You are on page 1of 9

MODUL BULAN ANTI PONTENG

SK BAKRI BATU 5, MUAR


TAHUN 2010

PENGENALAN - Apa itu ponteng


BULAN - Ogos
MINGGU - Pertama

1. NAMA PROGRAM

Bulan Anti ponteng

2. DEFINISI

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran
(Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu
ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan
dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah.
Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak
masyarakat kita mengenal alam persekolahan.

ponteng terdiri daripada empat jenis :

Ponteng sekolah- keluar rumah dengan pakaian seragam tetapi tidak ke sekolah.
Ponteng kelas - ke sekolah tetapi pada masa pengajaran subjek-subjek tertentu dia
menghilangkan diri. Ponteng hati - berada dalam bilik darjah tetapi hati dan fikirannya tidak di
sana, sebaliknya hanya menunggu loceng waktu akhir untuk keluar sekolah. Ponteng kerana
bangun lewat.

Unit Disiplin Sekolah memandang serius akan perkara ini dan menganggap ia merupakan
barah yang perlu dihapuskan bagi mencapai misi dan visi Sk Bakri Batu 5, Muar.

3. RASIONAL

Mewujudkan susana sekolah yang kondusif dan selamat agar murid-murid dapat
menimba pengetahuan. Terdapat 5 perisian / modul yang akan diguna pakai semasa perhimpunan
mingguan oleh guru disiplin dan menerusi bahan-bahan bercetak. Selain itu, unit disiplin,
pengawas dan juga unit bimbingan dan kaunseling akan bekerjasama melakukan pemantauan
berterusan sepanjang tahun.
4. MATLAMAT

1. Mengurangkan kadar kesalahan ponteng di sekolah


2. Memupuk dan meningkatkan semangat cintakan sekolah serta integriti dikalangan
murid-murid

5. OBJEKTIF

1. Menghasilkan murid-murid yang berkualiti dengan cara mengurangkan kadar ponteng


di sekolah
MODUL BULAN ANTI PONTENG
SK BAKRI BATU 5, MUAR
TAHUN 2010

PERISIAN 1 - Hukuman ponteng


BULAN - Ogos
MINGGU - Ketiga

Dalam usaha untuk menangani masalah ponteng sekolah, kaedah pencegahan, intervensi
dan pemulihan boleh dilakukan. Pihak sekolah dan komuniti seperti guru, sekolah, ibu bapa dan
kaunselor sekolah akan memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu ponteng
ini.

Pelajar sendiri pula perlu menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang sangat
besar dalam menangani masalah ponteng ini.

Pada minggu ini, saya akan menerangkan serba ringkas tentang hukuman ponteng ;

PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH


 
Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke sekolah pada hari persekolahan rasmi tanpa
alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau doktor perubatan.
 
PONTENG SEKOLAH SECARA BERTERUSAN ATAU BERTURUT-TURUT
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berterusan atau berturut-turut
tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau pengesahan
doktor perubatan selama 31 hari atau lebih.
 
PONTENG SEKOLAH SECARA BERKALA
Di mana murid sekolah telah tidak hadir ke sekolah secara berkala atau berselang-selang
hari tanpa alasan atau sebab-sebab bertulis atau lisan daripada ibu bapa atau penjaga atau
pengesahan doktor perubatan selama 60 hari atau lebih.
 
 
PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG KELAS
 
              Di mana murid sekolah yang hadir ke sekolah telah tidak berada dalam kelas dalam
satu-satu waktu pelajaran atau keseluruhan waktu Pelajaran.
Murid ini masih berada di dalam kawasan sekolah.
 
 
PENGERTIAN SALAH LAKU PONTENG ACARA RASMI
 
              Di mana murid sekolah yang tidak hadir ke acara rasmi sekolah yang dimestikan hadir
sama ada di dalam sekolah atau di mana-mana di luar sekolah yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.

Hukuman yang boleh dikenakan ialah,

1. Surat pemberitahuan kepada ibu/bapa serta amaran gantung / buang sekolah – 3 kali
amaran.
2. Rotan
3. Hukuman ponteng kelas – kelas tahanan / rotan
MODUL BULAN ANTI PONTENG
SK BAKRI BATU 5, MUAR
TAHUN 2010

PERISIAN 2 - Mengapa kamu ponteng ? / Keburukan ponteng


BULAN - Ogos
MINGGU - Kelima

Pada minggu ini, saya akan menerangkan serba ringkas tentang faktor-faktor penyebab
ponteng dan keburukan ponteng ;

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PONTENG

1. Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan
remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran kamu yang baru meningkat remaja,
menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng.

2. Kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa. Masalah didikan ibu bapa yang
tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan kamu tidak berupaya berfikir secara rasional
mengenai kesalahan yang kamu lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan
oleh kamu. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak
langsung mempengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.

3. Perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi
penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

4. Murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, pelajar-pelajar itu akan
hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.

KEBURUKAN-KEBURUKAN PONTENG

Belum dapat lagi


MODUL BULAN ANTI PONTENG
SK BAKRI BATU 5, MUAR
TAHUN 2010

PERISIAN 3 - Etika pelajar


BULAN - September
MINGGU - Pertama

Pada minggu ini, saya akan menerangkan serba ringkas tentang Etika pelajar ;

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI


 Menjaga kebersihan diri, termasuk kebersiha fizikal, mental dan rohani.
 Bersopan jujur dan amanah
 Menghargai dan menepati masa.
 Berjimat cermat.
 Bersifat sederhana dan tidak sombong.
 Sabar dan bertolakansur.
 Menghormati hak asasi orang lain.
 Berani dan cekal hati.
 Bersikap didikasi.
 Bersikap berdikari.
 Bersikap rajin dan berusaha.
 Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP AGAMA


 Taat Kepada perintah Allah.
 Mempertahankan kesucian agama.
 Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian.
 Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama.
 Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan dikalangan masyarakat.
TANGGUNG JAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA
 Menghormati ibubapa dan orang tua.
 Memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga.
Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi orang yang
berpendidikan dan bermoral tinggi.
 Menjaga nama baik keluarga.
 Menghormati sahabat/kenalan keluarga.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP MASYARAKAT
 Tolong menolong dan berkerjasama.
 Menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua.
 Bertolak ansur.
 Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain.
 Bersifat toleran.
 Rasa bersefahaman dan sabar.
 Melibatkandiri dalam aktiviti masyarakat/kebajikan.
 Bersifat lasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar.
 Memelihara kerukunan hidup berjiran.
 Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada
pencemaran budaya.

TANGGUGJAWAB PELAJAR TERHADAP SEKOLAH


 Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah.
 Menghormati guru-guru dan lain-lain staf.
 Belajar bersungguh-sungguh.
 Menaikkan imej maktab dalam semua bidang.
 Memupuk dan menghayati nilai-nilai moral yang tinggi.
 Berkerjasama dan komited.
 Menceburi aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh maktab.
 Mengguna dan menghargai kemudahan yang disediakan oleh sekolah dengan
baik.
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA
 Mencintai negara dan bersedia berkhidmat untuk mempertahankan negara.
 Mematuhi undang-undang negara.
 Mengamal pringsip rukunegara.
 Menjaga kemudahan-kenudahan awam.
 Menjaga dan menaikkan imej negara.
 Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia.
 Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara.
MODUL BULAN ANTI PONTENG
SK BAKRI BATU 5, MUAR
TAHUN 2010

PERISIAN 4 - Mengapa perlu hadir ke sekolah


BULAN - Oktober
MINGGU - Pertama

Pada minggu ini, saya akan menerangkan serba ringkas tentang mengapa kamu perlu
hadir ke sekolah ;

Belum dapat lagi


MODUL BULAN ANTI PONTENG
SK BAKRI BATU 5, MUAR
TAHUN 2010

PERISIAN 5 - Terima kasih Kerana Tidak Ponteng


BULAN - November
MINGGU - Pertama

- Terima kasih kerana anda datang ke sekolah


- Ucapan terima kasih kepada murid-muird yang tidak ponteng
- Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah, Jawatankuasa Unit Disiplin, Badan Pengawas,
Unit Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru kerana membantu menjayakan program ini
- Menyatakan harapan kepada murid-murid tahun 6 yang akan ke tingkatan 1 agar meneruskan
budaya ini
- Menyatakan harapan kepada murid-murid tahun 1,4 dan 5 agar menjadikan program ini
sebagai budaya yang perlu diamalkan

You might also like