You are on page 1of 4

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2010


1.0 PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita
rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang
dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam
peperiksaan semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan
seharian.

Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka pihak Unit Pendidikan Islam dengan
kerjasama Unit Homeroom MRSM Gemencheh ingin mengisi ruang dalam Minggu Aktiviti
Semester 2 ini dengan melaksanakan Program Amali Sembelihan. Kami mengharapkan agar
aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat para pelajar untuk dijadikan
bekalan di masa akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan


sembelihan yang betul.
2.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan
dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
2.3 Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses
sembelihan sehingga proses memasak.
2.4 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan homeroom.

3.0 TARIKH & MASA

2 Ogos 2010 (Isnin), 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

4.0 TEMPAT

Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh

5.0 SASARAN

5.1 179 orang pelajar Tingkatan 1 (12 homeroom)


5.2 109 orang pelajar Tingkatan 2 (8 homeroom)
5.3 181 orang pelajar Tingkatan 4 (12 homeroom)
5.4 Jumlah keseluruhan pelajar : 469 orang
6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANA

Bil Jawatan Bidang Tugas


Penaung
1
Hj. A. Bakar bin A. Rahim

Penasihat
2 En. Abu Bakar bin Ab.
Wahab
1. Menyelaraskan keseluruhan aktiviti program
Penyelaras
2. Memantau kelancaran aktiviti
3 En. Mohd Muslim Bin
Muhd Alias
1. Membuat persediaan mesyuarat
2. Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan
Setiausaha mengedarkan kepada semua ahli jawatankuasa
4
Puan Suriati Binti Jaafar 3. Menyediakan minit mesyuarat
4. Menyediakan laporan di akhir program

1. Menyediakan peralatan-peralatan yang


diperlukan untuk amali sembelihan seperti
JK Peralatan
pisau, batu asah, cangkul untuk menggali
5 En. Mohd Firdaus bin Mohd
lubang, plastik sampah dan lain-lain yang
Nasir
dirasakan perlu.

1. Memastikan tempat program berada dalam


Jk Persiapan Tempat
keadaan selamat dan bersih.
En. Shazwan Amir bin
2. Menyediakan lubang tempat sembelihan.
6 Mohd Shah
En. Aminuddin Sulaiman
bin Maghribi
1. Memastikan para pelajar sentiasa menjaga
JK Kebersihan
kebersihan tempat sembelihan dan tempat
En. Muhd Taufik bin Che
memasak sebelum, semasa dan selepas
7 Rush
program.
En. Muhammad Sholiheen
Osman
1. Menyediakan 3 ekor ayam bagi setiap
JK Makanan
homeroom. (Jumlah : 96 ekor ayam)
En. Mohd Saifuddin bin
8 Abd Hamid
En. Tuan Mohd Saiful Bahri
Tuan Ismail
1. Memastikan semua pelajar menepati masa dan
JK Kawalan Pelajar berada di tempat program seperti yang
En. Mohd Razi bin Yahya dijadualkan.
9
Cik Fazleyani binti Arifin 2. Memastikan pelajar tidak meninggalkan tempat
program sehingga program tamat.
1. Mengambil gambar/video sepanjang program
JK Dokumentasi
berlangsung.
En. Wan Mohd Hanif Wan
2. Menyediakan dokumentasi lengkap sebanyak
10 Hamat
2 salinan yang diperlukan selepas tamat
Puan Siti Surisuhaili binti
program.
Mohd Yusof
1. Membaca doa sebelum memulakan program.
JK Doa
11 En. Mohd Fariz bin Mohd
Akhtar
1. Menyelia pertandingan memasak ayam
JK Pertandingan
sembelihan setiap homeroom
Puan Alya binti Abdul Jaini
2. Menyediakan panel penilai untuk pertandingan
Pengetua
12 memasak.
TPHEA
3. Menentukan pemenang.
TPHEK
Puan Zuraibah binti Bujang
1. Menyediakan hadiah bagi setiap pemenang.
JK Hadiah
Cik Sarah Salwa binti Md
13
Harun
Cik Naailah binti Azahar

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara Tindakan


07.50 pagi Pelajar berkumpul
08.00 pagi Taklimat program dan pembahagian ayam Penyelaras
sembelihan
08.15 pagi Penerangan ringkas tentang teori sembelihan Ustaz Hj Razali bin
dan demonstrasi penyembelihan Hj. Mohamed
08.30 pagi Praktikal sembelihan oleh para pelajar Semua guru PAI
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Pelajar memasak ayam sembelihan masing- Penasihat homeroom
masing
12.30 tengahari Penilaian JK Pertandingan
01.00 petang Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA Kuantiti JUMLAH


2 Ekor x 32 homeroom = 64 ekor Dewan Selera
1 Ayam
1 Ekor x 32 homeroom = 32 ekor Homeroom
Tempat Pertama x 3 (RM 50 x 3) RM 150
Hadiah
2 Tempat Kedua x 3 (RM 40 x 3) RM 120
(hamper)
Tempat Ketiga x 3 (RM 30 x 3) RM 90
3 Plastik Sampah 2 peket RM 10
Air Mineral JK RM 1 x 30 botol RM 30
4
Perlaksana
JUMLAH RM 400.00

Kami mengharapkan agar aktiviti ini dapat memberi manfaat yang berguna buat semua puhak
yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

(EN. MOHD MUSLIM BIN MUHD ALIAS)


Penyelaras
Amali Sembelihan 2010
MRSM Gemencheh

Disokong/ tidak disokong,

(EN. ABU BAKAR BIN AB WAHAB)


Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik
MRSM Gemencheh

Diluluskan/ Tidak diluluskan,

(HJ A. BAKAR BIN A. RAHIM)


Pengetua
MRSM Gemencheh.

You might also like