You are on page 1of 17

Membuat rujukan (referencing)

 Kemahiran perpustakaan membolehkan pelajar


mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan
sekolah atau perpustakaan negeri.
 Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan
sistem klasifikasi bahan rujukan dan peraturan
perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad
katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan
daripada rak-rak.
 Pelajar perlu berdikari supaya mereka mahir mencari
maklumat & menyelesaikn masalah terutama semasa
p&p
 
 Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar
harus boleh:
i. menentu atau mempastikan maklumat yang
dikehendaki
ii. mengumpulkan maklumat :
Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca,
bertanya atau menggunakan multimedia atau internet.
iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat :
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau
berkumpulan.
iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau
bertulis:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau
berkumpulan.
Membaca (secara pantas & kritis)
Teknik Membaca SQ3R
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar
berpencapaian baik dan mahir membaca.
Tujuan menggunakan teknik ini untuk
menguji pemahaman pelajar berdasarkan
bahan atau teks yang dibaca untuk
menyelesaikan tugasan.
SQ3R bacaan secara kritis yang
dipelopori Robinson (1941).
S-SURVEY (Tinjau)
 Pelajar membaca secara pantas untuk
mendapatkan gambaran awal tentang isi
bacaan mengikut pemahamannya sendiri.
Dlm erti kata lain pelajr bebas
menganggap apa yg mereka akn baca.
Pelajar hanya
memfokuskan/menumpukan bahan/teks
kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk,
gambar, simbol, ilustrasi, grafik.
Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik
skimming dan scanning.
Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)
Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan
(intipati) yang terkandung dalam teks.
Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui
oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan
yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
Soalan juga berupa panduan kepada jawapan
yang sebenar.
Dalam masa yang sama pelajar sendiri
mencari jawapan – peramalan jawapan yang
paling relevan.
R-READ (Baca)
Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan
memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan
kepada soalan yang disenaraikan tadi.
 Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh
menyenaraikan soalan tambahan.
Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul
maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan
bacaan.
Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran
dengan sama ada menerima atau menolak konsep
maklumat yang dibaca.
Hal ini bererti pelajar tidak semestinya menerima
semua maklumat yang terdapat dalam teks.
R-RECITE (Imbas kembali)
Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan,
pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat
kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat
dalam teks.
Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan
dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar
dapatlah menjawab semua soalan tugasan
berdasarkan maklumat dalam teks.
Di samping itu pelajar juga boleh memberikan
jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk
jawapan yang terdapat teks.
Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan
mereka.
R-REVIEW (Baca semula)
 Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca
semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat.
Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada
jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas
kembali) di atas.
Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab
berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks.
 Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta
dalam tugasan pada peringkat question /
pertanyaan.
Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh
maklumat yang tepat, cepat, dan dapat
menyelesaikaan tugasan secara berkesan.
Teknik Membaca KWLH
Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh
mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang
dibaca.
Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia
ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses
pembacaannya.
Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada
(PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan
pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan / teks
yang dibaca.
Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa
yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya
menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca
lagi.
K W L H bermaksud:
K (know) – Apa yang sudah diketahui
(sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia
tentang tajuk atau topik bahan bacaan.
W (what) – Apa yang hendak diketahui
(sebelum membaca) – catat apa yang ingin
diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas
membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau
topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana untuk mendapat
maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya)
– catat bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.
 Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam
pengajaran?
Tujuannya ialah:
(iv)Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan bahan atau teks yang beri untuk
proses pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang
diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan
yang perlu dicari daripada sumber lain, selain
sumber yang telah sediakan.
(iv) Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh
daripada bahan yang sedang berikan (semasa).
Mendengar secara aktif
M‘dptkn makna perkara yg didengari itu
benar-benar difahami oleh pndgr drpd
penutur
Digunakn secara meluas dlm pelbagai situasi.
Cth, mendgr kuliah, perbualan harian, sesi
kaunseling & perbincanagn antara kmpln @
antara dua org.
Kemahiran ini dpt dgunakn untk
meningkatkn keupayaan kita untk memahami
& menelaah maklumat verbal.
Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar
dengan
aktif dan antaranya adalah seperti yang berikut:
i) Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.
ii) Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi
lebih berpengalaman lagi.
iii) Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan
menghormati orang
yang bercakap kepada anda.
iv) Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orng yang sedang
bercakap.
v) Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat
orang lain.
Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat
sedikit
kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian.
vi) Tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan
jika rakan
anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal dan masih
bertanyakan
masalah yang sama akan memalukan diri sendiri.
Mencatat nota
 Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran
membuat nota kerana kemahiran ini merupakan
kemahiran seumur hidup dan penting untuk
menguasai sesuatu maklumat.
Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar
betul-betul memahami sesuatu maklumat dan
ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji
dengan cepat serta mengingat maklumat itu.
Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan
daripada menyalinatau mencatat nota.
 Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota
yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain,
atau yang terdapat dalam buku, majalah dan sebagainya.
 Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat
ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah,
syarahan, buku, atau sumber lain.
 Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas
sendiri dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di
bawah.
 Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:

i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai


sumber.
ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan
menyusunnya.
iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau
maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk
yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika
Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:
i. Perkataan atau frasa yang penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti,
U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting, ù = jadi
iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham,
Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran
Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut
untuk membuat nota:
i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi
lebih ringkas
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan
dan kaitan, pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.
 

You might also like