You are on page 1of 7

Kitar Semula

Kita harus mempraktikkan amalan 3R, iaitu kurangkan penggunaan, guna semula, dan kitar
semula (Reduce, Reuse and Recycle). Kitar semula bermaksud rnengumpulkan dan
memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang
berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk
menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan
pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula
termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium, dan getah. Barang seperti botol kaca boleh
digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

Pendidikan Alam Sekitar


Bagi menjamin usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan dalam jangka panjang, masyarakat perlu dipupuk kesedaran dan dididik untuk
bersama-sama bertanggungjawab terhadap kesempunaan alam sekitar. Oleh itu, Program
Pendidikan Alam Sekitar (PPAS) diperkenalkan mulai tahun 1980-an.

Di sekolah, pendidikan alam sekitar diterapkan dalam mata pelajaran yang sedia ada seperti
Kajian Tempatan, Geografi, dan Sains atau boleh diajarkan merentas kurikulum. Dalam usaha
ini, murid-murid akan didedahkan kepentingan alam sekitar dan cara-cara penjagaan alam
sekitar. Dengan adanya usaha ini, diharapkan murid-murid akan mempunyai perasaan dan
semangat sayang akan alam sekitar dan cinta akan keindahan alam sekitar.

Selain itu, pihak sekolah juga harus menubuhkan Kelab Alam Sekitar atau Persatuan Pencinta
Alam untuk membolehkan murid-murid menyertai pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan
penjagaan alam sekitar seperti kempen kitar semula dan tidak membakar sampah secara
terbuka.

Program ‘ Kitar Semula ‘ adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya


mencintai alam sekitar yang sentiasa bersih dan ceria.

Maksud kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula
barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan sebagai bahan-bahan mentah seperti tin
aluminium, botol plastik, botol kaca dan kertas. Program alam sekitar atau kitar semula amat
baik dan sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah alam sekitar. Oleh itu, langkah-langkah
yang sesuai perlu di lakukan bagi menjayakan program tersebut.
 
 Sebenarnya, program sebegini dapat dijalankan dengan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kebaikan dan kepentingan mengitar semula bahan-bahan buangan.
Contohnya kertas, dalam kehidupan seharian manusia menggunakan hampir berpuluh-puluh
juta million helai kertas untuk kegunaan pejabat, sekolah dan rumah pangsa. Serasa tidak
lengkap hidup sehelai kertas meskipun kini penggunaan komputer semakin meluas. Bayangkan
jika barpuluh-puluh juta million helai kertas di kitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir
75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-
pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.
 
 Bagi menyokong program ini, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tong-tong kitar
semula di semua kawasan, terutamanya di kawasan sekolah-sekolah dan bandar serta di
kampung. Tong-tong kitar semula memudahkan masyarakat mengasingkan bahan buangan
seperti kertas, botol kaca dan plastik serta tin aluminium dan ini mempercepat kerja-kerja pihak
kilang kitar semula. Sebenarnya, dengan adanya tong-tong kitar semula mengajar dan mendidik
anak-anak supaya menyayangi alam sekitar dan mengelak daripada berlakunya pembungan
sampah yang berleluasa.
 
 Pusat-pusat kitar semula harus disediakan dengan banyak dan sentiasa beroperasi bertujuan
bagi menyalurkan bahan-bahan kitar semula kepada pengilang-pengilang yang berkaitan.
Pusat-pusat kitar semula memudahkan pengilang mendapatkan input masing-masing. Selain
itu, dengan adanya pusat-pusat kitar semula yang beroperasi akan menarik minat masyarakat
untuk menghantar barang-barang kitar semula. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapa
yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula akan menggalakkan orang
ramai untuk menghantar bahan buangan terutamanya kanak-kanak. Contohnya dengar
memberikan wang sebanyak 10 sen untuk 3 atau 4 botol kaca, seekor anak patung yang sudah
dibersihkan untuk 10 kg kertas lama atau bermacam-macam lagi.
 
 Di samping menjalankan program sebegini, peranan media massa cetak dan elektronik masih
dan tetap diperlukan. Media massa harus memaparkan kepentingan kitar semula dan faedah
kitar semula dengan cara yang lebih kreatif dan menarik. Contohnya, RTM atau Radio
Televisyen Malaysia sering memaparkan lagu-lagu kitar semula dan visual yang agak menarik
malah ada yang ditayangkan dalam versi kartun dan cerita. Komputer juga boleh digunakan
bagi menjayakan program kitar semula dengan membuka halaman atau ‘homepage’ berkenaan
alam sekitar dan proses kitar semula. Sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat dan
orang ramai menghabiskan masa dengan komputer, jadi dengan animasi, fakta dan maklumat
tentang kitar semula yang menarik dan menakjubkan akan menarik minat orang ramai untuk
menyertai program kitar semula ini.
 
 Selain itu, peranan pihak berkuasa amat penting untuk menjayakan program ini.
Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas terhadap sesiapa yang membuang
sampah sarap sesuka hati terutamanya di tempat-tempat awam, sungai dan longkang patut
dikenakan denda yang maksimum atau di kompaun atau dipenjarakan. ini kerana mereka bukan
sahaja mencemarkan alam malah menyebabkan penyakit kerana pembiakan lalat, lipas dan
tikus. Ekosistem hidupan akuatik dan flora fauna akan terjejas jika mereka tidak berubah sikap.
 
 Justeru itu, masyarakat patut memainkan peranan mereka dan memberi kerjasama untuk
menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja membantu mengurangkan penggunaan
bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia.
Kitar semula
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Simbol kitar semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan
yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan
mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah
komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi
"Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan
buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak
dianggap kitar semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak
pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi
bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi
bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas
pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan
menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucap terima kasih kepada Tuan Haji A.Bakar bin A.Rahim, Pengetua
MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada kami
sepanjang menjalankan tugasan ini.
Ribuan terima kasih kepada guru sejarah Cik Sharwanie yang telah banyak mencurah
ilmu serta membimbing untuk menyiapkan tugasan ini.
Juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya Puan Nor Asmah Bt
Hashim yang banyak membantu saya dan ayah saya Encik Saiful Anuar Bin Sabarudin yang
sentiasa mendorong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain termasuklah rakan-rakan saya yang
telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

8.1 Konsep kitar semula

 Konsep kitar semula melibatkan 3R iaitu:

1. Reduce yang membawa maksud mengurangkan jumlah apa yang kita ambil atau gunakan setiap

hari dan dihadkan apa yang perlu sahaja. Contohnya kita boleh menggunakan satu plastik sahaja

jika membungkus barangan di mana-mana kedai bagi mengurangkan pernggunaan plastic.

2. Reuse yang bermaksud guna semula. Ianya amat mudah untuk diamalkan. Contohnya tin

minuman boleh di guna semula untuk dijadikan tempat letak alat tulis.

3. Recycle yang bermaksud kitar semula. Kitar semula ialah proses mengitar semula melibatkan

usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap

sebagai sampah.

8.2 Jenis bahan dan amalan kitar semula

 Antara jenis bahan yang boleh dikitar semula ialah semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun

yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku dan juga katalog. Kaca seperti botol

minuman dan juga bekas makanan. Air seperti air selepas mencuci kereta. Plastik contohnya beg plastik

dan juga botol minuman plastik. Kayu yang telah lama dan juga tekstil.

 Terdapat beberapa jenis amalan kitar semula. Antaranya ialah dengan aktiviti jual beli. Melalui amalan

ini kita boleh mengurangkan pengeluaran bahan baru. Amalan ini juga boleh mengeratkan hubungan

antara kedua-dua belah pihak yang mendorong ke arah perpaduan kaum.

Selain itu, amalan guna semula bahan terpakai juga boleh digunakan seperti botol kaca dan

juga bekas makanan. Kaedah guna semula boleh menjimatkan wang serta sumber.

Di samping itu, kita juga boleh menghasilkan bahan baru melalui bahan terpakai.

Contohnya tekstil yang terpakai boleh menghasilkan bahan baru seperti kain untuk mengelap tingkap.

Memberikan sumbangan kepada pihak lain juga merupakan amalan untuk kitar semula.

Selain daripada berfungsi sebagai langkah untuk menjaga alam sekitar, ianya juga boleh mengurangkan

bebanan rakyat kita yang hidup dalam serba kekurangan.

8.3 Kepentingan kitar semula


Terdapat beberapa kepentingan kitar semula yang boleh kita perolehi. Antaranya ialah:

1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan

amalan kitar semula ini masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif.

2. Memupuk sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat memberikan banyak faedah kepada

pengamalnya. Kita boleh menabung ataupun mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.

3. Menceriakan persekitaran alam sekitar. Melalui kaedah guna semula, kita boleh memanfaatkannya untuk

menceriakan persekitaran kita. Contohnya kita boleh menggunakan botol-botol yang terpakai untuk

dijadikan pagar kawasan pokok bunga.

4. Mengurangkan penggunaan sumber. Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber

kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang

sedia ada.

5. Menambah pendapatan kita. Melalui amalan jual beli, kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di

samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak. Ini boleh mengurangkan kadar

pengangguran rakyat di Malaysia.

12

8.4 Masalah / halangan amalan kitar semula

Terdapat beberapa halangan kitar semula di kawasan kajian ini. Antaranya ialah:

1. Sikap penduduk sekitar yang malas untuk mengasingkan bahan kitar semula dengan sisa buangan.

Masyarakat sekitar seharusnya memahami hasrat kerajaan untuk mengurangkan masalah kekurangan

tapak pelupusan sampah. Hasrat ini tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan daripada rakyat.

2. Kekurangan kemudahan telah menyebabkan penduduk sekitar sukar untuk menjalankan aktiviti kitar

semula. Berbanding dengan bandaraya kuching yang mempunyai banyak kemudahan telah memudahkan

penduduk setempat.

3. Kurang pengetahuan mengenai kitar semula juga telah menyebabkan penduduk terus membuang sisa

pepejal tanpa memikirkan dahulu mengenai kesannya terlebih dahulu.

4. Kurang galakan telah menyebabkan masyarakat hanya mengambil jalan mudah sahaja untuk

membuangkan sisa pepejal ini.


13

8.5 Langkah / cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Terdapat beberapa langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di kawasan

kajian. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah:

1. Mengadakan kempen kitar semula. Kaedah ini boleh mendedahkan lagi kepada masyarakat dengan lebih

mendalam mengenai kitar semula. Melalui kempen ini juga masyarakat setempat untuk bertukar-tukar

pendapat mereka mengenai kitar semula.

2. Kerjasama dengan pihak berkuasa juga boleh dijalankan. Melalui kaedah ini pihak berkuasa akan lebih

mudah untuk mengetahui masalah penduduk. Kaedah ini amat sesuai kerana pihak berkuasa lebih mudah

mengetahui apa yang diperlukan oleh masyarakat.

3. Gotong-royong untuk bersama-sama mengitar semula boleh dijalankan di kawasan kajian ini kerana

ianya boleh mengurangkan sampah-sarap di sekitar kawasan kajian. Semangat kekitaan di kalangan

masyarakat bagi menggalakkan perpaduan kaum bedasarkan kempen 1 Malaysia yang dianjurkan oleh

perdana menteri.

4. Penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar boleh ditubuhkan di kawasan kajian ini untuk menyerapkan rasa

pentingnya alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Kaedah kitar semula amat sesuai untuk memelihara

alam sekitar.

5. 9.0 Rumusan Kajian


6. Kampung Buntal merupakan antara salah sebuah kampung yang mengamalkan kegiatan kitar semula

iaitu yang melibatkan konsep 3R iaitu reuse,reduce dan juga recycle. Terdapat beberapa barang yang

boleh dikitar semula seperti botol kaca, kertas, air dan juga tekstil.
7. Antara kepentingan kitar semula ialah mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga menceriakan

persekitaran. Apabila masalah pencemaran semakin berkurangan dan persekitaran semakin kelihatan

ceria kita akan hidup dalam keadan yang lebih selesa.

8. Terdapat juga beberapa masalah ataupun halangan yang dihadapi seperti kekurangan kemudahan dan

juga sikap segelintir penduduk yang masih memandang remeh terhadap amalan kitar semula ini.

9. Namun begitu terdapat beberapa inisiatif ataupun langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah

ini. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kitar semula, membuat kerjasama dengan pihak

berkuasa dan menjalankan aktivi gotong-royong. Di samping boleh mengatasi masalah kitar semula,

langkah ini juga boleh memupuk kesefahaman serta perpaduan di kalangan masyarakat.

You might also like