You are on page 1of 5

TAJUK 2

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

SIAPA DIA KANAK-KANAK PEMULIHAN

AE Tansley dan R.Culliford

“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan


kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan
biasa.”

M.F.Clough

“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul,


kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan
kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”

Sharifah Rahmah Ali

“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini


berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di
bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang
terlalu lemah
(mentally retarded).”

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku

i. Perasaan rendah diri.


ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka
melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas
b. Sosial

i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta


mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai
alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.

c. Kesihatan

i.Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.


ii.Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii.Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu
lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar

i. Belum bersedia untuk belajar.


ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan

i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.


ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan
yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak
faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.
Mengenal pasti Murid

1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata


pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN


PEMULIHAN KHAS

1. PENGENALAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi


mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada
masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi
masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam
pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah
mereka.

2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting


seperti berikut:

2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal


pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.

2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti


masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh
murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya


dengan rapi dan tersusun.
2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program


individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran yang tertentu.

2.1.1 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran


pemulihan di mana keadaan memerlukan..

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan


menghadapi masalah kemahiran asas 3M.

2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran


sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ”
sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan


penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran.

2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan


kaedah mengajar murid-murid yang
menghadapi masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk


mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.

2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa


bagaimana mereka membantu demi kepentingan
pembelajaran anak-anak mereka.

3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah


yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah
diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3.
3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan


pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau
kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-
bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan
khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu
guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan
memerlukan.

3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai


kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan
keterangan lain mengenai latar belakang murid.

3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan


untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas
pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:

3.4.1 Laporan prestasi murid.


3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.


3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta


menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana


keadaan memerlukan.

3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid


pemulihan di sekolah.

You might also like