You are on page 1of 6

1.

0 TAJUK
Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Manipulatif Alatan

2.0 PENGENALAN
Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik
pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama, dan pergerakan kreatif.
Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat megenali potensi
tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.
Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung, pelajar akan
memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang
melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz,
kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan.

Pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani (Gallahue, D.L., 1996;


Gabbard, C., LeBlanc, B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977)
membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan
lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

2.1 Pergerakan Lokomotor


1. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan
seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan
berubah mengikut pergerakan.
2. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran.
Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan,
kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan
itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam
gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran,
haluan dan masa.
3. Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua:
a) Lokomotor beritma sekata
b) Lokomotor beritma tidak sekata

1
2.1.1 Lokomotor Beritma Sekata
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)
5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan
dengan kaki berselang-seli)

2.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata


1. Skip
2. Mengelongsor
3. Galop

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor


1. Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang
tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Ia
dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga diertikan
sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan
tanpa beralih tempat.
2. Antara pergerakan-pergerakan bukan lokomotor ialah:
a) Membongkok
b) Meregang
c) Mengilas
d) Memusing
e) Menolak
f) Menarik
g) Hayun
h) Bangkit
i) Rebah
j) Berbuai-buai

2
2.3 Manipulasi Alatan
1. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat
menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan
seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
Pembelajaran kemahiran ini mesti melibatkan manipulasi alat
seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali
dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan
komposisi.
2. Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau
mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap
untuk membentuk gerakan.
3. Kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi
anggota badan contohnya, tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.
4. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas, menyatakan
bahawa manipulasi alatan melibatkan tiga aspek, iaitu:
a) Memberi tenaga kepada objek
(Melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul,
membaling)
b) Menguasai objek
(Menangkap dan menyambut, menahan)
c) Mengawal objek
(Menggelecek dan memantul bola)
5. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina di peringkat
umur pra sekolah atau sekolah rendah.

3
3.0 MATLAMAT
Kertas kerja ini disediakan sebagai satu perantaraan untuk memahami
dan menerima bimbingan yang lebih lanjut tentang pergerakan asas.
Perkara yang ingin dilihat adalah keupayaan kanak-kanak melakukan
pergerakan-pergerakan asas. Selain daripada itu, amali pergerakan
asas ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar
tentang pergerakan asas yang lebih mencabar dan kompleks mengikut
tahap kemampuan masing-masing, di samping mengikut peringkat
umur. Sehubungan dengan itu, amali pergerakan asas ini secara tidak
langsung dapat membentuk dan melatih pelajar agar mempunyai
badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu
juga, melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba
sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa
kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya.
Pendidikan pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang
menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam
membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan
estetik. Memandang kepentingan ini, tujuan amali pergerakan asas ini
adalah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran pergerakan
asas. Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar
berjalan, berlari, melompat dengan betul, mengetahui cara duduk,
berdiri dengan betul dan sebagainya. Manipulasi alatan pula
membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan
membentuk kemahiran dalam sukan apabila pelajar dewasa.

4
4.0 OBJEKTIF
Antara objektif kertas kerja amali pergerakan asas ini ialah seperti
berikut:
1. Menguji para pelajar tentang kemahiran pergerakan asas
2. Membolehkan para pelajar melakukan pergerakan mengikut
keupayaan diri
3. Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang pelbagai
pengalaman pergerakan
4. Membimbing para pelajar untuk menggabungkan pergerakan
menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan
pergerakan
5. Melatih murid-murid melakukan pergerakan asas dengan cara
yang betul dan selamat untuk menjaga dan mendapatkan postur
yang baik dalam pergerakan
6. Memupuk kesungguhan, imej kendiri, keyakinan dan sikap
optimis dalam diri pelajar

5.0 TARIKH
28 hingga 29 April 2010

6.0 TEMPAT
Gimnasium Saidina Abu Bakar, Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM), Kampus Pendidikan Islam, Selangor

7.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar Tahun 6

5
8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

8.1 Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi


Dalam amali pergerakan asas ini, setiap pelajar dikehendaki
mencipta sekurang-kurangnya 25 pergerakan. Ini bermakna, setiap
pelajar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 25 perlakuan yang
berbeza-beza. Dalam melakukan pergerakan asas ini, pelajar perlu
bergerak memenuhi kesemua ruang dengan memanipulasikan alatan
seperti bola, tali, gelung rotan, belantan, kayu atau pundi kacang.
Pelajar perlu bijak menyusun pergerakan supaya perlakuan yang akan
dilakukan mudah dan licin. Pelajar juga boleh melakukan pergerakan
mengikut kelajuan iaitu melakukan pergerakan dengan pantas,
sederhana pantas mahupun perlahan ataupun mengikut aras iaitu
daripada aras tinggi sederhana dan rendah. Pergerakan yang
dilakukan juga mestilah melibatkan pelbagai arah.

You might also like