You are on page 1of 2

5 Jenis Makanan Untuk Rendahkan Tahap

Kolesterol(Cholesterol)
WRITTEN BY: HAN ON NOVEMBER 4, 2009 NO COMMENT

Jantung Kolesterol Peas

1. Lemak dan minyak baik

Lemak dan minyak tidak baik untuk badan? Tidak sama sekali! Badan kita juga
memerlukan lemak dan minyak. Untuk dapatkan lemak dan minyak yang baik, anda boleh
dapatkan dari buah “avocados”, “peanut butter” dan kacang seperti “hazelnuts”,
“almonds” dan “pecans”.

2. Ikan dan Omega-3


Omega-3 adalah pilihan terbaik untuk menjaga jantung anda. Tempat terbaik untuk
dapatkan omega-3 adalah ikan dan minyak ikan. Sebaiknya ikan dari iklim sejuk seperti
mackerel, herring, sardines dan salmon kerana ia mengandungi omega-3 yang
“concentration”. (Pastikan ia dibakar atau panggang dan bukannya goreng). “American
Heart Association” mencadangkan makan ikan jenis ini 2 kali seminggu. Untuk makanan
yang bukan seafood pula, makanan jenis soya juga mengadungi omega-3.
3. Binjirin dan Oat
Untuk mengelakkan kolesterol diserapkan ke dalam darah, anda memerlukan sekurang-
kurangnya 3 gram serat larut sehari untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Jika
anda mengambil 1 1/2 cawan oat, ia memberi anda 6 gram. Jika oat bukan pilihan anda,
anda boleh mengambil barley ia juga kaya dengan serat larut.
4. Kekacang
Bukan hanya oat mengandungi serat larut malah kacang dan peas juga adalah sumber
yang baik. Dalam satu kajian yang diuji, makan setengah cawan “dry pinto beans” setiap
hari sehingga 12 minggu, ia dapat mengurangkan tahap kolesterol sehingga 8 peratus.
5. Buah-buahan
Satu biji epal sehari boleh mengelakkan sakit jantung. Buah -buahan seperti epal, pear,
oren, dan anggur mengandungi “soluble fiber” yang dapat mengurangkan kolesterol.
Buah-buah lain seperti blueberries dan cranberries juga dapat mengurangkan tahap
kolesterol. Ini mungkin kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi. Jadi banyakkanlah
pengambil buah-buahan.

You might also like