You are on page 1of 25

KULIAH SATU

PRINSIP-PRINSIP ASAS
KURIKULUM

1
OBJEKTIF KULIAH

 Menjelaskan konsep dan definisi kurikulum;

 Membezakan jenis-jenis kurikulum;

 Mengetahui perkembangan sesebuah kurikulum;

 Mengetahui peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum.

2
PENGERTIAN KURIKULUM

 Warwick (1960) - suatu struktur yang terancang tentang idea-idea sesebuah


sekolah yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan psikologi pelajar,
kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta keperluan budaya semasa +
ditakrif sebagai semua peluang pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru
untuk pelajar di sekolah.

 Kerr (1968) - semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh


sekolah sama ada dilaksanakan secara berkelompok atau individu, di dalam
atau luar sekolah - termasuk satu program aktiviti yang disusun oleh guru
untuk membolehkan pelajar mencapai objektif yang dirancangkan.

 Tyler (1950) - pembelajaran yan dirancang dan diarah oleh sekolah bagi
mencapai matlamat pendidikan – meliputi objektif pendidikan, segala
pengalaman yang terancang dan penilaian pencapaian murid-murid

3
Sambungan…

 Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar


Pelajaran 1979 – segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh
sesebuah sekolah atau insitusi pelajaran untuk mencapai matlamat
pendidikan.

 Razali Arof (1996) – kurikulum nadi atau wadah bagi semua program
pendidikan

 Sesuatu yang luas dan besar – meliputi segala jenis pembelajaran yang
dipelajari oleh pelajar – di mana-mana dalam kawasan sekolah sama ada
dirancang atau tidak dirancang oleh pihak sekolah.

 Segala jenis pembelajaran yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan
dipelajari oleh pelajar – berlaku sama ada dalam dan luar bilik darjah

 Segala jenis pembelajaran yang telah dirancang oleh pihak sekolah tetapi
terhad dalam bilik darjah sahaja – aktiviti yang formal
4
Sambungan…

 Definisi terbaik –kurikulum sebagai segala aktiviti pengajaran dan


pembelajaran di dalam sekolah sama ada dalam dan luar bilik darjah dan
memerlukan aspek kurikulum tersebut dirancang terlebih dahulu sebelum
dilaksanakan

 Kurikulum – perlu mengandungi aktiviti-aktiviti sama ada akademik atau


bukan akademik – boleh membantu pelajar mencapai perkembangan dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi – pengalaman yang dirancang
hendaklah sesuai dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan pelajar.

 Mok Soon Sang (2002) – kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan


nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana
pendidikan dan pakar kurikulum secara teliti dan profesional, demi
menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata
seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah,
untuk semua peringkat persekolahan.

5
Sambungan…
 Walker (1990) – menyenaraikan lima konsep am yang terdapat dalam
kurikulum di sekolah iaitu :

a) Pembelajaran yang diinginkan – merujuk kepada apa yang hendak


dipelajari; dijelaskan dalam bentuk matlamat, tujuan dan objektif pelajaran;

b) Mata pelajaran – disenaraikan dan dihuraikan dalam bentuk sukatan


pelajaran;

c) Aktiviti pendidikan – sama ada dalam dan luar bilik darjah disenaraikan
dan dihuraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran;

d) Pengalaman pelajar – merujuk pengalaman sebenar yang dialami oleh


pelajar di bawah arahan, kawalan dan bimbingan;

e) Pencapaian pelajaran – pembelajaran sebenar yang telah dipelajari,


termasuk isi kandungan mata pelajaran, kebudayaan, nilai hidup dan sikap
positif pelajar. 6
Sambungan…

 Kurikulum boleh dibahagikan kepada empat komponen utama :

i) Objektif-objektif kurikulum
ii) Kandungan kurikulum
iii) Aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran
iv) Penilaian kurikulum

 Empat perkara ini merupakan perkara asas dalam pembentukan sesuatu


kurikulum baru

 Kurikulum memandu seseorang guru dalam merancang pengajaran

 Dalam konteks pendidikan negara – kurikulum merupakan satu rancangan


yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia – mengembangkan
potensi murid – JERI secara seimbang dan menyeluruh – ke arah
perpaduan negara + tenaga rakyat yang mahir dan terlatih 7
JENIS-JENIS KURIKULUM
 Warwick bahagikan 3 jenis kurikulum

i) Kurikulum formal
ii) Kurikulum ideal
iii) Kurikulum tersembunyi

 Mok Soon Sang (2002) ada 10 jenis kurikulum – ideal; rasmi; formal; operasi;
kokurikulum; teras; integrasi; aktiviti; lingkaran; dan tersirat

 Formal – segala aktiviti yang nyata berlaku di sesebuah sekolah –


merangkumi perkara seperti aktiviti P&P, pelajaran/topik, tema, sukatan
pelajaran, guru dan jadual waktu; penilaian dalam bilik darjah termasuk aktiviti
kokurikulum

 Ideal – kurikulum formal dan ditambah dengan pandangan dari semua pihak
yang terlibat dalam sistem persekolahan seperti pengetua, guru, nadzir, ibu
bapa dan sebagainya – persepaduan – lengkap dan sempurna 8
Sambungan…

 Tersembunyi/tersirat – semua perkara yang dipelajari secara tidak langsung


oleh pelajar – pengalaman yang dipelajari secara tidak formal – peniruan
tingkahlaku guru; penyerapan nilai murni dalam mata pelajaran; peraturan
sekolah dsb

9
PERKEMBANGAN KURIKULUM
 Kurikulum – satu bidang yang dinamik dan saintifik –
sentiasa mengalami perubahan – sentiasa berkembang –
kurang baik kepada baik

 Berubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan


keadaan tertentu tetapi juga dari satu tahap ke satu tahap
lain

 Perkembangan kurikulum berbentuk bulatan mengikut


tahap

10
Rajah Menunjukkan Corak Perkembangan
Kurikulum
Kurikulum

Pembentukan Kurikulum Penyebaran Kurikulum

Pembaharuan Kurikulum Pengajaran Kurikulum

Penilaian Kurikulum

11
Sambungan...

 Aspek pengurusan kurikulum pula wujud dalam semua aktiviti yang


terdapat dalam perkembangan kurikulum – untuk menentukan
semua aktiviti dapat dilaksanakan dalam suasana yang berkesan

 Jadi bidang kurikulum – luas merangkumi pedagogi, komunikasi,


penilaian, pengurusan dsb

 Memperbaharui dan membentuk satu kurikulum baru perlukan ilmu-


ilmu lain asas seperti psikologi, sosiologi, antropologi, falsafah

 Ada enam subbidang dalam bidang kurikulum – pembentukan


kurikulum, penyebaran kurikulum, pengajaran kurikulum, penilaian
kurikulum, pembaharuan kurikulum dan pengurusan kurikulum

12
PEMBENTUKAN KURIKULUM

 Segala proses yang terlibat bagi mewujudkan satu kurikulum

 Perkara pokok yang perlu ada adalah rasional pembentukan satu


kurikulum tersebut – dikemukakan dengan alasan atau sebab asas
kepada perwujudan sesuatu kurikulum tersebut

 Seterusnya proses pembentukan objektif – tujuan, matlamat dan


fungsi kurikulum dibentuk – segala sesuatu yang telah ditentukan
yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap objektif yang
telah digariskan

 Rasional – menjawab soalan mengapa atau kenapa satu-satu


kurikulum itu harus dibentuk

 Objektif – menjawab soalan apa yang hendak atau harus dicapai oleh
kurikulum yang hendak dibentuk 13
Sambungan...

 Tiga faktor utama yang mempengaruhi pembentukan kurikulum

i)Kehendak individu
ii) Kehendak masyarakat
iii) Kehendak sejagat

 Kehendak individu – mempertimbangkan perkembangan bakat


murid-murid – mentitikberatkan kemahiran asas – KBSR,
perkembangan potensi individu secara menyelruh dan bersepadu –
KBSM

 Perkembangan JERI seseorang individu selaras dengan FPK serta


kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

14
Sambungan...

 Kehendak masyarakat – memerlukan pelajar mempelajari


kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis, mengira,
konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial,
ekonomi, penyertaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat dsb

 Kehendak sejagat – memupuk persefahaman dan semangat


kerjasama antarabangsa di kalangan penduduk dunai,
meningkatkan taraf hidup penduduk di negara membangun,
menghormati adat resam dsb

 Pembentukan kurikulum melalui proses yang panjang –


perbincangan, pertukaran pendapat, pengkajian dan mengenalpasti
sebelum dapat diwujudkan

15
Sambungan...

 Empat prinsip harus ditekankan semasa pembentukan kurikulum

i) Rasional, objektif, tujuan dsb - perlu selaras dengan tujuan-tujuan


pendidikan negara

ii) Tujuan-tujuan am sesuatu kurikulum perlu dinyatakan

iii) Tujuan-tujuan khusus setiap mata pelajaran dan unit isi atau
kandungan perlu jelas

iv) Tujuan-tujuan seharusnya boleh diubah kepada tujuan-tujuan


bagi setiap pelajaran dan aktiviti

16
ISI KURIKULUM
 Ilmu pengetahuan yang hendak diajar kepada pelajar

 Tyler (1950) – sesuatu isi kurikulum

i) mengandungi pengalaman yang menyediakan peluang-peluang


bagi pelajar mengamalkan tingkahlaku yang diharapkan daripada
tujuan;
ii) mencapai kepuasan hati;
iii) mempelajari pada aras kesukaran yang sesuai;
iv) mencapai pelbagai hasil bagi setiap pengalaman;
v) mendedahkan kepada pengalaman-pengalaman yang sama jenis

 Isi pengetahuan boleh merupakan peristiwa, fakta, maklumat,


konsep, andaian, teori – bergantung kepada peringkat pengajian
17
PENYEBARAN DAN PENGAJARAN KURIKULUM
 Penyebaran kurikulum berlaku selepas sesuatu kurikulum dibentuk

 Penyebaran dan pengajaran kurikulum berlaku setelah kurikulum


dibentuk di PPK

 Pelbagai masalah mungkin timbul – dari PPK hingga kepada guru


yang akan menyampaikan kurikulum tersebut – orang yang buat
kurikulum lain, orang yang menyampaikan kurikulum lain

 Beberapa kumpulan terlibat – ahli JK Perkembangan Kurikulum di


peringkat negeri/daerah, guru besar, guru kanan mata pelajaran +
guru yang akan mengajar kurikulum tersebut – sistem pembentukan
kurikulum secara berpusat

18
Sambungan...

 Keaslian kurikulum perlu dikawal –tidak akan berlaku aktiviti tokok


tambah atau tolak campur atau sebarang penyesuaian ke atas
kurikulum tersebut

 Faktor masa – kawasan pedalaman – timbulkan suasana terdesak


kepada guru untuk menyampaikan kurikulum – kefahaman yang
rendah

 Guru perlu memastikan diri untuk memahami dengan sempurna


kurikulum yang akan diajar – agar dapat mengatasi masalah yang
wujud lebih awal sebelum memulakan pengajaran

 Kurikulum yang diperbaharui atau semakan semula – beri kesan


pada golongan pendidik – faktor kefahaman terhadap kurikulum
penting
19
Sambungan...

 Pertukaran maklumat penting – guru dan pelajar mengeluarkan


pendapat – salurkan kepada pengetua, pegawai yang membentuk
kurikulum

 Peranan masyarakat – penting – PIBG – tahu apa yang dipelajari


oleh anak mereka – masyarakat kini lebih peka

20
PENILAIAN KURIKULUM
 Satu proses untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan
sesuatu program atau aktiviti

 Penilaian melibatkan perkara seperti mengenalpasti sebab atau


rasional atau tujuan penilaian, aspek yang hendak dinilai, siapa yang
hendak dinilai, bila, bagaimana mengumpul maklumat dsb

 Keberkesanan program dapat dilakukan dengan melakukan


penilaian – status program tersebut – diteruskan sepenuhnya,
diperbaharui atau digugurkan dan diganti dengan yang baru

 Tujuan penilaian untuk mengenalpasti jawapan kepada soalan-


soalan awal seperti menilai keupayaan pelajar, kelemahan dan
kebaikan kurikulum, latarbelakang pelajar dsb – dilakukan lebih awal
– membantu keberkesanan proses pembentukan kurikulum
21
Sambungan...

 Tujuan penilaian juga – memperbaiki mana-mana aspek dalam


proses pembentukan dan perkembangan kurikulum – banyak
perkara yang perlu dipertimbangkan – penilaian perlu dilakukan
secara berterusan – penilaian formatif

 Tujuan penilaian – nak melihat sejauhmana kurikulum tersebut


berkesan – beri gambaran tentang baik atau buruknya sesuatu
kurikulum

 Pelbagai kaedah dilakukan dalam penilaian – temubual, analisis


kandungan/bahan, soal selidik, pengamatan dsb – akan lebih
memberi manafaat jika gunakan pelbagai kaedah

 Pelaksanaan kaedah perlu mengambil kira perkara seperti objetiviti


(tiada unsur bias), kesahan dan boleh dipercayai
22
PEMBAHARUAN KURIKULUM
 Kurikulum yang sedia ada akan diberi elemen-elemen baru yang
sebelumnya tidak terdapat dalam kurikulum tersebut

 Kurikulum yang diperbaharui akan menjadi lebih berkesan

 Pembaharuan kurikulum disebabkan oleh beberapa faktor

i) kewujudan ilmu-ilmu baru, perkembangan atau penemuan ilmu


baru;
ii) kehendak masyarakat yang berubah;
iii) perkembangan dasar kerajaan;
iv) idea-idea baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan

23
Sambungan...

 Beberapa langkah perlu bagi proses pembaharuan kurikulum :

i) Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan

ii) Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud di antara kurikulum yang ada dengan
dengan masalah-masalah yang telah dikenalpasti – aspek yang mana hendak
diperbaharui

iii) mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum – untuk dapatkan arah yang dituju

iv) Mewujudkan rangka bentuk atau model bagi perubahan

v) Jadual kerja, siapa terlibat dsb

vi) Membuat jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui

vii) Melaksanakan proses pembaharuan tersebut – menguji kurikulum + buat penilaian


formatif – perbaiki – selesai sepenuhnya – baru diperkenalkan
24
Soalan

1. Beri satu rumusan dengan ayat anda sendiri bagi pengertian dan
definisi kurikulum.

2. Huraikan ciri-ciri yang terdapat dalam kurikulum ideal, formal dan


tersembunyi.

3. Huraikan proses pembentukan kurikulum secara ringkas.

25

You might also like