You are on page 1of 5

SEK.KEB.

MUHIBBAH SANDAKAN MARKAH

Ujian Pendidikan Kesihatan Tahun 4


40 %
NAMA :..............................................................
KELAS :..............................................................

Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga


Tajuk : Kesihatan Diri

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Ani bimbang kerana wajahnya telah ditumbuhi jerawat. Tubuh badannya juga semakin membesar
dan beberapa bahagian genitalnya ditumbuhi bulu. Apakah sebenarnya yang berlaku pada diri
Ani?
A. Dia telah jatuh sakit.
B. Dia telah masuk alam dewasa.
C. Dia telah mengalami gangguan emosi.
D. Dia terlalu kuat makan

Tunjang : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran


Tajuk : Keselamatan

- Jangan ikut orang yang tidak


dikenali
- Pastikan tiada orang yang
memerhatikan kita
- Jangan bermain jauh dari ahli
keluarga.

2. Pernyataan di atas menunjukkan cara untuk….


A. menjalankan perniagaan
B. menunjukkan perasaan
C. menjaga keselamatan diri
D. lulus dalam ujian

Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga


Tajuk : Pemakanan

3. Karbohidrat boleh didapati daripada…..


A. Ikan D. Sayur
B. Nasi D. Telur

Tunjang : Gaya Hidup Sihat


Tajuk : Penyalahgunaan Bahan

-1-
TEST APRIL 06
BY: ISMAIL ALPAH
4. Yang manakah benar tentang akibat pengambilan dadah ?
A. Dadah boleh mencerdaskan minda.
B. Dadah menghilangkan semua masalah yang dihadapi
C. Dadah memudaratkan kesihatan tubuh badan dan mudah dijangkiti AIDS
D. Dadah membuatkan kita sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

5. Antara yang berikut, yang manakah racun?


I Ubat lama
II Ubat gegat
III Racun tikus
IV Panadol

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. IV Sahaja
D. I, II, dan III sahaja

Tunjang : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran


Tajuk : Keselamatan

6. Antara yang berikut, yang manakah bukan punca berlakunya kebakaran ?


A. Dapur gas ditutup selepas digunakan.
B. Penggunaan punca elektrik yang berlebihan.
C. Membuang puntung rokok merata-rata tempat.
D. Bermain dengan mancis.

7. Siapakah yang patut dihubungi ketika berlakunya banjir ?


A. Pramugari
B. Guru
C. Angkasawan
D. Bomba dan penyelamat

Tunjang : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran


Tajuk : Penyakit

8. Penyakit AIDS boleh berjangkit melalui pelbagai cara kecuali…..


A. bersalam tangan
B. berkongsi jarum suntikan.
C. amalan seks secara rambang.
D. menerima darah yang telah dijangkiti virus HIV

-2-
TEST APRIL 06
BY: ISMAIL ALPAH
Tunjang : Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran
Tajuk : Pertolongan cemas

9. Apakah maksud pertolongan cemas ?


A. Bantuan awal yang diberikan sebelum mendapat rawatan lanjut.
B. Pembedahan kecil yang diberikan kepada pesakit.
C. Pesakit berada jauh daripada hospital.
D. Pesakit diberi rawatan secara terperinci.

10. Kecederaan ringan boleh dirawat dengan menggunakan alat-alat perubatan seperti
A. Gambir
B. Gergaji
C. Pemadam
D. Peti Pertolongan Cemas

Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga


Tajuk : Kekeluargaan

Tandakan / pada pernyataan yang betul dan X p ada pernyataan yang salah.

11. Kita tidak perlu meminta kebenaran ibu-bapa apabila hendak keluar rumah.

12. Minta maaf apabila melakukan kesalahan.

13. Bantu ibu mengemaskan rumah dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

14. Jangan bantu adik ketika adik memerlukan pertolongan.

15. Kita hendaklah berkawan dengan orang yang jahat.

Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga


Tajuk : Perasaan

Isikan tempat kosong.

Gembira Marah Geram Takut Bersalah Sedih

16. Ayah ____________ apabila saya bermain sampai lewat petang.

17. Ahmad _____________ selepas mendapat tahu yang dia telah gagal dalam peperiksaan UPSR.

18. Chang mengugut Asir supaya tidak memberitahu cikgu tentang perbuatannya meniru dalam ujian
bulanan,ini menyebabkan Asir ______________ melaporkannya.

19. Dia merasa ________________ apabila sepakannya tidak menepati sasaran ke gawang gol.

20. Ayah telah memberikan hadiah kepada adik seutas jam tangan kerana lulus dalam peperiksaan. Adik
merasa sangat _____________.

-3-
TEST APRIL 06
BY: ISMAIL ALPAH
-4-
TEST APRIL 06
BY: ISMAIL ALPAH
-5-
TEST APRIL 06
BY: ISMAIL ALPAH

You might also like