You are on page 1of 49

A.

Konsep Sekolah Bestari (Smart School Conceptual Model)

1. Apakah dia Sekolah Bestari? / What is a Smart School?

Institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman maklumat.

Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang
hayat.

An institute that prepares students for the information era. As such, the
institute equips its students to be life long-learners.

2. Mengapakah penting menyediakan individu  untuk belajar

sepanjang hayat dalam zaman maklumat? /  Why is it important
to prepare an individual to be a life long-learner in the
information era?

Kerana maklumat perubah dengan pesat di zaman maklumat.

Because information is changing rapidly in the information era.

3. Apakah objektif Sekolah Bestari? / What are the Objectives of a

Smart School?

Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat

Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi.

Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar

Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu

Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan

Mendemokrasikan pendidikan

Achieve the aims of the National Education Philosophy

Prepare a workforce for the information era.

Produce a thinking and technology-literate workforce

Democratize education

Increase participation of stake holders

Provide all-round development of the individual (intellectual, physical,

emotional and spiritual)

Provide opportunities to enhance individual strengths and abilities.

4. Bagaimanakah Sekolah bestari menyediakan pelajar supaya

boleh belajar sepanjang hayat? How can Smart Schools prepare
students as life-long learners?

Dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar

memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai
atau menyebar maklumat.

By developing generic skills that enable students to obtain, analyse,

evaluate, interpret, synthesize and communicate or transmit information.

5. Namakan kemahiran-kemahiran generik yang perlu

dikembangkan. / Name the generic skills that are required to be
developed.

Kemahiran belajar / Learning skills; Kemahiran berfikir / Thinking skills;

Kemahiran mentaksir dan menilai / Interpreting and evaluating skills;
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi / ICT skills; Guru perlu
kembangkan: Kemahiran pemudahcaraan / Facilitating skills (Guru)

6. Sebagai guru bagaimanakah anda akan menentukan

perkembangan kemahiran generik pelajar anda? / As a teacher
how would you ensure the development of your students’ generic
skills?

Dengan memahami ciri-ciri pelajar, menggunakan pelbagai pendekatan

pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

By understanding the characteristics of students, using various learning

approaches and teaching and learning strategies.

7. Apakah ciri-ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru sekolah

bestari? / What are the characteristics of students that should be
understood by a smart school teacher?

Ciri- ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru ialah gaya pembelajaran
pelajar (Model Dunn dan Dunn ; Model VAK), kecerdasan pelbagai pelajar
dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

8. Namakan pendekatan-pendekatan pembelajaran yang sesuai

digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik
pelajar. / Name the learning approaches that are suitable to
develop students’ generic skills.

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning)

Pembelajaran Bersifat Individu (Individualized Learning):

Pembelajjaran Masteri (Mastery Learning)

Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-paced Learning)

Pembelajaran Akses Kendiri (Self-access Learning)

Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning)

Pembelajaran Berfikrah (Thoughtful Learning)

Pembelajaran Berbantukan Teknologi (Technology aided learning)

Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based Learning)

Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

9. Namakan strategi-strategi pengajaran pembelajaran yang

sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran
generik pelajar. / Name the teaching and learning strategies that
are suitable to develop students’ generic skills.

Direktif (Directive)

Pemerhatian (Observation)

Mediatif (Mediative)

Generatif (Generative)

Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative)

Konteks Luar (Outside-Context)

Metakognitif (Metacognitive)
Konteksual (Contextual)

Kajian Masa Depan (Futuristic Studies)

10. Apakah ciri-ciri pedagogi? / What are the pedagogical

characteristics?

Pembelajaran melalui pengalaman-aktiviti berpusatkan pelajar

Participatif- menggalakkan penglibatan secara aktif

Kolaboratif- maklumat dikongsi secara bersama

Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran,

kecerdasan pelbagai.

Berasaskan guru, rangkaian  dan     perisian – pendekatan, strategi, teknik

yang pelbagai.

Budaya kaya ilmu

Berfikiran Kritis dan kreatif

Berpusatkan pelajar:Pembelajaran Masteri,  Akses kendiri,  Kadar kendiri,   

Terarah kendiri

Konteks global

Penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Pelbagai kaedah dan strategi P&P digunakan seperti stesyen,bersifat

individu,berfikrah, inkuiri,kontekstual dan sebagainya.

11. Apakah tunjang P&P Bestari?

Akses kendiri,  Kadar kendiri,  Terarah kendiri

12. Apakah ciri-ciri bahan P&P bestari?

Modul  pembelajaran – membolehkan pembelajaran kadar kendiri, akses

kendiri dan terarah kendiri dijalankan Interaktif

Pelbagai aras kesukaran

13. Apakah ciri-ciri kurikulum Bestari?

Pelbagai disiplin, bertema dan berkesinambungan merentasi bidang

pembelajaran

Mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, nilai,  bahasa merentas

Kurikulum

Futuristik – menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan

Developmental – membantu pelajar mencapai perkembangan menyeluruh

dan seimbang

Pelbagai dimensi ilmu, kemahiran dan bersifat global

Fleksibel – mengikut tahap dan kebolehan pelajar

Berpandukan nilai – pemupukan akhlak dan nilai murni merentas kurikulum

Berorientasi praktis dan berasaskan proses

14. Apakah ciri-ciri penilaian dan pentaksiran bestari?

Rujukan   kriteria

Penilaian  “on-line”
Autentik / performance-based

Fleksibel

Pentaksiran lebih berbentuk tidak formal, berterusan dan   berfungsi

sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran

Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan

perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan

Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan

pentaksiran dan objektif matapelajaran diutamakan

Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap

pencapaian pelajar.

Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam
diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum

15. Apakah perbezaan penilaian sekarang dan penilaian bestari?

Sekarang                                              Bestari

Berfokuskan pencapaian                       Holistik

Berasaskan subjek                                Berasaskan elemen

Merujuk norma                                      Merujuk criteria

Berpusatkan sistem                               Berpusatkan pelajar

Berpusat                                               Pelbagai bentuk

Terminal                                                Berterusan

Tertumpu Ujian                                      Panca Instrumen

Off-line                                                 On-line
 
16. Apakah 4 komponen P&P Bestari yang mesti diberi perhatian?

Kurikulum, Pedagogi, Penilaian dan Bahan.

17. Apakah yang dirujuk sebagai elemen-elemen pembelajaran

bestari?

Kemahiran generik, ciri-ciri pelajar,  pendekatan pembelajaran dan strategi

P&P.

B. CIRI-CIRI PELAJAR

GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN.

1.             Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan gaya

pembelajaran ?

            Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong
seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman.

2.             Nyatakan dua model gaya pembelajaran?

·         Model Dunn dan Dunn

·         Model VAK

3.         Terangkan secara ringkas model Dunn dan Dunn

`     Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang

pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah
lima stimulus berikut:

·         Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan

kelas)

·         Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar),

tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru), struktur
(contoh: suka ikut jadual waktu).

·         Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru,

pelbagai cara.

·         Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud),

makan, waktu, gerakan.

·         Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak

kiri/kanan (kanan- suka belajar secara keseluruhan, mencipta),
Impulsif atau reflektif (impulsive- bertindak secara spontan,
reflektif- berfikir sebelum bertindak)

4.         Terangkan secara ringkas model VAK.

·         Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.

·         Audio:  belajar lebih baik dengan mendengar.

·         Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan

penglibatan secara fizikal/ hands-on.

KECERDASAN PELBAGAI

1. Apakah itu Kecerdasan Pelbagai?

Kecerdasan  pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983)

bahawa manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.

2. Namakan dan nyatakan secara ringkas ciri-ciri setiap jenis

Kecerdasan Pelbagai

·         Verbal Linguistik – berkaitan dengan penggunaan +

penguasaan bahasa

·         Logik Matematik – berkaitan dengan

pengiraan/penaakulan
·         Visual-ruang       -  berkaitan dengan ruang + visualisasi

·         Kinestetik            - berkaitan dengan pergerakan badan

·         Muzik                  - berkaitan dengan ritma dan melodi

·         Interpersonal       - berkaitan dengan interaksi dan

hubungan dengan orang

           lain

·         Intrapersonal       - berkaitan dengan memahami diri

secara lebih dalam

           dengan mengaitkan apa yang dipelajari

dengan diri

           sendiri.

·         Naturalis             - berkaitan dengan kebolehan

menggunakan bahan alam

          semula jadi untuk mengkaji masalah dan

penyelesaiannya.

      3.   Bagaimana mengenalpasti kekuatan Kecerdasan Pelbagai

seseorang pelajar?

·         Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar

·         Aktiviti murid semasa lapang

·         Laporan prestasi murid

·         Profil Kecerdasan Murid

·         Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for
Adults-  

      MICA)

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL

INTELLIGENCE COMPETENCY)

1. Apakah itu EIC?

    Emosi: perasaan; Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan
orang lain. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan
emosi sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif.

2. Lengkapkan pernyataan yang berikut:

EIC:      menentukan cara kita menguruskan diri – Kompetensi Peribadi

            Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri)

            Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan)

            Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri)

            Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain
– Kompetensi Sosial

Kesedaran sosial – empati (memahami dan mengurus mengikut

perasaan orang lain)

Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan

daripada orang lain)

C. KEMAHIRAN GENERIK 

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT

SKILLS)

1. Apakah yang anda tahu mengenai  kemahiran Teknologi Maklumat

dan Komunikasi?

Teknologi yang melibatkan pengumpulan, penyimpanan dan

penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk

(Pemangkin kepada pendidikan Bestari).

2.Nyatakan peranan TMK dalam pendidikan?

·         TMK sebagai subjek.

·         TMK sebagai alat bantu.

·         TMK sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.

·         TMK sebagai alat dalam pengurusan dan pentadbiran

maktab/sekolah.

3.  Nyatakan cara- cara yang sesuai digunakan dalam pengajaran-

pembelajaran TMK?

·         Tutorial

·         Ekspolaratori

·         Applikasi

·         Komunikasi

       4. Terangkan bagaimana kemahiran TMK boleh memberi manfaat

kepada pelajar ?

·         Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar

diperoleh.

·         Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan

masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

·         Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar

·         Memberi peluang pelajar untuk belajar secara berkesan

dengan bimbingan yang

minimum.
·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar.

·         Meningkat kemahiran TMK.

       5.  Bagaimana penggunaan  TMK dapat membantu guru dalam

mempertingkatkan  

            keberkesanan  pelaksanaan P&P di bilik darjah?

·         Dapat menjimatkan masa p & p

·         Pembelajaran tidak rigid

·         Lebih fleksibel

 KEMAHIRAN MENTAKSIR DAN MENILAI

1.       Apakah itu kemahiran mentaksir dan menilai?

Kemahiran menggunakan

·         kaedah penilaian yang menyeluruh dan holistik

·         mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel

·         mengambilkira tahap kehadiran pelajar

·         mengambil kira tahap kecerdasan pelajar

dalam proses penilaian.

2.       Apakah kepentingan (tujuan) mentaksir dan menilai?

·         Sebagai pelengkap kepada proses P&P.

·         Untuk mendapatkan maklumat perkembangan, kemajuan dan

pencapaian pelajar.

·         Untuk membuat tindakan susulan dan pertimbangan daripada

maklumat yang diperolehi.

·         Untuk mendapat gambaran keseluruhan prestasi pelajar.

3.       Apakah jenis-jenis penilaian yang boleh digunakan ?

·                     Penilaian melalui kontrak pembelajaran.

·                     Penilaian portfolio.

·                     Penilaian melalui pemerhatian (observation).

·                     Penilaian  melalui projek.

·                     Penilaian kendiri

·                     Ujian dan peperiksaan

·                     Penilaian dengan menggunakan perisian (Evaluation

using Courseware).
 
 KEMAHIRAN BELAJAR

1. Apakah itu kemahiran belajar?

Kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses

maklumat.

2. Nyatakan jenis-jenis kemahiran belajar untuk memperoleh maklumat

Kemahiran

 mendengar
 membaca
 mencatat nota
 menulis
 mengingat
 komunikasi
 carian (sourcing for information)
 teknikal
 memerhati
 penyelidikan

3. Nyatakan langkah-langkah dalam memproses maklumat

 Menganalisis maklumat.
 Mentaksir maklumat.
 Menilai maklumat.
 Mensintesis maklumat

4. Apakah kemahiran – kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan

maklumat ?

 Kemahiran menulis.
 Kemahiran persembahan.
 Kemahiran ICT.

5. Nyatakan sumber-sumber maklumat

 Sumber berasaskan manusia.

 Bahan audiovisual.
 Sumber berasaskan komputer.
 Bahan bercetak.

 KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Apakah pemikiran?

Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat
keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses
yang dialami.

2. Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai

kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan
wajar dengan alasan dan bukti.

3. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda

untuk menjana menghasilkan / mencipta idea baru dan mencari makna
dan penyelesaian masalah secara inovatif.

4. Nyatakan jenis-jenis  kemahiran berfirkir

Kritis, kreatif, membuat keputusan (pilih yang terbaik) dan menyelesaikan

masalah menangani sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai
matlamat atau keadaan yang diingini).

5. Nyatakan jenis-jenis  alat berfikir

Lembaran pengurusan grafik, soalan dan penyoalan, peta minda, Cognitive

Research Trust (CoRT I: PMI-Plus, Minus, Interesting; CAF- Consider All
Factors; C&S- Consequence and Sequel (what follows; as a result) -kesan
mengikut jangka masa; AGO-Aims, Goals & Objectives; FIP- First Important
Priorities; APC – Alternatives, Possibilities and Choices; OPV –Other
People’s Views).

6. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis

Membanding dan membeza, meneliti bahagian kecil dan keseluruhan,

membuat sekuen, menerangkan sebab, membuat ramalan, mengusul
periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat.

7. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif

Mencipta analogi, menjana dan menghasilkan idea baru, mencipta

metafora.

KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN (FASILITATOR)

1. Siapakah fasilitator?
 
Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar

mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau
kumpulan

2. Apakah peranan fasilitator dalam P&P?

Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan. Semasa berinteraksi, seseorang fasilitator
haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk
memperkembangkan potensi dirinya.

3. Apakah teknik-teknik fasilitator yang digunakan semasa pembelajaran

yang membantu pelajar mencapai matlamat pelajaran?

 Penyoalan (Questioning)
 Percontohan (Modelling) (especially psychomotor performance)
 Penstrukturan  kognitif (Cognitive structuring): memberi penerangan
atau struktur sebagai panduan untuk aktiviti. Contoh: Stories have
main ideas. The pieces of any story are related to this main idea)
 Memberi maklum balas (Feedback)
 Pengarahan (Instructing: example- Think about the main theme of
this story)

(Cooperative development)

 Memberi perhatian (Attending: mendengar dan non-verbal

communication/body language must show what we wish to show ).
 Renungan (Reflecting: to improve your teaching or determine the
sections that require discussion with peers).
 Memberi focus (Focusing: decide on focus for discussion with peers)
 Penentuan tema (Thematising: to determine relationship between
statements or aspects discussed)
 Mencabar (Challenging: to ensure that the ideas of the teacher are
coherent)
 Pendedahan (Disclosing: technique for aiding clarification)
 Penentuan matlamat (Goal-setting: helps to decide on the course of
action)
 Menjejak (Trialling: purpose is to ensure course of action towards a
goal be well organized and meaningful in its own right)

D. PENDEKATAN PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

1. Apakah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ?

 Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar
sebagai individu).
 Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang
ingin dipelajari).
 Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran
positif ), terlibat dalam penilaian berterusan
 Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan
pelajar untuk merancang.

 Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar

secara terus dan dalam menemui pengetahuan. Menggunakan bahan
yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru
yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial.
Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.

 Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai

resos.

2. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan

pelajar.

 Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat

pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
 Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu,
kumpulan dan kelas.
 Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui
rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
 Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber
dan aktiviti pembelajaran.
 Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab
ke atas apa yang dipelajari oleh mereka.
 Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU

1. Apakah itu Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu?

Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira perbezaan

antara individu.

2. Nyatakan jenis-jenis pembelajaran individu.

Pembelajaran Masteri (PM): percaya bahawa setiap pelajar

mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master)
apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat
kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan
mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar.
 
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) : pelajar diberi tanggungjawab dan

diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka.

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK): pembelajaran yang memberi

akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid
memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari

Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK): usaha oleh seseorang atau

individu untuk memperbaiki dirinya. Objektif utama adalah untuk
mempertingkatkan pembelajaran sendiri dan menguasai konsep
pembelajaran sepanjang hayat. Menekankan sikap lebih daripada
teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang
lebih menekankan perkaitan aktiviti – aktiviti pembelajaran pelajar,
guru dan interaksi mereka.

3. Terangkan bagaimana seorang guru boleh menggalakan

pembelajaran individu berlaku.

PM: Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit

pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang memerlukan
tempoh waktu, barangkali satu hingga dua minggu. Ujian yang
menguji yang telah dipelajari perlu disediakan.

PKK: sediakan bahan pembelajaran berperingkat. Contoh: Modul,

program, buku teks yang diperingkatkan aada tahap-tahap tertentu
dengan penggunaan soalan-soalan untuk pelajar mengesan
kemajuan pembelajarannya (Keller Plan), program penggunaan
komputer yang terancang, CD interaktif.
 
PAK: sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan

berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di
suatu tempat khusus yang dikenalai sebagai Pusat Akses Kendiri.
Pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan
gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya
pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan
mereka.

PTK: membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi

kandungan pembelajaran; memastikan pelajar menguasai
kemahiran-kemahiran pembelajaran; mengadakan inferens,
perbincangan dan berbincang mengenai kemajuan pembelajaran
pelajar.

PEMBELAJARAN BERFIKRAH

1.  Apakah pembelajaran berfikrah?

    Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan

untuk mewujudkan
    iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada
tahap yang kompleks.

3. Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)?

Guru

 berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar.

 menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended)
 menyoal soalan-soalan lanjutan.
 menunggu maklum balas daripada pelajar.
 menerima kepelbagaian maklum balas.
 menggalakkan interaksi antara pelajar.
 tidak memberi pendapat atau “value judgement” terhadap pelajar.
 tidak akan mengulang maklum balas pelajar.
 meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya.

4. Apakah tingkah laku pelajar berfikrah?

Pelajar

 akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang

lebih susah.

 akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah.

 memberi sebab untuk jawapan.
 menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat.
 mengambil masa untuk berfikir.
 mengambil bahagian dalam pembelajaran.
 akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain.
 memikir akan pemikirannya.
 akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk
tersebut.
 
PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI

1.             Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ?

Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses p&p.

2.             Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan

teknologi ?

Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :

·         merancang dan memilih topik yang sesuai

·         merancang objektif pengajaran pembelajaran

·         merancang dan menyediakan bahan akses atau
mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan

·         mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai

·         kawal selia penggunaan media

3.             Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan

keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan,

kesesuaian, kaedah penggunaan, kualiti dan kos sesuatu alat
bantu mengajar.

4.             Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT?

Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran

dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah,
terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses
p&p.

5.             Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b)

untuk pembelajaran penerokaan  (c) sebagai alat aplikasi (d)
sebagai alat komunikasi

(a)   Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan

yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi:
ekspositori, demonstrasi, latihan atau latih tubi yang disampai dan
dikawal oleh sistem).

(b)   Penerokaan: ICT sebagai medium

·         mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom,

internet, portal, maklumat dll.

·         mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena

secara simulasi.

·         melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan

babaknya boleh dikawal oleh murid.

(c)   Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan

pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat
p&p.

(d)   Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima

dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio,
video).

6.             Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ?

Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV,

dsbnya). Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan
komputer sahaja.

PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

1. Apakah itu pembelajaran berasaskan otak?

Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan

bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan
perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses
semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran.

      2.   Apakah prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan

otak?

·         Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi

menjalankan   beberapa aktiviti dalam satu masa.

·         Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi

·         Mencari makna secara dalaman

·         Mencari makna melalui pencorakan

·         Emosi adalah penting dalam pencorakan

·         Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara

serentak

·         Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan

penumpuan yang sedang ditumpukan.

·         Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.

·         Terdapat  dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote

·         Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak

(embedded) dalam spatial memory.
·         Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa
paksaan.

·         Otak adalah unik

3. Nyatakan tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan

pembelajaran berasaskan otak.

Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang

melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran.

Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses

pembelajaran

Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan

memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif

       4.  Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap
aktiviti pembelajaran yang berkesan. Guru perlu membantu pelajar
mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka.   Nyatakan
elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini.

·         Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan

interaktif yang sebenar dan pelbagai.

·         Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya

·         Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah

secara mendalam, mereka harus membuat analisis secara
intensif dari pelbagai pendekatan
·         Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti
berbanding  daripada pihak berautoriti

·         Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan

secara realistik

·         Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada

bahagian-bahagiannya.

·         Oleh kerana otak berbeza, guru perlu membenarkan

pelajar belajar merancang pembelajaran mengikut persekitaran
sendiri

·         Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

1.  Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara

sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu

     laporan yang betul.

2.  Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

·         Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

·         Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah

ke tahap hasil yang siap.
·         Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.

·         Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan

perundingan pada setiap tahap proses.

·         Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

·         Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data,

memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi
kendiri.

·         Sesuai dengan murid dan kurikulum.

·         Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan

kebolehan murid.

3.         Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam

sistem pendidikan bestari?

·         Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif

di kalangan pelajar

                  yang pelbagai.

·         Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang

menumpukan perhatian dalam proses P & P.

·         Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan

pengetahuan.

·         Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai

kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan
pengurusan kendiri.

·         Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan

isu-isu komuniti.
·         Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.

·         Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap

pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

4.           Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam

melaksanakan pembelajaran

             berasaskan projek?

·         Memberi tugasan mengikut kurikulum.

·         Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan

pelajar yang terlibat.

·         Menentukan jadual kerja.

·         Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.

·         Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar

dalam kumpulan.

·         Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang

tempoh projek.

·         Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.

·         Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.

·         Penyediaan JPT dan PMM

·         Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek

·         Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa

sepanjang pelaksanaan projek

 E. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BESTARI

You might also like