You are on page 1of 14

Agama Hindu

Asal agama hindu berasal dari nama sungai Shidu ataupun Indus. Hindu berasal dari
perkataan Him bermaksud peyiksaan dan Tu bermaksud berduka cita diatas penderitaan
orang lain.

Penganut hindu dan sarjana barat menegaskan bahawa hindu adalah agama yang
tertua didunia. Hindu juga merupakan sebuah agama yang begitu kompleks dan bersimpang
siur. Pelbagai mazhab, kitab pegangan yang ada di dalam ajaran ini. Seringkali disalah tafsir
bahawa mereka adalah agama yang berunsurkan politeisme iaitu agama yang mempunyai
banyak tuhan untuk disembah oleh mereka dan inilah kenyataan yang telah dikeluarkan
oleh sarjana barat. Akan tetapi penganut agama hindu tegas menolak pendapat ini dan
mengatakan tuhan mereka adalah satu iaitu Brahman.

Hindu menjadi sumber asas bagi kewujudan agama lain pada abad ke-6 sebelum
masihi iaitu agama Buddha dan Jainisme. Kedua agama ini bangkit dan menjadi pencabar
kepada konsep asal dalam agama hindu itu sendiri. Hindu merupakan agama yang tiada
pengasasnya dan ini disebut sebagai agama falsafah.

Jesteru agama hindu digelar santana-dharma bermaksud tiada mula dan tiada
akhirnya. Agama ini juga digelar sebagai dikenali sebagai usidika-dharma. Pada awalnya
hindu dikenali sebagai Santana atau Dharma. Di Bali, Indonesia agama ini juga dikenali
sebagai Hindu dharma. Walaupun terdapat banyak bijak pandai dan ahli sejarah di dalam
agama mereka namun mereka sendiri tidak dapat mengungkai asal usul hindu itu sendiri.

Dalam bab seterusnya penulis akan membincangkan tentang sejarah, konsep


ketuhanan, kitab-kitab, mazhab-mazhab, konsep syurga dan negara, dan dewa dewi dalam
agama yang terlalu kompleks ini.
Sejarah agama Hindu

Secara ringkasnya penulis akan menggunakan rangka masa untuk menerangkan


perkembangan agama Hindu.

Rangka masa perkembangan agama Hindu

2500-1500 S.M ketamadunan Lembah Indus

1750-1200 S.M Puak Aryan berhijrah ke Asia Tenggara; Kitab Veda pertama ditulis

400 S.M kitab Veda telah lengkap

800-300 S.M Upanishads ditulis

200 S.M-200 M Bhagavad Gita ditulis

300 S.M, 300 M Undang undang Manu ditulis, sistem Kasta diformulasi

600-1600 bangkit kesedaran dan bantahan terhada sistem Kasta

788-820 Shankara mengorganisasi Vedanta

1510 penjajah Portugis menakluk Goa

1556-1857 kemayshuran Empayar Moghul

1700 Inggeris meluaskan taklukan di India

1774-1833 era Ram Mohan Roy

1836-1886 era Sri Ramakrishna

1869-1948 era Mahatma Gandhi

Abad ke-19 ramai penganut Hindu berhijrah ke luar India; banyak penganut India
memilih agama Buddha dan Kristian sebagai anutan

Abad 20-21 kebangkitan nasioanalis Hindu membangkitkan ketegangan antara


Hindu, Kristian dan Muslim
Konsep ketuhanan

Agama hindu menggunakan pelbagai konsep ketuhanan dalam kepercayaan mereka.


Antaranya adalah monoteisme, pantisme bahkan ateisme juga diamalkan dalam mazhab
tertentu. Sarjana barat mendakwa agama hindu secara jelas berlandaskan konsep
politeisme kerana terdapat pelbagai jenis penyembahan dalam agama ini. Akan tetapi
konsep ini ditentang keras oleh mereka dengan alas an bahawa mereka hanya menyembah
tuhan yang satu dan selainnya adalah sembah syukur kepada dewa dewa dewi meraka.

Secara asasnya tuhan yang disembah dalam agama ini bernama Brahman. Brahman
mempunyai 3 sifatnya tersendiri iaitu Brahma(menciptakan) Vishnu(memelihara)
shivu(melebur). Terdapat juga sifat keperempuanan yang diberi nama sakhti atau devi.

Monoteisme

Secara umumnya agama ini menyembah tuhan yang satu iaitu tuhan Brahman. Mereka
menganggap Brahman adalah tuhan yang esa, dialah awal dan akhir, dialah yang
menjadikan dunia dan melenyapkannya. Dialah penentu kehidupan di dunia. Bagi mereka
Brahman berada di mana mana. Semuanya mesti tunduk dibawahnya. Dalam konsep ini
dewa dianggap sebagai malaikat dan membantu tugasan tuhan Brahman.

Pantiesme

Konsep ini menekankan bahawa tuhan bersatu dengan segala ciptaannya dan ini diibaratkan
air laut dan garam. Dalam kitab Hindu iaitu Upanishad, tuhan dikatakan tidak mempunyai
jasad, tiada tempat tinggal dan tuhan itu tidak tinggal di syurga.

Ateisme

Ada juga sesetangah mazhab di dalam agama hindu tidak mempercayai kewujudan tuhan.
Mazhap samkhya adalah mazhab yang langsung tidak membicarakan tentang tuhan dalam
mana mana kitabnya. Kitab mereka hanya membincangkan tentang kelahiran purusha dan
prakirti dan lahirlah makhluk lain di dunia.
Politeisme

Barat menyatakan bahawa agama hindu merupakan agama yang memiliki banyak tuhan.
Akan tetapi, hal ini disangkal keras oleh penganut hindu. Menurut mereka perbuatan ini
adalah salah berdasarkan kitab pegangan mereka.

Mazhab dalam Hindu


Dalam penyembahan, Penganut hindu dibahagikan kepada beberapa mazhab ataupun
ajaran. Setiap mereka menyembah tuhan yang berlainan. Seperti diterangkan sebelum ini
apabila tuhan Brahman dipecahkan kepada tiga sifat ia digelar Isvara. Konsep ini digelar
trimurti. Penganut hindu menyembah diantara tiga sifat Brahman tersebut. Dalam
penyembahan mereka dikategorikan kepada beberapa mazhab seperti di bawah.

Shaivisme

Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga
dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan
penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil
dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu. Mereka juga memuja tuhan matahari iaitu
dewa Surya.

Vaishnavisme

Pemujaan dewa Vishnu merupakan amalan paling popular di kalangan orang Hindu kerana
Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia.
Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula dan ia diramalkan akan kembali hidup
semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama
adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna. Penganutnya
memakai abu suci berbentuk U di dahi.

Shaktisme

Mazhab ini menghormati kaum ibu. Mereka memujua dewa Sakhti iaitu permaisuri Dewa
Siva.

Falsafah dalam hindu


Dibawah digambarkan secara terperinci tentang falsafah dalam agama hindu

Cabang utama dalam kefalsafahan hindu adalah Astika dan Nastika. Astika merujuk
kepada ajaran silam turun temurun atau dipanggil orthodox manakala Nastika pula merujuk
kepada ajaran yang diubah dari yang asal atau dipanggil heterodox. Sekarang kita tumpukan
kepada Astika dimana letaknya cabang cabang utama agama hindu, nastika pula sebaliknya
merujuk kepada cabang agama lain seperti Buddha, jaina dan carwaka.

Dalam nastika terdapat 6 falsafah dalam agama hindu iaitu Wedanta, Mimamsa,
Yoga, Samkhya, Waisiseka dan Nyanya. Wedanta dan Mimasa merujuk kepada kitab suci
Veda manakala Yoga, Samkhya, Waisiseka dan Nyanya tidak merujuk kepada kitab suci
Veda. Terdapat banyak perbazaan yang dilihat ketara antara mereka dari sudut pegangan
akidah, kitab pegangan dan sebagainya. Dibawah akan diterangkan tentang falsafah
tersebut.

Samkhya
Ajaran ini diilhamkan oleh Maharsi Kapila, beliau yang merupakan penulis
Saṁkhyasūtra. Di dalam kitab Bhagavatapurāna disebutkan nama Maharsi Kapila, putera
Devahuti sebagai pembangun ajaran Saṁkhya. Karya sastera mengenai Saṁkhya yang kini
diwarisi oleh ajaran Saṁkhyakarika tulis oleh Īśvarakrisna. Ajaran Saṁkhya ini sangat tua
umurnya, dan ini dibuktikan dengan termuatnya ajaran Saṁkhya dalam sastera-sastera
Śruti, Smrti, Itihasa dan Purana.

Kata Saṁkhya bererti pemantulan. Ajaran Saṁkhya bersifat realistik kerana didalam
ajaran mengakui bahawa dunia ini yang bebas dari roh. Ajaran ini juga disebut dualistis
kerana pegangan mereka bahawa terciptanya segala makhluk di dunia dengan lahirnya
purasa dan prakirti bagi mereka adalah realiti yang berbeza tertapi dapat bersatu.

Yoga

Ajaran Yoga dilahirkan oleh Maharsi Patanjali, dan merupakan ajaran yang sangat popular di
kalangan umat Hindu. Yoga berakar dari perkataan Yuj yang bererti berhubungan, iaitu
bertemunya roh individu (atman/purusa) dengan roh universal (Paramatman/Mahapurusa).

Mimamsa

Ajaran Mimamsa didirikan oleh Maharsi Jaimini, disebut juga dengan nama lain Purwa
Mimamsa. Perkataan Mimamsa bererti penyelidikan. Mereka melakukan penyelidikan
sistematik terhadap Veda. Mimamsa secara khusus melakukan pengkajian pada Brahmana
dan Kalpasutra.

Nyaya
Ajaran Nyaya didirikan oleh Maharsi Aksapada Gotama,penyusun kitab Nyayasutra.kitab ini
terdiri atas 5 adhyaya (bab) yang dibagi atas 5 pada (bahagian). Kata Nyaya bererti
penelitian analitik dan kritis. Ajaran ini berdasarkan pada ilmu logik, sistematik, kronologi
dan analitik.

Vaisiseka

Ajaran Vaisiseka dipelopori oleh Maharsi Kanada, penyusun kitab Vaisesikasutra. Pada
awalnya ajaran ini tidak bercampur dengan ajaran lain, setelah berkembang, akhirnya ajaran
ini bersatu dengan ajaran Nyaya.

Vedanta

Ajaran Vedanta juga disebut Uttara Mimamsa iaitu penyelidikan yang kedua, kerana ajaran
ini mengkaji bahagian bahagian dari Veda, yaitu Upanishad. perkataan Vedanta berasal dari
kata dari Vedasya dan Antah yang bererti pengakhiran dari Veda. Sumber ajaran ini adalah
kitab Vedantasutra atau dikenal juga dengan nama Brahmasutra. Pelopor ajaran ini adalah
Maharsi Vyasa, atau dikenal juga dengan nama Badarayana atau Krishna Dwipayana.

Dewa dalam hindu


Dalam kepercayaan hindu, dewa adalah makhluk suci, supernatural, penghuni kepada
syurga dan juga ibarat malaikat. Dewa juga adalah manifestasi dari tuhan Brahman. Asura
pula merupakan musuh kepada dewa.

Dalam hindu secara umumnya, penganut yang berpegang kepada falsafah advaita
Vedanta dan agama hindu drahma, dewa dianggap sebagai manifestasi kepada Brahman
dan para dewa tidak dipuja sebagai tuhan. Bagi mereka para dewa adalah sama darjatnya.
Berlainan pula dengan pegangan hindu dvaita, bagi mereka para dewa memiliki tugas
tertentu dan taraf tersendiri.

Perkataan “dewa” (deva) berasal dari perkataan “div” yang bererti “bersinar”. Dalam
bahasa Latin “deus” bererti “dewa” dan “divus” bererti bersifat ketuhanan. Dalam bahasa
Inggeris istilah Dewa sama dengan “deity”, dalam bahasa Perancis Dewa adalah “dieu” dan
dalam bahasa Italia adalah “dio”. Dalam bahasa Lithuania, perkataan yang sama dengan
“deva” adalah “dievas”. “Devi” (atau Dewi) adalah sebutan untuk Dewa berjenis wanita.
Para Dewa (jamak) disebut dengan istilah “Devatā” (dewata).

Dalam kitab suci agama hindu iaitu Rigveda ada menyebut bahawa ada 33 dewa
yang mana 33 dewa tersebut adalah antara tanda kebesaran Tuhan Brahman. Antara dewa
yang disebut dalam kitab tersebut adalah Indra, Agni, Waruna dan Soma. Dewa yang
tergolong di dalam golongan Asura juga disebut iaitu dewa Baruna.

Menurut ajaran agama hindu, para dewa ini telah ditugaskan oleh Tuhan Brahman
untuk mengawal dan mangatur alam. Antara tugas mereka adalah untuk mengawal dan
mengatur air, pi, angin dan sebagainya. Walaupun mereka ini mempunyai kuasa mengatur
alam, akan tetapi mereka ini tidak sedarjat dengan tuhan mereka. Di dalam kitab-kitab veda
ada dinyatakan bahawa para dewa ini tidak sama sekali dapat bergerak bebas melainkan
dengan izin dan kehendak daripada tuhan Brahman.

Menurut kitab suci Bhagawad Gita diterangkan bahawa, perbuatan memuja dewa
semata mata bukanlah amalan penganut yang baik. Dewa ini adalah menifestasi ataupun
dengan kata lain adalah perantara kepada tuhan, jester penganut mereka harus
menyembah dewa dengan niat bersyukur atas kuasa yang diberikan kepada dewa tersebut.

Antara dewa dewi dalam agama hindu


 Agni (Dewa api)
 Aswin (Dewa pengobatan, putera Dewa Surya)
 Brahma (Dewa pencipta, Dewa pengetahuan, dan kebijaksanaan)
 Candhra (Dewa bulan)
 Durgha (Dewi pelebur, istri Dewa Siva)
 Ganesha (Dewa pengetahuan, Dewa kebijaksanaan, putera Dewa Siva)
 Indra (Dewa hujan, Dewa perang, raja surga)
 Kuwera / Kubera (Dewa kekayaan)
 Laksmi (Dewi kemakmuran, Dewi kesuburan, istri Dewa Visnu)
 Saraswati (Dewi pengetahuan, istri Dewa Brahmā)
 Shiwa (Dewa pelebur)
 Sri (Dewi pangan)
 Surya (Dewa matahari)
 Waruna (Dewa air, Dewa laut dan samudra)
 Wayu / Bayu (Dewa angin)
 Wisnu (Dewa pemelihara, Dewa air)
 Yama (Dewa maut, Dewa akhirat, hakim yang mengadili roh orang mati)

Dewa utama dalam hindu


Brahma

Dewa brahma merupakan dewa pencipta. iainya merupakan salah satu daripada trimurti.
Brahma tinggal di brahmapura. Senjatanya pula adalah Gada. Dewa Brahma sering disebut
di dalam kitab Upanishad dan Bhagawadgita. Ciri-ciri umum dewa brahma adalah, memiliki
empat muka mengikut penjuru arah angin. Keempat muka itu malaungkan salah satu
daripada empat veda. Ia juga bertangan empat dan memegang teratai, kitab suci, tempat air
dan genitri. Kenderaan tunggangannya adalah angsa.

Vishnu

Dewa Vishnu adalah dewa pemelihara. Ia juga dikenali sebagai Narayan. Pasangannya
adalah Lakshmi. Vishnu tinggal di kediaman Vaikuntha. Senjatanya adalah Sudarshana
Chakra dan Kaumodaki. Tunggangannya adalah Garuda.

Shiva
Dewa Shivu adalah salah satu daripada Trimurti. Shivu adalah dewa pelebur. Ia melebur
sesuatu yang sudah lama dan sesuatu tang tidak layak berada di dunia. Ia tinggal di Gunung
Kailasha. Ciri cirinya adalah bertangan empat dan masing masing memegang trisula, cemara,
tasbih dan kendi. Ianya bermata tiga. Di kepalanya ada bulan sabit. Kenderaan
tunggangannya adalah lembu Nandini.

Amalan umum dalam agama hindu


Terdapat pelbagai ritual yang diamalkan oleh penganut agama ini. Antaranya adalah seperti
dibawah.

 Mereka akan berpuasa pada hari selasa dan jumaat.


 Mereka akan berpuasa selama 6 hari pada bulan November.
 Berpuasa pada perayaan thaipusam

Kepercayaan hindu terhadap syurga dan neraka

kebanyakan umat Hindu beranggapan bahwa di dalam ajaran Hindu tidak ada konsep
mengenai syurga dan neraka. Syurga dan neraka dalam pandangan Hindu amat jarang
diperbincangkan, kerana agama Hindu kerap hanya dipahami meyakini hukum kharmaphala
dan mempercayai Reinkarnasi ataupun kehidupan kembali setelah kematian.

konsep syurga dan neraka sebenarnya ada di dalam ajaran Hindu. Namun ia bukan menjadi
tujuan akhir bagi orang Hindu untuk ke syurga, tetapi menjadi seorang Moksha atau
bersatunya jiwa (Atman) dengan Sang Maha Pencipta (Brahman).

Syurga dalam Hindu seperti digambarkan dalam Weda adalah suatu tempat, satu dunia,
dimana cahaya bersinar, didalamnya tinggal masyarakat yang suci, dunia kebaikan, dunia
abadi.

Terdapat juga beberapa pemikiran hindu yang menyatakan syurga dan neraka bukanlah
sebuah tempat tetapi ianya adalah sebuah keadaan. Sepertimana orang itu di dalam
keadaan yang aman dan bahagia, maka dia sedang berada di syurga. Bagi orang yang
kehidupannya keluh kesah dan derita maka dia sedang berada di neraka.

Dalam kitab suci Hindu mengatakan bahawa Syurga merupakan persinggahan sementara.
Kitab Bagawad Gita mengatakan bahawa setelah menikmati Syurga yang luas , penduduk
syurga kembali semula ke dunia. Syurga adalah kesenangan sementara, sedangkan
kebahagiaan yang sejati adalah Moksha, bersatunya Atman (Jiwa) dengan Brahman (Sang
Pencipta)
Di dalam Hindu, kitab mereka sangat sedikit menjelaskan tentang konsep neraka kerana
mereka percaya reinkarnasi atau proses kelahiran kembali dan konsep Moksha. Neraka bagi
mereka adalah merupakan balasan yang diterima pada saat reinkarnasi atau dalam proses
kelahiran kembali. Setelah mati mereka diberikan dua pilihan berdasar pada perbuatan
mereka semasa hidup, iaitu reinkarnasai syurga atau reinkarnasi neraka.

Kesimpulannya, reinkarnasi syurga adalah proses kelahiran kembali dan mendapatkan


kehidupan yang lebih baik, reinkarnasi neraka pula adalah apabila mereka dilahirkan dengan
kehidupan yang lebih buruk.

Bagi umat Hindu, kehidupan adalah suatu perjalanan yang saling berhubungan dan berjalan
terus menerus. Hindu menjelaskan bahawa setiap manusia selalu diberikan kesempatan
untuk memperbaiki diri dalam beberapa kali dalam kehidupan dan kemudian mencapai
tujuan tertinggi dalam Hindu, iaitu Moksha.

You might also like