You are on page 1of 3

Penilaian Formatif.

Penilaian Sumatif

PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang
diajar.

Ciri-ciri:

dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.

dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara
terus menerus.

bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid
dalam mengikuti pembelajaran.
dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.
Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan
gred.

Prosedur Penilaian Formatif


Menentukan topik pembelajaran.
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan
untuk satu tahun.
TIopiK berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.
Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin
diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.
Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih
dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.
Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap
penguasaan sesuatu topik.

Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.


Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut
keperluan topik berkenaan.
Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam
bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.
Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan
terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.


Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada
peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.
Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua
elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak
terpisah.

Membentuk soalan ujian.


Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan
setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
Mencadangkan langkah susulan.
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang
dihadapi oleh murid-murid.
tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.
Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka
tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan
atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik
tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif:

memperbaiki pengajaran pembelajaran.

meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau
penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan
lebih baik.

menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan
mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester
persekolahan.

memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada
seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke
semasa.
guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini melalui perbandingan
yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu
melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi
oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru
dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.
mengubah suai pengajaran seseorang guru.
guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian.
memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu
memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.

PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang
bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan
kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan
pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum
Ciri- ciri:

lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran

untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:

Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif,
bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan
kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. Setiap item
haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama.
Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item juga
boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya
menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.

Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini dapat mengelakkan
berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.

Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap
soalan yang dikemukakan.

Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan
ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki
kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya
diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta
memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan:

membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.

memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan
yang diadakan.

mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi
oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan.
dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

You might also like