You are on page 1of 10

Apakah penyelidikan?

Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan
baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan
dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat
baru.

(Ahmad Mahzan Ayob, 1983)

Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu


fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran
yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati
semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan
penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah.

(Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)

…usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk
memecahkan sesuatu persoalan tertentu, atau hanya sekadar ingin mengetahui samada
wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu.

(J. Supranto, 1986)

In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to show
something that was not known before. However small, however modest the hoped for claim to
knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and self-critically, the search
for knowledge is research.

(Bassey, 1990)

Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan kajiselidik adalah satu
langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah. Langkah sistematik
ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas penyelidikan. Seseorang mungkin
melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi tindakan tersebut tidak akan membawa
sebarang makna yang berkesan sekiranya proses langkah sistematik diabaikan.

(Dr. Asaruddin Hj Ashaari, 1989)

Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif, bukan
subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain perkataan, penyelidikan yang
bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran
manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancaindera manusia.

 
Ciri-ciri penyelidikan

 Menambahkan ilmu pengetahuan


 Melalui pemerhatian,pengumpulan data/maklumat tentang sesuatu fenomena dan
mengeluarkan prinsip-prinsip yang teguh untuk menerangkan fenomena tersebut dengan
menyatakan sebab dan akibatnya.
 Bergantung semata-mata kepada logik penakulan akal manusia dan mesti berdasarkan
kepada fakta semata-mata atau andaian-andaian yang dianggap munasabah menurut
proses pemikiran manusia.
 Mesti boleh diulangi oleh penyelidik lain dengan menggunakan kaedah yang sama atau
boleh diulangi secara empirikal.
 Laporan secara objektif (tanpa emosi) dengan bahasa yang tegas.

Langkah-langkah utama dalam penyelidikan

1. Kenalpasti masalah dan nyatakan objektif


2. Cadangkan hipotesis atau penyelesaian
3. Kumpulkan keterangan/data
4. Analisis data
5. Melaporkan keputusan

Tujuan penyelidikan.

 Membantu manusia memahami sesuatu masalah.


 Menyampaikan idea dan maklumat kepada ahli masyarakat melalui laporan yang jelas.
 Menilai laporan penyelidikan dan mengendalikan penyelidikan yang serupa (jika ada)
untuk mendapatkan bukti yang lanjut oleh penyelidik lain.
 Data yang dikumpulkan melalui penyelidikan dipergunakan sebagai asas untuk membuat
keputusan oleh orang yang menjalankan penyelidikan atau pihak lain (penaja).
 Exploratory studies - to explore or investigate little understood phenomena and discover
the important underlying patterns, themes, and factors which affect them.
 Explanatory studies - the researcher is interested in explaining the forces causing a
particular phenomenon, and in identifying important events, beliefs, attitudes, and/or
policies which might be shaping the phenomenon.
 Predictive studies - involves the planned investigation of the outcome of a particular
prediction or set of predictions.
 The main purposes of research is to develope new knowledge.

Penyiasatan
Tidak banyak perbezaan antara penyiasatan dan penyelidikan kerana masing-masing mencari
kebenaran dan bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan atau maklumat baru. Perbezaan yang
wujud adalah dari segi metodologi dan jenis masalah. Kedua-duanya berjalan dengan teratur
mengikut langkah-langkah tertentu. Penyiasatan adalah lebih bersifat 'penyelidikan bagi sesuatu
kes'. Oleh itu penemuannya boleh digunakan hanya untuk kes itu sahaja atau kes yang sama
dengannya. Penyiasatan tidak membuat keputusan atau kesimpulan mengenai alam. Penyiasatan
juga tidak menegakkan prinsip dasar tentang ilmu atau teori.

Pengertian penyelidikan

Kemajuan yang dicapai di dunia ini adalah hasil dari penyelidkan yang dijalankan oleh
manusia. Kehidupan seharian manusia juga sentiasa dipengaruhi oleh hasil-hasil
penyelidikan. Penyelidikan sentiasa dilakukan oleh seluruh lapisan masyarakat manusia.
Organisasi kerajaan dan swasta sentiasa menjalankan penyelidikan yang dirancang
dengan teliti untuk memperbaiki lagi perkhidmatan dan produktiviti masing-masing.
Ahli-ahli antropologi pula sentiasa menjalankan penyelidikan tentang kesan-kesan
tinggalan tamadun silam untuk mengetahui corak kehidupan dahulukala. Penyelidikan-
penyelidikan dijalankan samada untuk mengetahui apa yang sedang, telah dan akan
berlaku bagi menambahkan pengetahuan manusia. Ada manusia mendapat pengetahuan
baru secara spontan, melalui pengalaman dan wahyu dari Allah, tetapi terdapat manusia
yang memperolehi pengetahuan melalui metod yang logik untuk mendapatkan
generalisasi yang dinamakan pengetahuan.

Erti dan kegunaan data

Kebanyakan orang yang berkerja di industri tidak menyedari tentang nilai penyelidikan
pemasaran yangmembawa keuntungan kepada sesebuah syarikat serta menolong menjauhinya
dari bencana-bencana yang dialami tanpa penyelidikan.

(Electronic and Power, May, 1970)

Oleh kerana sesuatu anggapan atau andaian itu mungkin benar atau salah dan akan digunakan
untuk membuat keputusan, maka anggapan yang berupa hipotesis itu harus diuji terlebih dahulu
dengan cara mengumpul data dan kemudian menggunakan asas-asas pengujian tertentu untuk
mengujinya. Sesuatu penyelidikan sering dijalankan untuk menguji hipotesis atau anggapan yang
mungkin benar atau salah. Anggapan yang salah akan menghasilkan keputusan yang salah. Data
dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu keadaan atau persoalan. Di dalam kehidupan
seharian, seseorang itu sering membuat keputusan. Oleh itu sesuatu keputusan yang hendak
dibuat perlulah berdasarkan kepada hasil penyelidikan agar tidak mendatangkan kesan buruk
kepada orang lain. Pada dasarnya, data itu merupakan satu alat yang digunakan sebagai asas
untuk proses membuat keputusan atau memecahkan persoalan-persoalan. Keputusan yang baik
hanya boleh diperolehi dari pembuat keputusan yang baik dimana keputusan tersebut dibuat
berdasarkan kepada data yang baik.

Kategori penyelidikan

Penyelidikan dikategorikan kepada dua:

1. Penyelidikan asas
2. Penyelidikan gunaan

Penyelidikan Asas

 Semata-mata untuk menambahkan ilmu pengetahuan manusia.


 Penyelidikan yang mempunyai tujuan intelek untuk memperkembangkan ilmu
pengetahuan.
 Penyelidikan ini berdasarkan keinginan untuk mengetahui sesuatu.
 Penyelidikan tentang alam sekelilingnya tanpa tujuan khusus untuk menyelesaikan
sesuatu masalah.
 Meliputi penyelidikan tentang mukabumi, dasar lautan, angkasa lepas dan cakerawala.
 Bersifat statik sekiranya teori yang ditemui tidak dapat diuji oleh ahli penyelidik
penyelidikan gunaan. Jika diuji dan tidak tepat/benar, para penyelidik penyelidikan asas
akan melakukan semula penyelidikan asas untuk memperbaiki model atau teori mereka.

Penyelidikan Gunaan

 Untuk mendapatkan pengetahuan baru untuk faedah dan manfaat manusia.


 Bertujuan untuk mengumpul maklumat atau pengetahuan yang akan digunakan
seterusnya.
 Sentiasa menggunakan teori sebagai titik tolak dan teori itu lahir dari penyelidikan asas.

Penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan sering perlu memerlukan dan saling kait mengait
antara satu sama lain
CADANGAN PENYELIDIKAN

 Seseorang penyelidik perlu menyediakan cadangan penyelidikan terlebih dahulu sebelum projek
penyelidikan dilaksanakan. Cadangan boleh disediakan secara ringkas atau terperinci mengikut
keadaan tertentu. Sekiranya penyelidikan yang akan dijalankan adalah persendirian, cadangan
penyelidikan bolehlah disediakan secara ringkas sahaja, sebaliknya jika penyelidikan itu
memerlukan peruntukan luar, bantuan kewangan, material dan tenaga - cadangan penyelidikan
perlulah disediakan dengan terperinci.

 Tujuan cadangan penyelidikan disediakan adalah untuk dinilai oleh pihak penganjur bagi tujuan
pembiayaan dan kelulusan. Cadangan penyelidikan juga perlu dibentangkan sebagai kertas kerja
dalam seminar untuk diteliti dari pelbagai aspek terutamanya dari segi metodologi.

 Sesuatu cadangan penyelidikan yang terperinci perlulah mempunyai perkara berikut:

1. Tajuk Penyelidikan

 Menerangkan secara ringkas dan tepat tentang masalah dan skop kajian. Sebaik-baiknya hadkan
perkataan tidak melebihi sepuluh perkataan sahaja. Elakkan penggunaan rangkai kata seperti
‘Suatu kajian...’ atau ‘ Suatu analisis...’

2. Kenyataan Masalah

 Tujuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada
sesuatu persoalan. Dalam kenyataan masalah, perlu dinyatakan sedikit latarbelakang perkara
yang hendak diselidiki seperti sejarah, yang berhubung dengan masalah itu. Juga dinyatakan
mustahaknya masalah yang dikaji dan implikasinya jika dibiarkan begitu sahaja. Tujuan
kenyataan masalah juga adalah untuk cuba mengorientasikan pemikiran atau menarik perhatian
pembaca kepada masalah yang mahu diselesaikan dalam penyelidikan kita. Ia juga bertujuan
untuk menguatkan kepentingan masalah yang dikaji. Oleh itu kenyataan masalah bertujuan untuk
meyakinkan penyelia atau penaja yang akan membiayai penyelidikan. Dalam kenyataan masalah
juga kita perlu menekankan tajuk penyelidikan yang telah dipilih itu benar-benar berguna kepada
pihak-pihak tertentu. Jika cadangan penyelidikan itu ditujukan kepada penaja, kenyataan masalah
tidak perlu terlalu panjang, cukup satu paragraf sahaja. Tetapai jika untuk tujuan ilmiah, maka
kenyataan masalah perlu ditulis dengan panjang lebar, merangkumi banyak aspek dan
mengandungi data perangkaan serta maklumat-maklumat yang berdokumentasi. Cara penulisan
juga perlulah secara ilmiah. Faedah kenyataan masalah ialah membantu kita menyediakan
objektif penyelidikan dan keseluruhan kenyataan masalah tadi dapat dijadikan sebahagian dari
laporan penyelidikian kelak iaitu dalam Bab1 di bawah pendahuluan atau pengenalan.

 Elakkan daripada membesar-besarkan kepentingan masalah tersebut secara berlebihan.

3. Objektif Penyelidikan

 Objektif penyelidikan meliputi aspek-aspek yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam
sesuatu penyelidikan. Biasanya disebut objektif umum (matlamat) dahulu sebelum dituliskan
objektif khusus. Objektif khusus adalah bersifat lebih terperinci, tegas dan berkaitan rapat
dengan objektif umum. Objektif penyelidikan perlulah;

 Menggariskan sempadan atau skop sesuatu penyelidikan


 Mencadangkan atau menjelaskan cara-cara melaksanakan penyelidikan.
 Membayangkan keadaan atau sifat daripada hasil akhir sesuatu penyelidikan kepada
pembaca.
 Memperkenalkan siapakah yang menjadi pembaca/pelanggan kepada penyelidikan itu.

4. Hipotesis/soalan kajian

Hipotesis adalah ramalan atau andaian yang berdasarkan kepada logik. Soalan kajian adalah
alternatif kepada hipotesis sekiranya hipotesis tidak dapat dibentuk dari tajuk penyelidikan.

5. Kesignifikanan kajian

Menghubungkan kepentingan penyelidikan dengan kehidupan seharian.

6. Ulasan Bahan rujukan.

 Penyelidik perlu membuat penyelidikan perpustakaan (literature research) untuk menentukan


samada penyelidik lain pernah membuat kajian yang sama, atau yang ada hubungan dengan tajuk
yang telah dipilih. Ini dapat mengelakkan pertindihan tajuk/bidang/skop penyelidikan berlaku.
Semasa menulis cadangan penyelidikan, ulasan bahan rujukan, penyelidik tidaklah perlu menulis
dengan panjang lebar, cukup sekadar ringkasan mengenai kedudukan ilmu pengetahuan masa
kini mengenai tajuk yang telah dipilih, merangkumi teori mengenai perkara yang sama, baik di
kawasan itu atau kawasan lain di Malaysia dan luar negeri. Keutamaan harus diberikan kepada
karya-karya tempatan atas tajuk yang sama atau hampir sama. Jika tidak ada, tinjaulah karya-
karya luar negeri.

7. Metodologi atau Kaedah

Metodologi penyelidikan ialah bagaimana tiap-tiap satu objektif penyelidikian itu hendak
dicapai. Metodologi penyelidikan perlulah menyatakan;

 Jenis maklumat (data) yang akan dikumpulkan.


 Bagaimana data tadi akan dikumpulkan, samaa daripada sumber utama atau sekunder.
 Kawasan geografi yang hendak dikaji dan alasan mengapa lokasi itu dipilih.
 Bagaimana data yang dikumpul itu dianalisis supaya setiap satu maklumat penyelidikan
dapat dilaksanakan sepenuhnya.
 Jenis rekabentuk persampelan.

8. Anggaran Belanjawan dan Jadual Kerja


 Ialah butiran tentang perbelanjaan yang dijangka akan ditanggung oleh penaja atau penyelidik
bagi menjalankan kajian. Jadual kerja yang terperinci diperlukan supaya penaja atau penyelia
dapat mengikuti perkembangan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penyelidik. Perlu
dinyatakan tarikh sesuatu kerja yang akan dilaksanakan seperti merangka soalselidik, menemu
ramah, menghantar soalselidik dan mengumpulkannya, pengolahan data dan menulis laporan.

Ringkasan:

1. Tajuk Penyelidikan
2. Kenyataan Masalah
3. Objektif Penyelidikan
4. Hipotesis/soalan kajian
5. Kesignifikanan kajian
6. Ulasan Bahan Rujukan
7. Metodologi/Kaedah penyelidikan
8. Anggaran Belanjawan dan Jadual Kerja

Susunan cadangan penyelidikan (proposal) mengikut bab:

Bab 1: 1 hingga 5

Bab 2: 6

Bab 3: 7 dan 8

QUESTION CONTENT

 Behaviour
 Beliefs
 Attitudes
 Attributes

WORDING QUESTION

1. Simple?
2. Shortened?
3. Double-barreled?
4. Leading?
5. Negative?
6. Respondent likely to have the necessary knowledge?
7. Have the same meaning for everyone?
8. A prestige bias?
9. Ambiguos?
10. Need direct or indirect question?
11. Is the frame of reference for the question suuficiently clear?
12. Does the question artificially create opinion?
13. Is personal or impersonal wording preferable?
14. Is the question wording unnecessarily detailed or objectionable?

TYPE OF FORCED CHOICE RESPONSE FORMATS

1. Likert-style format: rating scales


2. Semantic differential formats: eg. warm 1 2 3 4 5 6 7 cold
3. Checklists
4. Ranking formats: eg. most important = 1, second most important = 2
5. Choosing between attitude statement: eg. list of statements about some attitude - choose
( ) one.

Reliability

Will consider three aspects of reliability:

1.Sources of unreliability.

o may be due to bad wording


o a person may understand the question differently on different occasion.
o different coders might code the same responses (e.g. occupation) differently.

2. Testing reliability.

e.g. test re-test method.

3. Increasing reliability

o the best way to create reliable indicators is to use multiple item indicators: they
are more reliable.
o asking their sex in different way.

Validity

Three basic ways to access validity:

1. Criterion validity.
o compare new question (our own) with the established measure - but the old one is
valid/hard to find?

2. Content validity

3. Construct validity.

o evaluate a measures by how well the measure conforms with theoretical


expectations.

Types of probability sample

SRS -Simple random sampling

5 steps:

1. Obtain a complete sampling frame.


2. Give each cause a unique number starting at one.
3. Decide on the required sample size.
4. Select that many numbers from a table of random numbers.
5. Select the cases which correspond to the randomly chosen numbers.

Systematic sampling.

Divide population by required sample size e.g. 50/10 = 1/5. We will select one person for every 5
in the population. Where to start? Since fraction = 1/5 - starting point is somewhere between
persons 1 - 5 , so decide from table of random numbers.

Stratified sampling.

 Select the relevant stratifying variable(s).


 Use SRS or systematic sampling to select of people within each strata.

Multistage cluster sampling.

Non-probability sampling.

1. Purposive sampling.

o by judged as typical of some category of cases of interest to the researcher.


2. Quota sampling.

o the quotas are given; e.g. 20% of population between 20 - 30 years old etc.
o non - random - select by a certain criteria.

3. Availability sample.

o anyone be useful for pilot testing questionnaire or exploratory research.


o must be used with caution and only for specific purposes.

Sample size

The required sample size depends on two key factors:

 the degree of accuracy


 the extent to which there is variation in the population.

Need to decide how much error we are prepared to tolerate.

You might also like