You are on page 1of 25

2: Keluk

Kemungkinan
Pengeluaran
Keluk Kemungkinan Pengeluaran
(KKP) dan Kos Melepas
 KKP menunjukkan kombinasi dua barangan
yang boleh dikeluarkan oleh ekonomi.
 Kos Melepas Malar (Konstan) – satu KKP
yang bergaris lurus sebab kos melepas
adalah sama (1:1).
 Kos Melepas Meningkat – satu KKP yang
cembung keluar sebab semakin banyak
sesuatu barang itu dikeluarkan, kos melepas
semakin meningkat.
Keluk Kemungkinan Pengeluaran
Bergaris Lurus: Kos Melepas
Malar/Konstan
Pengiraan Kos Melepas (Malar)
 Dari titik A ke titik B:
Kos melepas = 10,000/10,000 = 1 komputer
bagi setiap set TV
 Dari titik B ke titik C:
Kos melepas = 10,000/10,000 = 1 komputer
bagi setiap set TV
 Begitu juga dari titik C ke D dan seterusnya dari
titik E ke F di mana pada setiap titik
pengeluaran kos melepas adalah sama – kos
melepas malar
KKP: Kos Melepas Meningkat
Pengiraan Kos Melepas (Meningkat)
 Dari titik A ke titik B:
Kos melepas = 10,000/20,000 = 0.5 komputer
bagi setiap set TV
 Dari titik B ke titik C:
Kos melepas = 15,000/20,000 = 0.75 komputer
bagi setiap set TV
Dari titik C ke titik D:
 Kos melepas = 25,000/20,000 = 1.25 komputer
bagi setiap TV
Hukum Kos Melepas Meningkat
 Dalam dunia sebenar, semua KKP adalah
cembung keluar.
 Bagi kebanyakan barang, kos melepas
bertambah semakin banyak barang
tersebut dikeluarkan.
dikeluarkan
Konsep Ekonomi dalam KKP
 Kecekapan: Keadaan dimana output
maksimum dikeluarkan dengan sumber dan
teknologi yang diberikan.
 Ketidakcekapan: Keadaan dimana output yang
dikeluarkan dengan sumber dan teknologi yang
diberikan dibawah tahap output maksimum.
 Sumber Tidak Digunakan: Sumber tidak
digunakan sepenuhnya seperti buruh yang
menganggur.
Konsep Ekonomi dalam KKP
 Pertumbuhan Ekonomi: Daya pengeluaran
yang bertambah disebabkan oleh sumber
yang meningkat atau kemajuan dalam
teknologi.
 Teknologi: Kemahiran dan pengetahuan
mengenai penggunaan sumber dalam
pengeluaran.
Kecekapan, Ketidakcekapan, dan Sumber Tidak
Digunakan dalam Rangka Kerja KKP
Pertumbuhan Ekonomi dalam Rangka Kerja KKP
Sistem-sistem Ekonomi
 Cara dimana masyarakat memutuskan apa
barang yang hendak dihasilkan, bagaimana
barang tersebut hendak dihasilkan dan untuk
siapa hendak dihasilkan.
Persoalan Ekonomi
 Apa yang akan dihasilkan?
 Bagaimana akan
dihasilkan?
 Untuk siapa akan
dihasilkan?
 Dimana di atas KKP
ekonomi akan beroperasi?
 Apakah bentuk
perdagangan?
 Apakah fungsi harga?
Sistem-sistem Ekonomi dan KKP
 Terdapat beratus-ratus negara tetapi cuma
ada dua sistem ekonomi yang utama di
dunia.
 Kita merujuk kepada dua sistem utama ini
sebagai Sosialis dan Kapitalis.
 Kebanyakan negara memilih ciri-ciri daripada
kedua-dua sistem ekonomi ini.
Ekonomi  Satu sistem ekonomi yang
Kapitalis bercirikan pemilikan persendirian
secara besar-besaran semua
Campuran faktor-faktor pengeluaran,
peruntukan sumber oleh pasaran
dan pembuatan keputusan yang
desentralisasikan. Kebanyakan
aktiviti berlaku dalam sektor
swasta tetapi kerajaan
memainkan peranan yang besar
sebagai regulator.
 Contoh negara yang
mengamalkan Ekonomi Kapitalis
Campuran adalah Amerika
Syarikat.
Siapa atau Apa yang Menentukan
Dimana Ekonomi di atas KKP?
 Golongan Kapitalis:
Pasaran yang
memutuskan
 Golongan Sosialis:
Pasaran tidak
membuat keputusan
tetapi Kerajaan yang
kebiasaannya
membuat keputusan.
Apa Barangan yang akan
Dihasilkan?
 Persoalan sebenarnya “Dimana di atas KKP
ekonomi akan beroperasi?”
 Sistem Kapitalis: Pasaran akan menentukan
apa barangan yang akan dikeluarkan.
 Sistem Sosialis: Kerajaan mempunyai
peranan yang besar dalam menentukan apa
yang akan dikeluarkan.
Bagaimana Barangan akan Dihasilkan?
 Dibawah Kapitalis, ia
ditentukan oleh
pengeluar-pengeluar
swasta.
 Dibawah Sosialis,
kerajaan menentukan
apa yang akan
dikeluarkan.
Untuk Siapa Barangan akan Dihasilkan?
 Dibawah Kapitalis, barangan akan
dikeluarkan untuk mereka yang mampu dan
sanggup untuk membayar harga yang
ditetapkan untuk barangan tersebut.
 Dibawah Sosialis, kerajaan mengawal siapa
yang mendapat barangan apa.
Perdagangan
 Dibawah Kapitalis, kedua-
dua pihak mendapat
faedah daripada
perdagangan.
 Dibawah Sosialis,
perdagangan membuat
seseorang lebih baik
diatas kesengsaraan
orang lain.
Harga
Dibawah sistem Kapitalis:
 Harga digunakan untuk
mencatu barangan dan
perkhidmatan
 Harga memberikan
maklumat mengenai
barangan dan perkhidmatan
 Harga merupakan insentif
untuk respon kepada
maklumat
SISTEM EKONOMI ISLAM
Ciri-ciri utama sistem ekonomi Islam:
 Apa dan berapa yang perlu dikeluarkan?
 Semua barangan mendatangkan faedah. Dilarang
mengeluarkan barangan yang dilarang
(diharamkan).
 Berapa banyak dikeluarkan bergantung kepada
mekanisme pasaran.
 Berapa banyak dikeluarkan juga tidak terlalu
berlebihan (membazir) dan terlalu berkurangan
sehingga menjejaskan keperluan manusia.
 Bagaimana dikeluarkan?
 Apa sahaja cara yang tidak menjejaskan
kepentingan umum (seperti pengeluaran yang
tidak menghasilkan pencemaran).
 Untuk siapa dikeluarkan?
 Ditentukan oleh permintaan dan penawaran.
 Dikeluarkan untuk individu dan masyarakat.
 Kerajaan campurtangan dalam memastikan
perjalanan ekonomi tidak menyalahi ajaran Islam.
 Kerajaan bertanggungjawab mengutip hasil
melalui zakat dan cukai seperti jizyah dan kharaj
dan mengagihkannnya semula kepada golongan
miskin.
Ciri-ciri tambahan yang lain:
 Matlamat
 Segala aktiviti bermatlamatkan kejayaan (al-falah)
di dunia dan akhirat. Baik dibalas syurga dan
buruk dibalas neraka.
 Keseimbangan antara kepentingan
individu dan masyarakat
 Ekonomi Islam mementingkan kedua-duanya
(individu dan masyarakat) dan individu bebas
menentukan kegiatan ekonomi masing-masing,
kerajaan memastikan kegiatan tidak bertentangan
dan hasil akan diagihkan kepada masyarakat
melalui sistem zakat.
 Hak milik individu dan hak milik umum
 Individu bebas mendapatkan harta sebagai hak
milik individu selagi tidak bertentangan dengan
Islam. Hak milik umum seperti tanah wakaf,
jalanraya, sungai dll adalah hak milik umum.
 Kegiatan individu tertakluk kepada
tauhid, syariat dan akhlak Islam
 Segala tindakan yang dilakukan oleh agen
ekonomi tertakluk kepada ketuhanan (percayakan
Allah Yang Esa), undang-undang (syariat) dan
akhlak (moral).

You might also like