You are on page 1of 6

Peranan muzik dan kanak-kanak prasekolah

Posted by hubby honey | 7:04 AM

Prasekolah
0 comments

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya,
seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur,
menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta
aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah.
Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-
kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan
bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan
intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di
Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk
kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila
mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian
visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk
permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang
dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa :

1. Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia


2. Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan
nada
3. Mempunyai faedahkognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan
4. Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk
matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan
rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil
pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.
5. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam
perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-
kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna
untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa
masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.
6. Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baikdan cepat, kerana muzik
meningkatkan keupayaan mental.
7. Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk
perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah
bersama murid prasekolah anda. Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan
guru.

Petikan: Rencana ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian
daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa),
Smart Play (Bijak Permainan), dan Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).
PENGENALAN

Secara fizikalnya, bayi berkembang pada umur 2 tahun pertama. Bayi


berkembang pada berat dan tinggi. Perubahan pada kemahiran motor juga
berlaku dengan cepat. Ini dapat dibandingkan dengan kanak-kanak yang
berusia lebih dari 2 tahun.

Kadar pertumbuhan atau perkembangan bagi anak-kanak berbeza. Perbezaan


dapat dilihat pada kanak-kanak kurang 2 tahun dan kanak-kanak yang sudah
melebihi 2 tahun. Ibu bapa mesti sedar perubahan dan perkembangan fizikal
pada anak-anak mereka. perkembangan ini dapat dilihat dengan jelas dan ia
juga menandakan tahap kesihatan kanak-kanak itu.

Posted by kumpulan 6 at 7:49 AM 0 comments

WEDNESDAY, JANUARY 31, 2007

PERKEMBANGAN BAYI

Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai


dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang
perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi
bayi yang genius.
BAYI BARU LAHIR HINGGA 6 BULAN

Bayi baru lahir mempunyai tahap kepekaan yang tinggi pada 2 jam pertama
selepas kelahirannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini
bagi merangsang bayi dengan pelbagai teknik mudah seperti mana yang
dibincangkan sebelum ini.
Belajar sambil bermain. Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi
banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara
anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah
bayi belajar melalui permainan.
Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya
mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan
persekitarannya.
Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi
memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus
penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti
ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan
berlaku kebisingan.
Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:
. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu
penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.
. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui "eye contact" semasa bercakap
dan bermain dengannya.
. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya
sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek
berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.
. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat
mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.
. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam
warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak
mudah bosan.
. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi
menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa
bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal
persekitarannya.

Bayi baru lahir hingga 4 bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka
persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi
menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan
menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu
stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya.
Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana
ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan
biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda
mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai
permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan
kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik.
Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang
bayi anda adalah:

- Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada
bayi anda meniru lagak anda.
- Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya
bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di
bibirnya.
- Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan membawanya keluar bersiar-siar di
halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah
sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan

Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan
warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi
mampu melihat dalam jarak yang dekat.
Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi
sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.
Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur
objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda
lakukan bersama bayi anda adalah:

. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai


tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu
halus dan lembut, kotak dan sebagainya.
. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi
sekiranya ditekan.Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi,
empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun


Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap
malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu
menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia
bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan
mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat
sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.
. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapatkan alat mainan seperti drum, tamborin dan
sebagainya.
. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di
bawah tilam dan lihat reaksinya.

Saat bayi berumur 6 bulan


Berbalik dari posisi telentang menjadi posisi tengkupan, atau sebaliknya. Bila didudukkan sapat
duduk sendiri tanpa ditunjang. Ia suka menjatuhkan mainan yang diberikan, dan meminta untuk
diambilkan kembali. Ia senang bermain dengan kakak-kakaknya. Senang jika didirikan, serta suda
mulai banyak mengeluarkan suara.

Saat bayi berumur 7 bulan


Dapat mengangkat badannya dengan tangan dan lutut. Menggeser badannya ke belakang
(mundur) atau ke depan (maju). Membawa mainan yang ia sukai terus menerus dan marah jika
mainannya diambil. Mencoba untuk berdiri, suka membuat suara dengan mengetuk atau mengocok
benda yang ada dalam genggamannya. Menarik-narik rambut dan telinganya, bermain dengan
kakinya.

Saat bayi berumur 8 bulan


Ia sudah dapat merangkak, duduk tanpa bantuan, mengangkat badan dengan bantuan box, atau
kursi hingga dalam posisi berdiri. Memegang botol dan minum sendiri. Mendorong benda yang
tidak ia sukai. Mengambil benda-benda kecil, berteriak memanggil orang lain.

Saat bayi berumur 9 tahun


Ia dapat berdiri untuk sementara saat tangannya dipegangi. Dapat duduk sendiri dan berputar-
putar. Memasukkan jari-jarinya ke dalam lubang. Mengerti satu dua kata dan bereaksi jika
diperintah.

You might also like