You are on page 1of 15

Sedimentologi

STAG2003
Sedimentologi

Sekitaran sedimen

Sungai Berliku

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sungai Berliku Sedimentologi

Endapan alluvial moden boleh dibahagikan


kepada dua jenis,;
1) Sungai yang berliku
2) Sungai berburai
Bila semakin jauh dari punca, dan cerun
profil sungai makin mengurang, bilangan
alur juga mengurang dan bilangan kelikuan
makin bertambah. Jadi sungai berburai
bertukar menjadi sungai berliku, dan nisbah
endapan berbutir halus seperti lumpur dan
liat makin bertambah dan kurang pasir serta
kelikir kalau dibandingkan dengan kawasan
sungai berburai.
Sungai yang berliku selalunya terbentuk di
kawasan yang mempunyai cerun yang
landai dan bahan angkutan atau sedimen
yang kurang, berbanding dengan sungai
berburai.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi

Meandering Streams

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi

Meandering Streams

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi

Meandering Streams

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi

Meandering Streams

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Morfologi Sedimentologi

Berdasarkan bentuk morfologi yang terdapat, sekitaran sungai berliku boleh


dibahagikan kepada beberapa bahagian atau sub-sekitaran iaitu;

Lantai alur
Aktif Beting alur
Point bar
ALUR
Tasik ladam atau
Alur yang ditinggalkan

Levee (tetambak)
OVERBANK Crevasse splay
(Lampau Tebing) Kolam
Dataran Banjir
paya atau paya
gambut

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Morfologi Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Morfologi Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Morfologi Sedimentologi

Morfologi utama yang terdapat di sini ialah; alur berliku (meander channel), point
bar, levee (tetambak), datarab banjir, tasik dan juga tasik ladam.
Pemendapan berlaku di kawasan yang berbeza disebabkan oleh aliran dalam alur
dan juga oleh banjir yang melimpahi tebing.
Aliran alur (channel flow) di dalam alur berliku menyebabkan berlakunya hakisan
dan juga pemendapan di dalam atau di tepi alur berkenaan.

Semasa aliran perlahan, air


mengalir mengikut bentuk
alur dan aliran yang kuat
adalah di kawasan tebing
luar (convace). Semasa
aliran laju pula. contohnya
semasa banjir, aliran
mengambil jalan yang lurus.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Morfologi Sedimentologi
Di sungai berliku. disebabkan aliran
laju di permukaan dan perlahan di
kawasan dasar, dan juga adanya
berbezaan halaju di antara tebing luar
dan tebing dalam, maka terdapat satu
putaran arus, yang mana di bahagian
permukaan, arus bergerak ke arah
tebing luar, dan di bahagian dasar
pula, arus bergeras ke arah tebing
dalam, dan arus ini dipanggil arus
helical (helical flow).
Secara annya, helical flow ini
menghakis bahagian tebing luar dan
memendapkannya di bahagian tebing
dalam. Ini menyebabkan berlakunya
anjakan atau pergerakan pada sungai
berliku. Hasil dari anjakan sungai
berliku, boleh terbentuk tasik ladam.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Morfologi Sedimentologi

Pada masa banjir pula, aliran melumpahi tebing, dan ini menjebabkan terendapnya
lumpur dan liat di kawasan levee dan juga dataran banjir serta tasik ladam dari
sedimen ampaian.
Levee mungkin pecah dan apabila ini berlaku, air beserta dengan sedimen dengan
tiba-tiba mengalir keluar di dataran banjir. Ini akan membentuk krevas splay
(crevasse splay).

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi
FASIES ENDAPAN DI SEKITARAN SUNGAI BERLIKU
Hasil endapan dari sungai berliku ini dapat dibahagikan kepada tiga fasies yang
utama;
•Fasies dataran banjir
•Fasies alur
•Fasies alur yang ditinggalkan (tasik ladam).
•Fasies tebing (tetambak dan krevas splay)

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

FASIES DATARAN BANJIR Sedimentologi

Pemendapan berlaku di kawasan dataran banjir pada masa banjir besar. Air yang
melimpah akan membawa bersamanya sedimen berbutir halus secara ampaian.
Jika aliran airnya laju (semasa banjir besar) air mungkin boleh membawa sedimen
bersaiz kasar bersamanya.
Fasies dataran banjir terdiri daripada endapan lapisan pasir yang sangat halus atau
lumpur dan liat, yang terendap melalui proses ampaian di kawasan dataran banjir
sesuatu sungai. Sekali berlakunya banjir, sedimen halus yang terendap hanya
sekitar beberapa mm atau cm sahaja.
Sedimen kasar selalunya terendap di kawasan berdekatan dengan alur sungai
utama, dan makin menghalus bila menjauhi sungai. Ianya berlaminasi, terdapat
kesan riak (ripple-marked) dan selalunya mengandungi horizon pasir yang mengisi
rekahan (sand-filled shrinkage crack), yang menunjukkan terdedah kepada sub-
aerial.
Tanah gambut (peat) boleh terbentuk, dan serpihan tumbuhan detrital juga mungkin
terawet di atas satah perlapisan. Di setengah kawasan, aktiviti angin juga penting
dan lumpur mungkin dimendapkan oleh angin di atas dataran banjir.
Tumbuhan berkembang dan menbiak di kawasan dataran banjir yang akhirnya
membentuk lapisan gambut (peat layers) dalam jujukan lodak dan lumpur.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


FASIES ALUR Sedimentologi
Maraan atau penghijrahan alur berliku menghakis bahagian luar cekung (outer
concave) tebing, dan pada masa yang sama, ia memendapkan sedimen di bahagian
dalam cekung (point bar).
Point bar adalah terletak di dalam alur, hasil dari tokokan sisi sedimen semasa
maraan alur. Hasil endapan ini dicirikan oleh jujukan saiz butiran kasar (kelikir dan
pasir) dan terdapat beberapa jenis struktur sedimen di dalamnya.
Fasies alur ini mungkin boleh dibahagikan kepada dua sub-fasies,
sub-fasies dasar palong
Di bahagian dasar, permukaan hakisan di tutupi oleh pebel extraformational, pellet lumpur
intraformational, fragmented bones, dan waterlogged drift wood (sub-fasies dasar palong). Serpihan
atau blok lumpur hasil hakisan yang berlaku di bahagian tebing juga boleh terdapat di bahagian dasar
alur ini.

sub-fasies point bar


Sedimen ini terendap di atas lantai alur dan ditindih pula oleh sub-fasies point bar yang terdiri dari
jujukan pasir yang bersaiz kasar di bahagian bawah dan makin menghalus di bahagian atas. Ini
menunjukkan kesan atau hasil dari pengurangan kuasa angkutan sungai, dan ianya mempengaruhi
pembentukan struktur sedimen. Pasir masif, lapisan mendatar dan lapisan silang jenis palong (trough)
bergred kepada lapisan silang jenis planar boleh ditemui.
Ini diikiti pula oleh pasir halus dan lumpur yang menunjukan mikro-laminasi silang dan lapisan
mendatar. Secara keseluruhannya, point bar yang telah mengalami maraan secara mendatar
menunjukkan jujukan menghalus ke atas.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM

FASIES ALUR Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


FASIES ALUR YANG DITINGGALKAN Sedimentologi
Akibat daripada anjakan atau maraan alur, alur yang ada boleh terputus hubungan
dengan alur sungai utama apabila alirannya berubah, menyebabkan terbentuknya
tasik.
Alur yang menjadi tasik (tasik ladam) ini dipanggil alur tinggalan. Bila ini berlaku,
alur yang ditinggalkan ini tidak lagi menerima bekalan sedimen dari air yang
mengalir, dan akibatnya endapan berbutir halus yang mengisi alur.

Endapan ini hampir serupa dengan


fasies dataran banjir, tetapi boleh
dibezakan kerana bentuk
geometrinya dan juga kerana
sedimen berbutir halus terletak
secara tiba-tiba di atas
konglomerat, tanpa adanya
endapan point bar.
Tumbuhan atau bahan organik
selalunya terkumpul dalam tasik
(terutamanya di kawasan beriklim
lembab), dan ini menyebabkan
boleh terbentuk tanah gambut
dalam alur tinggalan ini.
Kamal roslan mohamed Geologi UKM

FASIES TEBING Sedimentologi

Kebanyakkan sungai akan melimpahi tebing bila tiba musin hujan. Air yang
melimpahi tebing ini akan memandapkan sedimen yang dibawanya di tepi tebing,
yang akhirnya membentuk tetambak (levee).
Kadang-kadang, di tempat tertentu, tetambak ini akan pecah dan air akan mengalir
keluar dari alur utama ke dataran banjir. Alir yang keluar dari tetambak yang pecah
ini akan memendapkan sedimen yang dibawanya dan terbentuklah morfologi yang
dipanggil crevas splay yang berbentuk cupingan.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Endapan tetambak (levee) Sedimentologi
Tetambak terbentuk semasa banjiran air melimpahi tebing. Kelajuan air
berkurangan dan sedimen ampaian (suspended) terendap. Butiran sedimen yang
kasar terendap di kawasan berdekatan dengan alur, dan sedimennya makin
mengecil atau menghalus bila menjauhi alur.

Sedimennya berbutir halus dan terdapat


lapisan riak berskala kecil dan pasir
berlaminasi silang yang berselang lapis
dengan lapisan lumpur berlaminasi selari.
Sedimennya merupakan beberapa jujukan
menghalus ke atas yang nipis, yang
menunjukkan banjir yang berulang-ulang.
Lapisan lumpur selalunya menunjukkan bukti
yang ianya terdedah ke udara (sunaerial
exposure), dengan adanya retakan kontang
(desiccation crack) dan kesan titisan hujan.
Bahan organik, seperti akar, serpihan
tumbuhan dan tanah gambut juga banyak di
sini, dan aktiviti biokacau (bioturbation) di
kawasan ini boleh memusnahkan struktur
sedimen yang terbentuk sebelumnya.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Krevas splay (crevasse splays) Sedimentologi

Apabila tetambak pecah, sedimen akan


keluar daripada alur utama dan
terendap di atas dataran banjir
membentuk krevas splay. Fasies krevas
krevas splay yang terbentuk ini juga
terdiri daripada sedimen berbutir halus.
Sedimennya makin halus ke arah distal,
dan kadang-kadang sukar dibezakan
dengan fasies dataran banjir, dan boleh
berselang lapis dengan fasies dataran
banjir. Struktur sedimen seperti
grading, lapisan selari mendatar, riak
dan lapisan konvolut boleh ditemui
dalam fasies krevas splay ini.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


JUJUKAN MENEGAK Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

JUJUKAN MENEGAK Sedimentologi

Pada satu-satu masa di kawasan sungai


berliku, pemendapan berlaku serentak di
dalam alur, point bar, tetambak dan
dataran banjir. Hasil dari maraan alur
secara mendatar, persekitaran endapan
yang terletak bersebelahan kelihatan
tersusun secara menegat.
Hasilnya ialah endapan alur yang terdiri
dari kelikir ditindih oleh pasir dari
endapan point bar dan seterusnya oleh
lumpur dan liat dari endapan tetambak
dan dataran banjir. Ini secara
keseluruhannya membentuk jujukan
menghalus keatas, seperti mana di dalam
rajah di bawah.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


JUJUKAN MENEGAK Sedimentologi
Jujukan mengalus keatas ini
bermula dengan dasar alur.
Sempadan bahagian bawah ini
sangat jelas, yang mana
kelikir/konglomerat terletak di
dasar alur (fasies alur).
Ini akan di tindih oleh lapisan pasir
kasar dan halus yang mempunyai
laminasi selari atau lapisan silang,
yang mewakili fasies point bar.
Bahagian atas jujukan adalah
terdiri dari lumpur atau liat hasil
dari endapan levee dan dataran
banjir.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

JUJUKAN MENEGAK Sedimentologi

Jika kita lihat asosiasi fasies-fasies yang ada (secara menegak atau mendatar)
secara global atau luas, kita akan dapati yang fasies alur serta tetanbak dan krevas
splay ini secara umumnya berbentuk kekanta dalam fasies dataran banjir. Ini
kerana endapan dataran banjir merupakan fasies yang terpenting dalam sekitaran
sungai berliku dan boleh mempunyai ketebalan yang sangat besar.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


JUJUKAN MENEGAK Sedimentologi
Jika kita lihat asosiasi fasies-fasies yang ada (secara menegak atau mendatar)
secara global atau luas, kita akan dapati yang fasies alur serta tetambak dan krevas
splay ini secara umumnya berbentuk kekanta dalam fasies dataran banjir. Ini
kerana endapan dataran banjir merupakan fasies yang terpenting dalam sekitaran
sungai berliku dan boleh mempunyai ketebalan yang sangat besar.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

JUJUKAN MENEGAK Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi

Sekian ….

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

You might also like