You are on page 1of 22

DIMENSI MORAL

OLEH :
NUR AMIRAH BT MOHD YUSOF
SITI FILZAH BT UMAR

UNIT:
PISMP KS JAN 08

PENSYARAH:
EN DZULKIFLI B AB SAMAD
PENAAKULAN
MORAL
 Kebolehan seseorang individu berfikir
secara logik terhadap sesuatu isu.

 Proses kematangan dalam membuat


keputusan atau pertimbangan terhadap
sesuatu situasi tanpa dipengaruhi oleh
emosi dan persekitaran.
• Penaakulan moral bermaksud proses
seseorang individu mencapai keputusan
tentang apa yang patut dilakukan dalam
sesuatu dilema moral (Rest 1976).

• Gibbs, Basinger dan Fuller (1992), mereka


mendefinisikan penaakulan moral sebagai
sebab-sebab atau justifikasi yang
dipegang oleh individu untuk
menghasilkan sesuatu keputusan moral
• Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral
(Pusat Perkembangan Kurikulum 1988 ),
penaakulan moral merupakan hasil yang penting
dalam pengajaran Pendidikan Moral

• Kohlberg (1975) mengatakan bahawa


penaakulan moral bukan sahaja merupakan
salah satu faktor yang menggerakkan tingkah
laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah
faktor paling penting yang pernah dikaji dan
terbukti dapat menggerakkan tingkah laku
moral. 
Umumnya..
 Penaakulan Moral (Moral Reasoning)
.Setiap insan moral berupaya membuat
penaakulan moral, iaitu suatu proses di
mana seseorang individu
memperkembangkan kebolehan
membuat pertimbangan dan/atau
keputusan moral yang matang dan
tersendiri tanpa dipengaruhi oleh
perasaannya dan pandangan orang lain
dalam suatu situasi moral.
semakin tinggi tingkat
penaakulan moral individu,
semakin tinggi kemungkinan dia
bertingkah laku moral.

Kohlberg (1975)
• Menurut ahli psikologi seperti Piaget
(1968) dan Kohlberg, proses penaakulan
moral melibatkan perkembangan moral
secara berperingkat, dari peringkat
seorang mematuhi peraturan moral
supaya tidak dikenakan hukuman oleh
pihak berkuasa sehingga ke peringkat dia,
sebagai orang yang berautonomi (bebas),
akan menepati peraturan moral selaras
dengan prinsip-prinsip moral yang sejagat
• kajian luar negeri melaporkan bahawa
perbincangan dilema moral memang
boleh meningkatkan peringkat
penaakulan moral (Gage & Berliner
1988).

• Kajian tempatan oleh Ruslin (1996) dan


Jeevajothi (1997) juga mendapati
pendekatan tersebut memang berkesan
untuk meningkatkan penaakulan moral
pelajar di sekolah menengah tempatan
• Perlu mempunyai kebolehan

 Memahami sesuatu isu moral.


 Kenal pasti alternatif yang ada dan
kesannya.
 Memberi pertimbangan yang adil
terhadap setiap pilihan alternatif.
 Memikirkan konsep nilai sejagat dan
rasionalnya.
Contoh situasi:

1) Hakim menjatuhkan hukuman


gantung sampai mati terhadap
sepasang suami isteri yang terlibat
dalam pengedaran dadah walaupun
pasangan tersebut mempunyai tiga
anak kecil yang masih memerlukan
perhatian.
EMOSI MORAL
• Emosi Moral memberi perangsangan
kepada seorang untuk bertindak
secara bermoral dengan yakin

• Merupakan sesuatu yang tidak dapat


diketepikan dalam suatu keputusan dan
tindakan moral kerana manusia
mempunyai perasaan.
 Menunjukkan kehalusan perasaan individu seperti
simpati, empati, murah
hati, motivasi dsbnya.

 Melibatkan kepentingan harga diri, kepentingan


kepedulian, kawalan
diri, menyayangi & disayangi.

 Menjadikan seseorang bertindak secara positif.


• Bukan semua perasaan boleh dikatakan
sebagai emosi moral, emosi moral hanya
merujuk kepada perasaan yang "betul"
yang melibatkan kerasionalan dalam
sesuatu situasi yang dihadapi.
Untuk menyuburkan emosi
moral,seseorang perlu:
• Memahami perasaan orang lain serta diri
sendiri dalam sesuatu situasi moral.
• Berupaya menyatakan dengan jelas
perasaan-perasaan yang timbul dalam
situasi itu.
• Membuat keputusan berdasarkan
perasaan yang betul bukan perasaan
yang tidak munasabah dalam situasi itu.
• Emosi moral dapat merapatkan
jurang perbezaan di antara
keputusan dan tingkah laku.
TINGKAH
LAKU
MORAL
• Tingkah Laku Moral ialah segala yang
dilakukan oleh individu berkaitan
dengan peraturan moral.

• Tingkah laku moral tidak terhad kepada


mematuhi sesuatu peraturan semata-
mata kerana ia satu peraturan, tetapi
haruslah berdasarkan pemahaman
sebab yang baik dan munasabah.
• Tindakan & keputusan yang ditunjukkan
dengan penuh rasa tanggungjawab
berdasarkan penaakulan & emosi moral.

• Merupakan dimensi yang menterjemahkan


penaakulan & emosi moral.
• Orang yang mempunyai penaakulan
moral tetapi tanpa tingkah laku akan
menjadi orang yang "cakap tak bikin".

• Begitu juga orang yang mempunyai


emosi tanpa tingkah laku hanya
mementingkan keselesaan diri sendiri
sahaja.

You might also like