You are on page 1of 13

1.

1 PENGENALAN

Objek seni dan masyarakat pribumi amatlah berkait rapat antara satu sama lain. Kedua-
duanya mempunyai maksud yang tersendiri. Sehigga hari ini masyarakat masih memerlukan
objek seni untuk kehidupan domestik. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat pribumi dan
juga objek seni saling memerlukan antara satu sama lain. Ianya mempunyai kepentingan masing-
masing.

Objek seni adalah gabungan dua perkataan iaitu objek dan seni. Objek ialah satu benda yang
boleh dirasai, disentuhi, dan dipegang. Manakala seni pula membawa pelbagai maksud baik dari
segi istilah dan bahasa. Sesetengah orang mengatakan bahawa seni itu indah. Sesuatu objek seni
ialah karya yang bersifat indah ( sesuatu yang indah yang dihasilkan oleh penduduk asal sesuatu
tempat itu. Obek seni merangkumi kepelbagaian jenis. Antaranya ialah senjata, pakaian, ukiran
kayu dan batu, alat mainan, sulaman, seni tekad, anyaman dan sebagainya.

Masyarakat pribumi pula membawa maksud yang berlainan. Ianya cantuman perkataan
masyarakat dan juga pribumi. Masyarakat merupakan istilah yang digunakan untuk
menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat
itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia
bermaksud sesuatu yang dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan orang
itu. Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial. Pribumi dalah penduduk
asal seperti orang asli, orang melayu, kadazan, bajau, murad dan sebagainya yang mendiami
sesuatu tempat. Mereka adalah antara orang yang berbeza agama, kaum, ada puak berbagai-
bagai, cara hidup dan cara berfikir serta rupa yang berlainan. Mereka dapat melahirkan pelbagai
jenis objek seni.

1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang
emas ke atas kain dasar jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman timbul' atau 'suji
timbul'. Asal usul penciptaan dan penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan penggunaan
tekstil songket berdasarkan kepada bahan asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga
rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni tekat berkembang di negeri Perak, Pahang
dan Johor.

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk
bunga.

Seni tekat adalah objek seni yang perlu dipertahankan. Pada hari ini, seni tekat semakin
dilupakan. Tidak mengejutkan satu hari nanti, seni tekat hanya akan tinggal sebagai sejarah
sahaja jika tiada usaha untuk menghidupkan dan mempopularkan kembali seni tekat tersebut. Ini
kerana seni tekat bukan sekadar satu objek seni, malah ianya juga dapat mencerminkan
kehidupan masyarakat pribumi yang terdahulu. Ini jelas dapat dilihat dalam corak dan motif seni
tekat itu.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Objek seni masyarakat pribumi seni tekat ini semakin lama semakin pupus. Masyarakat
tidak lagi gemar melakukan aktiviti seni ini. Ianya disebabkan kemajuan teknologi dimana
terdapat mesin-mesin yang canggih bagi menyulam dan menjahit pakaian. Masih terdapat
banyak aspek yang perlu dikongsi bersama melalui seni tekat ini .Oleh itu,pengkaji cuba lihat
bagaimana untuk memartabatkan seni tekat untuk genarasi akan datang supaya objek seni ini
dapat dikekalkan dan diwarisi turun temurun.

2
Selain itu,sejauh manakah seni tekat ini boleh dijadikan objek seni yang berkualiti kepada
masyarakat.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Menyedarkan masyarakat terutamanya golongan belia supaya menghargai betapa


pentingnya fungsi objek seni tekat terhadap kehidupan manusia terdahulu. Mengekalkan dan
mempertahankan seni tekat sebagai salah satu objek seni sejak dahulu lagi supaya tidak hilang
begitu saja keaslianya.

Mengenal pasti corak dan motif yang digunakan dalam menghasilkan seni tekat. Mengkaji
dengan lebih terperinci tentang objek seni iaitu seni tekat dan jenis-jenis yang ada pada seni tekat
itu.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Terdapat pelbagai kepentingan yang dapat dilihat dalam kajian ini dari pelbagai aspek iaitu
kepada individu, masyarakat ,institusi dan negara.

  Individu :-Seseorang individu harus tahu tentang objek seni iaitu seni tekat ini yang
sudah lama beroperasi dari zaman dahulu lagi. Selain itu, individu yang tidak tahu lansung
tentang seni tekat ini dapat mengetahui melalui orang yang pakar dan membolehkan mereka
menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain.
Masyarakat : - Masyarakat dapat menjana pertumbuhan ekonomi dengan menjual
pelbagai hasil jenis seni tekat serta dapat menerangkan tentang seni tekat kepada pelancong-

3
pelancong yang melancong di Negara kita. Selain itu, persekitaran masyarakat juga akan
menyebabkan keistimewaan seni tekat ini sentiasa dipelihara.
 Institusi :- Ia dapat disampaikan kepada generasi yang akan datang disebabkan oleh subjek
ini juga perlu diajar diperingkat pengajian tinggi awam atau swasta. Boleh dijadikan satu alat
pendidikan dan dapat menambahkan kemahiran pelajar. Seni tekat ini juga boleh dijadikan
amalan atau tradisi turun temurun agar ia tidak ditelan zaman.
Negara :- Dapat menambahkan koleksi budaya masyarakat Melayu.

1.6 BATASAN KAJIAN

Dalam batasan kajian ini ,pengkaji dapat melihat seni tekat ini dapat diwarisi oleh
masyarakat kerana seni tekat ini dapat memberikan keuntungan kepada mereka. Objek seni
banyak kategorinya termasuklah seni anyaman seperti anyaman tikar dan bakul,pembuatan
batik,songket,pua kumbu dan sebagainya. Pengkaji hanya memfokuskan kepada sejenis objek
seni sahaja iaitu seni tekat.

2.0 DAPATAN KAJIAN


(analisis dan perbincangan)

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Asal usul dan perkembangan tekat secara lansung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun
ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat
dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan
sulaman tekat tuntuk pakaian mereka. Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat
negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan
merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

4
Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat
timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.

MOTIT DAN RUPABENTUK

Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri. Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu
dua dimensi dan tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas dan penyangkut
kelambu, selempang dan tetampan (Lapik dulang). Rupabentuk tiga
dimensi pula seperti tepak sirih, sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung  
saji. Tudung saji dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias
ialah bahagian luar dari puncak hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat daripada daun nipah atau
rumbia yang diikat dengan rotan atau buluh.

Tekat bermotifkan flora

Tekat bermotifkan bunga

5
Tekat bermotifkan bunga cempaka

FUNGSI TEKAT

Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.
Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian.
Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan
bahanmewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah
memerlukanpenjagaanyangrapiapabiladigunakan.

Tekat di gunakan semasa upacara perkahwinan

6
PERANAN INSTITUSI DAN ISTANA

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai
pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana
memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan.
Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung
istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan,
promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus
berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang
oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan
industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang
lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat
membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong
luar. 

TOKOH TEKAT

1.Ahdijahbt.Hasim

Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh
Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam
bidang tekat. Beliau mula belajar menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt. Bilai Din
juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat
antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang
DiPertuanAgong. 

2.HajahAzizahbt.MohdYusof

7
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit Candan, Kuala Kangsar Perak.
Kemahiran menekat adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak turun temurun.
Sekarang beliau menumpukan sepenuh masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau
adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili
negara ke Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat demontrasi menekat

PROSES MENEKAT

Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari
jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam)
yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman
timbul. 

Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas
yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan
diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25
sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan
gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-
kisi dan corak dangai atau catur

8
Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus
dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna
gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua
jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk
yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang
diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.

Selepas itu,benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang
sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang
pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang
putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun
rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan
lebih teratur dan kemas.

Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian
cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau
labuci.

PENGGUNAAN

Ciptaannya merupakan pakaian dan bahan kelengkapan dan wujud serta berkembang di
istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan alat istana. Beberapa rupabentuk tekat
dicipta digunakan sebagai bahan atau alat seharian, juga pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah
berkembang kepada masyarakat luar istana dan dilakukan sebagai kraftangan sambilan. Malah

9
kerana kerjanya yang harus berhati-hati dan memakan waktu yang lama untuk menyiapkannya,
maka ia dibuat beransur-ansur apabila diperlukan. Misalnya bagi gadis-gadis yang telah
bertunang akan menyediakannya sendiri secara berperingkat-peringkat alat-alat perkahwinannya
dengan tekat, sebagai hiasan pelamin, sarung bantal, alas tempat tidur, kipas, kasut dan
sebagainya.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam menjayakan tugasan ini kami menggunakan kaedah kajian teks. Iaitu merujuk kepada
bahan rujukan seperti buku-buku di perpustakaan. Buku-buku yang dirujuk adalah berkaitan
dengan objek seni masyarakat pribumi dan relevan dengan tajuk tugasan individu iaitu seni
tekat.

KESIMPULAN

10
3.0 CADANGAN

Bagi mengekalkan objek seni ini iaitu seni tekat ini, pengkaji ingin mengutarakan
beberapa cadangan supaya seni tekat ini tidak pupus di telan zaman. Antaranya adalah seni tekat
ini perlulah di beri pendedahan terutamanya dari segi memproses tekat kepada semua individu
agar mereka lebih meminati objek seni itu.

Selain daripada itu, seni tekat ini juga dapat dikomersialkan sebagai salah satu pekej
produk perlancongan. Hal ini secara tidak langsung mampu merarik pelancong asing untuk
melancong ke Negara kita, khususnya bagi mereka yang meminati seni halus dan kraftangan.

Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui bahawa seni tekat ini boleh menjadi
teras kepada pembangunan pendidikan di Negara kita. Cadangan ini bermaksud, penjanaan
pembangunan ini oleh berlaku sekiranya pihak kerajaan menjadikan ia sebagai subjek teras di
peringkat institusi-institusi pendidikan di Malaysia.

11
5.0 BIBLIOGRAFI

Dharmawijaya dan Ramli Isin Masri Karjah( 2001), Kesusasteraan Melayu SPM Tingkatan 4
&5

HM Tuah Iskandar al-haj (2007), Membina Persenoliti Terbilang,Kuala Lumpur

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4 2006

Kamus Pelajar Edisi Kedua (1997),Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Tahrin@Anjang 2010 Lagu Raja Sehari.Kg.Lempor,Kuala Kangsar,Perak

Rogayah A. Hamid, Wardati Md. Sheriff. (2007) Tradisi Lisan, Manifestasi Cendekiawan
Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

12
OBJEK SENI
MASYARAKAT PRIBUMI

NAMA:zaratul akma binti zahari

NO.MATRIK: C08A028

scw 3-1

TAJUK: seni tekat

PENSYARAH: DR.syed abdullah

Tarikh hantar: 21.09.2010

13

You might also like