P. 1
rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

rekod berterusan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak

|Views: 18,906|Likes:
Published by Nor Haiza
rekod perkembangan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak.
rekod perkembangan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak.

More info:

Published by: Nor Haiza on Sep 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/07/2015

pdf

text

original

REKOD BERTERUSAN UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Abstrak

Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanakkanak amat ditekankan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Oleh itu, merekod perkembangan murid dalam kelas amatlah penting. Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Terdapat pelbagai kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah menggunakan rekod berterusan. Namun apa yang penting adalah menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi konferen antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.

1

1.0

Pengenalan

Rekod berterusan menggunakan teknik atau kaedah yang sama dengan rekod anekdot. Ia adalah fakta yang tepat dan ditulis berdasarkan tingkah laku kanak -kanak dalam jangka masa yang ditetapkan. Rekod berterusan ditulis semasa peristiwa itu berlaku. Apa sahaja tingkah laku yang berlaku dalam jangka masa itu direkodkan. Berbeza dengan rekod anekdot yang hanya dicatat apabila tingkah laku yang signifikan dapat dilihat pada kanak-kanak. Penggunaan rekod berterusan memperlihatkan suasana sebenar perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan. Rekod berterusan ialah catatan yang dibuat ke atas individu ataupun kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang diperkatakan oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga 10 minit. Rekod berterusan membantu merekodkan berkenaan kemahiran, penggunaan bahan khasnya bahan pembelajaran serta interaksi kanak-kanak sama ada dengan rakan, bahan ataupun persekitaran. Ia adalah alat penaksiran yang tepat dan jelas.

2.0

Pentaksiran Dan Rekod Penilaian

Pentaksiran

merupakan

satu

proses

pengumpulan

maklumat

tentang

perkembangan dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Pentaksiran perlulah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya, pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru seperti berikut : i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2

ii. iii.

Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa.

iv.

Merancang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.

v.

Mengesan keberkesanan pengajaran, mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

vi.

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

2.1

Proses Pelaksanaan Pentaksiran

2.1.1 Merancang sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Menentukan instrumen yang hendak digunakan. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. Menentukan tempoh masa pemerhatian. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

2.1.2 Membina instrumen yang mana instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. ii. iii. iv. Tujuan yang jelas. Menepati apa yang hendak dinilai. Item boleh diukur. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

3

2.2

Melaksanakan Pentaksiran

Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dan penilaian dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah pengamatan kepada pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik untuk m engumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Dalam konteks penilaian, pemerhatian adalah satu kaedah yang sistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu ada kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak. Melalui pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru boleh memerhatikan dan menilai murid semasa aktiviti bermain pondok-pondok, menyusun blok bersama rakan-rakan, semasa mereka bermain bersama rakan rakan atau bersendirian, semasa aktiviti pembelajaran seperti membuat kolaj dalam kumpulan, aktiviti mengikat tali kasut, menyelesaikan masalah bersama rakan dan sebagainya. Manakala pemerhatian terhadap perbualan atau interaksi yang boleh diperhatikan ialah semasa perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan atau interaksi antara murid dengan murid, interaksi murid dengan bahan, main peranan, bercerita dan bersoal-jawab, semasa aktiviti nyanyian, hafazan, bacaan dan lain-lain. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Pemerhatian dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan. Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian. Mengikat tali kasut. Belari sambil melompat. Menyelesaikan masalah bersama rakan.
4

vi.

Membuat kolaj dalam kumpulan. Perbualan atau interaksi atau lisan murid yang boleh diperhatikan dan

dinilai. Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid dengan murid. Contohnya interaksi murid dengan bahan. i. ii. iii. iv. v. Main peranan. Bersoal jawab. Bacaan. Nyanyian. Hasil kerja murid. Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah: i. ii. iii. iv. v. Lukisan Buku skrap Kraftangan Buku kecil Model

2.3

Waktu Penilaian

Dalam

konteks

pendidikan

prasekolah,

setiap

pengajaran

yang

disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Penilaian ke atas kanak-kanak hendaklah dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung sama ada secara berkala masa atau mengikut kekerapan yang perlu. Penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pembelajaran. Segala maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Melalui proses penilaian yang dijalankan, guru dapat mengikuti perubahan yang berlaku daripada semasa. Justeru itu, waktu penilaian ke atas kanak-kanak adalah secara berterusan dan tiada had masa tertentu.
5

2.4

Tindakan Susulan

Sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula. Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan hendaklah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran, atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan. Semasa menjalankan tindakan susulan guru boleh menyediakan aktiviti bagi membantu murid yang memerlukan lebih perhatian atau pun aktiviti yang lebih mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum. Antara kebaikan menjalankan tindakan susulan di prasekolah ialah: i. Kelebihan murid dalam pencapaian boleh diperkukuh dan

dipertingkatkan melalui aktiviti yang mencabar. Kekurangan tahap pencapaian murid boleh dibantu melalui bimbingan yang sewajarnya. ii. Perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan seadilnya secara individu, kumpulan, dan kelas melalui proses pembelajaran. iii. Murid yang telah menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu disokong dan diberi dan diberi lebih banyak aktiviti pengukuhan bagi meningkatkan pencapaian. iv. Murid yang belum menguasai tahap pencapaian yang sepatutnya perlu diberi aktiviti bimbingan dan sokongan yang bersesuaian dengan aras penguasaan murid tersebut. v. Guru juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa tahap penguasaan anak mereka untuk memperoleh sokongan tambahan di rumah.

6

3.0

Merekod Maklumat

Merekod didefinisikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian seseorang. Contoh rekod yang digunakan untuk menilai kanak-kanak adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. Senarai Semak. Skala Kadar. Rekod Anekdot. Rekod Berterusan.

Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu : i. ii. Yang menghuraikan iaitu running rekod dan rekod anekdot. Yang mengira masa dan menghitung jumlah iaitu event sampling dan senarai semak. iii. Kesimpulan dan pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu iaitu skala kadar. Memilih rekod yang sesuai adalah perlu supaya rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri yang menepati kriteria penilaian yang akan dibuat ke atas rekod. Sesuatu rekod perlu mempertimbangkan perkara berikut sebelum melakukan ke atas tingkah laku murid iaitu tujuan, aspek, perincian dan pertimbangan yang praktikal. Merekod pemerhatian ini adalah penting bagi proses melaksanakan penilaian terhadap kanak-kanak. Maka dengan rekod berterusan ia merupakan satu cara bagi mengumpul dan merekodkan maklumat daripada murid yang ingin dinilai.

4.0

Perbandingan Antara Intrumen Pentaksiran

Setiap tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak direkodkan secara sistematik dan berturutan. Pelbagai reaksi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti individu atau secara berkumpulan didokumentasikan melalui pelbagai jenis alat taksiran atau rekod penilaian. Maklumat daripada rekod-rekod ini penting supaya tindakan
7

seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanakkanak. Terdapat perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk melakukan pemerhatian walaupun fungsinya hampir sama.

4.1

Rekod Senarai Semak

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:    Sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan. Sesuatu perlakuan telah dilakukan. Kekerapan sesuatu tingkah laku.

Dengan menandakan (/) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak, prosedur seperti berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak: i. ii. Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas. iii. Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi. iv. v. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. vi. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk

mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat atau kekal. vii. Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran atau tingkah laku murid. Contoh Senarai Semak seperti halaman di sebelah :

8

Komponen: Bahasa dan Komunikasi Nama murid: «««««««««««««««.. Kelas:«««««« Arahan: Sila tandakan ( / ) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai kemahiran itu.

4.2

Rekod Skala Kadar

Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Rekod skala kadar secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka. Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala tertentu. Skala yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Contohnya:
9

y y y y

A ± Cemerlang B ± Baik C ± Sederhana D ± Perlu bimbingan

Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang skala kadar iaitu tajuk, kemahiran yang hendak dinilai atau petunjuk tingkah laku dan aktiviti yang dinyatakan dengan jelas. Borang skala kadar ini boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang tepat.

4.3

Rekod Anekdot

Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah: i. ii. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan. iii. iv. v. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku. Menulis apa yang dilihat secara objektif. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. 4.3.1 Perbezaan Antara Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan Rekod anekdot dan rekod berterusan memainkan fungsi yang sama bagi merekodkan apa yang diperhatikan samaada tingkah laku

10

mahupun perbualan seseorang kanak-kanak itu. Namun, terdapat beberapa perbezaan antara rekod anekdot dan rekod berterusan iaitu : i. Rekod anekdot perlu dirancang atau tidak dirancang manakala rekod berterusan hanya perlu dirancang. ii. Rekod anekdot perlu dicerita semula manakala dalam rekod berterusan hanya setiap perlakuan ataupun pertuturan yang diperhatikan dicatat. iii. Rekod anekdot hanya direkod apabila berlaku peristiwa yang signifikan manakala rekod berterusan lebih mudah dengan rakaman. 4.3.2 Contoh Rekod Anekdot : Nama Murid Umur Tarikh Masa Nama Guru Catatan Selepas mengikuti sesi bacaan bersama guru kelas, Sudin menarik tangan Zaki, Rosli dan Zahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin memilih buku bergambar sama dengan buku yang dibaca oleh gurunya tadi. ³Dengar saya nak baca buku ini´. Sudin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Rusnani. Zaki, Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat. ³ Sedap tak ceritanya?´ Tanya Sudin kepada mereka. ³Hei, Sudin kau dah boleh baca?´ Tanya Zahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus diam. ³Bagus, Sudin,´ Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan kelihatan riang. : Sudin bin Abu : 5 Tahun : 20 Februari 2001 : 10.00 pagi : Puan Rusnani Abidin Ulasan

Sudin anak sulung dalam keluarga sangat rapat dengan Zaki, Rosli dan Zahar. Mereka ini sentiasa patuh dan hormat pada Sudin. Sudin sudah mula berminat pada buku, cuba membaca walau pun masih belum mengenal semua huruf.

11

5.0

Rekod Berterusan

Rekod berterusan adalah satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut urutan masa. Mengikut Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, rekod berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit. Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

6.0

Tujuan Menggunakan Rekod Berterusan

Guru boleh menggunakan rekod berterusan sebagai salah satu penilaian diagnostik untuk menilai keberkesanan penggunaan ataupun bacaan teks misalnya penguasaan suku kata, perbendaharaan kata dan kosa kata. Hasil merekod ini juga dapat mengklasifikasikan atau mengkategorikan murid dalam kumpulan. Malahan, ia dapat mengesan pelbagai aspek perkembangan pencapaian kanak-kanak dan mengesan permasalahan yang dihadapi yang dihadapi setiap kanak-kanak.

12

7.0

Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

Bagi menyediakan rekod berterusan, beberapa panduan perlu dititikberatkan bagi semua guru bagi memperoleh rekod berterusan yang tepat dan padat. Antaranya ialah : i. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah tingkah laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akan diperhatikan sesuai? ii. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. iii. Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku. iv. Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi menerangkan setiap aksi. v. vi. vii. viii. ix. Guna bahasa yang mudah difahami. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa. Tentukan masa. Perlu tulus dan ikhlas. Guna singkatan semasa merekodkan.

8.0

Panduan Menulis Rekod Berterusan

Sebelum menulis rekod berterusan, beberapa panduan perlu diambil kira oleh para guru antaranya ialah : i. ii. iii. Buat pemerhatian selama 10 minit ataupun kurang. Tulis secara terperinci berkenaan tingkah laku yang diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan µjudgemental¶. Hanya merekodkan data. iv. v. Memerhati dan tidak membuat interpretasi. Merekodkan hanya apa yang dilihat dan didengar.
13

vi. vii.

Fokus terhad pada murid yang ingin diperhatikan. Tulis atau rekod dengan terperinci mengikut urutan peristiwa yang berlaku.

viii.

Pastikan buku nota, kertas catatan ataupun pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

9.0

Kebaikan Menggunakan Rekod Berterusan

Penggunaan rekod berterusan memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan. Apa yang dimaksudkan disini adalah penggunaan rekod berterusan merupakan satu pendekatan yang baik untuk guru menjalankan proses pemerhatian secara realiti dan tepat. Dengan pemerhatian secara terbuka, guru dapat memperlihatkan keadaan yang sebenar dan bukannya dibuat buat oleh kanak-kanak tersebut. Hasil pemerhatian yang dilakukan oleh guru untuk merekodkan tingkah laku terhadap kanak-kanak yang ingin diperhatikan dapat mengesan sebarang sikap dan sifat yang positif mahupun negatif yang lahir dari kanakkanak itu. Selain itu, ianya memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan dalam satu rekod. Dengan hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai aspek perkembangan iaitu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkembangan kanakkanak perlu diukur dan diambil kira untuk mengetahui sejauh mana perkembangan kanak-kanak tersebut tercapai. Sesuai dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Maka kanak-kanak merupakan pemangkin ke arah mencapai matlamat tersebut. Di samping itu, rekod berterusan dapat menilai keberkesanan sesuatu tempat, sudut ataupun stesen pembelajaran. Keadaan sesuatu tempat pembelajaran sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak maka guru harus mengetahui kesesuaian tempat pembelajaran dengan mengambil pelbagai faktor seperti persekitaran, gangguan, kemudahan, keceriaan, keselesaan dan sebagainya. Jika guru mendapati ada kekurangan dan memberi kesan yang negatif terhadap muridnya misalnya seorang murid tidak
14

bersemangat dengan keadaan pembelajaran, guru boleh mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut seterusnya dapat meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran. Tambahan pula, rekod berterusan tidak memerlukan seseorang guru itu mahir dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Cara ini memudahkan guru merekodkan dengan hanya menggunakan pensel dan kertas. Dari segi kewangan, kaedah ini memang menjimatkan dan memudahkan. Guru tidak perlu bersusah payah untuk menggunakan peralatan yang menggunakan komputer semasa merekod. Oleh kerana guru merekod peristiwa yang mana keadaan mungkin tidak menentu cepat atau lambatnya maka dengan penggunaan pensel dan kertas dapat diguna oleh guru pada bila-bila masa diperlukan. Rekod berterusan juga dapat digunakan dalam apa juga situasi dan tujuan. Rekod ini merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu aspek atau kejadian sahaja. Ianya terbuka dan guru boleh mencatat apa sahaja yang dilihat. Rekod ini diambil tidak formal dan boleh direkodkan pada keadaan-keadaan yang sesuai seperti semasa aktiviti pembelajaran sambil bermain, melukis, mewarna, menyanyi, menyusun blok-blok huruf, dan sebagainya asalkan ada tujuan dan melibatkan aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Seterusnya, penggunaan rekod berterusan dapat mengumpul data secara objektif dan tepat. Data dan maklumat perlu mencapai objektif yang dikehendaki dan bukannya guru mengambil sambil lewa untuk mempercepatkan proses kerja. Secara langsung, segala maklumat yang diperoleh oleh guru adalah benar kerana direkodkan semasa pemerhatian dilakukan. Guru tidak boleh menokok tambah atau mengurangkan segala pandangan kanak-kanak kerana bagi ibu bapa dan guru, rekod ini dapat mengelakkan bahaya dan kerendahan daya penggerak masing-masing. Apa yang penting, harapan dan pandangan kanak-kanak adalah positif. Hasil yang terbaik dari rekod berterusan ini adalah dapat memberi fokus pada kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak adalah berbeza maka jika guru dapat mengesan kanak-kanak yang bermasalah misalnya kurang bersosial pemalu dan sensitif guru dapat memberi lebih tumpuan terhadap kanak-kanak tersebut. Rekod berterusan memberi makna yang besar bagi kanak-kanak. Kemampuan dan kejayaan akan

15

meninggikan azam, kepercayaan diri sendiri dan pandangan diri sendiri. Setiap tingkah laku dan perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang berguna dalam penilaian. Dalam kajian Bayrei dan rakan-rakannya, mereka menggunakan rekod berterusan untuk menilai sejauh mana perkembangan psikomotor halus terhadap sal h a seorang kanak-kanak prasekolah. Dalam pemerhatian menggunakan rekod berterusan ini, fokus pemerhatian mereka adalah pada aspek perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dengan menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penggunaan psikomotor halus kanak-kanak. Penggunaan rekod berterusan dapat merekod segala tingkah laku dan mengenal pasti sama ada aspek psikomotor halus dan koordinasi mata tangan kanak-kanak tersebut sudah mempunyai perkembangan yang sesuai dengan umurnya. Mengikut kajian mereka, dengan menggunakan rekod berterusan, pemerhatian untuk menilai perkembangan psikomotor halus dan koordinasi mata dan tangan kanakkanak dijalankan dengan melibatkan lima aktiviti iaitu : i. ii. iii. iv. v. aktiviti mewarna, aktiviti menggunting, aktiviti menampal, aktiviti melukis dan melorek, dan aktiviti memasukkan benang ke dalam lubang.

Dalam pemerhatian ini, rekod berterusan dapat membantu mengesan tahap perkembangan psikomotor halus kanak-kanak dan tindakan susulan perlu dibuat bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran kanak-kanak tersebut. Rekod berterusan ini amat membantu dan dengan adanya kefahaman terhadap kemahiran murid, akan membantu guru untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan sesuai dengan tahap murid-muridnya.

10.0

Kelemahan Menggunakan Rekod Berterusan

Rekod berterusan ini memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan setiap tingkah laku kanak-kanak yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi
16

mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat. Ini memenatkan guru kerana member lebih tumpuan pada proses merekodkan. Selain itu, guru juga akan mengalami kesukaran bagi mencatatkan setiap kejadian yang berlaku dalam pemerhatian yang terperinci. Rekod berterusan juga lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan. Ianya membatasi penyeliaan guru kepada kanak-kanak kerana perhatian diberi kepada proses merekodkan. Selain itu, pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak -kanak yang diperhatikan. Ini adalah bagi mengelakkan kanak-kanak sedar akan mereka sedang diperhatikan oleh guru. Kanak-kanak juga akan hilang tumpuan semasa sedang melakukan sesuatu dengan kata lain kanak-kanak akan berlaku tingkah laku yang lain daripada tingkah laku yang sebenar kanak-kanak yang sedang diperhatikan. Begitu juga antara kelemahan yang dapat dikesan terhadap guru iaitu memerlukan latihan kepada guru bagi kemahiran merekod. Guru perlu tahu dan mahir bagaimana untuk merekod, oleh itu latihan yang sewajarnya perlu diambil kira bagi menjamin rekod yang diambil tiada sebarang ralat.

11.0 Nama Umur Tarikh Masa

Contoh Rekod Berterusan : : : : : Ainon Bakar 6 Tahun 26 September 2002 10.00 ± 10.10 pagi Puan Sofia

Nama Guru

Catatan / Pemerhatian Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya. Dia bangun dan mengatakan ³Penatlah main pasir, jom main jongkang jongkit. Ainon memanggil rakan-rakannya. Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki
17

Ulasan

jongkang jongkit itu.

Ainon : Janganlah berebut-rebut Liza : Saya pun nak naik juga

Menunjukkan kerjasama

sifat

toleransi

dan

Ainon : Gilir-gilirlah. OK. Minah, Rozi duduk di hujung sana. Noni dan Milah di hujung sini, ya! Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab Saya dua-dua kurus, tentu lebih ringan, nanti tak sama Ainon : ya betul, nanti tak sama Rozi : tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga Ainon : OK. Som pun kurus, tolong duduk depan Noni. Hah, baru sama berat. Memahami konsep keseimbangan Memahami konsep matematik

Contoh di atas menunjukkan rekod yang diambil untuk mengesan dan menilai perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain jongkang-jongkit. Permainan ini boleh dijalankan di luar kelas. Ruang permainan haruslah berkeadaan selamat dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain jongkang-jongkit, kanakkanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan permainan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan. Oleh itu, jelas menunjukkan penyesuaian antara kanak -kanak semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

18

11.1.

Contoh Rekod Berterusan Keberkesanan Bacaan

11.1.1 Keberkesanan membaca suku kata Rekod berterusan juga boleh digunakan untuk mengesan tahap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak. Seperti contoh di bawah, rekod berterusan ini digunakan untuk mengesan keberkesanan seseorang murid itu menguasai suku kata. Seperti contoh di bawah guru boleh menggunakan kreativiti dan idea tersendiri untuk menilai tahap penguasaan suku kata seseorang murid itu dengan simbol-simbol tertentu misalnya eksperisi muka disamping tampak lebih menarik dan kemas.

19

11.1.2 Keberkesanan membaca teks bacaan

20

11.2

Contoh Borang Rekod Berterusan

Nama Murid Umur Tarikh Masa Setting / Tempat

: : : : :

Item / Kemahiran : Nama Guru :

Catatan / Perkara

Ulasan dan Tindakan Susulan :

21

12.0

Pemilihan Berterusan

Aspek

Perkembangan

Yang

Digunakan

Dalam

Rekod

Antara lima aspek perkembangan yang biasa digunakan oleh guru untuk menilai kanak-kanak ialah : 12.1 Aspek Perkembangan Kognitif Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget, keupayaan adaptasi

psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka. Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep
22

penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan pemanasan. Melalui permainan air kanak-kanak boleh meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget, main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang. Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.

12.2

Aspek Perkembangan Bahasa Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-

kanak. Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanakkanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan. Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara
23

tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanakkanak meniru perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanak-kanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak

memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah. Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang

24

dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti: Malam yang sepi pi« pi Pak Mat jual topi pi«pi Topinya koyak yak«yak Pak Mat jual tempoyak yak«yak Tempoyaknya basi si«si Pak Mat jual nasi si« si

12.3

Aspek Perkembangan Sosial Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan

dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kan akkanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan selesa untuk kanak -kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.
25

Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanak-kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak kanak. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya. Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad. Secara tidak langsung kanak kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain. Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya. Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan

persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini

menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak -kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak. 12.4 Aspek Perkembangan Emosi Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanakkanak di peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teoriteori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut
26

Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan. Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya. Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di prasekolah dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak. Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik

27

dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak -kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanakkanak akan menyanyi dan menari bersama rakan -rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanakkanak.

12.5

Aspek Perkembangan Fizikal Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat

dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan. Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah: 12.5.1 Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal
28

serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada µ monkey bar ¶, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. 12.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi. Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah

membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak -kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

13.0

Penyimpanan Rekod Berterusan Dalam Portfolio

Segala maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian yang sistematik direkodkan dan dikumpulkan dalam portfolio. Portfolio adalah untuk merekod
29

pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara sendirian serta yang diperolehi bersama rakan-rakan lain. Portfolio boleh dijadikan asas untuk guru menilai pencapaian murid dan dijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. Portfolio ini hendaklah dikongsi bersama ibu bapa murid untuk memaklumkan mereka tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka. Bahan yang perlu ada dalam portfolio ialah : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Pelaporan Perkembangan Murid Rekod Peribadi Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid Hasil Kerja terpilih Perlu dinilai dan diberi ulasan Pemilihan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian Pemilihan hasil kerja murid perlu dipilih dan dinilai dari setiap komponen sekurangnya 2 bulan sekali. Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio. Pemilihan hasil kerja hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Hasil kerja murid termasuklah: i. ii. iii. iv. v. Gambar atau lukisan Tulisan Binaan yang disempurnakan Cerita yang ditulis Buku skrap

Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh menulis huruf. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan isi

kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dibuat oleh murid. Maklumat daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi
30

perasaan, sikap dan mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan dan amalan nilai-nilai murni.

14.0

Kesimpulan

Di peringkat prasekolah, pemerhatian dan penilaian dijalankan secara tidak formal dan berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari semasa ke semasa. Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah dinilai. Tujuannya supaya guru dapat mengumpul maklumat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu, dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman pembelajaran di prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak kanak seterusnya Kesimpulannya, rekod berterusan merupakan satu cara yang dapat membantu guru mencatat tingkah laku yangdiperhatikan ke atas individu ataupun kumpulan kanakkanak semasa peristiwa berlaku. Guru juga dapat menilai keberkesanan tempat, sudut ataupun stesen pembelajaran. Rekod berterusan membantu pemerhati merekodkan perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan dalam suasana sebenar. Ia memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak pada satu-satu masa. Rekod berterusan dapat memberikan maklumat berguna dalam meningkatkan lagi potensi kanak-kanak.

31

Rujukan

Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali. 2009. Penilaian dalam pendidikan prasekolah. PTS Professional Sdn.Bhd.

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Diperolehi pada 16 Ogos 2010 daripada http://www.sribd.com.

Menilai perkembangan psikomotor halus kanak-kanak prasekolah. Diperolehi pada 16 Ogos 2010 daripada http://www.sribd.com.

Penilaian

di

prasekolah.

Diperolehi

pada

28

Ogos

2010

daripada

cikguani.blogspot.com

32

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->