P. 1
Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri

|Views: 3,185|Likes:
Published by arniariff
masteri
masteri

More info:

Published by: arniariff on Sep 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/04/2013

pdf

text

original

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM PERAK

TEORI &PERKAEDAHAN P&PDALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT MTP2023

Tugasan 2

PEMBELAJARAN MASTERI
DISEDIAKAN OLEH :

Salina binti Ahmad Norhamsaton Abu Bakar Burhanuddin Umar Nur Hasnida binti Ismail Noorfarazila Md Isa

20021012644 20021012630 20021012761 20021012924 20021012923

PENSYARAH :

Encik Rasyidi Johan Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

1

PEMBELAJARAN

MASTERI

KANDUNGAN Tajuk Unit 1 Konsep Dan Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri Proses Pembelajaran Masteri Bagaimana Pembelajaran Masteri Dilaksanakan Peranan Dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri Peranan Dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri Unit 2 Menentukan Dan Menyatakan Hasil Pembelajaran Maksud Hasil Pembelajaran Menyatakan hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif Menyatakan hasil Pembelajaran Dalam Bidang Afektif Menyatakan hasil Pembelajaran Dalam Bidang Psikomotor Contoh Dalam Pengajaran dan pembelajaran Unit 3 Pengajaran Dan pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Masteri Kepentingan P&P Kearah pembelajaran Masteri Ciri-ciri guru Gaya Pembelajaran murid Kaedah Pengajaran Pembelajaran masteri Pembelajaran Koperatif Bahan pengajaran Masteri Nilai-nilai murni yang perlu diserap Pengurusan bilik darjah Unit 4 Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir Apakah kemahiran berfikir Bagaimana kemahiran berfikir boleh dikembangkan 31 32 33 21 21 21 22 25 26 27 29 29 6 7 10 12 15 17 Mukasurat

1 2 3 4 5

2

PEMBELAJARAN

MASTERI

Unit 5 Kemahiran Belajar Kemahiran belajar perlu dikembangkan Kemahiran dalam proses belajar yang perlu dikembangkan Kemahiran mengurus masa Kemahiran perpustakaan Kemahiran memperoleh maklumat Kemahiran membaca Kemahiran membuat nota Kemahiran memotivasi Unit 6 Unsur-unsur Lain Dalam Pembelajaran Masteri Penyerapan unsur patriotisme Penyerapan unsur pendidikan alam sekitar Unsur pendidikan pencegahan dadah dan AIDS Unit 7 Penilaian Formatif Sumatif Ujian rujukan kreteria Unit 8 Pemulihan Dan Pengayaan Kepentingan Mendiagonisis Bagaimana menjalankan pemulihan Model Input-proses-output Contoh mengubah tingkahlaku atau sikap Aktiviti pengayaan Aktiviti pengukuhan Aktiviti memperkembangkan aspek lain Model Renzulli Cadangan Guskey Contoh penggunaan Strategi pembelajaran masteri dalam Matapelajaran Teknologi Maklumat Rujukan 61 61 61 65 66 67 68 67 67 70 73 75 78 57 58 58 59 50 50 51 54 34 34 35 36 36 37 38 40 40

3

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIT 1 KONSEP DAN CARA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI.

Pembelajaran Mastery adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat mengusai apa yang diajar. Konsep ini diperkenal oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya : • • Ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya Pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.

Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. Ia bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Pembelajaran masteri juga menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Walaupun ada kekangan dalam perlaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan memberi kepuasaan kepada guru, pelajar dan pihak lain. Pencapaian pelajar yang telah meningkat,

4

PEMBELAJARAN

MASTERI

walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Rajah di bawah meringkaskan proses pembelajaran masteri. Rajah 1 : Proses Pembelajaran Masteri

UNIT PEMBELAJARAN 1

1. Penentuan Hasil Pembelajaran

2. Pengajaran dan Pembelajaran

3. Penilaian

Ya
4. Aktiviti Pengggayaan Sudahkah pelajar menguasai ?

Tidak
4.Aktiviti Pemulihan

UNIT PEMBELAJARAN 2

5

PEMBELAJARAN

MASTERI

Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika : a. Menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. b. Menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah. c. Merangsang dan mendorong mereka untuk belajar d. Melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya menjadi pelajar berdikari.

Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan?

Beberapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadagkan pelbagai strategi untuk melaksanakannya. Pada asasnya kita perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut : 1. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran. 2. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan mengggunakan alat bantu mengajar yang sesuai. 3. 4. Menilai dengan ujian diagnostic, formatif dan sumatif. Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan.

6

PEMBELAJARAN

MASTERI

Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80%. Kita boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri Peranan guru ialah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Kita tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat. Manakala tugas yang perlu diambil perhatian bagi seorang guru dalam perlaksanaan pembelajaran masteri ini ialah : • Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai. • Mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

pembelajaran masteri. • Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya

mereka dapat menjadi pelajar berdikari. • Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang

diajar melalui ujian diagnostic. • • Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, kita mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah

7

PEMBELAJARAN

MASTERI

itu. Kita juga digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran. Pada mulanya kita mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar itu menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman kita, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.

Apakah Peranan dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri Peranan pelajar pula ialah sebagai seorang pelajar yang berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya kumpulan. a. Tugas pelajar dalam pembejaran masteri ialah dia harus : b. Tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai. c. Belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi. d. Betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar. e. Memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai. f. Membuat kerja pemulihan atau kerja penggayaan yang diberi.

8

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIT 2 MENENTUKAN DAN MENYATAKAN HASIL PEMBELAJARAN Tujuan. i. Mengapa hasil pembelajaran harus ditentukan. ii. Maksud hasil pembelajaran. iii.Bagaimana menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor, kognitif dan afektif. iv. Bagaimana mengenal pasti hasil pembelajaran dalam pelbagai dokumen kurikulum. Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan. i. Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk. ii. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat ; a) Menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar. b) Menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran. c) Membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah mengajar dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu. d) Menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif. iii.Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran.

9

PEMBELAJARAN

MASTERI

iv. Pelajar anda harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.

Maksud Hasil Pembelajaran. i. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu perkara diajar. ii. Contoh hasil pembelajaran ialah ; a) Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia. b) Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat. c) Menambah sebarang dua nombor tidak melebihi 1000. d) Membanding dan membeza haiwan dan tumbuhan. e) Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di persisiran pantai. f) Menerangkan kepentingan kebersihan. g) Melukis seekor kucing. h) Mengetam sekeping papan. i) Memukul bola hoki yang bergolek. j) Membuang sampah ke dalam tong sampah. iii. Perkaitan di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam rajah 2. Rajah 2 : Perkaitan Hasil Pembelajaran dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
INPUT OUTPUT (HASIL PEMBELAJARAN PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN DAN

Pelajar Guru Kemudahan fizikal

Pengalaman pembelajaran bergantung kepada interaksi isi kandungan, kaedah mengajar dan

Dalam bidang psikomotor, kognitif, afektif

10

PEMBELAJARAN

MASTERI

Dan bukan fizikal.

bahan pengajaran Contoh ; Menambah pengetahuan. Berbincang Memperoleh maklumat

Contoh ; Menerang Membanding Berpakaian kemas Menaip

( Di ubah suai daripada Gronlund N.E., 1970 )

iv. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran. v. Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran. vi. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran. Contohnya diberi dalam jadual 1. vii. Penyataan ’a’ hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan, mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup. viii.Penyataan ’b’ bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkan pengetahuan mengenai sifat benda hidup dan penyataan ini merupakan proses pengajaran. ix. Penyataan ’c’ bermaksud pelajar memperolehi pengetahuan dan penyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran. PENYATAAN a) Benda hidup boleh bergerak, makan,bernafas, merespons kepada stimuli. b) Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup. c) Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup. d) Memahami sifat benda hidup. e) Menghuraikan sifat benda hidup. JENIS Isi kandungan Proses pengajaran Proses pembelajaran Hasil pembelajaran umum Hasil pembelajaran khusus

11

PEMBELAJARAN

MASTERI

Jadual 1 : Jenis Penyataan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. x. Penyataan ’d’ bermaksud pelajar dapat memahami dan penyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana ’memahami sifat benda hidup’ melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti ; a) Menyatakan sifat benda hidup. b) Mengenal pasti sifat benda hidup. c) Menerangkan sifat benda hidup. d) Memberi contoh benda hidup. e) Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup. f) Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup. xi. Penyataan ’e’ bermakna pelajar menghuraikan dan penyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus. xii. Dalam pembelajaran masteri, anda harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai. xiii.Di sekolah menengah, anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan berfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus. Hasil Pembelajaran Dinyatakan. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam : a. Bentuk i. Hasil Pembelajaran Umum ii. Hasil Pembelajaran Khusus b. Bidang i. Psikomotor ii. Kognitif iii. Afektif

12

PEMBELAJARAN

MASTERI

c. Aras i. Satu ii. Dua iii. Tiga ( lebih tinggi ) Menyatakan Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif. i. Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. ii. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi Bloom ; a) Pengetahuan: Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. b) Kefahaman: Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri. c) Aplikasi: Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru. d) Analisis: Kebolehan memecahkan konsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya. e) Sintesis:

13

PEMBELAJARAN

MASTERI

Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna. f) Penilaian: Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan. iii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut : Pelajar dapat ; Ø Mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. Ø Memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. Ø Mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf. Ø Menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara, prosedur dalam situasi yang baru. Ø Menyelesaikan sesuatu masalah. Ø Menganalisis sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil. Ø Bertutur atau berucap tentang sesuatu. Ø Menulis sesuatu sama ada cerita, esei, pantun, sajak atau muzik. Ø Merancang sesuatu. Ø Menilai sesuatu sama ada penulisan, cerita, artikel, lukisan, persembahan, hasil kerja. iv. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut (Gronlund N.E., 1970) : Pelajar dapat ; a) Pengetahuan

14

PEMBELAJARAN

MASTERI

melabel, memadan, menama, mendefinisi ,mengenal pasti, menyatakan, menyebut, menyenarai b) Kefahaman memberi contoh, memperluaskan, menambah,menganggar ,menerang ,menghurai c) Analisis menemui ,mengait, menggunakan, menghasil, mengira, mengubah suai, menukar menunjukkan, menyediakan, menyelesaikan meramal d) Analisis membahagi, membanding membeza,membuat inferens, memecahkan memilih ,mengasing mengilustrasikan, menyusun e) Sintesis bercerita,bertutur,berucap,membina semula, membuatgeneralisasi, mencantumkan, mengarang mengkategorikan, mengkelaskan mengumpul menjana merancang,menulis meringkas merumus f) Penilaian membuat kesimpulan, mempertahankan, mempertikaikan mengkritik menilai menyokong v. Anda bolehlah menambahkan hasil pembelajaran yang lain yang tidak terkandung dalam senarai di atas. Menyatakan Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Afektif. i. Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai murni. ii. Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran ;

15

PEMBELAJARAN

MASTERI

Ø Baik hati Ø Berdikari Ø Hemah tinggi Ø Hormat Ø Kasih sayang Ø Keadilan Ø Kebebasan Ø Keberanian Ø Kebersihan fizikal dan mental Ø Kejujuran Ø Kerajinan Ø Kerjasama Ø Kesederhanaan Ø Kesyukuran Ø Rasional Ø Semangat bermasyarakat iii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut ; Ø Menyedari tentang sesuatu. Ø Menerima sesuatu seperti teguran,nasihat, tugas, penerangan, tanggungjawab, wujudnya perbezaan dan kepercayaan. Ø Memahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai dan peraturan. Ø Menghargai sesuatu.

16

PEMBELAJARAN

MASTERI

Ø Menggunakan sesuatu sikap positif atau nilai dalam situasi yang baru. Ø Menunjukkan kepekaan, minat, keseronokan, keselamatan, kesabaran, amalan sesuatu nilai murni ( rujuk di atas ) atau sesuatu sikap yang positif seperti proaktif, bertanggungjawab, timbang rasa, ingin tahu, ingin menyelesaikan masalah, tekun dan tabah. Ø Bersyukur. Ø Menyayangi sesuatu. Ø Berjimat cermat. Ø Berbangga dengan sesuatu. iv. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut ; Ø Bekerja dengan tekun dan tabah. Ø Belajar dengan tekun dan tabah. Ø Berbaris. Ø Berbincang dengan kawan, rakan atau dalam kumpulan. Ø Bercakap dengan sopan santun. Ø Berdiri tegak. Ø Berjalan dengan sopan santun. Ø Bergembira. Ø Berpakaian kemas dan bersih. Ø Bersuara lembut. Ø Bertanya. Ø Berucap.

17

PEMBELAJARAN

MASTERI

Ø Duduk tegak. Ø Melaksanakan. Ø Melakukan. Ø Mematuhi arahan. Ø Membantu kawan, rakan dan orang awam. Ø Memberi barang, derma, perhatian, salam dan tumpuan. Ø Membezakan betul dan salah, baik dan tidak baik. Ø Membuang sampah ke dalam tong sampah dan sebagainya. v. Anda harus tahu bahawa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai. vi. Walau bagaimanapun, anda harus menyerapkan sikap positif dan nilai murni di kalangan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

Menyatakan Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Psikomotor i. Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis, membina sesuatu dan mengoperasikan mesin atau alat. ii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut ; Pelajar dapat ; Ø Bermain sesuatu permainan atau alat muzik. Ø Menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca. Ø Melakar sesuatu.

18

PEMBELAJARAN

MASTERI

Ø Melukis sesuatu. Ø Memasang sesuatu. Ø Menaip dengan cara betul. Ø Mengoperasikan sesuatu alat atau mesin. Ø Memasak nasi atau lauk. Ø Menunjukkan kebolehan membuat sesuatu. Ø Membaiki sesuatu. Ø Membina sesuatu. Ø Membuat sesuatu. Ø Mencipta sesuatu. Ø Menghasilkan sesuatu. iii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut ; Pelajar dapat ; Berenang memaku memasangangkan membaling membuat menaip mencangkuk menentukan mengapit dan sebagainya. berlari memanaskan membaja membalut membuka menampal menebuk mengacau melompat memangkas membakar membersihkan memegang mencampur menendang mengaitkan

19

PEMBELAJARAN

MASTERI

Selain daripada senarai di atas, anda bolehlah menambah hasil pembelajaran yang lain.

Hasil Pembelajaran Dapat Di kenal Pasti Dalam Huraian Sukatan Pelajaran. i. Anda boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung dibawah pelbagai lajur seperti ; a) Objektif atau objektif khusus. b) Huraian atau huraian sukatan. c) Kemahiran, kemahiran saintifik, atau kemahiran berfikir. d) Aktiviti atau kegiatan. e) Nilai. f) Unsur patriotisme. g) Catatan. ii. Anda harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan dalam 4.0 di atas. iii. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, anda bolehlah menyatakan secara semula secara khusus dengan panduan yang diberi dalam 4.0 di atas. iv. Beberapa contoh huraian sukatan pelajaran seperti yang diberi di bawah untuk menunjukkan bagaimana anda boleh mengenal pasti atau menyatakan hasil pembelajaran khusus. v. Anda boleh teruskan kepada contoh huraian sukatan pelajaran bagi matapelajaran yang berkenaan. Contoh Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM : Tingkatan 1

20

PEMBELAJARAN

MASTERI

i. Satu contoh huraian sukatan pelajaran tentang ” Tema 1 : Keagungan Kesultanan Melayu Melaka Menjadi Kebanggaan Kita Bersama ” diberi dalam jadual di bawah. Contoh huraian sukatan pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1 TAJUK UNSUR KEMAHIRAN PATRIOTISME /BERFIKIR WAWASAN 2020 ( CADANGAN ) 1.1- Latar belakang Penempatan awalKewujudan cara hidupMemberi rasional gugusan kepulauan seperti yang teratur. pemilihan gua sebagai Melayu di kota Tampan, Gua tempat tinggal. a. Penempatan – Niah, Gua Cha, Penempatan awal. Jenderam Hilir, Gua Kepah, Batu Buruk, Sungai Lang dan Gua Madai. ii. Lajur pengetahuan mengandungi hanya kandungan bagi tajuk itu. iii. Lajur unsur patriotisme / wawasan 2020 menyatakan hasil pembelajaran umum dalam bidang afektif dan bidang kognitif. iv. Lajur kemhiran berfikir memberi hasil pembelajaran khusus dalam bidang kognitif. v. Untuk menyatakan hasil pembelajaran khusus yang lebih lengkap, anda perlu merujuk kepada ketiga-tiga lajur. Pengetahuan, Unsur Patriotisme / Wawasan 2020 dan kemahiran berfikir. Contoh Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu KBSM Tingkatan 1 i. Satu contoh huraian sukatan pelajaran tentang ”Bahagian Teras : 1 Kemahiran Manipulatif” diberi dalam jadual di bawah. ii. Kebanyakkan hasil pembelajaran dalam bidang afektif di bawah lajur nilai dinyatakan secara umum. PENGETAHUAN

21

PEMBELAJARAN

MASTERI

iii. Hasil pembelajaran khusus dan umum dalam bidang kognitif dan psikomotor dinyatakan di bawah lajur kemahiran.
TAJUK KANDUNGAN KEMAHIRAN NILAI CATATAN

1-

Kerja Kayui. OrganisasiMemahami dan Logam makmal menjalankan tugas dandi makmal. keselamatan. Memahami dan a- StrukturMengamalkan perorganisasi aturan dan langkah makmal. Keselamatan. b- Peraturan keselamatan am

danMematuhi peraturan Kebersihan

Perbincangan Penyediaan senarai Tugas.

Rumusan. i. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. ii. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk ; a) Mengetahui apa yang perlu dikuasai oleh pelajar. b) Memberi tumpuan kepada penguasaannya. c) Merancang kaedah-kaedah mengajar. d) Membina ujian formatif dan sumatif. iii. Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran. iv. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang dan aras. v. Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan mengikut Taksanomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

22

PEMBELAJARAN

MASTERI

vi. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangka masa yang pendek. vii. Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahiran gerakan. viii. Anda perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulium khasnya huraian sukatan pelajaran.

23

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIT 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH PEMBELAJARAN MASTERI Kepentingan Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Masteri. Langkah kedua di dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam jangka masa yang pendek. Bagi memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira ciri-ciri guru, gaya pembelajaran pelajar, kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni dan pengurusan bilik darjah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkara lain yang harus diajar atau diserap dalam pengajaran dan pembelajaran seperti tujuh kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya.

Ciri-Ciri Guru. Dalam pengajaran dan pembelajaran kearah masteri, guru harus menyayangi semua pelajarnya tanpa ada rasa pilih kasih. Guru harus yakin bahawa semua pelajarnya boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Di samping itu, guru harus mencintai dan memberi sepenuh minat terhadap mata pelajaran yang diajar supaya guru dapat mengajar dengan baik dan berkesan. Guru harus meransang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil

24

PEMBELAJARAN

MASTERI

pembelajaran. Guru juga harus meransang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dengan berkesan. Akhir sekali, guru harus bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah.

Gaya Pembelajaran Pelajar. Guru harus tahu bahawa pelajarnya mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza di antara satu sama lain dan sebab itu tiada kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Maka, guru harus menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu yang pertama pelajar visual, di mana pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambarajah dan demonstrasi, tindakan atau lakonan. Kedua, pelajar audio, pelajar dalam golongan ini suka belajar hanya dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau rakan sekelas, dan gemar menerangkan, berbual, memberi pendapat, bercerita atau menghuraikan. Ketiga, pelajar kinestetik, di mana pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti menulis, melukis sesuatu dan membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. Seorang penyelidik, Dr. Bernice McCarthy telah mencipta Sistem 4MAT yang merangkumi empat jenis pelajar seperti dalam jadual di bawah.

25

PEMBELAJARAN

MASTERI

Jenis Pelajar Ciri 1. Matlamat

1. Pelajar 2. Pelajar 3. Pelajar 4. Pelajar Imaginatif Analitik Praktik Dinamik Mencari makna dan sebab mempelajari Menggunakan semua deria dan berkongsi idea Berinteraksi dengan orang lain dan berkongsi idea Inovasi dan idea Mengapa? Mencari fakta yang menjelaskan konsep Berfikir tentang idea Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat Membina konsep Apa dia? Mencari kegunaan maklumat Menguji teori dan menaakul Tahu bagaimana sesuatu berfungsi Mengaplikasi idea yang praktikal Bagaimanakah teori atau maklumat itu dipraktikkan? Beri latihan kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiri Mencari sesuatu yang baru Cuba jaya dan penemuan secara sendiri Mencipta atau mengaplikasi maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lain Tindakan dan menyudahkan sesuatu Apakah yang boleh dicipta oleh saya? Beri projek, tugasan, atau masalah dan galakkan pelajar berkongsi hasilnya

2. Cara Belajar 3. Suka

4. Kekuatan 5. Suka menyoal 6. Cara mengajar

Gunakan benda atau pengalaman sedia ada. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluaran idea

Terangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis maklumat

Jadual 1: Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT

Satu lagi gaya pembelajaran ialah menggunakan model Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn. Gaya pembelajaran ini mempertimbangkan gaya pembelajaran seseorang pelajar yang bergantung kepada unsur-

26

PEMBELAJARAN

MASTERI

unsur yang disukainya di bawah lima stimulus seperti jadual di bawah. Seboleh-bolehnya guru harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur yang disukainya. Stimulus Unsur Ciri Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi Bunyi latarbelakang seperti muzik Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat Cahaya yang kurang cahaya Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat Suhu yang panas Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan Pola meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau di duduk di lantai Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu Motivasi diransang oleh guru Boleh belajar dalam masa yang panjang atau Ketabahan boleh belakar dalam masa yang pendek Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu Tanggungjawab bimbingan oleh guru Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka Struktur belajar sekiranya diberi lebih masa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara Sendiri Suka belajar dengan sendiri Pasangan Suka belajar secara berpasangan Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya Pasukan Suka belajar dalam pasukan Guru Suka belajar dengan guru disebelahnya Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana-mana cara di atas Suka belajar dengan benda atau pengalaman sedia Persepsi ada dengan perkara abstrak Suka atau tidak suka belajar sambil makan atau minum Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu Waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; Global atau pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan Analitik membuat analisis. Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan Otak Kiri atau membuat pengiraan serta analisis; pelajar yang Otak Kanan lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Makan
27

a. Alam Sekitar

b. Emosi

c. Sosiologi

d. Fizikal

e. Psikologi

PEMBELAJARAN

MASTERI

Impulsif Reflektif

atau

Pelajar yang impulsive bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.

Jadual 2 : Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri Sebenarnya tiada satu pun kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana setiap pelajar berbeza di antara satu sama lain dalam kebolehan dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Bagaimanapun, kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah yang berpusatkan kepada pelajar, sesuatu aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan berbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajarnya. Antara kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru di mana guru yang akan melakukan aktiviti tersebut ialah syarahan, penerangan, penjelasan, huraian, demonstrasi, bercerita, pembacaan dan memberi nota. Manakala aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar iaitu pelajar yang akan melakukan aktiviti tersebut ialah soal jawab dengan guru, latih tubi, bercerita, membuat latihan, penerangan, huraian, perbincangan, inkuri, penemuan, bacaan, sumbang saran, demonstrasi oleh pelajar, kerja amali, eksperimen, projek, kuiz, penyelesaian masalah, reka cipta, pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan, main peranan, lakonan, simulasi, membuat nota sendiri, lawatan, pengajaran berprogram, pembelajaran berbantu komputer dan PAK (Pembelajaran Akses

28

PEMBELAJARAN

MASTERI

Kendiri). Setiap aktiviti atau kaedah yang telah diyatakan di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Pembelajaran Koperatif Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri. Dalam pembelajaran koperatif, satu tugasan atau projek diberi dan pelajar belajar di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas. Antara teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer Kagan, 1990) iaitu Giliran Ahli Kumpulan: setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran. Pameran Kumpulan: setiap kumpulan mempamerkan hasilnya, setiap pelajar melihat hasil setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Memadan Benda: pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda. Kuiz: guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan, pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan jawapan. Setiap pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru. Kad Hafalan: pelajar dalam semua kumpulan akan diberi kad yang mengandungi fakta atau maklumat penting untuk dihafal. Guru menyoal pelajar, pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat yang diberi akan menjawab dan markah akan diberikan oleh guru. Semakan Pasangan: dua pasangan pelajar akan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan. Bagi setiap pasangan, seorang pelajar akan menyelesaikan masalah itu dengan dibantu oleh rakannya. Kemudian penyelesaian masalah itu akan dibandingkan dengan penyelesaian masalah pasangan yang lain. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi

29

PEMBELAJARAN

MASTERI

Pendapat: pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh guru. Pendapat pasangan tadi akan dikongsi dalam kelas. Peta Konsep Berpasukan: pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar. Peta konsep itu dibentang kepada rakan-rakan yang lain. Jawapan Giliran: satu kumpulan diberi sebilangan soalan. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan. Penguasaan Secara Berpasangan: pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan. Jigsaw: beberapa topik akan diberi kepada sesuatu kumpulan. Seorang pelajar dalam kumpulan tadi akan menjadi pakar dalam sesuatu topik dan pelajar itu perlu menguasai topik itu. Maklumat tentang topik-topik itu dikongsi supaya kumpulan itu dapat memahami semua topik dengan berkesan. Kerjasama Semua Kumpulan: setiap kumpulan akan diberi satu topik yang berlainan tentang sesuatu tajuk. Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu. Semua maklumat yang diperolehi akan dikongsi di dalam kelas.

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran untuk Pembelajaran Masteri Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana pelajaran akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Pelajar juga akan dapat memahami dan mengingat apa yang diajar. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam jadual di bawah:

30

PEMBELAJARAN

MASTERI

Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Mengenal pasti “huruf”. 2. Menambah sebarang dua nombor 1-10. 3. Memukul bola hoki dengan cara betul. 4. Menerangkan proses penghadaman. 5. Menguji kehadiran kanji dalam daun.

Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah. Biji, batu atau abacus. Kayu hoki, bola hoki. Carta organ penghadaman atau video penghadaman. Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod), bahan kimia (iodine).

Jadual 3 : Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada bahan bercetak yang meliputi buku teks dan buku rujukan, dokumen kurikulum, majalah, risalah dan akhbar. Satu lagi bahan pengajaran dan pembelajaran ialah alat pandang dengar yang terdiri daripada perkakasan seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer dan pencetak. Perisian pula adalah bahan yang digunakan dengan perkakasan seperti pita video, pita kaset, filem slaid, transparensi dan disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta, gambar, pita dank ad imbasan. Bahan 3-dimensi juga merupakan alat pandang dengar yang meliputi glob, model, bongkah, specimen dan bahan permainan. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran, ianya juga boleh dibeli di kedai-kedai buku malah boleh juga dibuat sendiri oleh guru dan pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran tadi ada juga yang diperolehi secara percuma. Bagaimanapun, bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan cara menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar. Menyimpan

31

PEMBELAJARAN

MASTERI

dan menyusun bahan itu di tempat yang selamat dan sesuai serta mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik.

Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap Antara nilai-nilai murni sarwajagat yang harus diserap merentasi kurikulum ialah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru harus memastikan pelajarnya dapat tunjuk atau mengamalkan hasil pembelajaran khusus seperti berpakaian kemas dan bersih, berambut pendek dan kemas, menjaga kebersihan badan, bercakap dengan sopan santun, tidak bercakap tentang perkara yang jahat, membuang sampah di tong sampah atau di tempat yang telah disediakan, membuat kerja dengan kemas dan teratur, menyimpan barangnya dengan kemas dan tersusun, memulangkan barang pinjaman atau yang terjumpa, bekerjasama dengan rakan-rakan dan menegur atau menasihati pelajar yang lain.

Pengurusan Bilik Darjah Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara seperti tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Guru juga harus menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri. Menyedia,

32

PEMBELAJARAN

MASTERI

mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kemudahan di masa hadapan. Guru perlu mahir menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. Juga menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasanagn dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisi ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai. Guru juga mesti berkebolehan untuk membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan menggunakan kaedah yang berkesan. Guru perlu tahu menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Serta meyimpan rekod secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

33

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIT 4 PELBAGAI KECERDASAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangkan. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan iaitu bahasa, logik-matematik, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Guru harus mengenalpasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan. Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topic yang berasingan tetapi dikemabngkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran. Jadual 1 : Ciri-ciri Tujuh Kecerdasan Kecerdasan 1. Bahasa 2. Logik matematik 3. Ruang(spatial) 4. Muzik Cerdas Dalam Pekerjaan Menulis karangan, sajak, puisi, Penulis, pantun dan memberi ucapan Menakul, kiraan, membuat analisis Mencorak,melukis, mengukir Mencipta lagu, menyanyi, memain alat muzik 5. Kinestetik 6. Interpersonal Intrapersonal

penyajak,

penceramah. Saintis, jurutera,akauntan Pelukis, pengukir. Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat pemain bola

muzik. Gerakan, tarian, lakonan, sukan, Atlit, memain permainan Perhubungan manusia Nilai murni, pendirian, falsafah

sepak,penari, pelakon. Diplomat, peniaga Pengarang, penyajak,ahli falsafah.

Apakah Kemahiran Berfikir

34

PEMBELAJARAN

MASTERI

Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.  Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.  Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam  Perkataan ‘kemahiran berfikir’ yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, mengenal pasti sebab dan akibat. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah

kemahiran menjanakan idea yang anyak, pelbagai dan baru.

Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif.

Kemahiran ‘Vertical’ dan ‘Lateral’ o o Pemikiran ‘vertical’ bermakna pemikiran secara logic dan kritis. Pemikiran ‘lateral’ bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logic, pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.

Kemahiran bertumpu dan bercapah.

35

PEMBELAJARAN

MASTERI

Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat.

Dalam pemikiran bercapah, guru hendaklah mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelabagai dan baru.

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan? Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut dengan pendekatan ‘penyerapan’. Dalam pendekatan ‘penyerapan’, keahiran berfikir yang ada kaiatan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan. Pelajar juga perlu tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir. Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru juga harus

menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu. Apabila guru telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut, guru harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk soal jawab, sumbang saran, permainan, pertandingan, kuiz, teka teki, perbahasan, projek sepert mereka cipta, mereka bentuk, mengkaji, menyelidik, membuat eksperimen, menyelesaikan sesuatu masalah atau menghasilkan sesuatu produk. Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut diatas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan.

36

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIT 5 KEMAHIRAN BELAJAR Bertujuan untuk memahami kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk pembelajaran masteri. Kemahiran Belajar Perlu Dikembangkan. i. Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup yang perlu dikuasai oleh pelajar. ii. Pada akhirnya, pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk menguasai apa yang telah diajarkan. iii. Oleh yang demikian, kita harus melatih pelajar dalam kemahiran belajar yang berikut semasa pengajaran dan pembelajaran ; a) Kemahiran dalam proses belajar. b) Kemahiran menguruskan masa. c) Kemahiran perpustakaan. d) Kemahiran memperoleh maklumat. e) Kemahiran membaca. f) Kemahiran membuat nota. g) Kemahiran memotivasi. h) Kemahiran berfikir. i) Kemahiran mengingat. j) Kemahiran menjawab soalan peperiksaan.

Kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan.

37

PEMBELAJARAN

MASTERI

i. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar yang berikut semasa belajar ; a) Menerima dan mendaftar data atau maklumat ; 1) Pelajar anda boleh menerima dan ’mendaftar’ data atau maklumat di mindanya dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu. 2) Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar anda menggunakan ketiga-tiga cara itu. b) Memahami apa yang diterima ; 1) Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana pemahamannya akan membantu proses mengingat dan proses mengaplikasi. 2) Pemahaman bermakna pelajar boleh menerangkan semula data atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu. c) Mengingat apa yang telah dipelajari ; 1) Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari. 2) Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip dalam proses mengingat ialah ulangan. d) Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ; 1) Pelajar harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang baru. 2) Proses mengaplikasikan melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. ii. Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus ; a) Memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah. b) Memotivasikan diri. c) Mempunyai kemahiran berkomunikasi.

38

PEMBELAJARAN

MASTERI

d) Berfikir secara kritis dan kreatif. e) Menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah. iii. Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar tersebut di aats dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya. Kemahiran Menguruskan Masa Yang Perlu Dikembangkan. i. Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu. ii. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas. iii. Anda harus mengajar mereka menguruskan masa belajar dengan bijak. iv. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. v. Jadual waktu belajar, bolehlah mengandungi waktu belajar setiap mata pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton televisyen. vi. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu. Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan. i. Pelajar pada Tahap 2 sekolah rendah dan ke atas harus belajar kemahiran perpustakaan. ii. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri. iii. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katelog atau komputer dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.

39

PEMBELAJARAN

MASTERI

iv. Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan. i. Dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri, guru harus melatih pelajar anda menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyaksikan sesuatu masalah dengan sendiri. ii. Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar haruslah boleh ; a) Menentu atau mempastikan maklumat yang di kehendaki. Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang saran atau bertanya. b) Mengumpulkan maklumat itu. Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multi-media atau internet. c) Menganalisa, menilai dan menyusun maklumat itu. Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan. d) Menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis. Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan

40

PEMBELAJARAN

MASTERI

i. Guru harus memastikan pelajar memperoleh kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran seumur hidup. ii. Kemahiran membaca akan membantu pelajar anda memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenalpasti idea utama atau idea yang penting. iii. Pada asasnya, pelajar harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R) ; a) Skim : Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki. b) Question : Menyoal. Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki. c) Read : Membaca. Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama. d) Recite : Menyebut kembali. Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan. e) Review : Menyemak. Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan

41

PEMBELAJARAN

MASTERI

i. Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota. ii. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu maklumat. iii. Kemahiran membuat nota memastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu. iv. Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalin atau mencatat nota. v. Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semua nota yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain atau yang terdapat dalam majalah, buku dan sebagainya. vi. Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku atau sumber lain. vii. Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah. viii. Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah ; a) Memahami maklumat yang penting dan menyusunnya. b) Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya. c) Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu.

Cara Kemahiran Memotivasi Dikembangkan

42

PEMBELAJARAN

MASTERI

i. Motivasi atau ransangan adalah sangat penting untuk meransangkan pelajar mempelajari atau membuat sesuatu sehingga mereka menguasai atau menyelesaikannya. ii. Guru haruslah meransang pelajar kerap kali supaya motivasi mereka untuk belajar selalu berada pada tahap yang tinggi. iii. Guru boleh merangsang pelajar dengan dua cara am yang harus juga diketahui oleh mereka ; a) Motivasi Ekstrinsik : Pelajar dirangsang oleh guru, ibu bapa, dan media massa. b) Motivasi Instrinsik : Pelajar merangsang diri. Motivasi Ekstrinsik i. Dalam merangsang secara ekstrinsik, guru boleh menggunakan dua kaedah berikut ; a) Kaedah ganjaran. b) Kaedah hukuman. ii. Anda digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini di dapati membawa kesan yang lebih baik dan positif. iii. Dalam kaedah ganjaran, guru boleh menggunakan pelbagai teknik yang dicadangkan di bawah secara kombinasi ; • Memberi kasih sayang. • • Memuji. Memberi galakan. • Menghormati. • Menanam minat.

43

PEMBELAJARAN

MASTERI

• Sedia membantu dan bekerjasama. • Sedia mendengar dan bersimpati. • Berhemah tinggi. • Menanam rasa yakin. • Menanam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda inkuiri dan membaca. • Memberi cabaran.

• Memberi tugasan yang boleh diselesaikan. • Memberi ganjaran atau hadiah. • Menggunakan unsur-unsur agama. • Menggunakan pelbagai cogankata atau kata hikmat. • • • Menggunakan cerita atau kisah yang bertemakan moral. Berfikir secara positif. Memberi tanggungjawab tugas.

• Memberi bimbingan dan kaunseling. iv. Guru juga digalakkan mencipta lain-lain teknik di bawah kaedah ganjaran. v. Kadangkala guru terpaksa menggunakan kaedah hukuman dan teknik dalam kaedah ini termasuk ; • • • • • Tegas. Tegur. Displin. Marah. Denda.

44

PEMBELAJARAN

MASTERI

vi. Sekiranya guru terpaksa menggunakan sesuatu teknik dalam kaedah hukuman, guru harus juga menggunakan teknik dalam kaedah ganjaran. vii. Contohnya, sekiranya guru terpaksa marah seorang pelajar yang sudah banyak kali tidak membuat kerja rumah kerana malas, guru harus juga memberi sebab-sebab, memberi tugas atau tanggungjawab yang ringan, memuji dan memberi kasih sayang. viii. Guru haruslah mengelak daripada menggunakan teknik berikut yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk atau negatif. • Memaki. • Memalukan. • Menakutkan. • Mencederakan. • Dera. • Tidak mempeduli. • Mengkritik sifat peribadi. • Menghampakan. ix. Guru haruslah sentiasa sedar bahawa walaupun motif anda adalah untuk merangsang atau mendisplinkan pelajar, guru mungkin boleh didakwa di mahkamah sekiranya mencederakan seseorang pelajar ataupun mengguna dan menyebarkan penyataan palsu yang memalukan atau menghampakan seseorang pelajar atau keluarganya.

45

PEMBELAJARAN

MASTERI

Motivasi Instrinsik i. Guru harus mengajar pelajar kaedah atau teknik merangsangkan diri kerana kemahiran ini adalah kemahiran seumur hidup untuk merangsang mereka belajar atau bertindak bagi mencapai sesuatu. ii. Pelajar boleh menggunakan dua kaedah berikut untuk merangsang diri ; a) Kaedah ganjaran. b) Kaedah hukuman. iii. Dalam kaedah ganjaran, pelajar boleh mengguna mana-mana teknik berikut secara kombinasi yang akan memberi kesan baik untuk merangsang diri. a) Ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang lain seperti guru, ibu bapa dan rakan sebaya. b) Ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan-rakan. c) Ingin mencapai cita-cita sebagai doktor, jutera, peguam dan sebagainya. d) Berasa yakin. e) Meminat diri. f) Menggunakan unsur-unsur agama. g) Menggunkan pelbagai cogan kata atau kata hikmat. h) Mengamalkan nilai-nilai murni. i) Tidak berputus asa. j) Mencuba sehingga berjaya. k) Sedia menghadapi cabaran. l) Memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri apabila sudah berjaya seperti menonton televisyen, membelanjakan diri atau orang lain.

46

PEMBELAJARAN

MASTERI

m) Menaakul dan meramal. n) Berfikir secara kritis dan kreatif. o) Bertanding dengan diri sendiri. iv. Guru harus menggalakkan pelajar mencipta dan menggunakan teknik lain yang berkesan untuk merangsang mereka. v. Dalam kaedah hukuman, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara kombinasi ; a) Ingin mengelakkan daripada penderitaan, dera atau hukuman seperti marah,tegur, malu, denda, takut atau dera. b) Mendenda atau menghukumkan diri ; misalnya tidak menonton televisyen atau mengurangkan masa untuk menonton televisyen. 8.3 - Kemahiran Mengingat Dikembangkan. i. Walaupun pelajar anda sudah memahami apa yang telah guru ajarkan, ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang. ii. Jadi, guru harus menentukan pelajar anda mempelajari kemahiran mengingat. iii. Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulangkaji : kerap kita mengulangkaji lebih lama ingatan. iv. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulangkaji yang berbeza. v. Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk ; a) Menyediakan dan mengulangkaji peta konsep atau peta minda : Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan. b) Menyediakan dan mengulangkaji carta aliran dan gambarrajah Venn. c) lukisan atau lakaran.

47

PEMBELAJARAN

MASTERI

d) Membuat bayangan atau visual ; 1) Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan. 2) Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual dengan lebih kerap. e) Menyebut berulang kali ; 1) Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan. 2) Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dengan teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya. f) Menulis atau melakar semula : 1) Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat. 2) Pelajar perlu di latih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan. g) Melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen : 1) Sekiranya pelajar anda melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen, ingatan mereka lebih lama. 2) Misalnya, pelajar yang melakukan kerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan mereka lebih lama. h) Membuat kaitan : 1) Membuat kaiatan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat. 2) Nombor, perkataan, data, fakta atau maklumat boleh dikaitkan dengan akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta konsep atau carta.

48

PEMBELAJARAN

MASTERI

3) Misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar, kita boleh mengaitkannya dengan akronim ’BaFIA’ iaitu baca, faham, ingat dan aplikasi. vi. Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara berasingan atau kombinasi. vii. Yang pentingnya, ialah pelajar anda harus mengulang kaji berkali-kali. 8.4 - Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan Dikembangkan. i. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah untuk pelajar mendapat markah yang lebih tinggi. ii. Guru harus menguji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun yang lepas untuk mengetahui ; a) Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan. b) Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan. c) Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu. d) Fakta, konsep, kemahiran berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji. iii. Anda harus melatih pelajar anda sepanjang tahun dalam teknik menjawan soalan peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab soalan peperiksaan awam. iv. Dalam proses melatih pelajar ; a) Anda harus membimbing pelajar dalam cara menjawab soalan peperiksaan dengan contoh-contoh yang sesuai. b) Kemudian, anda harus memberi banyak latihan sehingga pelajar mahir menjawab soalan peperiksaan.

49

PEMBELAJARAN

MASTERI

v. Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif, subjektif atau kedua-duanya. vi. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus menentukan pelajar boleh ; a) Tenangkan hatinya supaya tidak panik. b) Baca, faham, dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan. c) Tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan. d) Jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberikan. e) Hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan. f) Jawab soalan-soalan yang mudah dahulu. g) Baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya. h) Pilih jawapan yang betul daripada pilihan beraneka. i) Tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul. j) Semak semua jawapan. vii. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei, guru harus menentukan pelajar supaya boleh ; a) Tenangkan hatinya supaya tidak panik. b) Baca, faham, dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan. c) Tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan. d) Jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberikan. e) Pilih soalan untuk menjawab. f) Jawab soalan-soalan yang mudah dahulu. g) Hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan.

50

PEMBELAJARAN

MASTERI

h) Baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya. i) Rancang jawapan (3 – 5 minit) sebelum menjawabnya. j) Tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca. k) Semak semua jawapan. 9.0 - Rumusan. i. Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh guru. ii. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran berikut ; a) Kemahiran dalam proses belajar : Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat, dan mengaplikasikan. b) Kemahiran menguruskan masa : Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar. c) Kemahiran perpustakaan : Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. d) Kemahiran memperoleh maklumat : Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul, membuat analisa dan

menyampaikan maklumat. e) Kemahiran membaca : SQ3R (skin, question, read, recite, review) : Baca sepintas lalu, menyoal, membaca, menyebut semula dan menyemak. f) Kemahiran membuat nota :

51

PEMBELAJARAN

MASTERI

Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting, singkatan, simbol, nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda. g) Kemahiran memotivasi : Dengan cara ekstrinsik, di mana pelajar dirangsang oleh guru dengan ganjaran atau hukuman dan cara instrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan ganjaran atau hukuman. h) Kemahiran berfikir : Ini melibatkan kemahiran memahami tujuh kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan dikalangan pelajar. i) Kemahiran mengingat : Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan, kerja amali, eksperimen, dan dengan membuat kaitan atau bayangan. j) Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.

52

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIT 6 UNSUR-UNSUR LAIN DALAM PEMBELAJARAN MASTERI Terdapat perkara-perkara lain yang perlu diserapkan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan strategi Masteriy Learning ini. Antara perkara yang perlu diserapkan ialah : 1. Unsur Patriotisme 2. Unsur Pendidikan Alam sekitar 3. Unsur Pendidikan pencegahan dadah dan Penyakit AIDS 4. Unsur Kemahiran Keibubapaan dalam Keluarga 5. Unsur Keselamatan Jalan Raya Unsur-unsur di atas amat penting diserapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk mengembangkan potensi seseorang pelajar secara menyeluruh dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani serta membina akhlak yang mulia.

Penyerapan unsur Patriotisme di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Unsur patriotisme perlu dipupuk untuk membentuk warganegara yang mempunyai semangat patriotik dan keperibadian Malaysia. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat: i. mengenal diri dan menyintai warisan bangsa dan negara. ii. Mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara. iii. Bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis iv. Memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan.

53

PEMBELAJARAN

MASTERI

v. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya vi. Bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara. Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerap unsur patriotisme ialah : i kerja projek ii permainan iii simulasi iv lakonan v drama vi perbincangan vii lawatan

Penyerapan unsur Pendidikan Alam Sekitar Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca , penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.Ianya bermatlamat untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan kemahiran nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar. Antara objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar :

54

PEMBELAJARAN

MASTERI

i mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya. ii lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalahnya yang berkaitan dengannya. iii memperolehi nilai, memupuk sikap positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. iv memahami bahawa pembangunan negara harus diterusjkan dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang. v menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalh alam sekitar dan penyelesaiannya. Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut iaitu : i Tuhan Pencipta alam semesta dan sekelian makhluk ii Bumi dan alam semesta iii Benda bukan hidup dan sumber semula jadi iv Benda hidup dan alam sekitarnya v Interaksi antara manusia , haiwan dan tumbuhan vi Pengurusan alam sekitar Strategi dama pengajaran dan pembelajaran iaitu melalui pendekatan : a. rohani dan moral b. penyerapan c. berpusatkan pelajar Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan mestilah menarik, menyeronokkan dan berpusatkan pelajar seperti :

55

PEMBELAJARAN

MASTERI

a. Kerja amali b. Membuat kajian dan eksperimen c. Perbincangan d. Sumbang saran e. Demonstrasi f. Menonton TV, video dan slaid g. Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto h. Cerita i. Membaca buku, majalah dan akhbar j. Projek k. Permainan dan simulasi l. Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum m. Lawatan n. Kempen alam sekitar o. Rintis p. Kem alam sekitar q. Program sandaran Terdapat pelbagai stesen-stesen pendidikan alam sekitar yang boleh diwujudkan di sekolah. Antaranya : a. Stesen mengkaji tanah termasuk mengkaji hakisan tanah b. Stesen mengkaji pencemaran c. Stesen mengkaji tumbuhan d. Stesen mengkaji haiwan

56

PEMBELAJARAN

MASTERI

e. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan f. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik dan sumber air. g. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar, tenaga angin, dan penggunaan bahan api. h. Stesen mengkaji cuaca dan permainan pendidikan alam sekitar. i. Stesen mengkaji cuaca , bumi dan alam semesta.

Unsur Pemdidikan Pencegahan dadah dan Penyakit AIDS Masalah penggunaan dadah dan penyakit AIDS di negara ini kian meningkat dan salah satu daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS. Ianya bermatlamat untuk membentuk pelajar yang mengetahui dan menyedari tentang bahayanya dadah dan penyakit AIDS dan berupaya membina ketahanan diri dan menjauhkan diri daripada dadah dan penyakit AIDS. Objektif utamanya adalah untuk membolehkan pelajar : a. memperolehi pengetahuan dan kkefahaman tentang bahayanya dadah dan penyakit AIDS. b. Memperoleh kemahiran dan mengenal pasti masalah emosi dan sosial remaja dan membuat keputusan baik. c. Menghayati dan mengamalkan nilai, sikap yang positif dan kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera. Antara aktiviti yag boleh dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti soal jawab, perbincangan, bacaan, ceramah, lawatan, tayangan TV, video. Kerja projek, lakonan, simulasi, demonstrasi, perbahasan, cerita dan lakaran.

57

PEMBELAJARAN

MASTERI

Unsur Kemahiran Keibubapaan dalam Keluarga Masalah sosial remaja seperti ponteng kelas, penyalahgunaan dadah, merokok, budaya lepak, bohjan, bohsia dan masalah juvana seperti merompak, peras ugut, mencuri dan lainlain adalah banyak dan luas. Masalah ini berpunca dari faktor-faktor seperti kurang kemahiran keibubapaan dan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan media massa, kurang perhatian dan kasih sayang, mahukan kebebasan, tidak tahu menggunakan masa lapang dan menyelesaikan masalah dan lain-lain faktor sosio ekonomi. Penyelesaian masalah sosial remaja adalah tanggungjawab bersama semua pihak iaitu remaja itu sendiri. Ibu bapanya, sekolah dan juga masyarakat. Diperingkat sekolah guru memainkan peranan sebagai ’ibu bapa’ kepada pelajar . Kemahiran keibubapaan yang perlu ada pada seorang guru ialag seperti mendengar, membimbing, memberi kasih sayang, menggalak, memberi pendidikan asas agama, memberikan kerjasama, keyakinan, menunjuk cara, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mambantu, memuji dan sebagainya.

Unsur Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Setiap hari kita mendengar dan membaca di akhbar dan televisyen berkaitan kemalangan yang membabitkan kecederaan dan meragut nyawa termasuklah pelajar. Kemalangan berpunca daripada berbagai faktor seperti kecuaian, tidak mematuhi peraturan jalan raya, tidak sabar, mabuk, kerosakan kenderaan dan sebagainya. Walau pun ’kemalangan tidak berbau’ anda harus menyerapkan keselamatan jalan raya merentas kurikulum dan juga di dalam kegiatan ko kurikulum.

58

PEMBELAJARAN

MASTERI

Objektif pendidikan keselamatan di jalan raya adalah agar pel;ajar dapat : a. memperoleh pengetahuan dan kefahaman mengenai peraturan dan langkah-langkah keselamatan jalan raya. b. Menghayati dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya. Guru perlu menyerapkan unsur-unsur keselamatan jalan raya semasa pengajaran dan pembelajaran topik yang sesuai dan selalu mengingatkan pelajar agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga di jalan raya semasa berjalan kai, menaiki kenderaan, melintas jalan raya dan sebagainya. Rumusan Dalam pembelajaran masteri, selain daripada memastikan pelajar anda dapat menguasai isi kandungan, anda harus juga mengembangkan atau menyerapkan pelbagai nilai-nilai murni dan akhlak yang mulia. Galakkan pelajar mengunakan pelbagai bahan sumber yang dikeluarkan oleh berbagai-bagai pihak kerajaan dan swasta.

59

PEMBELAJARAN

MASTERI

UNIT 7 PENILAIAN Penilaian bertujuan untuk seseorang guru memahami : a. kepentingan pembelajaran masteri b. konsep penilaian dan tujuannya c. jenis-jenis penilaian d. bagaimanakah melaksanakan penilaian. Penilaian merupakan langkah ke tiga di dalam pembelajaran masteri . Tujuan penilaian adalah untuk mengesan : a pencapaian pelajar secara keseluruhan b. pelajar yang cerdas, sederhana dan lemah c. hasil-hasil pembelajaran yang sudah atau belum dikuasai d. sebab-sebab pelajar anda lemah dalam suatu mata pelajaran e. aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu djalankan f. keberkesanan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis penilaian : Pada amnya penialaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu : a. Penialaian formatif – Ujian mingguan, ujian bulanan dan ujian diagnostik. b. Penialaian Sumatif – peperiksaan tengah tahun, akhir tahun, peperiksaan awam seperti PMR, SPM, STPM dan sebagainya.

60

PEMBELAJARAN

MASTERI

a. Penilaian Formatif merupakan penilaian berterusan yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun dan penilaian ini adalah penting dalam pembelajaran masteri. Tujuan penilaian formatif adalah untuk ; a. mengesan pelajar cerdas, sederhana dan lemah b. mengesan hasil pembelajaran yang sudah dan belum dikuasai. c. Mengesan sebab pelajar lemah . d. Membantu dan membimbing pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. e. Mengesan kaedah atau aktiviti yang telah digunakan merancang aktivti pemulihan dan pengayaan. Penilaian formatif boleh dilakukan pada setiap hujung minggu, setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, setiap bulan dan selepasa beberapa tajuk atau bab yang diajar. Penilaian boleh dijalankan secara soal jawab, memberi latihan harian, memerhati tingkah laku dan kemahiran membuat sesuatu . Ujian berbentuk soalan subjektif dan objektif juga boleh dijalankan.

b. Penilaian Sumatif Penialian Sumatif adalah penilaian secara formal yang dilakukan dengan memberi ujian atau peperiksaan dalah satu tempoh masa yang ditetapkan. Tujuan penilaian Sumatif adalah untuk mengesan : a. pencapaian seseorang pelajar secara keseluruhannya. b. Pelajar cerdas, sederhana dan lemah c. Keberkesanan kaedah dan aktiviti yang telah digunakan

61

PEMBELAJARAN

MASTERI

Jenis –jenis peperiksaan a. Peperiksaan tengah tahun : untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh 6 bulan. b. Peperiksaan akhir tahun : Untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh satu tahun. c. Peperiksaan awam : i. PTS : untuk menilai kecerdasan pelajar selepas tempoh tiga tahun di sekolah rendah. ii.UPSR : untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh 6 tahun di sekolah rendah. iii.PMR : untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh 3 tahun di sekolah menengah. iv. SPM dan SPMV : untuk menilai pencapaian pelajar selepas 2 tahun di sekolah menengah atas. v. STPM : untk menilai pencapaian pelajar selepas 2 tahun di tangkatan 6 Penilaian Sumatif boleh berbentuk lisan, bertulis , amali dan berbentuk projek.

c. Ujian Rujukan Kriteria. Ujian Rujukan Kriteria boleh merupakan a. Ujian formatif seperti ujian diagnostik, ujian mingguan, ujian bulanan atau ujian selepas beberapa tajuk atau kemahiran telah diajar. b. Ujian sumatif seperti peperiksaan awam dan peperiksaan di sekolah. Kriteria adalah hasil pembelajaran yang penting selepas beberapa tajuk, bab atau kemahiran diajar dalam tempoh masa.Boleh rujuk kepada sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Ianya terdiri dari perihal mengingat kembali faklta dan butiran penting,

62

PEMBELAJARAN

MASTERI

menerangkan konsep, fenomena atau peristiwa penting, kemahiran aras tinggi dan kemahiran khsus untuk sesuatu mata pelajaran. d. Merekod Maklumat Selepas menjalankan ujian diagnostik, anda harus merekodkan maklumat uang didapati. Ini bertujuan untukmengetahuio sama ada seseuatu hasil pembelajaran sudah atau belum dikuasai oleh seseorang pelajar. Contoh borang merekod maklumat Darjah/Tingkatan : ____________ Unit Pembelajaran :____________ Penunjuk / = sudah dikuasai O = belum menguasai * = sudah dikuasai selepas pemulihan Bil Hasil pembelajaran penting (Kriteria ) 1 2. 3. / Nama Pelajar Ahmad Bin Rejo Badarudin Bin Buruj Cicilia A/P Punamaran / / * / / / * / / * * / 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Rumusan. Langkah ke 3 di dalam Strategi Masteri ini secara umumnya adalah untuk menentukan pelajar sudah menguasai atau belum isi pelajaran.

UNIT 8 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

63

PEMBELAJARAN

MASTERI

Mengapakah Pemulihan Dan Pengayaan Penting? Langkah keempat dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Aktiviti pemulihan adalah penting untuk memastikan pelajar yang belum menguasai hasil-hasil pembelajaran dapat menguasainya sebelum anda mengajar unit pembelajaran atau bab yang lain. Sekiranya anda tidak menjalankan aktiviti pemulihan, kelemahan pelajar anda akan bertambah. Pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran perlu diberi aktiviti pengayaan semasa pemulihan dijalankan untuk pelajar yang lemah. Bagaimana Mendiagnosis Dan Mengatasi Kelemahan Pelajar Dalam Pembelajaran Pada Amnya? Sebelum anda boleh menjalankan kerja pemulihan anda harus tahu: a. hasil pembelajaran yang belum dikuasai dan b. sebab-sebab pelajar tidak dapat menguasai Untuk mengenal pasti punca kelemahan, anda harus tahu bagaimana mendiagnoskan kelemahan pelajar anada seperti seorang doktor yang mendiagnoskan seorang pesakit untuk menentukan penyakit sebenar atau punca penyakit sebelum rawatan diberi. Untuk mendiagnosis kelemahan pembelajaran seseorang pelajar secara amnya, anda boleh mengenal pasti punca-punca di bawah faktor berikut: a. pelajar b. guru c. kemudahan d. pentadbiran e. faktor lain

64

PEMBELAJARAN

MASTERI

Satu panduan diberi dalam Jadual 1 untuk membantu anda menentukan punca kelemahan pelajar anda pada amnya. Anda juga digalakkan menambah atau mengubahsuaikan senarai semak punca dan cadangan tindakan yang diberi di dalam jadual di bawah ataupun mencipta yang lain. Jadual 1: Panduan mendiagnosis Kelemahan dalam Pembelajaran Pada Amnya Punca Kelemahan Dalam Pembelajaran Pelajar: Kesihatan: a. selalu sakit b. susah dengar c. susah bercakap, menyebut d. rabun jauh, rabun dekat Emosi: a. kurang motivasi b. sikap negatif, malas, tidak tanggungjawab dan sebagainya c. tekanan jiwa Sosial dan Ekonomi: a. tidak boleh belajar dengan rakannya, nakal, kacau dalam kelas, mempertikaikan. b. Tidak mampu membeli buku dan alat tulis. Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif secara amnya: a. Pemahaman: tidak faham konsep, kemahiran atau maklumat. b. Komunikasi: faham tapi tidak boleh terangkan semula secara lisan atau bertulis. Cadangan Tindakan/Pemulihan

Beritahu ibu bapa supaya mendapatkan rawatan. Rangsangan pelajar dengan cara-cara yang diberi dalam unit 5. Beri kaunseling, bimbingan, aktiviti dan rangsangan (lihat unit 5, 6 juga unit 8) Beri kaunseling dan bimbingan. Ajar pelajar menguruskan tekanan jiwa. Berikan bimbingan dan kaunseling (lihat unit 2 ,6 dan 8) Beri tahu ibu bapa. Mungkin boleh dapatkan bantuan PIBG atau sumber lain.

Terangkan semula. Beri lebih banyak latihan untuk memperkukuhkan kefahaman. Bantu pelajar menerangkan semula secara lisan atau bertulis. Berikan lebih banyak latihan lisan atau tulisan untuk menerangkannya semula . Ajar cara-cara mengingat (Lihat unit5). Beri latihan. Rangsangkan pelajar. (unit 5). Tunjuk cara mengaplikasi. Beri lebih banyak latihan tentang aplikasi.

c. Ingatan: faham tetapi tidak boleh ingat sesuatu fakta, konsep atau maklumat. d. Aplikasi: faham dan boleh ingat fakta atau konsep tetapi tidak boleh

65

PEMBELAJARAN

MASTERI

aplikasikannya ke dalam situasi yang baru. Pembelajaran dalam bidang afektif secara amnya: a. tingkah laku: tidak amalkan tingkah Beri kaunseling, bimbingan, aktiviti dan laku yang diingini. rangsangan (unit 5,7 dan 8) b. Amalan nilai-nilai murni: tidak amalkan nilai-nilai murni. Pembelajaran dalam bidang psikomotor secara amnya: Tidak boleh melakukan sesuatu Tunjuk cara secara berperingkat dan pelajar kemahiran manipulatif dengan betul melakukannya sehingga mahir. Beri lebih seperti mengukur, melukis, mewarna, latihan. melompat tinggi, memukul bola hoki, bermain alat muzik , memukul atau memanjat. Guru: Kesihatan: Selalu sakit Emosi: a. Kurang motivasi b. Sikap negatif, malas , tidak bertanggungjawab dan sebagainya. c. Tekanan jiwa

Jumpa doktor. Angsangkan diri . Ubah sikap, menjadi proaktif, rangsangkan diri. Uruskan tekanan jiwa. Jumpa pakar sakit jiwa.

Sosial: a. Pandang rendah pada pelajar dan Ubah sikap orang lain. Ubah sikap b. Anti sosial, malu atau segan dapat bantuan daripada rakan atau orang lain. Pedagogi: a. Kurang pengetahuan dalam cara mengajar dalam pembelajaran masteri. b. Pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan c. Perancanagan memuaskan. pelajaran kurang Baca buku panduan, tanya pihak yang tahu. Lihat demostrasi atau video, hadir kursus. Ubahsuaikan teknik atau kaedah, tanya pihak yang tahu, lihat demostrasi atau video, hadir kursus. Baiki rancanagan pengajaran Baiki penyimpanan rekod.

66

PEMBELAJARAN

MASTERI

d. Penyimpanan rekod pelajar kurang Tukar ganti guru atau matapelajaran. Hadir memuaskan. kursus. Baca pelbagai buku atau panduan. Pengkhususan: Tidak terlatih untuk mengajar matapelajaran itu. Jadikan bilik selesa. Beritahu pihak pentadbiran Kemudahan: Tambahkannya. Bincang dengan pihak a. Bilik tidak selesa pentadbiran. b. Perabot tidak sesuai Buat BBM yang lebih menarik dan sesuai. c. Alat tulis tidak cukup Beritahu pihak pentadbiran d. BBM tidak memuaskan dan tidak cukup. Tambahkannya. Bincang dengan e. Alat da bahan bagi sesuatu pentadbiran. matapelajaran tidak cukup. Bincang dengan pentadbiran. f. Buku teks dan buku rujukan tidak cukup. Tambahkan perbincangan pengajaran dan g. Kemudahan cetak tidak mencukupi. pembelajaran. Adakan mesyuarat panitia lebih kerap secara formal atau tidak formal. Pentadbiran: Tambahkan sesi dan buku rujukan guru. a. Mesyuarat panitia mata pelajaran: jarang bincang tentang pengajaran dan pembelajaran. Baiki sistem penyeliaan. b. Sesi peningkatan taraf Baiki sistem komunikasi. profesionalisme kurang diadakan. c. Sistem penyeliaan kurang berkesan. d. Sistem komunikasi kurang Baiki budaya sekolah dan budaya kelas. berkesan. Bincang dalam mesyuarat PIBG. Jumpa ibu Faktor lain: bapa yang berkenaan. a. Budaya sekolah dan budaya kelas Beri kaunseling dan bimbingan. tidak kondusif untuk pembelajaran. b. Ibu bapa tidak pentingkan pencapaian akedemik anaknya. c. Pengaruh persekitaran yang kurang baik.

Bagaimana mendianosis Dan menjalankan pemulihan Dalam Bidang kognitif? Bagaimana membuat analisis soalan.

67

PEMBELAJARAN

MASTERI

Daripada ujian diagnostik yang telah di beri dalam Unit 8, anda harus membuat analisis soalan dengan menentukan bilangan pelajar yang sudah dan belum menguasai sesuatu soalan. Satu contoh analisis soalan di beri dibawah: Jumlah pelajar: 45 orang Soalan 1 Bilangan pelajar yang 45 telah menguasai Analisis soalan ujian diagnosis menunjukkan semua pelajar telah menguasai hasil pembelajaran yang diuji dalam soalan 1,5,7 dan 10. Bagi soalan 2, 8 dan 9 anda hanya perlu menjalankan kerja pemulihan untuk sekumpulan kecil sahaja dan bagi pelajar yang sudah menguasainya anda boleh memberikan aktiviti pengayaan yang akan diterangkan di bawah. Kebanyakan pelajar belum menguasai hasil pembelajaran atau kreteria yang diuji dalam soalan 3, 4 dan 6 dan anda harus mengajar semula manakala sebilangan kecil yang sudah menguasainya boleh diberi aktiviti pengayaan. 2 40 3 2 4 10 5 45 6 5 7 45 8 40 9 35 10 45

Bagaimana Mengubah Tingkah Laku Atau Sikap? Seperti yang telah diterangkan dalam Unit 8, anda boleh menilai dalam bidang afektif dengan cara pemerhatian tingkah laku atau sikap seorang pelajar. Sekiranya tingkah laku atau sikap seseorang pelajar tidak memuaskan, anda boleh menggunakan model inpitproses-output yang akan dihuraikan untuk mengubah tingkah laku atau sikap pelajar itu kepada yang dikehendaki. Anda harus sedar bahawa proses mengubah tingkah laku atau

68

PEMBELAJARAN

MASTERI

sikap seseorang pelajar mungkin mengambil masa yang panajang kerana banyak latihan diperlukan bagi menanamkan tingkah laku atau sikap yang dikehandaki. Anda harus sedar bahawa tingkah laku atau sikap seseorang pelajar mungkin mengambil masa yang panjang kerana banyak latihan diperlukan bagi menanam tingkah laku atau sikap yang dikehendaki. Pelajar itu harus menyedari tentang tingkah laku atau sikap yang tidak baik dan ingin mengubahnya kepada yang dikehendaki. Anda harus sentiasa menggalak dan memuji pelajar dalam proses mengubah sikap. Model Input-Proses-Output PROSES INPUT OUTPUT

Ais berbentuk kuboid di leburkan

Masukkan cecair ke dalam selinder dan bekukan. Ais berbentu Selinder.

Dalam model input-proses-output yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas, tingkah laku atau sikap seseorang pelajar boleh dianggap sebagai ais berbentuk kuboid. Ais berbentuk kuboid itu telah berbentuk dengan proses pembekuan atau penyejukan dalam acuan kuboid. Untuk menukar air berbentuk kuboid itu kepada yang berbentuk selinder, kita harus meleburkan ais berbentuk kuboid itu terlebih dahulu dengan memanaskannya. Memasukkan cecair yang dihasilkan ke dalam acuan berbentuk selinder dan membekukan cecair dalam acuan berbentuk selinder dengan menyejukkannya.

69

PEMBELAJARAN

MASTERI

Sekiranya cecair dalam acuan selinder tidak dibekukan, maka cecair itu akan kembali kepada acuan yang lama, iaitu acuan kuboid. Oleh yang demikian , adalah penting untuk membekukan cecair itu dalam acuan berbentuk selinder.

Contoh mengubah tingkah laku atau sikap Katakan seorang pelajar selalu rasa takut atau malu di hadapan kelas untuk membuat sesuatu seperti membaca, bercerita, berucap, berlakon ataupun menyanyi secara perseorangan. Seperti ais berbentuk kuboid, perasaan takut atau malu telah lama dibekukan kerana mungkin pelajar itu rasa takut atau malu dikritik, dipersendakan, ditertawakan, dimarahi atau diperbodohkan. Ada kemungkinan juga pelajar itu tidak pernah diberi

peluang untuk membuat persembahan secara perseorangan dan oleh sebab itu dia kelihatan gelisah. Untuk mengubah perasaan takut atau malu kepada perasaan berani atau yakin di hadapan kelas secara perseorangan, anda harus meleburkan pelajar itu terlebih dahulu dan ini dapat dilakukan dengan: a. Menyedarkan pelajar berkenaan tentang kepentingan perasaan berani dan yakin, b. Memberi keyakinan dan merangsang pelajar itu untuk memperoleh perasaan berani dan yakin, c. Memberi latihan atau aktiviti yang akan menanam perasaan berani dan yakin dan d. Memberikan galakan dan pujian. Langkah untu “meleburkan” perasaan takut atau malu dan menanam perasaan berani dan yakin adalah seperti berikut:

70

PEMBELAJARAN

MASTERI

a. Minta sekumpulan pelajar termasuk pelajar berkenaan membaca sesuatu secara beramai-ramai di hadapan kelas; anda dan pelajar lain perlu memberi pujian kepada kumpulan itu. b. Minta pelajar yang berkenaan serta seorang kawannya membaca sesuatu secara berpasangan di hadapan kelas, anda dan pelajar memberi pijian kepada pasangan itu. c. Minta pelajar yang berkenaan membaca dengan sendiri di depan kelas dengan kawan disisinya; anda dan pelajar lain perlu memberi pujian kepadanya. d. Minata pelajar yang berkenaan membaca demgan sendiri di depan kelas tanpa kawan disisinya; anda dan pelajar lain perlu memberikan pujian kepadanya. e. Memaklumkan kepada pelajar yang berkenaan bahawa dia telah tunjukkan perubahan yang menggalakkan. Apabila anda telah ‘meleburkan’ pelajar yang berkenaan, anda harus memberi lebih banyak latihan atau aktiviti membaca secara perseorangan dihadapan kelas supaya dapat “membekukan” dia di dalam acuan perasaan berani dan yakin. Selain daripada latihan atau aktiviti membaca, anda boleh menggunakan aktiviti bercerita, berucap, berlakon atau menyanyi. Aktiviti Pengayaan Bagi pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran, anda harus memberi aktiviti pengayaan. Tujuan aktiviti pengayaan adalah untuk: a. memperkukuhkan pembelajaran hasil pembelajaran b. mengembangkan lagi pengetahuan, kemahiran, naluri ingin tahu, sifat berdikari dan bakat kepimpinan pelajar. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan secara:

71

PEMBELAJARAN

MASTERI

a. kelas b. kimpulan c. pasangan d. perseorangan Aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori: a. Aktiviti pengukuhan b. Aktiviti perkembangan aspek lain Aktiviti Pengukuhan Tujuan aktiviti pengukuhan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan hasil pembelajaran. Aktiviti ini berkait secara langsung dengan kemahiran asas yang sedang dipelajari. Anda harus merancang dan menggredkan aktiviti ini mengikut kebolehan pelajar anda. Pelajar anda perlu menjalankan aktiviti pengukuhan yang telah dirancang pada masa yang sesuai atau masa yang ditetapkan. Aktiviti untuk memperkembangkan aspek lain. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar anda yang sudah menguasai hasil pembelajaran atau yang pintar cerdas untuk mengembangkan lagi pengetahuan, kemahiran, bakat dan minat mereka. Aktiviti ini berkait secara tidak langsung dengan isi kandungan atau kemahiran asas yang sedang dipelajari. Anda harus merancang pelbagai aktiviti yang mencabar dan memberi peluang bagi pelajar anda memilih aktiviti yang mereka suka.

Aktiviti ini boleh dijalankan :

72

PEMBELAJARAN

MASTERI

a. Secara kelas, pembelajaran koperatif dalam kumpulan atau pasangan atau secara perseorangan. b. Di dalam atau diluar waktu persekolahan. Jenis-jenis aktiviti ini adalah seperti berikut: a. memperoleh pengetahuan yang lebih luas dan mendalam b. ceramah oleh penceramah jemputan c. perbahasan d. pertandingan e. membuat kajian, penyelidikan f. menyelesaikan masalah g. aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran berfikir dan kemahiran menaakul h. kuiz i. mereka cipta j. simulasi k. membuat model Model Renzulli Joseph Renzulli (1986) telah mencipta model pengayaan ‘triad’ untuk pelajar pintar cerdas dan modelnya terdiri daripada tiga jenis pengayaan iaitu Western Australia: Teaching TAGS,1995): (Education department of

Jenis 1: Minat Am atau Aktiviti Penerokaan:

73

PEMBELAJARAN

MASTERI

1. Aktiviti jenis ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman yang luas. 2. Aktiviti ini termasuk lawatan sambil belajar, aktiviti kelab, pusat pembelajaran, penceramah jemputan dan sesi sumbang saran. Jenis II: Aktiviti Latihan Kumpulan atau Perkembangan Kemahiran 1. Aktiviti jenis ini bertujuan mengembangkan pemikiran dan kemahiran perasaan. 2. Pelajar dilibatkan dalam mereka cipta, menjalankan eksperimen, membanding, membuat analisis, merekod dajn mengkelaskan. 3. Kemahiran untuk memperkembangkan termasuk pemikiran kritis dankreatif, belajar cara belajar, menggunakan bahan rujukan dan berkomunikasi secara berkesan. Jenis III: Kajian Kes Secara Individu dan Kumpulan Kecil 1. Pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi melalui aktiviti jenis I dan II. 2. Mereka menjadi penyiasat masalah sebenar dan menyampaikan dapatan mereka. 3. Aktiviti tersebut merangkumi menyelidik, membahas, mengkaji, menyampaikan dapatan, mengarang artikel jurnel atau menghasilkan suatu buku atau skrip drama. Dalam model Renzulli, aktiviti Jenis I dan II adalah sesuai unytuk semua jenis pelajar, manakala aktiviti Jenis III adalah sesuai untuk pelajar pintar cerdas. Model Taylor Model Taylor bertujuan mengembangkan berbagai-bagai bakat di kalangan pelajar. Kemahiran yang hendak diperkembangkan dan contoh aktivitinya diberi dalam jadual di bawah ( Diubah suai daripada Education Department of Western Australia: teaching TAGS, m.s 58.1995)

74

PEMBELAJARAN

MASTERI

Kemahiran 1.Akedemik/drama/seni/ muzik 2. Kreativiti

Kebolehan/Tujuan Mengembangkan asas pengetahuan atau kemahiran tentang sesuatu topik Mereka cipta makna asli, melihat perkaitan dan idea yang baru

Contoh aktiviti Memperoleh maklumat tentang……. Menyelidik konsep…….

3. Membuat keputusan

4.Merancang

Mereka cipta sesuatu……. Menjanakan idea…… Menambahkan butir-butir terperinci tentang…… Menghasilkan pelbagai Membuat keputusan tentang pilihan, menilai dan sifat-sifat penting bagi menjustifikasikan haiwan kesayangan keputusan Membuat berbagai-bagai pilihan Memilih dan menjustifikasikan pemilihan Menyusun cara-cara untuk Merancang satu jamuan hari mencapai sesuatu jadi bagi seorang sahabat Membuat pelan untuk…… Membuat belanjawan untuk….. Meramal dan memeriksa Memahami apa akan terjadi sebab dan kesan sekiranya gempa bumi berlaku di Kuala Lumpur Berkomunikasi secara lisan Menunjukkan perasaan anda dan bukan lisan seperti sekiranya ditinggalkan di tulisan dan gerakan bulan, pulau atau hutan. Menceritakan hari sukan Lukis satu gambar untuk menunjukkan perasaan gembira……… Tunjuk bagaimana ……… Halkan perasaan anda tentang……. Melaksanakan rancangan Mendapatkan pekerjaan satu Melaksanakan rancangan untuk …… suatu Memohon untuk mengisi jawatan

5. Meramal 6. Komunikasi

7. Melaksanakan 8. Perhubungan manusia

9. Mengenal pasti peluang

Mengenal pasti peluang Mengenal pasti sesuatu yang baru dan mencapai keperluan dan memulakan kemajuan satu program untuk …….

75

PEMBELAJARAN

MASTERI

Cadangan Guskey Menurut Guskey (1985), dua sifat penting bagi aktiviti pengayaan ialah aktiviti itu harus menguntungkan , menarik dan mencabar. Jenis aktiviti pengayaan yang dicadangkan oleh Guskey termasuklah: a. Pelajar mengajar rakan sebaya b. Pelajar membins aktiviti latihan/ pengukuhan untuk pelajar lain c. Membina bahan pandang dengar seperti kid pembelajaran, permainan d. Projek khusus dan laporan khusus e. Permainan. Masalah dan pertandingan yang lebih mencabar f. Pembelajaran berbantukan komputer yang lebih mencabar Rumusan Langkah kekempat dalam Pembelajaran Masteri ialah anda harus menjalankan: a. aktiviti pemulihan b. aktiviti pengayaan Sebelum anda boleh menjalankan aktiviti pemulihan , anda perlu mendiagnos kelemahan pembelajaran secara amnya dengaan mengenalpasti punca kelemahan di bawah faktor pelajar, guru, kemudahan, pentadbiran dan faktor-faktor lain. Daripada ujian diagnostik dalam bidang kognitif, anda harus membuat analisis soalan bagi mengenal pasti hasil pembelajaran yang sudah atau belum dikuasai sebelaum merancang dan menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

76

PEMBELAJARAN

MASTERI

Anda boleh mengubah sikap atau tingkah laku dengan mengunakan model inputproses-output dimana anda perlu “meleburkan”sikap atau tingkah laku lama dan menanam sikap atau tingkah laku yang baru melalui banyak latihan. Aktiviti pengayaan bertujuan memperkukuhkan penguasaan hasil pembelajaran serta memperkembangkan lagi aspek lain seperti pengetahuan, kemahiran, naluri ingin tahu, sifat berdikari dan bakat kepimpinan pelajar. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan secara kelas, kumpulan, pasangan atau individu dan di dalam atau diluar waktu sekolah. Anda harus merancang berbagai-bagai aktiviti pengayaan yang menarik dan mencabar dan anda juga harus merujuk kepada aktiviti yang dicadangkan oleh pelbagai penyelidik dan memilih aktiviti yang sesuai. Anda juga digalakkan mereka cipta aktiviti pengayaan yang baru.

Contoh Penggunaan Strategi Mastery Learning subjek Teknologi Maklumat Tingkatan 4.

77

PEMBELAJARAN

MASTERI

Strategi Mastery Learning yang menekankan kepada penguasaan pelajar merangkumi bidang: • • • kognitif afektif psikomotor

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai ialah : • berpusatkan guru dari sudut:

- bercerita,penerangan,beri nota atau syarahan. • berpusatkan pelajar dari sudut:

- bacaan, latih tubi, inkuiri penemuan, akses kendiri, kooperatif/kolaboratif serta amali. Salah satu kemahiran Tingkatan 4 yang menggunakan kstrategi Mastery Learning ialah kemahiran 3.3 iaitu mempamerkan kebolehan memasang peralatan komputer dan komonen-komponen seperti kad dan RAM pada papan induk. Berdasarkan kemahiran di atas guru boleh menggabungkan kedua-dua kaedah iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Pelajaran dimulakan dengan berpusatkan pelajar. Guru perlu memberikan penerangan terperinci beserta demonstrasi bagaimanakah memasang komponen-komponen komputer . Jika jumlah pelajar di dalam kelas agak ramai maka guru perlu menunjukkan cara pemasangan mengikut kumpulan kecil.Murid perlu memahami dengan jelas bagaimanakah pemasangan komponen itu berlaku. Sesi soal jawab boleh dilaksanakan. Setelah itu untuk meningkatkan penguasaan pelajar, mereka diletakkkan dalam kumpulan kecil dan memasang komponen-komponen komputer mengikut kumpulan tersebut. Jika perkakasan mencukupi guru boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara berpasangan.

78

PEMBELAJARAN

MASTERI

Guru bertindak sebagai pembimbing dan melihat sejauh makah kefahaman pelajar tentang topik yang diajar. Pelajar akan bekerja sama, berbincang dan bertukar-tukar pendapat jika terdapat sebanrang kesulitan. Bagi pelajar yang sudah mahir, mereka akan diberikan aktiviti tambahan seperti memasang kesemua komponen-komponen komputer dengan lengkap. Bagi pelajar yang belum mahir mereka akan diberikan pemulihan iaitu gru akan menunjukkan sekali lagi cara pemasangan komponen-komponen komputer dengan betul Selain itu guru boleh memaparkan persembahan power point atau gambar video yang menunjukkan bagaimana pemasangan itu dijalankan. Dengan cara ini pelajar dapat memasang kompponen-komponen komputer berdasarkan urutan pemasangan yang dipaparkan di dalam power point atau gambar video. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran guru meminta pelajar menerangkan secara bertulis bagamanakah menjalankan pemasangan komponen-komponen komputer dan apakah komponen-komponen yang terlibat . Ini sebagai kerja rumah dan boleh dihantar pada sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya. Secara kesimpulannya, pelajar telah menjalankan kaedah penemuan inkuiri, kooperatif dan kolaboratif serta kaedah konstruktivisme di mana mereka melakukan sendiri cara pemasangan komponen-komponen komputer, dapat mengetahui kelemahan dan kesulitan yang dihadapi dan cara mengatasinya, berbincang dan bertukar pendapat, bekerja sama dan dapat melakukan aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar cerdas dan kurang cerdas. Penguasaan pelajar merangkumi nilai afektif, psikomotor dan kognitif.

79

PEMBELAJARAN

MASTERI

RUJUKAN

Abd .Rahim Selamat , Ismail Hj Adnan (1990) Pusat Sumber Pendidikan dan Negeri, Sekolah dan Daerah. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.

80

PEMBELAJARAN

MASTERI

Abd. Rahim Selamat (1994). Belajar Cara Belajar. Nyrin Enterprise, Kuala Lumpur.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (1994). Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Utusan Publications & Distribution Sdn, Bhd.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (1995). Kepintaran Daya Cipta dan kemahiran Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn, Bhd.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (1996). Mengajar kanak-Kanak Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn, Bhd.

Amstrong T. (1994). Multiple Intelligences in the Classroom. Association for Supervision and Curriculum Development. ASCD, Alexandria, Virginia, USA.

Anderson L.W.& Block J.H .(1991). Mastery Learning Models in dunkin M.J (ed.), The International Encyclopedia of Teaching and Teacher Education. New York. Permagon Press

Barry K. Beyer (1987) Practical Strategies for the Teacher of Thinking. Allyn and Bacon inc. Boston.

81

PEMBELAJARAN

MASTERI

Bloom B.S.(1968) Lerning for Mastery: Evualation Comment (UCLA_CSIEP).

Buzan, Tony (1994). Make the Most of Your Mind. Linden Press, New York

Choate J.S (1990) Reading Asssssment: A Checklist of Reading Problems. Diagnostique, Council for Exceptional Children 16, 32-37

Davis G.A. and Rimm S.B (1985). Education for the Gifted and Talented. Englewood Cliffs, New jersey, Prentice Hall.

Hozi A.b.H.A Rahman (1996). Mastery Learning dan Implikasinya dari segi kurikulum, Laporan Bengkel Kebangsaan Ke arah Mastery Learning. Pusat perkembangan Kurikulum, KPM

Khoo Teng Sin (1996). Strategi Perlaksanaan Mastery Learning, Laporan Bengkel Kebangsaan ke Arah Mastery Learning. PPK, KPM

Mohd. Rosli b. Mohd Ghazali (1996). Mastery Learning dan Implikasinya dari Segi penilaian, laporan Bengkel Kebangsaan Ke Arah Mastery Learning. PPK, KPM

Nik Aziz Nik Pa (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas: Teori dan Praktik. Dewan Pustaka Islam, Petaling Jaya.

82

PEMBELAJARAN

MASTERI

Pusat Perkembangan Kurikulum (1990). Ujian Diagnostik. Kertas kerja dalam Kursus KBSR pegawai Sumber Teras Penilaian. PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1990). Panduan Penilaian Kemajuan Berasakan Sekolah. PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Modul Kemahiran Belajar-Draf. PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Buku Panduan Pemulihan Dalam KBSR: Bahasa Melayu. PPK, KPM

83

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->