Soalan esei memerlukan pelajar memberikan pandangan dan
mengolah jawapan. Pelajar dikehendaki mengemukakan idea dan fakta bagi menyokong jawapan mereka dalam konteks yang relevan dengan soalan. Oleh itu, tidak terdapat hanya satu jawapan yang tepat dan memenuhi keperluan soalan. Kesesuaian soalan bergantung kepada bagaimana pelajar mengolah jawapan dengan sokongan fakta-fakta. Dengan itu, pemeriksa perlu memastikan bahawa keobjektifan dan kesahan jawapan diberi perhatian yang teliti. Konsep ini mengandungi beberapa kriteria dan kaedah yang perlu diambil perhatian.
Secara umumnya terdapat 2 cara pemarkahan karangan dibuat:
1. Holistik - pemarkahan secara umum, tanpa memberi perhatian
kepada aspek khusus penulisan karangan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain. Cara ini lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan pelajar di pusat pengajian tinggi kerana pelajar di IPT sepatutnya sudah menguasai kemahiran menulis. Kesilapan bahasa adalah minimum.
2. Analisis- permarkahan yang menilai aspek kemahiran menulis
seseorang dengan melihat secara terperinci aspek-aspek tertentu. Kaedah ini seharusnya dipraktikkan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah menengah. permarkahan seperti ini penting kerana memberi maklum balas kepada pelajar tentang kualiti penulisan mereka dan aspek kelemahan mereka dalam penulisan karangan
Kaedah Pemarkahan
Pada umumnya, terdapat dua kaedah pemarkahan jawapan esei
yang boleh digunakan sama ada secara berasingan atau secara gabungan oleh pemeriksa. Kaedah permarkahan tersebut ialah kaedah analitik dan kaedah holistik (atau global).
Kaedah Pemarkahan Analitik
Kaedah analitik dikenal juga sebagai kaedah markah poin kerana
kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Dalam kaedah ini, markah diperuntukkan kepada unsur-unsur penting mengikut pemberatannya. Unsur-unsur penting yang merangkum kriteria kandungan, pengolahan, dan proses itu dikesan dan dimarkahi secara berasingan. lni bermakna bahawa jika unsur-unsur tiga kriteria tersebut banyak terdapat dalam jawapan calon, maka tinggilah markah yang akan diberikan kepadanya. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan kebersepaduan unsur- unsur berkenaan.
Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya
bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Skala pemarkahan yang digunakan ialah skala interval. Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu keobjektifan pemarkahan serta kebolehpercayaan dapat ditingkatkan.
Contoh Kaedah Pemarkahan Analitik
Nyatakan tiga jenis pencemaran. Cadangkan langkah yang boleh
diambil untuk mengatasai masalah tersebut.
Skema pemarkahan
Kriteria kandungan
a) Pencemaran air, udara dan bunyi.
(1 markah x 3 fakta = 3 markah)
Kriteria pengolahan
b) Punca pencemaran air.
Punca pencemaran bunyi.
Punca pencemaran udara.
(3 x 2 markah = 6markah)
Kriteria proses
c) Keaslian cadangan yang dikemukakan.
(2 x 3 markah = 6 markah)
Kekuatan Kaedah Analitik
a) Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian
markah dengan tepat terutama apabila terdapat lebih daripada seorang pemeriksa.
b) Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan
markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi atau rendah.
e) Pemarkahan lebih objektif. Ketekalan dapat dikekalkan
sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti. Kelemahan Kaedah Analitik
a) Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip