You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Kolonialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas sebuah negara lain
dalam semua lapangan politik, sosial dan ekonomi.1Lebih khusus lagi ianya merujuk kepada
keadaan daif rakyat tempatan yang dijajah oleh kuasa asing.2

Filipina merupakan negara yang telah dikolonial oleh sepanyol sejak abad ke-16 lagi.
Sebelum ini rakyat Filipina tidak pernah bersatu kerana kedudukan geografinya yang berpulau-
pulau. Negara Filipina terdiri daripada gugusan pulau-pulau iaitu sebanyak 7 100 buah pulau. 3
Hal ini menjadi halangan kepada pemerintah untuk menyatukan Negara Filipina. Negara
Sepanyol telah menjalankan dasar kolonialisasinya di Filipina.

Penguasaan Sepanyol di Filipina telah mula wujud sejak ketibaan Miguel Lopez de
Legazpi’ di Cebu, Filipina pada tahun 1565. Kedatangan Sepanyol ini telah menjalankan dasar-
dasar termasuklah penyebaran agama Kristian dengan meluas setelah penaklukan Manila pada
Jun 1571. Rentetan itu, ia telah membawa perubahan besar yang kepada penduduk Filipina dan
memberi kesan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

2.0 kesan kolonialisme dari aspek politik


1
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186.
2
Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 59.
3
Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah politik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. Kuala lumpur: dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlmn 21

1
Kehadiran Sepanyol sejak tahun 1521 di Filipina awal-awal lagi telah mengubah sistem
pentadbiran tradisional penduduk di Filipina. Dari aspek politik, sepanyol telah membuat
perubahan dalam sistem pemerintahan berdasarkan Barangay yang terletak dibawah pimpinan
datu-datu. Bandar telah dibahagikan kepada beberapa Barangay dan setiap satunya berada
dibawah cabeza4 yang mengetuai setiap unit Barangay tersebut.dalam pada itu, Sepanyol telah
menjalankan pentadbiran tempatan dengan mengorganisasikan pentadbiran di bawah pueblo
(Bandar) dan wilayah. Hal ini amat berbeza sekali dengan penempatan masyarakat Filipina yang
berselerak dan tidak teratur sebelum kedatangan Sepanyol. Penghapusan sistem Barangay telah
mewujudkan cara kehidupan baru yang dikenali sebagai pueblo atau Bandar yang diketuai oleh
alcadia atau carrigimiento.5

Rentetan daripada perubahan sistem politik tersebut, gabungan cabeza-cabeza ini juga
telah membentuk golongan principalia atau golongan atasan yang mana golongan ini menjadi
orang tengah kepada Sepanyol selain berkhidmat dalam menjalankan kerja-kerja suruhan paderi-
pederi sepanyol. Golongan ini juga berperanan sebagai orang tengah dalam mengurangkan
perbalahan politik dengan sepanyol dan bertindak sebagai ejen penyampai maklumat daripada
pegawai dan paderi Sepanyol.

Dalam pada itu, sistem perbandaran Sepanyol ini adalah berasaskan kepada “ DEBAJO
DE LAS COMPANAS” yang bermaksud “ di bawah naungan gereja”. Hal ini jelas
memperlihatkan tindakan sepanyol dalam mengubah masyarakat Filipina kepada masyarakat
yang berteraskan kepada agama kristian yang berpusatkan kepada institusi gereja sebagai asas
yang utama. Bandar-bandar yang dibina juga perlu mempunyai sistem keagamaan sebagai syarat
tambahan dan pentadbiran awam.

3.0 kesan kolonialisme dari aspek ekonomi

4
Cabeza atau ketua adalah berfungsi untuk memungut cukai (Tributos) daripada ahli dewasa dalam barangay dan
menentukan system buruh paksa (polos y servicios) untuk digunakan dalam perkhidmatan awam.
5
Teodora A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History of The Filipino people, Philippiness: Malaya Books, 1967, hlmn
86.

2
Kesan kolonialisme keatas Filipina dari aspek ekonomi juga telah menyebabkan perdagangan
yang bersifat tertutup telah bertukar menjadi perdagangan bebas yang dikuasai oleh pedagang
asing.6 Tanah jajahan7 ini memajukan ekonomi berasaskan eksport hasil pertanian kebun-kebun
kecil. Ladang-ladang besar yang ada hanya dimiliki oleh rahib dan itu pun jarang sekali
diusahakan mengikut sistem pengurusan kebun.8

Dengan berkembangnya dasar ekonomi bebas pada akhir abad ke 18, Sepanyol telah
melonggarkan dasar perdagangannya di Filipina dan pada tahun 1834 merupakan tahun yang
penting dalam sejarah ekonomi Filipina yang menandakan terbukanya Pelabuhan Manila kepada
perdagangan dunia secara rasminya. Perkembangan ekonomi di Filipina ini telah meninggalkan
kesan dan akibat yang berpanjangan atas pengeluaran beras.9 Kepulauan Filipina menjadi
pengeksport beras terbesar ke negara China sebelum tahun 1850.

Sejajar dengan perkembangan ekonomi di Filipina juga telah membawa kepada


pembukaan Bank. Kemajuan pembangunan muncul dengan kedatangan saudagar-saudagar
bukan sepanyol yang telah melibatkan Filipina menjadi anggota masyarakat dunia. Pada mulanya
mereka bertugas sebagai saudagar-saudagar yang dibenarkan memberi wang pendahuluan bagi
hasil tanaman gula, kelapa kering, kopi atau hem dan akhirnya mereka beransur-ansur menjadi
saudagar bank dan insuran yang berpengalaman dan mempunyai wakil-wakil di seluruh
kepulauan Filipina.

4.0 kesan kolonialisme dari aspek sosial

6
David Joel Steinberg, et al. 1981. Mengenai Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka:
hlmn 220.
7
Menjelang tahun 1879, Filipina bertukar seolah-olah menjadi “ sebuah tanah jajahan Inggeris-China yang
mengibarkan bendera sepanyol”.
8
David Joel Steinberg, et al. 1981. Mengenai Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka:
hlmn 220.
9
David Joel Steinberg, et al. 1981. Mengenai Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka:
hlmn 221.

3
Dari aspek sosial pula, Sepanyol telah menyebarkan ajaran agama Kristian ke atas penduduk
Filipina. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut agama Kristian
Khatolik. Pada tahun 1571, terdapat lebih kurang 200 000 orang yang telah memeluk Kristian.
Jumlah ini bertambah pada tahun 1898 daripada jumlah keseluruhan penduduknya iaitu 7 juta
yang berjaya dikristiankan.10 Agama Kristian adalah kesan dan sumbangan Sepanyol yang paling
besar kepada orang Filipina. Ia adalah satu kepercayaan yang telah membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka.

Kesan sosial dari segi pemakaian pula, pada tahun 1840-an corak pemakaian masyarakat
Filipina sudah berubah mengikut cara Eropah. Sebagai contoh orang lelaki tidak lagi
menggunakan baju jaket tidak berlengan dan sarong, mereka memakai seluar panjang Eropah,
kemeja Cina dan topi Eropah. Kaum wanita terus memakai patadyong (skirt) dan “camsa” yang
terlalu pendek sampai kepada lipatan pertama skirt itu. Selain itu, mereka juga menggunakan
selipar dan kasut.11

Dalam pada itu, wujud juga perkahwinan campur yang berleluasa diantara orang
tempatan dengan orang Eropah, Barat, Timur dan Cina. Contohnya orang Sepanyol berkahwin
dengan anak gadis hartawan di Filipina dan orang tempatan dengan pedagang-pedagang dari
Cina.12 Perkahwinan campur antara orang Filipina dengan orang asing adalah dibenarkan
mengikut adat masyarakat, undang-undang dan agama. Contohnya, orang cina yang hendak
mengelakkan sekatan anti-cina memeluk agama kristian dan berkahwin dengan wanita dari
golongan bumiputera dan amak mereka dipanggil sangley mestizos atau mestizas.

Dari segi kesenian pula, kebanyakan rumah-rumah batu yang dibina di Manila dan daerah
luar Bandar adalah mengikut gaya seni bina Sepanyol. Rumah ini beratapkan genting merah dan
dihiasi dengan azoteas dan laguertas Andalusia. kolonialisme Sepanyol juga telah menyumbang
kepada gaya seni bina iaitu pada gereja-gereja besar yang dibina mengikut seni bina Doric,
Lonia, Corinth, Grace-Roma, Gothic dan Byzantine. Antara arkitek yang termasyur dalam
pemerintahan sepanyol ialah Antonio Ssedeno yang mula membina benteng-benteng dan rumah-

10
Raymon Nelson, 1968 The philipines, London: Thames & Hudson, hlmn 37.
11
Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah politik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. Kuala lumpur: dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlmn 112-113
12
Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah politik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. Kuala lumpur: dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlmn 112

4
rumah batu di Manila dan Brother Antonio Herra yang membina biara Guadalupe, Felix Palacios
yang mereka bentuk Gereja Gothic San Sebastian yang dibuat daripada keluli. Loceng-loceng
besar dibina di setiap gereja mengikut seni bina Sepanyol untuk upacara keagamaan.13

Kedatangan Barat ke Filipina juga telah mendedahkan Filipina kepada kebudayaan


sepanyol terutama dalam bidang pendidikan. Dari segi pendidikan Filipina telah diperkenalkan
dengan sekolah-sekolah Baru yang mengajar bahasa dan menjadikan gereja serta sekolah
mubaligh sebagai pusat pendidikannya. Akibat daripada perkembangan pelajaran tersebut,
lahirnya golongan menengah seperti guru, penulis, pegawai kerajaan dan sebagainya. Bahan
bacaan yang telah dibawa masuk oleh golongan pelajar dan para saudagar telah mendedahkan
mereka kepada keadaan negara-negara luar. Golongan menengah ini juga berpeluang membaiki
taraf hidup mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk belajar. Daripada
golongan inilah lahir cerdik pandai Filipina seperti Jose Rizal, Marcelo del Pillar, Juan Lona dan
Antonio Luna.14

Kesan daripada perkembangan pendidikan ini juga telah melahirkan golongan


intelektual yang menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Di Filipina, golongan
terpelajar dinamakan llustrados.15 Gerakan ini dikenali sebagai gerakan propaganda dibawah
pemimpim intelektual iaitu Jose Rizal, Done Miguel Morayta dan ramai lagi. Pergerakan ini
mengkritik dasar penindasan dan kekejaman Sepanyol di Filipina melalui penulisan. Keadaan
masyarakat yang ditindas dan dianiayai oleh penjajah menyebabkan golongan ini bangkit
menentang. Mereka bertindak menegur pemerintahan Sepanyol namun tidak dilayan oleh pihak
Sepanyol, malah mereka dituduh sebagai rakyat yang tidak setia. Pada mulanya tuntutan-
tuntutan dibuat secara sederhana namun dalam tahun 1890an sikap sederhana ini berubah
menjadi pemberontakan.

13
Charles Robequain.1964. Malaya, Indonesia, Borneo, and the Philipines. London: Logmans, Green and Co ltd,
hlmn 258
14
Abdullah Zakaria Ghazali, et al. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor :
Penerbitan Fajar Bakti. Hlmn 329
15
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186.

5
5.0 kesimpulan

Kesimpulannya. kolonialisme Sepanyol di Filipina banyak memberi kesan dari aspek ekonomi,
sosial dan politik. Jika diperhatikan dari segi kesan yang ditinggalkan oleh Sepanyol banyak
membawa kepada asimilasi terhadap budaya dari luar selain membawa perubahan dari segi
ekonomi iaitu ekonomi tertutup kepada ekonomi terbuka dan perubahan sistem pemerintahan
politik.

Kesan kolonialisme sepanyol ini juga telah menyebabkan kebangkitan semangat


nasionalisme segelintir golongan cerdik pandai di Filipina dan seterusnya menjalankan
propaganda untuk menentang kolonialisme setelah mempunyai kesedaran untuk membebaskan
diri daripada cengkaman penjajah.

Bibliografi

Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

6
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor.

2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Charles Robequain.1964. Malaya, Indonesia, Borneo, and the Philipines. London: Logmans,
Green and Co ltd.

David Joel Steinberg, et al. 1981. Mengenai Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah politik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. Kuala lumpur:
dewan Bahasa dan Pustaka.

Raymon Nelson, 1968 The Philipine. London: Thames & Hudson.

Teodora A. Agoncillo and Oscar M. Alfonso. 1967. History of The Filipino people, Philipines:
Malaya Books.

You might also like