Professional Documents
Culture Documents
DISEDIAKAN OLEH:
SITI NUR ABIRAH BT AZMEE
NABILAH FARHANAH BT NOH
Hadis sebagai pentafsir Al-Quran
• Hadis yang bertindak mentafsirkan serta
menjelaskan nas al-Quran adalah selaras
dengan perutusan Baginda sebagai pesuruh
Allah.
• Ini disebabkan Rasulullah sahaja yang lebih
mengetahui maksud sebenar ayat-ayat
tersebut.
• Keadaan hadis yang mentafsirkan al-Quran
dapat dibahagikan 3 keadaan lain pula,iaitu:
a) Hadis berperanan untuk menjelaskan nas-nas al-
Quran yang berbentuk mujmal.
- Hadis menjelaskan nas al-Quran yang masih
berbentuk umum
• Konsep mujmal menurut pengertian yang
dijelaskan oleh al-Amidi di dalam kitabnya:Al-
Ihkam Fi Usul Ahkam:iaitu nas yang tidak boleh
ditangguhkan terhadap salah satu daripada dua
maksud dan nas yang tidak jelas mana satukah
yang dimaksudkan.
• Lantaran itu,nas mujmal merupakan nas yang
ringkas sekaligus memerlukan penjelasan
Antara contohnya ialah sebagaimana berikut: