You are on page 1of 1

Nama:

Tingkatan :

Kesan pembakaran hutan


Pembakaran hutan berlaku kerana kilat, pertanian pindah dan pembukaan hutan untuk
pertanian komersial. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia.

Pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara. Gas karbon dioksida, monoksida,
wap air dan hidrokarbon yang lain akan terapung di udara. Jika gas terdapat dalam kuantiti
yang banyak ia akan menyebabkan berlakunya jerebu seterusnya akan menyebabkan
pencemaran udara

Selain itu juga pembakaran hutan juga akan meningkatkan suhu bumi. Hal ini kerana tumbuh-
tumbuhan di kawasan hutan merupakan liputan hijau yang melindungi permukaan bumi dari
sinaran matahari secara langsung. Oleh itu pembakaran hutan menyebabkan tumbuhan tidak
dapat berfungsi sebagai pelindung sinaran matahari seterusnya akan menyebabkan
peningkatan suhu di sesuatu kawasan yang mengalami kebakaran hutan.

Di samping itu juga, pembakaran hutan juga memberi kesan negatif kepada manusia iaitu
ekonomi sesuatu negara akan merosot. Hal ini kerana, hutan mempunyai banyak kayu keras
seperti cengal, meranti, dan sebagainya. Oleh itu, sesuatu negara itu tidak dapat menjalankan
aktiviti eksport kayu balak tersebut jika hutan dibakar secara berleluasa seterusnya
menyebabkan ekonomi negara tersebut akan merosot.

Selain itu juga pembakaran hutan akan menyebabkan kesihatan manusia akan terganggu. Hal
ini disebabkan pembakaran hutan akan menyebabkan berlakunya jerebu. Gas-gas jerebu akan
menyerang paru-paru dan saluran pernafasan manusia. Selain itu juga ia juga menyebabkan
sakit mata dan penyakit kulit.

Soalan

Berdasarkan maklumat diatas, sediakan satu peta minda yang ringkas tentang kesan
negatif kepada alam sekitar dan manusia yang disebabkan oleh kesan pembakaran
hutan?

You might also like