You are on page 1of 1

Isu PLKN contoh karangan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita


merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik
kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini
berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara
lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan
keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. Melaluinya remaja


dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada
hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka
sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka.

PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja.
Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas
tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan
mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat
mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental
dan fizikal.

Program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga, dapat memperkukuhkan integrasi
nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan
agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan
kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-
sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang
merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui sistem pentadbiran.

Program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu, iaitu latihan
fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat masyarakat.
Latihan fizikal PLKN tidak membabitkan penggunaan senjata api atau latihan
ketenteraan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan
cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas ketenteraan ini, para
remaja didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang


mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara.. Justeru, semua pihak
khususya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai
program ini.

You might also like