You are on page 1of 21

SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM

SAINS SOSIAL

Sains Sosial merangkumi empat aspek; sosiologi, sejarah, psikologi


(pemikiran), dan geografi. Sumbangan tokoh – tokoh ini dalam peradaban
manusia begitu besar sekali.
Kajian dan pandangan tokoh – tokoh Islam ini telah mencetus revolusi
peradaban manusia terutamanya masyarakat Eropah sekitar kurun ke-9 hingga
kurun ke-12. Sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiyah yang mashyur;
al-Mansur (754-75), Harun al-Rashid (786-809) dan al-Makmun (813-833)
wilayah-wilayah Islam khasnya di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan
ahli-ahli fikir besar seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Biruni, Ibnu
Miskawayh al-Razi, al-Khawarizmi, Ibnu Haitham, Ibnu Rusyd Ibnu Bajja, Ibnu
Masarrah, Ibnu Tufail, dan Ibnu Khaldun. Mereka menjadi pemikir - pemikir
dalam bidang-bidang falsafah, metafizik, fizik, matematik, etik, politik, psikologi,
perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik, dan muzik. Sebuah institusi
bernama Baitul-Hikmat telah secara langsung membantu operasi ilmiah ini
dengan jayanya.
Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah ini, usaha
terjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam.
Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani.
Charles Singer dalam bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900
menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku
berbahasa Arab. (h 175-176):

 Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam lebih teratur, lebih asli,
lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.
 Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa klasik. Bahasa
yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang
menjaga manuskrip-manuskripnya. Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah

1
difahami oleh setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis
bahasa Arab.
 Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah kepada teologi
falsafah dan ilmu sains.
 Saluran – saluran perniagaan dengan Barat sama ada secara langsung
dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam
Empayar Rom Timur.
 Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara bertutur dan bukunya
daripada tatabahasa Yunani.
 Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di dalam menduduki
Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat.
 Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk bahasa Arab, tetapi
jarang sekali untuk bahasa Yunani.

Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran adalah antara


sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga belas.
Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan
teks yang dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam
bidang-bidang epistemologi, metafizik dan etika berasaskan pemikiran al-
Farabi,Ibnu Gabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd telah berlaku.

Mudahnya, ideologi yang dikemukakan oleh intelektual Islam ini banyak


mempengaruhi ideologi yang ditimbulkan oleh inteletual Barat. Malah ideologi
mereka telah menenggelamkan nama – nama besar tokoh Islam ini. Namun
begitu, sumbangan intelektual Islam ini tidak dapat dinafikan kerana kajian
mereka inilah yang menjadi paksi kepada ideologi baru yang wujud pada hari ini.

2
A Sumbangan Dalam Bidang Sosiologi

1. Ibn Battutah (1304 – 1378)

Ibn Battutah boleh digelar sebagai pengasas kepada ilmu antropologi


budaya dan sosial. Kebanyakan tulisan beliau merupakan catatan
pengalaman pengembaraan yang tidak jauh bezanya daripada tulisan
– tulisan yang pernah dihasilkan oleh para penulis dalam kurun
kesembilan belas dan kedua puluh.
Ibn Battutah menghabiskan hidupnya dengan mencari
pengetahuan mengenai corak hidup atau kebudayaan masyarakat di
negara – negara asing seperti Russia, China, India, Sumatera,
Kemboja, dan juga ke barat benua Afrika sehingga ke Timbuktu.
Dalam masa 28 tahun, beliau telah mengembara sejauh 120,000 km.
Ibn Battutah adalah seorang yang mengkhusus dalam bidang
syariah dan fikah. Dalam penulisannya, banyak soalan yang berkaitan
dengan undang – undang syariah dan fikah ditimbulkan, terutamanya
apabila beliau berada di kalangan masyarakat Islam. Selain daripada
itu, beliau juga menulis mengenai cara orang bersembahyang jemaah
di Jeddah; upacara pengebumian di Kota Damsyik; adat resam
golongan Syiah, orang Kristian, Yahudi, dan Cina serta adat resam
setempat – setempat orang – orang Islam di tempat – tempat yang
dikunjungi dikunjungi oleh beliau.
Antropologi sosial pada umumnya mengkaji hubungan sosial
sesama manusia sebagai makhluk sosial dan kajian mengenainya
haruslah mengikut kaedah yang biasa digunakan iaitu kaedah
pemerhatian ikut – serta. Apa yang ditulis oleh Ibn Battutah semuanya
berdasarkan kepada pemerhatiannya semasa dalam pengembaraan,
dan tidak mustahil juga bahawa beliau pernah tinggal dan ikut – serta
dalam kehidupan sesebuah masyarakat yang dikunjungi dalam jangka
masa yang lama.

3
2. Ibn Khaldun (1332 – 1406)

Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Muhammad


merupakan seorang sarjana yang bukan sahaja sekadar memerhati
dan mengumpul bahan – bahan empiris mengenai manusia dan
masyarakat, malah data yang dikumpul itu dianalisa dengan
sistematik. Beliau juga cuba melahirkan satu kajian mengenai hukum –
hukum ynag mempengaruhi perkembangan jenis – jenis manusia.
Antara bidang sosiologi moden yang pernah disentuh oleh Ibn
Khaldun termasuklah:
I. Perbandingan antara masyarakat desa dengan masyarakat
bandar. Kemudiannya diperkenalkan sekali lagi oleh Robert
Redfield dalam abad ke-20 di bawah tema “folk-urban
continuum”.
II. Konsep “solidariti sosial” atau “asabiyyah” yang mempunyai
banyak persamaan dengan konsep solidariti mekanis dan
solidariti organis yang dibincangkan oleh ahli sosiologi Barat
kurun ke-19.
III. Teori edaran mengenai perubahan sosial dan tahap – tahap
pensejarahan masyarakat yang mempunyai banyak persamaan
dengan konsep historical materialism dan ragam pengeluaran
yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam abad ke-19.
IV. Bidang “sosiologi sejarah” dengan hujah – hujah tentang
perkaitan rapat antara dokumentasi kejadian pada masa
lampau dan pergolakan yang berlaku dalam masyarakatpada
masa lampau untuk dibuat perbandingan dengan masyarakat
kini. Bukunya, Muqaddimah mengandungi banyak aspek yang
terkandung dalam sub-disiplin sosiologi sejarah.
V. Bidang “sosiologi politik” yang berkaitan dengan tulisannya
mengenai solidariti sosial. Beliau menyarankan bahawa

4
kekuatan penyatuan ahli dalam kelompok kecil yang
berlandaskan semangat kesukuan (‘asabiyyah) boleh membina
suatu sistem pemerintahan yang besar.
VI. Bidang “ekonomi” yang menyentuh aspek pengeluaran,
perdagangan setempat dan antarabangsa, perubahan dari segi
harga barang, dan hubungan erat anatara ekonomi dengan
politik (ekonomi-politik).
Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun membahagikan ilmu
pengetahuan kepada dua, iaitu ilmu aqliyyah (pengetahuan mengenai
kehidupan di dunia) dan ilmu naqliyyah (pengetahuan mengenai
kehidupan di akhirat). Beliau menekankan kepentingan ilmu aqliyyah
dan ilmu naqliyyah adalah bagi menekankan bahawa kehidupan insan
di alam semesta ini mestilah dirangkumkan ke dalam dunia ketuhanan
menerusi ilmu pengetahuan yang diwahyukan.

3. Ali Shari’ati (1933 – 1977)

Ali Shari’ati merupakan seorang sarjana dari Iran yang dengan serius
membuat percubaan untuk memahami Islam menerusi sudut ilmu
sosiologi. Beliau menggunakan ajaran dan isi kandungan daripada
kitab suci al-Quran sebagai sumber ilham untuk meluaskan lagi
perkembangan ilmu sosiologi moden masa kini.
Salah satu sumbangan pemikirannya yang terpenting ialah teori
‘migrasi’ (perpindahan atau hijrah) yang boleh dikaitkan dengan
kelahiran tamadun atau peradaban manusia. Ilham untuk membentuk
teori migrasi ini diperolehi daripada pengetahuan sejarah mengenai
perkembangan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Daripada kajiannya mengenai migrasi umat manusia dari zaman
dahulu hingga ke hari ini, beliau mendapati bahawa kesemua 27
peradaban yang pernah wujud, berkembang selepas berlakunya
migrasi. Sejarah membuktikan bahawa kesemua peradaban lahir
daripada perpindahan manusia yang asalnya mundur. Secara

5
langsung, teori migrasi Ali Shari’ati ini adalah satu sumbangan pentng
kepada teori perubahan sosial dalam sosiologi Barat.
B Sumbangan Dalam Bidang Sejarah

1. Al – Tabari

Al – Tabari merupakan seorang ulama yang masyhur dan terkenal


sebagai pengarang tafsir dan sejarah Islam yang terkemuka pada
abad ke-3H / 9M dan permulaan abad abad ke-4H / 10M. Karyanya
yang berjudul Tarikh al – Rusul atau dikenali sebagai Tarikh al –
Tabari merupakan salah satu sumber sejarah Islam yang terbesar.
Karya tersebut mengandungi sejarah sejak beberapa abad sebelum
Islam, antara lain termasuklah sejarah masyarakat Arab Jahilyah,
sejarah kerajaan Parsi, dan sejarah Bani Israil. Kemudian diikuti pula
oleh sejarah Islam dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hinggalah ke
zaman Al – Tabari.
Pendekatan beliau terikat dengan fahaman ulama tafsir dan Hadis
dalam mentafsirkan sejarah, tanpa memasukkan unsur – unsur
falsafah dan sains dalam pensejarahannya.

2. Al – Mas’udi

Al – Mas’udi adalah ahli sejarah dan seorang ulama Islam yng terkenal
pada abad ke-4H / 10M. Beliau menganjurkan penggunaan falsafah
dan sains dalam penulisan sejarah. Beliau juga dikenali sebagai
pembaharu dalam pemikiran sejarah dan dianggap oleh sesetengah
ahli sejarah sebagai ahli sejarah Islam yang “modenis”.
Menurut al – Mas’udi, “Sejarah ialah suatu disiplin ilmu yang
lengkap dan komprehensif”. Menurut beliau lagi, sejarah perlu
dipelajari dan difahami supaya kita dapat menyedia dan membentuk
suatu sains atau disiplin ilmu sejarah yang sistematis (manzum).
Antara karya al – Mas’udi yang terbesar ialah Kitab Muruj al – ‘Dhahab
yang dicetak di Paris (1861 – 1877) sebanyak 9 jilid.

6
Al – Mas’udi menggunakan pelbagai bentuk atau cara
penulisannya, termasuk bentuk kronologi ketika menulis tentang
sejarah zaman Nabi dan zaman Khulafa al – Rasyidin, dan bentuk
dinastis dan analistis tentang zaman Umayyah dan Abbasiyyah.
Walaupun al – Mas’udi banyak memasukkan unsur – unsur sains dan
falsafah dalam penulisannya, ia tidak pula mengabaikan prinsip –
prinsip agama Islam, seperti yang dinyatakan oleh Rosenthal
(1968:108).

3. Ibn Khaldun

Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun mentakrifkan sejarah sebagai


maklumat tentang masyarakat dunia dan kemajuan atau tamadun
alam. Sejarah katanya terbahagi kepada dua iaitu sejarah am dan
sejarah khas. Sejarah am ialah sejarah perang dan naik jatuhnya
sesebuah kerajaan atau pemerintahan tanpa mengambil kira
pergolakan dalam masyarakat. Sejarah khas pula ialah sejarah yang
melihat dan meneliti tindak – tanduk masyarakat serta mempunyai
keterangan – keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia
dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebab –
sebabnya ia berlaku. Ibn Khaldun berpendapat bahawa sejarah adalah
sebahagian daripada ilmu sosial dan masyarakat manusia adalah
punca bagi ilmu tersebut.
Di sini Ibn Khaldun mengakui bahawa kekuasaan dan kebesaran
Allah dan tidak ada siapa pun yang bholeh mengatasi takdir Ilahi. Pada
percakapan terakhirnya beliau tidak lupa mengucapkan lafaz “wallahu
a’lam” (Allah Yang Maha Mengetahui). Sebab itulah ramai ahli sejarah
Islam berpendapat bahawa idea sejarah dan persejarahan yang
dikemukakan oleh Ibn Khaldun, terutama mengenai konsep manusia
dan masyarakat adalah berdasarkan lunas – lunas al-Quran (Imam al-
Din Khalil, 1975:9). Pendapat yang mengatakan beliau seorang
“naturalis” atau “positivis” adalah tidak benar.

7
C Sumbangan Dalam Bidang Psikologi (Pemikiran)

1. Al – Farabi

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu


Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di
Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya
merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak
menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau
telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr
Muhammad ibn al-Sariy.  
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori
Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan
teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-
Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah
Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal menulis mengenai
ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.Meskipun
pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi
beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep
pemisahan dalam kehidupan manusia.
Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya
memisahkan dirinya daripada sains dan politlk. Sebaliknya perlu
menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang
sempurna.Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup
peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru,
seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang
perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana
keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi.
Dalam hal ini beliau mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara
kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.

8
Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya
sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli
falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-
Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada
kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah
negara.Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan
dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan
ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial
sesebuah negara.
Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak
pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau
menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi
manusia, manakala pertarungan yang berlaku antara manusia
merupakan gejala sifat semula jadi tersebut. 
Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah
politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-
Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan
falsafah Plato serta Aristotle telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-
Ulum" dan "Kitab al-Jam". Terdapat dua buku tidak dapat disiapkan
oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang
disiapkan oleh anak muridnya yang bernama Muhammad Al
Khawarismi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan
oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah
yang serba boleh. Banyak daripada pemikirannya masih relevan
dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementelahan
itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta
dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan
sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

2. Ibn Rusyd

9
Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu
Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang
paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya
bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan
masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes. 
Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd
termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai
perubatan secara umum,   Mabadil   Falsafah (Pengantar Ilmu
Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid,
Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap
persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap
buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan
Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara
falsafah dengan agama.
Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan
Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara
sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah
dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh
Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. 
Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang
dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah
mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah,
iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh
falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan
karyanya.
Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era
Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah
keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat
Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana
pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung,
telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

10
Pemikirannya memungkinkan masyarakat di sana keluar
daripada zaman kegelapan menuju era kemajuan industri yang pesat.
Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di
Paris didirikan oleh Raja Louis IX  berdasarkan model hospital Sultan
Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil
daripada idea dan pemikiran Ibnu Rusyd.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada
persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan.
Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan
melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai
perkara tersebut. lmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut
menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila
beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua
golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan
masyarakat awam. 
Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan
pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan
oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang
sealiran dengannya. 
Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai
bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam
yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara,
pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika
dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum
zamannya ataupun selepas kematiannya.
Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang
terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment. 

3. Ibn Bajjah

Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih terkenal sebagai
Ibn Bajjah dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masihi (M). Ibn

11
Bajjah merupakan seorang sasterawan dan ahli bahasa yang unggul.
Dalam hal ini, beliau pernah menjadi penyair bagi golongan al-
Murabbitin yang dipimpin oleh Abu Bakr Ibrahim Ibn Tafalwit.
Dalam bidang falsafah, Ibn Bajjah boleh diletakkan setaraf
dengan al-Farabi dan Aristotle. Dalam bidang ini beliau telah
mengemukakan gagasan falsafah ketuhanan yang menetapkan
bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa'al melalui
perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia.
Menurut Ibnu Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan
berfikir dan tidak semestinya melalui amalan tasawuf yang
dikemukakan oleh Iman al-Ghazali. Dengan ilmu dan amalan berfikir,
segala keutamaan dan perbuatan moral dapat diarahkan untuk
memimpin serta menguasai jiwa. Usaha ini boleh menumpaskan sifat
haiwaniah yang bersarang dalam hati dan diri manusia.
Berdasarkan pendapatnya, seseorang itu harus mengupayakan
perjuangannya untuk berhubung dengan alam sama ada bersama-
sama dengan masyarakatnya ataupun secara terpisah. Kalau
masyarakat itu tidak baik maka seseorang itu harus menyepi dan
menyendiri.
Pandangan falsafah Ibn Bajjah ini jelas dipengaruhi oleh idea-
idea al-Farabi. Pemikiran falsafah Ibn Bajjah ini dapat diikuti dalam
"Risalah al-Wida" dan kitab "Tadbir al-Muttawwahid" yang secara
umumnya merupakan pembelaan kepada karya-karya al-Farabi dan
Ibn Sina kecuali bahagian yang berkenaan dengan sistem menyepi
dan menyendiri.
Namun, ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa kitab
tersebut sama dengan buku "al-Madinah al'Fadhilah" yang ditulis oleh
al-Farabi. Dalam buku itu, al-Farabi menjelaskan pandangan beliau
mengenai politik dan falsafah. Al-Farabi semasa membicarakan
tentang politik telah mencadangkan supaya sebuah negara kebajikan
yang diketuai oleh ahli falsafah diwujudkan.
Satu persamaan yang ketara antara al-Farabi dengan Ibn
Bajjah ialah kedua-duanya meletakkan ilmu mengatasi segala-

12
galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu
merupakan satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan untuk
memisahkan kedua-duanya hanya akan melahirkan sebuah
masyarakat dan negara yang pincang.
Oleh sebab itu, akal dan wahyu harus menjadi dasar dan asas
pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia. Ibn Bajjah
berpendapat bahawa akal boleh menyebabkan manusia mengenali
apa sahaja kewujudan sama ada benda atau Tuhan. Akal boleh
mengenali dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi
oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf.
Selain itu, Ibn Bajjah juga telah menulis sebuah buku yang
berjudul "aI-Nafs" yang membicarakan persoalan yang berkaitan
dengan jiwa. Pembicaraan itu banyak dipengaruhi oleh gagasan
pemikiran falsafah Yunani. Oleh sebab itulah, Ibn Bajjah banyak
membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle, Galenos,
al-Farabi, dan al-Razi. Minatnya dalam soal-soal yang berkaitan
dengan ketuhanan dan metafizik jauh mengatasi bidang ilmu yang lain
meskipun beliau turut mahir dalam ilmu psikologi, politik, perubatan,
algebra, dan sebagainya.
Sewaktu membicarakan ilmu logik, Ibn Bajjah berpendapat
bahawa sesuatu yang dianggap ada itu sama ada benar-benar ada
atau tidak ada bergantung pada sama ada diyakini ada atau hanyalah
suatu kemungkinan. Justeru itu, apa yang diyakini itulah sebenarnya
satu kebenaran dan sesuatu kemungkinan itu boleh jadi mungkin
benar dan tidak benar.
Sebenarnya, banyak perkara di dunia ini yang tidak dapat
dihuraikan menggunakan logik. Jadi, Ibnu Bajjah belajar ilmu-ilmu lain
untuk membantunya memahaminya hal-hal berkaitan dengan
metafizik.Ilmu sains dan fizik misalnya digunakan oleh Ibn Bajjah untuk
menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda
tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin
wujud. Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam
bentuk dan rupa yang berbeza-beza.

13
Kemahiran Ibn Bajjah dalam bidang matematik dan fizik
sememangnya diperakui tetapi beliau tidak cuba
menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sebaliknya ilmu itu
digunakan untuk menguatkan hujah dan pandangannya mengenai
falsafah serta persoalan metafizik.
Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak
diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah.
Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-
sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di
Eropah.Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului
zamannya. Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan
ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana
Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep masyarakat madani telah
dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung.
Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang
hebat. Sesuai dengan itu beliau telah diberikan kedudukan dan
penghormatan yang tinggi oleh orang Murabbitin.Tetapi perasaan
dengki dan cemburu telah menyebabkan beliau diracuni dan akhirnya
meninggal dunia pada tahun 1138 (M) dalam usia yang masih  muda.
Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan
pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh
kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

4. Ibn Tufail

Pemikiran falsafah Ibn Tufail tidak banyak diketahui oleh umat Islam
sendiri. Ibn Tufail yang lahir pada tahun 1106 Masihi di Asya, Granada
lebih dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang
handal. Semasa pemerintahan al-Mu'min ibn Ali, Ibn Tufail atau nama
asalnya, Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn
Muhammad ibn Tufail al-Qisi pernah dilantik sebagai pembantu
gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi. Beliau juga pernah
menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya'kub

14
Yusuf. Selepas bersara, tempatnya digantikan oleh anak muridnya
iaitu Ibnu Rusyd. Semasa hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai
menteri dan merupakan ahli politik yang dihormati oleh pihak
pemerintah.
Selain itu, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang
pendidikan, pengadilan, dan penulisan. Walaupun Ibn Tufail dikatakan
telah menulis banyak buku tetapi hanya sebuah sahaja kitab yang
diwariskan kepada generasi umat Islam hari ini. Kitab itu ialah "Hay ibn
Yaqzan" yang memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya
bahasa yang menarik dan imiginasi yang indah. Buku ini dianggap
sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli
falsafah Islam. Buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam
berbagai-bagai bahasa dunia. Yang menarik dalam buku itu, Ibn Tufail
berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi
untuk mengenali Allah. Katanya, semua ini dapat dilakukan dengan
membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya. 
Menerusi buku itu, Ibn Tufail cuba merangka satu sistem
falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri
manusia. Beliau berusaha mengungkap persoalan serta hubungan
antara manusia, akal, dan Tuhan. Untuk itu, beliau telah menggunakan
watak Hay ibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa
sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam
kehidupan iaitu panas, sejuk, kering, dan basah dengan tanah. Watak
itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya
dengan pimpinan akal dan bantuan pancaindera. Langkah Ibn Tufail
menggunakan analogi watak tersebut dalam bukunya dianggap
sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam penulisan karya yang
berbentuk falsafah.
Watak itu tidak pernah mengenali kedua-dua ibu bapanya.
Tetapi alam telah memberinya seekor kijang yang menyusu dan
memberinya makan. Setelah dewasa, dia mengarahkan
pandangannya terhadap perkara yang ada di sekelilingnya. Di sini dia
mulai membahaskan tentang kejadian dan rahsia perubahan yang

15
berlaku disekelilingnya. Pada anggapannya di sebalik alamnya
terdapat sebab-sebab yang tersembunyi yang mentadbir dan
membentuknya. Hay ibn Yaqzan selalu membahas dan menganalisa
sesuatu perkara sehingga dia mampu mengetahui bahawa kebahagian
dan kesengsaraan manusia itu bergantung kepada hubungannya
dengan Allah. Dengan watak "Hay" itu, Ibn Tufail berjaya membuat
huraian yang menarik sekaligus membantu kita memahami pemikiran
falsafahnya.
Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibn Tufail mengenai
ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya. Ibn Tufail melihat
alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa
penuh. Dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber
dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini. Falsafah Ibn Tufail
bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik
tetapi juga sains tabii seperti fizik. Ibn Tufail mendapati bahawa lapisan
udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah.
Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di
ruang dan lapisan udara.
Beliau juga mendapati bahawa kepanasan boleh dihasilkan
melalui geselan, gerakan cahaya sama ada daripada apt ataupun
matahari. Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara
yang biasa pada hari ini tetapi pandangan ini sebenarnya telah
menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian
terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya.
Pemikiran falsafah Ibn Tufail juga meliputi perkara yang berhubung
dengan masyarakat. Beliau menyifatkan masyarakat terdiri daripada
sebahagian besar anggota-anggota yang malas. Lantaran itu, mereka
mudah terpengaruhi dan terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa
mahu memperbahaskannya.

16
D Sumbangan Dalam Bidang Geografi

1. Al – Idrisi

Sistem pemetaan hampir tepat menjadi warisan berharga serta rujukan


orang awam, khususnya ilmuwan Eropah. Hari ini lebih 2,000 satelit
mengelilingi bumi berfungsi mengumpulkan maklumat sejelas mungkin
supaya manusia dapat memahami fizikal bola angkasa yang menjadi
kediaman mereka.
Bagaimanapun, pada kurun ke-12, keadaan sebenar bumi
sudah digambarkan tanpa teknologi angkasa oleh ilmuwan Islam, Al –
Idrisi atau nama sebenarnya Abu Abdullah, Muhammad bin Abdullah
bin Idris Al-Hammudi Al-Hasani Al-Qurtubi. Ketokohan beliau diakui
ilmuwan masa kini, Prof Madya Mustapha Kamal Idris dari Jabatan
Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Sastera Universiti Malaya, yang
menggunakan perisian Al-Idrisi sebagai perisian utama untuk
menghasilkan peta. Sementara Prof Dr Achaaban Ahmad, pensyarah
Fakulti Sains Sosial, Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi,
menerangkan rahsia peta Al-Idrisi yang dilakarkan secara terbalik.
Al – Idrisi, tokoh ilmuwan dalam bidang geografi yang dilahirkan
di persisiran pantai Sabtah di utara Maghribi pada 493 Hijrah
bersamaan 1099 Masihi banyak menimba pengetahuan di Cordoba,
Andulisia. Beliau banyak menitikberatkan ilmu geografi secara khusus
membolehkannya menghasilkan penemuan baru dalam bidang itu dan
menjadi ilmuwan Islam terawal menghasilkan peta dunia.
Keistimewaan lukisan peta dunia yang dihasilkan Al-Idrisi
menggunakan kaedah ilmiah tidak banyak bezanya dengan peta dunia
yang ada sekarang.
Al – Idrisi juga diingati kerana kejayaannya membuat glob
besar yang melakarkan garisan bulat dan peta dunia di atasnya. Beliau
juga menentukan sempadan laut di kawasan Khatulistiwa yang tidak

17
dapat ditentukan oleh ulama ketika zamannya. Selain itu, Al – Idrisi
mengukur garis pusat bumi dan berjaya mendapat keputusannya, iaitu
22,900 batu bersamaan 42,185 kilometer. Ini tidak banyak berbeza
dengan ukuran garis pusat yang sebenar, iaitu 40,068 kilometer.
Ketika singgah di Sicily, beliau menjadi tetamu raja negara itu,
Roger II, yang kemudian menitahkannya membuat glob lakaran peta
dunia daripada perak. Al – Idrisi kemudian mengarahkan jurulukis dan
jurupahat yang sangat pandai melukis benua, negara, lautan, sungai
dan jalannya. Akhirnya glob dunia itu menjadi satu warisan sangat
berharga dan rujukan orang awam, khususnya ilmuwan Eropah
mengenai pandangan mereka berhubung dunia. Peta itu berjaya
membantu mereka dalam pelbagai pengembaraan dan memudahkan
pengembara mencari tempat baru di dunia. Peta itu juga dilengkapkan
dengan ukuran panjang dan lebar yang tepat sesebuah kawasan.
Al – Idrisi juga mengarang banyak buku antaranya Nuzhah Al-
Musytaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq, yang dikarang atas permintaan Raja
Sicily, Roger II. Dalam buku itu, Al-Idrisi memasukkan semua
maklumat yang ditemukan oleh ilmuwan sebelumnya dan menambah
pengetahuan yang diperoleh daripada pengembaraannya ke seluruh
pelusuk dunia. Buku yang mengandungi lebih 70 jenis peta menjadi
sumber rujukan penting bagi ilmuwan Eropah selama tiga abad.
Sementara satu lagi hasil karya beliau bertajuk Rawdhah Al-
Uns Fi Nuzhah Al-Nafs dan Al-Mamalik Wa Al-Masalik yang turut
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi panduan kepada
pengembara. Buku itu dilengkapi maklumat dan sifat sesebuah
negara, tumbuh tumbuhan, haiwan, manusia, ekonomi serta tabiat
mereka.

2. Al – Mas’udi

Sebagaimana ahli pelayaran dan ilmuan Arab lain, al-Mas’udi turut


menyumbang dalam memajukan ilmu geografi. Sumbangan beliau
bukan sahaja terbatas dalam satu bidang, tetapi dalam banyak bidang

18
termasuk astronomi, sejarah, geografi sama ada geografi manusia
mahupun geografi fizikal. Menurut G. Sarton, kitab Muruj al-Dhahab
disusun khas untuk membicarakan aspek geografi, malah ia dianggap
sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Pada masa yang sama beliau
cuba menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk
menjadikan kajiannya lebih menarik. Dalam kajian yang berbentuk
gabungan antara disiplin ini, al-Mas’udi telah memberikan beberapa
gambaran tentang gempa bumi, perairan Laut Mati dan tajuk-tajuk
geologi yang lain. Beliau juga pertama kalinya menyebut tentang kincir
air di Sijistan yang mungkin merupakan penemuan baru orang Islam.
Sumbangan lain ialah pendapat beliau yang menyokong teori
Determinisme Alam Sekitar iaitu satu tanggapan bahawa faktor
persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai
pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Misalnya, al-Mas’udi
berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh Venus (Status),
iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal (Jupiter) dan iklim ketujuh
dipengaruhi oleh bulan. Lantas Matahari dan Bulan dikatakan
menentukan nasib atau jalan hidup orang dari utara dan menyebabkan
mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Sebaliknya manusia di
selatan pula mempunyai sifat lebih tafakur. Terdapat pula
pembahagian dunia kepada dua bahagian iaitu bahagian barat bagi
kawasan garis lintang tinggi dan bahagian timur garis lintang
pertengahan. Oleh itu penduduk di kawasan garis lintang tinggi
dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur.
Al-Mas’udi juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor
‘Di Bumi Nyata’ dengan sikap dan penghidupan manusia. Misalnya,
beliau walaupun memberi ruang kepada faktor-faktor kosmologi, juga
cuba memberi penerangan bagi persoalan yang sama dan faktor –
faktor seperti banyaknya air yang terdapat di sesuatu kawasan,
tumbuh-tumbuhan semulajadi dan topografi. Ini dapat dilihat dalam
percubaan beliau memahami perwatakan dan gaya hidup puak Arab
Badwi. Dikatakan bahawa sifat-sifat ketegasan, kearifan dan ke-
cergasan tubuh badan mereka adalah berkaitan dengan kualiti alam

19
sekitarnya yang asli. Menurut beliau lagi, pengaruh iklim juga penting.
Misalnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak serupa dengan
kulit orang Turki yang tinggal di Turki sendiri.
Dalam geografi kawasan pula, melalui karya – karyanya beliau
cuba menerangkan secara terperinci mengenai India iaitu kawasan –
kawasan Makran, Sind dan Pantai Barat benua kecil ini setanding
dengan apa yang telah dihasilkan oleh ahli geografi seperti Ibn
Khurdazbih, Istakhri dan Maqdisi. Beliau juga telah membuat kajian
tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya. Malah
beliau pernah mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu
berhampinan tepi Laut Combay. Antara bahan kajian beliau ialah
gajah, burung kakaktua, burung merak, buah oren, kelapa dan lain-
lain.

3. Al – Khawarizmi

Abu Abdullah Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dilahirkan di


Khawarizm (Kheva), sebuah Bandar yang terletak di selatan Laut Aral
di Uzbekistan. Beliau merupakan seorang ahli sains Islam yang
terulung dalam ilmu matematik. Malah beliau dikenali sebagai “Bapa
Algebra” iaitu pengasas konsep Algebra.
Sumbangan al - Khawarizmi dalam bidang geografi begitu
cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Ptolemy
mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam
melakar peta dunia.
Al – Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta
dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal
dunia. Hasil kerjaya yang lain turut meliputi kerja – kerja asal berkaitan
dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari
serta kaji bintang.
Bukunya, Surat al-Ardl (Bentuk Rupa Bumi), menjadi dasar
geografi Arab. Karya tersebut masih tersimpan di Strassberg, Jerman.

20
BIBLIOGRAFI

Sumbangan Sarjana Islam Dalam Bidang Sains Sosial (2000)

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id11.html

http://tokoh.blogspot.com/2005/09/al-idrisi-pencipta-glob-dunia.html

http://members.tripod.com/man999/al-Masudi.htm

http://www.scribd.com/doc/2270344/al-Khawarizmi

http://amaraizatworks.blogspot.com/2008/09/sumbangan-tamadun-islam-kepada-
dunia.html

21

You might also like