You are on page 1of 11

Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Kad Kredit

Kad kredit boleh ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang

tunai atau dengan nama yang lebih popular pada masa kini, ‘wang plastik’. Pada masa

kini terdapat berbagai-bagai jenis kad kredit yang dikeluarkan seperti American Express,

Visa dan Master Card. Ini berlaku berikutan ia semakin mendapat sambutan dalam

kalangan masyarakat kita, bukan sahaja ahli perniagaan malahan kakitangan awam. Ini

ditambah pula dengan prosedur untuk memohon kad kredit tersebut sangat mudah. Bagi

pemohon yang mempunyai gaji melebihi RM1500 sudah boleh membuat permohonan

tersebut di mana-mana cawangan yang berhampiran. Malahan ada syarikat-syarikat

pengeluar kad kredit membuat promosi di pusat-pusat membeli-belah untuk menawarkan

kad kredit kepada orang awam. Kalau sebelum ini, kad kredit hanya digunakan oleh

mereka yang kaya dan berada tetapi kini sesiapapun boleh memilikinya sekalipun pekerja

kilang. Malahan ada sesetengah orang mempunyai beberapa keping kad kredit pada satu-

satu masa. Penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat

ketara. Pada masa akan datang, diramalkan bilangan pengguna kad kredit di negara kita

akan bertambah kerana kad kredit mempunyai banyak kebaikannya yang tersendiri.

Para pengguna kad kredit tidak perlu membawa wang yang banyak apabila

mereka keluar membeli-belah, ini merupakan faktor yang yang paling utama

peningkatan penggunaan kad kredit. Para pemegang kad kredit hanya perlu menurunkan

tandatangan di atas slip barangan ataupun perkhidmatan yang dibeli. Pihak bank ataupun

syarikat kewangan akan membayar bagi pihak pemilik kad kredit kepada peniaga terlebih

-1-
dahulu. Apabila tiba penghujung bulan, pemegang kad kredit perlu menjelaskan segala

bayaran kepada bank ataupun syarikat kewangan. Ini menyebabkan pengguna boleh

membeli-belah tanpa perlu memikirkan harga. Ini sangat penting sekiranya pengguna

tidak mempunyai sebarang wang tunai bila memerlukannya atau bila keadaan yang

terdesak. Pengguna juga boleh menambah nilai had penggunaan pada bila-bila masa

sahaja dan di mana-mana jua. Melalui cara yang cukup mudah untuk menambah nilai had

penggunaan iaitu dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar kad tersebut

yang biasanya beroperasi 24 jam sehari, pengguna sudah boleh membeli barangan yang

diinginkan. Walaubagaimanapun, untuk menambah nilai had penggunaan pengguna perlu

mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh bank ataupun syarikat kewangan.

Membawa wang tunai kadang-kala merumitkan bagi sesetengah orang dan ini ditambah

pula sekiranya mempunyai banyak duit syiling. Bagi mereka, membawa wang tunai yang

banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban wang syiling akan memberatkan

tas tangan atau dompet, terutamanya lelaki yang biasanya tidak suka dompet mereka

diisikan dengan benda-benda yang memberatkan. Kini terdapat hampir 50 peratus

daripada pengguna yang membeli-belah di pasar raya-pasar raya dengan menggunakan

kad kredit. Pengguna kad kredit juga tidak perlu membawa wang yang banyak di dalam

dompet atau pun tas tangan, ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kes ragut,

rompak dan kecurian yang semakin berleluasa kini. Biasanya pengguna akan lebih selesa

menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai kerana kad kredit lebih

ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan pada bila-bila masa yang

difikirkan perlu.

-2-
Pengguna kad kredit juga biasanya berasa lebih selamat bila menggunakan kad

kredit berbanding dengan penggunaan wang tunai. Ini adalah kerana penggunaan kad

kredit dapat disekat sekiranya kad tersebut hilang seperti berlakunya kes kecurian,

rompakan atau ragut. Pengguna boleh menghubungi pihak bank untuk menyekat

sebarang transaksi yang berlaku selepas kehilangan kad kredit tersebut. Ini akan

mengelakkan pengguna menanggung kos perbelanjaan selepas berlakunya kes kecurian

itu. Sekiranya berlaku transaksi berlaku selepas kecurian, pihak bank boleh mengenal

pasti di mana dan bila kad kad kredit itu digunakan, ini membolehkan pihak berkuasa

menyiasat pengguna yang tidak sah itu dan disabitkan dengan kesalahan. Berlainan pula

dengan wang tunai, sekiranya berlaku kes kecurian tiada apa-apa yang boleh dilakukan

untuk mendapatkan wang tersebut. Penjenayah akan terlepas dengan mudah tanpa

dikenakan sebarang tindakan yang sepatutya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh

pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad kredit tersebut bertambah

hampir 40 peratus pada setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad kredit tersebut,

mereka berasa lebih selamat menggunakan American Express kerana mereka cepat

mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku kehilangan. Ini

menunjukkan faktor keselamatan merupakan salah satu teras mengapa kad kredit menjadi

pilihan pada masa kini.

Selain dari itu, pengguna kad kredit tidak perlu membuat tukaran wang asing

apabila mereka melancong ke luar negara. Pada kebiasaannya, bila melawat atau

melancong ke luar negara, pelancong perlu membuat tukaran wang asing terlebih dahulu.

Ini adalah kerana negara luar biasanya tidak menerima sebarang pembelian atau memberi

-3-
perkhidmatan dengan mata wang asing. Hal ini tidak perlu sekiranya menggunakan kad

kredit. Ini kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara terus setiap kali

kad kredit tersebut digunakan. Ini akan menjimatkan masa pelancong kerana mereka

tidak perlu ke kaunter untuk membuat pertukaran wang asing. Ada juga dalam kalangan

pelancong berpendapat, mereka mendapat layanan yang lebih istimewa bila berurusan

menggunakan kad kredit terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf

antarabangsa. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering

dikaitkan dengan pemegang kad kredit tersebut. Ini membuatkan pelancong lebih selesa

menggunakan kad kredit dari wang tunai.

Kad kredit juga boleh digunakan untuk membuat pembelian melalui internet,

seperti yang diketahui kini perniagaan melalui internet semakin berleluasa. Sebagai

contohnya, laman web e-bay yang memberi kemudahan kepada pemegang kad kredit

untuk membeli belah melalui laman web tersebut. Ini akan menjimatkan masa para

pengguna kad kredit kerana mereka boleh mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu

bersusah payah ke pusat membeli-belah dan terpaksa beratur. Ini daitambah pula dengan

jaminan yang telah diberikan kepada pengguna kad kredit. Contohnya, para pengguna

kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila

mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi Internet. Dengan

kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure

Electronic Transaction (SET) maka pengguna akan lebih selamat untuk melakukan

pembelian menerusi Internet. Selain membeli belah, pemegang kad kredit juga boleh

membuat tempahan melalui Internet. Sebagai contohnya, pemegang kad kredit boleh

-4-
membuat tempahan tiket penerbangan dan harga tiket tersebut akan dicaj pada kad kredit

tersebut. Ini akan memudahkan urusan seharian pemegang kad kredit kerana mereka

tidak perlu beratur dan boleh membuat tempahan lebih awal sekiranya mereka tiada masa

untuk ke kaunter penjualan tiket.

Pada masa kini, terdapat banyak kemudahan pembelian secara ansuran yang

diperkenalkan oleh peniaga-peniaga yang biasanya melibatkan syarikat yang besar

dengan kerjasama bank. Pengguna kad kredit boleh membuat pembelian secara ansuran

dan bayaran akan dicajkan pada akaun penyata bulanan kad kredit. Bagi pembeli yang

tidak mempunyai kad kredit mereka juga boleh membuat pembelian secara ansuran

namun ia sedikit merumitkan. Ini kerana pembeli tersebut perlu pergi ke syarikat dan

membuat pembayaran setiap bulan kepada peniaga tersebut secara tunai. Hal ini tidak

akan berlaku kepada pengguna kad kredit kerana mereka akan menerima penyata akaun

bulanan. Di dalam penyata tersebut, akan dinyatakan setiap transaksi yang dilakukan dan

ini termasuklah caj untuk pembelian ansuran tadi. Pengguna kad kredit hanya perlu ke

bank atau membuat transaksi melalui sistem perbankan menerusi Intenet untuk

menjelaskan segala caj yang telah dinyatakan di dalam akaun penyata tersebut.

Banyak bank dan syarikat kewangan menawarkan mata ganjaran sekiranya

pemegang kad menggunakan kad kredit mereka. Pengguna akan mendapat mata ganjaran

tersebut bila membeli-belah dan sekiranya mata ganjaran tersebut sudah mencapai satu

tahap yang ditetapkan, pengguna akan dapat menukarkan mata tersebut dengan berbagai-

bagai hadiah yang ditawarkan oleh pihak bank atau syarikat kewangan. Ini akan

-5-
membolehkan pengguna kad kredit mendapatkan barangan tanpa mengeluarkan wang

yang lebih. Mata ganjaran ini bagi kad kredit ini adalah bertujuan untuk menarik minat

pengguna kad kredit membeli-belah menggunakan kad kredit, secara tidak langsung ini

akan menarik minat orang awam untuk menggunakan kad kredit. Selain mata ganjaran,

bank dan syarikat kewangan juga selalu mengadakan peraduan untuk menarik minat

pengguna kad kredit membeli-belah menggunakan kad kredit. Sebagai contohnya,

peraduan yang telah diadakan oleh syarikat pengeluar kad kredit yang terkemuka baru-

baru ini, dalam peraduan tersebut sekiranya jumlah yang dibelanjakan adalah sama

dengan nombor resit yang dikeluarkan maka pengguna tersebut akan mendapat hadiah

yang telah ditetapkan.

Di samping kemudahan yang boleh dinikmati oleh pemegang kad kredit, mereka

juga sering menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu

menerima pembelian secara kredit, terutamanya kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang

jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau pusat-pusat membeli-belah

yang terkenal. Ini kerana peniaga perlu membuat sedikit pelaburan untuk meyediakan

kemudahan pembayaran melalui kad kredit. Ada dalam kalangan peniaga yang

mengganggap ia merumitkan kerana melibatkan kos dan beberapa prosedur yang perlu

dipatuhi sekiranya mahu menyediakan khidmat tersebut. Oleh hal yang demikian, tempat-

tempat penginapan dan pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad

kredit adalah terhad. Sekiranya pemegang kad kredit mengunjungi sebarangan tempat,

mereka akan menghadapi masalah kerana mungkin pusat membeli-belah atau kedai dan

gerai yang mereka kunjungi tidak menerima sebarang pembayaran melalui kad kredit.

-6-
Selain itu, pengguna kad kredit ini cenderung untuk berbelanja berlebihan kerana

mereka tidak begitu peka atau prihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Pengguna

hanya perlu membuat permohonan atau hakikatnya sebenarnya ditawarkan, dan boleh

berbelanja sesuka hati selagi tidak melebihi dah yang ditetapkan. Sememangnya, Islam

tidak menghalang umatnya berhutang. Malah hutang diharuskan unutk membiayai

perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana kerana

dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan

kewangan. Namun terdapat dalam kalangan pengguna kad kredit ini telah

meyalahgunakan konsep ini. Perbelanjaan yang berlebihan dan menjangkaui had

kemampuan menyebabkan pengguna kad kredit gagal membayar hutang tersebut. Ini

menjadi punca ramai golongan pertengahan terutamanya eksekutif muda diisytiharkan

muflis. Golongan eksekutif muda ini biasanya baru bekerja dan mempunyai pendapatan

sekadar cukup melepasi syarat untuk memohon kad kredit. Namun akibat jiwa muda

yang sukar mengawal diri dari keinginan untuk berbelanja, hidup dibebani dengan

hutang-piutang yang mencemarkan maruah diri. Institusi kewangan yang merupakan

pengeluar kad kredit akan mengenakan faedah sekiranya jumlah yang digunakan gagal

dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan. Kadar faedah yang agak tinggi mengikut kadar

harian ini menyebabkan semakin hari semakin banyak jumlah yang perlu dijelaskan, ini

lebih menyukarkan untuk membuat pembayaran. Biasanya pengguna kad kredit yang

dibebani dengan hutang ini menggunakan kaedah ‘gali lubang tutup lubang’ untuk

menyelasaikan masalah tersebut tanpa menyedari masalah tersebut tidak akan selesai

malahan akan lebih merumitkan.

-7-
Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit

dijalankan dengan menggunakan komputer dan Internet. Ini kerana pusat membeli-belah

atau kedai yang menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit ini akan

menghantar data kepada bank yang dilanggan oleh pemegang kad kredit. Oleh itu,

terdapat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam urus niaga tersebut. Walaupun

perkara seperti ini jarang-jarang berlaku namun kebanyakan peniaga tidak yakin dengan

pelanggan yang menggunakan kad kredit yang tidak popular. Biasanya, para peniaga

tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut.

Pihak polis Bahagian Jenayah Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya

sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan pengguna kad kredit, terutamanya

warga asing. Ini kerana pihak polis telah menerima lebih dari 150 aduan berkaitan dengan

hal penyelewengan dalam urusan kad kredit sejak awal tahun lalu.

Di pusat membeli-belah biasanya akan menyediakan lorong khas bagi pengguna

kad kredit kerana membuat pembayaran menggunakan kad kredit mengambil masa yang

agak panjang berbanding wang tunai. Ini adalah kerana pengguna perlu menandatangi

borang untuk memastikan urusan pembelian tersebut berjaya. Ada ketikanya ia

mendatangkan masalah sekiranya berlakunya gangguan elektrik atau internet. Urusan

pembayaran menggunakan kad kredit melibatkan melibatkan pihak bank, sekiranya

terjadinya gangguan tersebut pihak peniaga tidak akan dapat meneruskan urus niaga

menggunakan kad kredit. Hal ini tidak dapat dijangka bila akan berlaku dan menjadi

bertambah rumit bila berlakunya transaksi pada masa berlakunya gangguan itu. Pengguna

kad kredit tersebut terpaksa menunggu sehingga ia dapat diselesaikan.

-8-
Urusniaga di kedai menggunakan kad kredit biasa bukanlah percuma, pihak bank

atau syarikat kewangan akan mengenakan faedah untuk urusniaga tersebut. Kadar faedah

itu akan dikenakan mengikut peratus yang telah ditetapkan. Sekiranya pemegang kad

kredit gagal menjelaskan jumlah yang ‘dihutang’ maka kadar tersebut akan meningkat

setiap bulan, ini menyebabkan ia semakin bertambah dari sehari ke sehari. Mengikut

laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, jumlah hutang tertunggak kad kredit pada

suku pertama tahun 1998 ialah RM696 juta. Pada suku pertama tahun 2000, hutang

tertunggak kad kredit di negara kita telah meningkat kepada RM5 bilion. Peningkatan itu

juga dapat dilihat pada jumlah belian menggunakan kad kredit ialah dari RM 1710 juta

kepada RM2.8 bilion dalam tempoh yang sama.  Berdasarkan kepada statistik,

perbelanjaan menggunakan kad kredit didapati telah meningkat dengan begitu ketara.

Sekali gus membuktikan bahawa langkah kerajaan untuk menggalakkan orang ramai

berbelanja menggunakan kad kredit bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonomi

negara telah berjaya. Namun begitu dari segi yang lain, ia telah mewujudkan bentuk

budaya hidup yang kurang sihat dalam kalangan rakyat iaitu sindrom suka berhutang.

Walaupun kadar perbelanjaan menggunakan kad kredit mempunyai had tertentu tetapi

penggunaan kad kredit secara berleluasa sering mendorong seseorang berbelanja secara

berlebihan tidak setimpal dengan gaji dan pendapatannya. Berbelanja menggunakan kad

kredit sememangnya menyeronokkan sehingga kadang kala membuat seseorang terlupa

kemampuan kewangan mereka. 

Sebagai kesimpulannya, para pemegang kad kredit tidak sepatutnya merasa

bangga dengan “wang plastik” yang dimiliki. Terdapat kecenderungan dalam kalangan

orang ramai untuk memiliki kad kredit sebagai tanda status sosial dan bukannya untuk

-9-
keperluan perniagaan ataupun kemudahan mudah tunai. Memang tidak dapat dinafikan

bahawa kad kredit mempunyai banyak kebaikan tapi perlu diingatkan bahawa

keterlanjuran menggunakan kad tersebut boleh menjebak si pemilik ke dalam kancah

hutang yang berpanjangan dan tidak berkesudahan. Dapatlah dikatakan bahawa

penggunaan kad kredit membawa kepada kebaikan dan keburukan. Namun begitu ia

bergantung kepada individu itu sendiri, sekiranya menggunakan kemudahan tersebut

secara bijak, mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit

tersebut tidak digunakan secara berhati-hati pemiliknya akan menderita akibat beban

hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun. Oleh itu, setiap pengguna kad

kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya

supaya ia tidak menjadi satu bebanan pada masa akan datang. Walaupun penggunaan

‘wang plastik’ ini didapati semakin popular dari setahun ke setahun namun ia tetap dan

pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar. Pihak kerajaan perlu

mengambil langkah-langkah segera untuk memastikan supaya penyelewengan terhadap

kad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Antaranya ialah

memperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kredit dengan memastikan hanya

mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai pendapatan yang tinggi boleh

memilikinya.  Sebagai contohnya, had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-

kurangnya kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM3500 dan ke atas.

- 10 -
Bibliografi

http://edu.joshuatly.com/2007/09/contoh-karangan-penggunaan-kad-kredit.html

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/04/09/beban-kad-kredit-jejas-kesejahteraan/

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kewangan/kad_kredit.htm

http://jalalmpc.tripod.com/ecomm1.html

- 11 -

You might also like