You are on page 1of 27

HBHE3203

Noraini Abdul Aziz


671001016168002

1.0 PENGENALAN

Kesihatan persekitaran adalah salah satu cabang kesihatan umum yang mengambil
kira penilaian dan pengawalan impak manusia terhadap persekitaran mereka (Moeller, 1992).
Namun begitu, penghakisan lapisan ozon, perubahan cuaca, kehilangan biodiversiti,
perubahan sistem hidrologikal dan bekalan air bersih, penerokaan hutan serta kawasan
tadahan hujan yang tidak terkawal membawa kepada kerosakan alam sekitar dan pencemaran
kesihatan persekitaran. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara langsung atau tidak
langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif mana-mana bahagian
alam sekitar dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan
hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan
yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam kepada manusia,
haiwan, hidupan-hidupan liar, hidupan marin dan tumbuh-tumbuhan. Pencemaran (pollution)
merupakan  kehadiran atau penambahan sesuatu bahan semulajadi atau bukan semulajadi ke
dalam sekitaran, sehingga merosakkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem. (DBP,1993).
Punca pencemaran alam selalunya disebabkan oleh aktiviti manusia seperti aktiviti
perindustrian, petempatan, pertanian, perbandaran, perlombongan dan sebagainya.
Pencemaran akan mengakibatkan terhasilnya bahan-bahan toksik.

Bahan toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia
atau biologi yang berbahaya dan terbentuk sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Bahan buangan toksik berbahaya kerana bersifat mudah terbakar, mudah menghakis,
beracun, mudah bertindakbalas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Bahan
toksik boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair, pepejal, separa pepejal atau gas, yang
terbentuk akibat kecuaian manusia melalui pencemaran. Toksik boleh mendatangkan kesan
buruk kepada hidupan. Bahan toksik dikeluarkan oleh aktiviti industri seperti pembuangan
bahan radioaktif oleh loji nuklear, sampah- sarap dari kawasan kediaman, logam berat dari
kilang industri dan sisa racun rumpai dari aktiviti pertanian. Sebagai contoh, data satelit
mengesahkan sebanyak 18 teragram (40 billion paun ) pencemaran aerosol telah dieksport ke
barat laut Lautan Pasifik manakala 4.5 teragram (10 billion paun) telah sampai ke Amerika
Utara dari Asia Timur . (Mohamad bin Abdul Manap, 2009). Toksik bukan sahaja
mempunyai kesan negatif kepada persekitaran tetapi juga kepada manusia.

1
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

2.0 BAHAN BUANGAN TOKSIK

Bahan buangan toksik atau pencemaran toksik membawa maksud bahan buangan
yang mengandungi perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, kimia,
haba, radioaktif atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Toksik
merupakan bahan buangan yang boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal atau gas yang
boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan. Bahan toksik terhasil akibat daripada
aktiviti industri seperti pembuangan bahan radioaktif oleh loji nuklear, sampah sarap dari
kawasan kediaman, logam berat dari kilang industri dan sisa racun rumpai atau makhluk
perosak dari aktiviti pertanian.

Aktiviti-aktiviti ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan peningkatan bahan-bahan


buangan toksik dari masa ke semasa. Pencemaran bahan buangan toksik ini bukan sahaja
boleh menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan
manusia malah kepada organisma lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pencemaran
toksik yang berlaku pada alam sekitar bukannya terjadi secara semula jadi sebaliknya adalah
disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia atas dasar pembangunan dan
kemajuan. 

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. menyatakan bahawa kemusnahan yang berlaku di


atas muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan manusia sendiri. Firman Allah S.W.T.:
(Surah Ar-Ftum: Ayat 41) Maksudnya: Telah berlaku pelbagai kerosakan dan bala bencana di
darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.

Pembuangan bahan toksik yang tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya


beberapa jenis pencemaran seperti:

(a) Pencemaran udara


(b) Pencemaran air
(c) Pencemaran tanah
(d) Pencemaran bunyi
(e) Pencemaran radiasi

2
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

2.1 Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran bahan


beracun, radioaktif atau toksik sama ada dalam bentuk gas, asap atau habuk yang
dilepaskan dalam atmosfera sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan
atau bahan lain. Kegiatan industi secara jelas adalah salah satu punca utama
pencemaran udara melalui pelepasan asap-asap kotor oleh cerobong-cerobong asap
kilang. Asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi antaranya PM 10, CO, Nitrogen
Oksida dan sebagainya yang mana ia merupakan penyebab kepada punca utama
penipisan ozon. Selain itu, bahan-bahan pencemar yang dilepaskan ke udara ini juga
akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada alam sekitar seperti penyumbang
kepada hujan asid, pemanasan bumi dan juga jerebu.

Terdapat juga punca pencemaran udara dengan bahan buangan toksik disebabkan oleh
faktor semulajadi seperti letusan gunung berapiBahan cemar yang dikeluarkan boleh
dikategorikan kepada dua sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder (Rujuk
Jadual 1). Sumber primer adalah berpunca daripada proses seperti debu daripada
letusan gunung berapi, gas karbon monoksida daripada kenderaan bermotor atau gas
sulfur dioksida yang dilepaskan dari kilang. Sumber sekunder pula berlaku apabila
bahan cemar yang dikeluarkan oleh kilang itu bukan sahaja mencemari udara secara
fizikal malah bertindak balas dengan udara. Bahan cemar yang bertindak balas dengan
udara menyebabkan kandungan air hujan yang jatuh ke bumi mempunyai paras
keasidan yang tinggi sehingga boleh menjejaskan tumbuh-tumbuhan dan kehidupan
akuatik.

2.2 Pencemaran Air

Pencemaran air pula melibatkan pembuangan bahan-bahan toksik dan beracun


ke dalam sistem atau sumber pengairan seperti tasik, sungai, laut serta air bawah
tanah. Air dikatakan tercemar apabila dicemari oleh bahan cemar antropgenik dan
tidak dapat menampung atau menjadi sumber untuk kegunaan manusia seperti untuk
air minuman atau sebagai tempat untuk hidupan biotik seperti ikan, kerang, batu
karang dan hidupan lain. Biasanya pembuangan bahan-bahan kimia oleh pihak kilang
seperti kilang getah dan kelapa sawit, perumahan, penerokaan tanah dan sebagainya
yang mengakibatkan pencemaran air. Faktor-faktor semula jadi seperti letusan gunung

3
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

berapi, pertumbuhan alga serta gempa bumi juga boleh mengubah kualiti air. Air yang
tercemar ini mengganggu hidupan akuatik seperti ikan,kerang,udang dan lain-lain
mati apabila memakan bahan beracun yang dibuang dari kilang. Jika ikan-ikan ini
ditangkap dan dimakan oleh manusia,tentulah ia membawa kesan yang buruk kepada
kita juga.

Penggunaan air laut terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin di dalam
sektor “power plant” juga adalah penyebab kepada berlakunya pencemaran termal air.
Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan mesin di “power plant” ini
akan disalurkan semula ke laut. Jadi kawasan saliran laut itu akan panas dan
mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana suhu airnya
meningkat secara mendadak. Efluen yang dihasilkan oleh industri terutamanya
industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik seperti N,P
dan K disamping sebatian-sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan
hazard pencemaran dilupuskan secara tidak patut dalam sungai ataupun di dalam
tasik. Pengayaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan
eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen
terlarut (BOD).

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-


sisa kilang, masalahnya apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan
terkeluar lalu menyebabkan dua permasalahan iaitu pertama seandainya sisa ini
mengalir di permukaan ia akan masuk ke dalam sistem saliran terutamanya sungai dan
sekiranya masuk ke dalam sistem air bawah tanah ia akan mencemarkan air bawah
tanah terutamana sistem akuifer. Yang mana kedua-duanya ini akan merosakkan dan
mencemarkan hidupan dan air itu sendiri. Air juga boleh dicemari oleh air kumbahan
yang tidak dirawat. Sumber utama ialah dari kawasan perumahan sama ada di tengah
pinggir bandar. Antara puncanya ialah air kumbahan dari rumah, pejabat dan kedai
yang disalurkan terus ke laut. Di samping itu, sistem penternakan yang tidak
mengamalkan aspek sistem sisa kumbahan yang sistematik juga boleh
menyumbangkan kepada masalah pencemaran air ini. Pembuangan air kumbahan ini
boleh mewujudkan kehadiran bilangan patogen yang tinggi dalam sumber air.
Patogen adalah terdiri daripada mikroorganisma yang berbahaya kepada kesihatan
manusia. Kadar kehadiran mikroorganisma patogen dalam air menentukan sama ada

4
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

air itu selamat untuk kegunaan manusia atau tidak. Indikator kehadiran patogen yang
digunakan ialah dengan mengukur kehadiran bakteria berbahaya iaitu Coliform,
Salmonella, cacing parasit (helminth), Cryptosporium Parvum dan sebagainya.

2.3 Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan


sehingga mengganggu keadaan asal atau semula jadi struktur tanah seperti pertukaran
warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini berlaku apabila terdapatnya bahan
cemar yang dibuang secara sengaja atau tidak sengaja ke atas permukaan atau ke
dalam tanah. Antara bahan cemar yang biasa berlaku ialah hidrokarbon, bahan
solven, racun makhluk perosak, bahan radioaktif serta logam berat. Kesan
pencemaran tanah mempunyai kaitan dengan kesihatan manusia dan organisma lain
seperti tumbuhan dan binatang di mana ia berlaku apabila bahan cemar tersebut
memasuki sistem rantaian makanan. Tanah yang tercemar tidak sesuai untuk tanaman
bahan makanan. Bahan berbahaya memasuki rantai makanan manusia apabila
tumbuhan yang mengandungi bahan cemar berbahaya dimakan oleh binatang
ternakan seperti lembu. Manusia pula bergantung kepada lembu sebagai bekalan
daging dan susu sebagaimana yang berlaku di Chernobyl pada tahun 1986 di mana
letupan loji nuklear di situ telah menyebarkan debu-debu radioaktif dan mencemarkan
padang ragut penternakan lembu dan kambing biri-biri.

Pembuangan sampah di merata-rata tempat juga merupakan penyumbang


kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokkan sampah itu akan menarik
perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara tidak
langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia.
Biasanya sesetengah kawasan perindustrian dilakukan di kawasan hutan yang diteroka
oleh pengusaha-pengusaha kilang. Tanah yang diteroka ini selalunya lebih besar
daripada kawasan yang digunakan sebagai kawasan kilang. Masalah yang timbul atau
kesannya ialah kawasan yang berlebihan ini akan terbiar dan mengakibatkan
ketidakseimbangan ekosistem.

Bagi industri air mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu
mengakibatkan adanya rongga-rongga kosong di bawah tanah dan ini mendorong
kepada kejadian subsidence. Sampah yang dihasilkan oleh sisa perindustrian

5
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

terutamanya karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur dan pengujian senjata
nuklear di negara-negara barat juga mengancam kualiti tanah dunia. Keadaan ini
boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanah seperti ketidaksuburan tanah
akibat peningkatan kekonduksian tanah yang mana tanah ini tidak sesuai untuk
tumbuhan hidup. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan
pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Tanah bukan
sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh
manusia secara perlahan.

Rumah Hijau juga memberi kesan kepada tanah di mana ia menyebabkan


kenaikan penguraian guna tanah sekaligus meninggikan hasil tanaman. Pada zaman
dulu pula antara punca pencemaran kepada alam sekitar oleh kegiatan industri adalah
disebabkan oleh kegiatan melombong menggunakan kapal korek. Kapal korek ini
biasanya dilakukan di kawasan yang lapang. Jadi selepas bijih timah habis di
lombong, kawasan tersebut akan ditinggalkan dan menjadi kawasan mati kerana
sebarang aktiviti biologi tidak dapat dilakukan kerana kawasan tersebut tercemar
dengan pelbagai sisa daripada indutri perlombongan. Selain itu, pembuangan bahan-
bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang,
pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebihan
juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Secara tidak langsung ia akan
mendatangkan kesan yang mendalam kepada kesihatan manusia dan seterusnya
memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.

Teknik dan amalan pertanian moden, disokong oleh penggunaan mesin dan
input sejumlah besar tenaga daripada minyak fosil telah menjadikan pertanian lebih
produktif tetapi memberikan kesan kepada alam sekitar. Selain menimbulkan
masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif, penggunaan penyembur
serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak juga akan menghadapi risiko
akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang
tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.

2.4 Pencemaran Radiasi

Radiasi adalah salah satu pencemaran yang boleh mendatangkan kemudaratan


yang teruk kepada kesihatan manusia. Dedahan terhadap ion-ion radiasi pada tahap

6
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

yang tinggi boleh menyebabkan barah, kecacatan dan masalah psikologi. Kajian
menunjukkan kebocoran radiasi boleh mengakibatkan barah tiroid (WHO, 1995).
Kajian juga menunjukkan bahawa kesan dedahan pencemaran radiasi menyebabkan
kecacatan otak serta kecelaruan tingkah laku. Pencemaran radiasi tidak hanya
tertumpu kepada radioaktif daripada tenaga nukear sahaja. Gelombang elekromagnet
daripada radio dan ketuhar gelombang mikro juga boleh menyebablan pencemaran
radiasi. Kajian menunjukkan bahawa manusia akan mengalami masalah kesihatan
sekiranya terdedah kepada gelombang elektromagnet pada kadar antara 1MHz hingga
10 GHz (WHO, 1998).

2.5 Pencemaran Bunyi

Bunyi dihasilkan daripada pelbagai sumber. Ia boleh hadir dari rumah, tempat-
tempat awam, dari tempat kerja, kenderaan dan jentera perkilangan. Bunyi boleh
menjadi sesuatu yang menyamankan apabila ianya diperdengarkan secara lembut dan
berirama dan boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan jika ianya melampaui tahap
atau zon keselesaan.

Bunyi disukat bagi menentukan tahap yang boleh diterima dan tahap yang
memudaratkan. Tahap bunyi yang boleh diterima di tempat kerja adalah pada 8 jam
85dB (WHO, 2004). Pencemaran bunyi boleh menyebabkan kesukaran kepada
seseorang untuk tidur dan seterusnya menyebabkan keletihan serta penurunan
pencapaian kerja. Bunyi yang kuat boleh mencacatkan pendengaran. Pencemaran
bunyi boleh mengganggu aktiviti mental seperti penumpuan, ingatan dan keupayaan
seseorang untuk menyelesaikan masalah secara analitik. Pencemaran bunyi juga
dikaitkan dengan masalah stress dan penyakit darah tinggi. Kajian menunjukkan
bahawa individu akan berasa terganggu apabila tahap bunyi mencapai 55dB dan pada
tahap melebihi 80dB ianya akan mengakibatkan tingkah laku agresif. Kesan-kesan
daripada masalah kesihatan ini akan membawa kepada masalah-masalah lain seperti
penurunan produktiviti dalam pekerjaan, kemalangan dan kehilangan harta benda.

3.0 SIMPTOM – SIMPTOM BERKAITAN JANGKITAN TOKSIK

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa bahan buangan toksik boleh


mengakibatkan pencemaran pada udara, air dan tanah. Pencemaran toksik ini menjejaskan

7
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

aspek kesihatan manusia baik secara langsung dan tidak langsung. Bagi seseorang yang
disyaki dijangkiti penyakit berkaitan toksik ini, mereka akan mengalami beberapa simptom
yang mengganggu kesihatan mereka. Kebiasaannya, simptom jangkitan adalah berbeza
bergantung kepada jenis pencemaran toksik yang dialami oleh pesakit.

Simptom penyakit akibat daripada pencemaran udara selalunya berkaitan dengan


sistem pernafasan. Ini adalah kerana, udara yang tercemar dengan toksik ini boleh memasuki
badan sewaktu kita bernafas( Rujuk Gambar 1). Seseorang itu akan terganggu sistem
pernafasannya seperti sukar untuk bernafas ataupun mengalami batuk-batuk yang
berpanjangan. Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan
kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang
jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti
radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak yang
mana akan mewujudkan keadaan tidak selesa kepada individu tersebut. Apabila keadaan
menjadi tidak terkawal atau langkah pencegahan dan rawatan tidak diambil segera, pesakit
mungkin akan mengalami batuk berdarah atau semput (sesak nafas) dan sakit dada.
Bendasing yang terdapat di udara yang telah tercemar boleh juga mengakibatkan seseorang
individu itu kegatalan mata, pedih, mata berair dan kemerahan. Selain itu, pesakit juga akan
gatal-gatal pada kulit kesan daripada toksik yang terampai di udara.

Bagi jangkitan toksik akibat daripada pencemaran air, seseorang itu akan mengalami
simptom-simptom seperti loya, muntah, pening, sakit perut atau sesak nafas. Simptom-
simptom ini menunjukkan seseorang itu berkemungkinan besar telah mengalami keracunan
akibat daripada makanan atau minuman yang telah dicemari oleh virus atau bakteria. Pesakit
yang mengalami keracunan yang berpunca daripada gas-gas beracun pula akan menunjukkan
simptom-simptom yang lebih teruk (komplikasi akut atau segera) seperti serangan jantung,
sawan, tidak sedar diri (koma) dan komplikasi lewat seperti kekurangan daya ingatan,
kerosakan urat saraf dan kekeliruan.

Keracunan klorin pula akan menyebabkan gejala-gejala seperti batuk, susah bernafas ,
sakit dada, rasa panas di dalam tekak, mual atau muntah, keradangan pada mata dan hidung,
tercekik, perut tidak selesa dan sakit kepala. Namun begitu, bukan semua individu akan
mengalami simptom-simptom yang sama apabila terdedah kepada toksik yang mencemari

8
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

udara, air mahupun tanah. Ini adalah kerana, daya ketahanan seseorang itu adalah berbeza
antara satu sama lain. Apa yang penting ialah seseorang itu hendaklah tahu dan mengenal
pasti sebab atau punca yang mengakibatkan diri mereka mengalami simptom tersebut agar
langkah rawatan segera dapat diambil.

4.0 Penyakit Disebabkan Bahan Toksik Cecair

Pelepasan sisa toksik ke dalam sungai hasil daripada perkilangan dan pertanian
menyebabkan bukan sahaja punca air tercemar tetapi turut menjejaskan sumber makanan
yang tinggal dalam air seperti ikan dan kerang. Pertanian yang berskala besar biasanya
menggunakan baja kimia dan racun makhluk perosak yang boleh memasuki sistem aliran
sungai selepas hujan. Pencemaran air kumbahan yang mengandungi najis manusia dan
haiwan boleh memasuki sistem aliran air. Kesan segera yang dihidapi oleh pengguna air yang
tercemar ini adalah penyakit enteric (salur penghadaman). Penyakit bawaan air bukan sahaja
boleh dipindah oleh pengguna air tersebut tetapi juga disebarkan melalui air yang tercemar.
Terdapat banyak jenis kerang dan siput yang menggunakan mikroorganisma sebagai
makanan, dengan itu ianya memekatkan patogen-patogen. Apabila ia dimakan oleh manusia,
patogen ini boleh menyebabkan penyakit seperti Hepatitis A dan Tifoid.

4.1 Tifoid (Typhoid)

Penyakit ini dikenali juga dengan nama demam kepialu. Ia merupakan salah
satu di antara penyakit berjangkit yang merbahaya dan tergolong di dalam kumpulan
penyakit berjangkit yang perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa. Penyakit ini boleh
terjadi di seluruh dunia. Lazimnya penyakit ini terdapat di beberapa negeri di Timur
Jauh, Timur Tengah, Eropah Tengah, Amerika Tengah dan Selatan Afrika dan
Asia.Penyakit ini juga biasa dipanggil penyakit bawaan makanan (food-borne) dan
bawaan air (water-borne). Agen penyakit bagi tifoid adalah bakteria Salmonella
Typhi. Ia boleh hidup dan berkembang biak dalam makanan dan boleh tahan hingga
sebulan dalam ais dan ais krim.

Tetapi bakteria ini tidak boleh membiak dalam air dan boleh mati dalam masa
48 jam, sesetengahnya hingga 7 hari. Di atas tanah pula ia boleh hidup dalam
lingkungan 70 hari. Ia boleh berjangkit melalui pelbagai cara seperti:

9
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

 Melalui makanan atau air yang tercemar oleh najis, kencing pesakit atau
pembawa.
 Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah adalah merupakan jalan utama bagi
jangkitan penyakit ini. Begitu juga dengan susu dan hasil-hasil susu (milk
products).

 Pencemaran juga biasanya berlaku melalui tangan yang tercemar.

 Lalat juga memainkan peranan penting dalam jangkitan, Lalat bertindak sebagai
vector mekanikal, iaitu memindahkan Salmonella dari tempat yang tercemar oleh
najis dan kencing pesakit kepada makanan.

4.1.1 Simptom Jangkitan

Antara simptom-simptom yang dialami oleh seseorang itu jika dia menghidap
penyakit ini ialah:

 Demam yang berterusan dan sakit kepala

 Berasa lesu (malaise) dan tidak ada selera makan (anorexia)

 Denyut nadi rendah apabila suhu badan tinggi dan limpa membesar

 ‘Tongue coated’

 Timbul bintik-bintik (rose spots) berwarna merah muda pada pinggang

 Mengalami sembelit atau cirit-birit (sembelit lebih biasa daripada cirit-birit)

Jika keadaan pesakit semakin teruk, ia akan menjadikan keadaan toxaemia iaitu
toksin dikeluarkan oleh Salmonella dan bertambah dalam darah. Apabila berlakunya
keadaan tersebut, pesakit mungkin akan mati.

4.1.2 Rawatan dan Bantuan

Sekiranya berlaku wabak, kita hendaklah membuat pemberitahuan segera


kepada pihak kesihatan. Disinfeksi akan dilakukan ke atas sisa najis, kencing dan lain-

10
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

lain bahan atau tempat yang tercemar olehnya. Penyiasatan juga dilakukan terhadap
kontek-kontek dan punca jangkitan. Seterusnya rawatan sempurna diberikan kepada
pesakit.Pengurusan ke atas kontek (orang yang terdedah atau ada hubungan dengan
pesakit) memberi suntikan kepada keluarga atau pekerja yang terdedah kepada
pesakit. Kontek dalam keluarga seeloknya tidak mengendalikan makanan kepada
keluarga sehingga keputusan pemeriksaan selesai. Semasa wabak, kerja-kerja mencari
kes atau pembawa, punca jangkitan, penjagaan makanan, air, susu dan lain-lain
langkah dibuat secara intensif dan menyeluruh. Dalam kerja kawalan demam kepialu,
PKA (Pegawai Kesihatan Awam) boleh memainkan peranan dalam meninggikan taraf
kebersihan penduduk luar bandar, seperti membaiki sistem pembuangan sampah
sarap, membekalkan sistem bekalan air yang sempurna, membaiki sistem
pembuangan najis, perlimbahan dan pendidikan kesihatan. Semasa wabak, mereka
juga boleh membantu pasukan kawalan kerja-kerja disinfeksi dan lain-lain.

4.1.3 Cara Pencegahan dan Kawalan Penyakit

Penyakit demam kepialu atau tifoid ini boleh dicegah daripada terjadi dan merebak
dengan mengambil beberapa langkah seperti yang berikut:

 Melakukan penjagaan dan rawatan yang rapi serta teliti ke atas bekalan-
bekalan air awam.
 Memastikan air yang diminum telah dimasak terlebih dahulu

 Pembuangan najis yang sempurna iaitu dengan menggunakan tandas-tandas


yang sanitari (terkawal)

 Kawalan lalat – penjaringan dan penyemburan racun serangga hendaklah


dilakukan dari masa ke semasa. Ini termasuklah kawalan tempat pembiakan
seperti di tempat pembuangan sampah-sarap. Sampah-sarap sepatutnya
dibuang dan diselenggara dengan sempurna bagi mengelakkan ia menjadi
kawasan pembiakan seranggan tersebut.

 Susu mestilah dimasak atau dijalankan proses pemasteuran ke atas susu dan
hasil tenusu termasuk keju.

11
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

 Melakukan pengawasan kebersihan yang berterusan di tempat pengeluaran,


pengangkutan, pemerosesan dan penyimpanan terutama cara penyimpanan di
rumah.

 Menghadkan kutipan dan penjualan hasil laut (shellfish).

 Menggunakan air yang dirawat (chlorined water) untuk penyejukan dalam


proses pengetinan makanan.

 Pengawasan kebersihan ke atas pemerosesan, penyediaan dan penghidangan


makanan di tempat makan awam khasnya makanan yang dimakan mentah.
Pengendali makanan haruslah diberi suntikan tipoid (Typhoid vaccine) bagi
mencegah mereka daripada menjadi pembawa kuman penyakit ini.

 Pilihlah dan makanlah makanan yang telah dimasak dan dihidang panas

 Memberi pendidikan kesihatan kepada orang-orang awam terutamanya


pengendali-pengendali makanan tentang punca dan cara jangkitan penyakit ini
serta bagaimana kita boleh mengawalnya.

 Setiap individu haruslah sentiasa mengamalkan amalan yang bersih seperti


membasuh tangan dengan bersih selepas ke tandas, sebelum menyediakan
makanan dan sebelum makan.

 Memberi suntikan terutamanya kepada mereka yang terdedah kepada pesakit


atau mereka yang tinggal di dalam kawasan wabak bagi mengelakkan penyakit
ini merebak.

5.0 Penyakit Keracunan Akibat Toksik dalam Udara

5.1 Keracunan Karbon Monoksida

Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan masalah perubatan dan


kematian. Di dalam kes–kes yang teruk ia boleh menyebabkan masalah yang

12
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

berpanjangan dan kecacatan pada bahagian mental dan fizikal. Banyak aktiviti harian
yang boleh menghasilkan gas karbon monoksida. Antaranya ialah memasak dengan
menggunakan dapur gas, pembakaran kayu, ketuhar elektrik, atau bahan-bahan
pembakaran dan juga asap daripada ekzos kenderaan bermotor. Karbon monoksida
daripada sumber ini boleh meningkat di dalam persekitaran yang tertutup. Semua
orang berisiko mendapat keracunan karbon monoksida jika mereka terdedah kepada
gas tersebut. Walaubagaimanapun, bagi golongan atau kumpulan yang berikut,
mereka lebih berisiko mendapat kesan kesihatan segera jika telah terdedah kepada
karbon monoksida. Kumpulan tersebut adalah:

 Kanak-kanak
 Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung

 Mereka yang menghidapi masalah kekurangan darah

 Mereka yang menghidapi masalah sawan

5.1.1 Simptom Jangkitan

Tanda-tanda dan gejala keracunan karbon monoksida bergantung kepada tahap


keracunan. Jika gejala itu kurang jelas ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan
masalah kesihatan yang lain. Gejala–gejala yang sering berlaku adalah seperti:

 Sakit kepala
 Mual

 Pening

 Muntah

 Sakit dada

 Susah bernafas

 Kekeliruan

 Sawan

 Tidak sedar diri (koma)

13
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

Namun begitu, selain daripada simptom yang dinyatakan di atas, keracunan


karbon monoksida juga boleh menjejaskan keupayaan darah untuk membawa dan
menyerap oksigen. Penghiduan karbon monoksida akan menyebabkan manusia hilang
daya refleks, mengantuk, pengsan dan boleh membawa maut. Ianya juga boleh
mengancam pertumbuhan dan perkembangan janin ibu mengandung.

Pendedahan terhadap karbon monoksida dalam jangka masa yang panjang


juga mengundang kepada penyakit sistem pernafasan dan pengaliran darah. Terdapat
juga pesakit yang tidur boleh mati akibat dari keracunan karbon monoksida tanpa
mengalami sebarang gejala. Semua orang berisiko mendapat keracunan karbon
monoksida jika mereka terdedah kepada gas. Terdapat dua komplikasi yang boleh
dialami oleh seseorang individu yang berlainan bergantung kepada daya tahan tubuh
mereka iaitu sama ada mereka akan mengalami komplikasi segera (akut) atau
komplikasi lewat (delayed). Bagi pesakit yang mengalami komplikasi akut, mereka
akan mendapat serangan jantung, sawan, tidak sedar diri (koma) dan kematian.
Manakala, kompliksi lewat (delayed) akan menyebabkan mereka mengalami
kekurangan daya ingatan ataupun kerosakan urat saraf.

5.1.2 Rawatan dan Bantuan

Sekiranya seseorang itu mengalami keracunan karbon monoksida, bantuan dan


rawatan hendaklah diberi dengan segera seperti membawa mangsa atau pesakit keluar
dari kawasan yang tertutup atau tempat berlakunya kejadian itu. Matikan atau
tutupkan peralatan pembakaran atau relau yang sedang digunakan sebaik sahaja
seseorang itu mengalami keracunan. Tingkap hendaklah dibuka bagi membolehkan
pengaliran pengudaraan dan mengurangkan pengumpulan karbon monoksida. Dalam
pada itu, kita juga haruslah bertenang dan menghindari diri dari menjadi cemas serta
menghadkan aktiviti fizikal supaya tidak memburukkan lagi keadaan.

Bagi kes-kes yang tidak dapat diatasi dengan cara begitu atau keadaan mangsa
tidak menunjukkan perubahan yang sepatutnya, sebaik-baiknya mangsa hendaklah

14
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

dengan segera dibawa ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Rawatan
segera dapat mengelakkan keadaan mangsa menjadi lebih teruk.

5.1.3 Cara Pencegahan dan Kawalan Penyakit

"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya kepada mereka


yang diklasifikasikan kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan
supaya berhati-hati dengan kemungkinan tersebut. Sebagai langkah pencegahan bagi
mengelakkan diri daripada keracunan gas karbon monoksida kita perlulah:

 Buka tingkap apabila memasak


 Kerap menyenggarakan enjin kereta

 Menyenggarakan peralatan pembakaran bahan api

 Menyenggarakan relau (furnace)

 Pasangkan kipas ekzos di dapur atau di bangsal kereta (garaj) yang


tertutup

Selain itu, pastikan kita tidak melakukan perkara yang berikut untuk
mengelakkan sebarang kemungkinan keracunan gas karbon monoksida:

 Tinggalkan seseorang di dalam kereta yang tertutup dan dengan enjin yang
hidup.
 Hidupkan kenderaan bermotor, atau di dalam bangsal kereta (garaj) yang
tertutup.

 Tidur di dalam kereta dengan enjin yang dihidupkan

 Mengubahsuai ekzos kenderaan

 Memasak menggunakan dapur perkhemahan di dalam khemah yang tertutup.

15
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

6.0 Penyakit Akibat Pencemaran Toksik Pepejal

6.1.1 Keracunan Plumbum

Sisa toksik yang mengandungi kadmium, plumbum serta raksa adalah bahan
pencemar yang dapat mengancam nyawa manusia dan organisma lain. Peristiwa
keracunan yang disebabkan oleh raksa pernah direkodkan di Minamata dan Niigata
Jepun sekitar tahun 1953 hingga 1960 akibat memakan makanan laut yang tercemar
(Irukuyama, 1967).

Plumbum adalah satu keluaran hasil bahan semula jadi yang banyak terdapat
di dalam kerak bumi. Ia boleh didapati di dalam air, tanah dan tumbuh-tumbuhan.
Sumber plumbum yang paling mudah ditemui ialah yang tersebar di dalam tanah dan
air. Plumbum mempunyai sifat dan kegunaan yang pelbagai, sama ada untuk
keperluan industri atau kegunaan seharian. Kebanyakan kegunaannya tidaklah
ditakrifkan sebagai berbahaya sekiranya ia digunakan dengan betul dan tidak
disalahgunakan. Plumbum dalam persekitaran boleh meningkat dengan banyaknya
akibat daripada hasil pembakaran minyak petrol berplumbum. Selaras dengan itu,
kempen "gunakan minyak tanpa plumbum" merupakan satu langkah bijak
mengurangkan kandungan plumbum di persekitaran.

Satu kajian yang telah dijalankan di Amerika menunjukkan bahawa


kandungan plumbum di udara dapat dikurangkan lebih berkesan dengan penggunaan
minyak tanpa plumbum. Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai
apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Ia
memindahkan atau mengganti logam-logam lain daripada tapak ikatan di sel-sel yang
berkenaan dan menyebabkan pelbagai kesan biokimia. Oleh itu kepekatan yang paling
sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Setakat ini, kepekatan
sehingga 30 pikogram/100ml darah adalah dianggap selamat dan boleh diterima.
Bagaimanapun beberapa gangguan di dalam fungsi biokimia telah dilaporkan berlaku
pada kepekatan yang lebih rendah. Di dalam salah satu kajian yang pernah dilaporkan,
kepekatan di antara 10 hingga 15 pikogram/100ml dan selebihnya boleh mengganggu
dan melemahkan perkembangan psikomotor bagi kanak-kanak. Kanak-kanak lebih
terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap
oleh tubuh yang sedang berkembang.

16
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu


pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh. Kanak-kanak juga berupaya
menyerap peratus plumbum yang lebih tinggi iaitu 50 peratus berbanding orang
dewasa. Oleh itu seseorang kanak-kanak yang terdedah kepada plumbum pada
sukatan yang sama saperti orang dewasa akan mengalami kesan yang lebih teruk
berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya seseorang
kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Secara umum kita terdedah
kepada plumbum yang lazimnya boleh didapati dari sumber-sumber alam semula jadi
di sekeliling kita. Plumbum banyak tersebar di dalam udara, air dan tanah-tanih.
Kandungan plumbum di dalam tanah dan udara di bandar-bandar dan kawasan
perusahaan selalunya lebih tinggi daripada kawasan luar bandar. Pendedahan yang
berterusan terhadap plumbum walaupun di dalam jumlah yang kecil boleh
mengakibatkan kerosakan yang dapat kita lihat ketika mereka belajar. Pendedahan
kepada kepekatan yang tinggi akan menyebabkan keadaan lebih teruk.

Secara ringkas sumber plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperolehi


daripada:

 Tanah yang tercemar dan serpihan-serpihan cat


 Debu yang mengandungi plumbum di dalam air, udara dan makanan.

 Air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum.

 Menyimpan makanan, buah-buahan terutama yang berasid di dalam bekas


berplumbum.

 Asap dari kenderaan yang menggunakan petrol berplumbum.

 Sesetengah barangan kosmetik.

 Ubat yang tercemar kebanyakannya terdiri daripada keluaran bahan-bahan


radisional.

 Relau pemprosesan logam dan kemudahan kitar-semula plumbum.

17
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

 Pembakaran surat khabar, bekas bateri dan kayu serta perabot kayu yang dicat
dengan cat yang mengandungi plumbum.

 Pensil warna dan warna air apabila dimakan.

Kira-kira 5 miligram plumbum boleh didapati bagi setiap satu kilogram kertas
surat khabar yang dibakar. Plumbum ini datangnya daripada dakwat hitam yang
digunakan. Maka dengan sebab itulah penggunaan kertas surat khabar sebagai bahan
pembungkus tidak lagi digalakkan.Debu pembakaran kertas yang menggunakan
dakwat berwarna mencatatkan jumlah plumbum yang lebih tinggi iaitu sebanyak lebih
kurang 58mg/kg.

Sebagaimana yang diketahui, proses alam semulajadi turut menyebarkan


plumbum ke persekitaran. Bagaimanapun jumlahnya adalah kecil berbanding jumlah
plumbum yang tersebar akibat dari kegiatan atau aktiviti yang dikendalikan oleh
manusia sendiri. Salah satu aktiviti paling tinggi kandungan plumbum di dalam udara
ialah melalui penggunaan petrol berplumbum. Kajian yang dijalankan terhadap
kanak-kanak prasekolah mendapati di dalam sesetengah kes paras plumbum tersebut
mencapai hingga lebih 35 mikrogram/100mililiter. Ini merupakan suatu paras yang
membimbangkan. Kesan toksik plumbum walaupun tidak dapat dilihat dengan jelas
pada paras ini, tetapi kajian menunjukkan pada paras ini ia mengganggu keupayaan
mental dan tahap pembelajaran kanak-kanak.

Oleh itu kempen 'gunakan petrol tanpa plumbum' yang disarankan oleh
kerajaan patutlah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak. Selain
daripada itu, kes-kes keracunan plumbum juga turut dikaitkan dengan penduduk-
penduduk yang tinggal terlalu hampir dengan kawasan perindustrian serta
penggunaan cat berplumbum di rumah-rumah.Secara ringkas terdapat dua jenis
plumbum yang lazim digunakan dalam formulasi cat ialah plumbum karbonat dan
plumbum oksida. Plumbum dicampurkan ke dalam cat bertujuan mempercepatkan cat
tersebut kering dan berkilat. Kini penggunaan cat berplumbum telah banyak
berkurangan terutama untuk kegunaan di rumah-rumah.

Bahaya dari cat berplumbum ini timbul apabila seseoranga itu termakan akan
serpihan yang mengandungi plumbum terutama semasa proses mengecat-semula,

18
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

pembaik-pulihan ataupun pembersihan. Debu-debu daripada kerja-kerja pembersihan


mungkin melekat di perabot rumah, lantai dan tikar mahupun pada barang permainan
kanak-kanak. Sekiranya tidak dibersihkan dengan sempurna, kemungkinan kanak-
kanak terdedah kepada debu-debu tersebut adalah tinggi. Ini ditambah pula tabiat
semula jadi kanak-kanak yang suka memasukkan sesuatu ke mulut mereka.

6.1.2 Simptom Jangkitan

Tanda-tanda keracunan plumbum di dalam semua peringkat umur adalah tidak


spesifik dan sering berlaku tanpa disedari. Gejala keracunan yang lebih jelas hanya
ditunjukkan apabila terdapat kandungan plumbum yang tinggi dalam darah.

 Pada paras kepekatan di bawah 25 mikrogram/100 ml, tiada gejala yang khusus
dapat diperhatikan walaupun terdapat kajian yang mengaitkan kepekatan ini
dengan kelakuan aneh serta penurunan tahap (IQ) pada kanak-kanak.
 Pada kepekatan di antara 25 hingga 50 mikrogram/100 ml pula, gangguan buah
pinggang dilapurkan berlaku. Ia juga berupaya melembabkan halaju konduksi
saraf.

 Gejala-gejala seperti kekurangan darah, gangguan usus seperti sembelit dan koliks
sering berlaku apabila kepekatan plumbum dalam darah meningkat hingga 70
mikrogram/100 ml.

 Keracunan yang serius berlaku apabila kepekatan plumbum dalam darah melebihi
70 mikrogram/100 ml. Kebanyakan kes ensefalopati (sejenis penyakit otak) terjadi
apabila kepekatan plumbum darah meningkat sehingga 100 mikrogram/100 ml.

Pendedahan kanak-kanak terhadap plumbum juga boleh berlaku secara tidak


langsung. Menurut beberapa laporan, wanita mengandung yang mempunyai kadar
plumbum dalam darah sebanyak 25 mikrogram/100 ml dapat mempengaruhi
perkembangan mental dan fizikal janin. Sekiranya seseorang wanita terdedah kepada

19
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

kandungan plumbum yang tinggi semasa mengandung, perkembangan janin akan


terganggu. Seorang perempuan mengandung yang telah terdedah kepada plumbum
akan mempunyai simpanan kandungan plumbum yang tinggi di dalam tulangnya.
Perubahan-perubahan metabolik yang berlaku di dalam tubuh semasa mengandung
boleh menyebabkan simpanan plumbum itu tadi dibebaskan ke dalam darah dan juga
janin. Ini akan menyebabkan janin terdedah kepada kandungan plumbum yang tinggi.
Pada tahap perkembangan janin yang lebih peka kepada plumbum berbanding orang
dewasa, kandungan plumbum yang dianggap selamat dan boleh diterima oleh wanita
mengandung dicadangkan agar tidak melebihi 10 mikrogram/100 ml (Rujuk Jadual
2).

6.1.3 Rawatan dan Bantuan

Terdapat beberapa jenis agen pengkelatan yang sering digunakan dalam


menangani masalah keracunan ini. Agen-agen yang dimaksudkan ialah dimerkaprol
(atau nama lain BAL), kalsium disodium versenat, penisilamin serta asid
dimerkaptopurik. Walau bagaimanapun rawatan mestilah dijalankan dengan berhati-
hati kerana agen-agen ini sendiri mempunyai kesan sampingan yang serius kalau
pemberiannya tidak diawasi dengan teliti. Tahap kepekatan plumbum diperiksa
dengan teliti sebelum sebarang bentuk rawatan perubatan diberikan. Selalunya pada
peringkat awal, pengawalan dibuat dengan cuma mengenalpasti sumber plumbum dan
mengasingkannya daripada mangsa. Program-program pendidikan diberikan sebagai
salah satu usaha untuk mengawal agar pendedahan plumbum dapat dikurangkan.
Kajian susulan yang lebih terperinci diperlukan sekiranya mangsa menunjukkan
kepekatan plumbum yang tinggi dalam tubuhnya. Memandangkan kanak-kanak
merupakan golongan lebih terdedah kepada bahaya keracunan plumbum ini, Pusat
Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centres for Diseases Control and Prevention -
CDC) yang bertempat di Amerika Syarikat telah mengeluarkan satu garis panduan
sebagai langkah pendidikan, pencegahan dan rawatan kearah menangani kes
keracunan tersebut. Usaha-usaha mestilah terus dijalankan untuk mengawal dan
seterusnya mengurangkan kes keracunan plumbum terutamanya di kalangan kanak-
kanak. Secara amnya, kita mestilah berusaha untuk mengenalpasti sumber-sumber
plumbum yang berada di sekeliling kita dan menjauhkannya daripada terus terdedah
kepada kanak-kanak. Sekiranya jika ia dapat dilakukan, sebahagian daripada masalah

20
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

akan dapat diatasi. Walau bagaimanapun ia bukanlah suatu perkara yang mudah.
Komitmen dari semua peringkat adalah perlu.

Bagi kanak-kanak tumpuan mungkin boleh diberikan kepada kanak-kanak


yang mungkin mengalami masalah kekurangan zat makanan dan persekitaran yang
tercemar. Untuk orang dewasa, peraturan mengawalselia serta mengawasi tahap
pendedahan yang mungkin mereka hadapi dalam tugas seharian mereka adalah
mustahak. Tahap kesedaran masyarakat harus dipertingkatkan lagi. Sumber-sumber
plumbum di persekitaran hendaklah dikenalpasti dan penjelasan tentangnya
diperluaskan. Pendidikan berterusan mengenai sumber-sumber lain yang terdapat di
persekitaran adalah langkah yang baik dalam menganjurkan penjagaan kesihatan
dalam masyarakat. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya berganding tangan
dalam mewujudkan satu usaha yang menyeluruh untuk mengurangkan sumber-
sumber plumbum. Kita harus belajar daripada pengalaman. Satu perkara yang jelas
ialah pencegahan adalah lebih murah daripada mengubati. Pembakaran secara terbuka
merupakan satu lagi kegiatan yang menyebabkan kandungan plumbum di persekitaran
meningkat. Bahan-bahan yang mengandungi plumbum seperti perabot-perabot lama
yang dicat dengan cat berplumbum, kertas surat khabar berwarna dan tidak berwarna,
bekas-bekas bateri dan sebagainya apabila dibakar akan membebaskan plumbum.
Oleh itu kawasan pelupusan dan pembakaran yang sesuai perlu diadakan untuk
mengawal kegiatan seperti ini daripada berlaku. Keracunan plumbum boleh berlaku
tanpa disangka-sangka.

6.1.4 Kes-kes Pesakit Berkaitan Keracunan Plumbum

Di Mexico, seorang bayi telah dimasukkan ke hospital dengan tanda-tanda


seperti kesukaran bernafas, kembung perut, keradangan hidung dan pucat. Ia juga
mengalami cirit-birit berlendir hampir satu bulan sebelum dimasukkan ke hospital.
Apabila diperiksa bayi tersebut didapati makan sejenis ubat serbuk berwarna oren
yang diperolehi daripada seorang pengamal perubatan tempatan. Serbuk ini

21
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

kemudiannya dianalisis dan didapati mengandungi sebatian plumbum yang dikenakan


sebagai plumbum tetraoksida di dalam kepekatan yang tinggi iaitu hampir 97 peratus.

Dalam satu kejadian lain di Kanada, seorang bayi berumur 10 minggu


dimasukkan ke hospital disebabkan sawan yang berlaku dengan tiba-tiba. Selain tanda
tersebut, bayi itu kelihatan sihat dan normal. Bayi itu kemudiannya disahkan
mengalami kandungan plumbum tinggi dalam darahnya. Perkara ini membimbangkan
para doktor kerana bayi tersebut hanya menerima susu dan dan makanan bayi sahaja.
Kajian selanjutnya mendapati air yang digunakan untuk menyediakan makanan bayi
tersebut telah terlebih dahulu dimasak di dalam sebuah bekas khas yang dipateri
dengan bahan pateri berplumbum. Apabila dipanaskan plumbum itu meresap keluar
dan berkumpul di bahagian bawah bekas berkenaan seterusnya masuk ke dalam air.
Air tersebut digunakan untuk membancuh makanan bayi tersebut. Perkara ini menarik
para pengkaji unutk membuat penyelidikan terhadap bahaya bekas-bekas yang
dipateri dan dikelim yang menggunakan plumbum sebagai bahan utamanya.
Penyimpanan makanan berasid dan panas di dalam bekas yang sedemikian boleh
menyebabkan plumbum meresap keluar dengan mudah.Beberapa kes keracunan yang
berpunca dari plumbum yang terkandung di dalam ubat-ubatan tradisional juga pernah
dilaporkan. Apabila ubat-ubatan tersebut dihantar untuk dianalisis, ia didapati
mengandungi kandungan plumbum yang tinggi. Antara jenis-jenis plumbum yang
ditemui ialah plumbum oksida, plumbum sulfat dan plumbum nitrat. Beberapa
kejadian lain turut membabitkan kandungan plumbum iaitu dalam kosmetik dan
seramik. Masalah pendedahan plumbum terhadap kanak-kanak ini memerlukan suatu
cara yang berkesan untuk mengurangkan risiko yang dihadapi.Salah satu langkah
yang berkesan untuk menangani masalah ini dengan menjauhkan dari sumber-sumber
yang telah dikenalpasti kandungan plumbumnya.

22
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

7.0 PENUTUP

Persekitaran merupakan satu keperluan bagi setiap organisma untuk hidup. Dengan
demikian, persekitaran yang sihat amat penting bagi kesinambungan kehidupan hidupan di
muka bumi ini. Air, tanah dan udara adalah anugerah Allah kepada makhluknya maka adalah
menjadi tanggungjawab manusia untuk menjaga anugerah Tuhan ini. Pencemaran terhadap
alam sekitar boleh mengancam kesihatan dan keharmonian hidup manusia. Ianya juga boleh
menyebabkan kemusnahan hidup kepada individu,masyarakat dan negara serta
mendatangkan kerugian masa dan wang yang banyak untuk rawatan dan kawalan penyakit.
Justeru, kemajuan teknologi dan pembangunan haruslah seiring dengan penjagaan dan
pengawalan pencemaran alam sekitar. Sebagai warga dunia yang menghuni bumi ini, kita
perlu bertanggungjawab memastikan alam sekitar di sekeliling kita tidak tercemar dan
selamat. Lantaran itu, bagi memastikan kesihatan dan persekitaran kita selamat untuk dihuni,
penglibatan serta komitmen semua pihak adalah sangat diperlukan. Sebagai seorang rakyat
yang prihatin, kita seharusnya memelihara alam sekitar dengan sebaiknya supaya generasi
pada masa akan datang akan menikmati keindahan alam hasil ciptaan Tuhan yang Esa serta
bebas daripada ancaman sebarang penyakit. Toksik dan bahan-bahan lain yang memberi
kesan negatif seharusnya diuruskan dengan sebaiknya. Mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati.

23
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

LAMPIRAN

24
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

Gambar 1 : Pencemaran udara mengakibatkan asma

Gambar 2 : Pencemaran akibat hama, debu,kulat,wap kimia, habuk logam

25
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

Jadual 1: Punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama


yang dihasilkan.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BAHAN-BAHAN PENCEMAR

Pembakaran bahan api di kilang  Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, 


dan dalam enjin kenderaan bermotor karbon monoksid dan debu

Pembakaran sampah sarap dan  Gas karbon dioksida dan debu 


hutan secara besar-besaran

Penyemburan racun serangga dan  Gas dan kimia beracun 


bahan-bahan kimia

Penggunaan gas klorofluorokarbon


Gas CFC
(CFC)

26
HBHE3203
Noraini Abdul Aziz
671001016168002

Jadual 2 : Cara Pencegahan dan Kawalan Penyakit

Kepekatan plumbum
Kumpulan dalam darah Langkah-langkah perlu diambil
(mikrogram/100 ml)

Tidak dianggap mengalami keracunan plumbum. Tiada


A kurang dari 10
rawatan yang diperlukan untuk kumpulan ini.

Kumpulan ini perlu diberi perhatian. Penjejasan tahap


B 10 - 14 kecerdasan boleh berlaku, walaupun kanak-kanak ini
tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan.

Kanak-kanak di dalam kumpulan ini perlu diberi


tindakan khas seperti makanan seimbang dan program
pendidikan untuk mengurangkan kepekatan plumbum.
C 15 - 19
Ujian susulan diperlukan. Walaupun rawatan mungkin
tidak diperlukan, namun kanak-kanak hendaklah
diasingkan dari punca plumbum.

Kanak-kanak dalam kumpulan ini memerlukan penilaian


D 20 - 44
perubatan dan perlu diasingkan dari punca pendedahan.

Kanak-kanak dalam kumpulan ini memerlukan


pemerhatian perubatan termasuklah rawatan penawar
E 45 - 69
dan penilaian persekitaran bagi menentukan punca
plumbum

Kepekatan plumbum pada tahap bahaya. Rawatan


F melebihi 70 perubatan dan pengasingan punca plumbum diperlukan
segera.

Sumber: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat, 1991

27

You might also like