You are on page 1of 20

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Guru Sejarah saya Cik Maisarah kerana telah
memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
Kerja Kursus Sejarah ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah


Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya, Selangor iaitu Encik Anthony Xavier
Janauarius atas nasihat, panduan dan dorongan kepada kami pelajar tingkatan
dua untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


seluruh ahli keluarga saya khususnya ibu saya, Puan Gurbachen Kaur dan
bapa saya, Encik Baldev Singh. Bantuan berbentuk material dan moral yang
diberikan telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Objektif Kajian
Kerja Kursus Sejarah ini bertujuan untuk mengetahui secara mendalam
tentang permainan tradisional di negara kita dan mengetahui unsur-unsur
seni dan kebudayaan yang diterapkan di dalam permainan tradisional ini .
Melalui kajian ini juga, saya dapat menambah pengetahuan saya tentang asal-
usul permainan tradisional dan cara-cara ia dimainkan

Melalui kajian ini juga, saya telah mempelajari kaedah yang sesuai untuk
megumpul dan menganalisis maklumat. Kerja kursus ini juga dapat membina
sikap sabar terutama ketika menjalankan temu ramah dengan orang sumber.

Saya juga perlu merancang pelaksanaan kerja kursus ini dengan teliti agar
masa yang telah diperuntukkan dapat dimanfaat dengan semaksimum yang
mungkin.

Kerja kursus mengenai permainan tradisional juga dapat menanamkan


semangat patriotisme dan cinta akan kebudayaan serta warisan tanah air.
Hasil kajian
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat
dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau
bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang
di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk
serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada masa
dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap
unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,
nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan
berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan


negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung
Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-
pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang
terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila
dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Negeri yang mempopularkan permainan ini


secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri
Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu,Juga dengan
negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah
kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas
menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai petani.

Di samping itu, kawasan sawah yang lapang


sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau.

Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum


melayu.Majorotinya,kaum melayu dari utara mahupun pantai
timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping itu,
kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini.
Sebagai intiha, kaum cina dan india.
PERMAINAN TRADISIONAL
MASYARAKAT MELAYU
PENGENALAN
Masyarakat melayu mempunyai banyak permainan tradisional yang telah

diturunkan oleh nenek moyang sejak turun-temurun.Permainan tersebut

seringkali dimainkan oleh golongan masyarakat melayu tidak kira usia dan

tempat. Banyak permainan tradisional di Malaysia seperti wau,gasing,congkak

dan sebagainya. Dalam memproses sesebuah permainan terdapat beberapa

peringkat seperti cara membuatnya, mencorakkan kertas wau dan lain-lain.

Antara permainan paling popular dimainkan ialah wau. Wau mempunyai

banyak jenis seperti wau kucing, wau bulan, wau merak dan lain-lain lagi.

Nama lain bagi wau ialah layang-layang dan Teraju Tiga. Permainan tersebut

dicipta oleh masyarakat dahulu untuk melapangkan fikiran selepas menuai

padi dan sebab-sebab tertentu.

LATAR BELAKANG
Wau, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan

menggunakan tali. Wau adalah permainan yang menggabungkan keunikan

pembuatan dan kemahiran bermain. Pada asalnya, wau adalah berasal dari

siam tetapi telah dipopularkan oleh masyarakat Melayu. Wau pada mulanya

dicipta sebagai lambang kebesaran sesebuah negara. Wau turut digunakan

sebagai panduan menenetukan arah. Selain itu,wau juga dikatakan menjadi


lambang kejayaan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah

negara ke atas negara lain pada zaman silam. Apabila berjaya dalam suatu

serangan misalnya, satu pesta akan diadakan oleh penduduk setempat bagi

meraikan kemenangan. Caranya adalah dengan mengadakan upacara

menaikkan wau di tempat-tempat terbuka serta disaksikan oleh orang ramai.

Justeru,lama-kelamaan wau telah dijadikan sebagai satu permainan untuk

mengisi masa lapang yang popular hingga turut diadakan pertandingan di

peringkat antarabangsa. Dalam Sejarah Melayu ada menyebut tentang

pertandingan layang-layang yang disertai oleh Raja Ahmad, Putera Sultan

Mahmud. Jadi, pertandingan layang-layang telah lama wujud. Kini wau

merupakan permainan tradisional masyrakat Melayu yang popular di

beberapa buah negeri terutamanya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau sering dimainkan oleh kaum Melayu di kalangan para petani dan

nelayan yang tinggal di kawasan tertentu seperti di kawasan tepi pantai,sawah

padi dan sebagainya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan wau merupakan

permainan masyarakat Melayu yang unik. Lantaran itu, penghasilan dan

kemahiran bermain wau oleh para pemain adalah perlu bagi memastikan wau

dapat terbang dengan baik di ruang angkasa. Setiap wau yang dibuat juga

mempunyai jenis-jenis tertentu biarpun tujuan pembuatannya adalah serupa

iaitu untuk terbang tinggi di udara.


JENIS-JENIS
Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya ialah:

a)Wau Bulan :

Antara pelbagai jenis wau yang diperagakan,wau bulan merukan wau yang

paling popular. Wau ini mempunyai bentuk seperti bulan sabit pada bahagian

hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut

kelihatan seperti Bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. Jadi,

tidak hairanlah kenapa ia diberi gelaran yang sedemikian berbanding wau-

wau lain

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar

berbanding wau lain. Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau

tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi kelihatan lebih menarik,

pemilihan warna terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan .

Lantaran itu, tidak hairanlah wau bulan sentiasa menjadi perhatian.

Keindahan yang terpamer pada “dadanya” menjadi tontonan dan tarikan.

Justeru, bentuk wau bulan yang menarik ini turut menjadi lambang syarikat

kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).


b) Wau Burung :

Wau burung mempunyai bentuk asas seperti wau bulan.Namun begitu,wau

burung mempunyai bentuk badan dan kepala yang lebih kecil. Malah,

terdapat juga bentuk wau burung yang hampir menyerupai seekor burung

yang sedang terbang ketika melayang di angkasa. Terdapat dua jenis wau

burung yang paling diminati iatu Wau Burung Helang dan

Wau Burung Merak. Wau Burung Helang dibentuk seperti burung helang

yang mempunyai kepala serta berparuh kecil. Pada bahagian kepala wau turut

dihiasi dengan ropol seperti bulu. Justeru, layangannya menjadikan wau

tersebut seperti seekor burung helang yang sedang terbang.

Wau Burung Merak pula dihiasi dengan ukiran yang berbentuk corak dan

warna seekor burung merak. Bagi krlihatan lebih cantik dan unik , pelbagai

jenis ropol dilrtakkan di bahagian ekor wau.

c) Wau Ikan :

Wau ikan yang dihasilkan berbentuk ikan bawal,ikan emas dan sebagainya.

Berbanding bentuk-bentuk lain, wau berbentuk ikan emas lebih menarik

kerana mempunyai ropol-ropol yang membentuk ekor atau sirip.


Meskipun begitu, wau ikan kurang diminati oleh kabenyakan penggemar wau
berbanding wau bulan.
d) Wau Kucing :

Wau kucing ialah wau yang dihasilkan untuk mempelbagaikan corak dan

bentuk wau. Walaupun pada dasarnya wau kucing sama seperti wau bulan,

namun terdapat bsedikit penambahan yang dilakukan. Wau kucing

mempunyai warna yang lebih gelap dan mempunyai jurai-jurai dibahagian

ekor wau seperti ekor kucing. Disebabkan kurang menarik, wau kucing amat

jarang dihasilkan.

e) Wau Ular :

Dalam banyak-banyak wau, wau ular paling menarik perhatian. Wau ular

perlu dibuat dengan berhati-hati,kerana jika silap ia tidak akan naik. Oleh

kerana terlalu panjang, wau itu dibuat dalam bentuk kertas persegi yang

bersambung-sambung.
Antara jenis-jenis wau yang lain ialah wau kekek, wau tukong, wau daun,

wau payang, wau sewah, wau pari, wau katak, wau jala budi, wau lenggang

kebayan dan wau barat.

a) Wau Kekek

b) Wau Tukong

c) Wau Daun

d) Wau Payang

e) Wau Sewah

f) Wau Pari

g) Wau Katak

h) Wau Jala Budi

i) Wau Lenggang Kebayan

j) Wau Barat

k) Wau Kapal

l) Wau Pungguk

m) Wau Bawal

n) Wau Bugis

Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, wau lebih dikenali dengan nama
layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza-beza,
seperti Wau Helang di Perlis, Wau Kapal di Selangor Wau Pungguk di
Terengganu, Wau Kekek di Johor dan Sabah, Wau Bawal di Melaka, Wau
Daun atau Wau Barat di Kelantan, Wau Bugis di Johor dan Wau Merak di
Negeri Sembilan.
TUJUAN DIMAINKAN
Pada zaman dahulu, wau dimainkan untuk melepaskan niat atau nazar

orang-orang yang sembuh daripada penyakit. Di sesetengah tempat

permainan wau merupakan pemujaan terhadap semangat padi kerana pada

masa dahulu wau dimainkan selepas menuai padi untuk menghiburkan

semangat padi. Pada masa kini, wau telah dimainkan untuk mengisi masa

lapang bersama kawan-kawan sambil merapatkan hubungan silaturrahim

sesama pemain. Selain itu, wau telah dijadikan sebuah permainan dan

pertandingan di peringkat antarabangsa.

ALAT YANG DIGUNAKAN


Wau mempunyai daya tarikan yang tersendiri pada pandangan orang ramai

sewaktu ia melayang di udara. Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan

memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluhuntuk dijadikan rangka,

mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas wau pada rangka

wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Wau dibuat daripada

kertas atau gentian kain dan buluh. Bentuknya adalah berkepala, bersayap,

berekor dan bertali teraju. Justeru, membuat wau memerlukanketelitian,

kesabaran dan ketekunan untuk menghasilkan wau yang bermutu dan

berkualiti. Hal ini penting supaya wau yang dihasilkan dapat memenuhi

citarasa pembuatnya dan orang ramai yang melihatnya.


Kekuatan wau banyak bergantung pada buluh yang menjadi rangka asasnya.

Buluh merupakan bahan asas untuk membuat wau.Namun, tidak semua jenis

buluh sesuai digunakan untuk membuat wau. Pembuatan wau haruslah teliti

agar dapat menjamin ia terbang dengan cantik dan lagi baik. Bagi imbangan

yang baik, buluh menegak yang bertindak sebagai tulang belakang wau

mestilah tebal daripada buluh lain dalam rangka wau. Selain itu, wau yang

menarik perlu berukuran keleberan enam kaki yang diukur dari hujung sayap

kanan ke hujung sayap kiri dan tujuh kaki dari puncak ke ekornya.

Buluh betung dan buluh minyak antara buluh yang paling banyak digunakan

untuk membuat wau. Ini disebabkan buluh jenis ini mempunyai ruas yang

panjang dan tahan lebih lama. Langkah pertama, miang buluh akan

ditanggalkan. Kemudian buluh akan direndam di dalam air yang berlumpur

untuk mendapat ketahanannya. Buluh tersebut direndam sehingga kering.

Selepas itu, buluh dikerat dan diukur dengan teliti untuk membentuk sayap

dan ekor wau. Bilah-bilah buluh yang halus akan dibengkokkan dan diikat

dengan benang serta dilakukan penuh teliti. Dalam pada itu, bagi

mendapatkan bunyi yang berdengung ketika wau diterbangkan, plastik nipis

atau sagu muda digunakan dan diletakkan di bahagian kepala wau.


Wau boleh “bernyanyi”. Itulah keistimewaannya. ”Nyanyian” wau
membezakan ia daripada layang-layang yang juga menjadi permainan
seluruh dunia. Apabila wau naik tinggi dan menari-nari di udara, dan angin
terus bertiup kencang, kita boleh mendengar irama itu.

Sebenarnya irama itu terjadi apabila busur wau bergeser dengan angin dan

direngangkan di bahagian belakang tengkuk wau agar ianya mengeluarkan

bunyi dengung yang kedengaran apabila diterbangkan.Busur dibuat daripada

reben. Ada orang menggunakan tali pita rakaman,tetapi dahulu penbuat wau,

menggunakan kulit rotan,daun mengkuang dan daun ibus.Busur akan

direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat

memanah.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis da

lutsinar dengan berlainan warna.Kertas yang menjadi keseluruhan badan wau

dicorakkan dengan pelbagai corak yang menarik dan berwarna-warni.Kertas

ini akan ditampal pada rangka wau dengan menggunakan gam.Lapisan

pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna

yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau

bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan

yang telah ditebuk dan ditampalkan. Kertas yang digunakan nipis dan tahan

lama supaya wau tidak mudah rosak apabila diterbangkan.

Sementara kertas yang terlalu tebal atau berat mungkin akan mengganggu

kelancaran wau untuk dinaikkan di udara.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri dan kanan kepak,

akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna-warni menambah


cantik lagi rupanya. Tarikan pada corak badan wau akan menjadi tontonan

orang ramai sewaktu wau melayang gah di udara.Kemudian wau diikat pada

tali tangsi dan benang kasar untuk diterbangkan. Tali teraju diikatkan di

antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi

mengimbangi wau. Kerja-kerja mengikat tali perlu dilakukan dengan berhati-

hati supaya wujudnya keseimbangan. Seperti yang dinyatakan, keseimbangan

adalah penting bagi memastikan bahawa wau dapat dinaikkan dengan baik.

Ada juga berpendapat,wau dibuat daripada buluh duri sebagai rangka.benang

dijadikan pengikat untuk membentuk rangka.Tubuhnya pula ditampal dengan

kertas bersinar dan berwarna dan dihias berbentuk wan larat ,bintang, bunga,

pucuk rebung dan sebagainya. Besar kecil wau berbeza-beza tetapi yang

lumrah ialah berukuran 1.8 meter hingga 2.1 meter. Tiap-tiap wau ada

kepala, pinggang, sayap dan punggung.

Setiap busur diletakkan pada wau untuk mendapat bunyi dengong yang

merdu bila wau melayang.Busur ialah daun nipah atau daun sagu (rumbia)

atau daun mulon muda yang diregang dengan buluh dan diletakkan selari

dengan sayap di leher wau itu.Hanya dua jenis wau di Kelantan yang tidak

ada tempat untuk busur – Wau Kikek dan Wau Barat.

Wau hiasan memang berbeza daripada wau mainan. Perbezaannya

banyak,dari cara pembuatannya hinggalah kepada bahan-bahan yang

digunakan.Wau untuk terbang mestilah dibuat daripada kertas yang


ringan.Bahan untuk hiasan tidak terhad.Ada di antara wau-wau hiasan dibuat

daripada songket.Pembuat wau mengambil masa sekurang-kurangnya empat

hari umtuk menyiapkan wau hiasan. Kebanyakan wau hiasan dihiasi dengan

corak-corak tradisi seperti awan larat,dedaun dan bunga-bunga.

Selalunya,sebuah wau mengandungi semua syarat itu. Bagi menghasilkan wau

yang menarik,pelbagai corak dilakarkan pada dada wau .Kemahiran melakar

wau wau bergantung kepada kreativiti seseorang.Justeru,pengalaman dan

kemahiran amat diperlukan.Apa yang pasti,bentuk wau tidakmenarik

sekiranya tidak dihiasi dengan motif-motif di atasnya.

Seandainya wau dihasilkan tanpa warna atau corak tertentu,ia kelihatan

kosong sebagaimana layang-layang.

Dalam menghasilkan motif-motif yang menarik,biasanya motif yang

berasaskan alam semulajadimenjadi panduan.Jenis-jenis motif yang terdapat

corak sesebuah wau termasuklah:

a) Motif Bunga-Bungaan :

Motif yang paling popular ialah motif bunga-bungaan.Bunga-bungaan yang

menjadi pilihan adalah daripada jenis yang mudah dilakar seperti bunga

labu,bunga pecah lapan dan sebagainya.Motif bunga menjadi pilihan

kebanyakan pereka disebabkan kecantikan dan keindahannya selain memang

sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu yang suka akan bunga.


b) Motif Abstrak :

Corak abstrak ialah corak yang sukar untuk ditafsirkan.Namun begitu,corak

abstrak terus menjadi pilihan pembuat wau.Antara bentuk abstrak yang

digemari ialah pucuk jala dan mata berkait.

c) Motif Haiwan 

Motif haiwan juga menjadi daya tarikan untuk mencorakkan wau.Walaupun

begitu,hanya sesuatu bahagian haiwan sahaja yang dilakarkan terutamanya

pada sudut pandangan tertentu namun tetap kelihatan menarik.Terdapat

pelbagai jenis motif haiwan yang dapat dicorakkan tetapi bergantung kepada

kemahiran pembuatnya.Ada kalanya,lakaran haiwan diselang-selikan dengan

kombinasi warna abstrak yang memberikan imej yang lebih terserlah pada

wau tersebut.

d) Motif Geometri :

Motif geometri turut menjadi daya tarikan mencorakkan sebuah wau.Bentuk

geometri biasanya hanya berkisar pada bentuk garisan lurus,melintang dan

juga menyerong.Namun jika dipelbagaikan bentuk-bentuk ini,ia tetap

menghasilkan kelainan yang unik lagi mempesonakan serta lari daripada imej

lakaran berbentuk biasa.


CARA DIMAINKAN
Kelebihan permainan wau adalah ia dapat dimainkan di mana-mana sahaja
tanpa perlu adanya gelanggang khusus.Tempat yang sesuai untuk bermain
wau adalah ialah kawasan sawah padi dan kawasan lapang yang jauh
daripada pokok besar.Setiap kawasan lapang boleh dijadikan tempat
permainan wau.Biasanya wau dimainkan dikawasan lapang di tepi
pantai,kawasan sawah,padang dan sebagainya. Kelebihan kawasan lapang
adalah ia mempunyai tiupan angin kencang yang mampu menerbangkan wau
lebih tinggi di samping memudahkan lagi pergerakan seseorang pemain
wau.Bagi penggemar wau, kepuasan jelas terlihat apabila wau yang
dimainkan mampu terbang tinggi. Sebelum diterbangkan,wau perlu
mempunyai keseimbangan yang baik dan tidak berat sebelah. Faktor ini akan
menentukan sama ada wau dapat terbang dengan baik atau sebaliknya.

Wau yang seimbang sudah bersedia untuk dinaikkan.Biasanya dua orang


diperlukan sewaktu menaikkan wau.Untuk menaikkan wau besar
memerlukan kerjasama dua orang. Untuk menaikkan wau digunakan tali
300-450 meter yang diikat pada “teraju”.Seorang akan bertindak untuk
memegang tali wau yang digelar “juruanjung”. Sementara rakannya pula
digelar “jurumain tali” akan bertidak membawa wau kira-kira 15 hingga 25
meter dari kedudukan juruanjung.Tali dihurai panjang dan wau dipegang
oleh tuannya sendiri.

Sewaktu angin bertiup kencang,wau akan ditarik melawan arus angin dengan

cara menghulur dan menarik talinya lalu dilepaskan di udara.Sepantas itu

juga juruanjung akan menarik wau sambil berlari-lari anak,kadang-kadang

hingga 90-180 meter .Ketika itu,wau akan naik sedikit demi

sedikit.Juruanjung akan terus melepaskantali sedikit demi

sedikit agar wau dapat dinaikkan lebih tinggi sehingga ada kalanya mampu

mencecah ketinggian 600 meter.Setelah wau naik tinggi,juruanjung akan


menambat tali wau pada pokok atau terus memegang tali itu.Kilauan cahaya

matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.Wau

hanya akan jatuh setelah tiada angin yang bertiup.

Pada masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dalam kalangan

masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah

mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.

Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang

yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan

menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-

layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari

sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa. Zaman sekarang,

wau dimainkan bukan sahaja untuk hiburan,malah untuk pertandingan.

Mengenai pertandingan wau,terdapat pertandingan untuk memilih wau yang

naik tinggi, kemahiran menaikkan wau,memilih wau yang ada suara merdu,

memilih kecantikan bentuk warna, dan gambar lukisan waudan akhir sekali

memilih wau yang naik tegak (tidak berputar ditiup angin). Markah-markah

dalam pertandingan selalu dipertimbangkan dari segi kecantikan bentuk,

bunyi dengung, tinggi dan teta di udara.


Dalam pertandingan wau,menyukat masa digunakan tempurung yang

dilubangkandan diletak atas air.Bila tempurung tenggelam bererti masanya

sudah cukup untuk satu-satu pertandingan.

Masa berlalu dan manusia berubah citarasanya dan wau bukan lagi hanya

mainan orang kampung.Wau kini menjadi menjadi bahan untuk hiasan.


Bagaimanakah modal insan yang patriotic dapat
dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan?
Modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan
permainan dengan mewujudkan masyarakat yang berbangga sebagai rakyat
Malaysia. Hal ini akan menjadikan setiap rakyat sentiasa menghormati raja
dan pemimpin negara dengan penuh taat setia. Bahkan, rakyat akan selalu
bersungguh-sungguh untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa
dan negara. Selain itu, aktivit sukan dan permainan yang juga dapat
membentuk individu yang bersifat cinta akan negara dengan melahirkan
masyarakat yang bersemangat setia negara. Dengan wujudnya aktiviti sukan
dan permainan ini, rakyat akan mempunyai sikap bertanggungjawab kepada
negara dan bangsa. Oleh itu, Negara akan sentiasa aman sentosa tanpa
sebarang masalah dan kucar- kacir.
Bertitik tolak dari situ, aktiviti sukan dan permainan yang sentiasa
memerlukan kerjasama setiap individu akan melahirkan masyarakat yang
bersemangat kekitaan dan menjadikan masyarakat Malaysia semakin bersatu
padu dan berharmoni. Hal ini juga akan mewujudkan sifat bersefahaman dan
bermuafakat sesama masyarakat sekaligus mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim sesama mereka.
Tambahan pula, sikap yang berdisiplin iaitu yang berakhlak dan berbudi
pekerti mulia dapat dilahirkan dalam diri setiap individu melalui aktiviti
sukan dan permainan. Rakyat juga akan sentiasa berusaha mematuhi
peraturan dan undang- undang. Justeru, segala huru- hara dan jenayah dapat
dielakkan dan ini akan menjadikan negara sentiasa aman dan makmur.
Akhir sekali, aktiviti sukan dan permainan akan membentuk peribadi
seseorang rakyat Malaysia melalui sikap berusaha dan produktif yang
ditonjolkan. Setiap warga Malaysia akan menjadi lebih rajin dan gigih serta
tabah menghadapi cabaran hidup yang mendatang. Hasilnya, negara Malaysia
akan menjadi sebuah negara yang terus maju dalam setiap aspek kehidupan.

You might also like