P. 1
aktiviti psv

aktiviti psv

|Views: 289|Likes:
Published by Nurel Ainy

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Nurel Ainy on Sep 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/08/2013

pdf

text

original

AKTIVITI 4: TEKA SILANGKATA TEKA SILANGKATA Pada hari ini aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan di dalam bilik

darjah. Antara alasan yang diberikan adalah seperti tiada ruang di dalam bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas, aktiviti ini memerlukan perancangan yang rapi, kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya. “...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults...” - Alan Chamberlain (1986) Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Antara objektif permainan bahasa adalah merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, sebagai alat mengikis rasa bosan dan sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori ini diaplikasikan seperti pembelajaran konsep, pemikiran, taaklukan, penyelesaian masalah, pemindahan, pembelajaran kemahiran yang kompleks (greeno, Collins, Resnik, 1996, Mayor & Wittrock, 1996). Prinsip pembelajaran kognitif menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby, 1993). Lebih menumpukan kepada apa yang pelajar ‘tahu’ dan ‘bagaimana’ mereka

mengetahuinya. Seperti permainan teka silangkata, pelajar akan mengetahui apa yang mereka pelajari daripada pembayang soalan yang telah mereka pilih semasa undian. Pembelajaran satu proses yang aktif. Pelajar ada kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada senantiasa menentukan apa-apa yang akan dipelajari, diingati dan dilupakan. TAHAP AKTIVITI PELAJAR Teka silangkata ini adalah satu strategi pengajaran dan sesuai kepada pelbagai tahap pelajar. Namun begitu, aktiviti teka silangkata yang dihasilkan ini adalah lebih fokus kepada tahap pelajar yang sederhana. OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1. Sasaran utama pembelajaran menggunakan teka silangkata dilakukan di dalam kelas

adalah untuk memupuk minat pelajar dalam memahami topik berkaitan pembungkusan.
2. Merangsang dan menguji minda pelajar untuk berfikir dan menyelesaikan soalan yang

berkaitan topik pembungkusan yang telah diajar.
3. Menguji tahap penguasaan dan pemahaman pelajar terhadap konsep, jenis-jenis dan

permasalahan reka bentuk pembungkusan.

AKTIVITI GURU
1. Guru menghasilkan satu bentuk silangkata yang terdiri daripada 20 jenis soalan

berbentuk menegak dan melintang. 2. Silangkata tersebut menggunakan mounting board bersaiz A3, dimana terdapat kotakkotak kosong dan juga nombor soalan. 3. Terdapat satu huruf mewakili jawapan pada teka silangkata tersebut sebagai pembayang.

4. Soalan yang dikemukakan sebagai pembayang kepada teka silangkata tersebut akan digulung mengikut keseragaman dan kesesuaian serta dikumpulkan kesemuanya dalam satu balang.
5. Setiap jawapan yang telah dijawab oleh pelajar akan membentuk satu jawapan pada

silangkata tersebut. Guru akan memberikan sampul yang mengandungi penerangan dan ulasan daripada jawapan yang telah pelajar berikan.

CARA PERMAINAN
1. Permainan silangkata ini merupakan sebuah permainan untuk menyelesaikan perkataan

pada kotak-kotak kosong berpandukan kepada soalan-soalan yang diberikan.

Saiz A3 2. Seramai 40 orang pelajar akan dibahagikan kepada 5 kumpulan, dimana setiap kumpulan akan mewakili 8 orang.

3. Setiap kumpulan akan menerima 1 mounting board bersaiz A3 yang dilengkapi dengan silangkata.

4. Seorang pelajar di dalam kumpulan dikehendaki mencabut soalan undian yang di ambil

dari kotak yang disediakan.

5. Soalan undian tersebut akan dibaca oleh pelajar itu agar semua mendengar. Pelajar

tersebut dikehendaki melengkapkan silangkata berdasarkan soalannya. Masa diberikan 15 saat. 5 markah untuk jawapan yang betul, manakala 0 markah untuk jawapan yang salah.

6. Jawapan yang betul perlulah menggunakan huruf-huruf yang telah diberi dan disusun di

atas teka silangkata bersaiz A3 tersebut.

7. Sekiranya tiada jawapan, kumpulanya dikehendaki membantu dan jika tiada bantuan,

soalan dikemukakan kepada kumpulan lain secara sukarela.

8. Setelah pelajar menjawab soalan dan diberikan markah, pelajar perlu membuka lipatan

pada soalan dibahagian yang bertulis “TAMBAH INFO” dan ia mengandungi jawapan yang betul serta informasi mengenai jawapan kepada soalan teka silangkata tersebut.

9. Pelajar dikehendaki membaca dihadapan rakan-rakanya untuk berkongsi jawapan dan

informasi dari nota tersebut.

10. Markah setiap jawapan yang betul akan diambil kira untuk menentukan pemenang. Setiap

kumpulan menerima satu BORANG PEMARKAHAN TEKA SILANGKATA dan mereka akan mengisi markah yang mereka perolehi setelah menjawab soalan. Tujuan pemarkahan diambil adalah untuk: • Mengetahui tahap penguasaan serta pemahaman pelajar mengenai tajuk Pembungkusan. • Melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas serta dapat memperbaiki kelemahan dimasa akan datang. • • Mengenalpasti penglibatan pelajar dalam kerja berpasukan. Menguji aras pengetahuan pelajar berdasarkan soalan yang diberi.

PENERANGAN PEMBELAJARAN Pembungkusan ialah bekas untuk memelihara kualiti kandungan sesuatu benda atau barang. Pembungkusan terbahagi kepada dua jenis iaitu pembungkusan tradisi dan pembungkusan moden. Pada kebiasaannya pembungkusan tradisi, daun pisang digunakan untuk membungkus makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih. Daun palas pula digunakan untuk membungkus ketupat. Pandan atau mengkuang dianyam untuk digunakan dalam pembungkusan alat-alat jahitan atau barangan kemas. Pembungkusan moden, merangkumi pembungkusan seperti yang digunakan pada hari ini iaitu menggunakan bahan-bahan seperti kertas, plastic, kaca, kayu, atau logam. Seorang pereka pembungkusan perlu memastikan bentuk barangan yang hendak bersesuaian dengan produk seperti barangan keras, lembut atau cecair. Seterusnya, jenis barangan, kualiti dan kuantiti perlu diambil kira. Oleh itu, elemen-elemen grafik dalam pembungkusan itu membantu sesuatu pembungkusan itu berjaya ataupun tidak. Antara elemenelemen yang perlu dititikberatkan adalah warna, mukataip, bentuk pembungkusan dan reka letak. Setiap penerangan pada sesuatu barangan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej dan informasi kepada pelanggan untuk membeli.

REFLEKSI
1. Pelajar dapat melakukan aktiviti bersama-sama di dalam kelas, disamping dapat

mengeratkan hubungan sesama pelajar.
2. Diakhir permainan dijangkakan 90% pelajar dapat menyelesaikan teka silangkata dengan

memahami konsep, jenis-jenis dan permasalahan reka bentuk pembungkusan.
3. Pelajar dapat mempelajari dan memperingati keseluruhan pembelajaran pembungkusan

dalam suasana yang harmoni dan ceria.

LAMPIRAN ILUSTRASI (AKTIVITI – TEKA SILANG KATA)

Teka Silang kata

Soalan-soalan pembayang

Huruf-huruf yang digunakan

RUJUKAN

BUKU 1. Hassan Mohd Ghazali. 2007. Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd. 2. Zailani Yaacob dan Azimah A. Samah. 2007. Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 & 5. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

LAMAN WEB
1. http://www15.brinkster.com/affendi/new/hsigambar.htm

2. http://4teachers.org/

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->