You are on page 1of 8

Peribahasa Berbentuk Sindiran

1. Orang Ambuyat

Maksud bagi peribahasa ini ialah untuk menyindir orang yang bodoh.Apabila seseorang itu

selalu melakukan kesalahan semasa membuat sesuatu,misalnya selalu merosakkan

barang,tidak dapat menghabiskan tugasan diberi dan sebagainya.Maka,seseorang itu akan

disindir sebagai orang ambuyat.Sebagai contoh,apabila seorang pekerja sering memecahkan

gelas atau pinggang di sebuah restoran,maka majikannya akan memarahinya dan menyindir

dia sebagai orang yang bodoh ataupun orang ambuyat.Hal ini demikian kerana majikannya

berpendapat bahawa pekerja tersebut telah menyebabkan kerugian dan sepatutnya diberi

teguran.

2. Macam itik sudu-sudu

Peribahasa ini bermaksud orang yang suka menghadirkan diri walaupun tidak

dijemput.Maksudnya seseorang itu sering menghadirkan diri dalam apa-apa aktiviti

terutamanya jamuan tetapi sebenarnya dia bukan merupakan orang jemputan.Orang seperti

ini selalunya pergi ke sesuatu majlis tanpa diajak oleh orang lain.Bagi orang cina,orang

seperti ini dipanggil sebagai ‘muka tebal’ataupun tidak tahu malu.Apabila mereka terdengar

tentang apa-apa majlis akan dijalankan,maka mereka akan aktif untuk menyertainya

walaupun tidak dijemput.Sebagai contoh,Ali seorang yang bersifat macam itik sudu-sudu,

apabila mengetahui jirannya mengadakan jamuan hari jadi,dia terus pergi ke majlis tersebut

tetapi sebenarnya Ali langsung tidak dijemput.

3. Otak di kepala mulut

Maksud bagi peribahasa ini pula merujuk kepada orang yang tidak menggunakan fikiran

dengan betul.Keadaan ini boleh merujuk kepada seseorang yang sering bercakap sesuka hati

tanpa berfikir.Keadaan ini mungkin akan membawa kepada pertelingkahan dan perselisihan

faham.Walaupun mengetahui bahawa perkataannya akan mencederakan hati orang, namun


orang seperti ini masih sengaja bercakap bukan-bukan tanpa berfikir dengan semasak-

masak.Sebagai contoh:

Ali : Siti,semalam saya terjumpa dengan mak kamu.

Siti :Ya kah?mungkin masa itu dia bersama dengan bapa saya pergi ke satu jamuan .

Ali :betul atau tidak? Saya ingat mak kamu berlaku curang lah,hahaha…

Siti :Cis,kamu nak cari pasalkah!

Ali dikatakan otak di kepala mulut kerana dia sengaja bercakap demikian untuk menyindir

Siti tanpa berfikir dengan rasional.Keadaan ini akan mencederakan hati Siti dan

menyebabkan pertelingkahan antara Siti dengan Ali.

4. Ular lundung

Ular lundung bermaksud orang yang tidak mahu berusaha sendiri dan semata-mata

mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.Orang seperti ini juga boleh dikatakan

sebagai orang yang malas kerana langsung tidak membuat apa-apa walaupun diberi masa

yang cukup.Dia hanya berharap rakannya dapat membantu dia membuat satu tugasan tanpa

sebarang usaha dari diri sendiri.Sebagai contoh:

Apabila membuat tugasan individu,Faris tidak mahu menyelesaikannya kerana bersikap

malas.Maka,dia cuma berharap rakannya dapat memberi sedikit maklumat kepada dia

ataupun menolong dia meng habiskan tugasan tersebut.Pada keadaan ini,Faris akan dikenali

sebagai ular lundung kerana asyik bergantung kepada bantuan orang lain dan tidak mahu

mengeluarkan usaha sendiri.

Peribahasa Berbentuk Pujian

1. Saangkat-angkat hati

Maksud bagi peribahasa ini adalah untuk memuji orang yang sering memberi sesuatu

dengan seikhlas hati.Orang seperti ini rela menghulurkan bantuan bagi membantu orang

yang berada dalam kesusahan.Selain itu,mereka juga akan cuba membantu seseorang itu
dengan sedaya upaya tanpa berfikir untuk mendapat sebarang balasan.Misalnya,John

merupakan seorang yang bersifat saangkat-angkat hati.Apabila mengetahui bahawa

rakannya menghadapi masalah dalam akademik,maka John akan cuba memberi tunjuk ajar

kepada kawannya.Namun,John langsung tidak mengharapkan untuk mendapat apa-apa

balasan daripada rakannya dan apa yang dia harapkan ialah kawannya dapat berjaya dalam

akademiknya serta berpuas hati dengan tunjuk ajarnya.

2. Menganyam bini

Peribahasa ini adalah digunakan untuk menunjukkan sikap orang yang merendah diri apabila

berada di tempat orang lain.Sikap merendah diri ialah bersikap tidak sombong dan tidak

akan menggagung-agungkan kelebihannya.Semasa berada di kawasan orang lain, mereka

akan cuba merendahkan diri dan tidak suka menunjukkan latar belakangnya yang unggul

serta identiti sebenarnya.Sikap sebegini boleh dilihat melalui contoh di bawah:

Pak Shafiq merupakan salah satu orang yang kaya di bandar,beliau mempunyai rumah yang

besar,kereta mewah dan harta yang banyak.Namun,apabila dia mengunjungi ke sebuah

kampung,dia langsung tidak sombong dan riang bergaul dengan orang kampung.Selain

itu,dia juga merendahkan diri supaya dapat mengeratkan hubungannya dengan orang

kampung.Hal ini demikian kerana Pak Shafiq menganggap bahawa semasa berada di tempat

lain,janganlah bersikap sombong walaupun mempunyai lebih kekayaan daripada orang

lain.Keadaan ini telah menunjukkan bahawa walaupun Pak Shafiq kaya,tetapi dia masih

merendah diri dan tidak sombong semasa berada di tempat orang lain.Oleh itu,peibahasa

“menganyam bini” adalah untuk memuji orang yang bersikap begini.


Peribahasa Berbentuk Pengajaran Ataupun Memberi Nasihat

1. Biar cangkik jangan putus

Peribahasa ini membawa maksud berjimat-cermat.Peribahasa ini dapat memberi pengajaran

kepada masyarakat agar tidak memboros.Hal ini demikian kerana seorang yang memboros

akhirnya mungkin akan menghabiskan seluruh hartanya walaupun dia sangat kaya.Sikap

pemboros ialah suka membeli sesuatu tanpa berfikir sama ada benda tersebut berguna

ataupun tidak.Mereka sering menggunakan wang tanpa berfikir dengan semasak-

masak.Sebagai contoh,ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak agar berjimat cermat dalam

kehidupan mereka.Selain itu,sikap berjimat cermat juga dapat mendidik anak-anak supaya

tidak menyalahgunakan wang ataupun berbelanja pada perkara yang tidak berfaedah.

(Membuang usin).

2. Inut-inut bangking

Peribahasa ini adalah untuk menasihati semua pekerja supaya melakukan kerja dengan

perlahan(tidak terburu-buru) dan cermat.Pekerja tidak boleh membuat sesuatu kerja

dengan terburu-buru kerana ia tidak membawa kepada sebarang kebaikan.Hal ini demikian

kerana sekiranya pekerja melakukan kerjanya dengan terburu-buru, ia mungkin akan

menjejaskan kualiti barangan atau pengeluarannya.Perkara yang perlu diingati oleh setiap

pekerja ialah membuat sesuatu dengan cermat dan teratur walaupun mengejar

masa.Sebagai contoh,stok yang ditempah oleh pelanggan masih belum siap diproses.Sebagai

majikan, kita tidak boleh memaksa pekerja membuat kerjanya dengan secepat mungkin

kerana ia mungkin tidak membawa kepada apa-apa kebaikan.Sebaliknya,kita perlu

menjamin pengeluaran barangan yang berkualiti dengan tidak bersikap terburu-buru.

3. Batolak baambit

Maksud bagi peribahasa ini ialah bertolak ansur.Peribahasa ini berfungsi untuk mendidik

semua lapisan masyarakat agar bersikap tolak ansur kepada semua orang tanpa mengira

latar belakang mereka.Definisi bagi bertolak ansur ialah sabar dan mengawal diri dalam
pergaulan seharian bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham demi kesejahteraan

hidup.Maksudnya ialah kita mesti bertoleransi dalam kehidupan kita dan mempunyai nilai

yang sopan semasa berkomunikasi dengan orang lain. Kita perlu mempunyai kesanggupan

untuk mengawal diri semasa berhadapan dengan apa-apa masalah dan jangan meninggikan

suara terhadap orang yang membuat salah.Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya

pelbagai pertelingkahan dan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat demi

kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Peribahasa Berkaitan Dengan Sikap Atau Tabiat Individu

1. Puah mata

Puah mata membawa maksud golongan yang mudah menangis.Dalam lingkungan

masyarakat, ia mestilah wujud sesetengah golongan yang mudah menangis tak kira lelaki

atau perempuan.Golongan ini mudah menangis apabila berhadapan dengan sebarang

masalah.Sebagai contoh,apabila seseorang itu menghadapi tekanan dalam kehidupannya,dia

akan mudah menangis kerana cara ini mungkin dapat membantu mengurangkan

tekanannya.Selain itu,semasa menonton wayang,apabila cerita dalam drama itu menyentuh

perasaan,golongan ini juga mudah menangis kerana terharu.Terdapat sesetengah orang

juga mudah menangis walaupun ia cuma perkara yang kecil yang mungkin seperti

terjatuh,dimarah dan sebagainya.

2. Karak wayang

Maksud bagi peribahasa ini ialah orang yang gemar menonton wayang.Dalam

sehari,sesetengah orang akan menggunakan kebanyakan masanya untuk menonton wayang.

Keadaan ini telah merupakan salah satu tabiat bagi mereka.Sekiranya tiada wayang, bagi

mereka kehidupannya adalah tidak bermakna.Mereka langsung tidak dapat mengawal diri

untuk menonton wayang.Keadaan ini telah menunjukkan bahawa mereka telah tertagih
dengan aktiviti menonton wayang.Bagi golongan seperti ini,peribahasa’karak wayang’

adalah sesuai untuk merujuk kepada mereka.

3. Bakulut-kulut

Peribahasa ini membawa maksud berdiam diri di sesuatu tempat.Peribahasa ini digunakan

untuk merujuk kepada seseorang yang hanya diam-diam sahaja di mana-mana

kawasan.Mereka tidak suka bergaul dengan orang lain mungkin disebabkan oleh perasaan

segan.Walaupun mereka berada di suatu kawasan yang riuh dan meriah,mereka tetap

berseorangan dan bersikap sunyi.Mereka langsung tidak mahu melibatkan diri dalam

sebarang aktiviti yang disediakan dalam majlis tersebut.Bagi mereka, sikap berdiam mungkin

sudah menjadi sesuatu kebiasaan dalam kehidupan mereka.

4. Menganyam hutan

Peribahasa ini membawa maksud orang yang tidak suka bergaul dan apbila berjumpa

orang,dia akan melarikan diri.Orang seperti ini bersikap diam dan tidak suka berkomunikasi

dengan orang lain.Mereka hanya membuat perkara sendiri dan tidak mahu berkenalan

dengan orang lain.Namun,perkara yang lebih serius ialah apabila mereka berjumpa dengan

seseorang,mereka akan cuba menjauhkan diri atau mengasingkan diri daripada seseorang.

Peribahasa Berkaitan Dengan Isu-Isu lain

1. Saparadian kuyuk

Maksud bagi peribahasa ini ialah adik-beradik yang seibu tetapi berlainan bapa.Keadaan ini

wujud mungkin disebabkan oleh masalah keluarga seperti penceraian,kematian bapa dan

sebagainya.Keadaan ini telah menyebabkan wujudnya bapa tiri dalam kehidupan mereka

selepas ibu mereka berkahwin dengan lelaki lain.Sebagai contoh,dalam sebuah

keluarga,ketua rumah(bapa) telah ditimpa kecelakaan dan meninggal dunia.Sekiranya ibu

mereka berkahwin lagi,maka anak-anak mereka akan mempunyai bapa tiri dan adik-beradik

ini akan dipanggil sebagai saparadian kuyuk.


2. Yatim junjungan

Peribahasa ini bermaksud orang yang kematian ibu bapa sejak kecil.Keadaan ini

menunjukkan bahawa mereka sudah kehilangan ibu bapa mereka.Perkara ini disebabkan

oleh kematian yang ditimpa oleh ibu bapa mereka seperti kemalangan,penyakit dan

sebagainya.Dalam masyarakat Melayu,anak yang kematian ibu bapa sejak kecil adalah

dikenali sebagai anak yatim piatu.Golongan ini tidak mempunyai ibu bapa kandungan

mereka.Mereka mungkin dibesarkan oleh saudara mara mereka dan bagi mereka yang tidak

mempunyai saudara mara,mereka akan dihantar ke rumah anak yatim piatu supaya dapat

membimbing mereka sehingga dewasa.

Secara kesimpulannya,terdapat banyak peribahasa dalam masyarakat Brunei.Keadaan ini

telah menunjukkan bahawa kesusasteraan mereka adalah unik dan mempunyai makna yang

tersirat dalam setiap peribahasa.Oleh itu,kebudayaan ini haruslah diwarisi secara turun-

temurun supaya dapat menambah pengetahuan generasi-generasi akan datang.Setiap orang

mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan kesusasteraan masing-masing agar ilmu ini

tidak akan lenyap pada suatu hari nanti.


Rujukan

1. http://ms.wiktionary .org/wiki/wikitionary:peribahasa#kegunaan

2. http://dunia/vie.blogspot.com/2009/02/peribahasa-dalam .penggunaan html

3. http://tanbeentiem2003.tripod.com/id13.html

4. http://sadapyou.blogspot.com/2007/12.peribahasa-brunei.html

5. http://www.scribd.com/doc/7696413/Perambahan Brunei

You might also like