (HOKA) berbanding hemisfera otak kiri
(HOKI). Namun demikian otak kanan kurang diberikan perhatian dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu HOKA perlu diberi penekanan dalam bilik darjah
supaya kreativiti murid dapat dikembangkan ke tahap yang sewajarnya. (BPG 1995)

Daripada definisi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa berfikir secara kritis dapat
membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan
maklumat dengan berkesan. Dengan ini, kita akan dapat membuat pertimbangan yang
lebih bijak dan berkesan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Sementara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk

OUM
20
TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa
dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gugusan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi
peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara:

(a) Menciri
Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat,
ciri dan kualiti.

(b) Membanding dan Membeza


Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti
serta unsur satu peristiwa atau objek.

(c) Mengumpul dan Mengkelas


Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat.

(d) Membuat Urutan


Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri
atau sifat.

(e) Menyusun Mengikut Keutamaan


Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

(f) Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih
kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang
tersirat.

(g) Mengesan Pengaruh


Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak atau menentang sesuatu.

(h) Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

(i) Membuat Kesimpulan


Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada satu
hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Pengguna juga diberi peluang berfikir secara kreatif dengan cara:

(a) Menjana Idea


Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

(b) Menghubung Kaitkan


Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

(c) Membuat Inferens


Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak, berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian.

OUM
21
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2

(d) Meramalkan
Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

(e) Membuat Hipotesis


Membuat penyataan umum menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.

(f) Mensintesiskan
Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang berasingan untuk
menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, lukisan
dan artifak.

(g) Mengitlak
Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan
pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

(h) Membuat Gambaran Mental


Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda atau fikiran.

(i) Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta mengaitkan konsep itu
dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri-ciri yang serupa

(j) Mereka Cipta


Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu
yang sedia ada dalam bentuk maujud.

Di antara tujuan Kemahiran Berfikir secara Breatif dan Britis digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar:

(i) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak.
(ii) Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.
(iii) Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
(iv) Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
(v) Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka.
(vi) Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina
keyakinan diri untuk memberi hujah.
(vii) Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi
pandangan dan kritik.

OUM
22
TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Penekanan kepada kemahiran ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak membuat


tafsiran yang tepat terhadap sesuatu permasalahan yang mereka hadapi. Kemahiran
Berfikir secara Britis dan Kreatif bertujuan untuk membolehkan murid memahami, menilai
serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang diterima di dalam pelbagai situasi.

2.2.2 Konstruktivisme

Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri


pengetahuannya atau konsep secara aktif. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada
secara langsung akan membantu murid membina pengetahuannya sendiri. Dalam proses
ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang
sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Perspektif konstruktivis menggambarkan pembelajaran merupakan satu perubahan


bermakna yang dibina daripada pengalaman. Teori konstruktivisme mentakrifkan
pengetahuan sebagai subjektif di mana pelajar tidak belajar mengikut matlamat dan
kemahiran yang ditetapkan guru. Sebaliknya pelajar sendiri menentukan matlamat
pembelajaran mereka.

Pembinaan pengetahuan merupakan satu proses pemikiran tentang pengalaman dan


menterjemahkannya. Oleh kerana setiap individu mempunyai set pengalaman yang
tersendiri untuk dihalusi maka setiap individu akan membina kefahamannya yang
tersendiri. Pembelajaran berlaku apabila pengetahuan telah berubah dalam satu cara
yang membolehkan kita menterjemahkan pengalaman dengan cara lebih sempurna,
kompleks atau dimurnikan. Proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan pelajar
menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya.

Untuk mengaplikasikan teori konstruktivisme, Duffy dan Jonassen (1991) mencadangkan


individu mesti bekerja dengan masalah dalam situasi sebenar untuk membentuk
pembelajaran bermakna. Oleh kerana masalah selalunya datang daripada banyak aspek
seperti simulasi permainan, pengurusan kecergasan dan banyak lagi dalam Pendidikan
Jasmani.

Langkah-langkah berikut di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktivisme:

(i) Penglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman pembelajaran.


(ii) Melakukan refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada.
(iii) Abstrak fakta, pengasingan data atau struktur memainkan peranan penting dari
proses refleksi bagi tujuan membina skema tindakan dan skema operasi baru.

2.2.3 Kepelbagaian Kecerdasan

Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983)
menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Idea beliau ke atas tingkah laku
pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi kecerdasan (Checkly 1997).
Menurut Dr. Gardner, terdapat lapan kecerdasan manusia merangkumi pelbagai
kebolehan, keupayaan dan bakat semulajadi yang wujud dalam diri seseorang. Setiap
individu mempunyai kelapan-lapan kecergasan tetapi mempunyai kekuatan yang

OUM
23
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2

berlainan dalam bahagian tertentu. Setiap kecergasan adalah berasingan dan tidak saling
bergantung antara satu sama lain.

Guru perlu mempelbagaikan sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi ke


semua kecergasan. (Armstrong 1994). Satu ketika dahulu, guru-guru hanya bergantung
kepada sumber-sumber di dalam bilik darjah yang hanya merangsang verbal atau
linguistik, logikal atau matematikal dan ada ketikanya visual atau spatial. Keadaan ini,
menjadikan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang lain akan merasa bosan untuk
belajar. Dalam membina pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang
berlandaskan kepelbagaian kecerdasan guru perlu merancang aktiviti yang dapat menarik
minat pelajar berdasarkan jenis kecerdasan.

Jadual di bawah menunjukkan jenis kecerdasan dan cadangan rekabentuk.

Jenis Kecerdasan Strategi

Kebolehan untuk menggunakan satu badan atau anggota


Kinestatik
untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu.

Keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu


Interpersonal
sama lain.

Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung


Intrapersonal
dengan satu persekitaran terdekat.

Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami


Logik/Matematik
perhubungan setopik dan akibat sesuatu sistem.

Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar


Muzik/Lirik dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian
dan mencipta muzik.

Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup


Semulajadi
dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya.

Keupayaan untuk menggunakan bahasa secara lisan dan


Linguistik
bertulis secara berkesan.

Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej,


Ruang
bentuk dan corak.

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu membentuk masyarakat menjadi


cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sasaran matlamat
yang bersesuaian dengan keupayaan adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan
mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur.

OUM
24
TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Latihan 2.2

Berikan contoh situasi penggunaan juga Kemahiran Berfikir secara Kreatif.

2.3 PERKEMBANGAN AFEKTIF


Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jasmani
perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan,
kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap
positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama
dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal.

2.3.1 Kawalan Emosi

Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas
berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal
atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan
rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam
menangani sebarang situasi.

Kejayaan yang diperolehi dalam permainan fizikal menyetopikkan individu lebih


berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian dan menghargai diri mereka.
Pendidikan Jasmani boleh memberi peluang kepada individu untuk terlibat dalam pelbagai
aktiviti dan membangunkan kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan.

2.3.2 Kemahiran Bersosial

Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan
social seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan
masyarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan
sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli
masyarakat.

Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk
mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu
menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti
melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan.
Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.3.3 Pembinaan Nilai

Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani,
emosi dan intelektual, aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai
murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Penerapan

OUM
25
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2

nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama, budaya dan
norma masyarakat Malaysia.

Antara aspek yang terdapat dalam nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman,
keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci
keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai
displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi. Dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah
seperti berikut:

(i) Berdikari
(ii) Bekerjasama
(iii) Menepati masa
(iv) Sabar
(v) Bersyukur
(vi) Cintakan Negara
(vii) Bersikap positif

Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa
bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:

(i) Menepati masa


(ii) Bersopan santun
(iii) Peka terhadap masalah pelajar
(iv) Sentiasa berobjektif
(v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran
(vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan
(vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun
(viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar
(ix) Sabar

Contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah:

(i) Pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam aktiviti berpasangan dan


berkumpulan.
(ii) Tema yang digunakan menggambarkan nilai-nilai murni.
(iii) Latihan yang mengandungi permainan dan kemahiran perlu menggunakan kaedah
mencabar dengan ini nilai berdikari dan keyakinan diri boleh diterapkan.
(iv) Penggunaan alatan dan arahan mestilah tidak bertentangan dengan aspirasi dan
nilai agama, budaya serta norma masyarakat Malaysia.

OUM
26
TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

(v) Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan melambangkan masyarakat Malaysia
yang bersopan.

Pembentukan Sahsiah

Menurut Kamus Dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kagan J dan Segal J
(1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang merangkumi
proses berfikir, merasa tingkahlaku dan hubungannya dengan sekitaran. Menurut Eysenck
mentakrifkan sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak, perangai, intelek,
postur gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitaran.
Sahsiah merujuk kepada pembentukan peribadi seseorang individu secara keseluruhan.
Sahsiah merangkumi perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,
interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai.

Aktiviti Pendidikan Jasmani di lihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik
kepada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti pendidikan luar dapat
membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang
dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. Keupayaan pelajar
berinteraksi dengan rakan sebaya akan membenarkan pelajar juga menyumbangkan
kemantapan sahsiah.

Latihan 2.3

Berikan contoh situasi penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan


Jasmani.

RUMUSAN

Topik ini membincangkan kepentingan Pendidikan Jasmani dan dibahagikan kepada tiga
sub topik iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan
perkembangan afektif. Dalam sub topik pertumbuhan dan perkembangan fizikal,
perbincangan berkisar kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak,
remaja, dewasa dan warga emas. Topik ini turut membincangkan keupayaan Pendidikan
Jasmani dalam membentuk perkembangan kognitif yang baik serta perkembangan afektif.

OUM
27
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2

GLOSSARI
Kecergasan Fizikal – Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa
lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai
lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Pendidikan Jasmani – Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang


bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan
yang dikehendaki.

UJIAN 1
1. Nyatakan mengapa perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan
kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting. Terangkan maksud kecergasan
keseluruhan?

2. Nyatakan komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor.

3. Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, pengguna perlu diberi peluang untuk berfikir
secara kritis. Nyatakan caranya.

4. Berikan definisikan gaya pembelajaran Konstruktisme?

5. Nyatakan tiga aspek pembangunan afektif?

UJIAN 2
1. Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran anak-kanak dalam aktiviti
fizikal menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Nyatakan.

2. Nyatakan kategori Kecergasan keseluruhan dalam Pendidikan Jasmani?

3. Nyatakan tujuan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

4. Nyatakan langkah-langkah yang di cadangkan dalam mengaplikasikan teori


konstruktisme.

5. Nyatakan nilai murni yang biasa diterapkan dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.

OUM
28

You might also like