You are on page 1of 24

CABARAN-CABARAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN

ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


MAHAMAD NASER BIN DISA
(Ketua Unit Sivil dan Jenayah di Jabatan Peguam Negara Malaysia)
 
Dipetik dari web: www.darulkautsar.net
 
Mukaddimah
 
Bahagian I Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 3(1) memartabatkan Islam sebagai agama bagi
negara ini.
 
"Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagianPersekutuan."
 
Perkara 4 dalam Bahagian yang sama juga mengangkat Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang
tertinggi negara. Antara perkara utama yang dijulang oleh Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi
termasuklah kedudukan agama Islam sebagai agama Negara.
 
Ketinggian Islam juga terserlah dalam ikrar Yang DiPertuan Agong ketika ditabalkan sebagai pemerintah
tertinggi negara. Ikrar baginda termaktub dalam Jadual ke 4 Perlembagaan Persekutuan - ikrar untuk
mempertahankan agama negara - Islam.
 
Kami...........ibni............... Yang DiPertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi:
Wabillahi: Watallahi; Maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguh dan dengan sebenamya
mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut
sebagaimana undang-undang dan perlembagaan yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah
dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan
sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil
dan aman di dalam Negeri.
 
Implikasi ikrar tersebut adalah semua pihak yang terlibat dalam pemerintahan dan pentadbiran Negara
(eksekutif, kehakiman dan perundangan) bertanggungjawab untuk menjadikan ikrar YDPA untuk
mempertahankan agama Islam dan kedaulatan undang-undang sebagai misi utama negara. Pematuhan
kepada prinsip Islam dalam agenda pemerintahan negara adalah merupakan satu kemestian kerana agenda
agung negara ini adalah mempertahankan Islam dan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini juga terpakai
dalam penggubalan dasar dan undang-undang negara yang perlu dilaksanakan berdasarkan roh
agama/ideologi negara.
 
 
Kekeliruan Dalam Memahami Perkara 3(1)
 
Diskusi pakar-pakar undang-undang menyentuh kedudukan Islam dalam Perlembagaan seringkali
dimulakan dengan kekaburan(ambiguity) perkara 3(1) sehingga berbagai kesimpulan yang ternyata
bertentangan dengan maksud nyata perkara 3 itu sendiri menjadi pegangan banyak pihak. Ramai yang
berpegang kepada kesimpulan bahawa kedudukan Islam hanyalah sekadar agama rasmi sahaja. Tidak
kurang juga yang menyimpulkan bahawa perkara 3 itu sekadar amalan bacaan doa pada pembukaan majlis
rasmi. Malah yang lebih membimbangkan adalah kesimpulan yang dipegang oleh majoriti peguam bukan
Islam dan sebahagian peguam Islam bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. Pegangan kelompok
ini mempunyai pengaruh yang luas di kalangan masyarakat bukan Islam dan sebahagian umat Islam.
 
Sebahagian besar dari aktivis pertubuhan Islam berpegang kepada gabungan kedua-duanya - Malaysia
adalah negara sekular yang meletakkan Islam sekadar agama rasmi. Mereka berpegang kepada
Perlembagaan negara ini memartabatkan sekularisme sebagai ideologi negara dan dengan itu manifesto
perjuangan mereka adalah menukar wajah perlembagaan dan ideologi negara daripada sekular kepada
Islam. Alasannya - Perkara 4 memartabatkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi mengambil
tempat al Quran dan as Sunnah. Justeru, sebahagian besar para aktivis gerakan Islam meletakkan perspekif
perjuangan mereka adalah di luar ruang-lingkup Perlembagaan yang ada.
 
 
Malaysia Negara Sekular?
 
Pegangan yang menyimpulkan Malaysia sebuah negara sekular adalah berasaskan kepada laporan Kertas
Putih mengenai syor perlembagaan yang mencadangkan Islam dimartabatkan sebagai agama Persekutuan
dalam perkara 3(1) dan di dalam masa yang sama memberi jaminan bahawa kebebasan beragama serta
kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing tidak akan terjejas. Kertas
Putih ini juga menyebut bahawa kedudukan Islam itu tidak akan menjejaskan sifat sekular persekutuan.
Atas jaminan ini MCA dan MIC dikatakan telah bersetuju untuk menerima perkara 3(1) itu dengan senang
hati.
 
Persoalannya adakah rujukan kepada Kertas Putih syor perlembagaan itu membantu kita untuk
mentafsirkan perkara 3(1) secara konklusif. Atau adakah kita terus dikelirukan pula dengan persoalan
apakah yang dimaksudkan dengan sifat sekular itu? Apa yang berlaku sekarang ini adalah kelompok ini
hakikatnya terus merujuk kepada Kertas Putih itu. Mereka menerima jaminan itu seolah-olah jaminan
itulah yan termaktub dalam perlembagaan yang seolah-olahnya berbunyi - "Islam adalah agama
Persekutuan, namun ini tidaklah menghilangkan sifat sekular Persekutuan".
 
Kekeliruan yang cuba ditegakkan oleh kelompok ini bukan sahaja bertujuan untuk menyerlahkan negara ini
sebagai negara sekular, malah mereka terus menerus menyisih, menghakis dan menghilangkan bahagian
awal perkara 3(1) hingga ia seolah-olahnya berbunyi "Persekutuan adalah sebuah Negara sekular, namun
adapt istiadat Islam dan Melayu boleh diamalkan dalam acara rasmi". Inilah pegangan yang mendominasi
Majlis Peguam Malaysia dan diperjuang hebat oleh kelompok Artikel 11. Dalam kes LIna Joy diperingkat
Mahkamah Persekutuan, Peguamnya berkata;
 
"Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa kedudukan Islam adalah lebih rendah dari
Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada mereka oleh mahkamah yang mulia ini"
 
 
Cubaan Untuk Mendaulatkan Perkara 3 (1)
 
Cubaan untuk mendaulatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara telah dilakukan oleh peguam-peguam
bukan Islam yang pada hakikatnya hanya satu suatu pembelaan bagi mengelakkan anakguam mereka dari
dijatuhi hukuman mati bagi keslahan pengedaran dadah dan memiliki senjata api. Dalam kes Che’ Omar
bin Che Soh v Public Prosecutor peguam-peguam T Mura Raju dan Ramdas Tikamdas berhujah bahawa
hukuman mati bagi kedua-dua kesalahan itu bercanggah dengan hukum syarak kerana kedua-dua kesalahan
itu bukan kesalahan hudud. Oleh itu ia bercanggah dengan perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai
agama Persekutuan.
 
Mahkamah Agung yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas walaupun telah memberikan tafsiran yang
betul kepada Islam berdasarkan buku The Islamic Law and Constitution, tulisan S.A.A al Maududi, tetapi
telah menyempitkan keberkesanan perkara 3(1) berdasarkan kepada niat dan hasrat penggubal
Perlembagaan. Hakim yang bijaksana itu telah menguraikan suasana pemerintahan dan politik di negeri-
negeri Melayu sejak tahun 1874 dan seterusnya semasa pembetukan Persekutuan Tanah Melayu yang
memisahkan antara pentadbiran Negara yang terletak di tangan penjajah dan hal-ehwal agama di abwah
bidang kuasa Raja-raja dan menyimpulkan-
 
"In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution understood the meaning of
the word Islam in the context of Article 3. If it had been otherwise, there would been another provision in
the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injuction of Islam will be void.
Far from making such provision, Article 62, on the other hand, purposesly preserves the continuity of
secular law prior to the Constitution, unless such law is contrary to the latter"
 
Jelas dari pendekatan Mahkamah tertinggi Negara pada masa itu (1988) yang masih menafsirkan perkara
3(1) dengan merujuk kepada niat penggubal dan bukan kepada maksud Islam itu sendiri. Walaupun bahasa
yang digunakan pada perkara 3(1) itu begitu jelas, namum Mahkamah masih mahu merujuk kepada niat
penggubal.
 
Mahkamah Agung walau bagaimanapun tidak memutuskan bahawa Negara ini adalah Negara sekular
sebagaimana yang sering dihujahkan oleh peguam bukan Islam dan sebahagian kecil peguam hak asasi
manusia kebelakangan ini. Sebaliknya apa yang diutarakan oelh Mahkamah Agung adalah undang-undang
yang terpakai adalah undang-undang sekular sebagaimana yang dibenarkan oleh perkara 162
Perlembagaan. Hakim berkenaan mengaitkan kedudukan perkara 3(1) dengan perkara 162 yang dikatakan
membenarkan undang-undang sekular terus berkuatkuasa. Namun jika diteliti secara cermat, perkara 162
itu adalah peruntukan transitional yang membenarkan undang-undang sebelum merdeka terpakai tertakluk
kepada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan kemudian oleh pihak berkuasa.
 
Jelas di sini bahawa perkara 162 dimasukkan bagi membolehkan proses pengubahsuaian atau pindaan
kepada undang-undang yang sedia berkuatkuasa sebelum merdeka dilakukan. Sekiranya undang-undang itu
bercanggah dengan perkara 3(1), maka ia boleh dipinda supaya selaras dengan Islam. Perkara 162 tidak
boleh dijadikan hujah untuk menyifatkan negara ini sebagai sebuah negara sekular atau membenarkan
undang-undang yang bercanggah dengan Islam terus berkuatkuasa.
 
Oleh kerana itulah di bahagian akhir penghakimannya, Hakim yang bijaksana itu menyarankan supaya
hujah kedua-dua peguam itu diteruskan di forum-forum lain seperti di Parlimen dan kepada ahli politik.
Namun saranan Hakim itu tidak diikuti oleh peguam-peguam Islam yang lain, dan tiada usaha bersungguh-
sungguh untuk mengkaji keberkesanan Perkara 3(1) untuk memartabatkan kedudukan Islam. Sebaliknya
majoriti peguam Islam mengambil sikap menerima sahaja keputusan Mahkamah Agung itu.
 
Cubaan untuk menafsirkan Perkara 3(1) secara lebih tepat telah dilakukan oleh Hakim Mohd Noor
Abdullah dalam kes Meor Atiqurrahman v Fatimah bte Sihi [2000] 5 MLJ 375 apabila beliau memerikan
pendapat mengenai kedudukan Pekara 3(l)-
 
"Ulasan pertama saya mengenai peraturan pakaian seragam sekolah ini ialah peruntukan pakaian seluar
pendek bagi murid lelaki dan pakaian pinafore tunic bagi murid perempuan di sekolah menengah adalah
membelakangkan ugama Islam di mana yang dahulu dikemudiankan dan yang kemudian didahulukan dan
tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Murid lelaki dikehendaki memakai seluar pendek tetapi
diberi pilihan memakai seluar panjang. Murid perempuan pula dikehendaki memakai pinafore tunic dan
blouse (skirt bagi Tingkatan VI) tetapi diberi pilihan memakai baju kurung dan kain sarung atau
tudung/mini telekung. Sepatutnya pakaian murid lelaki ialah seluar panjang dengan memberi pilihan
memakai seluar pendek dan pakaian murid perempuan ialah baju kurung, kain sarung dan tudung/ telekung
dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse atau skirt. Dengan cara sedemikian peraturan
pakaian seragam ini akan selari dengan perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
 
Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan.
 
Soalan: Apakah makna 'Islam' dan 'ugama' dalam Perlembagaan ini?
 
Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dari lahir sehingga mati, dari
bangun pagi hingga ke tidur malam yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang mendapat wahyu dari Allah dan
termaktub dalam Quran, ugama Islam memperakui ugama Yahudi dan Kristian dan mengiktiraf Taurat,
Zabur dan Injil. Islam ugama sejagat yang boleh diterima oleh semua ugama lain.
 
Menurut S Abdul A'la Ma-dudi dalam buku The Islamic Law and Constitution, 7th Ed March 1980. 'There
can be no doubt that Islam is not just a mere collection of dogmas and rituals but it is a complete way of life
covering all fields of human activities, may they be private or public, legal, political, economic, social,
cultural, moral or judicial.
 
Menurut The Holy Quran (New Revised Ed) n 434 p 155 oleh Abdullah Yusuf Ali:
 
Islam is not sectarian, non-racial, non-doctrinal and is a universal religion. Islam is just submission to the
will of Allah. This implies:
 
(1) Faith;
 
(2) doing right, being an example to others to do right, and having the power to see that the right prevails;
 
(3) eschewing wrong,being an example to others to eschew wrong and having the powers to see that wrong
and injustice are defeated. Islam therefore lives not for itself, but for mankind.
 
Pada pendapat saya, 'Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai' bermakna Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara
ini seperti Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk
berganding bahu atau berdiri sama tegak. la duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan
suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati—tinggi, teguh dan terampil. Jika bukan sedemikian
Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di
negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianutinya, tiada lebih
satu dari yang lain."
 
Hakim Mohd Noor seterusnya berkata -Saya percaya seandainya pembuat dasar di Kementerian Pendidikan
sedar atau disedarkan tentang kaedah pakaian bagi orang Muslim dan mengutamakan Islam sebagai ugama
Persekutuan, Kementerian Pendidikan tidak akan mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki
dengan pilihan seluar panjang atau mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid perempuan
dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung/telekung. Peraturan pakaian seragam
sekolah Bil 3/1983 tersebut adalah songsang dan tak selari dengan Perlembagaan dan menurut perkara 4
 
Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan
selepas Hari Merdeka dan yang tak selari dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang tak
selari itu. Peraturan tersebut adalah terbatal. Adanya pilihan untuk memakai seluar panjang atau baju
kurung dan kain sarung tidak dapat menyelamatkan atau menjadikan sah Peraturan tersebut.
 
Walaupun keputusan YA Hakim Mohd. Noor Abdullah diketepikan pada peringat Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan, namun pendekatan yang diambil dalam menafsirkan Perkara 3(1) tidak disentuh
oleh Mahkamah tertinggi negara. Bahkan Hakim Abdul Hamid Mohamad ketika memberikan penghakiman
Mahkamah Persekutuan mengambil pendekatan dari hukum syarak dalam memutuskan kedudukan
peraturan sekolah yang mengharamkan pemakaian serban oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Hakim
berkenaan berkata -
 
[37] SP3 gave his opinion that the wearing of turban is 'sunat'. Clearly, he based his opinion on the views of
the traditional jurists — the turban wearing scholars from turban-wearing communities who lived at a time
when the wearing of turban was customary or fashionable. Certainly their surroundings could have, to a
certain extent, influenced their views on a matter such as the wearing of turban where Al-Quran is silent.
That is natural. Imam Shafie revised some of his rulings after living in Egypt for a few years and observing
the custom of the people there. That is the mark of a great jurist!
 
[38] Even if we were to accept the view of SP3 that me wearing of turban (by adult Muslim male) is 'sunat'
or (commendable), it certainly does not rank on the same level as 'sunat prayers', as learned counsel for the
appellants tried to convince the court when the question was put to him by me.
 
[39] So, the 'practice' is of little significance from the point of view of the religion of Islam, what more, in
relation to underaged boys. Certainly, it is not a part of 'Islamic prophetic teaching' as submitted by the
learned counsel for the appellants.
 
[40] Moving to the second factor which, in my view, should be considered i.e. the extent of the
'prohibition'.
 
[41] We are not dealing with a total prohibition of wearing of the turban. The students, primary school
students of the school, are not allowed to wear the turban as part of the school uniform, i.e. during the
school hours. They are not prevented from wearing the turban at other times. Even in school, certainly, they
would not be prevented from wearing the turban when they perform, say, their 'Zohor' prayer in the school
'surau' (prayer room). But, if they join the 'Boy Scout', it is only natural if they are required to wear the
Scouts uniform during its activities. Or, when they play football, naturally they would be required to wear
shorts and T-shirts. Should they be allowed to wear 'jubah' when playing football because it was the
practice of the Prophet (PBUH) to wear jubah? Following the arguments or learned counsel for the
appellants, they should. Certainly, there is a place for everything.
 
[42] Furthermore, there is nothing to prevent them from changing school, eg to a 'pondok' school that
would allow them to wear the turban.
 
[43] To accept the learned counsel's argument would mean that anybody has a right to do anything, any
time, anywhere which he considers to be a practice of his religion, no matter how trivial. The only limit is
clause (5). To me, that cannot be the law."
 
Pendekatan yang diambil oleh YA Hakim Abdul Hamid Mohamad menunjukkan penafsiran tentang hak
individu dari pandangan Islam boleh dilakukan di Mahkamah Persekutuan. Pendekatan sebegini sepatutnya
mampu dilakukan oleh para hakim-hakim tanpa merujuk kepada keterangan saksi pakar kerana undang-
udang Islam adalah the law of the Land sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Ramah v Laton.
Oleh itu adalah perlu bagi negara untuk mempunyai hakim-hakim yang berkemampuan memutuskan kes
berdasarkan hukum syarak.
 
 
Perkara 3(1) Meletakkan Islam Lebih Istimewa
 
Terdapat juga pandangan yang berpendapat peruntukkan dalam perkara 3(1) ini sekadar menyatakan
bahawa sebagai agama rasmi Persekutuan, Islam adalah satu-satunya agama yang diberi kedudukan yang
sebegitu tinggi berbanding dengan agama-agama lain. Peringatan sedemikian pernah diutarakan oleh Y. A.
Dato' Abdul Hamid Mohamad dalam kes Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan. Hakim
bekenaan menjelaskan bahawa Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri
untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri,
Jadual Kesembilan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga digubal selaras dengan
kehendak Senarai II tersebut.
 
Kedudukan istimewa Islam sebagai agama yang paling dominan juga diiktiraf melalui Artikel 11 walaupun
Artikel tersebut menyebutkan tentang kebebasan beragama. Ini dapat dilihat dalam Klausa (1) dan (4):
 
(1) "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Perkara (4),
mengembangkannya,
 
(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin
atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam"
 
Fasal (4) bertujuan untuk memberi kuasa kepada Negeri untuk membuat undang-undang yang dapat
mempertahankan agama Islam dari dipengaruhi oleh ajaran atau amalan agama-agama lain.
 
Dengan lain perkataan, walaupun agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya dalam negara ini, mereka
adalah dilarang dari menyebarkan ajaran agama mereka kepada umat Islam atas alasan Islam adalah agama
bagi negara ini dan tidak boleh sama sekali diperlakukan secara menghina.
 
 
Pendekatan Holistik Dalam Menafsirkan Perlembagaan
 
Mahkamah Persekutuan dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. V. Kekatong Sdn Bhd & Anor menyebutkan
betapa perlunya Perlembagaan dilihat secara menyeluruh untuk mengelakkan dari penyelewengan maksud
sebenar sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan. Mahkamah menyatakan dalam penghakimannya;
 
".. .Tafsiran terhadap peruntukan dalam Perlembagaan dibuat dengan cara merujuk kepada dua peruntukan
atau lebih secara bersama untuk mendapatkan maksud yang tepat. la adalah satu kaedah yang
sememangnya diiktiraf dalam mana-mana perlembagaan. Adalah perlu untuk merujuk kepada 'Bindra's
Interpretation of Statute 7th Ed' di mana ia menyebut,
 
Perlembagaan mesti dilihat secara menyeluruh untuk memastikan bahawa kesemua peruntukannya adalah
berikat dan berkuasa. la adalah satu kaedah yang diiktiraf dalam mana-mana Perlembagaan bahawa sesuatu
peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh dipisahkan dari peruntukan yang lain dan dibiarkan
berasingan. Pengasingan yang sedemikian akan menyebabkan kedaulatan sesebuah Perlembagaan itu
tergugat dan lari dari tujuan sebenar penggubalan sesebuah Perlembagaan.
 
Di atas sebab yang sama, mengasingkan sesuatu peruntukan dari peruntukan yang lain dan memberikan
tafsiran yang juga dibuat secara berasingan adalah janggal dan tidak tepat..."
 
Kedudukan Islam dalam perlembagaan perlu dilihat secara keseluruhan perlembagaan itu sendiri. Aspek
utama perlembagaan yang sering diperkatakan oleh peguam hak asasi manusia sebagai dominan dan perlu
dihormati adalah Bahagian ll yang merangkumi Kebebasan Asasi, Kesamarataan, Hak Kebebasan Berucap,
Berkumpul dan Berpersatuan, Hak Kebebasan beragama , Hak Mengenai Pendidikan dan sebagainya.
 
Secara dasarnya hak-hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan ini adalah selaras dengan Islam. Malah Islam
yang mendahului pemikiran lain termasuk barat dalam mempelopori hak-hak ini walaupun tidak
dinamakan secara khusus seperti hak asasi manusia, hak wanita, hak kebebasan dan sebagainya. Namun
begitu hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan itu tidaklah mutlak. Perkara 5 -No person
shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law. Perkara 8 (2) - Except as
expressly authorised by his constitution, there shall be no discrimination against citizens..., Perkara 10 (1)
Subject to Clauses (2), (3) and (4) - (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
 
Oleh itu apabila menafsirkan hak-hak yang dikurniakan oleh Perlembagaan, penafsiran kepada
Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang terkandung dalam Bahagian II ini tidak sewajarnya
dilakukan dengan hanya bersandarkan kepada doktrin-doktrin asing tanpa melihat kepada keseluruhan
Perlembagaan itu sendiri. Bahagian II ini perlulah ditafsir secara harmonis dengan Bahagian I dengan
menilainya dari aspek pandangan falsafah dan ideologi negara.
 
Mahkamah Persekutuan dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. berpendapat bahawa;
 
"...Mahkamah sepatutnya berpegang kepada andaian bahawa tiada peruntukan yang saling bercanggah
dalam Perlembagaan dan mengandaikan bahawa itulah yang dimaksudkan oleh para penggubalnya... Raja
Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi Choon Iwn Kerajaan Malaysia menyatakan, "Perlembagaan sebagai
undang-undang yang tertinggi dalam sesebuah Negara, tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, dan
berbeza dengan undang-undang biasa. Oleh sebab itu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh
bercanggah sesama sendiri..."
 
Suffian LP dalam kes Phang Chin Hock Iwn Public Prosecutor pula menyatakan,
 
"Dalam mentafsir Artikel 4 (1) dan Artikel 159, prinsip harmonious construction menghendaki kita supaya
mengambil perhatian terhadap kedua-dua peruntukan tersebut..."
 
 
Kedudukan Doktrin-Doktrin Moden Di Sisi Perlembagaan
 
Konsep keperlembagaan adalah suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bukan berbentuk statik.
Konsep ini telah melahirkan berbagai-bagai konsep lain seperti doktrin pengagihan kuasa, kedaulatan
undang-undang, imbangan kuasa dan sebagainya. Konsep-konsep yang baru diperkenalkan seperti good
governance, transparency, akauntabiliti juga boleh dikatakan sebagai perkembangan keperlembagaan.
 
Kesemua perkembangan ini perlu dilihat dari kacamata Islam sama ada ia selaras dengan ideologi negara
atau sebaliknya. Walaupun sebahagian dari konsep-konsep baru ini adalah selaras dengan Islam namun
tidak dapat dinafikan bahawa pendetilan bagi sesetengah konsep itu ternyata bercangggah dengan Islam.
Sebagai contoh, hak kesamarataan gender walaupun pada hakikatnya Islamlah yang mengangkat martabat
wanita (sedangkan barat pada masa itu langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada wanita) namun
dalam beberapa hal tertentu hak kesamarataan yang dituntut oleh wanita di Barat seperti memberikan ruang
kepada wanita untuk menjawat jawatan awam tertentu yang berkaitan dengan agama seperti mufti, imam
dan sebagainya adalah bercangggah dengan ajaran Islam.
 
Begitu juga dengan hak kebebasan untuk menjalinkan hubungan jenis. la perlu dilihat dari sudut pandangan
agama negara ini. Islam tidak mengiktiraf hubungan jenis di luar nikah sama ada di kalangan umat Islam
atau bukan Islam. Oleh itu dalam mempertimbangkan sama ada hak kebebasan individu perlu diberikan
sehingga ke tahap kebebasan untuk mengadakan hubungan seks, maka rujukan perlulah dibuat kepada
prinsip utama negara iaitu Islam.
 
"Whatever may be said of other constitutions, they are ultimately of little assistance to us because our
Constitution now stands in its own right and it is in the end the wording of our Constitution itself that is
subject to be interpreted and applied, and this wording can never be overridden by the extraneous principles
of other Constitutions" Raja Azlan Shah dalam kes Pang Chin Hock v Public Prosecutor.
 
Begitu juga dengan hak asasi manusia yang terlalu memberikan tumpuan kepada hak dan kebebasan
individu hingga bercanggah dengan keseimbangan hak antara individu dan komuniti yang dianjurkan oleh
Islam.
 
Namun begitu Islam tidak pesimis terhadap doktrin-doktrin pengagihan kuasa, check and balance,
ketelusan dan sebagainya. Malah Islam awal-awal lagi menegaskan kewajipan rakyat untuk menegur
pemimpin sekiranya pemimpin melakukan kesilapan. Malah Islam lebih ke hadapan dalam aspek good
governace ini. Islam melarang pemerintah dari bermewah-mewah sedangkan rakyat dalam kesusahan.
Monopoli dalam perniagaan, mengaut kekayaan dan keuntungan secara rakus, eksploitasi ekonomi,
penipuan yang berleluasa dalam perniagaan sehingga golongan kapitalis mengaut keuntungan berlipat kali
ganda dengan menindas pengguna. Semua ini adalah bercanggah dengan Islam namun ia tidak
dibangkitkan sebagai bertentangan dengan Islam dan dengan itu unconstitutional kerana bercanggah
dengan semangat agama negara.
 
Mengenai amalan demokrasi, walaupun sistem pilihanraya negara ini berasaskan amalan barat, namun cara
pemilihan sedemikian tidaklah bercanggah dengan prinsip syura Islam yang memberikan kebebasan kepada
orang ramai untuk memilih pemimpin yang paling layak antara mereka.
 
Pemilihan yang dibuat oleh rakyat bukanlah merupakan keputusan muktamad mengenai perlantikan
Perdana Menteri kerana YDPA masih berkuasa untuk menimbangkan seseorang yang dipercayai mendapat
kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri yang
dilantik oleh YDPA semestinya seorang yang mampu melaksanakan ikrar Baginda iaitu - mempertahankan
Islam.
 
Dalam hal penggubalan dasar dan undang-undang negara, prinsip asas demokrasi yang mementingkan
pandangan majoriti rakyat perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan yang meletakkan nilai agama Islam
sebagai garis panduan yang perlu dihormati. Walaupun pandangan majoriti rakyat mahukan hubungan jenis
(perzinaan) atas kerelaan tidak dijadikan satu kesalahan jenayah, namun ia perlu dinilai dari kehendak
agama Islam yang mengkategorikan kegiatan sedemikain sebagai kesalahan jenayah.

 
 AGENDA MENGHAKIS KEDUDUKAN ISLAM DALAM NEGARA

a. Menghapuskan Kedaulatan Islam dalam Perlembagaan

 Berhujah (di Parlimen, Mahkamah Persekutuan dan di mana sahaja) untuk menafsirkan Perkara 3
Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan dan Kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua
Agama di Negeri masing-masing) hanya sekadar untuk tujuan kera'ian (ceremonial) sahaja.
• Berhujah bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
• Meletakkan Islam dan Syariah di bawah norma-norma atau konvensyen antarabangsa dan tertakluk
kepada norma atau konvensyen berkenaan.
• Perkara 121 1A ditafsirkan dengan memberikan kuasa mahkamah tinggi sivil untuk melaksanakan
judicial review - bagi menyemak dan mengubah keputusan Mahkamah syariah.
• Sistem perundangan syariah negara adalah sekadar administrative personal tribunal yang boleh
diketepikan atau disemak oleh mahkamah tinggi sivil berdasarkan undang-undang sivil.
• Mahkamah Syariah tidak mempunyai asas dalam perlembagaan dan tidak setanding dengan Mahkamah
Sivil

b. Menyamatarafkan semua agama (transcendental unity of religion) di negara ini;


• Melenyapkan dominasi Islam dalam berbagai aspek kehidupan dan pentadbiran negara.
• Semua agama berhak untuk menyebarkan ajarannya termasuk kepada orang Islam, perkara 11(4)
Perlembagaan perlu dihapuskan;
• Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri tidak berhak untuk memberikan perhatian kepada Islam;
• Sebarang belanjawan untuk pembangunan Islam adalah menyalahi amalan negara demokrasi;
• Kerajaan juga perlu memperuntukan belanjawan untuk agama-agama lain sekiranya Islam diberikan
peruntukan kewangan
• Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan kepelbagaian agama (pluralisme); suami isteri boleh
berbeza agama dan anak-anak boleh memilih agama yang mereka yakini.
• Tidak perlu memeluk Islam bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan pasangan beragama Islam.
• Anak-anak bagi pasangan yang hanya salah seorang memeluk agama Islam sedangkan pihak yang satu
lagi tidak memeluk agama Islam, tidak semestinya mengikut agama pasangan yang memeluk Islam.
Memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak di kalangan umat Islam sehingga membolehkan -
• Orang Islam bebas untuk murtad sesuka hati mereka tanpa kawalan pihak berkuasa agama, jauh sekali
dari dikenakan sebarang hukuman;
• Pelopor dan pengikut ajaran sesat bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka;
• Orang-orang Islam yang jahil tentang Islam juga diberikan hak untuk menafsirkan al Quran mengikut
kefahaman mereka sendiri;
• Institusi Fatwa dihapuskan dari enakmen Pentadbiran Negeri-negeri kerana dikatakan bercanggah dengan
semangat keperlembagaan, ia seolah-oleh menjadi badan pembuat undang-undang ketiga selain dari DUN
dan Parlimen;
• Jurisprudens Syariah diranapkan sama sekali, pentafsiran dan pendekatan modern yang liberal dan
progresif perlu diterima pakai.
• Pegangan agama, kepercayaan dan bagaimana mengamalkannya adalah hal persendirian yang tidak
sepatutnya disentuh oleh mana-mana pihak berkuasa.
Menghapuskan undang-undang kawalan moral berasaskan agama
• Umat Islam perlu dibebaskan dari berbagai kawalan undang-undang Syara' yang mengawal akhlak.
• Berhujah (termasuk di Mahkamah) dan mendesak supaya dihapuskan kuasa Negeri-negeri untuk
menggubal undang-undang jenayah syariah yang bertujuan untuk mengawal akhlak umat Islam seperti
khalwat, minum arak, berjudi, berpakaian/ berkelakuan tidak senonoh dsb.
• Umat Islam bebas mengamalkan agamanya mengikut tafsirannya sendiri, tiada sebarang undang-undang
yang boleh mengawalnya dan tiada sesiapa yang boleh memutuskan sama ada caranya itu salah atau
sebaliknya.

c. Memberikan imej buruk terhadap Institusi dan Undang-undang Syariah/Islam.


• Menggambarkan Ulama' silam sebagai tidak adil kerana mendiskriminasi kaum wanita dengan
memberikan hak talak kepada lelaki, pengagihan harta pusaka yang mendiskriminasi wanita, keperluan
wali dalam pernikahan, nasab keturunan hanya di sebelah bapa dsbnya yang pada pemikiran mereka adalah
gender bias.
• Jawatan-jawatan utama berkaitan agama dimonopoli kaum lelaki.
• Secara tradisinya Jabatan Agama dan Mahkamah Syariah dimonopoli oleh kaum lelaki dan sentiasa
menindas kaum wanita.
• Tafsiran al-Quran dalam hal-hal berkaitan wanita dipengaruhi oleh lelaki
• Isteri tidak wajib ta'at kepada suami kerana perkongsian hidup mereka adalah atas kedudukan sama rata
• Amalanberpoligamidigambarkan sebagai gila seks.
• Memberikan gambaran negatif mengenai amalan poligami Rasul.
• Isteri berhak untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja sebagaimana suami juga.
• Suami yang memaksa isteri untuk mengadakan hubungan seks boleh dituduh merogol isteri.

d. Mengadakan jaringan bersepadu untuk mengganyang Islam (Islam Bashing)


• Membentukpersepakatan dengan NGO-NGO, dan media massa khususnya internet bagi rnenjayakan
program Islam bashing mereka.
• Mendapatkan sokongan parti-parti politik bukan Islam, termasuk tokoh-tokoh politik dalam atau luar
kerajaan bagi melebarkan pegaruh mereka.
• Mewujudkan barisan peguam yang berkebolehan untuk berhujah di Mahkamah Persekutuan bagi
meruntuhkan Islam dan Institusi Islam melalui proses mahkamah.
• Memberikan sokongan moral dan membela kelompok ajaran sesat dan memberikan gambaran buruk
mengenai Islam kepada masyarakat antarabangsa.
• Bekerjasama dengan badan-badan aktivis hak asasi untuk membela golongan ajaran sesat dan pesalah
jenayah Syariah hingga ke tahap mempertikaikan undang-undang kawalan tersebut di Mahkamah
Persekutuan.
• Membangkitkan sentimen kebencian dan mewujudkan gelombang bantahan terhadap Institusi Islam dan
Syariah melalui jaringan media serta memburuk-burukkan imej institusi agama/ Syariah.
• Melobi kepada parti-parti politik dan tokoh-tokoh poitik termasuk yang berada dalam kerajaan untuk
melebarkan pengaruh mereka.
• Melobi kepada masyarakat antarabangsa untuk mengenakan berbagai tekanan terhadap negara sekiranya
apa saja yang mereka kehendakki tidak dapat dilaksanakan.
• Merekrut siswa-siswi yang petah (terutamanya Bahasa Inggeris) dan pintar untuk menyemai pengaruh
mereka di kalangan generasi muda.

KES-KES YANG MENG ANCAM KEDUDUKAN ISLAM

WalaupunKumpulanArtikel 11 (K-ll) baru ditubuhkan secara rasminya pada awal tahun 2006, namun
kegiatan mereka telah berakar umbi sejak hampir sepuluh tahun yang lalu. Mereka bergerak secara individu
atau atas kapasiti kelompok kecil dengan pendekatan masing-masing. Sepanjang 50 tahun kemerdekaan
negara, terdapat banyak kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang menjejas kedudukan Islam di
negara ini.

Kebelakangan ini antara kes-kes yang telah dan sedang digunakan oleh K-ll untuk menegakkan prinsip
perjuangan mereka adalah seperti berikut-

Daud bin Mamat Dan Lain-lain Lwn Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Dan Satu
Lagi [2002] 3 MLJ 728.

Kes yang pertama mengenai isu hak orang Islam untuk murtad. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan.
Plaintif adalah pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang dipenjarakan kerana cuba keluar dari agama Islam
tanpa melalui saluran yang wajar. Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan ia tiada bidang kuasa untuk
memutuskan isu murtad kerana menurut seksyen 102 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Kelantan
seseorang Muslim dianggap masih beragama Islam sehinggalah ia diisytiharkan sebaliknya oleh Mahkamah
Syariah.

Hakim Dato' Suryadi Halim Omar juga berkata; The act of exiting from a religion is certainly not a
religion, or could be equated with the right 'to profess and practise' their religion. Manakala di Mahkamah
Rayuan pula Hakim Hamid Mohamad mengesahkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan selanjutnya
beliau memutuskan bahawa cubaan perayu dan rakan-rakannya untuk keluar dari agama Islam hanyalah
bagi mengelakkan dari dipertuduh di Mahkamah Syariah bagi kesalahan yang telah mereka lakukan, oleh
itu mereka perlu dibicarakan terlebih dahulu di Mahkamah Syariah bagi kesalahan itu.

Peguam-peguam:
• Harts Ibrahim (Mohana Kumar dan Jahaberdeen Md Yunos bersama beliau) (Haris & Co) bagi pihak
perayu.
• Jalaldin Hussain (Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan) bagi pihak responden pertama.
• Azhar Mohamad (Alice Lake bersama beliau) (Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden kedua.
Kamariah Bte Ali Dan Lain-lain Lwn Kerajaan Negeri Kelantan Dan Satu Lagi [2002] 3 MLJ 657
(Mahkamah Rayuan) [2005] 1 MLJ 197(Mahkamah Persekutuan).

Perayu-perayu telah membuat akuan berkanun mengisytiharkan mereka keluar daripada agama Islam pada
bulan Ogos 1998. Mereka dijatuhkan hukuman penjara pada 5 Oktober 2000 atas kegagalan mematuhi
perintah Mahkamah Rayuan Syariah untuk bertaubat berkaitan dengan kesalahan di bawah Undang-undang
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dilakukan oleh perayu-perayu sebelum Ogos
1998. Maka, persoalan yang timbul ialah sama ada perayu-perayu mestilah menganut agama Islam ketika
hukuman-hukuman dijatuhkan ke atas mereka dalam bulan Oktober 2000.

Pada peringkat Mahkamah Rayuan, Hakim Abdul Hamid Mohamad memutuskan -


(1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (berkaitan dengan agama Islam) tidaklah boleh ditafsirkan
sebegitu luas sehingga ia membatalkan semua undang-undang yang menghendaki seseorang Islam itu
mengerjakan sesuatu kewajipan agama Islam atau melarang mereka melakukan sesuatu perkara yang
dilarang oleh agama Islam atau yang menetapkan acara bagi melakukan sesuatu perkara yang berkaitan
dengan agama Islam. Ini kerana kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan
daripada kedudukan agama-agama lain. Pertama, hanya Islam, sebagai satu agama, yang disebut dengan
namanya dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu sebagai 'agama bagi Persekutuan' dan kedua,
Perlembagaan itu sendiri memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri (bagi Negeri-Negeri) untuk
mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai n, Senarai Negeri,
Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan ('Senarai n')

Manakala di Mahkamah Persekutuan Ketua Hakim Negara sekarang YAA Tun Ahmad Fairuz memutuskan
untuk menolak rayuan perayu-perayu:
(1) Membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan mereka bukan lagi menganut agama Islam tidak dengan
sendirinya melepaskan perayu-perayu daripada pertuduhan yang ada di Mahkamah Syariah
(2) Mengambil pendekatan maksud, didapati bahawa masa yang material untuk menentukan sama ada
perayu-perayu adalah orang yang menganut agama Islam ialah masa ketika mana perayu-perayu melakukan
kesalahan di bawah Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Oleh itu walaupun perayu-perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada tahun 1998, mereka
selayaknya dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah pada tahun 2000 kerana ia berkaitan suatu kesalahan
yang telah dilakukan ketika perayu-perayu masih beragama Islam.

Peguam-peguam:
• Malik Imtiaz (Haris Ibrahim, Ang Hea nLeng dan Nor Isma Ismail bersamanya) (Harts &Go) bagi pihak
perayu
• Tan Sri Abdul Gani Patail (Data' Azhar bin Mahomed, Puan Azizah bt Nawauri dan Che Muhd Ruzima
bin Ghazali bersamanya) (Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden

Zaid Ibahim v Kerajaan Negeri Kelantan, Zaid Ibrahim v Kerajaan Negeri Terengganu .

Datuk Zaid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bharu bukan sahaja mencabar kesahan undang-undang hudud
Kelantan dan juga Terengganu yang digubal oleh Kerajaan PAS. Malah beliau juga telah mencabar kuasa
Dewan Undangan Negeri untuk menggubal apa sahaja undang-undang yang berbentuk undang-undang
jenayah. Kes tersebut belum didengar di Mahkamah Persekutuan tetapi difahamkan ia ditarik balik. Namun
undang-undang hudud tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bercanggah dengan Akta Bidangkuasa
Mahkamah Syariah (Akta 355) yang mengehadkan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh
Mahkamah Syariah adalah penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebatan 6 rotan.

Ahli Parlimen Kota Bahru itu juga sering mempertikaikan struktur pentadbiran Islam negara terutama
sekali institusi fatwa yang dikatakan bertentangan dengan prinsip amalan demokrasi.

Sulaiman Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu- 2006 (Mahkamah Persekutuan).

Peguam Malek Imtiaz dan Harith Ibrahim dengan dibantu oleh Edmund Bon bertindak bagi pihak seorang
pengikut Ayah Pin mencabar Instistusi Fatwa dan berhujah mengenai hak kebebasan berfikir di kalangan
umat Islam serta bebas dari terikat kepada sebarang pendapat pihak berkuasa seperti mufti. Sulaiman
dituduh di bawah undang-undang jenayah Syariah Negeri Terangganu kerana melanggar fatwa Mufti yang
melarang umat Islam dari mengikuti ajaran Ayah Pin kerana ia didapati bercanggah dengan akidah.
Sulaiman bukan sahaja dibantu untuk membela dirinya di Mahkamah Syariah dari tuduhan tersebut, malah
beliau mendapat bantuan bala tentera guaman besar dari K-ll yang berhujah untuk meruntuhkan institusi
fatwa di seluruh negara.

Implikasinya setiap orang Islam berhak menggunakan akal fikirannya sendiri untuk menentukan pattern
atau bentuk pegangan dan ajaran agama yang dipegang atau diamalkan oleh umat Islam. Persoalan sama
ada mereka sesat atau tidak bukan bidangkuasa pihak pemerintah untuk menentukannya. Melalui kes ini
juga mereka berhujah bahawa Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-
undang jenayah Syariah sebagaimana yang ada sekarang ini. Apa yang boleh digubal hanyalah kesalahan
berkaitan rukun Islam yang ditaf sirkan secara sempit.

Mereka telah berhujah mengunakan pakar rujuk Prof. Dr. Hashim Kamali dari UIA untuk memberikan
tafsiran yang sempit kepada perkataan "precept of Islam" dalam perlembagaan. Manakala kerajaan
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan yan menentang hujah K-ll menggunakan pakar rujuk Tan Sri Prof.
Mohd. Kamal bin Hassan bekas Rektor UIA yang memberikan tafsiran yang luas kepada perkataan
tersebut.

Walaupun keputusan kes ini akan mempunyai implikasi yang besar kepada Islam dan kuasa perundangan
negeri-negeri untuk membuat undang-undang jenayah Syariah serta institusi fatwa namun tiada satu pun
Majlis Agama Islam Negeri atau Kerajaan Negeri yang memohon untuk menjadi pencelah bagi
mempertahankan kes ini. Tarikh keputusan kes ini belum ditentukan oleh mahkamah.

Lina Joy (Azlina bte Jelani) v KP Jab Pendaftaran Negara,MAIWP & Kerajaan Malaysia (Mahkamah
Persekutuan).

Azlina Jailani (Lina Joy) memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan butiran status
agama Islam pada Mykadnya atas alasan beliau telah menukar agama.

Permohonannya ditolak kerana beliau gagal mengemukakan perintah Mahkamah Syariah bahawa beliau
telah murtad. Di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kedua-dua Mahkamah memutuskan
beliau perlu mendapatkan perintah Mahkamah Syariah kerana isu murtad adalah isu perundangan Islam dan
Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa. Apabila dirayu ke Mahkamah Persekutuan, antara isu
yang diketengahkan bukan sekadar kes permohonan menukar butiran dalam kad pengenalan, malah dengan
sokongan kuat K-ll barisan peguamnya yang diketuai Datuk Cyrus Dass telah mendesak mahkamah
membuka seluas-luasnya pintu murtad kepada orang Islam atas nama hak kebebasan beragama.

Majlis Peguam sekali lagi bukan sekadar bertindak sebagai pemerhati dengan diwakili Malek Imtiaz dan
Haris Ibrahim, mereka juga bersama-sama NGO-NGO yang prejudis kepada Islam telah bertindak
mengemukakan hujah dengan tema yang sama iaitu negara ini adalah sekular, Islam hanyalah ceremonial,
sejarah negara ini bermula pada tahun 1957 dan Mahkamah Syariah tiada tempat dalam Perlembagaan, hak
wanita Islam untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja tanpa lelaki berkenaan memeluk Islam dan berbagai
hujah yang bertentangan dengan hukum Syarak.

Antara akibat yang ;boleh melanda umat Islam sekiranya Mahkamah memihak kepada Azlina adalah:
 Orang Islam boleh keluar Islam sesuka hati.
 Kelak sesiapa sahaja yang dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan boleh terlepas hanya
dengan menyatakan "Saya bukan Islam". Mahkamah Syariah tidak akan boleh mengadilinya.
Mahkamah Syariah dengan sendirinya hilang fungsinya.
 Membuka ruang untuk pengamalan Islam ditentukan oleh yang bukan pakar dalam agama.
Persoalan Islam akan ditentukan oleh para hakim Mahkamah Sivil yang bukan pakar dalam
perundangan Islam (termasuk Hakim bukan Islam).
 Pandangan ulama atau fatwa tidak lagi diperlukan dalam menentukan persoalan berkaitan Islam.
 Membuka ruang untuk Islam diamalkan mengikut kepercayaan dan pemahaman individu dan tidak
boleh dikawalselia oleh majlis Agama.
 Tiada siapa boleh mempersoalkan amalan orang Islam yang berbeza seperti sembahyang 3 waktu,
menolak hadith, berkhalwat dan lain-lain lagi.
 Jenayah dalam Islam seperti minum arak, berzina dan berjudi tidak boleh dihukum.
 Pemahaman dan pengamalan agama untuk anak-anak dewasa tidak lagi boleh ditentukan oleh ibu
bapa. Ibu bapa tidak boleh lagi 'memaksa' anak-anak terutama yang melebihi umur 18 tahun
mengamalkan cara hidup Islam atau 'memaksa' mereka beragama Islam. Ini kerana Perkara 11
Perlembagaan boleh ditafsirkan sebagai membenarkan seseorang memeluk agama pilihannya dan
mengamalkannya mengikut pilihannya.

Kalliamal A/P Sinnsamy v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Kerajaan Malaysia (Kes
Allahyarham Mohamad @ Moorthy bin Abdullah-Mahkamah Rayuan)

Kes ini berlaku pada hujung tahun 2005 apabila Kalliamal enggan menerima hakikat bahawa arwah
suaminya telah memeluk agama Islam semasa hayatnya. Walaupun pihak berkuasa MAIWP berhak untuk
mengebumikan jenazah Mohamad tanpa perintah mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, namun bagi
mengelakkan ketegangan yang berterusan, pihak MAIWP telah dinasihatkan untuk menunggu keputusan
Mahkamah Tinggi Sivil sekalipun Mahkamah Syariah telah memberikan perintah pengkebumian mengikut
hukum syarak lebih awal. Dapat dilihat bahawa MAIWP adalah berkeyakinan bahawa Mahkamah Tinggi
akan mengiktiraf bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan pengesahan pemelukan Islam.
Sebagaimana yang dihujahkan oleh peguam MAIWP dan Peguam Kanan Persekutuan, Mahkamah Sivil
tidak boleh mengganggu keputusan Mahkamah Syariah berdasarkan Perkara 121(1A).

Sebagaimana yang diduga K-ll yang disokong kuat oleh media massa mengasak hebat MAIWP dan
Mahkamah Syariah. Tohmahan mereka adalah orang bukan Islam tidak mendapat keadilan sewajarnya (no
remedy) dalam kes sebegini. Mereka langsung tidak membangkitkan isu hak Mohamad yang telah
memeluk Islam dan hak MAIWP yang menjalankan kewajiban dan tanggungjawabnya bagi pihak Yang
DiPertuan Agong sebagai ketua agama bagi Wilayah Persekutuan, sebaliknya yang digembar-gemburkan
adalah hak Kalliamal sebagai isteri untuk mencabar kesahan pemelukan Islam oleh suaminya.

Kes ini mencetuskan krisis perlembagaan yang serius sehinggakan 6 orang menteri kabinet bukan Islam
mengemukakan memorandum menuntut supaya perkara 121 (1A) dimansuhkan. Ternyata itulah
sebenarnya hakikat perjuangan mereka - sekalipun mempunyai bidangkuasa yang terhad, kedaulatan
mahkamah Syariah hendak dihapuskan!

Walaupun tewas di Mahkamah Tinggi, mereka tetap meneruskan perjuangan ke peringkat Mahkamah
Rayuan di mana mereka juga mencabar Kedaulatan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah dan
menghujahkan bahawa Malaysia adalah negara sekular yang mendaulatkan mahkamah sivil dalam apa
bentuk pertikaian undang-undang. Mereka juga berhujah bahawa masyarakat bukan Islam tidak boleh
tunduk atau mengiktiraf kekuasaan pihak berkuasa agama Islam dan jauh sekali dari mengiktiraf
bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Adalah dipercayai kes ini tidak akan berakhir di Mahkamah
Rayuan. Mereka akan terns menggugat kedaulatan Islam dan Mahkamah Syariah hinga ke Mahkamah
Persekutuan.

Haris Ibrahim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam juga telah berhujah panjang lebar
bahawa Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk memutuskan kes tersebut. Manakala di Mahkamah
Rayuan, Malek Imtiaz dan Haris yang juga peguam pemerhati bagi Majlis Peguam telah memfailkan
hujahan bertulis yang memperteguhkan kedudukan negara ini sebagai negara sekular dan memperlekehkan
kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.

Abdul Kahar bin Ahmad v Kerajaan Negeri Selangor (Mahkamah Persekutuan).

Seorang lagi pelopor ajaran sesat yang mengaku menjadi rasul bagi kalangan orang Melayu. Beliau telah
ditangkap oleh MAIS dan telah dihadapkan ke Mahkamah Syariah. Namun begitu, beliau mengambil
pendekatan yang sama seperti dalam kes Sulaiman Takrib dengan mencabar undang-undang jenayah
Syariah di negeri Selangor atas alasan negeri-negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-
undang jenayah. Kes ini belum dibicarakan. Peguamnya adalah rakan seperjuangan Haris dan Malek
Imtiaz, Edmund Bon.

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH MEMPERKUKUHKAN ISLAM

a. Memperbetulkan kefahaman semua pihak terutama sekali yang terlibat dalam urusan pemerintah
(Kerajaan, Kehakiman dan Perundangan) mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekuruan
sebagai Agama Persekuruan bukan sekadar agama rasmi.
b. Menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam pemerintahan negara sama ada Kerajaan, Kehakiman atau
Perundangan akan kewajipan untuk melaksanakan ikrar YDPA bagi mempertahankan Islam.
c. Islam perlu dijadikan asas pertimbangan dalam penggubalan dasar-dasar, peraturan dan undang-undang
Negara.
d. Penafsiran perlembagaan dan undang-undang yang berkuatkuasa perlu dibuat berasaskan Islam dan
bukannya pemahaman barat.
e. Menyedarkan semua pihak bahawa sebarang usaha untuk memperteguhkan kedudukan Islam di Negara
ini adalah dilaksanakan dalam perspektif Perlembagaan - bagi mempertahankan Islam.
f. Peranan Peguam Muslim ; Peguam-peguam Muslim perlu mempersiapkan diri dengan mempertajamkan
fikiran dan memantapkan hujah untuk menggalas tanggungjawab menghadapi golongan yang agresif
berusaha untuk menghakis Islam. Sikap mementingkan kesenangan diri dan kemewahan hidup perlu
dihindari demi memelihara kedaulatan Islam dan kesucian aqidah umat Islam. Peranan ini bukan lagi hanya
perlu ditanggung oleh para ustaz, tok-tok guru pondok dan para pendakwah atau penceramah bebas. Para
peguam perlu menerajui ummah untuk menghadapi ancaman yang sedang melanda umat Islam seluruh
dunia ini.

KESIMPULAN

Professor Muhammad Imam yang banyak melakukan kajian mengenai kedudukan Islam dalam
Perlembagaan Malaysia semasa bertugas di Universiti Islam Antarabangsa membuat kesimpulan berikut
dalam salah satu artikelnya -
"Article 3(1) is not a mere declaration but imposes a positive obligation on the Federation to protect,
defend, promote Islam; give effect by appropriate state action to the Injunctions of Islam; and enable,
facilitate and encourage Muslims to order their lives and practise according to Islamic injunctions, spiritual
and mundane alike."
Rujukan
1. Perlembagaan Persekutuan.
2. Atiqulrahman bin Ishak & Lain-Lain v Fatimah bte Sihi & Lain-lain [2000] 5 MLJ 375
3. Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan.
4. Che' Omar bin Che Soh v Public Prosecutor. (1988) 2 MLJ 55.
5. Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim
6. Islam Dalam Perlembagaan; Pror. Dr. Abd. Aziz Bari.
7. Tun Mohamed Suffian "An Introduction to the Legal System in Malaysia".
8. Tun Mohd Salleh Abas; "Constitution, Law and Judiciary"
9. S Abdul A'la Ma-dudi; The Islamic Law and Constitution.
10. Prof. Muhammed Imam; Freedom Of Religion Under Federal Constitution Of Malaysia - A Reappraisal
11. White Paper on the Federation of Malaya Constitutional Proposals, 1957.
12. Federation of Malaya Legislative Council Debates (13th & 14th meetings of the Second Session of the
Second Legislative Council).
LAMPIRAN

MLC: Malaysia is not an Islamic State, says Tommy Thomas

Friday, 18 November 2005,23:00 Contributed by Loo Lai Mee, LexisNexis


KUALA LUMPUR, Fri: Lawyer Tommy Thomas today told a packed hall at the Malaysian Law
Conference that history shows that Malaysia is a secular state.
Tommy's paper on 'Is Malaysia an Islamic State?' traces the historical birth of the Constitution from pre-
Merdeka days to its current position. From various documents, he showed evidence that the intention and
will of both the drafters and people in constituting Malaya was to create an independent and secular nation
that will protect and defend the rights of all citizens.
The constitution, he said, was a 'give and take compromise' which became the 'social contract' between the
races. He said that the constitution "reflected a microcosm of the conflicting interests inherent in Malaya's
plural society... it also mirrored the social and political conditions of the time and the desire of the Alliance
leaders for national unity and political stability as nationhood loomed".
Tommy added that in the run-up to Merdeka and adoption of the Merdeka constitution, both the leaders and
the people were first and foremost committed to achieve consensus and compromises, particularly on
communal issues. Everyone concerned from the British, the Alliance Party, the Malay Rulers and the
majority of the Reid Commission and in particular, our Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, first as
a Chief Minister and then independent Malaya's first Prime Minister, took great pains to expressly declare
that Malaya is a secular state.

Interpretation of the constitution


"No one had suggested in the period leading up to 31 August 1957 that the expression "Islam is the religion
of the Federation" in article 3 of the Federal Constitution means that Islam is the State religion", said
Tommy. All the commentators who have studied the issue, most of whom are Malaysia's leading
constitutional scholars and/or Islamic law experts such as Prof LA Sheridan, MB Hooker and Prof Ahmad
Ibrahim, to name a few, are unanimous of the opinion that 'article 3 has a limited meaning and scope, and it
certainly does not constitute Malaysia an Islamic state.
As a matter of fact, Tommy said prior to the formation of Malaysia on 16 September 1963, the States of
Sabah, Sarawak and Singapore were adamant that Islam was not going to be the State religion of the new
Federation. This issue has been correctly stated by the then Supreme Court, in a 5-member panel, in the
landmark case of Che Omar bin Che Son v PP [1988] 2 MLJ 55 that article 3 has a limited meaning that the
Founding Fathers had intended, expressly stating that Malaysia is a secular nation.

Dr Mahathir's 29 September 2001 statement


Therefore, he said that the then Prime Minister Dr Mahathir's statement on 29 September 2001 during his
Opening Address to the Gerakan Party's 30th national delegates conference that Malaysia is an Islamic
country was not accurate. His best guess was that it was 'made purely for political considerations, divorced
from the constitutional position'. Fortunately, the results of the 2004 General Elections suggest that the
electorate was hardly concerned about the issue seeming to content in accepting Prime Minister Abdullah
Badawi's concept of Islam Hadhari, which does not mention that Malaysia is an Islamic state.
Tommy expressed the hope that "having regard to the delicate and sensitive nature of this issue in plural
Malaysia ... [the issue] will not be resurrected, that the social contract agreed to in 1957 and reaffirmed in
1963 would continue to operate for generations to come, and Dr Mahathir's 2001 statement be consigned to
historical oblivion.

Constitutional Interpretation in a Globalised World


In another interesting paper, Prof Dr Shah Saleem Faruqi said that the Malaysian judiciary as a moral and
not merely a legal, institution should not avoid or evade sensitive constitutional issues when asked to
question central government's powers.
He said that Malaysian courts, as in many other countries, 'speak boldly but act timidly'. He explained that
such an approach needs to change in an age when human rights have been globalised, when "injustice
anywhere is regarded as a threat to justice everywhere."
He said that "a pragmatic rather than dogmatic approach to the interpretation of the basic charter's
provisions should be adopted.
"Judges should be receptive to the felt necessities of the times and their interpretations should show
suppleness of adaptation to changing needs. They should adjust legal principles to changing social
conditions and should assist in social engineering as in other countries," said Faruqi.

Judicial attitudes must change


Judicial attitudes over the past 48 years have not been entirely consistent. Nevertheless,
some cautious generalisations can be made
1. Constitutional supremacy merely notional - Faruqi said: "Over the last 48 years, Malaysian courts have
shown extreme reluctance to invalidate parliamentary legislation on the ground of constitutionality. The
judges seem to be steeped in the British tradition of parliamentary supremacy which has no legal basis
here."
2. Reliance on English philosophy of legal positivism.
3. Reliance on separation of powers to refuse judicial review - Faruqi submitted that the motive force of the
Malaysian Constitution has been wrongly interpreted to mean strict separation of, instead of in a balance
amongst the various organs of State. Power of one organ was meant to check the power of another.
4. Gradations amongst human rights.
5. Preference for English precedents over precedents from US and India - American and Indian precedents,
which should be more persuasive because of similar supreme constitutions, are brushed aside as too
idealistic.
6. Unreviewable discretionary powers - which has caused the ideals of the rule of law to be set aside.
7. Constitutional issues reduced to issues of administrative law - It is unfortunate as sometimes the highest
court chose to dismiss constitutional issues summarily and went on to decide the case on the principle of
ultra vires in administrative law instead.
8. Treating the Constitution as sui generic - Malaysian judges are generally reluctant to view the
constitutional jurisprudence and the exhilarating developments in constitutional law in countries like India,
USA and Australia. They hold that every Constitution is sui generic - a class by itself. It must be interpreted
within its own four walls and according to the nation's prevailing conditions.
9. Public law private law dichotomy.
10. Locus standi
11. International law - the enforceability of international law on human rights poses problems for our courts
because in Article 160(2) of the Constitution the definition of 'law' does not make any reference to
international law. However this flaw in the law can be remedied by creative interpretation of Article
160(2). The Article states that "law" includes written law, the common law and any custom or usage having
the force of law. The word 'includes' implies that the definition is inclusive, not exclusive. There is scope
for including other elements like international treaties into our concept of law.
12. Restrictive interpretation of the right to personal liberty -Through judicial interpretation of the
constitutional provision, the courts can expand the horizons of freedom or narrow them down further.
13. Article 7 - the rule against double jeopardy has been subjected to so many exceptions that one is left
wondering about the real worth of this immunity.
14. Article 8 - the unsatisfactory application of this article has caused the guarantees of Part II amenable to
restriction, not only by Parliament, but also by the executive acting under legislative powers delegated to it
during an emergency by Parliament.
15. Special powers legislation - What is lacking is a judicial willingness to apply objective tests to
subjective and wide powers granted by statutory formulae in such legislation as the Internal Security Act.
The area of non-justiciable executive powers and discretions remains rather large and is showing no signs
of abating.
16. Islam - On issues which have any direct or indirect connection with Islam, the federal courts use Article
121(1 A) as an excuse to refuse jurisdiction. This is so even though in many of the cases that have ended up
in the superior courts, fundamental rights and the constitutional validity of legislation are involved.
Specifically, many apostates and those declared to be deviants have cried out for constitutional protection.
A great deal of legislation by State Assemblies on 'Islamic matters' appears violative of federal-state
division of powers. But the courts remain silent.
Winds of change
Fortunately, in some areas winds of change are blowing. It appears that the Constitution is moving from the
peripheries to the centre. The successful habeas corpus application in Abdul Ghani Haroon and
Gobalakrishnan v Ketua Polis Negara (2001) and Tan Tek Seng v Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
[1996] 1MLJ 261, said Faruqi, have aroused hope that the courts are willing once again, as they were for a
short period of judicial renaissance in the mid eighties, to put the supreme Constitution on the high pedestal
on which it was placed when Malaya began its tryst with destiny.
Whether the Constitution will, in the years ahead, become the sail and anchor, the chart and compass of the
nation remains to be seen

* Kertas Kerja ini dibentangkan dalam Seminar Islam dari Sudut Undang-Undang Dan
Perlembagan Malaysia: Isu Murtad anjuran Gabungan Persatuan Profesional Kelantan dan Kolej
Islam Antarabangsa sultan Ismail Petra (KIAS) , di Hotel Perdana, Kota Baharu, Kelantan, pada
2hb. Sep, 2006.

Disiarkan semula dengan izin penerbit Dian Darulnaim Sdn Bhd

Sumber: http://luhampas.blogspot.com/2008/07/cabaran-cabaran-untuk-memperkukuhkan.html

Sumber artikel: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=475

You might also like