You are on page 1of 11

PENGENALAN – APA ITU RAGBI SENTUH?

Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana ia
digunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan dari
permainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain
dan beberapa orang rakan.

Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dan
tidak merbahaya.

Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda
dan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan ‘rugby union’,
tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.

Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asas
larian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberi
sokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas
serangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera kerana
permainan ini memang tidak merbahaya.

BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH?

Fleksibiliti: Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain
berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita atau dicampurkan lelaki
dan wanita dalam satu kumpulan.

Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan pelanggaran/sentuhan yang


minimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkan
di padang dan juga ketika aktiviti sosial.
Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia bole
dimainkan di padang mahupun di pantai. Permainan ini sangat mudah untuk dipelajari
dan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain untuk
mengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan.

BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINAN

Objektif permainan:

Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai
'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak lawan daripada melakukan ‘touchdown’.

Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke hadapan
dan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selain
itu, bergerak bersama-sama bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasan
padang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan skor.

Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerang
memperolehi kelebihan kawasan padang dan juga mata. Sama ada pasukan
menyerang atau bertahan kedua-duanya boleh memulakan sentuhan.

Permulaan Permainan:

Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang atau
pasukan mana yang akan memulakan permainan dengan ‘tab’ dari tengah kawasan
padang.

Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan yang bertahan.

Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/penalti akan diberikan kepada pihak
yang melakukan sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter
ke belakang untuk meneruskan permainan.

“DUMMY HALF” boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketika
membawa bola. Jika disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepada
pasukan yang bertahan dan dimulakan dengan “Rollball” .

Tempoh Permainan:

Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapi


sebagai panduan cuba 2 x 10 minit.

Rollball

Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.

Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan skor(scoreline)


pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan ke
belakang di atas tanah. Ia mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidak
lebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya, pasukan penyerang perlu
melangkah melebihi bola tersebut.

Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan diberikan kepada
pasukan bertahan.

'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidak
menggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan
pihak pembangkang mendapat kelebihan penalti.
Ukuran Padang:

Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkan


pada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50x70meter. ‘Goal Post’ tidak diperlukan
untuk memainkan permainan ragbi sentuh.

Jumlah pemain:

Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemain
di atas padang pada satu-satu masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8
hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada setiap
pemain.

Kaedah penilaian:

Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepas
garisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai 5 mata.

Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihak
lawan untuk memulakan permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidak
boleh skor.

Penalti:

Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.

Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh bola
dengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.

Setelah skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semula
dengan “tab” di tengah padang oleh pasukan non-scoring.
BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINAN

Hantaran(Passing):

“Forward Pass” berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bola
tersebut dilemparkan ia berada di hadapan pemain yang melemparkan bola. Dalam
situasi ini, penalty akan diberikan.

Sentuhan:
“Touch and Pass” terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuat
hantaran. Jika berulang kali melakukankannya, penalti akan diberikan.

Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan menggunakan


kuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh.

Sentuhan 'boleh dilakukan pada setiap bahagian badan pemegang bola,sama ada
pakaian mereka atau bola.

Setelah disentuh, pembawa bola dikehandaki untuk berhenti serta merta dan kembali
ke tanda di mana ia disentuh. Kemudian lakukan Rollball tanpa menagguhkan masa.

Offside:

Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi dari
pemain lain yang menyerang yang memiliki bola atau orang terakhir yang memegang
bola.

Seorang pemain bertahan akan offside jika tidak mundur 10meter(sewaktu Rollball)
atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)
Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter
(ketika Rollball) atau 10 meter (ketika penalti dan ketika memulakan permainan selepas
melakukan skor).

Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan hukuman.

BAHAGIAN 4 - PERATURAN UMUM

Umum:

'Overstepping' atau ‘off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalan
melebihi titik/tanda di mana mereka disentuh. Dalam kes ini, penalti akan diberikan
kepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut.

Jika bola jatuh ke tanah atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainan
akan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali dengan sebuah Rollball.

Penggembalaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihak


pembawa bola.

Penyimpangan(Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainan


apabila pasukan bertahan tidak mundur 10meter dan jika pasukan bertahan
menghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada pasukan
bertahan.

Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,


melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang
sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat ‘sin-binned’ selama 5 minit
tanpa penggantian.
Pengadil menjadi hakim tunggal(Foul play of any nature) yang akan mengeluarkan
pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.

BAHAGIAN 5 - PRINSIP UMUM PERMAINAN

1. Maju:
Ketika Menyerang:
Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukan
bertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampiri
garisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukan
menyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnya
menghampiri garisan skor pihak bertahan.

Dalam pertahanan:
Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruang
pihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang dari
menghampiri dan menguasai kawasan skor.

2. Menyokong(Support) pembawa bola pada setiap masa:

Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyai


pilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan. Sokongan yang
rapat juga bermaksud kawasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuat
hantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat, hantaran langsung ke sisi
dibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan.

3. Penukaran pemain sebanyak mungkin:

Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama ada
menang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan anda
menyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain.
Apabila anda telah membuat skor(touchdown), idea yang baik adalah dengan
menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.

Pengadil

Seperti di dalam permainan, peranan pengadil sangat penting untuk memastikan


bahawa peraturan-peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pemain-pemain supaya semua
pemain berpuas hati.

Siapapun boleh menjadi pengadil ragbi sentuh pada peringkat sosial dengan
menyediakan asas-asas peraturan yang mudah untuk di fahami(sila lihat Peraturan
Ringkas di bawah). Pengadil harus mampu mengendalikan permainan di padang
dengan tegas tapi mesra. Persatuan pengadil dan juga kelab-kelab ragbi di kawasan
anda adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan pengadil dan untuk mendapatkan
rujukan dan pendapat.

Peraturan Ringkas

1. Peraturan permainan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Federation of


International Touch (F.I.T) dan akan digunakan, kecuali terdapat perubahan.

2.Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.

3. Pasukan menyerang harus bermula dengan sekali “tab” dari tengah padang.

4. Pasukan bertahan harus kembali 10 meter untuk memulakan permainan, dan setelah
gol masing-masing.

5.Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan “tab”
di tengah-tengah padang.
6. Orang yang mengambil peranan sebagai “dummy half” boleh melebihi garisan
skor(try-line),tetapi tidak boleh membuat skor.

7. Jika “dummy half” disentuh ketika memegang bola, pasukan dummy half akan hilang
giliran. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball” .

8. Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara 2


kakinya.

9. Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan.


> Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh.
> 3-langkah atau. 3-saat adalah peraturan untuk ragbi rimau dan bukanlah untuk
ragbi sentuh.

10. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihak


lawan. Permainan akan dimulakan semula dengan “Rollball”.

11. Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukan
bertahan harus mundur 10 meter dengan kadar yang segera.

12. Bola ke tanah(Ball to ground): Ketika bola jatuh di tanah, bola akan bertukar tangan
kepada pihak lawan.

13. Hilang giliran(turn over): Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran dengan
sebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan.

14. Tidak ada kawalan(No control): Ketika bola dilemparkan(forward pass),


dijatuhkan(dropped), mengetuk/jatuh(knock on), dalam sentuhan(in a touch).”Rollball”
kepada pasukan yang bertahan.
15. Ketika seseorang diberi penalti/hukuman, seluruh ahli pasukannya ketika itu harus
mundur 10 meter ke belakang dengan kadar yang segera.

PENALTI/HUKUMAN: Bola di tanah, lepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki anda,
angkat bola dan meneruskan permainan.

16. Jika para pemain bertahan tidak mundur, mereka telah melakukan kesalahan
offside. Maka Penalti/Hukuman diberikan.

17. Jika sentuhan dianggap terlalu kuat. Penalti/Hukuman akan diberikan.

18. Offside: Terjadi apabila pemain bertahan tidak mundur 10 meter. Penalti/Hukuman


diberikan.

19. Forward Pass: Berlaku ketika bola melepasi di depan pemain yang


membawa/memegang bola. Penalti/Hukuman diberikan.

20. Touch and Pass: Berlaku ketika pemain yang disentuh kemudian terus membuat
hantaran tanpa berhenti. Penalti/Hukuman boleh diberikan.

21. Overstep or off the mark: Apabila pemain yang telah disentuh berjalan
meninggalkan tanda di mana mereka disentuh. Penalti/Hukuman boleh diberikan.

22. Voluntary Rollball atau tidak disentuh(no touch): Apabila pemain tersebut tidak
disentuh dan menggulingkan bola antara kaki mereka.  Penalti/Hukuman akan
diberikan.

23. Lebih dari satu meter: Bola tidak boleh digulingkan lebih dari satu meter.
Penalti/Hukuman akan diberikan.
24. Gembala atau obstruksi (Shepherd or obstruction): Menghalang pihak lawan
daripada menyentuh pemain yang memegang bola. Penalti akan diberikan.

25. Deviation: Ketika pemain bertahan membuat pertukaran arahnya sebelum berundur


10meter ke belakang. Penalti/Hukuman akan diberikan.

26. Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,


melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang
sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat sin-binned selama 5 minit
tanpa penggantian.

27. Foul play of any nature (pengadil menjadi hakim tunggal) akan mengeluarkan
pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.

28. Sepakan boleh dilakukan, tetapi sepakan tersebut perlulah ditangkap semula oleh
pemain yang menyepak bola tersebut. Jika bola jatuh ke tanah sebelum berjaya
ditangkap, pasukan bertahan akan memulakan permainan dimana bola tersebut
disepak dengan rollball atau dengan tab di tempat bola tersebut jatuh.

29. Jika keputusan permainan adalah seri. Masa tambahan akan diberikan, ketika itu
setiap 2minit seorang pemain akan dikeluarkan sehingga tinggal 3 orang pemain sahaja
di atas padang di mana permainan akan diteruskan dengan 3 lawan 3.

You might also like