You are on page 1of 12

JUAL BELI DALAM PERNIAGAAN ISLAM (AL-MURABAHAH)

1.0 PENGENALAN

Jual beli al-Murabahah bermaksud penjual memberitahu harga asal barang yang
hendak dijualnya dan menambah kadar keuntungan yang dikehendakinya. Keuntungan
boleh diambil secara keseluruhan mengikut kadar peratus atau secara unit bagi setiap
nilai harga yang tersebut seperti RM 1.00 bagi setiap RM 10.00. Contohnya kata
penjual, “saudara, saya beli motor ini dengan harga RM 4000 dan saya hendak
menjualnya dengan kadar untung 10% iaitu RM 400 sahaja.” Kata pembeli, “Encik,
betulkah harga asal motor ini RM4000?”.Kata penjual, “Inilah jual beli amanah. Saya
cakap terus terang memang itulah harga saya beli motor ini.” Kata pembeli, “Baiklah,
saya bersetuju membelinya dengan harga yang tersebut.” Selepas itu kedua-dua pihak
melakukan ‘aqad jual beli.’.

2.0 PENGERTIAN AL-MURABAHAH

Al-murabahah diambil dari bahasa Arab iaitu Ar-Ribhu bererti kelebihan atau
ketambahan (keuntungan) dari segi bahasa. Menurut istilah pula ialah aktiviti jual beli
yang ditambah untuk mendapatkan keuntungan dari modal yang dilaburkan secara
persetujuan antara kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.

2.1 PRINSIP AL-MURABAHAH

Konsep jualan barangan antara dua pihak di mana kedua-duanya bersetuju pada
suatu paras harga yang meliputi harga kos barangan dan juga keuntungan. Pinjaman
digantikan dengan konsep perjanjian jual beli barangan di mana peminjam akan
membeli barangan sama ada dalam bentuk bahan mentah, mesin dan peralatan lain-
lain yang dikehendaki oleh pemimjam atau pengguna. Barangan tersebut akan dijual
kepada pengguna pada harga asal melebihi harga belian asal. Konsep ini dikenali
sabagai konsep mark-up price atau harga yang dinaikkan.

1|Page
Kesemua mazhab menerima prinsip murabahah ini sebagai instrumen yang sah
dan dibenarkan dalam urusan perniagaan. Terdapat perbezaan pendapat dalam
perlaksanaannya. Aspek pertama ialah dari segi jumlah kenaikan harga yang
dibenarkan ataupun jumlah keuntungan yang boleh diperoleh oleh bank Islam apabila
barangan itu dijual semula kepada pelanggannya. Aspek kedua, dari segi hak ataupun
pilihan yang boleh dilakukan oleh pembeli atau pengguna apabila mendapat kenaikan
harga tersebut terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Bagi tujuan menaikkan harga, Mazhab Hanbali berpendapat bahawa semua


perbelanjaan yang dikeluarkan berkaitan dengan barangan yang dijual mengikut
konsep murabahah itu boleh dijumlahkan atau dicampurkan sebagai harga jualan.
Mazhab Shafi’i meletakkan keperluan tambahan di mana bayaran kepada pihak ketiga
oleh penjual tidak boleh dimasukkan ke dalam harga murabahah kecuali dipersetujui
oleh pembeli. Mazhab Hanafi membenarkan semua perbelajaan yang terlibat dalam
perniagaan yang ada hubungan atau kaitan dengan barangan murabahah tersebut.

Mazhab Maliki membahagikan perbelanjaan berdasarkan tiga kategori. Kategori


pertama ialah perbelanjaan yang boleh dicampurkan dengan modal dan menjadi asas
untuk mengira keuntungan. Kategori kedua, perbelanjaan yang boleh dicampurkan
dengan modal tetapi tidak boleh dijadikan asas dalam mengira keuntungan dan kategori
ketiga ialah perbelanjaan yang tidak boleh dicampurkan untuk mengira keuntungan.

3.0 AKAD AL-MURABAHAH

Dalam kata lainnya,perjanjian atau akad yang dilakukan semasa aktiviti perniagaan
dijalankan.

Misalnya:-

"Saya menjual barang ini dengan sistem Murabahah".

2|Page
Rukun akad ini ialah pengetahuan diantara kedua-dua belah pihak tentang nilai modal
pembelian dan nilai keuntungan,dalam hal ini aktiviti jual belinya adalah sah dan
manakala sebaliknya apabila tidak di ketahui maka jual beli itu adalah batil.

Al-Murabahah ialah menjual sesuatu barang dengan harga yang meliputi kos
belian dan kadar keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalam jual
beli ini pemilik barang (penjual) memberitahu pembeli jumlah harga yang dibelinya dan
keuntungan yang diambil daripadanya. Keutungan boleh diambil secara keseluruhan
seperti harga asal (pokok) ialah RM 50.00 dan diambil untung RM 5.00.Ataupun
keuntungan yang diambil berdasarkan unit seperti harga asal RM 50.00 dan penjual
mengambil untung RM 1.00 bagi setiap RM 10.00.

Jual beli al-Murabahah termasuk dalam jual beli amanah yang maksud penjual
hendaklah jujur dalam menyatakan harga pokok atau modal sebenar barannng yang
hendak dijualnya kerana pembeli hanya bergantung pada penjual tentang modal atau
harga asal barang tersebut tanpa memerlukan saksi atau sumpah. Jual beli al-
Murabahah pada hakikatnya menguji keluhuran hati budi orang yang berniaga dan
ketulusan cara perlaksanaan perniagaan menurut hukum Islam, tanpa unsure-unsur
penipuan, penindasan dan menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak (penjual dan
pembeli).

Jual beli (kontrak) al-Murabahah adalah harus berdasarkan firman Allah S.W.T:-

‫الربَا‬
ّ ‫َح ّل اللّهُ الَْبْي َع َو َحّر َم‬
َ ‫َوأ‬
“Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (QS. Al-Baqarah
2:275).

 Al-Hadits
Dari Suhaib al-Rumi r.a, bahwa Rasulullah Saw, bersabda : “Tiga hal yang didalamnya
terdapat keberkatan: jual beli secara tangguh, muqaradhah (mudharabah), dan

3|Page
mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan rumah, bukan untuk dijual”
(HR. Ibn Majah)

3.1 KONSEP KONTRAK AL-MURABAHAH

Ibnu Rusyd(al-jad) berpendapat bahawa ;

“Kontrak murabahah boleh berlaku dalam dua bentuk, pertamanya, keuntungan yang
dinamakan itu berdasarkan jumlah harga dan kedua, keuntungan itu boleh didasarkan
kadar peratusan tertentu….”

Kontrak murabahah itu boleh berlaku atas permintaan salah satu pihak yang
berkontrak dan dipersetujui oleh satu pihak lagi. Biasanya ia berlaku dalam keadaan
pihak pembeli tidak mengetahui harga pasaran sebenar dan mempercayai kejujuran
penjual mengatakan modalnya dan keuntungan yang dicadangkan daripada kontrak itu.
Begitu juga cadangan boleh jadi datangnya daripada pihak penjual sendiri yang
bertujuan untuk melariskan barang jualannya dengan mempelawa kepada pembeli satu
harga tertentu dengan menyatakan harga kos dan jumlah keuntungannya bersekali.
Gambaran tentang kontrak ini telahdiceritakan oleh al-Imam al-Shafi’I dalam kitabnya
al-Umm.

Pembeli yang ingin mengadakan kontrak murabahah sama ada dengan


kehendaknya sendiri atau dengan pelawaan penjual, selalunya merasakan terselamat
daripada ditipu kerana kepercayaan bahawa penjual terikat dengan kewajipan atau
amanah untuk bercakap benar dan jujur. Penjual, bukan sahaja dikehendaki
menyatakan harga asal yang dibelinya malah juga dikehendaki memaklumkan
beberapa perkara lain yang berkaitan, yang boleh mempengaruhi harga jualan seperti
pembelian secara bertangguh keranai ini akan meningkatkan harga jualan nanti. Begitu
juga penjual dikehendaki memaklumkan segala kecacatan yang terdapat pada
barangan itu dan punca-punca terjadinya kecacatan kerana kecacatan yang baru
mendatang ini boleh mengurangkan nilai barangan tersebut.

Pensyariatan murabahah tidak dipersoalkan oleh mana-mana mazhab fiqh


kerana ia termasuk dibawah pensyariatan jualbeli secara umum. Malahan terdapat

4|Page
dalam hadith tentang amalan jual tawliyah (salah satu daripada Bay’ al-Amanah
disamping murabahah dan wadi’ah) iaitu ketika Abu Bakar membeli dua ekor unta
untuk digunakan semasa hijrah bersama nabi. Abu Bakar hendak memberikan salah
satu iaitu kepada Nabi secara hibah namun Nabi menolaknya dengan bersabda, juallah
secara tawliyah iaitu dengan harga modal sebagaimana harga yang dibeli oleh Abu
Bakar. Sungguhpun begitu, pada pandangan kebanyakan ulama’ fiqh, jualan secara
musawamah (jualbelibiasa) adalah lebih baik dan digalakkan daripada jualan secara
murabahah kerana jualan ini memerlukan kejujuran dan berterus terang dalam proses
tawar menawar.

Memandangkan murabahah merupakan salah satu daripada jenis jualbeli yang


dihalalkan, maka secara umumnya ia tertakluk kepada rukun-rukun dan syarat-syarat
sah jual beli. Di samping itu terdapat beberapa syarat khusus baginya, iaitu:

i. Penjual hendaklah menyatakan kos atau modal sebenar barangan yang


hendak dijual itu kepada pembeli.
ii. Penjual dan pembeli bersetuju mengenakan kadar keuntungan yang
ditetapkan sebagai tambahan kepada kos atau modal, yang mana jumlah
kedua-duanya merupakan harga jualan bagi jualan murabahah tersebut.
iii. Sekiranya berlaku kekecohan dalam menentukan kadar sebenar kos atau
modal barangan itu, pihak pembeli boleh membatalkan kontrak tersebut dan
dengan demikian terbubarlah jualbeli murabahah itu.
iv. Barangan dan harga bagi jualan itu bukanlah daripada barangan ribawi yang
ditegah pertukaran jual beli nya kecuali mematuhi syarat-syarat pertukaran
barangan ribawi.
v. Sekiranya barangan yang hendak dijual secara murabahah itu telah dibeli
daripada pihak lain, jualbeli yang pertama ini mestilah sah dari segi syarak.

Walaupun kesemua mazhab sekata tentang prinsip murabahah sebagai satu


alat yang sah dan dibenarkan dalam urusan perniagaan, namun mereka berselisih
pendapat tentang perincian pelaksanaannya, terutama dari aspek penentuan harga
dan kadar keuntungan dan aspek hak untuk membatalkan atau membubarkan
kontrak tersebut. Terdapat segolongan ulama’ dan pakar ekonomi Islam yang

5|Page
mempersoal, membantah atau tidak mengalakkan prinsip murabahah digunakan.
Siddiq umpamanya, mempersoalkan penggunaan prinsip murabahah oleh institusi-
institusi kewangan islam sebagai alat kredit kepada pelanggan yang membuat
pembelian dengan bayaran tertanguh yang bererti memberi ruang kepada pembiaya
mendapat keuntungan yang ditentukan awal tanpa menanggung sebarang risiko.

3.2 CARA KONTRAK AL-MURABAHAH

Kontrak al-Murabahah dilakukan sama ada:

1. Penjual membuat tawaran untuk menjual barang dengan mengatakan


“saya membeli barang ini dengan harga RM 100.00 dan saya menjual
kepada awak dengan mengambil untung RM 15.00,” atau mengatakan
“Saya beli barang ini dengan harga RM 100.00 san saya jual kepada
awak secara al-Murabahah dengan mengambil untung RM 1.00 bagi
setiap RM 10.00 modal saya.”
2. Pembeli membuat tawaran untuk membeli dari penjual dengan
mengatakan “ Jual kepada saya barang itu dan saya akan member untung
kepada awak sebanyak 10% dari modal awak”, atau disebut jumlah
tertentu.

4.0 HARGA DAN KOS TAMBAHAN

Faktor harga dan kos amat penting bagi menentukan pengiraan harga jualan semula
dan kadar untung.Proses pengiraan kadar untung jual beli secara murabahah dibuat
berpandukan:-

1. Perundingan langsung berasaskan :

i) Kos belian tanpa tambahan (al-thamanu al-Awal),

6|Page
ii) Kadar untung (al-Ribhu)
Jelasnya, harga jualan semula yang dipersetujui oleh kedua-dua
belah pihak meliputi kos belian dan kadar untung.

2. Untung yang sudah ditentukan : Cara ini aladalah sah sekiranya semua kos
termasuk kos lansung dan kadar untung itu dinyatakan ketika aqad jual beli.

Semua kos dan keuntungan kecuali kos tidak langsung hendaklah dinyatakan
kepada (bakal) pembeli sebelum persetujuan jual beli dan aqad dilakukan.

5.0 JENIS-JENIS AL-MURABAHAH

1. Al-Murabahah barang yang telah ada: Biasanya berlaku bagi barang yang
dimilliki pleh penjual yang ada di hadapan penjual dan pembeli.
2. Al-Murabahah barang yang dipesan (belum ada): Juga boleh berlaku bagi
barang yang belum dimiliki oleh penjual. ‘Aqad (kontrak) ini boleh berlaku
jika bakal pembeli membuat pesanan untuk membeli dengan menyuruh
penjual membeli sesuatu barang dan menjual kepadanya dan dia bersedia
member untung kepada penjual. Al- Murabahah ini dikenali sebagai ‘Al-
Murabahah Lil Amri bil- Syira’ (Al-Murabahah bagi orang yang menyuruh
membeli).

6.0 SYARAT JUAL BELI AL-MURABAHAH

1. Mengetahui harga pertama (harga asal atau pokok)


Pembeli dalam kontrak al-Murabahah (pembeli kedua) hendaklah
mengetahui harga pembelian yang pertama oleh penjual (pembeli pertama)
dalam kontrak al-Murabahah.Jika harga yang pertama tidak diketahui,
maka kontrak al-Murabahah menjadi tidak sah.

7|Page
2. Mengetahui Keuntungan

Pembeli hendaklah mengetahui keuntungan yang diambil oleh penjual.


Oleh itu, jumlah untung yang akan diambil hendaklah dinyatakan dengan
jelas.Jika keuntungan tidak dinyatakan, jua beli itu tidak akan menjadi jual
beli al-Murabahah malahan jual beli biasa sahaja (jual beli al-Musawamah).

3. Jika jual beli itu berbentuk tukaran barang (butter trade), maka modal
hendaklah berbentuk barang-barang mithli (barang-barang yang ada unit
serupa di pasar dengan harga yang sama) seperti barang yang disukat,
barang yang ditimbang dan barang yang dibilang. Barang ribawi (emas,
perak, gandum, tamar, barli dan garam yang dijual sesame jenis secara
berlebih kurang) tidak boleh dijual secara al-Murabahah kerana akan
menjadi riba.

4. Hendaklah aqad (kontrak) penjualan pertama sah. JIka aqad (kontrak) jual
beli pertama itu tidak sah,maka barang yang dibeli itu tidak boleh dijual
secara al-Murabahah kerana barang yang dibeli itu tidak berpindah milik
kepada pembeli pertama (penjual dalam kontrak al-Murabahah). Oleh itu,
penjual tidak boleh menjualnya sama ada dengan cara al-Murabahah atau
pun dengan cara-cara lain.

6.1 PENIPUAN HARGA

JIka penjual member kenyataan palsu tentang harga yang dibelinya atau tentang sifat
pembelian barang berkenaan,maka pembeli berhak membuat pilihan ( Haqqu al khiyar)
iaitu sama ada membatalkan kontrak al-Murabahah atau meneruskannya. Contoh
penipuan ialah seperti penjual mengatakan “Aku beli barang ini secara tunai”
sadangkan ia membeli secara hutang.

8|Page
7.0 NILAI POSITIF JUAL BELI AL-MURABAHAH

Jual beli mengambil untung (al-Murabahah) member kebaikan kepada umat islam:

1. Jual beli al-Muarabahah merupakan salah satu pilihan kaedah jual beli
kepada umat islam.
2. Membolehkan penjual mendapat untung yang halal yang diredhai oleh
kedua-dua belah pihak.
3. Membina budaya jual beli berteraskan amanah dan ukhwah (rasa
persaudaraan).
4. Menjalankan proses jual beli secara telus.
5. Mengelakkan penipuan.
6. Membolehkan umat Islam membangun ekonomi secara aktif dan berdaya
maju.

8.0 RUKUN AL-MURABAHAH

1. Melibatkan dua pihak yang berakad :-

Penjual dan Pembeli

a) Mukallaf ( akil dan baligh ).

Kanak-kanak sah akad jual beli jika melibatkan nilai yang sedikit ( mazhab
Hambali ) dan telah mumayiz ( mazhab Hanafi ).

b) Dengan kemahuan sendiri

c) Merdeka

d) Bukan daripada golongan yang ditahan hartanya kerana bankrap atau tidak
waras.

e) Beragama Islam jika bertujuan jual beli al-Quran dan al-Hadi

9|Page
2. Barang niaga      

a) Bersih dan suci

b)  Berfaedah

c)  Kepunyaan penjual atau wakilnya

d) Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli
bertangguh ( Bai'u Salam )

e)   Penjual dan pembeli mengetahui jenis, kadar, dan sifat barang jualan.

3. Harga

a) Bersih dan suci

b) Berfaedah

c) Kepunyaan penjual atau wakilnya

d) Boleh menyerahkan barang kepada pembeli ketika akad kecuali jual beli
bertangguh (bai’u salam)

e) Penjual dan pembeli mengetahui jenis kadar dan sifat barang jualan.

4. Ijab dan Qabul

a) Tidak diselangi dengan perkataan lain

b) Bersamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz

c) Tidak boleh dita’likkan

d)Tidak boleh dihadkan masanya.

10 | P a g e
8.1 BUKTI JUAL BELI AKAD AL-MURABAHAH DARI SUNNAH

Transaksi jual beli yang terjadi pada saat sahabat Nabi,  Abu Bakar
membelikan sebuah unta yang di perlukan Nabi Muhammad  SAW untuk hijrah ke
madinah dengan harga tawliyyah, yaitu harga pokok tanpa laba, karena sesungguh
nya Abu Bakar hendak menghadiahkan unta tersebut kepada Nabi, namun Nabi
Muhammad menolaknya dan membayar harga unta tersebut kepada Abu Bakar
sesuai dengan harga yang di beli oleh Abu bakar, tanpa tambahan. Implikasi dari
hadis ini adalah jual beli dapat dilakukan dengan harga pokoknya saja dan juga
dengan tambahan, dengan syarat pembeli mengetahui harga pokok dan harga
tambahannya.

9.0 KESIMPULAN

Dengan segala perkara yang telah dibentangkan, dapatlah disimpulkan bahawa


pada dasarnya transaksi Bay al-Murabahah adalah transaksi jual-beli yang mudah,
bukannya suatu skema pembiayaan, namun dengan diizinkannya pembayaran
transaksi murabahah dengan cara memenuhi syarat, maka Bank Syariah boleh
melakukan pembiayaan dengan akad murabahah, hanya apabila nisbahnya
memerlukankan untuk membeli suatu barang/komodity seperti rumah, kendaraan
roda dua atau kendaraan roda empat dan barang elektronik, bukan untuk modal
kerja atau working capital. Kalau ada Bank Syariah yang memberi pembiayaan
murabahah untuk keperluan modal kerja, dapat kita katakan disini bahwa Bank
Syariah tersebut sudah melanggar syarat dan ketentuan daripada prinsip ekonomi
syariah.

11 | P a g e
10.0 RUJUKAN

Hasil pencarian setiap ahli:-

1) www.scibd.com ………………………………………………………………(Rita)
2) Nibrahosen.multiply.com/journal/item/32/bay_al_murabahah………….(Muhd)
3) http:/ms.wikipedia.org/wiki/Murabahah……………………………………(Ashikin)
4) ( QS. Al-Baqarah 2:275 )…………………………………………………….(Rita)
5) http://infad.usim.edu.modules..................................................................(Dini)
6) INCEIF 2006, Applied Shariah in Financial Transactions, Topic 5
application of murabahah……………………………………………………(Azuan)
7) Buku ‘ SISTEM KEWANGAN ISLAM’ hasil pengarang Dr. Abdul
Mumin Abd. Ghani……………………………………………………………(Muhd)

12 | P a g e

You might also like