You are on page 1of 17

ASSALAMUALAIKUM…

ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM SUNGAI DI


KAMPUNG BAKONG-BAKONG
Post on Mei 13th, 2008 by teruntukmu-hatiku88

1. PENDAHULUAN

Dalam kalangan orang Sungai, perkahwinan merupakan satu perkara terpenting dalam
kehidupan mereka. Pada dasarnya perkahwinan merupakan satu proses hidup yang mesti
dilalui oleh semua orang, baik lelaki atau perempuan tanpa mengira taraf dan darjat.

Biarpun agama yang dianuti oleh orang Sungai, mengharuskan seseorang itu bercerai dan
membolehkan kedua-dua belah pihak itu berkahwin lain, tetapi pada umumnya perkahwinan
kali kedua merupakan perkara asing pada diri orang yang terlibat atau pada pandangan
masyarakat. Perkahwinan kedua mungkin terjadi dan dilalui oleh orang tertentu sahaja atas
sebab-sebab tertentu pula.

Atas pegangan seumpana ini, perkahwinan menurut pandangan orang Sungai adalah
merupakan satu tahap sejarah dalam hidup seseorang. Perkahwinan adalah sesuatu yang
murni, anugerah ilahi untuk membina sebuah mahligai yang harmoni. Tujuan utama
perkahwinan untuk membentuk komuniti kecil dalam sesebuah rumah tangga selain
memenuhi keperluan naluri manusia sebagai suami dan isteri. Kerana itu pada umumnya
perkahwinan dari kaca mata orang Sungai adalah sekali bagi seorang, lebih-lebih lagi kepada
kaum wanita. Bagi orang yang berkahwin berkali-kali, pada umumnya masyarakat masih
tidak dapat menganggapnya sebagai sesuatu yang lumrah. Kerana itu, perkahwinan perlu
dirancang, supaya segala upacara dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. Keizinan orang
tua perlu dipinta dan restu daripada mereka perlu diperoleh. Adat istiadat perlu dilalui dan
adat berkampung mesti dihormati.

Adat dapat didefinisikan sebagai peraturan yang biasa dipakai, dituruti atau dilakukan sejak
dulu kala oleh sesuatu masyarakat atau kaum. Adat diamalkan dalam kehidupan seharian
1

ataupun dalam sesuatu upacara.

2.ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN ORANG SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-


BAKONG, BELURAN, SABAH

2.1 Meninjau atau Merisik Tidak dapat dinafikan bahawa, langkah awal yang biasa
dilakukan oleh seseorang dalam proses perkahwinan ialah meninjau. Di mana ianya
dilakukan apabila seorang lelaki itu tertarik hati kepada seorang perempuan yang tidak
dikenali dan ingin memperisterinya, ataupun pada diri seorang lelaki itu telah timbul
keinginan untuk beristeri dan masalah pemilihannya diserahkan bulat-bulat kepada kedua ibu
bapa. Untuk tujuan ini, seorang wakil diperlukan.
2

1.1 Meninjau atau Merisik


Dalam adat istiadat orang Sungai, wakil ini biasanya terdiri daripada seorang perempuan
yang amanah, telah berumur dan boleh dipercayai. Tujuan amalan meninjau dilakukan adalah
untuk mendapatkan maklumat tentang diri perempuan yang hendak dikahwini. Melalui
amalan ini, seseorang lelaki itu boleh melihat keperibadian perempuan pilihannya
berdasarkan kepada beberapa aspek dan kriteria yang penting iaitu dari segi paras rupanya,
akhlak, tingkah laku, tabiat, sama ada telah berpunya atau belum, kesopanan atau adab tertib
terhadap orang tuan, taraf pelajarannya terutama dalam didikan agama, sama ada telah
khatam al-Quran, atau tidak dan sebagainya dan akhir sekali kerajinan mengurus rumah
tangga. Bagi kebanyakan orang tua-tua Sungai, latar belakang kedua-dua ibu bapa juga
diambil kira dalam hal mencari isteri. Walau bagaimanapun, tidak ada kaedah tertentu yang
mesti diikuti oleh wakil tadi. Untuk mendapatkan maklumat di atas, dia mungkin merisik dari
pekedai di kampung tempat perempuan itu tinggal kerana adakalanya pekedai di sesuatu
tempat itu merupakan penyimpan rahsia kebanyakkan pelanggannya. Di situlah tempat orang
tertentu berkumpul dan bercerita pada masa-masa lapang. Mungkin wakil tadi juga bertindak
sebagai seorang penjual kain yang menjaja dari rumah ke rumah termasuk rumah si
perempuan untuk menyaksikan sendiri keadaan yang sebenar. Kadang-kadang wakil tadi
bertandang ke rumah perempuan seperti tetamu biasa tanpa menjelaskan tujuan
kedatangannya yang sebenar. Kedatangan yang tidak teratur adalah lebih baik untuk
mendapatkan maklumat sebenar mengenai latar belakang si perempuan lebih-lebih lagi kalau
dia berpeluang bertemu dan berbual dengan si empunya diri. Begitu juga dengan pihak lelaki
tidak terlepas dari diselidik tentang latar belakangnya oleh pihak keluarga perempuan.
Kebiasaanya penyiasatan ini adalah berasaskan kepada, pertama, tentang rupa paras anak
muda itu dan umurnya sama ada layak atau padan menjadi menantunya dan juga sebagai
pasangan hidup anaknya. Kedua, mata pencarian atau pekerjaannya. Ketiga, tingkah laku dan
3

perangainya. Kempat, adab kesopanannya. Kelima, budi bahasanya. Keenam, taraf pelajaran
atau pendidikannya dan akhir sekali keturunannya. Bagi sesetengah orang Sungai, petua
menentukan hari masih dipegang dan diikuti sebelum melakukan sesuatu yang dianggap
besar termasuk urusan perkahwinan. Ini adalah kerana bagi orang Sungai, mereka
mempunyai langkah tertentu untuk memulakan tugasnya. Hari Isnin, Khamis dan Jumaat
adalah hari yang baik untuk tujuan tersebut. Biasanya untuk melakukan sesuatu pekerjaan
yang besar, perlu dilakukan pada hari-hari ini kerana dipercayai akan melahirkan natijah yang
baik. Jikalau upacara meninjau dilakukan pada salah satu hari itu, maklumat sebenar
mengenai diri perempuan dan keluarganya akan mudah diperolehi. Kalau didapati bahawa
wujudnya sifat-sifat yang diperlukan pada diri perempuan berkenaan, maka perancangan
seterusnya seperti urusan pinang meminang akan menjadi lebih mudah. Menurut petua orang
4

tua, semasa wakil tiba di rumah si gadis, didapati dia sedang mandi, ini merupakan petanda
baik. Dikatakan bahawa perempuan itu adalah sesuai dengan bakal lelaki yang hendak
dijodohkan dengannya dan dianggap "serasi" atau "sejuk". Ini adalah kerana air itu sejuk.
Sejuk melambangkan kedamaian. Di mana memberi erti bahawa pasangan itu kalau
dijodohkan kelak akan hidup dengan aman dan kekal. Sebaliknya kalau perempuan tadi
sedang memasak, keadaan sebaliknya dipercayai akan terjadi. Perempuan tersebut dianggap
tidak sesuai atau "panas". Api adalah lambang keganasan dan persengketaan. Kalau pasangan
itu disatukan hidup mereka dipercayai tidak aman, sering berlaku persengketaan yang
akhirnya mungkin membawa perceraian. Kalau semasa dalam perjalanan ke rumah
perempuan terdapat sesuatu kejadian yang boleh dianggap ganjil seperti kayu besar
merintangi jalan atau tanah runtuh menyekat jalan, ini merupakan petanda tidak baik. Sesuatu
yang buruk akan terjadi kalau pasangan tersebut disatukan. Walaupun demikian, pada
umumnya kalau dalam perjalanan itu wakil tadi berjumpa biawak besar iaitu satu jenis
binatang reptilia yang dianggap kotor memakan bangkai atau binatang bisa seperti ular
melintasi jalan di hadapan wakil pihak lelaki atau orang yang hendak pergi meninjau itu
terjatuh atau tergelincir dengan tidak semena-mena, maka ini semuanya adalah merupakan
petanda bahawa perkahwiman yang sedang dirancangkan itu akan berakhir dengan
kesengsaraan. Dalam keadaan begini, hasrat untuk meninjau itu lebih baik dibatalkan sahaja.

2.2 Merasi

Peringkat seterusnya di mana segala maklumat yang diperolehi melalui wakil dan si gadis
didapati sesuai menjadi pasangan si lelaki, pihak lelaki akan melakukan satu adat yang
dinamakan adat merasi. Adat ini dilakukan untuk mengetahui sama ada bakal pasangan
tersebut sesuai atau sebaliknya. Dan pada kebiasaannya dijalankan oleh bomoh, pawang atau
bidan.

Merasi adalah salah satu cabang menilik nasib. Adat seumpama ini biasanya dilakukan untuk
bakal pasangan yang belum saling mengenal dan sukar untuk mengetahui hati nurani pihak
lain. Terlalu banyak cara-cara untuk merasi. Ada yang mudah dan ada yang sukar dan
5

disokong dengan petua-petua tertentu. Antaranya ialah dengan menghitung nilai nama
pasangan yang hendak dijodohkannya. Hitungan itu berdasarkan ejaan huruf-huruf Arab di
mana setiap huruf itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Jumlah dari tiap nama
dicampurkan. Seterusnya, angka itu ditolak dengan angka 9 dan bakinya ditolak dengan 9.
Begitulah seterusnya hingga tinggal satu angka sahaja. Baki terakhir inilah yang dijadikan
penentu untuk mendapatkan kepastian tentang keserasian pasangan tadi.

Kaedah lain ialah dengan menjumlahkan nilai nama tiap-tiap seorang secara berasingan tetapi
tidak dijumlahkan kedua-duanya seperti di atas tadi. Sebaliknya nilai nama tiap-tiap seorang
itu dikurangi atau ditolak sembilan-sembilan hingga mendapat baki terakhir masing-masing.
Dari angka nilai ramalan dilakukan iaitu dengan mempertemukan angka lelaki dan angka
perempuan.

Selain dari itu, terdapat kaedah lain yang digunakan untuk merasi iaitu pihak lelaki ataupun
perempuan akan meminta pertolongan daripada orang yang ada memelihara jin di Kampung
Bakong-Bakong untuk membuat penilaian dan menentukan sama ada bakal pengantin lelaki
atau perempuan adalah serasi atau memiliki kriteria-kriteria yang baik atau sebaliknya.

2.3 Melamar

Segala urusan merisik dan merasi yang sempurna telah dilaksanakan dan hasilnya, pihak
lelaki berpuas hati dengan keadaan perempuan dan keluarganya, langkah seterusnya yang
haruss dilakukan ialah upacara melamar. Apabila saat yang ditentukan, utusan yang mewakili
ibu bapa pihak lelaki pergilah ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. Upacara ini
dilakukan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk melahirkan tujuan mereka yang
sebenarnya secara rasmi. Biasanya ibu bapa lelaki tidak pergi dalam peminangan ini, mereka
diwakili oleh ibu saudara sebelah ibu pihak lelaki. Sekiranya, ibu bapa dan bakal pengantin
lelaki tersebut ikut serta dalam rombongan melamar ini, maka keluarga perempuan
mengenakan denda sebanyak RM50.00 kerana melanggar adat. Sebelum sebarang
perbincangan melamar dimulakan, rombongan pihak lelaki hendaklah menyerahkan wang
sebanyak RM50.00 yang dikenali sebagai pembuka mulut. Di mana wang tersebut
diserahkan kepada wakil pihak perempuan. Selepas itu, perbincangan melamar ini boleh
dimulakan. Telah menjadi satu kebiasaan, seorang wakil tidak mengemukakan pertanyaan
mengenai si gadis secara terus terang kepada penjaga atau kedua ibu bapanya ketika mereka
memulakan perbualan. Namun demikian, dengan kebijaksanaan wakil tadi, sedikit sebanyak
akan diselitkan pertanyaan-pertanyaan mengenai diri si gadis di dalam perbualan mereka. Ini
boleh dilakukan secara tidak langsung tetapi mempunyai maksud untuk bertanyakan sama
ada si gadis sudah berpunya atau belum. Apabila dirasakan bahawa masa yang sesuai telah
tiba untuk menyatakan hajat sebenar, wakil tadi akan berterus terang. Pada kebiasaannya,
keputusan daripada pihak perempuan tidak diberitahu ketika itu juga, kerana pada amalannya
pihak ibu dan bapa atau penjaganya perlu berunding dengan yang empunya diri, iaitu bakal
pengantin perempuan dan dengan saudara-maranya yang dekat.

Di samping itu, ruang masa untuk memberikan jawapan ini boleh digunakan oleh pihak
perempuan untuk menyelidiki latar belakang lelaki yang melamar tadi, terutama
pekerjaannya dan perkara-perkara lain yang perlu. Pihak perempuan dengan cara tersendiri
akan cuba mendapatkan maklumat tentang diri lelaki termasuk merasi kalau difikirkan perlu
dan kalau masih berpegang kepada amalan tersebut.

2.4 Pertunangan

Setelah lamaran diterima, istiadat pertunangan akan menyusuli pada tarikh yang dipersetujui.
Ini bermakna pihak perempuan telah menerima lamaran pihak lelaki. Justeru itu pihak
lelaki hendaklah memberikan wang sebanyak RM50.00 yang dipanggil sebagai "Tudul
Taimak".

Dalam adat ini, hantaran tapak sirih merupakan satu bingkisan paling utama, penuh bermakna
lagi syahdu daripada bingkisan-bingkisan lain yang dipersembahkan oleh pihak lelaki kepada
pihak perempuan. Daun sirih terpilih dibentuk ialah berserta kelengkapannya iaitu kapur,
gambir dan buah pinang yang telah dikacip. Daun sirih diletakkan dalam sebuah tapak dan
dibawa bersama dengan hantaran lain.

Diantara barang hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki ialah :

1)Sirih junjung berserta sebentuk cincin.

2)Satu set bahan persolekan.

3)Bunga rampai.

4)Kuih-muih tradisional.

5)Buah-buahan.

6)Sebilah parang.

7)Kain putih satu set.

8)Sepasang kain baju, sehelai tuala dan telekung juga disediakan bersama.

1.2 Barang Hantaran

Barang-barang hantaran tadi dikepalai oleh pahar atau tapak yang berisi sirih atau disebut
juga sirih junjung dan diikuti di belakangnya oleh hantaran-hantaran lain. Setiap jenis
hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar. Pada kebiasaannya, bilangan barangan hantaran
berangka ganjil. Bilangan genap dipercayai memberi implikasi yang tidak baik terhadap masa
depan perkahwinan yang sedang dirancangkan. Kepercayaan seumpana ini tidak lagi diikuti
oleh kebanyakkan orang. Hantaran ini mungkin berjumlah 5, 7, 9, 11 dan seterusnya.
Bilangan yang biasa dibawa ialah 7 dan 9. Bilangan hantaran yang dibawa lebih banyak,
mungkinbergantung kepada kemampuan pihak lelaki.

1.3 Hiasan Hantaran

Rombongan lelaki disambut mesra setibanya di rumah pihak perempuan. Bingkisan


pertunangan diletakkan di tengah-tengah majlis, di hadapan sekalian hadirin. Ketua
perwakilan pihak lelaki duduk berhampiran dengan ketua perwakilan pihak perempuan. Sirih
junjung diletakkan di hadapan mereka. Setelah semuanya sedia, ketua perwakilanpun
menyatakan hajat kedatangan mereka yang sebenarnya. Kata-kata kiasan yang dapat dengan
kehalusan budi digunakan. Selalunya pantun pinangan dimulakan seperti berikut : ”Bunga
melur bunga berseri, Kembang harum subur menawan, Kami mengadap puak bestari, Untuk
memetik bunga di taman”.

Pantun dibalas pula oleh wakil perempuan :

”Ikan gelama ikan berduri,

Batang permai sarang tebuan,

Kami menerima kami memberi,

Kuntum kami hak tuan.”

Setelah tamat soal jawab dan pinangan diterima berbagai perbincangan lain diteruskan,
terutamanya tempoh pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi
takdir jika pertunangan itu putus atas sebab-sebab yang tertentu.

Rundingan seterusnya ialah mengenai belanja kahwin. Jumlah wang belanja kahwin ini pada
kebiasaannya ditentukan oleh pihak perempuan sekitar RM5,000.00 ke atas tidak termasuk
seekor lembu atau kerbau. la berdasarkan kepada gadis dan taraf keluarganya. Gadis yang
terpelajar atau yang bekerja dan mempunyai kedudukan yang baik, pada kebiasaannya, wang
hantaran kahwinnya lebih tinggi daripada gadis biasa yang kurang berpelajaran atau bekerja.
Pada adatnya, jumlah yang ditentukan itu diterima oleh pihak lelaki andainya difikirkan
munasabah dan dalam lingkungan keupayaannya. Jika berlaku sebaliknya dan keputusan
tidak dapat diberikan oleh wakil ketika itu, perkara tersebut akan ditangguhkan. Ada juga
pihak lelaki yang meminta agar wang hantaran dikurangkan. Dalam hal demikian,
perundingan boleh terhenti setakat itu sahaja, jika kedua pihak tidak mahu bertolak ansur.
Sebenarnya dalam hal bertolak ansur ini, faktor penentunya ialah keinginan kedua-dua belah
pihak hendak menjodohkan pasangan tersebut. Kalau kedua-dua pihak mahukan perkahwinan
itu berlangsung segala rundingan menjadi mudah, tetapi kalau misalnya pihak perempuan
berasa berat hendak meneruskan perkahwinan tersebut, maka belanja kahwin yang tinggi dan
tidak munasabah mungkin diletakkan sebagai salah satu helah untuk menolak. Rundingan
tersebut terbantut dan tamat setakat itu sahaja; atau penerimaan pinangan dari pihak lelaki
mungkin berlaku secara paksa.
Pada umumnya, rundingan mengenai hantaran belanja kahwin adalah mudah. Kedua-dua
pihak cuba menjadikan rundingan sempurna dengan satu penyelesaian yang memuaskan.
Pihak perempuan meletakkan kadar yang munasabah, tidak membebankan dan cuba
mengelak daripada timbulnya rasa kecil hati atau tidak puas hati pada pihak lelaki hingga
mungkin dikatakan orang menjual anak.

Ketika perbincangan di antara kedua-dua pihak berjalan, si gadis dengan berpakaian cantik
duduk di dalam sebuah bilik. Setelah pinangan diterima, istiadat menyarungkan cincin
dijalankan. Cincin disarungkan ke jari manis tangan kanan gadis oleh seorang daripada
6

saudara karib pihak lelaki, seperti kakak atau ibunya sendiri. Tunangnya juga dibolehkan
menyarung cincin di jari manis sekiranya mendapat persetujuan daripada ahli keluarga pihak
perempuan. Dengan tersarungnya cincin di jari, rasmilah pertunangan tersebut.

Apabila upacara meminang dan menyarung cincin tamat dan segala perbincangan telah
dipersetujui bersama, hidanganpun diangkat. Ketika hidangan dinikmati, waris-waris pihak
perempuan mengangkat dan membawa masuk pahar-pahar berisi barang-barang meminang
yang dibawa oleh pihak lelaki untuk dibalas dan disalin. Pada kebiasaannya pihak perempuan
tidak akan membalas kesemua bilangan hantaran pinangan, tetapi mengurangkan bilangan
dua pahar dari bilangan asal. Namun demikian, ada juga yang membalasnya dengan bilangan
7

sama atau lebih dua, bergantung kepada kehendak pihak perempuan. Pada lazimnya balasan
ini kurang harganya dari yang dibawa oleh pihak lelaki. Biasanya barang-barang itu adalah :

i) Sepasang pakaian persalinan untuk si teruna

ii) Sehelai kain samping

iii) Sehelai sejadah

iv) Sebiji songkok

v) Kuih muih dan lauk di dalam beberapa mangkuk dan dulang

1.4 Songkok

Setelah rombongan lelaki pulang, sanak-saudara yang hadir akan melihat barang-barang
hantaran daripada pihak lelaki. Mereka berunding mengenai kerja yang seharusnya dilakukan
8

pada hari perkahwinan nanti, lebih-lebih lagi kalau tempoh yang dipersetujui itu tidak lama.
Keluarga perempuan menjemput semua sanak-saudara yang hadir untuk datang bersama
menjayakan dan memeriahkan hari tersebut.

Seandainya berlaku di mana adik berkahwin dahulu daripada kakaknya, ini dinamakan
"langkah bendul", pihak lelaki terpaksa menyediakan sebentuk cincin dan sepasang
persalinan untuk bakal kakak iparnya itu. Ini adalah untuk menjaga hati kakaknya itu kerana
adik terlebih dahulu berkahwin sedangkan dia adalah yang lebih tua dari pengantin
perempuan. Kelazimannya, tempoh bertunang mengikut adat orang Sungai ialah tidak lebih
dari setahun. Seterusnya, pihak lelaki hendaklah memberikan wang RM80.00 setiap bulan
kepada tunangnya dan ini dinamakan belanja tunang. Namun begitu, jumlah belanja tunang
tersebut ditentukan oleh kedua-dua pihak.
Selepas upacara pertunangan dijalankan, maka sebagai penutupnya diadakan upacara bacaan
doa selamat. Disusuli dengan jamuan, Dan pada malamnya pula, pihak lelaki dimestikan tidur
satu malam di rumah pihak perempuan bagi tujuan untuk berkenalan dan mengeratkan tali
silaturahim diantara bakal pengantin lelaki dan ahli keluarga bakal pengantin perempuan.

3. PERSIAPAN HARI PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT ISTIADAT ORANG


SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN, SABAH.

3.1 Bangsal Penanggah Dan Tamu

Keperluan utama yang harus disediakan lebih awal adalah bangsal penanggah. Pada
kebiasaannya, bangsal penanggah ini didirikan semata-mata untuk keperluan tempat masak-
memasak bagi keperluan kenduri secara besar-besaran. Setelah majlis tamat, bangsal ini akan
dirobohkan, kecuali sekiranya si pemilik mempunyai rancangan lain sama ada
menggunakannya untuk majlis yang lain ataupun dijadikan tempat menyimpan barang-barang
seperti kayu api dan sebagainya. Keadaan ini juga bergantung kepada ruang dan kawasan
rumah.

1.5 Bangsal Penanggah

Pada kebiasaannya, bangsal didirikan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan


berlangsung. Adakalanya ia didirikan oleh tuan rumah sendiri dengan bantuan beberapa
orang jiran sahaja. Pada umumnya dan inilah yang sering dilakukan, ia didirikan dengan
kerjasama orang kampung. Di samping itu, bangsal didirikan untuk tempat menjamu para
jemputan.

Bangsal untuk menjamu para jemputan pada kebiasaannya yang didirikan sehari sebelum
majlis perkahwinan berlangsung. Bangsal itu boleh dibuka dan dipasang semula dengan
mudah pada bila-bila masa apabila seorang ahli itu memerlukannya. Kampung-kampung
yang tidak mempunyai bangsal tetamu yang boleh dipindah-pindahkan, terpaksalah mereka
menyediakan bangsal penanggah.

Bangsal penanggah merupakan bangsal yang digunakan di tempat tertentu sahaja dan tidak
boleh dipindah-pindahkan. Ini berlaku lantaran kesan dari masakan, menjadikan atapnya
hitam berminyak.

3.2 Memasang Gantung-Gantung Atau Perhiasan Rumah

Semua orang lelaki bergotong-royong memasang bangsal tambahan dan membuat bangsal
penanggah, orang perempuan di dalam rumah sibuk membuat pelamin tempat pengantin
bersanding. Biasanya, pelamin dibuat di tengah-tengah ruang rumah. Bilik pengantin pula
dihiasi indah. Katil berserta kelengkapan serba baru diatur indah termasuk kelambu gantung
yang dihias rapi. Di situlah sebahagian daripada wang hantaran pengantin lelaki dibelanjakan.
Kalau tinggi wang hantaran dipinta, maka makin mahallah kelengkapan yang disediakan
untuk bilik tersebut, begitulah sebaliknya. Sebahagian dari wang hantaran kahwin digunakan
oleh pihak perempuan untuk jamuan para tetamu. Di atas katil yang beralaskan kain serba
baru dan indah, akan diletakkan segala jenis hantaran dari pengantin lelaki untuk tatapan
mereka yang ingin melihatnya terutamanya kaum wanita.
Segala perhiasan dalam dan luar rumah tidak boleh ditanggalkan atau dibuka sebelum genap
tiga hari mjlis perkahwinan dilangsungkan. Pantang larang perlu diikuti dengan harapan
pasangan tersebut dipanjangkan umur dan jodoh mereka berkekalan.

3.3 Bunga Telur, Bunga Manggar Dan Lain-Lain

Dalam kesibukan membina bangsal dan menghiasi bilik pengantin, sebahagian orang
perempuan sibuk menyediakan bunga telur. Telur adalah merupakan salah satu keperluan
dalam adat istiadat perkahwinan orang Sungai. Sesuatu majlis perkahwinan itu dirasakan
tidak sempurna sekiranya para jemputan tidak diberi bunga telur setelah jamuan diangkat dan
mereka memohon diri.

Pada kebiasaanya, telur yang telah direbus dimasukkan ke dalam bekas-bekas cantik yang
boleh didapati di kedai-kedai dengan harga tertentu menurut kualiti masing-masing. Ada
kalanya bekas ini terdiri dari gelas-gelas kecil, bakul-bakul yang dianyam atau hanya
merupakan kertas kilat yang diperbuat khas untuknya. Selain jenis di atas, terdapat satu jenis
bunga telur lain yang perlu disediakan. Telur itu biasanya dihias indah dijadikan setangkai
buah yang mempunyai daun dan batang. Batang bunga telur itu diperbuat daripada buluh,
panjangnya lebih kurang satu jengkal setengah, dibalut dengan kertas emas kemudian di
buatkan daun dan rangka telur. Setiap tangkai diletakkan sama ada sebiji, dua biji atau tiga
biji telur. Bunga-bunga telur bertangkai indah itu, dicucukkan pada batang pisang dan
diletakkan di bahagian kanan dan kiri tempat pengantin bersanding.

1.6 Bunga Telur

Bunga telur bukan sahaja disediakan untuk tetamu tetapi juga untuk guru Al-Quran yang
pernah mengajar pengantin perempuan membaca Al-Quran sehingga khatam dalam satu
majlis khatam Al-Quran diadakan. Selain daripada ruang tamu dan bilik pengantin, tuan
rumah juga menghias halaman rumah dengan hiasan bunga manggar. Biasanya bunga
manggar ini dipacakkan di simpang ke rumah pengantin sebagai mercu tanda untuk para
tetamu yang datang. Daun kelapa juga digunakan sebagai pintu gerbang menandakan rumah
pengantin atau penggunaan kain rentang turut digunakan pakai bagi tujuan yang sama.

1.7 Bunga Manggar

Tidak ketinggalan juga dengan hiasan pada kereta pengantin yang dihiasi dengan bunga-
bunga reben, manakala untuk pengangkutan ahli rombongan pengantin sama ada van ataupun
bas dihiasi dengan daun kelapa.

3.4 Jamuan

Tidak kira siapa yang mengadakan majlis perkahwinan, jamuan yang disediakan untuk para
jemputan perlu disediakan. Persediaan jamuan ini bergantung kepada orang yang
menyediakannya sendiri, iaitu atas konsep dan pandangan bagaimana ia menganggap majlis
perkahwinan tersebut. Bagi orang yang mempunyai seorang anak, tidak kira lelaki atau
perempuan atau anaknya tinggal seorang sahaja lagi, perkahwinan tersebut merupakan majlis
perkahwinan terakhir dalam keluarga. Keluarga itu akan mengadakan majlis perkahwinan
secara besar-besaran, biarpun hasil pendapatannya tidak sesuai untuk menyediakan belanja
yang begitu besar. Begitu juga sebaliknya, ada yang menganggap bahawa jamuan ini
merupakan satu keperluan sampingan.
Di kawasan-kawasan kampung yang mempunyai hubungan keluarga yang rapat, persiapan
sesuatu majlis perkahwinan itu dibuat atas dasar gotong-royong. Dalam hal masak-memasak,
di sebuah kampung itu biasanya ada ketua masak khas yang dilantik secara tidak rasmi
dengan bantuan beberapa orang lain. Ketua inilah yang bertanggungjawab mengurus hal-hal
yang berkaitan dengan masak-memasak termasuklah urusan membeli semua barang
keperluan jamuan pada majlis tersebut. Beliau juga perlu memastikan bahawa setiap tetamu
yang hadir ke majlis tersebut dapat menjamu selera, jika keadaan sebaliknya, ia merupakan
satu keaiban kepada tuan rumah di atas kekurangan atau kejadian tersebut. Tambahan
pula, kejadian seperti ini akan menjadi buah mulut orang kampung untuk satu jangka masa
yang panjang.

4. UPACARA SEBELUM HARI PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT


TRADISIONAL ORANG SUNGAI DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN.

4.1 Upacara Memandikan Pengantin Kali Pertama

Upacara ini dilakukan oleh ”Mak Andam” yang telah dijemput. Banyak kaedah yang
dilakukan oleh mak andam untuk upacara ini. Diantaranya ialah dengan membersihkan badan
pengantin terlebih dahulu. Mak andam menggunakan tepung tawar yang direnjiskan kepada
pengantin tersebut. Selepas itu, barulah dibilas dengan air yang telah dijampi dari hujung
rambut sehingga hujung kaki.

1.8 Mandi Bunga

Kaedah lain yang digunakan oleh mak andam ialah dengan memasukkan bunga-bunga yang
terdiri daripada tujuh jenis bunga yang berbau harum. Kemudian, bunga dimasukkan dalam
air mandi yang telah disediakan. Selepas itu selawat akan dibacakan kepada air bunga
tersebut dan bakal pengantin terbabit dimandikan kemudiannya.

4.2 Malam Berinai

Tempoh masa malam berinai berlangsung sama ada tiga hari sebelum hari perkahwinan atau
malam sebelum majlis perkahwinan. Biasanya upacara ini dilakukan diantara pukul 8 malam
hingga 10 malam. Malam berinai ini dilakukan sekali sahaja bagi pasangan tersebut. Dalam
majlis ini, pengantin akan mengenakan pakaian yang cantik-cantik dan diminta untuk duduk
di pelamin seorang diri. Kedua-dua hujung jari bakal pengantin diletakkan di atas peha.
Kemudiannya, jari tangan dan kaki bakal pengantin akan diinai. Bahan-bahan yang
digunakan adalah Inai, Bertih, Beras kunyit dan beberapa tangkai Daun Seribu yang diikat.
Tujuan berinai bagi suku kaum Sungai agar pengantin kelihatan lebih suci dan bersih serta
kelihatan cantik.

5. UPACARA PADA HARI PERKAHWINAN DALAM ISTIADIAT ORANG SUNGAI


DI KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN, SABAH.

5.1 Upacara Memandikan Pengantin Kali Kedua

Pada pagi hari perkahwinan, dua-dua pengantin dimestikan mandi di sungai kerana majoriti
penduduk kampung ini tinggal berhampiran dengan air sungai. Semasa pergi ke sungai dan
balik ke rumah, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tidak dibenarkan memijak tanah.
Di sepanjang perjalanan mereka ke pangkalan dan pulang ke rumah, mereka akan diusung
atau di "kokkong" (mengikut istilah bahasa Sungai) dengan iringan bunyi-bunyian seperti
kompang atau kulintangan. Tujuan mandi tersebut itu sama ada untuk mandi penyeri muka
dan lebih penting ialah Tok Imam akan menjirus air kepada kedua-dua pengantin bagi tujuan
untuk mengunci air kecil. Ini adalah untuk membantu kedua-dua pengantin ini supaya tidak
timbul perasaan untuk membuang air kecil di sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung.
Pengantin yang telah siap mandi akan dihiasi dengan alat-alat persolekan yang sesuai dengan
kulit, bentuk muka dan dipakaikan dengan pakaian yang ditempah, biasanya yang sesuai
dengan warna kulit. Kemudian baru dipakaikan dengan barang-barang kemas.

1.9 Pengantin Disolek Oleh Mak Andam

Sebelum disolekkan, selalunya pengantin sekali lagi akan diberi air penyeri muka. Air
tersebut akan digunakan sebagai pembasuh muka dan dilakukan sebanyak tiga kali. Setelah
itu barulah upacara menyolek akan dimulakan. Pengantin tidak boleh melihat muka di
cermin, ketika diandam kerana ini akan menyebabkan hilang seri muka. Bahan-bahan
buangan seperti telur dan Iain-lain yang telah digunakan dibungkus dan dibuang ke sungai,
sebaik-baiknya di sungai yang mengalir airnya. Bulu roma dan rambut hendaklah ditanam.
Adalah dipercayai bahawa segala sial yang ada di badan ada pada bahan-bahan tersebut.
Bahan-bahan tersebut, hendaklah dibuang jauh-jauh atau ditanam dan tidak boleh dilangkah
oleh sesiapapun. Berdasarkan kepercayaan seumpana ini, upacara ini juga dianggap sebagai
upacara membuang sial.

5.2 Majlis Khatam Al-Quran

Tujuan asal mengadakan majlis ini merupakan satu majlis pengiktirafan tamatnya pengajian
seorang murid oleh guru, pengiktirafan kebolehan membaca al-quran sama ada dapat
membaca dengan lancar, fasih, betul makraj, lagu dan lain-lainnya yang berkenaan dengan
ilmu membaca al-Quran. Dalam majlis ini, pengantin perempuan dan lelaki dengan pakaian
indah berwarna serba putih diapit oleh gurunya bagi memulakan majlis. Amalan ini
dimulakan dengan membaca satu surah dan apabila bacaannya tiba ke ayat yang ketiga
sebelum akhir pada surah yang tersebut, para hadirin terutama guru, akan ikut sama
membaca. Pada surah yang panjang, mereka ikut membaca ketika pengantin membaca di ayat
kedua sebelum akhir. Begitulah seterusnya, sehingga semua surah-surah pendek itu tamat
dibaca. Untuk upacara penutupnya, guru al-Quran membaca surah al-Fatihah dan diikuti
dengan doa khatam al-Quran. Khatam al-Quran ini diakhiri dengan puji-pujian. Biasanya
puji-pujian ini dilakukan oleh guru yang mengajar pengantin mengaji. Berikut merupakan
sebahagian dari bunyi puji-pujian iaitu :

"Selamat Khatam Quran diucapkan,

Tiga puluh juzuk yang ditetapkan,

Mudah-mudahan Tuhan kurniakan,

Nikmat Syufaat kita sekalian.

Quran itu sangat mulia”

”Kitab Allah Tuhan yang kaya, Mengandungi pelajaran berbagai gaya, Menjauhkan diri dari
bahaya”.
Setiap rangkap lagu ini akan disambut dengan rangkai kata "Amin, Amin, Amin ya-Allah,
Amin, ya-Allah. Insya Allah." Setelah selesai istiadat berkhatam ini, maka pengantin
perempuan dan lelaki pun di bawa masuk ke bilik untuk bersalin pakaian.

5.3 Akad Nikah

Untuk melangsungkan upacara akad nikah ini, langkah pertama yang dilakukan oleh ahli
keluarga pengantin ialah menentukan bulan yang sesuai untuk mengadakan majlis akad nikah
ini. Bulan yang paling sesuai ialah pada bulan Rabiul Awal atau bulan Maulud. Ini adalah
kerana hari perkahwinan yang dilakukan pada bulan ini dipercayai baik dan diberkati oleh
Allah s.w.t sempena dengan kelahiran junjungan baginda Rasulullah s.a.w yang

membawa rahmat kepada sekalian alam. Langkah seterusnya ialah menentukan hari yang
paling sesuai untuk mengadakan majlis pernikahan. Salah satu caranya ialah dengan
menurunkan nama orang yang berkenaan dengan huruf Jawi. Tiap huruf tadi dipadankan
dengan nilainya seperti yang dilakukan dalam salah satu kaedah merasi yang telah disebutkan
sebelum ini.

Selepas itu diturunkan nama-nama hari-hari yang ada, dengan dimulakan pada hari Ahad.
Berikan nilai 1 bagi hari Ahad yang pertama hinggalah bertemu dengan nilai yang sama
dengan nama orang yang berkenaan. Seterusnya, majlis akad nikah ini akan disusuli. Untuk
upacara majlis ini, tidak ada masa yang ditetapkan, majlis akad nikah boleh dijalankan pada
waktu pagi, petang atau malam. Begitu juga dengan lokasi pernikahan boleh dijalankan di
mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai seperti di rumah pengantin perempuan, masjid atau
di Pejabat Agama Daerah. Pada hari pernikahan ini, barang-barang hantaran termasuk wang
hantaran kahwin, wang mahar atau mas kahwin yang perlu dibawa oleh rombongan
pengantin lelaki. Barangan hantaran ini bergantung kepada ketetapan yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua belah pihak. Kecuali untuk wang mahar atau mas kahwin, jumlahnya tetap
menurut negeri masing-masing. Wang mahar ini akan dijelaskan oleh pengantin lelaki
sebelum akad nikah dilangsungkan. Contohnya di Sabah, wang mahar atau mas kahwin ialah
RM100.00. Oleh yang demikian, wang hantaran yang dihantar perlulah disertai oleh barang-
barang lain seperti berikut:

i. Wang mahar atau wang mas kahwin,

ii. Wang hantaran atau belanja kahwin,

iii.Sebentuk cincin bertakhta berlian,

iv.Persalinan pengantin wanita,

v. Satu set alat solek termasuk kasut,

vi.Sirih selengkapnya,

vii.Bunga rampai,

viii.Buah-buahan,

ix. Kuih muih


Cara mengiringi pengantin lelaki untuk pernikahan adalah hampir sama dengan yang
dilakukan ketika menghantar bingkisan pertunangan. Rombongan pengantin disambut oleh
pihak pengantin perempuan. Semua hantaran diletakkan di tengah-tengah majlis dimana
pengantin duduk di hadapan imam beralaskan tilam kecil empat segi yang bersulam benang
emas. Setelah semuanya diperiksa dan didapati cukup seperti yang telah dipersetujui dengan
disaksikan oleh wakil pihak pengantin perempuan, barulah akad nikah dijalankan oleh wali
atau oleh wali hakim, iaitu orang yang dilantik oleh kerajaan, seperti naib kadi, ataupun kadi
sendiri. Sebelum pernikahan dijalankan, imam akan mengisi borang nikah dengan butir-butir
yang diperlukan seperti nama pengantin lelaki dan pengantin wanita. Dua orang saksi nikah,
wali dan juru nikah. Termasuk dalam butir-butir yang dicatatkan ialah nama saksi yang
menerangkan hal pengantin lelaki dan dua saksi yang menerangkan hal pengantin perempuan.
Dicatatkan juga tentang tarikh pernikahan, jumlah mas kahwin, tunai atau hutang, belanja
hantaran dan status pengantin wanita, sama ada janda atau dara. Termasuk dalam butir
keterangan ialah nama, nombor kad pengenalan, umur dan tempat tinggalnya sekali.

Selepas itu dengan diiringi oleh wali, imam menemui pengantin perempuan yang menunggu
di bilik, bertanya sama ada dia suka dan rela dikahwinkan dengan lelaki berkenaan. Apabila
telah siap segala-galanya, imam akan kembali duduk di tempatnya semula. Semua saksi
diminta duduk berhampiran dengan pengantin lelaki dan imam agar mereka semua dapat
menyaksikan dan mendengar pernikahan yang hendak dilakukan.

1.10 Akad Nikah

Sebelum pernikahan dilakukan, imam akan bertanya kepada pengantin lelaki tentang
beberapa hal yang berkaitan dengan pernikahan, seperti rukun nikah dan Iain-lain lagi.
Setelah itu, imam akan membaca khutbah nikah. Setelah tamat, imam akan menunjukkan
cara bagaimana hendak menjawab nikah yang seharusnya dilakukan oleh pengantin. Setelah
pengantin mengangguk mengatakan faham, maka imampun menikahkan pasangan berkenaan.
Setelah pengantin menjawab seperti yang dikehendaki, imam akan bertanya kepada semua
saksi sama ada mereka semua puas hati dengan jawapan yang diberikan. Sekiranya saksi-
saksi mengatakan puas hati, maka sempurnalah majlis tersebut. Segala ayat-ayat yang
dilafazkan oleh imam dalam akad tadi dinamakan ijab, manakala jawapan pengantin tadi
dinamakan lafaz kabul. Imam mengucap syukur kerana pengantin selamat diijabkabulkan.
Kemudian imam akan membawa doa selamat dengan diaminkan oleh para hadirin.

Setelah upacara akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki dipersilakan masuk ke bilik
pengantin. Namun begitu, dalam istiadat orang Sungai yang dipanggil Zam-zam di mana
pihak lelaki perlu membayar RM40.00 sebagai dendaan untuk membuka tirai di bilik
pengantin perempuan dan pengantin lelaki dibenarkan masuk untuk upacara membatalkan air
sembahyang iaitu menyarungkan cincin dijari manis isterinya dan aktiviti bersalam-salam.

Dia akan diiringi oleh pengapitnya berangkat masuk menemui pengantin perempuan yang
telah sedia menunggu. Pengantin perempuan berpakaian serba indah sejak dari awal majlis
perkahwinan. Tiada kaedah tertentu yang mesti diikuti oleh pengantin lelaki dalam menjalan
upacara ringkas ini. Adakalanya pengantin perempuan duduk di atas sebuah bangku atau di
atas katil dengan kaki berpijak ke lantai dan pengantin lelaki datang bersalam dengannya
dalam keadaan berdiri. Kemudian, pengantin perempuan mencium tangan suaminya.

1.11 Membatalkan Wuduk Dengan Bersalam


Kadang-kala, pengantin lelaki dipersilakan duduk di atas katil dengan kakinya memijak lantai
dan didatangi oleh pengantin wanita bersimpuh rapat di hadapannya dengan penuh khusyuk.
Pengantin wanita akan menundukkan kepala dan bersalam, dengan kedua-dua belah tangan
sambil tunduk mencium tangan suaminya. Ada juga pengantin lelaki yang mencium dahi
isterinya sebelum meninggalkan bilik. Istiadat ini dinamakan istiadat membatalkan air
sembahyang.

5.4 Majlis Jamuan

Semasa para jemputan datang, tuan rumah akan menyambut mesra dan dipersilakan duduk di
lantai. Tuan rumah berdiri sedia menanti di satu tempat yang membolehkan semua orang
yang datang, dapat menemuinya dan bersalam dengannya. Setiap orang atau keluarga yang
datang akan memberi sumbangan yang berupa wang tunai ataupun hadiah berbentuk
barangan yang telah dihias indah. Wang tersebut dilipat dan diletakkan di tapak tangan lalu
diberi ketika bersalam. Adakalanya wang tadi dimasukkan dalam sampul surat terlebih
dahulu. Sumbangan boleh diberi ketika datang atau ketika hendak balik. Jumlah sumbangan
tidak ditentukan jumlahnya dan bergantung kepada jumlah yang lazim diberi oleh masyakarat
setempat, latar belakang ekonomi para jemputan dan hubungannya dengan tuan rumah.
Orang perempuan, terutamanya teman-teman pengantin perempuan, lebih banyak memberi
hadiah berupa barangan kepada pengantin perempuan.

1.12 Jamuan Makan

Bagi tetamu yang uzur dan tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan, akan mengirim wang
kepada tuan rumah melalui orang-orang tertentu. Sebagai balasannya, tuan rumah akan
mengirim makanan dalam bungkusan berserta dengan beberapa biji bunga telur. Tambahan
pula, bagi tetamu yang hadir akan diberikan bunga telur sebagai tanda terima kasih kerana
menghadiri majlis perkahwinan.

6. PERSANDINGAN DAN UPACARA SELEPASNYA

6.1Majlis Bersanding

Bersanding merupakan upacara kemuncak daripada seluruh adat istiadat perkahwinan.


Sebelum rombongan pengantin lelaki itu dibenarkan turun dari kereta untuk diarak ke rumah
pengantin perempuan. kereta yang dinaiki olehpengantin lelaki ini dimestikan membuat
pusingan atau dikenali sebagai putar naga sebanyak tiga kali di halaman rumah pengantin
perempuan dengan diiringi oleh bacaan selawat ke atas Nabi. Tujuannya untuk memberitahu
kepada umum bahawa rombongan pihak lelaki telah sampai.

Acara ini bermula dengan perarakan rombongan pengantin lelaki dengan iringan Kompang,
kulintangan, Gong dan bunga manggar di sepanjang perjalanan ke rumah pengantin
perempuan. Dua orang kanak-kanak akan berjalan di kanan dan kiri pengantin dengan
9

memegang bunga manggar. Pengapit pengantin sentiasa memayunginya. Di belakang


pengantin ialah rombongan yang mengiringinya, yang terdiri daripada kaum wanita dan
kanak-kanak diikuti di belakang oleh kaum lelaki. Mereka mula menapak perlahan-lahan
mengikut rentak langkah pengantin. Barang-barang pengantin yang diisi dalam beg dibawa
bersama. Pemain-pemain kompang berjalan mengiringi pengantin di sebelah kanan dan kiri.
Kedatangan pengantin disambut dengan taburan beras bertih dan beras kunyit yang
dilakukan oleh wakil pengantin perempuan. Acara tersebut biasanya dilakukan oleh salah
seorang daripada saudara pengantin yang telah berumur seperti nenek atau emak saudaranya.
Ketika ini rombongan pengantin akan berjalan semakin perlahan.

1.13 Iringan Kompang

Selain dari itu juga, terdapat dua atau tiga orang lain yang meminta wang tebusan masuk di
muka pintu. Setelah laluan-laluan tersebut dibuka, pengantin akan berjalan secara perlahan-
lahan dan terus dibawa menuju ke pelamin. Sebelum dibenarkan duduk, istiadat menebus
pelamin dijalankan. Pengantin tidak dibenarkan duduk sebelum pelamin ditebus. Ketika ini
pengantin wanita duduk tegak di atas pelamin dengan mata tunduk ke bawah menantikan
kedatangan pasangannya. Di sebelahnya duduk mak andam untuk meminta wang tebusan
pelamin. Mak andam tidak akan bangun sehingga pengantin lelaki membayar wang tebusan
pelamin. Di sini tidak ditetapkan jumlah yang perlu dibayar. Hanya mak andam sahaja dapat
menentukan jumlahnya, tetapi pengantin lelaki melalui pengapitnya masih boleh menawar
tentang jumlah ini dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam sampul surat. Setelah yakin
dengan jumlah wang yang dimintanya, mak andam berdiri sambil mempersilakan pengantin
lelaki duduk mengambil tempatnya di sebelah kiri pengantin perempuan. Sementara itu, mak
andam akan berdiri tegak di sebelah pengantin perempuan sambil mengipas perlahan-lahan.
Sebahagian wang menebus pelamin yang diterima oleh mak andam hendaklah disedekahkan
manakala sebahagian lagi digunakan untuk kegunaaan diri.

1.14 Bersanding

Kemudian mak andam memulakan majlis dengan upacara menyuapkan nasi semangat
kepada pengantin yang sedang disandingkan. Garam diambil sejemput lalu disuapkan ke
mulut pengantin lelaki dituruti dengan pasangannya. Kemudian mak andam mengambil
sedikit pulut kuning dan melakukannya seperti yang dilakukan sebentar tadi. Upacara ini
diulang sebanyak tiga kali.

Selain dari itu, istiadat bagi darah ayam di mana kedua-dua kaki pengantin lelaki dan
perempuan disuruh memijak talam yang berisi darah ayam supaya pasangan itu bahagia ke
akhir hayat mereka tanpa sebarang masalah atau mala petaka timbul.

6.2 Makan Damai

Setelah selesai upacara bersanding, satu lagi istiadat dilangsungkan yang dinamakan istiadat
makan damai. Majlis ini hanya dihadiri oleh beberapa orang saudara mara rapat kedua-dua
pengantin. Di mana pasangan pengantin ini dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan enak
yang disediakan khas untuk pasangan pengantin ini. Upacara ini dimulakan apabila pengantin
perempuan menghulurkan tempat membasuh tangan kepada pengantin lelaki dan
mencurahkan air setelah diberi isyarat oleh mak andam. Kemudian barulah pengantin
perempuan membasuh tangan sendiri. Kemuncak majlis ini ialah ketika upacara suap
menyuap dilakukan. lanya dimulakan dengan pengantin perempuan menyuap makanan,
biasanya nasi ke mulut pengantin lelaki dengan bantuan mak andam yang mengampu tangan
pengantin dan menghala ke mulut pengantin lelaki. Begitulah sebaliknya yang akan
dilakukan oleh pengantin lelaki terhadap isterinya dengan bantuan pengapitnya. Perkara ini
dilakukan silih berganti untuk beberapa kali.

Mengikut adat orang Sungai, semua peralatan yang digunakan dalam makan damai tersebut
hendaklah dibasuh dan disimpan dengan cermat oleh kaum keluarga terdekat bagi
mengelakkan peralatan itu pecah atau rosak kerana ditakuti sesuatu malapetaka atau tragedi
buruk berlaku keatas pasangan pengantin tersebut.

6.3 Istiadat Menyembah Selepas majlis ini tamat, kedua-dua pengantin akan melakukan
istiadat menyembah. Kedua-dua pengantin akan datang menemui kedua-dua ibu bapa
pengantin wanita dan tunduk bersalaman dalam keadaan duduk sambil mencium kedua-dua
tangan mereka. Kemudian pasangan tersebut akan bersalaman dengan saudara yang hadir.

6.4 Upacara Makan Damai Upacara ini dilakukan pada malam hari persandingan yang
mana dihadiri oleh teman-teman pengantin yang biasanya rakan-rakan sepejabatnya. Majlis
ini biasanya bermula dari 8.00 malam. Sebelum majlis ini bermula, pasangan pengantin akan
bersanding sekali lagi di mana persandingan bagi dipertontonkan kepada orang ramai bagi
kemuncak majlis perkahwinan tersebut. Tidak ada iringan kompang, tetapi diiringi dengan
alunan muzik daripada kumpulan kugiran, ghazal serta peralatan muzik tradisional. Biasanya
majlis keramaian akan berlangsung di sepanjang malam itu dengan adanya majlis tari menari
hingga ke waktu pagi. Majlis tari menari biasanya diiringi dengan lagu joget di mana
pasangan pengantin dengan diringi oleh para pengapitnya juga tidak terkecuali untuk terlibat
dalam aktiviti ini. Acara seterusnya ialah acara nyanyian, pertunjukan pencak silat, tarian
darling-darling, joget, semazau dan sebagainya. Dalam majlis ini, pengantin lelaki berpakaian
kot manakala pengantin perempuan akan berpakaian gaun labuh dan bertudung dengan
mahkota di atas kepala. Semuanya berwarna putih termasuk sarung tangan dan kasut yang
dipakai. Setelah turun dari pelamin, kedua-dua pengantin akan dibawa turun ke balai atau
khemah tempat semua jemputan telah sedia menunggu. Majlis makan malam dimulakan
setelah pengantin memotong kek perkahwinan. Setelah majlis tamat, kedua-dua pengantin
berdiri dan bersalaman dengan para hadirin yang akan pulang.

6.5 Adat Istiadat Pengantin Malam Pertama

Mengikut adat orang Sungai pada malam pertama pengantin, katil mereka mestil dialaskan
dengan kain cadar berwarna putih. Tujuannya untuk menentukan kesahihan sama ada
pengantin perempuan tersebut masih gadis, masih anak dara, masih ada selaput dara yang
hanya boleh ditentukan, diketahui oleh suaminya sahaja.

Sekiranya didapati pengantin perempuan bukan lagi seorang gadis maka pengantin lelaki
akan memilih salah satu jalan sama ada menceraikan isterinya dan meminta ganti rugi semua
kos perbelanjaan perkahwinan daripada pihak keluarga perempuan atau berdiam diri tutup
mulut dan meneruskan perkahwinan itu tanpa membuat sebarang tindakan.

7.ADAT ISTIADAT BERTANDANG (TINGKUANG) ORANG SUNGAI DI


KAMPUNG BAKONG-BAKONG, BELURAN. SABAH

Lazimnya istiadat bertandang dilakukan tiga hari selepas majlis perkahwinan berlangsung.
Menurut adat orang Sungai, kedatangan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki
perlu dimulakan dengan pemberian sebentuk cincin dan didarahkan dengan darah ayam
supaya panjang umur dan jodoh berkekalan.

Istiadat bertandang atau tingkuang yang lebih dikenali sebagai istiadat menjemput menantu
dilakukan di rumah pengantin lelaki. Di kebanyakkan tempat, majlis perkahwinan di rumah
pengantin wanita adalah lebih meriah berbanding dengan sambutan yang dilakukan di rumah
pengantin lelaki. Ketika bertandang, pengantin perempuan menjadi tanggungjawab suaminya
kerana peranan mak andam telah tamat. Dia akan diandam oleh saudara mara ataupun teman-
temannya sahaja. Meriah atau tidaknya majlis bertandang ini adalah bergantung kepada
keputusan ataupun perbincangan pihak pengantin lelaki, sama ada mengadakan secara besar-
besaran atau setakat ala kadar sahaja. Sesetengah ibu bapa menyambut kedatangan
menantunya dengan doa selamat sahaja yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran
sekampung, tetapi wajib mengadakan majlis persandingan.

1.15 Pengantin Sampai Tempat Pihak Lelaki

atau Bertingkuang

Apabila kedua mempelai sampai di perkarangan rumah ibu bapa pengantin lelaki, mereka
disambut dengan iringan kompang, bunga manggar dan juga taburan beras kunyit. Kemudian
selepas tujuh hari majlis perkahwinan ini berlalu, barulah kerja-kerja merobohkan bangsal
penanggah tamu dijalankan. Kerja-kerja memulangkan peralatan yang dipinjam atau disewa
seperti pelamin, kerusi meja dan sebagainya juga dilakukan.

7. KESIMPULAN

Penyerapan unsur tamadun benua India ke atas penduduk Tanah Melayu berlaku dalam satu
tempoh yang begitu lama. Penyerapan ini terjadi sedikit demi sedikit dan diamalkan lalu
dijadikan sebahagian cara hidup orang Melayu di seluruh Malaysia termasuklah orang Sungai
di Kampung Bakong-Bakong, Beluran, Sabah.

Pada masa yang sama, segala bentuk amalan budaya itu juga menerima proses perubahan
menurut keadaan tertentu, bergantung kepada penyesuaian masyarakat tersebut dan keperluan
semasa. Ini termasuklah latar belakang pendidikan yang diterima. Semuanya ini boleh
mengubah segala rupa bentuk kebudayaan yang dimiliki. Semakin tinggi daya pemikiran
sesebuah masyarakat, maka semakin banyaklah unsur kepercayaan yang membina pantang
larang, adat istiadat dan upacara-upacara tertentu.

Menyentuh tentang adat istiadat perkahwinan orang Sungai, segala bentuk upacara, pantang
larang dan sebagainya saya berpendapat ianya adalah adunan dari pengaruh-pengaruh
Hindu dan unsur-unsur animisme, selain pengaruh Islam dan Barat yang datang kemudian.
Walau bagaimanapun, pantang larang yang diamalkan dan jampi mantera yang dibaca oleh
Mak Andam dan Tok Imam serta penggunaan bahan-bahan tertentu seperti beras kunyit,
bertih, inai dan seumpamanya adalah di antara usaha-usaha yang bertujuan ke arah
kebaikan untuk melindungi pasangan pengantin dari gangguan makhluk-makhluk halus
manakala upacara lain seperti bersanding, makan suap, dan sebagainya adalah untuk bersuka-
suka disamping mengeratkan lagi hubungan kedua-dua pengantin yang baru dinikahkan.

Mungkin terlalu sukar bagi seseorang itu hendak menyatakan mengapa majlis bersanding itu
perlu diadakan, dan apa pula perlunya pengantin lelaki duduk di sebelah kanan pengantin
perempuan. Seterusnya, kenapa perlu mengadakan majlis makan berdamai

selepas melakukan majlis persandingan? Jawapan-jawapan tertentu mungkin ada, tetapi

bukan merupakan sesuatu yang dapat diberikan secara lojik dan dapat diterima serta
meyakinkan.
Seseorang mungkin boleh menjawab bahawa majlis persandingan itu dilakukan untuk
memperkenalkan kedua-dua pasangan pengantin kepada orang ramai dan majlis makan damai
bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri yang baru bernikah. Kalau
inilah hujah yang diberikan maka sebenarnya masih banyak jalan lain untuk memperkenalkan
pasangan pengantin kepada orang ramai. Mengikut kajian saya, apa yang lebih jelas ialah
bahawa adat istiadat perkahwinan yang dilakukan oleh orang Sungai tidak lebih dari untuk
bersuka ria serta mengikut adat warisan datuk nenek mereka dahulu kala, bak kata pepatah
Melayu "Biar mati anak, jangan mati adat". Secara tidak langsung, adat istiadat perkahwinan
orang Sungai di Kampung Bakong-Bakong, Beluran, Sabah telah menyedarkan kepada
masyarakat umum tentang asal usul sebahagian daripada amalan budaya orang Sungai yang
selama ini begitu dipertahankan, sehingga ramai yang merasakan bahawa majlis perkahwinan
itu tidak lengkap tanpa majlis berinai, bersanding dan sebagainya.

BIBLIQGRAFI

Abdul Jalil Ali. 2004. Pesona Pengantin. Kuala Lumpur : Karangkraf

Amran Kasimin. 1989. Istiadat Perkahwinan Melayu Satu Kajian Perbandingan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementrian Pendidikan Malaysia.

Daud Baharum. 1992. Kamus Mutakhir Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

Mohd Ghouse Nasuruddin. 1991. Muzik Melayu Tradisi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

1Daud Baharum, 1992, Kamus Mutakhir Bahasa Melayu, Petaling jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd., Hlmn. 2.

2Amran Kasimin, 1989, Istiadat Perkahwinan Melayu Satu Kajian Perbandingan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia, Hlmn. 25.

3Ibid.

4Ibid, Hlmn. 29.

5Ibid. Hlmn. 33.

6Abdul Jalil Ali, 2004, Pesona Pengantin, Kuala Lumpur: Karangkraf, Hlmn. 52.

7Ibid. Hlmn. 66.

8Ibid.

9Mohd. Ghouse Nasuruddin, 1991, Muzik Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlmn. 77.

You might also like