You are on page 1of 17

3.

0 PENGHARGAAN

Saya menghadapi cabaran untuk melaksanakan kajian ini dengan baik. Namun

demikian, saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama

daripada beberapa pihak.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, SMK Jalan Empat, Puan

Noorizan bt Mohamed yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Puan Norhayati, guru Geografi Tingkatan 2 Inovatif, SMK Jalan

Empat, Hulu Langat, Selangor. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan

bimbingan kepada saya. Terima kasih kepada ayah dan ibu yang memberikan dorongan

dan galakan kepada saya semasa menjalankan kajian ini.

Selain itu, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada para penduduk Kg Dato

Abu Bakar Baginda, Kajang yang telah memberikan kerjasama kepada saya semasa sesi

temu bual.
4.0 PENDAHULUAN

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi, murid Tingkatan 2 diwajibkan menjalankan

kerja amali di lapangan. Kajian ini dijalankan selepas waktu sekolah. Murid-murid diberi

peluang untuk memilih tema kajian masing-masing. Kajian ini adalah berdasarkan tema-

tema yang dipelajari di Tingkatan 2.

Saya telah memilih tajuk Migrasi Dalaman Penduduk di Kg Dato Abu Bakar

Baginda, Kajang, Selangor. Saya menyiapkan kajian dalam masa beberapa minggu.

Kemudian, saya pun menulis laporan lengkap tentang kajian ini.


5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini ialah:

1) Memahami konsep migrasi penduduk.

2) Mengenalpasti pola migrasi penduduk di Kg Dato Abu Bakar Baginda.

3) Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di Kg Dato Abu Bakar Baginda.

4) Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di Kg Dato Bakar Baginda.

5) Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman

penduduk di Kg Dato Abu Bakar Baginda.

6) Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.


6.0 KAWASAN KAJIAN

Secara umumnya Kg Dato Abu Bakar Baginda terletak di dalam Mukim Dengkil,

Sepang, Selangor dan berhampiran bandar-bandar seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Hal ini telah menyebabkan kampung tersebut menjadi tempat persinggahan yang agak

popular. Selain itu, Kg Dato Abu Bakar Baginda juga terletak berhampiran Universiti

Putra Malaysia. Kampung ini boleh dikatakan kampung moden kerana terdapat pelbagai

kegiatan urbanisasi yang dijalankan di kampung ini. Bentuk muka buminya merupakan

tanah pamah yang rata dan berbukit-bakau.

Di kampung ini, terdapat beberapa kemudahan awam yang telah disediakan oleh

pihak kerajaan bagi kesenangan para penduduk. Antaranya ialah sekolah, masjid dan

balai polis. Saya telah menjadikan seluruh kampung ini sebagai kawasan kajian saya.
6.1 Peta Negeri Selangor
6.2 Peta Daerah Sepang
6.3 Peta Kawasan Kajian Kg Dato Abu Bakar Baginda
7.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian

antaranya ialah pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian

ialah kaedah yang dijalankan dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati

keadaan di sekitar kawasan kajian dan kemudiannya mencatat maklumat yang diperolehi

ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas.

Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya.

Saya telah merujuk pelbagai sumber untuk melengkapkan kerja kursus ini. Antaranya

ialah internet dan buku teks.

Selain itu, saya juga turut menjalankan kaedah temu bual dengan beberapa orang

penduduk di sekitar kawasan kajian bagi mendapatkan penjelasan serta gambaran tentang

kawasan kajian ini.

Bukan itu sahaja, kaedah soal selidik juga saya jalankan. Soal selidik telah

dijalankan terhadap 20 responden, dan ini bertujuan untuk mendapat maklumat yang

lebih untuk melengkapkan kajian saya ini.


8.0 HASIL KAJIAN

8.1 Konsep Migrasi Penduduk

Migrasi bermaksud perpindahan atau penghijrahan penduduk dari sesuatu tempat

ke tempat yang lain. Migrasi biasanya berlaku kerana penduduk ingin mengubah hidup

ke arah yang lebih baik. Contohnya, penduduk Kg Dato Abu Bakar Baginda berpindah ke

Kuala Lumpur unutk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih baik.

8.2 Pola Migrasi Penduduk di Kawasan Kajian

1) Migrasi luar bandar ke bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk di Kg Dato Abu Bakar Baginda yang berhijrah ke

bandar-bandar seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur sama ada untuk mencari pekerjaan

yang bergaji lumayan ataupun melanjutkan pelajaran di institusi tinggi sama ada awam

atau swasta.

2) Migrasi bandar ke luar bandar

Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah ke luar bandar setelah bersara dan

melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Oleh kerana kampung ini terletak

berdekatan UPM, maka banyak orang berhijrah ke sini untuk melanjutkan pelajaran.
8.3 Faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di

Kawasan Kajian

1) Melanjutkan pelajaran

Beberapa penduduk yang mempunyai keputusan peperiksaan SPM atau STPM yang

cemerlang akan menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ramai orang

berhijrah ke kampung ini untuk melanjutkan pelajaran kerana berdekatan dengan UPM.

Ada juga segelintir penduduk yang berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran

kerana mahu memasuki universiti-universiti lain seperti UKM.

2) Peluang pekerjaan

Sesetengah penduduk di kampung ini berhijrah ke bandar-bandar seperti Kuala Lumpur

dan Putrajaya untuk mencari pekerjaan yang selesa dan gaji yang lebih tinggi. Ini kerana

di kampung ini peluang pekerjaan amat terhad. Kegiatan urbanisasi kampung biasanya

dijalankan oleh buruh asing dan sedikit sahaja penduduk yang terlibat

3) Bersara

Migrasi juga dipengaruhi oleh persaraan penduduk. Mereka yang berhijrah ke bandar

untuk mencari pekerjaan akan pulang semula ke kampung ini setelah bersara. Di sini,

mereka akan berehat atau melakukan pekerjaan ringan.


Peta Minda 1: Faktor yang mempengaruhi migrasi di kawasan

kajian

Faktor yang
mempengaruhi
migrasi di Kg Dato
Abu Bakar Baginda

Melanjutkan pejaran
ke institusi
pengajian tinggi dan Bersara Peluang Pekerjaan
universiti
8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

1) Kesan positif

a) Penduduk bertambah

Migrasi dalaman dari bandar ke luar bandar menyebabkan bilangan penduduk di

kampung ini bertambah. Apabila ada sebarang kemalangan berlaku misalnya rumah

terbakar maka penduduk kampung akan bekerjasama untuk memadamkan api tersebut.

Hal ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada keselamatan penduduk

kampung.

b) Taraf hidup meningkat

Penduduk yang berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran di universiti

seperti UKM akan pulang semula ke kampung dan memperolehi pekerjaan yang bergaji

lumayan seperti peguam dan hakim. Dengan itu, taraf hidup mereka meningkat.

c) Bersikap patriotisme

Migrasi dalaman menyebabkan banyak orang yang berbilang kaum berhijrah ke

kampung ini. Hal ini akan mewujudkan sikap patriotisme di kalangan penduduk
b) Kesan negatif

a) Masalah sosial

Migrasi dalaman mewujudkan masalah sosial di kawasan kajian. Antara masalah-

masalah sosial yang berlaku ialah masalah penagihan dadah dan pencurian di kalangan

penduduk. Hal ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang mempunyai masalah

pengangguran

b) Masalah perumahan

Migrasi dalaman juga menyebabkan masalah perumahan berlaku. Apabila

bilangan penduduk bertambah maka permintaan untuk rumah meningkat. Malangnya,

masalah kekurangan rumah biasanya berlaku. Oleh sebab itu, beberapa penduduk

kampung ini terpaksa mendirikan rumah di kawasan setinggan atau menumpang di rumah

saudara mara.

c) Persaingan pekerjaan

Apabila bilangan penduduk bertambah, maka persaingan pekerjaan juga berlaku.

Peluang pekerjaan di kampung ini amat terhad. Oleh sebab itu, persaingan pekerjaan

berlaku. Beberapa penduduk yang menghadapi masalah pengangguran akan terjebak

dalam masalah sosial.


8.5 Cadangan Mengatasi kesan Migrasi Dalaman Penduduk di

Kawasan Kajian

1) Mewujudkan peluang pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran di kampung ini pihak kerajaan atau ketua

kampung boleh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di kampung ini. Hal ini

dapat mengelakkan para penduduk daripada terjebak dalam masalh sosial.

2) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang

Pihak kampung boleh mewujudkan Rukun Tetangga untuk mencegah masalah sosial dan

menjamin keselamatan para penduduk. Mereka juga boleh bekerjasama dengan pihak

polis untuk menguatkuasakan undang-undang di kampung ini.

3) Membina rumah-rumah yang menjimatkan ruang

Oleh kerana ramai penduduk kampung mengalami masalah akibat kekurangan rumah,

pihak kerajaan haruslah membina lebih banyak rumah yang menjimatkan ruang dan

berkos rendah.
9.0 RUMUSAN

Rumusan yang dapat saya katakana di sini ialah terdapat dua jenis migrasi

dalaman yang ada di Kg Dato Abu Bakar Baginda iaitu migrasi luar bandar ke bandar

dan bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi

dalaman di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajaran, mencari peluang

pekerjaan dan bersara selepas tamat pekerjaan.

Selain itu, terdapat juga kesan positif dan kesan negatif migrasi dalaman berlaku.

Antara kesan positif ialah bilangan penduduk bertambah, taraf hidup penduduk

meningkat dan mewujudkan sikap patriotisme manakala kesan negatif pula ialah

wujudnya masalah sosial, masalah perumahan dan persaingan pekerjaan. Saya juga telah

mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan masalah tersebut seperti

mewujudkan peluang pekerjaan, mewujudkan rukun tetangga dan menguatkuasakan

undang-undang dan membina lebih banyak rumah yang menjimatkan ruang dan berkos

rendah.

Saya berasa berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang sempurna dari segi

ekonomi, politik dan keselamatan.


10.0 LAMPIRAN
11.0 RUJUKAN

1) Buku Teks Geografi Tingkatan Dua – Chong Mui Sen, Azizan b Hj Abu Samah

2) www.google.com

3) http://maps.google.com.my

4) http://www.scribd.com

5) www.mister-map.com

You might also like