You are on page 1of 10

Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

TAJUK :

TAFSIRAN - SURAH AL-KAFIRUN


“ORANG-ORANG KAFIR”
AYAT 1 -6

OLEH:

ZIELA SHAFIEE
http://ratu-permatakhas.blogspot.com

1
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

1.0 KANDUNGAN :

Sub Tajuk M/Surat


1.0 Kandungan 2
2.0 Pengenalan Surah 3
3.0 Surah Al Kafirun dan Makna 3
4.0 Kandungan Surah 4
5.0 Sebab Turun Surah 4
6.0 Tafsir dan Ulasan 5-9
7.0 Rujukan 10

2
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

2.0 PENGENALAN SURAH


Surah ini dinamakan surah Al-Kafirun yang bermaksud orang-orang kafir. Ia telah
diturunkan di Kota Mekah selepas surah Al-Kauthar dan surah ini mengandungi 6 ayat.

2.1 NAMA SURAH


Menurut Wahbah (2001), surah ini dinamakan surah Al-Kafirun kerana Allah
memerintahkan Nabi Muhammad S.A.W supaya menegaskan kepada orang-orang kafir
bahawa Baginda tidak akan menyembah apa yang mereka sembah seperti patung-
patung dan berhala. Manakala, nama lain bagi surah ini ialah al-Munabazah, al-Ikhlas,
dan al-Muqasyqasyah.
3.0 SURAH AL-KAFIRUN DAN MAKNA

Surah Al Kafirun; Ayat 1-6


Dengan nama Allah Yang Maha Murah lagi
Pengasih.
(1) Katakanlah: “Hai orang-orang kafir.” ﴾109:1﴿ َ‫قُلْ يَا أَيُّهَا ْال َكافِرُون‬

(2) Aku tidaklah menyembah apa yang kamu ﴾109:2﴿ َ‫آل أَ ْعبُ ُد َما تَ ْعبُ ُدون‬
sembah.
)3( Dan tidak pula kamu menyembah ﴾109:3﴿ ‫َوآل أَنتُ ْم عَابِ ُدونَ َما أَ ْعبُ ُد‬
.apa yang aku sembah
)4( Dan aku bukanlah penyembah ﴾109:4﴿ ‫َوآل أَنَا عَابِ ٌد َّما َعبَدتُّ ْم‬
.sebagaimana kamu menyembah
)5( Dan kamu bukanlah pula penyembah ﴾109:5﴿ ‫َوآل أَنتُ ْم عَابِ ُدونَ َما أَ ْعبُ ُد‬
.sebagaimana aku menyembah
)6( Untuk kamulah agama kamu dan ﴾109:6﴿ ‫ين‬
ِ ‫ِد‬ ‫لَ ُك ْم ِدينُ ُك ْم َولِ َي‬
.untuk akulah agamaku

4.0 KANDUNGAN SURAH

3
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

Surah Makkiyyah ini merupakan surah yang mengisytiharkan pembebasan diri


mukmin daripada meniru amalan orang-orang musyrikin. Ia menyarankan agar manusia
melakukan sesuatu dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT. Ia menggariskan sempadan
pemisah yang jelas di antara iman dan kufur, dan di antara orang-orang beriman dan
penyembah berhala.
Ketika orang-orang musyrikin mengesyorkan al-muhadanah (tolak ansur)
daripada Rasulullah SAW iaitu agar Nabi Muhammad menyembah Tuhan mereka selama
setahun dan mereka akan menyembah Tuhan Nabi Muhammad selama setahun, lalu
turunlah surah ini yang memintas keinginan buruk dan rendah orang-orang kafir
tersebut. Surah ini menegaskan pertentangan abadi di antara dua kumpulan iaitu orang-
orang beriman dan orang-orang kafir untuk selama-lamanya.

5.0 SEBAB TURUN SURAH

Al-Tabrani dan Ibn Hatim telah mentakhrijkan hadith berikut daripada Ibn Abbas:
bahawa orang-orang Quraisy telah menawarkan kepada Rasulullah untuk memberi
baginda harta benda sehingga baginda menjadi orang yang paling kaya di Mekah.
Mereka berjanji akan mengahwinkan baginda dengan mana-mana wanita yang
diingininya (dan dengan syarat tertentu). Mereka berkata : “Wahai Muhammad ini
adalah untuk engkau dengan syarat engkau berhenti daripada mencerca tuhan-tuhan
kami dan memburuk-burukkannya. Kalau engkau tidak mahu (pilihan ini), maka
sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun”. Rasulullah menjawab: “Tunggulah
sehingga aku melihat perintah Tuhanku, lalu Allah menurunkan surah Al Kafirun (ayat 1-
6) dan surah Al-Zumar (ayat 39:64).
Abd al-Razzaq telah meriwayatkan daripada Wahab katanya: “Orang-orang kafir
Quraisy berkata kepada Nabi Muhammad SAW: “Apa kata kalau engkau ikut (agama)
kami setahun dan kami pula ikut agama engkau setahun”, lalu Allah menurunkan surah
ini.
Manakala Ibn Abi Hatim meriwayatkan daripada Sa’id bin Mina, katanya: “Al-Walid bin
al-Mughirah, al-‘Asi bin Wa’il, al-Aswad bin al-Muttalib dan Umayyah bin Khalaf pergi
menemui rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Muhammad sudilah engkau menyembah
apa yang kami sembah dan kami juga menyembah apa yang kamu sembah supaya kita
semua boleh berkongsi bersama dalam semua perkara, selepas itu Allah pun
menurunkan ayat daripada surah ini.

6.0 TAFSIRAN DAN ULASAN

Setiap umat manusia telah diberikan kebebasan untuk memilih agama dan kepercayaan
masing-masing. Ini telah dinyatakan di dalam surah al-Kafirun ayat 1-6 di mana Allah SWT
4
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad), Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak menyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak akan menyembah apa yang telah kamu sembah. Dan kamu tidak akan
menyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kamu agamamu, dan untukku agamaku!”.

Masyarakat di negara kita merupakan pengamal sistem demokrasi dalam corak


pemerintahannya dan telah mengamalkan kosep bebas menganut agamanya. Ini telah
dinyatakan di dalam Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia telah menyatakan bahawa
“Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga
memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang
menganuti agama Islam.”

Secara umum kita ketahui bahawa terdapat kaum majoriti di negara ini yang berbangsa
Melayu, Cina dan India menganut kepercayaan masing-masing seperti Islam, Buddha dan
Hindu. Islam tidak memaksa untuk sesuatu kaum itu untuk menganut agama Islam. Islam
merupakan agama yang tidak memaksa untuk dianutinya malahan Islam merupakan agama
yang mengamalkan konsep toleransi. Islam juga adalah suatu sistem hidup yang lengkap
sempurna, yang diciptakan Allah SWT untuk manusia sejagat. Di dalam Islam terkandung dua
bahagian asasi yang tidak boleh berpisah iaitu Akidah dan Syari'ah. Akidah adalah asas yang
segala-galanya bertitik tolak daripadanya. Tanpa akidah yang benar, amal manusia tidak ada
nilai di sisi Allah SWT. Pendidikan akidah seharusnya disemai dalam diri seorang muslim sejati
agar ajaran Islam yang dipelajari tidak terpesong dan songsang. Kepentingan pendidikan akidah
ialah untuk mendidik manusia supaya (1) mengakui keesaan dan ketunggalan Allah SWT sebagai
tuhan yang wajib disembah, (2) supaya patuh dan tunduk kepada kebesaran dan keagongan
Allah SWT dan disamping (3)membentuk kepribadian Insan Muslim sejati.

Perkataan akidah berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu ‘aqada yang bererti ikatan
atau simpulan. Daripada ikatan atau simpulan yang maknawi ini maka lahirlah akidah iaitu
ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan. Manakala dari segi istilah, akidah bermaksud
kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa seseorang sehingga tidak mungkin
tercerai atau terurai. Akidah menurut istilah syara’ pula bermaksud kepercayaan atau keimanan
kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki,
yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syara’ iaitu beriman kepada Allah SWT, rukun-
rukun Iman, rukun-rukun Islam dan perkara-perkara ghaib.

Namun begitu, ada segelintir masyarakat dan umat manusia kini masih lagi jahil
beragama dan telah menyalahgunakan kelonggaran (toleransi) agama Islam dalam memilih
agama masing-masing. Jika dahulu masyarakat jahiliyah menyembah patung-patung berhala,
tapi kini segelintir pihak masih percaya tuhan mereka adalah selain Allah SWT. Sebagai contoh,
dengan penubuhan kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling
tegar dikesan di Malaysia suatu ketika dahulu dan mula bergerak pada tahun 1982 sehingga
tahun 2001 setelah dibanteras pergerakan mereka oleh pihak kerajaan. Pengikut kumpulan ini
telah mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita.
5
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

Mereka juga telah mewujudkan kerajaan langit buatan mereka sendiri dan pemimpinnya, Ayah
Pin atau Arrifin Muhammad telah mengaku dirinya sebagai tuhan dan pencipta semua agama
serta pemegang kunci ke syurga. Alangkah ruginya pengikut kumpulan ini yang telah
menjadikan di kalangan manusia sendiri sebagai tuhan mereka?! Mereka percaya segala kata-
kata Ayah Pin sebagai satu azimat. Pengikut-pengikut kumpulan ini bukan sahaja daripada
kalangan orang melayu dan Islam, malah pelbagai bangsa dan agama telah terpedaya dengan
menganut ajarannya yang terpesong jauh. Mereka sangup tunduk menyembah dan mencium
kaki tuhan palsu mereka. Alangkah bodoh dan ke manakah hilang nilai harga diri dan iman
dalam diri mereka yang sanggup menundukkan diri dari kalangan mereka sendiri. Dalam hal ini,
siapakah yang harus dipersalahkan?!
Penyembahan Tuhan selain menyembah Allah SWT merupakan salah satu perbuatan
menyekutukan Allah SWT yang Esa dan dianggap perbuatan yang syirik di sisi agama. Di antara
perbuatan-perbuatan yang boleh memesongkan akidah ialah dengan menyembah selain Allah
SWT seperti penyembahan berhala, anak patung, sesama manusia, api dan mengamalkan
kepercayaan animisme. Ini dapat dicontohi peristiwa pada zaman kaum bani Quraisy musyrikin
yang telahpun mengamalkan penyembahan berhala dan dewa-dewa di mana mereka percaya
bahawa dengan menyembah benda yang tidak bernyawa ini hidup mereka akan terasa aman
dan berada di jalan yang benar. Malah perbuatan mereka adalah sia-sia dan menyesatkan
sahaja. Ini dapat dijelaskan dengan peristiwa penurunan ayat di bawah ini:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa
yang kamu sembah.” (al-Kafirun, 109: 1-2)
﴾109:2﴿ َ‫﴾ آل أَ ْعبُ ُد َما تَ ْعبُ ُدون‬109:1﴿ َ‫قُلْ يَا أَيُّهَا ْال َكافِرُون‬
Menurut Dr Wahbah (2001), dalam penulisannya, beliau ada memetik beberapa petikan
daripada beberapa tokoh yang menjelaskan makna surah ini. Daripada ayat 1 surah ini, Allah
S.W.T telah menggunakan kalimah ‘katakanlah’ dengan bertujuan untuk mengurangkan impak
keras dalam menyatakan ketegasan mengenai pendirian yang diambil di mana Baginda disuruh
menggunakan pendekatan lemah lembut dalam berkomunikasi. Ungkapan ini juga
menunjukkan baginda hanyalah menyampaikan perintah Allah S.W.T semata-mata. Manakala,
ayat ‘wahai orang-orang kafir’ dalam ayat ini juga telah ditujukan kepada orang-orang yang
tidak mahu percaya.

Menurut Ibnu Jarir, panggilan seperti ini disuruh sampaikan Tuhan oleh nabiNya kepada
orang-orang kafir yang sejak mulanya menentang keras ajaran yang Rasulullah s.a.w sampaikan.
Mereka menentang ajaran nabi s.a.w dan nabi s.a.w pun bertegas menentang penyembahan
mereka kepada berhala. Hal ini telah menimbulkan suatu pertandingan siapakah yang lebih
kuat semangatnya mempertahankan pendirian masing-masing sehinggakan mereka terasa sakit
dengan pukulan-pukulan itu, mencela berhala mereka dan menyalahkab kepercayaan mereka.
Rentetan itu, orang-orang Quraisy musyrikin telah menemui nabi untuk berdamai. Mereka
telah mengemukakan usul damai iaitu “Ya Muhammad! Mari kita berdamai. Kami bersedia
menyembah apa yang engkau sembah, tetapi engkau pun hendaknya bersedia pula
6
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

menyembah yang kami sembah, dan di dalam segala urusan di negeri kita ini engkau turut serta
bersama kami. Kalau seruan yang engkau bawa ini memang ada baiknya daripada apa yang ada
pada kami, supaya turutlah kami merasakannya dengan engkau. Dan jika pegangan kami ini
lebih benar daripada apa yang engkau serukan itu maka engkaupun telah bersama
merasakannya dengan kami, sama mengambil bahagian padanya”. Maka, setelah mereka
mengemukakan usul ini, maka turunlah ayat ini; “Katakanlah, wahai orang-orang kafir! aku
tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.” (Hamka, 2003).

Manakala, J. Osman (2005), dalam penulisannya yang berjudul Perdoman Tafsir (Juzu’
Amma) menyatakan tafsirannya bahawa, “Saya (Nabi Muhammad s.a.w) tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah kerana kamu menyembah berhala-berhala dan dewa-
dewa yang kamu pergunakan untuk menjadi orang-orang yang memberi syafaat untuk kamu.
Kamu menyembah dewa-dewa yang kamu sangka berdiam di sesuatu bangunan, sedang saya
menyembah Allah SWT yang tidak bersekutu, yang tidak mempunyai bandingan, tidak
mempunyai anak dan isteri, tidak hinggap dalam mana-mana tubuh, tidak berdiam di sesuatu
tempat. Ia dapat kita hubungi langsung dan tidak memerlukan adanya orang-orang yang
menjadi pengantara.”

“Dan kamu tidak menyembah Tuhan yang aku sembah.” (al-Kafirun, 109: 3)

Menurut tafsiran Ibnu Katsir yang disalinkannya dari Ibnu Taimiyah, pengertian ayat 3 di
atas bermaksud ﴾109:3﴿ ‫َوآل أَنتُ ْم عَابِ ُدونَ َما أَ ْعبُ ُد‬ “persembahan kita
ini sekali-kali tidak dapat
diperdamaikan atau digabungkan kerana yang aku sembah hanya Allah SWT dan kalian
menyembah kepada benda; iaitu kayu atau batu yang kamu perbuat sendiri dan kamu besarkan
sendiri”. Manakala daripada Syeikh Muhammad Abduh telah menjelaskan perbezaan yang
disembah iaitu perbezaan objek penyembahan (ma’bud) di dalam ayat 2 dan 3 surah ini. Beliau
telah menegaskan apa yang disembah oleh mereka adalah berlainan dan tidak sama dengan
kita sembah iaitu (1) “..yang aku sembah ialah Tuhan Yang Maha Esa yang bersih daripada
segala macam persekutuan dan perkongsian, dan mustahil menyatakan diriNya pada diri
seseorang atau sesuatu benda, (2) Allah yang meratakan kurniaNya kepada sesiapa yang tulus
ikhlas beribadat kepadaNya, (3) Dan Maha Kuasa menarik ubun-ubun orang yang menolak
kebenaranNya dan menghukum orang yang menyembah kepada yang lain. Sedangkan apa yang
mereka sembah adalah bukan Allah SWT tetapi mereka menyembah benda dan menyekutukan
Allah SWT”.
(Hamka, 2003).

Menurut Wahbah (2001), perbezaan di dalam aspek penyemabhan (al-ma’bud) di


antara nabi s.a.w dan golongan mu’min dengan golongan kuffar ialah golongan mukminin
hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT yang Esa dan tidak menyekutuiNya. Manakala,
golongan kuffar pula menyembah sembahan lain daripada Allah SWT. Mereka menyembah

7
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

berhala, patung dan memohon syafaat daripada manusia, malaikat, bintang dan berbagai lagi
kesesatan yang terkandung dalam agama-agama berkenaan.

“Dan aku tidak akan menyembah apa yang telah kamu sembah. Dan kamu tidak akan
menyembah Tuhan yang aku sembah. (al-Kafirun, 109: 4-5)
﴾109:6﴿ ‫لَ ُك ْم ِدينُ ُك ْم َولِ َي ِدي ِن‬
Di dalam ayat 4 dan 5 ini telah
menjelaskan perbezaan cara beribadat. Menurut tafsiran Syeikh Muhammad Abduh telah
menyatakan bahawa “ Ibadatmu itu bukan ibadat dan tuhanmu itu bukan Tuhan. Untuk
kamulah agama kamu, pakailah agama itu sendiri, jangan pula aku diajak menyembah yang
bukan Tuhan itu. Dan untuk akulah agamaku, jangan sampai hendak kamu campur-adukkan
dengan apa yang kamu sebut agama itu.”

Manakala menurut tafsiran Wahbah, di antara perbezaan di dalam aspek ibadah ialah
golongan mukmin hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas. Mereka
tidak syirik kepadaNya dan tidak pula lalai di dalam mengerjakan ibadah menurut syariat
melalui cara yang diredhai oleh Allah SWT. Manakala golongan kufur dan syirik di dalam
pelbagai bentuk yang mereka cipta sendiri dengan mengikut hawa nafsu mereka yang
sebenarnya sama sekali tidak pernah diredhai oleh Tuhan yang Maha Esa.

Ada ulama berpendapat bahawa dalam ayat-ayat ini terdapat beberapa pengulangan
bertujuan sebagai pengukuhan dan penegasan iaitu untuk memberi kata putus dan muktamad
mengenai permohonan mereka agar Rasulullah SAW menyembah tuhan mereka.

“Untuk kamu agamamu dan untukku agamaku!” (al-Kafirun, 109: 6)


﴾109:5﴿ ‫﴾ َوآل أَنتُ ْم عَابِ ُدونَ َما أَ ْعبُ ُد‬109:4﴿ ‫َوآل أَنَا عَابِ ٌد َّما َعبَدتُّ ْم‬
Maksudnya kamu tetap dengan sifat syirik dan kufur kamu. Manakala aku tetap dengan
agamaku yang berteraskan tauhid kepada Allah SWT serta keikhlasan ataupun agama Islam itu
sendiri. Agama kamu agama syirik. Agama syirik ini tidak akan mempengaruhi diriku. Agamaku
adalah agama tauhid, ia tetap dengan diriku dan tidak menjangkau kepada kamu sehingga
kamu menjadi penganutnya. Ada juga ulama berpendapat; “Bahawa agama merupakan
pembalasan. Ini memberi pengertian bahawa bagi kamu terdapat pembalasan di dalam agama
kamu. Manakala bagiku terdapat pembalasan di dalam agama Islam,agama yang aku anuti. Dan
dikatakan juga bahawa agama maknanya tatacara ibadah” (Wahbah, 2001).

Menurut tafsiran oleh buku Tafsir Al- Azhar, surah ini menegaskan kepada pengikut Nabi
Muhammad s.a.w bahawa akidah tidaklah dapat diperdamaikan. Tauhid dan syirik tidak dapat
dipertemukan. Kalau yang hak hendak dipersatukan dengan yang batil, maka yang batil jualah
yang menang. Oleh sebab itu, maka Akidah Tauhid itu tidaklah mengenal apa yang dinamai

8
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

Cynscritisme yang bermaksud menyesuai-nyesuaikan.Misalnya animism dengan Tauhid,


penyembahan berhala dengan sembanhyang, menyembelih binatang guna pemuja hantu atau
jin dengan membaca Bismillah (Hamka, 2003).

Imam Abu ‘Abdullah al-Shafi’I dan imam-imam yang lain telah menjadikan ayat yang
bermaksud : “Untuk kamu agamamu dan untukku agamaku!” sebagai alas an untuk membuat
kesimpulan bahawa aliran faham kekufuran itu sebenarnya adalah satu atau sama sahaja
(millah wahidah). Agama Yahudi yang umpamanya mewariskan beberapa ajaran kepada agama
Nasrani. Begitulah sebaliknya agama Kristian juga mempengaruhi agama Yahudi, justeru sebab-
sebab pertalian sejarah. Semua agama di dunia ini selain daripada Islam mempunyai ciri0ciri
yang sama iaitu cirri-ciri kebatilan dan kesesatan. Hanya Islam yang diakui oleh Allah SWT
sebagai agama yang benar di dunia ini

Daripada tafsiran daripada surah al-Kafirun,109 ayat 1 hingga 6 di atas telah dijelaskan
sebab-sebab penurunan ayat surah tersebut serta pandangan beberapa ulama dan ahli pemikir
Islam berkenaan pemutusan dan penolakan tegas oleh Rasulullah SAW tentang usulan
berdamai di mana mereka (kaum Quraisy) menginginkan gabungan persembahan. Ini adalah
mustahil akan berlaku kerana cara persembahan dan objek yang disembah oleh mereka adalah
berbeza dengan anutan kita iaitu dengan menyembah Allah SWT yang Esa yang tidak disekutui.
Penurunan ayat surah al-Kafirun tersebut daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW
adalah sebagai penegasan penolakan usulan oleh orang musyrikin kerana ia melibatkan
pemesongan akidah dan tauhid seseorang dengan menyembah selain Allah SWT. Oleh itu,
sebagai kesimpulan, dengan penyekutuan terhadap Allah SWT boleh menjejaskan akidah dan
terdorong ke jalan kesesatan di dunia untuk di akhirat kelak. Masalah ini dapat dibendung jika
setiap individu telah dibekalkan dengan didikan agama dan asuhan yang baik sejak dari akar
umbi lagi oleh pihak ibu bapa. Di antara faktor-faktor yang menjadi punca masalah ialah kurang
didikan agama daripada ibu bapa sejak dari kecil, dan juga tiada penegasan di dalam diri
individu sehingga mereka mudah mempercayai dan terjebak dalam dunia kesesatan. Jika ini
semua dapat dilaksanakan dengan baik, maka tiadalah ajaran-ajaran sesat dan perbuatan syirik
berleluasa ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan”.

7.0 RUJUKAN

1- Buku-buku :

9
Tafsiran Surah Al Kafirun Ayat 1-6 oleh ziela

a- Othman Jantan, Pedoman Tafsir (Juz Amma), Al Kafirun (Orang-orang kafir), Pustaka

Nasional, Singapura, 2005, muka surat 51-54.


b- Hamka, Tafsir Al-Azhar Jilid 10, Surat Al-Kafirun (orang-orang kafir),Pustaka

Nasional, Singapura, 2003, muka surat 8131-8134


c- Wahbah, Tafsir Al-Munir Juz ‘Amma, Surah Al-Kafirun, Persatuan Ulama Malaysia

dan Intel Multimedia and Publication,Petaling Jaya, 2001, muka surat 447-452

2- Artikel :

a- “Perlembagaan Kebebasan Beragama di Malaysia 2009”, Tarikh Ambil 3 Februari

2010, http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/root/pdfs/irf09_bm.pdf

b- “Kerajaan Tidak Guna ISA Terhadap Ayah Pin”, Utusan Online, Tarikh Artikel : 25

Julai 2005, Tarikh Ambil Artikel : 1 March 2010,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2005&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm

10

You might also like