You are on page 1of 12

Syair Siti Sianah

Maksud Syair
Rangkap 1:Sesetengah perempuan berperangai janggal kerana
mencukur bulu roma di muka & kening sehingga tajam.
Rangkap 2:Terdapat perempuan yang ketawa mengilai-
ngilai.Apabila ada lelaki,dia akan menunjuk-nunjukkan
mukanya supaya lelaki tersebut terpikat oleh kecantikannya.
Rangkap 3:Sesetengah perempuan suka bersolek dengan asyik
berdandan dan berhias.Dia juga asyik membelek-belek
muka & dirinya di hadapan cermin.
Rangkap 4:Terdapat perempuan yang tidaklah begitu
cantik &jelita.Ada sesetengahnya, hidungnya kembang
dan tidak mancung spt besar mulut buaya rupanya.
Rangkap 5:Sesetengah perempuan berperangai
buruk.Dia membuat siput pada rambut yang sedikit
sambil memakai cemara yang berjela-jela panjangnya.
Rangkap 6:Terdapat perempuan yang belangir dengan
menyapu bedak di kaki, lengan dan jari sehingga
putih.Perbuatan itu semata-mata utk mangaburi mata
orang daripada melihat parut yang ada.
Rangkap 7:Sesetengah perempuan suka dipuji
.Dengan itu,dia memakai gelang sampai ke
pangkal lengan.Apabila ada lelaki, dia
memandang dan suka berpelesiran.
Rangkap 8:Ada perempuan yang suka
mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan
untuk berubat. Niatnya itu Allah Taala yang tahu,
iaitu untuk membuatkan lelaki terpikat padanya.
Rangkap 9:Kita hendaklah berlindung dgn Allah
drpd segala perbuatan yg salah. Mudah-mudahan
kita akan diselamatkan dan dijauhi drpd
berperangai spt perempuan yg tidak berakhlak.
Rangkap 10:Ramai pula yg suka berjudi sehingga
tergadai brg kemas kerana perangai buruk
tersebut sudah sebati dengan diri.
Rangkap 11:Pergaulan bebas antara lelaki
dengan perempuan akan menyebabkan
banyak perkara yg salah dilakukan.Mereka
juga lalai utk menunaikan sembahyang.Semua
itu kerana syaitan sudah hampir dengan diri
dan menghasut mereka.
Tema dan Persoalan
Syair ini bertemakan nasihat
Persoalan:
=cara-cara golongan perempuan mencantikkan
rupa parasnya.
=pergaulan lelaki &wanita yg melampaui batas.
Bentuk Syair
=Terdiri drpd 11 rangkap
=Setiap rangkap terdiri drpd 4 baris
=Bilangan kata dalam setiap baris hampir
sama, iaitu antara 3 hingga 5 patah kata.
=Bilangan suku kata dlm setiap baris hampir
sama,iaitu antara 7 hingga 14 suku kata.
=Bunyi akhir pada setiap baris atau rimanya
adalah sama , iaitu aaaa.
Unsur Keindahan
1-Pemilihan katanya indah dan ayat atau baris yg dibentuk
adalah puitis.
Cthnya:Di dalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek-belek
2-Penggunaan simile.Cthnya:
Seperti taji berandam di keningnya
3-Penggunaan inversi. Cthnya:
Dengan jantan suka berdekat
Dalam contoh ini, spatutnya: (Sesetengah perempuan)suka
berdekatan dgn jantan.
4-Penggunaan hiperbola.Cthnya:
Memakai gelang bertingkat-tingkat
Dlm cth ini, banyaknya gelang yg dipakai itu digambarkan
secara berlebih-lebihan dgn ungkapan memakai gelang
bertingkat-tingkat.
5-Penggunaan kata arkaik :Cthnya:
Syair ini mempunyai beberapa kata arkaik, iaitu kata-kata
yg tdk digunakan lagi pada hari ini.
sempolah-rangkapke 9
serudi-rangkap ke 1
6-Unsur bunyi:
(a) asonansi(pengulangan bunyi vokal).Cthnya:
Roma di muka pula dicukurnya
Dlm cth ini,terdpt pengulangan bunyi vokal u sebanyak 4
kali.
(b) aliterasi(pengulangan bunyi konsonan ).Cthnya:
Berhias berdandan berpakai molek
Dlm contoh ini,terdapat pengulangan bunyi konsonan b
sebanyak 3 kali.
Nilai
1-Kejujuran-Cthnya,kejujuran perempuan
adalah penting dlm memperlihatkan
kecantikan diri.
2-Menjaga maruah diri-Cthnya,perempuan
mesti menjaga batasan hubungan dgn lelaki
supaya maruah &kehormatan diri
terpelihara.
Pengajaran
1-Pergaulan bebas antara lelaki dgn perempuan
hendaklah ditegah kerana pergaulan bebas itu
mengundang kemungkaran.
2-Setiap perempuan mesti menjaga akhlak dan
adab sopan supaya tdk dieksploitasi oleh lelaki
yg tdk bertanggungjawab.
3-Setiap perempuan hendaklah menjaga
kecantikan diri tetapi janganlah melampau –
lampau sehingga menimbulkan fitnah.

You might also like