You are on page 1of 20

Konsep dan Definisi

Kecergasan
MUHAMMAD AZA’AT BIN MAIDIN
MUHAMMAD FAIZAL BIN ISMAIL
MOHD SHAFIQ BIN MOHD SUKARDI
WAN MOHAMAD ADHA BIN WAN MOHMAD
NUSI
• Perkataan kecergasan atau fitness berkaitan rapat
dengan sukan.
• Kecergasan mempunyai makna yang pelbagai
kepada orang ramai.
• Jurulatih sukan seharusnya memahami konsep
kecergasan kerana kecergasan adalah kunci kepada
kejayaan atlet.
• Kecergasan biasanya mempengaruhi kemahiran, keyakinan
dan prestasi keseluruhan atlet.

pengenalan
Menurut Haji Gapor Ahmad (2007)..
 Kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan melakukan
sesuatu dengan sempurna.
 Melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal.
 Kecergasan secara total boleh digambarkan sebagai keupayaan
menjalani kehidupan sempurna serta mampu memberi
sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik.
 Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan
sosial. Setiap satu saling bantu-membantu. Jika satu terganggu
maka yang lain akan terjejas dan prestasi individu berkenaan
akan mendapat kesan.

Konsep kecergasan
menyeluruh (total fitness)
(a) Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang
dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan
tenaga untuk tujuan kecemasan.
(b) Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk
berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan
kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

Konsep kecergasan
menyeluruh
(c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan
orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat
meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
(d) Kecergasan Emosi
Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu
menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri
secara membina, proaktif, dan optimistik.
(e) Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu
sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan
melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

Konsep kecergasan
menyeluruh
SOSIAL

BERLANDASKAN
MENTAL KESIHATAN
KECERGASAN
(FITNESS) FIZIKAL
BERLANDASKAN
EMOSI PERLAKUAN

ROHANI

Konsep kecergasan
menyeluruh
• Adalah keupayaan menjalankan “tugas” harian tanpa
berasa cepat lesu dan masih bertenaga untuk berekreasi
serta boleh bertindak pantas bagi menangani kecemasan.
• Melibatkan fungsi pergerakan anggota dan organ tubuh
badan. Jika seseorang itu cergas secara fizikal, badannya
akan berfungsi dengan efisien menjalankan sebarang
tugas atau aktiviti harian disamping mempunyai tenaga
untuk beriadah dan mengatasi kecemasan.
• Kecergasan fizikal boleh dinilai dengan cara ujian
berbentuk perlakuan atau kemampuan jasmani.

Konsep kecergasan
fizikal
Kecergasan
berasaskan kesihatan
Terbahagi kepada 5 komponen :
i. Daya Tahan Kardiovaskular
ii. Kekuatan
iii. Daya Tahan Otot
iv. Kelembutan/kelenturan
v. Komposisi Badan
Falls (1980)
• Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang  
berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai
memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman
penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti
penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot
dan tulang.
• Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi
dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya
kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya"

KECERGASAN BERASASKAN
KESIHATAN
• Terdapat situasi di mana seseorang itu mungkin boleh
bekerja keras tetapi ia tidak boleh bekerja untuk masa
panjang. Ini disebabkan ia tidak dapat bekalan tenaga
yang cukup. Jantung, darah dan paru-parunya tidak
efisien.
• Sekiranya darahnya dapat dibekal dengan oksigen
dengan sempurna dan jantung kuat untuk mengepam
darah itu  ke seluruh badan, maka dikatakan individu itu
mempunyai kecergasan dan dayatahan kardiovaskular.

I. Daya tahan
KARDIOVASKULAR
• Dayatahan kardiovaskular merupakan bentuk
dayatahan otot khas tertinggi yang melibatkan
terutamanya jantung, saluran darah dan paru-paru.
• Keupayaan sistem pernafasan dan sistem
pengaliran darah membekalkan sel-sel badan dan
organ-organ di dalamnya dengan keperluan-
keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk
jangkamasa panjang.
• Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai kecergasan
aerobik, kuasa aerobik atau dayatahan aerobik kerana
komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem
tenaga aerobik. Kecergasan karsdiovaskular dapat
mengawal penyakit jantung dan kegemukan.
• Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang
ialah dengan mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat
yang rendah menandakan kecergasan jantung yang baik.
• Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil kucupan
otot. Bila otot kuat, maka tarikan dari kucupannya adalah kuat
dan mampulah otot itu mengatasi rintangan atau beban yang
dikenakan keatasnya.
• Kekuatan otot membolehkan manusia mengerjakan berbagai-
bagai aktiviti.Segala aktiviti ini dapat dilakukan dengan
senang.
• Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya (kerja) ataupun jumlah
tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh otot. Kuasa
kontraksi otot yang maksima.
• Pada lazimnya ia diukur dengan jumlah berat yang boleh
diangkat oleh seseorang. Dinometer atau tensiometer dapat
menentukan daya yang dikeluarkan oleh kumpulan otot.
ii. Kekuatan Otot
• Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang melakukan
kegiatan-kegiatan yang membebankan anggota-anggota
badan secara berterusan. Contohnya, pukulan badminton 
atau tenis yang berulang-ulang kali memerlukan daya tahan
otot tangan.
• Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot
menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu jangkamasa
tertentu atau otot-otot menguncup untuk satu masa.
• Kuasa Otot - Kemampuan otot mengeluarkan daya yang
maksima dalam keadaan eksplosif  dalam jangkamasa yang
terpendek sekali.

Iii. daya tahan otot


• Adalah keupayaan anggota badan bergerak di sesuatu sendi
tertentu melalui satu lingkungan atau julat pergerakan yang
biasa.
• Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada otot
dan sendi tertentu, otot dan sendi-sendi untuk membenarkan
pergerakan yang licin tanpa  menghadapi rintangan. Hasil
pergerakan biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot,
ligamen, tendon-tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.
• Contoh : perbuatan menjangkau, melentur, membongkok dan
melentik badan.

iv. Kelembutan /
kelenturan (flexibility)
• Kelenturan otot dan anggota badan meningkat apabila
suhu badan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan
menurun kemungkinan besar tubuh badan akan
kehilangan sehingga 20 peratus kelenturannya.
• Ada tiga jenis fleksibiliti
1) Fleksibiliti aktif dinamik
2) Fleksibiliti aktif statik
3) Fleksibiliti pasif
• Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah
lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan
badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang
dibandingkan dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-
tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan akan
menimbulkan masalah kegemukan.
• Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah satu
simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu
keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu
berjumlah 20 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat
badannya. Bagi seorang wanita pula, apabila lemak
badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebih daripada
keseluruhan berat badannya.
v. Komposisi badan
• Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan daripada lelaki.
Bagi wanita, peratus lemak badan yang tinggi sedikit daripada
lelaki adalah untuk meseimbangkannya dengan kadar
metabolisma basal yang lebih rendah. Wanita juga
memerlukan kurang kalori daripada lelaki. Purata kadar lemak
badan seseorang lelaki  kira-kira 12 - 15 peratus sahaja. Bagi
wanita pula ialah kira-kira 22 - 23 peratus.
• Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebab
biologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal
dan lain-lain.
 
• untuk menjadi cergas seseorang itu mesti mempunyai
sebahagian daripada komponen kecergasan berasaskan
kesihatan/ fizikal. Individu yang mempunyai kecergasan
berasaskan kesihatan mungkin kurang mengalami
penyakit hipokinetik seperti sakit jantung, tekanan darah
tinggi, sakit belakang dan obesiti.

Rumusan..
• Kesemua sebelas komponen kecergasan fizikal yang
berlandaskan kesihatan dan perlakuan sukan mesti
ditingkatkan melalui latihan tertentu untuk mendapatkan
kecergasan fizikal total dan sempurna.
• Jika kita mengabaikan mana-mana komponen, dikhuatiri
ia menjadi punca kelemahan dalam kecergasan fizikal.
• Usaha meningkatkan kecergasan fizikal memerlukan
latihan sepanjang musim. Jika latihan tidak konsisten,
kecergasan akan merosot dengan cepat sedangkan usaha
untuk meningkatkannya memakan masa dan kegigihan.

kesimpulan

You might also like