You are on page 1of 273

Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. “Kepercayaan dan agama ialah salah satu ciri penting dalam Tamadun
Mesopotamia dan Tamadun India”. Ulaskan pernyataan tersebut.
A. PENGENALAN

a. Definisi agama
b. Definisi kepercayaan.
c. Tamadun Mesopotamia dan India tidak terkecuali daripada ciri agama
dan kepercayaan.
d. Tamadun Mesopotamia berkembang pada 3000 S.M .
e. Tamadun Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai.
f. Tamadun Mesopotamia muncul di lembah Sungai Tigris – Euphrates
manakala Tamadun India di lembah Sungai Indus.
B. ISI-ISI PENTING

1. Kepercayaan dan agama Mesopotamia.

a. Setiap Bandar Mesopotamia mempunyai set legenda yang


tersendiri dan dilindungi oleh tuhan masing-masing.
b. Terdapat beratus-ratus di syurga dan masing-masing mempunyai
tugas dan tanggungjawab.
c. Tuhan-tuhan di Mesopotamia mempunyai status dan kepentingan
tersendiri. Ada tuhan yang bersifat nasional, Bandar, mukim dan
kampong.
d. Contoh – tuhan bulan dan tuhan matahari.
e. Tuhan Mesopotamia mempunyai ciri-ciri seperti manusia.
f. Terdapat 3 tuhan utama iaitu An, Enlil dan Enki.
g. Terdapat juga beberapa peringkat hubungan manusia dengan
tuhan.
2. Kepercayaan dan agama India
a. Mengamalkan kepercayaan polytheistic – menyembah banyak
dewa-dewi yang mewakili fenomena alam seperti langit dan bumi.
b. Terdapat 3 bentuk kepercayaan yang popular iaitu
i. Penyembahan dewa ibu
ii. Penyembahan dewa Shiva ( Dewa berkepala Tiga )
iii. Penyembahan Lingam dan Yoni.
c. Amalan penyembahan pokok seperti Acacia dan Pipal juga
popular.
d. Pokok Pipal – Pokok paling suci dan melambangkan ilmu
pengetahuan. Pokok Acacia – Jiwa.
e. Tarian ritual juga wujud berikutan penemuan patung gangsa wanita
menari.
f. Amalan mandi ritual turut dipraktikkan di bawah pengawasan
golongan pendeta dengan wujudnya kolam mandi di Mohenjo-
Daro.
KESIMPULAN

a. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan alam sekitar dan


tempat tinggal mereka.
b. Setiap amalan yang dijalankan bertujuan untuk kesejahteraan,
keselamatan dan kepentingan hidup.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 1


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Apakah yang anda faham dengan konsep perbandaran?. Huraikan ciri ciri
bandar dalam tamadun Rom.

Pendahuluan[3markah]

1.Salah satu ciri tamadun ialah kemunculan petempatan kekal-dari kg ke


pekan ke bandar kesan migrasi penduduk dari tempat lain

2.Latar belakang kemnculan tamadun Rom

A.Isi[6 markah]

a. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Rom, civitas bermaksud


bandar,iaitu elemen penting dalam perkembangan tamadun manusia

b. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan


manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai
penduduk.

c. Aktiviti utama penduduk bandar ialah perdagangan. Bandar juga sebagai


tempat perlindungan rakyat dan pusat pentadbiran dan ibu kota diraja.

d. Proses perbandaran pulaialah proses migrasi penduduk yang membawa


kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan
kemasan ruang.

B. Isi

Faktor faktor yang mempengaruhi kemunculan bandar

a. faktor ekologi yang sesuai amat penting untuk membolehkan penghasilan


bahan makanan yang cukup.
b. faktor kemajuan dalam bidang teknologi penting dalam meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian.
c. faktor ketiga iaitu pertambahan penduduk yang membawa kepada
kemunculan organisasi sosial yang kompleks.

C.Ciri-ciri bandar Kerajaan Rom[5 isi x 3 = 15 ]

a. Bandar bandar yang wujud dalam empayar Rom dilengkapi dengan pelbagai
bentuk kemudahan untuk memenuhi sifat praktikal masyarakat Rom
tersebut.

b. Bagunan-bangunan dibina daripada bahan-bahan yang tidak mudah terbakar,


disepenjang jalan yang lebar Pentadbiran Majlis Perbandaran menjadi
badan pentadbir yang bebas daripada campur tangan kerajaan pusat.

c. Kemudahan yang disediakan seperti rumah berhala, teater, sarkas, forum,


kawasan pemendian dan istana,gerbang

Panitia Sejarah Maktab Sabah 2


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Kemudahan jalan lebar, lurus dan berturap. Terdapat lebih kurang 20 batang
jalan besar menyambungkan seluruh empayar dengan Rom untuk semua
aktiviti kehidupan. Jalan-jalan dibina dengan menggunakan satu peralatan
“groma” untuk membuat satu garis lurus.

e. Longkang juga dibuat bagi mengelakkan takungan air di atas jalan raya.
Jambatan juga dibina untuk menyambung sesuatu jalan.

f. Kemudahan sistem bekalan air juga menjadi satu ciri penting kerajaan Rom.
Bandar-bandar ini dilengkapi dengan saluran najis yang baik contohnya
saluran najis terbesar di Rom disambungkan ke Sungai Tiber.Bekalan air
datang dari saluran bawah tanah. Terdapat 2 “aqueduets”sebagai punca
bekalan air.

g. Bandar-bandar dalam Empayar Rom juga mempunyai dewan awam yang


digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pejabat, mahkamah, perpustakaan
dll.Semua bandar menyediakan tempat mandi, panggung dan amphitheatre
sebagai gelanggang pertandingan ‘gladiator’. Contoh bandar terkenal ialah
bandar Pompei. Penduduk bandar ini berjumlah 201 000 orang. House of
Sallust merupakan bentuk rumah yang dibina daripada batu kapur. Terdapat
tempat mandi atau “Public Bath” di Pompei.

Kesimpulan

Jelas disini,perkembangan bandar merupakan satu elemen penting perkembangan


sesuatu tamadun. Bandar Rom telah menjadi pengukur kepada perkembangan
bandar dalam tamadun awal, indah hingga ke hari ini.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 3


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT BERTAMADUN BERDASARKAN


PANDANGAN SARJANA BARAT DAN SARJANA ISLAM DENGAN
MEMBERIKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI.

A. Pendahuluan.

a. Tamadun secara ringkas difahami sebagai peningkatan


kebudayaan ssesebuah bangsa.
b. Menurut ahli sejarah tamadun merupakan” keadaan sejarah
dimana keadaan masyarakat yang mengalami perubahan dan
kemajuan dari pelbagai bidang dgn kecenderungan terhadap
urbanisasi.
c. Menurut Prof M.A.J. Beg tamadun ialah pencapaian manusia dlm
btk kota,skrip, kesenian, seni bina, agama undang-undang dan
politik iaitu satu proses yang berlaku secara berperingkat mengikut
tahap kemajuan yang dalam oleh masyarakat.
d. Perspektif Islam memaksudkan tamadun sbg pembangunan
material dan spiritual dgn prinsip yg berperanan memenuhi tuntutan
fitrah manusia yang mempunyai jasad dan roh. Dlm Islam tamadun
mempunyai konsep yg universal.
e. Sayyid Quttubmengatakan tamadun itu merupakan segala bentuk
kemajuan oleh sekumpulan masyarakat dlm segala bidang yg
berteraskan syariat Islam.
f. Terdapat bbrp asas tam. Islam spt akidah,akhlak dan ilmu. Selain
itu kemajuan yg dicapai oleh umat Islam haruslah disusuli dgn
akhlak yg baik.

B. Isi.

Ciri-ciri masyarakat bertamadun menurut sarjana Barat.

a. Manusia mula tinggal menetap dlm sebuah komuniti di sebuah kawasan.


b. Pengkhususan kerja-setiap kumpulan dan lapis masyarakat mempunyai
tugas yg berlainan yg tlh ditentukan.
c. Organisasi sosial yg lengkap
d. Wujud sistem politik dan pemerintahan atau sebuah kerajaan.
e. Wujud tulisan dan bahasa.
f. Aktiviti perdagangan dan pertanian.
g. Kemajuan sains dan teknologi utk memudahkan kehidupan seharian serta
perkembangan ilmu pengetahuan.
h. Agama dan kepercayaan (memadai jika wujudnya kepercayaan-kepercayaan
yg berkaitan animisme atau penyembahan dewa-dewa)

Ciri-ciri masyarakat bertamadun mengikut sarjana Islam.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 4


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

a. Tidak shj berasaskan pembangunan material tapi merangkumi kerohanian


dan moral
b. Menurut Ibnu Khaldun, ajaran Islam itu sendiri melahirkan manusia
bertamadun
c. Islam menekankan konsep akidah dan pengabdian diri kpd Allah sbg asas
tamadun.
d. Akhlak dan moral Islam berjaya meningkatkan tam.

2. Mempunyai bentuk yg tetap dan tdk dipengaruhi hawa nafsu.

a. Bentuk – betuk tamadun Islam bersandarkan kpd Allah .


b. Tamadun Islam tdk menolak segala btk yg tdk bertentangan dgn Islam ttp
nilai-nilai yg buruk diketepikan.
c. Contohnya aktiviti ekonomi,Islam mengiktiraf pencapaian ekonomi yg maju.
d. Islam menggalakkan aktiviti perdagangan, penggunaan matawang, cukai
dll.

3. Sikap terbuka kpd semua tamadun.

a. Perkembangan tam Islam bertaut dgn perkembangan tam lain


b. Contohnya dalam bidang seni bina tam Islam mengambil budaya Parsi,
Yunani dan Rom.
c. Kubah berasal drpd seni bina Graceo Rom
d. Sistem diwan (jabatan) zmn Khalifah Umar al-Khattab ditiru drpd sistem
pemerintahan Parsi.
e. Ini menunjukkan unsur-unsur yg tdk baik drpd tam. lain ditolak. Cth: seni
muzik yg melalaikan, ukiran patung dll.

4. Pendidikan dan ilmu.

a. Islam menekankan ilmu dan pendidikan.


b. Wahyu pertama konsep baca (Iqra’) menekankan pendidikan .
c. Rasulullah pernah memberi tawaran kpd tawanan prg Badar supaya
mengajar membaca dan menulis 10 org kanak-kanak Islam
d. Masjid dijadikan tpt dakwah dan pendidikan.
e. Universiti pertama yg pernah dibina ialah Jami’ah al-Qurawin di kota Fars,
Maghribi.
f. Lahir intelektual Islam yg terkenal dlm pelbagai bidang spt Ibnu Sina, al-
Biruni dll

5. Kerajaan dan perbandaran.

a. Bandar merupakan pusat pemerintahan di samping pusat pendidikan,


pertahanan dll.
b. Bandar Madinah dan Mekah menjadi pusat penyebaran Islam.
c. Khalifah Umar al-Khattab membina Bandar-bandar di wilayah baru spt
Basrah, Kufah dll.

6. Kepimpinan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 5


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Tamadun Islam dpt dilihat melalui keperibadian pemimpin Islam itu sendiri.
Cth: keperibadian Rasulullah, para sahabat dll.
b. Sayyid Qutub menganggap kepimpinan adalah penggerak utama tam
Islam.
c. Tamadun Islam juga tdk menolak corak kepimpinan yg lain asalkan tdk
bertentangan dgn Islam.
d. Tamadun Islam tdk mengiktiraf kehebatan zmn pemerintahan Bani
Umaiyyah, Abbasiah dan Uthmaniah sbg zmn gemilang tam Islam krn
pemimpim kurang menepati kehendak Islam spt mengamalkan sistem
monarki.

C. Kesimpulan.

Berdasarkan pendapat tokoh sarjana Islam terdpt perbezaan di antara tam barat
dgn tam Islam. Tam barat lbh mementingkan ciri-ciri luaran spt seni bina, tugu dll.
Manakala tam Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu material dan akidah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 6


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. SUNGAI DAN LAUT ADALAH PENTING DALAAM PEMBENTUKAN


SESUATU TAMADUN. BERDASARKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI,
BINCANGKAN PERNYATAAN TERSEBUT.

A. Pengenalan.

a. Sungai dan laut berkait rapat dgn kehidupan manusia. Pd zmn Neolitik,
manusia mula hidup menetap di lembah-lembah sg bagi memudahkan
kegiatan harian mrk.
b. Sungai dan laut merupakan sumber air dan sumber pencarian makanan kpd
manusia. Sg dan laut juga memudahkan perjalanan manusia dr satu tpt ke tpt
yg lain.
c. Peranan sg dan laut tlh membawa kpd kemunculan tamadun-tamadun awal.

B. Isi-isi penting

1. Sungai dan laut sbg sumber bekalan air, makanan dan memudahkan
perjalanan.Manusia mula mencipta rakit, perahu dan kapal layar utk
dijadikan alat pengangkutan dan membolehkan mrk bergerak dgn mudah

2. Lembah-lembah sg mula dijadikan petempatan kekal manusia.Mrk tdk lagi


hidup secara nomad dan ini mendorong kemunculan tamadun.Cth:
masyarakt Yunani menggunakan kelebihan laut sbg pengangkutan dan
perhubungan mrk.Tam. Mesir semakin maju dr segi pertanian disbbkan
kesuburan tanah di Lembah Sg Nil.

3. Sungai dan laut berperanan sbg sumber perhubungan dan pengangkutan yg


penting. Tam Yunani tlh menjadikan laut Mediterranean sbg medium
perhubungan. Keadaan yg sama berlaku pd tam Mesopotamia dimana sg
digunakan sbg jln perhubungan.

4. Sungai dan laut sbg jln perhubungan tlh menggalakkan perkembangan aktiviti
perdagangan. Perkembangan pusat perbandaran tlh mybbkan permintaan utk
bhn makanan. Demi memenuhi permintaan ini, pengimportan perlu
dijlnkan.Cth: Athens mengimport 75% gandum yg digunakan. Selain itu tam
Mesopotamia menjalankan perdagangan dgn Mesir dan India.

5. Lembah sungai yg luas membolehkan aktiviti pertanian dijlnkan.Tanah lanar


yang dihasilkan dr kelodak-kelodak sg sesuai utk penanaman bijirin dan
jagung. Sistem saliran yg baik sentiasa mengekalkan kesuburan tanah
pertanian dan mengelakkannya drpd kekeringan.
6. Cth: Tamadun Mesopotamia dan Mesir yg mengusahakan tanaman bijirin.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 7


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Populasi manusia semakin bertambah secara langsung di lembah sg.


Bekalan tenaga buruh dpt dipenuhi utk projek-projek pembinaan bangunan,
memperluaskan benteng dan terusan. Keadaan Mesopotamia tlh
memperlihatkan kepentingan sg khususnya di kawasan hulu yg
berkeupayaan mendorong masyarakatnya memajukan sistem pengairan.

8. Kemunculan negara kota atau bandar yg menjadi pusat aktiviti ekonomi,


agama, politik dan artistic.Kebolehan manusia mengendalikan sistem
pelayaran membantu mrk menjelajah dan meneroka. Ini mengukuhkan
kedudukan sesebuah tamadun.

Kesimpulan.

Jelas di sini sg dan laut merupakan elemen yg sgt penting dlm pembentukan
tamadun. Peranan sg dan laut tlh byk menyumbang kpd corak kehidupan manusia
sehingga membawa kpd kemunculan tamadun yg unggul.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 8


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Zaman Prasejarah Merujuk Zaman Paleolitik, Mesolitik Dan Neolitik.


Jelaskan Pengertian Prasejarah Dan Terangkan Ciri-Ciri Masyarakat
Prasejarah Dengan Merujuk Ketiga-Tiga Zaman.

A. PENDAHULUAN

1. Maksud prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau rekod bertulis
tentang sejarah manusia.
2. Dikenali sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan tulisan.
3. Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah awal
(Paleolitik dan Mesolitik) dan Prasejarah Akhir (Neolitik).
4. Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik
wujud antara 10 000,Neolitik wujud antara 7000 S.M hingga 35 000 S.M.
5. Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu kawasan
yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di kawasan tersebut.

B. ISI-ISI PENTING

1. Zaman Prasejarah awal.

a. Manusia yang wujud pada zamanPaleolitik dan Mesolitik dikenali sebagai


Pithercanthropus Eructus yang mampu untuk berkomiunikasi dan
menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun.
b. Peralatan diperbuat daripada batu seperti kapak dan panah dan buatannya
kasar.
c. Peralatan digunakan untuk memburu dan mengumpul hasil hutan.

2. Zaman Paleolitik Awal

a. Aktiviti Zaman Paleolitik Awal ialah memburu, menangkap ikan dan


mengumpul hasil hutan.
b. Masyarakat Paleolitik hidup berpindah randah.
c. Tempat tinggal mereka di dalam gua dan berlindung dibawah ranting
d. Kayu yang ditutupi dengan rumput.
e. Terdapat juga yang berlindung di dlm lubang tanah yang digali.
f. Ahli arkeologi juga menemui peralayan dan barang-barang yang
menunjukkan wujud upacara pengebumian dan kepercayaan masyarakat
zaman ini selepas kematian.

3. Zaman Paleolitik Akhir

a. Wujud antara tahun 30 000 SM hingga 10 000 SM


b. Manusia yang wujud pada zaman ini dikenali sebagai Cro Magnon
berdasarka
c. penemuan rangka manusia di gua Cro Magnon di Dorgogne, Perancis.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 9


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Peralatan batu yang digunakan mempunyai kesenian berukiran halus.


e. Terdapat juga peralatan diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading
binatang.
f. Mereka menggunakan tulang untuk membuat jarum.
g. Gigi binatang dan cengkerang di gunakan sebagai alat perhiasan seperti
subang.
h. Masyarakat ini tinggal di dalam gua dan hidup dalam kelompok kecil serta
mempunyai struktur sosial yang teratur.
i. Mereka memburu binatang dan hasil yang diperoleh dibahagikan sama
rata.
j. Pada zaman ini, mereka mempunyai kemahiran melukis dan mengukir.
k. Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar- gambar
binatang yang dianggap dapat membantu mereka mem

4. Zaman Mesolitik

a. Zaman ini ialah zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada Zaman
Neolitik dan wujud sekitar 10 000 SM hingga 7 000 SM.
b. Zaman ini revolusi pertanian telah berlaku dan mereka mulai mendapatkan
sumber makanan daripada hasil pertanian.
c. Pertanian dijalankan dengan menggunakan tajak dan alat bajak.
d. Mereka menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang terdapat di
Mesir dan Mesopotamia.
e. Mereka tinggal di dalam gua, pesisiran pantai dan sungai.
f. Mereka juga menternakbinatang seperti anjing, babi, unta dll
g. Penternakan yang dijalankan adalah untuk kulit yang dijadikan pakaian dan
alat pengangkutan.

5. ZamanNeolitik

a. Manusia zaman ini mula mencipta tembikar, alat tenunan, perahu dan rakit
yang membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke satu tempat.
b. Perkembangan pertanian telah melahirkan masyarakat yang bergantung
pada sumber makanan utama dan mengubah corak hidup manusia.
c. Pertambahan hasil pertanian, pertambahan penduduk dan penempatan
kekal telah mewujudkan pengkhususan kerja dalam masyarakat mereka.
d. Wujud di kalangan mereka yang bekerja sebagai petani, artisan dan
tukang-tukang mahir yang melahirkan struktur susun lapis masyarakat yang
kompleks.
e. Lebihan pertanian telah diperdagangkan dengan menggunakan kaedah
sistem barter antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.
f. Dari segi keagamaan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa
serta menjalankan menjalankan upacara ritual dan amalan korban.
g. Mereka menjalankan upacara pemujaan supaya dapat mengelakkan
malapetaka yang akan mengganggu aktiviti pertanian dan kehidupan
seharian.

C. KESIMPULAN

a. Terdapat perbezaan antara Zaman Prasejarah Awal dengan Zaman


Prasejarah Awal terutama kewujudan Revolusi Pertanian dan penempatan.
b. Perkembangan pertanian merupakan asas penting dalam mewujudkan
masyarakat yang lebih bertamadun.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 10


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

6. Takrifkan Konsep Tamadun Dan Bincangkan Faktor-Faktor Utama Yg


Mewujudkan Tamadun-Tamadun Awal .

A. Pengenalan

a. sebelum kemunculan tamadun, manusia hidup secara nomad dan


mengamalkan
a. kebudayaan serta kerohanian yg berlainan.
b. Pd zmn Neolitik, terdpt bbrp perubahan kesan drpd percubaan manusia
untuk menyesuaikan diri dgn persekitaran mrk.
c. Kemunculan tamadun manusia berpunca drpd kemajuan teknologi dan
perkembangan pengetahuan manusia pd tahap Neolitik. Keadaan ini tlh
membtk satu asas perkembangan corak kehidupan masyarakat yg lbh
kompleks drpd sebelumnya.
d. Bagi masyarakat barat, tam ialah pencapaian lahiriah dlm hal pentadbiran ,
penulisan, undang-undang, kepercayaan, perbandaran, sistem tulisan dan
adat resam.
e. Terdpt 3 ciri yg menjadi pemangkin kpd kelahiran tamadun iaitu
kemunculan bandar, tpt ibadat, dan sistem tulisan.

B. Isi – isi penting.

1. konsep tamadun.

a. tamadun yang dimaksudkan ialah suatu proses yg berlaku secara


berperingkat mengikut tahap kemajuan yg dialami oleh masyarakat.
b. Menurut Prof. M.A.J. Beg tamadun ialah pencapaian manusia dlm bentuk
kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik.
c. Tidak ada satu takrifan yg muktamad. Menurut seorg ahli kaji purba,
tamadun melambangkan satu tahap pencapaian manusia dlm proses
penyesuaian diri dgn persekitaran.
d. Interaksi yg berlaku, menambahkan pengetahuan dan pengalaman utk
kehidupan yg lbh sempurna.
e. Pengkhususan kerja berlaku dgn pengeluaran berlebihan seterusnya
terbentuknya kerajaan dan muncul golongan paderi sbg pelindung.
f. Agama digunakan sbg kuasa untuk mengawasi golongan rakyat dan
perkembangan corak ekonomi.
g. Pembinaan bangunan berlaku di samping penciptaan tulisan utk
merekodkan pengalaman hidup.

2. Faktor utama kemunculan tamadun

Panitia Sejarah Maktab Sabah 11


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Tamadun-tamadun awal dikatakan muncul pd thn 3000 SM. Tahap ini


merupakan tahap yg penting dlm evolusi masyarakat manusia krn tahap ini
melambangkan peringkat permulaan di dlm peradapan Neolitik.
Kelengkapan kebendaan dan kerohanian manusia tlh mencapai satu
peringkat yg membolehkan manusia memperbaiki kehidupan. Kegiatan
pertanian, penenunan, penternakan mybbkan manusia berkumpul dan
membina perkampungan.

b. kemajuan teknologi juga merupakan faktor yg membawa kpd kemunculan


tamadun. Kemunculan tamadun awal di Mesir dan Mesopotamia tlh
mempelihatkan penggunaan logam spt tembaga, gangsa dan besi. Logam-
logam ini dibuat bajak dan alat kegiatan pertanian. Ciptaan-ciptaan tersebut
berjaya meningkatkan keluaran ekonomi dan menampung kehidupan
masyarakat.

c. Proses pengairan yg terdapat di Mesopotamia dan Mesir memudahkan


manusia utk mengawal air sg bagi tujuan pertanian secara besar-besaran.

d. Penciptaan roda membawa perubahan kpd corak pengangkutan. Ia juga


mempercepatkan industri kerja tangan bagi memenuhi permintaan agama
dan sosial.Penciptaan roda ini juga menyebabkan barangan dapat
dihasilkan secara seragam yang kemudian nya dapat dieksport.Dengan itu
perdangan dapat digalakkan.

e. Tenaga angin diperlukan sebagai corak pengangkutan baru .perdagangan


jarak jauh dapat direalisasikan untuk memperoleh bahan-bahan mentah
bagi keperluan pelbagai bidang.Ciri-ciri kebudayaan pembinaan bangunan,
agama, dan ekonomi sesebuah kerajaan dapat diperkayakan dengan
pertukaran fikiran dan teknik perindustrian.

f. Penciptaan sistem tulisan juga merupakan satu faktor yg penting dlm


pembentukan sesebuah tamadun awal. Hal ini disebabkan oleh tulisan
adalah asas kpd penambahan pengetahuan dan melicinkan pengrusan
ekonomi. Dengan adanya tulisan, kebanyakan perkara dpt direkodkan.

C. Kesimpulan

Secara keseluruhan, sesuatu tamadun wujud dlm bentuk formal dan


organisasi. Urbanisasi telah mengurangkan kebebasan seseorang individu
dan mereka tertakluk dalam satu rangka kawalan. Kesan drpd urbanisasi
yg berlaku di tamadun awal ini, ialah sesuatu hierarki masyarakat telah
terbentuk berdasarkan kekuasaan dan kekayaan harta benda seseorang
indvidu tersebut.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 12


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Alam sekitar telah mempengaruhi budaya hidup masyarakat zaman pra


sejarah. Bincangkan

A. Pendahuluan

1. Definisi zaman prasejarah ialah zaman yang tidak merekodkan secara


bertulis mengenai kehidupan manusia. Kehidupan manusia dapat dikesan
menerusi bukti-bukti yang diwarisi seperti binaan-binaan, tembikar,serpihan
tulang manusia.

2. Zaman ini terbahagi kepada 3 peringkat-zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik,


Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

3. Zaman sejarah- zaman bermulanya tamadun awal manusia yang memperlihatkan

4. adanya catatan rekod sejarah kehidupan manusia

B. Isi jawapan.

1. Pengaruh alam sekitar kepada petempatan masyarakat Paleolitik. Mereka


berpindah randah/ nomad disebabkan pada tahap Plestosen dimana muka
bumi dilitupi ais/air batu. Ini membolehkan manusia berpindah randah dalam
lingkungan yang luas. Apabila berlaku pencairan air batu, beberapa kawasan
daratan telah ditenggelami air. Cara hidup nomad juga disebabkan oleh
keperluan mencari bahan makanan.Dalam masa yang sama kewujudan gua-
gua dan sungai-sungai turut mempengaruhi pembinaan petempatan. Pada
zaman Neolitik manusia mula membina petempatan yang tetap dan
seterusnya wujud kampung-kampung sebagai petempatan awal.

2. Pengaruh alam sekitar dalam menghasilkan peralatan seharian. Pada zaman


paleolitik manusia menggunakan batu-batu dan tulang-tulang haiwan sebagai
peralatan seharian. Pada zaman logam mereka mula menggunakan logam
untuk membuat senjata. Perkembangan dalam bidang pertanian pula
membawa kepada penciptaan teknologi pertanian seperti cangkul.

3. Pengaruh alam sekitar dalam aktiviti ekonomi. Pada zaman Paleolitik manusia
memperoleh bahan-bahan makanan berdasarkan sumber alam semata-mata
seperti menerusi kegiatan berburu, menangkap ikan dan memungut hasil hasil
hutan. Pada zaman neolitik manusia mula menghasilkan bahan-bahan
makanan menerusi kegiatan pertanian dan penternakan.

4. Pengaruh fenomena alam -suhu yang sejuk mempengaruhi pembuatan


pakaian dengan menggunakan kulit/bulu haiwan -Pengalaman kebakaran dari
kejadian petir mendorong penciptaan alat untuk menghasilkan api.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 13


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Alam mempengaruhi lahirnya satu bentuk kepercayaan dalam diri manusia.


Kehidupan berlegar di sekeliling alam sekitar bergantung kepada sumber
tersebut menyebabkan percaya benda di sekeliling mereka mempunyai
semangat yang harus dihormati. Hutan,pokok gunung matahari, laut angin dan
sebagainya mempunyai semngat atau penjaga yang harus dihormati dan
dipelihara agar tidak merasa marah. Jika sebaliknya kehidupan mereka akan
menjadi sukar atau ditimpa bencana. Lahirlah upacara-upacara pemujaan,
tarian atau persembahan agar semangat baik kekal melindungi mereka.

6. Pengaruh dalam sistem perhubungan. Pemilihan tempat tinggal yang


berdekatan dengan sungai dan laut dipengaruhi oleh keperluan perhubungan.

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 14


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

8. Organisasi sosial merupakan salah satu ciri sebuah masyarakat


bertamadun. Bandingkan sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia
dengan tamadun Mesir.

A. Pendahuluan

a. Organisasi sosial-ciri masyarakat bertamadun.


b. Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3,500s.m di lembah Sg.Tigris-
Eupharates.
c. Masyarakat Mesopotamia dibahagikan kepada empat lapis manakala
masyarakat Mesir terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan
diperintah.

B. Isi – isi penting.

1. Raja –lapisan/hairaki sosial tertinggi bagi Mesopotamia,

a. Mesopotamia-raja berkuasa dan berkedudukan tertinggi.


b. Merupakan wakil tuhan dan harus mentadbir dengan adil dan saksama.
c. Institusi beraja barasal daripada jawatan ensi(gabnor) dan ingal/raja yang
dianggap mendapat mandat daripada tuhan.
d. Merupakan ketua pentadbir, tentera dan agama.
e. Raja Mesir- kedudukan tertinggi, dianggap sebagai tuhan yang melindungi
rakyat.
f. Peranan raja sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.
g. Bergelar Firaun yang dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan
matahari.

2. Golongan bangsawan

Mesopotamia-

a. Hairaki kedua tertinggi selepas raja .


b. Dikenali sebagai marbanuti, iaitu akan membantu raja dalam pentadbir.
c. Berkuasa memilih pewaris tahta.
d. Terdiri daripada pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta
dan
e. Gabenor yang dilantik oleh raja.
f. Mereka tinggal di rumah sendiri dan memiliki ramai pekerja.
g. Sumber kekayaan mereka daripada rampasan perang dan cukai daripada
rakyat.
h.

Tamadun Mesir

a. Kedua tertinggi selepas raja .

Panitia Sejarah Maktab Sabah 15


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Terdiri daripada pegawai tinggi yang dilantik raja.


c. Contoh pendeta, penguasa dan pentadbir.
d. Memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
e. Juga memegang jawatan sebagai wazir dalam pentadbiran.
f. Turut memegang jawatan pendeta yang menjaga rumah ibadat, kuil,
mengutip cukai dan penulis salasilah raja.
g. Berperanan dalam perlantikan raja dan kedudukan pendeta sangat penting
dalam masyarakat. Orang Mesir percaya hanya pendeta yang boleh
mententeramkan tuhan yang menguasai alam sekitar.

3. Golongan professional/tentera

Mesopotamia

a. Golongan professional merupakan hairaki yang ketiga.


b. Dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, pedagang,
doctor, artis dan jurutulis.
c. Mempunyai persatuan menjaga kepentingan mereka.
d. Berperanan penting dalam ekonomi kerajaan dan mewariskan pekerjaan
kepada anak masing-masing.

Mesir

a. Golongan ketiga terdiri daripada kalangan tentera, tukang-tukang, petani dan


artisan.
b. Tentera yang berjaya dalam peperangan boleh memiliki pembantu rumah,
harta rampasan perang, ganjaran, pangkat dan tanah daripada estet di raja.
c. Buruh raja terdiri daripada pelombong emas, kuari, pekerja binaan, membuat
tembikar, membina piramid dan istana raja/firaun.
d. Golongan petani ditindas dan terikat dengan tuan tanah. Tiada kebebasan dan
menjadi buruh paksa dalam pembinaan candi.

4. Hiraki terbawah rakyat biasa dan hamba.

Mesopotamia

a. Rakyat biasa dan hamba merupakan hairaki terbawah.


b. Rakyat biasa dikenali sebagai Hupsi- terdiri daripada petani, askar dan hamba.
c. Hamba terdiri daripada mereka yang boleh dijual, tawanan perang dan orang berhutang.
d. Dilayan baik dan mempelajari kemahiran serta memiliki harta.
e. Semasa Babylon, kelas sosial mushkennum ialah rakyat biasa yang miskin
yang yang tiada keistimewaan.

Mesir

a. Golongan hamba tiada kebebasan, terdiri daripada tawanan perang.


b. Bekerja di ladang raja dan rumah berhala/kuil.
c. Zaman Ramses 11 tawanan perang dari Syria yang dipaksa kerja di sekitar
pembinaan.

Kesimpulan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 16


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Jelaslah di sini organisasi sosial ialah kemajuan masyarakat yang terdiri daripada
peringkat-peringkat tertentu. Susunan organisasi sosial adalah petunjuk kemajuan
tamadun
tersebut.

9. Bincangkan Bentuk Agama Dan Kepercayaan Masyarakat Arab Sebelum


Kedatangan Islam.

A. Pengenalan

a. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu


bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman
kedatangan Islam ( 610 M)
b. Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini –tidak mempunyai nabi dan rasul serta
kitab suci sebagai panduan.
c. Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M.
Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat
pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
d. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu,
kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah
bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara
kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama
yang diwarisi.
e. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya
membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.

B. Isi-isi penting

Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi (Agama langit) yang
diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi
(agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.

1. Agama Hanif

Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”.


Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan
Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah
Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

2. Agama Yahudi

Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa
oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau
bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini
demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana
menduakan Allah.

3. Agama Nasrani

Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut.
Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun

Panitia Sejarah Maktab Sabah 17


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama


asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.

4. Agama Wathani

Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah


berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab
percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai
keberkatan dan sebagainya. Terdapat 360 buah berhala disekeliling
kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.

5. Agama Majusi

Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka
menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah
matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita
khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik
beradik.

6. Agama penyembahan Cekarawala

Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua


cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.

7. Agama Animisme

Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka


percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir
yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.

8. Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme)

Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya.


Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi
perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.

9. Penyembahan Tuhan Padang Pasir.

Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa


padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa
api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil
menyanyi.

10. Kepercayaan tahyul

a. Kepercayaan tangkal azimat


b. Roh orang mati menjadi burung.
c. Percaya kepada ahli nujum.
d. Percaya kepada ahli sihir.
e. Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan-
Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan
membawa kebaikan.
f. Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 18


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

g. Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya


suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
h. Membuat keputusan melalui anak panah.

Kesimpulan

Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak


mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-
mata.
10. Bincangkan struktur masyarakat Sepanyol pada zaman pemerintahan
Islam.

A. Pengenalan.

1. Bandar-bandar di Sepanyol menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam


selama 8 abad dan juga menjadi pusat perkembangan Tamadun Islam
2. Masyarakat Islam di Sepanyol merupakan masyarakat Islam di Eropah
kerana bilangan majoritinya merupakan penganut agama Islam di Eropah.
3. Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umayyah, terdapat pelbagai kaum
di Sepanyol, kaum yang terbesar ialah kaum Barbar dan diikuti dengan
bangsa Arab, Muwalladun,(golongan penduduk tempatan),kaum Mozarab,
masyarakat Yahudi dan golongan hamba.

B.Isi-isi penting.

1. Kaum Barbar

a. Masyarakat yang hidup menetap.


b. Kebanyakan tinggal di desa.
c. Melibatkan diri dalam bidang pertukangan, pertanian dan sebilangannya
bertugas sebagai buruh,
d. Berasal daripada keturunan pejuang-pejuang Islam yang membuka negeri
Sepanyol.
e. Setelah bergabung dengan kaum muslimin yang lain, mereka mula
menghadapi penentangan daripada puak kristian.

2. Kaum Arab
a. Merupakan golongan pemerintah Andalusia yang berketurunan Bani
Umaiyyah.
b. Terdiri daripada golongan yang kecil,
c. Mempunyai pengaruh dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban.
Pengaruh mereka kuat kerana mempunyai hubungan dengan pemerintah
Bani Umayyah di Damsyik.
d. Mereka juga berpengaruh dalam bidang ekonomi di Sepanyol, dan memiliki
ladang-ladang yang besar serta hasil yang lumayan.

3. Golongan Muwalladun

a. Merupakan penduduk tempatan bangsa Sepanyol yang memeluk agama


Islam.
b. Bilangan mereka adalah melebihi orang Arab.
c. Amat berbangga dengan agama yang mereka anuti.
d. Berlaku perkahwinan campur antara orang Arab dengan golongan
Muwalladun yang secara langsung merapatkan jurang antara mereka

Panitia Sejarah Maktab Sabah 19


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

sehingga perbezaan antara bangsa Arab dan Muwalladun tidak dapat


dikenali lagi.

4. Golongan Mozarab

a. Merupakan orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah


pemerintahan Islam.
b. Boleh disamakan dengan golongan Zimmi, di bawah pemerintahan kerajaan
Umayyah di Damsyik.
c. Menetap di bandar dan di luar Bandar serta bertutur dalam loghat Rom.
d. Bagi golongan terpelajar, mereka boleh bertutur dan menulis bahasa Arab
dengan baik.
e. Membayar jizyah kepada kerajaan Islam, menikmati kebebasan beragama
dan tidak dipaksa menganut agama Islam.

5. Golongan Yahudi dan Hamba.

a. Golongan Yahudi tidak ramai tetapi mereka banyak menyubang dalam


bidang intelektual.
b. Hidup dengan aman di bawah naugan kerajaan Islam dan membayar
jizyah.
c. Golongan hamba terbahagi kepada 2 puak, iaitu: Puak Negro dan puak
Saqalibah.
d. Golongan Saqalibah amat berpengaruh dan mempunyai bilangan yang
ramai pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III.
e. Mereka akhirnya diberi kebebasan dan memeluk Islam serta berpenagaruh
dalam bidang politik.
f. Pada abad ke- 11, golongan ini merupakan salah satu daripada golongan
yang penting di Sepanyol.

C. Kesimpulan

a. Kewujudan pelbagai puak di Sepanyol telah menjadi masalah yang besar


kepada pemerintahan Islam di sana.
b. Faktor perpecahan di kalangan pemimpin Islam di Sepanyol telah memberi
peluang kepada orang Kristian di bahagian utara untuk mengukuhkan
kedudukan mereka.
c. Keadaan ini merupakan punca kepada kejatuhan Islam di bumi Sepanyol.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 20


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

11. Huraikan Usaha-Usaha Nabi Muhammad S.A.W Dalam Pembentukan


Masyarakat Islam Di Mekah Dan Madinah.

A. Pengenalan.

1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w – Nabi Muhammad s.a.w


berketurunan Bani Hashim, lahir pada 12 Rabbiulawal, tahun gajah.
Setelah menerima wahyu , baginda beruasa ha membina masyarakat Islam
di Mekah melalui aktiviti dakwah, tetapi mendapat tentangan daripada
kaum Quraish.
2. Penentangan ini telah membawa kepada penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w dan para sahabat baginda ke Madinah.
3. Baginda meneruskan usaha dakwahnya di Madinah dan dipilih sebagai
pemimpin di Negara Kota tersebut.
4. Latar belakang masyarakat Mekah dan Madinah- Nama asal Makkah ialah
Makoraba. Kemudian nama kota itu diubah kepada nama Bakkah dan
Makkah. Dalam Al Quran Makkah disebut sebagai Bakkah yang telah
didiami manusia sejak 2400 tahun dahulu.
5. Kota Madinah dikenali sebagai Yathrib, bermakna kota yang bercahaya.
Kedudukannya sangat strategic, iaitu terletak ditengah-tengah perjalanan di
antara Syam di Selatan dan Mekah di bahagian utara. Madinah terletak
berhampiran lembah yang subur, pertanian dapat dijalankan sepanjang
tahun.Kesuburan tanahnya menjadi pusat tumpuan ramai.

B. Isi-isi penting.

A. Pembinaan masyarakat Islam di Mekah

1. Dakwah Secara sulit

Berlangsung selama 3 tahun – berusaha membina masyarakat Islam melalui


aktiviti dakwah – Secara sulit baginda menyampaikan dakwah kepada kaum
keluarganya yang terdakat iaitu bapa saudaranya. Keluarga sepupu dan juag
teman-teman yang rapat. hanya beberapa orang sahaja yang memeluk Islam-
antaranya Siti Khadijah iaitu isteri baginda serta sahabatnya Abu Bakar.
Baginda menyeru mereka supaya beriamn kepada Allah dan rasulnya serta
meninggalkan ibadat menyembah berhala, Baginda juga mengajak mereka
melakukan kebaikan dan kebajikan serta meninggalkan perkara / perbuatan
yang mungkar seperti judi, minum arak, menipu, merompak, berzina,
membunuh anak dan sebagainya. Dakwah yang disampaikan oleh baginda
adalh secara lemah-lembut dan penuh hikmah. Rumah al-Arqam dijadikan
markas pertama dakwah islamiyah, rumah tersebut terletak di Bukit Safa.
Setelah mendapat wahyu daripada Allah yang memerintah baginda
menyampaikan dakwah secara terang-terangan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 21


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2.Dakwah secara terang

Berlangsung selama 10 tahun. Mendapat penentangan daripada kaum Kafir


Quraisy dalam bentuk siksaan, cacian, ejekan, penghinaan dan pemulauan.
(huraikan). Orang Kafir Quraisy juga menggunakan teknik pujukan melalui Abu
Talib, bapa saudara Nabi Muhammad yang ketika itu merupakan pembesar
Quraisy dan teknik tawaran iaitu menawarkan pangkat dan harta kpd Nabi
Muhammad. Kesemua teknik ini tidak berjaya melemahkan semangat Nabi
Muhammad s.aw untuk terus menyebarkan Islam.
3. Pembentukan masyarakat Islam di Madinah.

a. Pembinaan masjid
 Pembinaan masjid.-Merupakan usaha pertama Nabi Muhammad s.a.w
di Madinah.
 Fungsi masjid –Tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan
perbincangan, pusat pengajian, pusat ibadat, pusat pentadbiran dan
berurusniaga.
 Masjid terawal dibina ialah masjid Nabawi.
 Pembinaan masjid telah melipatgandakan usaha-usaha dakwah.

b. Piagam Madinah

 Dipernalkan untuk menyatupadukan masyarakat di Madinah.


 Kandungan piagam ini mencatatkan tanggungjawa pemerintah dengan
golongan yang diperintah, hak-hak manusia,
persaudaraan,Keselamatan, tanggungjawab sosial, ekonomi dan
sebaginya.
 Perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, Hadith, Qias, dan Ijmak
 Baginda juga telah memperkenalkan konsep persamaan antara
manusia.

c. Pemulihan ekonomi

 Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat


saling membantu sehingga meliputi segenap bidang.
 Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
 Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.

d. Hubungan sosial


Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj
yang saling bermusuhan sebelum ini.
 Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan golongan Muhajirin
dan Ansar.
 Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang
berjauhan dengan keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di
Mekah.
Kesimpulan

 Nabi Muhammad telah berjaya mewujudkan sebuah masyarakat Islam


yang bersatupadu dan kuat .

Panitia Sejarah Maktab Sabah 22


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Kepimpinan Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Nabi Muhammad


s.a.w adalah bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang
tokoh negarawan yang unggul.

12. Masyarakat yang terdapat pada Zaman Bani Umayyah terdiri daripada
pelbagai golongan. Huraikan.

A. Pendahuluan
1. Kerajaan bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-
Rasyidin.Nama Bani Umayyah
2. bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman
Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd.Syam binAbd.Manaf.
3. -perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan
kerajaan Bani Umayyah.Pemecatan membawa kepada perang Siffin
seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim, yang membuka ruang
kepada Bani Umayyah memerintah Negara Islam.
4. -Zaman pemerintahan bani Umayyah boleh dibahagikan kepada Zaman
Kelahiran, Zaman Kemakmuran/Pembangunan dan Zaman kehancuran.

B. Isi

1. Golongan pemerintah.

a. Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan pembesar-pembesar Arab


berbeza dengan pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin , kerajaan Bani
Umayyah menggunakan
b. Sistem pewarisan dalam perlantikan khalifah-khalifah baru . jawatan
khalifah telah menjadi hak milik keturunan Umayyah dari keluarga Abu
Sufyan dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan masyarakat
pemerintah.
c. -sanak saudara dan kaum kerabat, keturunan Umayyah pula menjadi
kelompok Bangsawan dan mempunyai beberapa kelebihan sosial dan
politik.

2. Golongan Mawali

Hamba yang telah memeluk Islam.dianggap sebagai masyarakat kelas


kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya
menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umayyah seperti maymun bin
Mihran(Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia)hanya layak bekerja
sebagai buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan berkahwin dengan orang
Arab. Tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.

3. Golongan Zimmi

Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai
seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar

Panitia Sejarah Maktab Sabah 23


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan


umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu
membayar jizyah.

4. Golongan Hamba

Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan


pemerintah Umayyah yang hidup mewah telah menyebabkan mereka
memerlukan ramai hamba. gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai
bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

5. Golongan Azariqah

Berpusat di Iraq mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Bagi


mereka orang Islam yang melakukan dosa besar seperti berzina dianggap
kafir dan kekal dalam neraka. Mereka juga telah mengkafirkan Saidina
Uthman,Ali dan sesiapa yang menyertai perang jamal/P.Siffin. Mereka
menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu
ditentang.

6. Golongan Najdiyah

Mereka berpusat di Yamamah juga berjuang untuk menjatuhkan bani


Umayyah. Mereka berpendapat orang yang menyokong pihak lain akan
melakukan dosa besar, tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf
munafik. Golongan ini tidak mewajibkan adanya khalifah,asalkan komuniti
mematuhi ajaran Al-Quran.Banyak terbabit dalam bidang politik dan tentera
daripada bidang agama.

7. Kaum Syiah

Ingin menuntut bela atas pembunuhan Hussain putera kepada Saidina Ali
di Karbala. Mereka ingin menebus dosa kerana tidak menjaga keselamatan

Hussain sehingga dibunuh oleh tentera Bani Umayyah.

C. Kesimpulan.

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 24


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

13. Huraikan peranan Rasulullah s.a.w. dalam usaha membentuk ummah


pelbagai bangsa di Madinah.

A. Pengenalan.

1. Latar belakang masyarakat Madinah.


2. Definisi Ummah- bererti masyarakat atau umat manusia. Dlm al-Quran ummah
Merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia dan makhluk lain.
3. Perkataan ummah disebut 40 kali dlm al-Quran.
4. Dlm al-Quran ummah merujuk semua makhluk termasuk jin, malaikat, manusia
dan makhluk lain.
5. Setiap diutuskan seorang rasul untuk memberi petunjuk. Dalam kontek ummah
padazaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada
umat Islam sahaja tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang
berada di Madinah. Mereka dikeluarkan dari kota Madinah dan sekaligus
terkeluar dari lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w apabila mereka
enggan mematuhi piagam Madinah.

B. Isi-isi penting.

Cara Rasulullah s.a.w. membentuk ummah

1. Pembinaan masjid

a. Usaha pertama Nabi Muhammad s.aw. di Madinah


b. Fungsi masjid ialah tempat perhimpunan umat Islam untuk mengadakan
perbincangan, pusat pengajian, tempat beribadat, pusat pentadbiran dan
berurusniaga.
c. Masjid terawal yang dibina ialah masjid Nabawi
d. Pembinaan masjid telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah.

2. Piagam Madinah / Perjanjian politik.

a. Diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang


majmuk.
b. Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan tanggunjawab pemerintah
dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang Islam sesama
Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap
terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.

3. Menyatupadukan Aus dan Khazraj

a. Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi.


b. Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana kegiatan orang
Yahudi yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk kepentingan
mereka.

4. Mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar.

a. Bertujuan untuk saling membantu .


b. Contohnya Nabi mempersaudara Hamzah dengan Zaid bin Harithah, dan
Abu Bakar dengan Kharijah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 25


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c. Konsep persaudaraan ini tidak melewati batas persaudaraan yang


mempunyai darah keturunan dan mereka dilarang mewarisi
harta.Sebaliknya lebih kepada ikatan kepaercayaan dan akidah.
d. Persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya
membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam.

5. Mengambil tindakan memerangi serta menghalau serta menghukum


golongan Yahudi yang melanggar Piagam Madinah.

a. Bani Qainuqa’- diusir kerana mempersenda-senda kemenangan umat


Islam dalam perang Badar- perkampungan mereka dikepung seterusnya
mereka diusir keluar dari Madinah.
b. Bani Nadhir- dihalau kerana menyokong kaum Quraisy dalam perang
Uhud dan membuat pakatan untuk membunuh Nabi.
c. Bani Quraizah – Dikenakan hukuman yang lebih keras, iaitu semua lelaki
dewasa dibunuh, harta dirampas, manakala golongan wanita dan kanak-
kanak diusir dari Madinah.
d. Implikasi pengusiran golongan Yahudi ini, maka konsep ummah kini
hanyalah umat Islam sahaja, dan secara tidak langsung negara menjadi
aman dan stabil.

6. Memperkenalkan sistem ekonomi yang adil serta menghapuskan sebarang


bentuk penindasan khususnya amalan riba. Nabi menggalakkan kegiatan
pertanian dan perdagangan.

Kesimpulan.

a. Nabi Muhammad pemikir dan pemimpin yg bijak.


b. Langkah yg dijlnkan oleh Nabi Muhammad menjanjikan kota Madinah
kuat dan dpt meluaskan empayar.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 26


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

14. Bincangkan kepentingan hijrah dalam sejarah Islam.

A. Pengenalan.

a. Hijrah dari Mekah ke Madinah


b. Hijrah daripada istilah hajara – bermakna pindah
c. Dalam sejarah Islam- berpindah dari Mekah ke Madinah.
d. Dalam konteks lain – berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah
dari perkara yang buruk kepada yang baik.
e. Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
f. Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
g. Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al
Khattab.
h. Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas
bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada
bulan Rabiulawal 622M.

B. Isi-isi Penting

Kepentingan hijrah

1. Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah


a. Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
b. Melepasi sempadan Mekah Madinah

2. Penyebaran Islam semakin meluas

a. Ajaran Islam semakin pesat berkembang.


b. Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk
menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
c. Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.

3. Perubahan kedudukan Nabi Muhammad s.a.w

a. Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
b. Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah

4. Pertumbuhan umat Islam

a. Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.


b. Umat Islam semakin kukuh.

5. Penubuhan negara Islam

a. Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi


membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
b. Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.

6. Perubahan kehidupan masyarakat Madinah

a. Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 27


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Menamatkan permusuhan tradisi golongan Ansar

a. Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila
Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat
ukhuwah Islamiah.

8. Permulaan kalendar Hijrah

a. Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem


kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.

9. Perubahan dasar politik

a. Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang


kekerasan.

C. KESIMPULAN

Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan


umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 28


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

15. Bincangkan Faktor-Faktor Yang Mendorong Nabi Muhammad S.A.W


Berhijrah Ke Madinah Pada Tahun 622 M.

A. PENDAHULUAN

a. Hijrah berasal dari istilah hajara yang bermaksud pindah. Dalam sejarah
Islamiah merujuk kepada perpindahan Nabi Muhammad dan umat Islam
dari Mekah ke Madinah pada 622 M.
b. Dalam konteks lain bermaksud hijrah daripada zaman Jahiliah kepada
Islam.
c. Peristiwa ini merupakan titik tolak kepada perkembangan Islam lebih
meluas.
d. Peringkat awal hijrah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kaum
Quraisy.
e. Peringkat kedua hijrah secara terang-terangan oleh Umar Al Khattab.
f. Peringkat ketiga bila Nabi Muhammad bersama Abu Bakar berhijrah
selepas bersembunyi di Gua Thur seterusnya sampai di Madinah pada 12
Rabiulawal 622 M.

B. ISI-ISI PENTING

Faktor-faktorPenghijrahan

1. Bai’ah Al Aqabah.

Faktor asas yang memulakan hijrah kerana dalam Aqabah 2 terdapat jemputan
dari pemimpin Madinah agar Nabi datang menjadi pemimpin mereka. Dalam
ikrar itu mereka berjanji untuk berjuang bersam-sama Nabi dan
mempertahankan Nabi. Nabi merasakan masanya telah tiba bagi umat Islam
untuk keluar dari Mekah.

2. Tekanan yang semakin meningkat di Mekah

Keadaan di Kota Mekah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai
untuk perkembangan Islam kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah
pelbagai penentangan yang diterima. Suasana di Mekah itu menggambarkan
bahawa lama kelamaan keadaan Islam semakin tertekan.

3. Umat Islam semakin menderita.

Tindakan kaumQuraisy semakin hebat. Penyeksaan keatas golongan hamba


semakin berleluasa. Malah Nabi sendiri sering menjadi mangsa penyeksaan
mereka. Pada 617 hingga 620 M seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah
dipulaukan daripada segi sosial, ekonomi dan politik. Mereka dilarang
berurusan dengan masyarakat Mekah kecuali musim haji. Umat Islam
mengalami penderitaan dan ujian yang sangat getir.

4. Kegagalan seruan ke Taif

Nabi Muhammad dan hambanya iaitu Zaid bin Harithah pernah cuba
menyampaikan Islam ke Taif namun dihina dan diejek dan dilontar dengan
batu. Pemimpin Bani Thaqif mempunyai hubungan baik dengan pemimpin
Quraisy Mekah.Kegagalan Nabi memberikan gambaran yang pengaruh Quraisy
sangat kuat di Taif. Oleh itu Nabi Muhammmad perlu mencari destinasi lain.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 29


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Kejayaan di Habsyah

Sebelum Saidina Umar memeluk Islam umat Islam pernah menuju ke Habsyah
untuk berlindung atas saranan Nabi sendiri. Ini kerana Habsyah digelar sebagai
bumi kebenaran yang diperintah oleh Raja Najashi yang terkenal adil. Kejayaan
ini memberi harapan kepada Nabi bahawa kejayaan yang sama akan dicapai di
Madinah. Ini disebabkan masyarakat Hasyah dan Madinah lebih hampir kepada
agama langit dan telah biasa dengan soal-soal ketuhanan dosa dan pahala.

6. Kematian dua tokoh.

Pada tahun ke-10 menjadi rasul, Nabi kehilangan 2 orang penyokongnya yang
paling setia iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Kaum
Quraisy Mekah menjadi semakin berani untuk bertindak ke atas Nabi. Ini
menyebabkan kedudukan Nabi makin terancam dan terdedah kepada tindakan
jahat Quraisy.

7. Umat Islam telah ramai di Madinah

Kota Madinah sendiri memang sesuai untuk dijadikan markas gerakan Islam
yang baru. Ini ekoran peristiwa Aqabah dimana orang-orang Madinah telah
berikrar dengan Nabi dan menyebarkan Islam di kalangan keluarga mereka.

8. Penduduk Madinah lebih mudah menerima Islam

Penduduk Madinah sendiri lebih mudah menerima Islam berbanding peduduk


Mekah. Ini kerana mereka lebih hampir dengan agama Samawi. Selain dari itu
di Madinah terdapat keluarga Nabi Muhammmad melalui pihak ibu kepada
datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib dari Bani Najjar.

9. Kedudukan Madinah yang strategik

Madinah mempunyai kedudukan ditengah-tengah jalan perdagangan antara


Yaman di Selatan dan Syam diutara. Kedudukan ini membolehkan Madinah
menyaingi Kota Mekah sebagai pusat perdagangan yang baru. Malah kabilah-
kabilah Quraisy terpaksa melalui Madinah jika ingin berurusan dengan Palestin
atau Syam.

10. Komplot pembunuhan ke atas Nabi

Antara faktor penghijrahan yang paling penting ialah terdapat pakatan bunuh
yang dirancang oleh kaum Quraisy keatas Nabi bila mereka mendapati umat
Islam semakin berkurangan di Mekah. Pemimpin Quraisy telah mengadakan
perbincangan di Darul Nadwah dan mengambil tidakan nekad agar Nabi tidak
sempat berhijrah. Ini menyebabkan kedudukan Nabi tidak lagi selamat
sekiranya terus di Mekah

11. Wahyu dari Allah

Faktor segera yang mendorong Nabi berhijrah keluar dari Mekah ialah wahyu
yang diturunkan Allah dan Surah al Anfal ayat 30 yang memberi peringatan
kepada Nabi tentang pakatan Quraisy dan sebagai satu gesaan supaya Nabi
berhijrah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 30


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

KESIMPULAN

Hijrah Nabi adalah satu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat
besar dalam sejarah perjuangan Islam.Ia jelas telah membawa banyak
pembaharuan dalam perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang
amat penting bagi Nabi dan agama Islam. Penghijrahan ini membawa kepada
kemenangan umat Islam dalam semua bidang.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 31


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

16. Terangkan Peranan Yang Telah Dimainkan Oleh Orang-Orang Muhajirin


Dan Ansar Dalam Menyebarkan Dan Mempertahankan Agama Islam Pada
Zaman Nabi.

A. PENDAHULUAN

a. Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad di Madinah terdiri daripada 2
golongan iaitu golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Merekalah yang
sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk
mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman
baginda.

b. Golongan Muhajirin atau penghijrah adalah kaum Quraisy yang memeluk Islam
dan mengikut Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah manakala golongan Ansar
atau pembantu terdiri daripada Suku Aus dan Khazraj.

c. Golongan Muhajirin merupakan golongan awal memeluk Islam dan mereka


layak menjadi pemimpin kerana telah sanggup berkorban demi Nabi dan Islam.

B. ISI-ISI PENTING

1. Peranan Golongan Muhajirin

Peranan mereka di Mekah

a. Semasa berada di Mekah merekalah golongan umat Islam yang


mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi
melalui kekuatan iman. Merekalah yang mula-mula melafazkan kesetiaan
terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad.

b. Mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan oleh


kaum Musyrikin Mekah keimanan mereka sukar digugat dan tetap tabah
bagi memastikan Islam terus berkembang contohnya keluarga Ammar b
Yassir dan Bilal b Rabah. Mereka banyak menyumbang harta benda dalam
membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya
contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dimana mereka banyak membeli
hamba-hamba Islam yang diseksa supaya dapat dibebaskan. Arqam
sanggup menyediakan rumahnya sebagai markas dakwah.

c. Sahabat-sahabat Nabi turut membantu mengembangkan Islam secara


sembunyi dan terbuka sepanjang zaman makkiah.

d. Mereka menyeru kepada kaum keluarga, sahabat handai dan penduduk


Mekah yang lain kearah agama yang benar.

e. Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul
Rahman, Uthman, Talhah, Zubair, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah dan
Arqam b Abi Arqam.

f. Mereka sanggup meninggalkan Mekah dan segala kekayaan yang dimiliki


semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah. Ini ternyata satu
pengorbanan yang amat besar keatas nilai keamanan umat Islam di
Mekah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 32


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Peranan mereka di Madinah

a. Setelah berhijrah ke Madinah golongan Muhajirin telah membekalkan


sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi
tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh.
Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib,
Ali b Abi Talib dan lain-lain.

b. Golongan ini merupakan pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin


umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan
contohnya selepas peristiwa Aqabah Nabi mengutus Mus’ab b Umair untuk
membantu penduduk Madinah untuk mendalami Islam.

2. Peranan Golongan Ansar

Peranan mereka di Mekah

a. Hanya terhad dalam peristiwa Aqabah 1 dan 2. Mereka sanggup menerima


Islam dalam keadaan dimana orang-orang Mekah menentangnya dengan
hebat. Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mengajak
Nabi meninggalkan Kota Mekah yang penuh penentangan untuk menuju
Madinah.

b. Mereka sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di


Madinah kelak. Sesungguhnya ikrar Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada
peristiwa Hijrah yang amat bersejarah.

Peranan mereka di Madinah

a. Mereka sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang


datang ke Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja.
Mereka menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan
tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada
yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini.

b. Sebagai penduduk tempatan mereka turut menyumbangkan harta benda


dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam
terutama semasa menghadapi peperangan contohnya Salman b al Farisi.

c. Golongan Ansar juga menyumbangkan banyak harta benda dalam


menghadapi serangan musuh Islam dalam perang Badar, Uhud dan
Khandak.

d. Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan


menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini bermula selepas peristiwa ikrar
Aqabah 1 dan 2.

e. Nabi Muhammad telah melantik para nuqabak (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk
membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama
Islam dengan lebih meluas di Madinah.

KESIMPULAN

Panitia Sejarah Maktab Sabah 33


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri


dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang
menjadi gabungan bagi mamastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di
Mekah dan Madinah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 34


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Negara kota ? Bandingkan sistem


pemerintahan Negara kota Athens di Yunani dan Madinah di Tanah
Arab.

A. Pendahuluan

1 Konsep Negara kota – perkataan Civitas dalam bahasa Latin dan


Greek yang bermaksud kota atau bandar
2 Negara kota juga dikenali sebagai Negara Bandar yang berasal dari
dua perkataan Negara dan kota.
3 Semua Negara kota terletak di sebuah kota yang tetap dan mempunyai
organisasi yang menguruskan dan menjalankan peraturan dalam
sesebuah masyarakat.
4 Setiap Negara kota mempunyai beberapa ciri seperti wilayah,
penduduk, pemerintah, undang –undang dan kedaulatan.
5 Latar belakang Negara kota Athens dan Madinah

Isi

1 SISTEM PEMERINTAHAN

Athens :
a. mengamalkan sistem pemerintahan republik yang berkonsepkan
demokrasi
b. warganegara lelaki boleh mengundi dan menjadi pemimpin bagi
tempoh enam hingga setahun.
c. Wanita dan hamba tidak boleh mengundi dan menjadi pemimpin
kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara.
d. Sistem pemerintahan dikendalikan oleh tiga buah badan utama iaitu
Dewan Perhimpunan, Majlis dan Majistret/Juri.

Madinah;
a. mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui konsep syura dan
musyawarah.
b. Pemerintah tertinggi ialah Rasulullah (zaman nabi Muhammad s.a.w)
dan Khalifah (pada zaman Khulafa’ ar Rasyidin)
c. Badan pemerintah tertinggi ialah majlis syura (ditubuhkan secara rasmi
semasa zaman Umar al-Khattab)
d. Sistem perundangan dikuatkuasakan melalui penggubalan Sahifah
Madinah

2. BENTUK PENTADBIRAN

Dewan Perhimpunan ( Athens )


a. dianggotai oleh warganegara lelaki berumur 21 tahun ke atas dan
bersidang tiga kali sebulan
b. tempat dasar –dasar kerajaan dibincangkan termasuk menggubal
undang- undang dan polisi serta membincangkan hal – hal ekonomi
seperti percukaian.
c. bertanggungjawab melantik pentadbir – pentadbir Negara dan ahli –
ahli Majlis.
d. bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kehakiman di Athens.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 35


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Majlis ( Athens)
a. jawatankuasa yang mengendalikan urusan yang telah diputuskan oleh
dewan perhimpunan.
b. mempunyai 500 orang ahli dan kebanyakannya terdiri daripada
golongan Archon( bangsawan) yang merupakan golongan berada dan
melaksanakan pemerintahan bercorak tyrant (mutlak)
c. bertanggungjawab membincangkan dan melaksanakan hal – hal
seperti polis dan percukaian

Majlis Syura ( Madinah)


a. terdiri daripada semua umat Islam dan sahabat rasulullah
b. tidak ada tempoh persidangan tetapi mengikut kepentingan Negara dan
situasi politik
c. semua rakyat bebas mengemukakan idea dan pandangan untuk
kemajuan Negara ( kecuali bidang agama)
d. Khalifah Umar al Khattab telah mengemaskinikan majlis syura dengan
mewujudkan dua jenis majlis syura iaitu Majlis Syura Tertinggi dan
Majlis Syura Am

3. Sumber perundangan

Majistret dan Juri ( Athens )


a. terdiri daripada kakitangan kerajaan dan bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan dasar yang telah diputuskan oleh Dewan
Perhimpunan
b. ahli dalam badan ini dipilih oleh Dewan Perhimpunan dan mereka
terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik
c. Juri merupakan ahli Dewan Perhimpunan dan jumlah juri bagi setiap
kes bergantung pada jenis kesalahan.
d. juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang bersalah tidak
berpeluang untuk merayu.

Piagam Madinah
a. digubal pada satu dan dua Hijrah yang merupakan sumber
perundangan di Madinah.
b. perlembagaan bertulis yang pertama didunia juga dikenali Sahifah
Madinah atau Perlembagaan Madinah
c. mengandungi 47 fasal berkaitan tanggungjawab orang Islam dan
Yahudi
d. hukuman berdasarkan Al Quran iaitu hudud, qisas dan takzir.
e. pada zaman Umar al Khattab, jabatan kehakiman dipisahkan dari
jabatan – jabatan lain dan membentuk mahkamah kadi – kadi khas bagi
menguruskan perbicaraan dan peraturan – peraturan kehakiman yang
tertentu.

Kesimpulan:
- Kedua- dua Negara kota ini mempunyai persamaan dalam sistem
pentadbiran dan menjadi asas amalan demokrasi sehingga kini.

2. Bandingkan sistem pemerintahan Negara kota Madinah dan Rom

A. Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 36


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Sistem pemerintahan kota Madinah diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w


selepas berlakunya peristiwa Hijrah.
2. Selepas menggulingkan raja- raja Etruscan yang zalim, pemerintahan
beraja Negara kota Rom digantikan dengan sistem Republik

B. Isi-isi penting

1. Sistem pemerintahan

Madinah
a. sistem pemerintahan yang sistematik dan berkesan
b. mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam
Rom
a. Sistem pemerintahan yang sistematik dan berkesan.
b. Mengamalkan sistem Republik tulen

2. Ketua Negara/ ketua pemerintah

Madinah
a. Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin tertinggi bertindak sebagai
ketua negara, ketua agama, ketua hakim ,ketua tentera dan pemimpin
masyarakat.
b. baginda merujuk kepada majlis Syura apabila membuat sesuatu
keputusan berkaitan Negara.
Rom
a. Ketua pemerintah Negara kota Rom ialah dua orang Konsul yang
dilantik oleh Dewan Senat.
b. Perlantikan dua orang konsul dapat mengimbangi kuasa antara kedua
– duanya supaya penyelewengan dapat dikawal.

3. Institusi pemerintahan

Madinah
a. Sistem pemerintahan kota Madinah mempunyai institusi yang dikenali
sebagai majlis Syura.
b. Dianggotai oleh nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang
berpengetahuan tinggi dalam bidang keagamaan tanpa mengira
kedudukan atau keturunan.

Rom
a. Institusi utama pemerintahan Rom ialah Dewan Senat dan Dewan
Perhimpunan.
b. Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan yang kaya dan
mereka digelar senator
c. Dewan Senat berfungsi melantik ketua Negara, menggubal undang –
undang dan melaksanakan pentadbiran negara kota.
d. Dewan perhimpunan dianggotai oleh semua warganegara tetapi
mempunyai kuasa terhad kerana terpaksa mengikuti arahan konsul dan
Dewan Senat.
4. kuasa keagamaan

Madinah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 37


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. masjid menjadi institusi terpenting bukan sahaja sebagai pusat


pemerintahan tetapi juga pusat kebudayaan , pertemuan umat Islam
dan menyelesaikan sebarang masalah rakyat.( Masjid Nabawi)
b. Ini menunjukkan dalam pentadbiran di kota Madinah agama dan politik
tidak dipisahkan.

Rom
a. Kuasa keagamaan terletak pada gereja yang dikendalikan oleh Paus.
b. Soal agama diuruskan oleh pihak gereja.
c. Soal pentadbiran pula dibincangkan dalam perhimpunan di Forum dan
Dewan Colloseum.
d. Terdapat pengasinngan yang jelas dalam hal agama dan duniawi.

5. Sistem perundangan.

Madinah
a. Nabi Muhammad s.a.w menggubal perlembagaan madinah yang telah
menyatukan orang Muhajiran dan Ansar serta Yahudi.
b. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal tentang tanggungjawab
orang Islam dan bukan Islam.
Rom
a. Sistem perundangan Rom dikenali sebagai Undang – undang Papan
Dua Belas yang diletakkan di tempat awam.
b. Menekankan konsep persamaan taraf rakyat disisi undang – undang.
c. Dalam undang – undang Rom, seseorang itu dianggap tidak bersalah
sehingga dibuktikan kesalahannya.

6. keadilan sosial

Madinah
a. Pemerintah memberi perhatian terhadap soal ini agar tidak terdapat
jurang status sosisal yang ketara.
b. Nabi Muhammad SAW mengharamkan amalan perhambaan dengan
menyeru para sahabat supaya membeli dan membebaskan hamba.
c. Memansuhkan kedudukan seseorang berdasarkan keturunan dan
warna kulit.
d. Mengangkat kedudukan/martabat golongan wanita.

Rom
a. Pemerintah memberi perhatian terhadap soal ini agar tidak terdapat
jurang status sosial yang ketara.
b. Pemerintah Rom cuba menghapuskan amalan hamba berhutang
dengan meluluskan undang – undang khas.

Kesimpulan :
a. Terdapat banyak persamaan dan perbezaan antara kedua – dua
Negara kota.
b. Ini menunjukkan pemerintahan kedua – dua Negara kota
dilakasanakan seca

3. Jelaskan Tentang Sistem Pemerintahan Repbulik Yang Diamalkan Dalam


Tamadun Rom Pada Zaman Klasik.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 38


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pengenalan

a. Rom dipercayai wujud pada 1000 S.M dan mewarisi ciri-ciri dan
pencapaian Tamadun Yunani.

b. Menurut legenda, Tamadun Rom dipercayai diasaskan oleh sepasang


kembar yang dikenali sebagai Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh
sesekor serigala betina.

c. Sebelum melaksanakan sistem republik, kerajaan Rom juga pernah


mengamalkan pemerintahan beraja. Ketika itu iaitu sekitar tahun 753 S.M,
penduduk Rom terdiri daripada golongan bangsawan dan tuan tanah
(patrician) dan golongan rakyat biasa (plebian)

d. Raja-raja rom pada masa ini telah memrintah dengan zalim tanpa
perkemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan
mewujudkan sebuah kerajaan bercorak republik.

Isi-Isi Penting

Definasi

a. Kerajaan Republik boleh dinyatakan sebagai sistem kerajaan di mana


rakyat memilih wakil mereka untuk melulus dan melaksanakan undang-
undang.
b. Tidak ada sesiapa yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik.
c. Republik juga turut mengamalkan perinsip demokrasi
d. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh
presiden.

1. Konsul

a. konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan


republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang
berumur melebihi 40 tahun.

b. konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. a
mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran,keadilan,ketenteraan,
Keagamaan dan kewangan.Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua
Angkatan tentera dan ketua eksekutif.

2. Dewan Senat

a. Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan
bangsawan.Ahli –ahli dewan ini dipilih oleh konsul.Dewan senat bertindak
menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.

b. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal


pentadbiran negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam
dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta
asing,menetapkan rovinsi yang akan diuruskan oleh konsul,menguruskan
hal ehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 39


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Dewan Perhimpunan

a. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai


forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan
tentang perbincangan dengan dewan senat

b. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga


bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah
diputuskan oleh Dewan Senat.

Kesimpulan

a. pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun


dunia.Dalam pemerintahan republik,terdapat imbangan kuasa antara badan
perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman.

b. Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada Zaman


Julius Caesar.Julius Caesar menamatkan pemerintahan Republik dan
mengistiharkan diri sebagai diktator setelah Mengalahakan Jeneral Pompei.

4. Bincangkan pemerintahan republik yang lahir di Eropah dengan merujuk


konsep negara kota, empayar dan negara bangsa.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 40


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pendahuluan.

a. Tamadun awal Eropah bermula di Pulau Crete.


b. Pada tahin 1400 S.M. tamadun tersebut meroasot akibat serangan orang
Yunani.
c. Tamadun Yunani berkembang, tetapi telah diserang oleh Raja Philips dan
anaknya dari Macedonia.
d. Pada tahun 735 S.M tamadun ini diambil alih oleh Tamadun Rom.
e. Proses perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa
kerajaan seperti Negara kota, empayar dan Negara bangsa.

B. Isi-isi penting.

1. Definasi Negara kota.

a. Berasal daripada perkataan Greek, iaitu acropolis yang bermaksud


sebidang tanah, beberapa kelompok bangunan dengan undang-undang
sendiri.
b. Merupakan unit politik dan agama
c. Kemunculannya berkait rapat dengan pelbagai kemudahan seperti struktur
bangunan seperti istana, kuil,tugu dan candi yang dikelilingi oleh kubu
pertahahanan.
d. Terdapat juga kemudahan perhubungan seperti jalan raya, sistem
pengairan, Perparitan dan lain-lain
e. Penghuni Negara kota terdiri daripada satu keluarga atau kaum yang
dianggap sebagai warganegara
f. Negara kota berkembang secara evolusi yang bermula daripada sebuah
keluarga, menjadi kampung, dan sebuah Negara kota.
g. Negara kota yang terkenal ialah Athens, Sparta, Gorinth dan Olympia.
h. Setiap Negara kota mempunyai ciri-ciri berlainan dari segi penduduk,
wilayah yang terhad, sistem politik tersendiri, sistem sosial yang berasingan
dan amalan agama yang berlainan.

2. Definasi empayar.

a. Merujuk kepada kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja


yang berkuasa dan berwibawa.
b. Mempunyai wilayah yang luas hasil penaklukan dan pemerintahan yang
kuat.
c. Usaha pembentukan empayar ini bermula semasa pemerintahan Raja
Philips dan anaknya Iskandar Zulkarnain.
d. Empayar yang terkenal sekali ialah empayar Rom semasa pemerintahan
Maharaja Julius Caesar dan Augustus.

3. Definasi Negara bangsa

a. Negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan mempunyai


pemerintahan sendiri, bahasa kebangsaan, sempadan wilayah dan hak
menggubal undang-undang sendiri.
b. Muncul berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah satu
Negara.
c. Setiap wilayah mempunyau pemerintahan sendiri yang dikawal oleh
kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang raja.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 41


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Raja berhak mengisytiharkan perang, mengenakan dan memungut cukai,


melaksanakan pentadbiran dan menguatkuasakan undang-undang yang
sama di seluruh Negara.
e. Pembentukan Negara bangsa berlaku menjelang abad ke 15 di Eropah
melalui kemunculan dinasti, keluarga, perkahwinan raja dan konsep
empayar.

4. Kelahiran pemerintahan republik

Tamadun Yunani

a. Idea pemerintahan republik diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani, Plato


melalui bukunya The Republik

b. Buku menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik untuk rakyat
Yunani selaras dengan ajaran gurunya, Socrates

c. Namun cadangannya tidak dapat sambutan di Athens dan Athens


mengamalkan pemerintahan demokrasi.

Tamadun Rom

a. Menjelang tahun 650 S.M, Rom dikuasai oleh raja-raja Etruscan daripada
keluarga Tarquin yang memerintah secara zalim.
b. Pada tahun 509 S.M, golongan aristocrat dengan sokongan rakyat berjaya
menjatuhkan penguasaan raja-raja Etruscan yang kejam dan zalim.
c. Seterusnya Rom mencapai kegemilangan sebuah kerajaan republik .

5. Ciri-ciri Pemerintahan Republik

Dewan Perhimpunan

a. Menggantikan Dewan Perhimpunan Cammutia Curiate pada zaman raja


monarki
b. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai
forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapatlaporan
tentang perbincangan dengan dewan senat.
c. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga
bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah
diputuskan oleh Dewan Senat.

Konsul

a. konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan


republic terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang
berumur melebihi 40 tahun.
b. konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia
mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran,keadilan,ketenteraan,
c. Keagamaan dan kewangan.Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua
angkatan tentera dan ketua eksekutif.
Dewan Senat.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 42


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan
bangsawan.Ahli –ahli dewan ini dipilih oleh konsul.Dewan senat bertindak
menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.
b. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal
Pentadbiran Negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam
Dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta
sing,menetapkan provinsi yang akan diuruskan oleh konsul,mengurus kan
halehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan.

C. Kesimpulan

a. Republik Rom mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan


Julius Caesar.
b. Pada tahun 44 S.M, kerajaan Republik Rom merosot apabila Julius Caesar
mati dibunuh dan digantikan dengan pemerintahan monarki.
c. Kejatunan kerajaan Rom menandakan bermulanya Zaman pertengahan di
Eropah yang membawa kepada banyak perubahan di Eropah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 43


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Bincangkan pemerintahan republik yang lahir di Eropah dengan merujuk


konsep negara kota, empayar dan negara bangsa.

B. Pendahuluan.

a. Tamadun awal Eropah bermula di Pulau Crete.


b. Pada tahin 1400 S.M. tamadun tersebut meroasot akibat serangan orang
Yunani.
c. Tamadun Yunani berkembang, tetapi telah diserang oleh Raja Philips dan
anaknya dari Macedonia.
d. Pada tahun 735 S.M tamadun ini diambil alih oleh Tamadun Rom.
e. Proses perkembangan ini membawa kepada kemunculan beberapa
kerajaan seperti Negara kota, empayar dan Negara bangsa.

B. Isi-isi penting.

3. Definasi Negara kota.

a. Berasal daripada perkataan Greek, iaitu acropolis yang bermaksud


sebidang tanah, beberapa kelompok bangunan dengan undang-undang
sendiri.
b. Merupakan unit politik dan agama
c. Kemunculannya berkait rapat dengan pelbagai kemudahan seperti struktur
bangunan seperti istana, kuil,tugu dan candi yang dikelilingi oleh kubu
pertahahanan.
d. Terdapat juga kemudahan perhubungan seperti jalan raya, sistem
pengairan, Perparitan dan lain-lain
e. Penghuni Negara kota terdiri daripada satu keluarga atau kaum yang
dianggap sebagai warganegara
f. Negara kota berkembang secara evolusi yang bermula daripada sebuah
keluarga, menjadi kampung, dan sebuah Negara kota.
g. Negara kota yang terkenal ialah Athens, Sparta, Gorinth dan Olympia.
h. Setiap Negara kota mempunyai ciri-ciri berlainan dari segi penduduk,
wilayah yang terhad, sistem politik tersendiri, sistem sosial yang berasingan
dan amalan agama yang berlainan.

4. Definasi empayar.

e. Merujuk kepada kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja


yang berkuasa dan berwibawa.
f. Mempunyai wilayah yang luas hasil penaklukan dan pemerintahan yang
kuat.
g. Usaha pembentukan empayar ini bermula semasa pemerintahan Raja
Philips dan anaknya Iskandar Zulkarnain.
h. Empayar yang terkenal sekali ialah empayar Rom semasa pemerintahan
Maharaja Julius Caesar dan Augustus.

3. Definasi Negara bangsa

a. Negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan mempunyai


pemerintahan sendiri, bahasa kebangsaan, sempadan wilayah dan hak
menggubal undang-undang sendiri.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 44


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Muncul berasaskan konsep persekutuan beberapa wilayah di bawah satu


Negara.
c. Setiap wilayah mempunyau pemerintahan sendiri yang dikawal oleh
kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang raja.
d. Raja berhak mengisytiharkan perang, mengenakan dan memungut cukai,
melaksanakan pentadbiran dan menguatkuasakan undang-undang yang
sama di seluruh Negara.
e. Pembentukan Negara bangsa berlaku menjelang abad ke 15 di Eropah
melalui kemunculan dinasti, keluarga, perkahwinan raja dan konsep
empayar.

5. Kelahiran pemerintahan republik

Tamadun Yunani

d. Idea pemerintahan republik diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani, Plato


melalui bukunya The Republik

e. Buku menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik untuk rakyat
Yunani selaras dengan ajaran gurunya, Socrates

f. Namun cadangannya tidak dapat sambutan di Athens dan Athens


mengamalkan pemerintahan demokrasi.

Tamadun Rom

d. Menjelang tahun 650 S.M, Rom dikuasai oleh raja-raja Etruscan daripada
keluarga Tarquin yang memerintah secara zalim.
e. Pada tahun 509 S.M, golongan aristocrat dengan sokongan rakyat berjaya
menjatuhkan penguasaan raja-raja Etruscan yang kejam dan zalim.
f. Seterusnya Rom mencapai kegemilangan sebuah kerajaan republik .

5. Ciri-ciri Pemerintahan Republik

Dewan Perhimpunan

d. Menggantikan Dewan Perhimpunan Cammutia Curiate pada zaman raja


monarki
e. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai
forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapatlaporan
tentang perbincangan dengan dewan senat.
f. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga
bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah
diputuskan oleh Dewan Senat.

Konsul

d. konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan


republic terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang
berumur melebihi 40 tahun.
e. konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia
mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran,keadilan,ketenteraan,
f. Keagamaan dan kewangan.Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua
angkatan tentera dan ketua eksekutif.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 45


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Dewan Senat.

c. Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan
bangsawan.Ahli –ahli dewan ini dipilih oleh konsul.Dewan senat bertindak
menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.
d. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal
Pentadbiran Negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam
Dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta
sing,menetapkan provinsi yang akan diuruskan oleh konsul,mengurus kan
halehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan.

C. Kesimpulan

d. Republik Rom mencapai zaman kegemilangannya semasa pemerintahan


Julius Caesar.
e. Pada tahun 44 S.M, kerajaan Republik Rom merosot apabila Julius Caesar
mati dibunuh dan digantikan dengan pemerintahan monarki.
f. Kejatunan kerajaan Rom menandakan bermulanya Zaman pertengahan di
Eropah yang membawa kepada banyak perubahan di Eropah.

6. Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun di Mesir.

A. Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 46


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kerajaan/pemerintah


mengawal rakyat dalam sesebuah tamadun.
b. Menjamin kedaulatan sesebuah kerajaan.
c. Melalui pentadbiran pusat seseorang raja/pemimpin akan mengawal para
pembesar dan golongan bangsawan serta melancarkan pentadbiran di
seluruh wilayah.
d. Pentadbiran pusat dan wilayah akan mewujudkan birokrasi yang teratur
dalam pentadbiran.

B. Isi-isi penting

1. Pentadbiran pusat di Mesir.

a. Peranan Firaun.
- Firaun merupakan ketua Negara yang memiliki kuasa mutlak.
- Dalam bidang pentadbiran firaun dibantu oleh pegawai- pegawai tinggi di
peringkat pusat dan wilayah.

b. Wazir
- Wazir merupakan pegawai yang mempunyai kedudukan tertinggi
- Tugas wazir ialah menyimpan dokumen penting kerajaan, memeriksa
akaun, memilih dan melantik kakitangan istana dan ketua hakim.

c. Canselor
- Merupakan pegawai yang menguruskan hal ekonomi.
- Tugas Canselor ialah menetapkan cukai, menentukan gaji pekerja ladang
diraja dan membayar gaji anggota tentera.
-
d. Wizurai
- Bertugas mentadbir jajahan takluk Mesir seperti Nubia.
- Kuasa wizurai tertumpu dalam aspek-aspek polisi awam.

e. Penyelia jabatan kerajaan


- Dilantik bagi menyelia jabatan-jabatan kerajaan. Contohnya Jabatan
- Perbendaharaan.(Ditadbir oleh 2 penyelia yang bertindak sebagai ejen
wizurai).

f. Pegawai istana (Courtiers)


- Ketua pengurus firaun( Chief Steward)-mentadbir estet diraja,
menguruskan pentadbiran istana, merancang ekspedisi diraja dan mendidik
putera/puteri diraja.
- Chamberlain-Mengawasi makanan, minuman dan tempat tinggal (Private
apartments)
- Penyelia istana-Menjaga penghuni wanita di istana.
- Kerani-Mengawasi kerja-kerja membina dan memulihara bangunan-
bangunan lama.
- Jurucakap (spokeman) diraja.

2. Pentadbiran wilayah

- Wilayah di Mesir dikenali sebagai Nomes. Terdapat 20 nomes di Mesir


Utara dan 22 nomes di Selatan.
Panitia Sejarah Maktab Sabah 47
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

- Setiap nomes ditadbir oleh Nomach.

a. Normach
- Normach dilantik oleh firaun.
- Bertindak sebagai pentadbir, hakim dan ketua pendeta.

b. Datuk Bandar
- Pegawai tinggi di peringkat wilayah pada zaman kerajaan baru.
- Bertugas membuat taksiran cukai, mengumpul dan menyimpan hasil cukai,
menghantar laporan kepada wazir dan mengadili kes-kes kecil.

c. Medjay
- Pegawai penguatkuasa undang-undang.
- Meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan kawasan sempadan

Penutup

Keberkesanan sistem pentadbiran pusat dan wilayah mampu mengekalkan


pemerintahan, keamanan serta kemakmuran dalam kerajaan Mesir.

6. Bandingkan sistem pemerintahan pusat dan wilayah di China dan India

A. Pengenalan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 48


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Konsep pentadbiran pusat dan wilayah


b. Pentadbiran pusat yang cekap akan membantu kedaulatan sesuatu
kerajaan.
c. Pentadnbiran pusat yang dapat mengawal rakyat dan pembesarnya dapat
mewujudkan
d. kelancaran pentadbiran di seluruh wilayahnya

B. Isi- isi penting

1. Pentadbiran Pusat dan Wilayah di China.

a. Pemerintahan dinasti Chou


 Mengmalkan sistem feudal. Raja mempunyai kuasa mutlak. Sementara
pentadbiran di wilayah-wilayah diberikan kepada golongan bangsawan
dan putera-putera raja tetapi pemusatan kuasa ini adalah longggar.
 Di setiap wilayah dan daerah diwujudkan sistem birokrasi dengan
menubuhkan jabatan-jabatan tertentu.

b. Pemerintahan Dinasti Chin


 Shi Huang Ti menjalankan sistem pemerintahan berpusat di ibu kota
Siang Yang. Semua kuasa kerajaan adalah di bawah maharaja.Kuasa
dan pengaruh golongan bangsawan dan pegawai-pegawai feudal
wilayah dan daerah dihapuskan.
 Beliau memperkenalkan ‘Scholar Sistem’ iaitu perlantikan sekumpulan
kakitangan awam yang terlatih untuk menjadi gabenor dan pegawai-
pegawai yang berkhimat dengan beliau.
 Penasihat utama maharaja ialah canselor.
 Shih Huang Ti membahagikan empayarnya kepada 36 buah wilayah
dan kemudiannya menjadi 42.
 Seorang gabenor awam dan gabenor tentera dilantik di setiap wilayah.
Mereka dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja

c. Pemerintahan Dinasti Han

 Di bawah maharaja Wu Ti, sistem pemusatan kuasa dan kerajaan


pusat menjadi lebih kukuh berbanding dengan pemerintahan Shih
Huang Ti.
 Walau bagaimanapun pemimpin-pemimpin wialayah tidak diberikan
kuasa yang terlalu banyak dan mereka tidaka dibenarkan memiliki
kuasa dan kekayaaan yang banyak supaya pentadbiran pusat teguh
dan tidak dicabar.
 Pentadbiran peringkat wilayah turut diawasi oleh kerajaan pusat
termasuk soal-soal perlantikan dan pertukaran pegawai-pegawai
kerajaan.
 Pegawai pentadbir utama di peringkat wilayah ialah wizurai, gabenor
general, gabenor dan bendahari.
 Unit pentadbiran yang lebih kecil diketuai oleh Tao Tai iaitu ketua
daerah dan mejestret.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 49


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Pemerintahan puasat dan wilayah di India.

a. Empayar Maurya.
 Di bahagikan kepada beberapa wilayah yang dipimpin oleh wizurai.
 Pegawai-pegawai kerajaan di wilayah-wilayah melaksanakan tugas
mengikut arahan pusat.
 Raja merupakan ketua pentadbir, ketua hakim, penggubal undang-
undang dan ketua tertinggi angkatan tentera.
 Pemerintah dibantu oleh majlis Menteri dan Mentriprasat yang
terdiri daripada menteri-menteri yang diketuai oleh perdana
menteri.
 Chandra Gupta Maurya telah melantik pegawai-pegawai untuk
mentadbir wilayah-wilayahnya. Beliau membahagikan wilayah-
wilayah kepada empat
 iaitu bahagian barat, selatan , barat laut dan Kalinga. Setiap
wilayah diketuai oleh wizurai yang biasanya terdiri daripada
putera-putera raja.
 Wilayah-wilayah tersebut pula dibahagikan kepada unit pentadbiran
daerah yang ditadbir oleh gabenor
 Daerah dipecahkan kepada kampung-kampung yang diketuai oleh
penghulu atau gramini yang dibantu oleh pengutip cukai dan
jurukira.
 Terdapat juga perisik di peringkat daerah.

b. Kerajaan Moghul
 Semasa kerajaan Moghul, akhbar telah membahagikan
pemerintahan kerajaan kepada tiga bahagian iaitu pengurusan
istana, tentera dan empayar. Beliau melantik pegawainya yang
digelar mansabdar yang mempunyai kuasa tentera dan mengutip
cukai
 Pentadbiran awam kerajaan diketuai oleh seorang perdana menteri
dikenali sebagai wakkil .
 Setiap wilayah diketaui oleh wakil pemerintah iaitu subahdar
 Pentadbiran kawasan Bandar dilakukan Kotwal
 Hakim atau Kazi menjalankan pentadbiran undang-undang

C. Kesimpulan
 Keberkesanan sistem pemerintahan di peringkat pusat dan wilayah
mampu memanjangkan usis beberapa kerajaan di China dan India.
 Pengubahsuaian dari segi struktur organisasi pentadbiran
dilakukan selaras dengan keadaan semasa yang difikirkan sesuai
pada waktu itu.

7. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan empayar-


empayar di Alam Melayu

Panitia Sejarah Maktab Sabah 50


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pengenalan
1. Penjelasan konsep empayar
2. Empayar Sri Vijaya muncul pada abad ke – 7 hingga 13 masihi berpusat di
Palembang , Sumatera.
3. Empayar Majapahit berkuasa lebih 200 tahun dari abad ke-13 hingga 14
masihi
4. Kebangkitannya selepas kejatuhan Singasari dan kemerosotan Sri Vijaya
sebelumnya.
5. Kerajaan Melaka diasaskan oleh Paremeswara pada abad ke 15 dan
menjadi satu empayar yang terunggul di rantau ini semasa Tun Perak
menjadi bendaharanya.

C. Isi-isi penting

1. Kekuatan tentera yang terdiri daripada orang laut dalam tentera Sri Vijya
dan Melaka. Keadaan ini membolehkan kerajaan-kerajaan ini meluaskan
pengaruh dan wilayah meraka.

2. Kedudukan yang strategik iaitu terletak di kawasan pertemuan Laut


China Selatan, Selat Melaka dan Selat Sunda menyebabkannya menjadi
pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang dari India, China dan
Arab.

3. Peranan dan kebijaksanaan pemerintah seperti Paremeswara, Hayam


Wuruk (Sri Vijaya) dan Dapunta Hiam (Sri Vijaya)

4. Perlindungan daripada Negara China yang merupakan kuasa yang


terkuat ketika itu telah menjamin keselamatan Sri Vijaya dan Melaka
daripada ancaman musuh. Ini juga telah memantapkan ekonomi negara-
negara tersebut.

5. Dasar perluasan kuasa yang diamalkan oleh Negara-negara ini juga telah
menguntungkan kerana membolehkannya memungut cukai dan menerima
ufti daripada tanah jajahan.

6. Sri Vijaya juga dapat mengawal aliran keluar hasil-hasil ekonomi dari
kawasan tanah jajahannya. Ini bermakna Sri Vijaya dapat mengawal politik
dan ekonomi kawasan tanah jajahannya.

7. Kerajaan-kerajaan ini mempunyai pembesar-pembesar yang berkaliber


seperti Patih Gajahmada di Majapahit dan Tun Perak di Melaka turut
membantu dalam perluasan kuasa.

8. Kerajaan-kerajaan ini juga menjadi pusat penyebaran agama seperti Sri


Vijaya untuk agama Buddha dan Melaka untuk agama Islam.

C. Kesimpulan.

 Kemunculan empayar-empayar ini adalah kerana kejatuhan empayar-


empayar yang lain pada masa itu.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 51


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Namun setiap empayar telah menyumbangkan kepada pembangunan


Negara dan bangsanya.

8. ‘Empayar Sri Vijaya berjaya muncul sebagai kuasa politik di nusantara


atas beberapa faktor’. Ulaskan kenyataan tersebut.

B. Pengenalan.

1. Empayar Sri Vijaya muncul antara tahaun607 M hingga 1025 M berpusat di


Palembang , Sumatera.
2. Kekuasaan Sri Vijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat
Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.

C. Isi-isi penting

1. Kekuatan tentera
 Berjaya menakutkan musuh yang ingin mengugat pentadbirannya.
Pentadbiran Sri Vijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran
diraja , ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh
seorang panglima atau Pratikawa.

2. Peranan Orang Laut.


 Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja Sri Vijaya. Mereka
mampu menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal
dagang singgah di pelabuhan Sri Vijaya.

3. Faktor Ekonomi.
 Sri Vijaya sebagai pusat thalassocraty p,elabuahannya berfungsi
sebagai tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran
barang.
 Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu
lintas Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.
 Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui selat
Melaka dan Sunda.
 Menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman di Sumatera
dan Tanah Melayu.

4. Dasar Perluasan Kuasa


 Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap
mampu menggugat kekkuasaan kerajaan.

5. Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan taratur

 Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.


 Mengamalkan hieraki dalam pentadbiran yang melibatkan
pentadbiran pusat, wilayah dan daerah.

6. Hubungan Luar.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 52


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Mempunyai hubungan diplomatik dengan China dan menghnatar


ufti sebagai tanda persahabatan dan menerima ufti daripada
kerajaan di bawah taklukannya

7. Sebagai Pusat Pengajian Agama Buddha.


 Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antara
bangsa di Asia Tenggara.
 Ibu Kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat
kebudayaan dan keagamaan.
8. Metos
 Cerita metos mengenai raja kerajaan ini telah menggerunkan pihak
musuh dan berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan sekelilingnya.
Kesimpulan
 Kemunculan empayar Sri Vijaya bergantung kepada beberapa faktor
yang saling berkaitan.
 Namun begitu akhirnya empayar Sri Vijaya juga mengalami
kemerosotan sehingga kuasanya diambil alih oleh Majapahit.

8. Huraikan empat unsur penting pembentukan Negara dan jelaskan tahap-


tahap Perkembangan sesebuah Negara dengan memberikan contoh.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 53


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pengenalan:
1. negara ialah satu wilayah yang ditadbir oleh beberapa
jabatan kerajaan serta memperolehi kepercayaan dan taat setia daripada
rakyat dalam peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
2. sifat-sifat Negara iaitu sifat memaksa dengan
menggunakan kekerasan fizikal secara sah supaya peraturan-peraturan
Negara dipatuhi oleh rakyat.
3. sifat monopoli dalam menetapkan tujuan masyarakat.
4. sifat merangkum segala peraturan dan undang-undang
yang digubal adalah untuk semua Rakyat.

B. Isi-isi Penting

1. Empat unsur penting pembentukan Negara ialah:

a. wilayah
 Setiap Negara mempunyai kawasan di muka bumi serta
sempadannya.
 pengaruh sesebuah Negara meliputi seluruh wilayahnya termasuk
Laut dan ruang angkasa.

b. Penduduk
 penduduk sesebuah Negara meliputi semua penduduk di dalam
wilayah tersebut.
 penduduk sesebuah ini mempunyai cirri-ciri khas yang
membezakan daripada
 bangsa lain seperti kebudayaan, nilai-nilai politik dan identity
nasional
 persamaan seperti bangsa,agama,budaya dan bahasa melahirkan
semangat Nasionalisme yang tinggi.

c. Pemerintah.

 Setiap Negara mempunyai satu badan yang mempunyai kuasa


untuk menggubal dan melaksanakan peraturan-peraturan di
wilayah0wilayah tersebut.
 Pemerintah bertindak atas nama Negara dan memperolehi kuasa
daripada Negara.

b. Kedaulatan:

 Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi untuk membuat undang-


undang dan melaksanakannya.
 Dalam pelaksanaan undang-undang,Negara mempunyai kuasa
untuk memaksa Penduduk mematuhi peraturan dan undang-
undang tersebut.
 Negara juga turut mempertahankan kedaulatannya daripada
serangan luar.

2. Tahap-Tahap Perkembangan Negara:

a. Negara Kota.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 54


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Semua Negara kota terletak di sebuah Negara kota yang tetap


dengan satu set Undang-undang dan kerajaan yang telah maju.
 Raja-raja dalam Negara kota ini adakalanya memerintah satu
kumpulan Negara kota yang lain setelah ditakluki.
 Rom berjaya sebagai Negara kota penakluk berbanding dengan
Negara lain kerana Mengiktiraf reality bahawa ia tidak boleh
mengasimilasi sepenuhnya
 Bangsa Rom membiarkan urusan halehwal pentadbiran negeri
yang ditakluk Kepada penduduk negeri tersebut.

b. Negara Empayar

 Empayar muncul apabila empayar Rom meluaskan wilayahnya


meliputi tiga benua.
 Empayar ini wujud pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain
dan Shih Huang Ti Dalam empayar Chin.
 Penubuhan dan penciptaan empayar sejagat menjadi lebih sukar
apabila Negara Bertambah dan menjadi lebih kuat.

d. Negara Kristian:

 Pada zaman pertengahan Negara kurang penting daripada gereja.


 Gereja berkuasa dalam melantik raja dan menyingkirkan putera-
putera raja lalu menentukan dasar-dasar awam
 Kejatuhan Eropah Barat ke tangan orang gasar pada tahun 476M
menyaksikan kemunculan agama kristian sebagai institusi yang
menjadi penyelamat bagi Eropah.
 Agama Kristian secara langsung mempunyai pengaruh yang besar
dalam semua aspek Kehidupan masyarakat.
 Pada tahun 476-1000M dianggap Negara Kristian.

d. Negara Feudal:
 Selepas kejatuhan empayar Rom pada tahun 800 M muncul satu
institusi politik yang dikenali sebagai feudalisme.
 Feudalisme mewakili satu susunan tanggunggjawab yang
kompleks dan obliges dikalangan individu. dari kelas terbawh(serf)
hingga kepda raja.
 Setiap serf memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang
lebih tinggi
 Golongan yang lebih tinggi ialah pahlawan,bangsawan dan raja.
 Setiap golongan bangsawan berjanji untuk memberi perlindungan
kepada mereka yang memberi kesetiaan.

e. Negara Bangsa

 Perkembangan Renaisans telah mengubah sikap manusia dan


membuka jalan Kepada perubahan besar di Eropah.
 Antaranya ialah kemunculan Negara bangsa dan kesedaran
kebangsaan.
 Pada zaman ini semangat cinta akan Negara begitu ketara
berbanding dengan zaman pertengahan kerana mereka memberi
kesetiaan kepada tuan tanah.
Panitia Sejarah Maktab Sabah 55
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. Kesimpulan

Walaupun apa fahaman dan aliran yang dianuti oleh sesebuah Negara itu
tetapi pembentukannya tetap sama iaitu berskisar kepada empat unsur
penting iaitu wilayah, penduduk,pemerintah dan kedaulatan. Unsur-unsur
inilah akhirnya telah melahirkan Negara kota, empayar, Negara feudal
dan Negara moden

10. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya


di India.

A. Pengenalan :

Panitia Sejarah Maktab Sabah 56


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 S.M
b. Diasakan oleh Chandragupta Maurya.
c. Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya
yang ketiga iaitu Asoka.
d. Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 S.M dengan gelaran
Devanampiya Plyadasi.
e. Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang
agung melalui perluasan kuasa,keagamaan dan pembaharuan sistem
politik

B. Isi-Isi Penting.

1. Menyebarkan ajaran agama Buddha.

 Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara pada tahun ke 11


pemerintahannya.
 Melawat tempat suci dan menganjurkan perbincangan keagamaan
 Melantik pegawai khas iaitu Dharma Mahamatra untuk menyebarkan
nilai-nilai murni di dalam ajaran Buddha
 Menganjurkan Majlis Buddha yang ke tiga untuk menyelesaikan
perbezaan Mazhab yang berlainan

2. Menghantar misi-misi keagamaan ke luar Negara.

 Mubaligh Buddha dihantar ke Sri Lanka,Asia Barat ,Mesir dan Eropah


Timur untuk meneyebarakan agama Buddha.

3. Mengukir Doktrin Buddha di atas batu,tiang dan gua di seluruh jajahan


takluk.
 Supaya rakyat dapat mengamalakan nilai-nilai moral seperti mengawal
nafsu,
 Mengamalkan sikap toleransi terhadap agama .

4. Pentadbiran
 Empayar yang diasaskan meliputi seluruh bahagian utara India
termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India selatan.
 Sesetengah tanah jajahan diberi kuasa autonomi dan sesetengahnya
pula di tadbir oleh wizurai.
 Berjaya menyatukan seluruh empayarnya menerusi penggunaan
bahasa Prakrit.
 Hubungan diplomatic dengan beberapa orang raja seperti Ptolemy II ,
Raja Mesir menerusi penubuhan organisasi Philanthropik

5. Sosial

 Menubuhkan hospital untuk manusia dan haiwan di seluruh empayar


serta menghulurkan bantuan dan derma kepada goklongan
Brahman dan pengikut agama lain
 Membina rumah rehat untuk kemudahan pelancong.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 57


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. Kesimpulan

 Asoka telah berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh dan ini
terbukti dengan keluasan Eampayar Maurya.

 Namun selepas Asoka meninggal dunia pada tahun 232 S.M empayar
tersebut mula mengalami keruntuhan dan digantikan dengan
Empayar Gupta

11. Nabi Muhammad telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam
kepimpinan baginda. Bincangkan

A. Pendahuluan:

Panitia Sejarah Maktab Sabah 58


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Nabi Muhammad SAW dilahirakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April


tahun gajah.
b. Baginda menerima wahyu yang pertama pada 17 Ramadan (16 Ogos
610M) iaitu srah Al Alaq dan dilantik secara rasmi sebagai nabi ketika
berusia 40 tahun 6 bulan.
c. Baginda telah menjalankan dakwah melalui dua cara iaitu berdakwah
secara sulit selama kira-kira tiga tahun dan kemudian dilakukan secara
terbuka tetapi mendapat tentangan yang sangat hebat dari orang Musyrikin
sehingga baginda berasa sungguh kecewa dan berhijrah ke kota Madinah
serta berjaya membina sebuah Negara yang berdaulat dan disegani.
d. Disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar
di dalam al Quran. Baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi
juga seorang pemimpin masyarakat dan Negara yang disegani.

B. Isi-isi penting

Kepemimpinan nabi

1. Sebagai pemimpin agama.

a. Mempunyai empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah
( beri contoh untuk setiap sifat terpuji)

b. Menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia

c. Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al Quran sebagai


seorang pendakwah, nabi menunjukkan sifat – sifat sebenar iaitu lemah
lembut, toleransi, tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang
dibawanya terutama aspek akidah. Contohnya, baginda tetap bersabar
menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalah kemuncaknya
mereka berkomplot untuk membunuh nabi.

d. Baginda melakukan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi dan tidak


pernah cuba menunjukkan kuasa – kuasa luar biasa walaupun
dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah SWT

e. Baginda telah menentukan beberapa bidang disiplin bagi menjamin


kesejahteraan masyarakat iaitu ibadat (solat, puasa, zakat dan lain-lain),
nikah kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta hubungan antarabangsa
yang bersumberkan al Quran dan hadis.

f. Dalam amanita terakhir baginda berpesan supaya umat manusia


berpegang kepada al Quran dan hadis

2. Sebagai pemimpin politik.


a. mengasaskan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu sahifah
Madinah.
b. Kepimpinan baginda telah terserlah sebelum kerasulan baginda lagi
apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahan antara ketua – ketua suku
Arab Mekah yang hampir menumpahkan darah iaitu meletakkan semula
batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuru Kaabah.
c. Mendamaikan pertelingkahan antara suku Aus dan khazraj Arab Madinah
melalui perjanjian Aqabah satu dan dua
d. Diktiraf menjadi ketua Negara Islam Madinah melalui sahifah Madinah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 59


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

e. Mengadakan hubungan diplomatic contohnya menghantar perwakilan


islam ke Habsyah dan Mesir.
f. Memperkenalkan sistem Syura ( permesyuaratan) untuk membuat
keputusan dalam semua bidang secara kolektif.

3. Sebagai pemimpin tentera


a. menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan
b. menjadi pemimpin dalam 27 ekspedisi ketenteraan ( Ghazwah) yang
disertai oleh baginda
c. akidah , syariat dan akhlak yang mulia menjadi asas dalam kepimpinan
baginda dalam bidang ketenteraan.
d. Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah
SWt
e. Mengamalkan sifat amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam
menghadapi musuh.
f. Sentiasa adil kepada kawan samada kawan atau musuh. Contohnya
membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan –
kawan yang menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan
terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum – kaum
yang lemah.
g. Berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa
kejayaan kepada pasukan tentera Islanm.
h. Memperkenalkan etika peperangan dalam Islam iaitu:
 Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaannya
 Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar
Jizyah dan berperang
 Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang,
musuh yang telah mati.
 Tentera Islam dilarang memerangi kanak- kanak, kaum wanita dan
orang tua.
 Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat
dan orang awam.
 Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
 Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman
awam.
 Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
 Patuh kepada ketua.
 Tidak boleh lari dari medan peperangan.
 Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.

4. Sebagai pemimpin masyarakat


a. berjaya menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang agama dan
keturunan.
b. Menyatukan umat Islam melalui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar
berdasarkan konsep ukhuwah Islamiyah dan bantu membantu kea rah
kebaikan.
c. Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat madinah seperti yang
terkandung dalam Piagam Madinah.
d. Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan kecuali takwa.
e. Menaikkan taraf wanita .
f. Menghapuskan batas – batas perbezaan kaum melalui konsep Ummah
contohnya menyatukan orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi ( diperingkat

Panitia Sejarah Maktab Sabah 60


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

awal tetapi akhirnya Yahudi disingkirkan kerana melanggar Sahifah


Madinah ).
g. Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah dan
mengamalkan adat masing –masing.
h. Ketua – ketua suku diberikan peranan masing – masing menyelesaikan
masalah anggota suku masing – masing contohnya Sa’d bin Ubadah ,
ketua suku Khazraj dan Sa’d bin Muadz, ketua suku Aus untuk
menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan bani Quraizah, Sa’d
bin Muadz untuk menetukan hukuman kerana beliau lebih arif mengenai
kedudukan bani Quraizah

6. ketua hakim.

a. Menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama.


b. Menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana hakim.
c. Contoh ketegasan baginda dipaparkan apabila baginda menegaskan
bahawa hukuman memotong tangan terhadap pencuri akan dilaksanakan
walaupun pencuri tersebut adalah Fatimah anak yang paling baginda
sayangi.

7. sebagai perancang ekonomi


a. Memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi
zaman jahiliyyah dan menggalakkan umat Islam bekerja keras serta bergiat
dalam bidang perniagaan dan pertanian.
b. Berusaha membangunkan ekonomi umat Islam yang tergadai kepada
orang Yahudi

C.Kesimpulan:
a. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek
kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat
berkaliber dari aspek politik, social, ekonomi dan pertahanan.
b. Kepimpinan nabi Muhammad SAW telah membawa masyarakat Islam
kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur

12. Jelaskan fitnah-fitnah terhadap Khalifah Uthman bin Affan dan huraikan
juga kesan-kesan ekoran fitnah itu.

A. Pengenalan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 61


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah yang ketiga selepas khalifah
Umar al Khattab.Baginda memegang teraju pemerinthan bermula tahun 23
H sehingga tahun 35H setelah baginda dibunuh oleh sekumpulan
pemberontak yang menyerbu ke rumahnya.

b. Dari segi peribadi,beliau merupakan sahabat yang terawal menerima


Islam.Beliau terkenal dengan gelaran ‘Dhu al Nurain’kerana pernah
mengahwini puteri dua orang puteri Rasulullah s.a.w.Beliau juga terkenal
dengan sikap seorang dermawan terutamanya pada awal perkembangan
Islam.

c. Enam tahun pertama perintahannya,Negara Islam telah mencapai


kegemilangan dalam pelbagai bidang manakala enam tahun terakhir
pemerintahannya , keadaan Negara agak huru-hara disebabkan timbulnya
pelbagai masalah dalaman.

B. Isi – isi Penting

1. Fitnah-fitnah.

a. Khalifah Uthman dituduh mengamalkan dasar nepotisme atau memihak


kepada kaum keluarganya dalam soal perlantikan jawatan pegawai-
pegawai kerajaan.contohnya Uthman telah melantik saudara
angkatnya,Abdullah bin Saad bagi menggantikan Amru Al As sebagai
Gabenor Mesir
b. Khalifah Uthman dituduh sebagai seorang khalifah yang boros kerana
membelanjakan wang yang begitu banyak dari Baitulmal
c. Polisi khalifah Uthman yang membenarkan orang-orang Arab berhijrah di
daerah-daerah yang baharu dikuasai oleh kerajaan Islam menimbulkan
rasa tidak puas hati rakyat khasnya di tanah jajahan yang berkaitan.
d. Khalifah Uthman juga dituduh memihak kaum Quraisy akibat tindakan
gabenor Kufah Said bin al As mengisytiharkan tanah di Iraq sebagai
kepunyaan kaum Quraisy.
e. Sikapnya yang selalu bersimpati dengan kesusahan orang lain dan sering
memaafkan orang yang telah melakukan kesalahan telah memakan dirinya
.
f. Tindakan beliau memusnahkan beberapa salinan alquran yang ditulis
dalam pelbagai loghat dan menerbitkan satu satu naskah baru yang
standart yang ditulis mengikut loghat Quraisy.
g. Beliau juga melantik beberapa pegawai yang pernah murtad dan mereka
yang pernah melakukan kesalahan besar tidak dapat diterima oleh
sesetengah pihak.

2. Kesan-kesan fitnah

a. munculnya gerakan pemberontakan di Mesir,Kufah, mereka mendesak


Khalifah Uthman memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap,yang
menpunyai hubungan keluarga dengannya serta mahukan beliau meletak
jawatan.

b. Peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman telah menimbulkan perpecahan


yang makin serius di kalangan umat Islam.
c. Pembunuhan Uthman menyebabkan timbulkan semula semangat
assabiyyah yang telah dihapuskan oleh Rasulullah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 62


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Zaman huru-hara ini telah menyebabkan punca berakhirnya perintahan


Khulafah ai Rasyidin pada tahun 40 H.Pembunuhan Uthman telah
dijadikan alas an oleh Muawiyah,Gebenor Syam untuk menentang Khalifah
Ali.
C. Kesimpulan

a. Fitnah yang timbul pada zaman beliau merupakan titik tolak kepada
perpecahan di kalangan umat Islam.

b. Sebenarnya fitnah yang timbul ini secara tidak langsung telah


mendedahkan kepincangan yang dihadapi oleh masyarakat Islam
keranamereka alpa terhadap wasiat Rasulullah supaya kembali kepada
ajaran al quran dan Hadis.

13. Huraikan pembaharuan pembaharuan dalam sistem pentadbiran Islam


pada zaman Umar Al-Khattab.

A. Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 63


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Latar belakang saidina Umar Al-Khattab-Khalifah ke-2 zaman khulafa Al-


Rashidin
b. terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang
baik. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi
Muhammad s.a.w.
c. Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H.
d. Perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan
dipersetujui oleh umat Islam.
e. Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan
wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah.
f. Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( Dalam bidang politik, ekonomi ,
sosial dan Agama
g. Meninggal dunia pada 23H.

B. Isi

1.Pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

a. Sistem Syura.
 Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan masalah yang
berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah
dalaman/ luar Negara.
 Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura
yang terdiri daripada para sahabat.
 Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi
dan Majlis Syura Am.
 Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan
perbincangan di Masjid

b. Perluasan wilayah Islam


 Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa.
 Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir,
Palestin.
 Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan
dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik,
dan Kufah.
 Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam

c. Perlantikan pegawai wilayah.


 Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah
peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera.
 Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas
perbendaharaan wilayah.
 Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam.
 Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.
 Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman.
 Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak
memegang jawatan di wilayah.
 Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/
tanggungjawab yang wajib dipatuhi.
 Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan
di wilayah setiap tahun selepas musim haji.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 64


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang


dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah.
 Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/
tidak cekap melaksanakan tugas.

d. Pengurusan tanah.

 Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah


tersendiri, - Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh:
 Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi.
 Tanah yang tiada waris.
 Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluk oleh
tentera Islam.
 Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk
membangunkan wilayah masing-masing.
 Undang-undanh pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan
tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom
diserahkan kepada petani.
 Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di
wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan
penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

e. Sistem percukaian tanah dan tanaman


 Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman.
Contoh:
 Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10
dirham.
 Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding
dengan tanah yang kurang subur

f. Memajukan sektor pertanian


 Memperkenalkan peraturan yang membenarkan rakyat memiliki tanah
sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian.
 Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan
menjadi milik kerajaan semula.
 Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah
dibina –dikenali terusan Amirul-Mukminin di Mesir dan empangan Abu
Musa.

g. Struktur pentadbiran ketenteraan.


 Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela.
 Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan
melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi
mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas.
 Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh-Berjalan tanpa pengalas
kaki, menunggang kuda dan memanah.
 Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran.
 Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti
Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims.
 Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga.

h. Kehakiman

Panitia Sejarah Maktab Sabah 65


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat.


Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat.
 Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk
menjamin keadilan.
 Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam.
 Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk
mengelakkan berlaku tidak adil.
 Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di
pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan
perundangan.

Kesimpulan

 Pelaksanaan dan kejayaan dalam pentadbiran yang telah diperkenalkan


oleh khalifah Umar berkaitan dengan asas yang telah dilakukan oleh
Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar telah memperkenalkan
sistem pemerintahan Islam secara meluas disamping membentuk empayar
Islam.

14. Bincangkan sistem pentadbiran pusat dan wilayah dalam zaman Khulafah
Al Rasyidin.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 66


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pengenalan

 Pemerintahan merupakan institusi yang bertanggungjawab menegakkan


keamanan ,undang-undang dan peraturan serta pentadbiran Negara..
 Keadaan pentadbiran semakin kompleks pada zaman ini kerana wilayah
Islam semakin luas.
 Khalifah bukan sahaja memastikan pentadbiran di pusat dalam leadaan
kukuh tetapi juga pentadbiran di kawasan –kawasan lain berada dalam
keadaan yang terkawal.

B. Isi-isi Penting.

 Dasar perluasan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar Al khattab telah


menyebabkan wilayah Islam menjadi semakin luas
 Keadan ini menyebabkan satu sistem pentadbiran yang lebih kemas
dan tersusun diperlukan dan terdapat dua sistem pentadbiran iaitu pusat
dan wilayah.
 Pentadbiran pusat diketuai oleh khalifah dan majlis Syura yang
dianggotai oleh kalangan sahabat yang terdekat dan tokoh-tokoh Islam.
 Wilayah Islam pula diketuai oleh gabenor yang pelantikannya dilakukan
oleh Khalifah dan dipersetujui oleh oleh Majlis Syura.Selain itu gabenor
akan dibantu oleh Khatib atau ketua setiausaha,Khatib al Dewan atau
setiausaha peperangan ,pemungut cukai ,pegawai polis,pegawai
perbendaharaan,
 Kerajaan pusat dan wilayah ditadbir secara tersusun yang mana birokrasi
pemerintahan yang dilaksanakan berdasarkan Islam.Ini bagi memastikan
setiap pegawai yang dilantik memenuhi cita rasa pemerintah Islam.
 Setiap tahun prestasi setiap penjawat akan dinilai dan setiap aduan akan
diteliti.Sekiranya terbukti berlaku penyelewengan penjawat akan dijatuhkan
hukuman yang ditetapkan.
 Setiap wilayah dikuatkan dengan pasukan tentera selain daripada bantuan
ketenteraan yang boleh diperoleh daripada pusat.Hal ini mengelakkan
berlakunya kebangkitan dan penentangan terhadap pemerintahan Islam.
 Sistem Cukai juga telah disusun diperingkat wilayah .Antaranya cukai
yang dikuitp ialah Cukai Kharaj(cukai tanah),usyur(cukaiperniagaan)

Kesimpulan

 Sistem perintahan pusat dan wilayah dilaksanakan dengan baik.


 Sistem ini membantu perkembangan dan kemakmuran Negara dan
seterusnya membawa kepada perkembanagn Islam.

15. Huraikan dasar pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah pada Zaman


Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 67


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pengenalan

 Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira
40 tahun iaitu 41 H- 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani
Umaiyyah yang wujud 41 H _ 132 H.
 Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. gabenor di Syam
selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.
 Semasa pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau
dengan Saidina Ali.antara tahun 37 H -38H.Peperangan ini dikenali sebagai
peperangan Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan
mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan saidina Ali ,Muawiyah telah dilantik
menjadi khalifah.

Isi-isi

 Beliau menggubal beberapa dasar penting dalam negara bagi mentadbir


wilayah-wilayah .setiap wilayah mempunyai masalah dan cara tersendiri
untuk ditadbir.
 Di Iraq ,beliau telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin
Arab yang menjadi penyokong kuat kepada khalifah Ali. Selain itu beliau
mengekalkan sistem pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan
penentangan dan perpecahan.
 Di Mesir, beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi yang buruk pada
zaman sebelumnya dengan melantik rakan setianya Amru al As sebagai
gabenor di Mesir
 Di Syam, memberi layanan yang baik kepada kepada penduduk yang
merupakan penyokong kuatnya
 Di Jazirah (Mesopotamia),menjalankan dasar muafakat dan kompromi
antara penduduk yang terdiri daripada Qais dan Yaman.
 Tidak mengadakan hubungan diplomatic dengan Negara-negara asing
sama ada Parsi,India mahupun Byzantine

Beberapa perubahan semasa pmerintahannya antaranya:

 Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Kufah ke


Damsyik.
 Mengubah sistem pemilihan Khalifah secara Syura kepada warisan
 Meluaskan kuasa politik Khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani
Umaiyyah.
 Mengadakan pasukan tentera yang kuat yang terdiri dari orang
Syam,memberi gaji tetap kepada tentera.
 Memperkenal atau meniru sistem pentadbiran kerajaan Byzantine
dengan mengambil pegawai-pegawai yang beragama kristian untuk
berkidmat.
 Menubuhkan pejabat pendaftaran
 Menubuhkan pejabat pos
 Menubuhkan jabatan perisik bagi mengetahui rahsia-rahsia pihak
musuh
 Mengutamakan keturunan Arab,Khususnya keturunan bani Umaiyyah
dalam pelantikan pegawa-pegawai.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 68


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Kesimpulan

 Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun.


seorang sahabat Nabi Muhammad dan penulis wahyu

 Seorang muslimin yang taat dan patuh kepada ajaran agama.Tokoh politik
dan negarawan yang pintar.Beliau merupakan seorang pemidato Arab
yang terkemuka.

16. Bandingkan pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Delhi dengan


Kerajaan Moghul di India.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 69


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Pendahuluan:

a. Dua buah kerajaan Islam di India yang terkenal ialah Kesultanan Delhi
(1206-1526M) dan Kerajaan Moghul (1527-1875M).
b. Pemerintah yang terkenal ialah Alaudin Khilji dan Tughluq bagi Kesultanan
Delhi dan Akbar serta Aurangzeb bagi kerajaan Moghul.
c. Kesultanan Delhi diasaskan oleh Qutbubuddin Aibak/Aibek yang
mengandungi enam buah dinasti seperti Dinasti Mamluk, Khilji, Tughluq,
Syeid, Lodi dan Suri selama hamper tiga abad dengan pusat
pemerintahannya di Delhi
d. Kerajaan Moghul pula diasaskan oleh Baber Babur dan mencapai zaman
kegemilangan semasa zaman pemerintahan Babur, Akbar dan Aurangzeb.
e. Kerajaan Moghul jatuh ke tangan British selepas kematian Aurangzeb.

Isi:
A. Pemerintahan

i. Bentuk Kerajaan Delhi


 Berbentuk kerajaan berpusat di Delhi dan pemerintah tertingginya
mempunyai kuasa autokrasi atau mutlak dalam pemerintahannya.
 Sistem pemerintahan berbentuk teokrasi dan perlembagaan Negara
berdasarkan al Quran dan hadis.
 Golongan bukan Islam dikenakan jizyah sebagai jaminan perlindungan hak
dan kebebasan.
 Bentuk pemerintahannya dipengaruhi oleh Kerajaan Abbasiyah, parsi,
Turki dan India.
 Sistem pentadbiran mempunyai unsure asimilasi antara pengaruh Islam
dan India.
 Mengamalkan pewarisan takhta.
-
ii. Bentuk Kerajaan Moghul

 menjalankan pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah yang


dilaksanakan pada zaman Akbar dan Aurangzeb.
 pada zaman Akbar , golongan bukan Islam diberi kelonggaran persamaan
hak dengan orang Islam untuk mengisi jawatan penting.
 Akbar juga menghapuskan bayaran jizyah bagi mewujudkan keadilan
dalam pemerintahannya.
 Manakala pada zaman Aurangzeb, baginda menghadkan orang Hindu
dalam jawatan kerajaan termasuk ketenteraan dan kehakiman.
 Takhta kerajaan adalah berasaskan sistem pewarisan.

iii. Pemerintah Delhi


 Bergelar Sultan yang memerintah secara mutlak.
 Sultan bertanggungjawab menjalankan hubungan diplomatik dengan
kerajaan Islam yang lain seperti kerajaan Bani Abasiyah.
 Sultan dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik untuk melicinkan
pemerintahan

Iv. Pemerintah Moghul


 Bergelar Sultan / Maharaja (Akhbar) Sultan memerintah secara mutlak.
 Memiliki kuasa mutlak

Panitia Sejarah Maktab Sabah 70


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Akhbar mengasingkan politik daripada agama dan menghapuskan


perbezaan berasaskan agama dan bangsa namun pemerintahan
Aurangzeb cuba menjadikan seluruh India sebagai Negara Islanm yang
mengamalkan mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah.
 Sultan dibantu oleh pegawai untuk melicinkan pemerintahan.

2. Pentadbiran

a. Kerajaan Delhi

 Sultan adalah pentadbir tertinggi dalam kerajaan Delhi.


 Baginda dibantu oleh Badan eksekutif yang diketuai oleh Amir di setiap
wilayah sebagai wakil Sultan.
 Seorang Menteri yang berkuasa dalam perbendaharaan Negara dilantik
untuk memebantu Amir.
 Wazir ialah menteri kanan kepada Sultan yang mengetuai jabatan-
jabatan dalam pentadbiran Negara.
 Terdapat Majlis I-Khalwat dan Bari I-Khas yang bertanggungjawab
mengawal jenayah.
 Ketua hakim digelar Qadhi Al-Qudhat yang mengetuai urusan
kehakiman berlandaskan syariaat Islam dengan dibantu oleh mufti.
 Urusan kewangan Mazhab Hanafi dijadi sumber rujukan dalam
pengutipan cukai Jizyah dan Kharaj.
 Sultan Muhammad Tughluq telah menubuhkan jabatan pertanian bagi
menguruskan tanah pertanian, menyusun jabatan cukai, membuat
rekod hasil tanah dan menaikkan cukai untuk menambah pendapatan
Negara.
 Terdapat asimilasi sistem pentadbiran antara pengaruh Islam dan
kerajaan hindu tempatan.

b. Kerajaan Moghul

 Akhbar mewujudkan satu sistem pentadbiran yang tersusun yang


dikenali sebagai Mansabdar.
 Mansabdar bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran
awam.
 Mansabdar juga ditugaskan memerintah dan melengkapkan pasukan
tentera diraja yang terdiri daripada 33 batalion tentera.
 Mewujudkan jabatan yang membantu Sultan, contoh Perdana Menteri
(Wakil), Menteri (Wazir), Ketua tentera (Khan qanan), Kadi besar
(Muhtasib) dll.
 Di peringkat daerah pentadbiran diuruskan oleh Faudjar yang bertindak
sebagai pemungut cukai, mengawal jenayah/ kecurian dan menguasai
tentera di daerahnya.
 Zaman Aurangzeb baginda melantik kadi dan mufti untuk menjalankan
pengadilan bagi orang Islam dan hindu dengan diawasi oleh hakim
besar.

c. Perluasan empayar Delhi


 Wilayah kekuasan Islam meliputi 24 wilayah termasuk Deccan, (di
bahagian tengah India)

Panitia Sejarah Maktab Sabah 71


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Alauddin Khilji berjaya menawan 4 buah kerajaan hindu (dinasti


Yadava, Tengana,Hoysala dan Pandya)
 Meletakkan wilayah baru di bawah penguasaan Islam.

d. Perluasan empayar Moghul


 Perluasan wilayah telah berlaku sejak zaman Babur.( Berjaya
memerangi kerajaan-kerajaan hindu tempatan)
 Maharaja Akhbar membina empayar Moghul yang meliputi bumi
Hindustan bermula dari banjaran Himalaya hingga Nawada di bahagian
Selatan.
 Untuk memastikan penguaasaan terhadap wilayahnya beliau telah
melantik wakil-wakil pemerintah untuk mengelakkan pemberontakan.

Penutup

Kerajaan Delhi dan Moghul berjaya mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam di


India yang meliputi bahagian utara dan tengah India selama hampir 6 abad. ( 1206-
1875M )

Soalan 7

Panitia Sejarah Maktab Sabah 72


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

17. Walaupun Melaka merupakan sebuah Negara Islam tetapi undang-undang


yang diamalkan bukanlah berlandaskan undang-undang dan peraturan
Islam sepenuhnya.Bincangkan.

A. Pengenalan

a. Kerajaan melaka diasaskan oleh Parameswara. Pada 1400.masihi.


Kedatangan Islam telah membawa beberapa perubahan yang nyata dalam
kerajaan Melaka Selain pentadbiran ,bidang perundangan juga turut
dipengaruhi oleh ajaran Islam
b. Undang-undang di Melaka terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
c. Selain itu sesuai dengan adat tradisi masyarakat Melayu yang taat setia
kepada pemerintah,maka titah seseorang sultan juga dianggap sebagai
undang-undang tidak bertulis taupun undang-undang adat.

B. Isi-isi Penting.

1. Pengaruh Islam dalam sistem perundangan Melaka.Undang-undang


kekeluarga an yang menekankan soal wali ,ijab Kabul ,saksi yang selari
dengan apa yang dijlaskan dalam mazhab Shafie.begitu juga dengan soal
perceraian,nafkah,larangan cina buta dan sebagainya.

2. Hukuman zina yang dilakukan di Melaka juga dipengaruhi oleh


Islam.Penzina dikenakan hukuman sebat atau rotan, bergantung kepada
pasangan sama ada telah berkahwin atau sebalik.

3. Pengaruh hukuman Qisas.(hukuman balas).dilaksanakan.Terdapat dalam


hukum Kanun Melaka yang menyatakan sesiapa yang mengambil nyawa
seseorang akan dikenakan hukuman balas bunuh ke atasnya semula
kecuali keluarga si mangsa memaafkannya dan langsung dikenakan
diat(denda)

4. Terdapat juga undang-undang mengenai perdagangan yang sesuai


dengan ajaran Islam seperti hukum berjual beli ,pinjam meminjam
,pengharaman amalan riba dan penerangan tentang barang yang boleh
serta tidak boleh diniagakan.

5. Hukum Hudud turut dilaksanakan di Melaka khasnya terhadap para


pencuri ,individu yang disabitkan dengan kesalahan tersebut serta didapati
bersalah akan dikenakan hukuman potong tangan.

6. Undang-undang berkaitan dengan berkabung juga dianggap selari dengan


ajaran Islam.Sekiranya sultan mangkat rakyat berkabung.

7. Hukum Kanun Melaka ada menyatakan kepentingan ikrar dan Wasiat


yang merupakan amalan yang dianjurkan oleh Islam.

8. Peranan para ulama serta kadi dalam urusan pentadbiran membuktikan


adanya pengaruh Islam.

9. Perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

10. Hukuman yang dilaksanakan adalah berbeza-beza mengikut status

Panitia Sejarah Maktab Sabah 73


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

11. Sultan di Melaka juga kebal di sisi undang-undang.Tidak langsung


disabitkan dengan kesalahan berbanding dengan rakyat biasa.

12. Undang-undang melarang rakyat biasa memakai pakaian kuning yang


dianggap pakaian diraja serta suci adalah bertentangan dengan Islam
kerana Islam menekan persamaan taraf,keadilan,persamaan hak social
serta larangan menyekat kebebasan seseorang.

13. Undang-undang pantang derhaka juga bertentangan dengan Islam


kerana konsep derhaka yang dikaitkan dngan mereka yang gagal mentaati
pmerintah adalah zalim.

14. Undang-undang yang berkaitan dengan adat menyembah raja juga


bertentangan dengan ajaran Islam kerana adapt ini sebenarnya berasal
daripada kepercayaan Hindu dan bertentangan dengan konsep tauhid.

15. Ketidak seragaman undang-undang terdapat antara hukum kanun Melaka


dan Undang-undang laut melaka.Contohnya perbezaan dalam hukuman
zina

C. Kesimpulan

1. Walaupun melaka merupakan kerajaan bercorak Islam .namun dalam


sistem perundangan masih ada perkara yang bertentangan dengan
Syarak.
2. Selain itu ,undang-undang yang diterima pakai ini seolah-olah hanya ingin
melindungi hak-hak kelas atasan sedangkan kelas bawahan dianiayai.
Dalam bebrapa aspek.

18. Huraikan bagaimana dasar pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz dapat
mengembalikan semula imej kerajaan Bani Umaiyyah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 74


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pengenalan

1. Kerajaan Bani Umaiyyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian


berikutan Saidina Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepadanya demi
perpaduan umat Islam.
2. Kerajaan ini memerintah hampir satu abad.telah mnlahirkan beberapa
pemimpin seperti muawiyah,abdul malik bin Marwan.Al Walid bin Abdul
Malik dan Umar bin Abdul Aziz.
3. Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan Khalifah ke 8,dari keturunan Umar Al
Khattab.

B. Isi-isi Penting

1. Khalifah Umar menjalankan polisi pemerintahan berdasarkan Al Quran


dan Hadis.Baginda menghidudkan semula konsep musyawarah dalam
membuat segala keputusan khasnya hal-hal yang menyentuh dasar-dasar
Negara serta perkara yang berkaitan kepentingan rakyat.

2. Baginda mengubah dasar luar Negara,sebelum baginda kerajaan bani


Umaiyyah kerap mngadakan eskpedisi ketenteran baginda mean untuk
meluaskan empayar dan meluaskan Islam,semasa zaman
baginda,menggunakan kaedah diplomasi unruk meluaskan pengaruh
kerajaan Islam

3. Beliau menghapuskan jawatan pegawai peribadi Khalifah yang


diperkenalkan oleh Muawiyah,kerana baginda menganggap jawatan ini
menyukarkan rakyat untuk menemuinya dan membuat sebarang aduan dan
mengemukakan pendapat mereka

4. Cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dan kaum kelauarganya iaitu
bani Hashim di Mimbar-mimbar jumaat telah dihapuskan. Kerana tindakan
ini mencemarkan maruah seseorang dan mendedahkan kelemahan Umat
Islam yang berbalah sesama sendiri.Cacian digantikan dengan seruan agar
umat Islam berbaik antara satu sama lain dengan itu dapat menghidupkan
semula roh ukhuah Islamiyah yang diasaskan oleh Rasulullah.

5. Beliau menggalakan perkembangan ilmu. Khususnya ilmu-ilmu


keagamaan,masjid menjadi pusat perkembangan ilmu,ilmu dunia tidak
diabaikan asalkan tidak bertentangan dengan Syarak.Zaman ini telah
melahirkan tokoh-tokoh ulama seperti Imam Maliki dan Imam Haniffa

6. Dalam bidang ekonomi baginda telah memmulihkan institusi


baitulmal.Baginda mengambil balik harta rampasan perang yeng dimiliki
oleh keluarga bani Umaiyyah dan diletakkan semula dalam
baitulmal.Sistem pemungutan cukai dikemaskinikan dengan tujuan
menghapuskan kegelisahan dan penindasan yang dihadapi oleh rakyat
tanpa mengira agama.Cukai Jizyah ke atas golongan Mawali di
hapuskan.Kadar Cukai Kharaj diturunkan.

7. Untuk menjaga kebajikan rakyat,baginda telah berusaha membaiki taraf


kedudukan dan pendapatan bertujuan untuk menghapuskan jurang social
ekonomi di kalangan rakyat.,menaikkan gaji golongan buruh,sehingga tidak
ada rakyat yang layak menerima zakat.melaksanakan kemudahan social

Panitia Sejarah Maktab Sabah 75


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

iaitu hospital,rumah tumpangan,biasiswa untuk pelajar,sistem pengairan


untuk pertanian.

C. Kesimpulan

1. Dasar pemerintahan beliau yang adil, tanpa diskriminasi telah


mengujudkan suasana yang aman dan harmoni di kalangan rakyat yang
berbilang bangsa serta ideologi.

2. Semua gerakan anti bani Umaiyyah telah terhenti kerana golongan ini
berpuashati dengan polisi yang diamalkan oleh baginda.selepas
kewafatan baginda 720 M keadaan politik kembali seperti sebelumnya
yang mana wujud semula gerakan-gerakan anti Umaiyyah yang
dipelopori oleh golongan Khawarij dan Syiah.

19. Bandingkan antara sistem pemerintahan dan pentadbiran Zaman


Khulafah Al Rasyidin dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran pada
zaman Bani Umaiyyah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 76


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pegenalan

1. Kerajaan Khulafah Al Rasyidin terbentuk apabila Abu Bakar al Siddiq


dilantik serta diba’aah menjadi khalifah setelah kewafatan rasulullah yang
tidak meninggalkan waris dan wasiat.kerajaan ini bertahan sehingga
Khalifah Ali dibunuh pada 40H.

2. Kerajaan Bani Umaiyyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian pada
tahun 41 H setelah Saidina Hasan bin Ali menyerahkan jawatan Khalifah
kepada beliau demi rasmi perpaduan umat.Pusat kerajaa di
Damsyik,memerintah lebih kurang 92 tahun sehingga khalifah akhirnya
Marwan bin Muhammad digulingkan melalui revolusi Abbasiyah

C. Isi-isi Penting

1. Pusat Pemerintahan

 Zaman Khulafah al Rasyidin pusat pemerintahan di Madinah,Kemudian


dipindahkan ke Kufah unruk memudahkan pentadbiran yang
menghadapi tentangan daripada musuh keluarga bani
umaiyyah,khawarij dan sebagainya.

 Kerajaan Bani Umaiyyah pusat pemeintahan berpusat di Damsyik dan


menjadi kediamanRasmi Khalifah.

2. Pemilihan Khalifah
 Zaman Khulafa Al Rasyidin pemilihan berdasarkan kelayakan serta
dipilih oleh orang ramai.
 Bani Umaiyyah,berdasarkan sistem Warisan.jawatan khalifah dijadikan
hak milik keluarga bani Umaiyyah.

3. Pelantikan pegawai
 Kerajaan Umaiyyah,terdiri daipada bangsa Arab khasnya keluarga bani
Umaiyyah sendiri
 Berbeza dengan Zaman Khulafah Al Rasyidin,pegawai dipilih
berdasarkan pengalaman ,kelayakan serta mampu menjalankan tugas
dengan baik tanpa mengira bangsa Arab atau tidak

4. Majlis Syura
 Zaman Khulafah Rasyidin,merupakan badan penasihat dan perunding
bagi menggubal dasar-dasar Negara.
 Berbeza dengan zaman bani Umaiyyah Majlis Syura tidak begitu
berfungsi kecuali zaman Umar Abdul Aziz,disebabkan khalifah
menggunakan kuasa secara mutlak.

5. Pentadbiran
 Kerajaan Bani Umaiyyah telah menerapkan sistem pentadbiran
kerajaan Byzantine
 Melantik pegawai-pegawai kristian untuk berkhidmat dalam kerajaan.
 khalifah senantiasa diiringi dan diawasi oleh pegawai peribadi.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 77


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Sementara zaman Khulafah Al Rasyidin,sistem pentadbiran telah


dipertingkatkan dengan penubuhan beberapa jawatan baru iaitu umat
Islam boleh menemui khalifah tanpa halangan.

6. Dasar Ekonomi
 Kerajaan Umaiyyah,masih sama dengan zaman sebelumnya tetapi
lebih sistematik dengan penubuhan diwan al Kharaj.Ini berbeza
dengan zaman Umar al Khattab,yang mana kadar cukai agak
berpatutan,harta baitulmal dianggap amanah Allah dalam zaman
Khalifah Al Rasyidian manakala baitulmal menjadi hak milik kerajaan
dan sesetengah khalifah menjadikannya sebagai hak milik peribadi.

7. Peluasan Kuasa Wilayah

 Zaman Bani Umaiyyah peluasan kuasa wilayah,melalui jalan darat dan


jalan laut. Bani Umaiyyah menghadapi ancaman dalaman dari puak
syiah dan khawarij sementara zaman Khulafah Al Rasyidin tentera
Isalam lebih kerap berhadapan dengan ancaman luar iaitu Rom dan
Parsi.

C.Kesimpulan

 Perubahan yang berlaku pada zaman Umaiyyah banyak


meninggalkan kesan negative kepada umat Islam,terutama
berhubung dengan tindak tanduk pemerintah yang suka bermewah-
mewah, dan menindas golongan yang tidak sehaluan
dengannya.

 Kesannya membawa kepada kejatuhan melalui revolusi Abbassiyah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 78


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Bincangkan sumbangan Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang


ketenteraan.

A. Pendahuluan

Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada


pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran
mereka. Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan ini
ialah Kautilya, Sun Tzu dan Nicollo Machiavelli.

B. Isi

Sumbangan Kautilya

1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain


Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara
dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk
berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama,
melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan
mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh dan
menyerang musuh lain.

2. Strategi Memenangi Peperangan


Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah
memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh
dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau rasuah dan
melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan.

3. Saranan Kepada pemerintah


Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh
sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur
konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi
membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam
peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

4. Penggunaan Kaedah Subversif


Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan
menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan
agar taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu.

Sumbangan Niccolo Machiavelli

1. Sokongan Rakyat
Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang
pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi
daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.

2. Bantuan Luar
Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan
ketenteraan serta kewangan dari luar.

3. Undang-undang dan Tentera Baik

Panitia Sejarah Maktab Sabah 79


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan


dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau
menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki
pasukan tentera yang berwibawa.

4. Cara Mengekalkan Kuasa


Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa.
Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan
mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus
melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak
berperikemanusiaan.
Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak
tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

5. Strategi Peperangan
Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa
kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi
dilengkapi dengan senjata yang canggih.

6. Sistem Pentadbiran
Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-
undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang
semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah
harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan.

C. Kesimpulan

Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan


yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini
mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaitu Arthasastra
(Kautilya), The Prince, Art of War dan Discourse (Niccolo Machiavelli). Idea
yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha
mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 80


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Jelaskan taktik dan strategi peperangan yang disarankan oleh Sun Tzu
dalam buku Seni Peperangan.

A. Pendahuluan

Sun Tzu merupakan pemikir ketenteraan terulung dalam tamadun China. Beliau
pernah berkhidmat sebagai panglima tentera kerajaan Wu dan pernah
menewaskan negeri Chu dan Ying. Buku yang dihasilkan Seni Peperangan
merupakan buku ketenteraan yang terbaik dan tertua.Buku ini mengandungi 6000
perkataan dan terdiri daripada 13 bab serta mengemukakan 13 taktik dan strategi.

Isi

1. Strategi Anggaran

Beliau menyarankan para pemerintah melakukan kajian yang teliti sebelum


melancarkan peperangan. Lima perkara harus di pertimbangkan dalam
sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, iklim,
kepimpinan dan pengendalian peperangan.

2. Melancarkan Peperangan

Seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam


masa yang singkat.

3. Strategi Menyerang

Seseorang pakar harus mengatur strategi untuk melawan musuh tanpa


peperangan berlarutan. Panglima perang harus mengetahui kelebihan dan
kelemahan diri sendiri dan musuh. Kekalahan berlaku jika ada tiga
kesilapan iaitu jahil dalam ilmu peperangan, urusan pentadbiran
ketenteraan dan mengarah tentera mara ke hadapan atau berundur apabila
tidak patut berbuat demikian.

4. Strategi Serangan Menggunakan Api

Strategi ini hanya digunakan dalam keadaan terdesak.

5. Strategi Menggunakan Tali Barut

Musuh dilemahkan dengan menggunakan ejen-ejen perisik.

C. Kesimpulan

Idea yang dikemukan oleh Sun Tzu mempengaruhi pemimpin barat dan dikaji oleh
pakar-pakar ketenteraan China, Korea dan Jepun hingga kini. Idea beliau paling
penting di Asia dan digunakan selama 200 tahun.

3. Jelaskan organisasi ketenteraan dalam tamadun Mesopotamia pada


tamadun awal manusia.

A. Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 81


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Tamadun Mesopotamia mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan


terancang. Organisasi ketenteraan merujuk kepada pengendalian atau penyusunan
pasukan tentera. Masyarakat Mesopotamia mempunyai kemahiran mengatur
strategi serta mengkordinasikan pelbagai unit tentera secara terancang.
Perkembangan ini meletakkan asas bagi kejayaan orang Mesopotamia membina
empayar.

B. Isi – isi penting.

1. Matlamat Utama Peperangan

Mempertahankan negara kota daripada serangan orang gasar, merebut


tanah pertanian yang subur dan meluaskan kuasa dan empayar.

2. Jenis Tentera

Pasukan tentera di Mesopotamia diketuai oleh raja dan dibantu oleh dua
jenis tentera iaitu tentera professional (Agaush) dan tentera kerahan (Eren).

Unit tentera wanita yang ditugaskan menyediakan makanan.


Pasukan tentera di peringkat wilayah yang diketuai oleh Gabenor bagi
mengawal ibu kota negara, istana dan kawasan luar bandar.

3. Komposisi Tentera

Pasukan tentera Mesopotamia terdiri daripada ramai askar. Kemampuan


para pemerintah merekrut askar yang ramai serta mengawal mereka jelas
memperlihatkan keunggulan. Contoh, pada zaman pemerintahan Sargon
terdapat 5400 tentera raja. Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser
terdapat 50,000 askar dan pasukan tentera.

4. Pelbagai Kategori

Pada zaman pemerintahan Tiglathpeleser, pasukan tentera tetap terbahagi


kepada tiga kategori iaitu tentera infantri, tentera kavalri dan tentera kereta
kuda. Pada zaman pemerintahan Ashurnasirpal, tentera infantri
dibahagikan kepada infantri berat dan infantri ringan.

5. Strategi dan Taktik Peperangan

Tentera Assyria terkenal kerana kemahiran mereka dalam menghasilkan


taktik dan strategi peperangan iaitu membina terowong, kubu dan tembok
pertahanan. Selain itu mereka juga memiliki kemahiran merobohkan kubu
dan tembok pertahanan musuh.
Taktik seterusnya ialah menakutkan musuh dengan jeritan perang,
membakar kubu dan membunuh tawanan perang.
Mereka mempunyai kebolehan mewujudkan koordinasi tentera yang cekap
melibatkan pelbagai unit tentera.

6. Jenis Peralatan Perang

Panitia Sejarah Maktab Sabah 82


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Pada zaman awal, peralatan seperti busur, panah, perisai dan kereta kuda
digunakan. Pemerintahan Sargon menggunakan peralatan seperti lembing
dan panah. Pada zaman Tiglathpeleser, peralatan seperti tombak panjang,
panah, pedang kecil, pisau cokmar, kasut bot bertali, perisai, busur dan
topi.

C. Kesimpulan

Perkembangan organisasi ketenteraan membantu masyarakat Mesopotamia


menubuhkan empayar yang kuat seperti empayar Akkadia dan Sumeria. Ia
juga dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan politik.

4. Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun India pada


zaman klasik.

Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 83


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Tamadun India mempunyai organisasi ketenteraan yang sistematik dan


teratur pada zaman klasik. Peperangan dianggap sebagai peristiwa bersifat
keagamaan. Ketenteraan yang cekap mewujudkan empayar besar seperti
empayar Maurya dan Gupta di India.

B. Isi – isi penting.

1. Kategori Tentera

Tentera terbahagi kepada 4 kategori iaitu tentera bergajah, tentera


berkuda, tentera berkereta kuda dan tentera infantri.
Kategori lain ialah tentera laut, pengintip, kumpulan perantis dan komisariat
(pegawai perbekalan tentera).

2. Komposisi Tentera

Unit asas tentera India ialah Patti.


Angkatan tentera yang lengkap dikenali sebagai aksauhiri yang terdiri
daripada 21,870 Patti.

3. Bilangan Tentera

Pemerintah di India pada zaman klasik mempunyai bala tentera yang


besar. Contoh, Raja Nanda mempunyai 20,000 kavalri, 2000 kereta kuda,
200,000 tentera infantri dan jumlah gajah yang berbeza iaitu sama ada
1000, 4000 atau 6000 ekor gajah.

4. Struktur Pentadbiran Tentera

Raja dibantu oleh Panglima Agung yang dikenali sebagai Mahasenapati.


Panglima tentera dibantu oleh kapten yang dikenali sebagai Nayaka atau
Pandanayaka.

5. Perkhidmatan Logistik

Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang-tukang masak


dalam tentera.

6. Teknologi Ketenteraan

Alatan yang digunakan ialah meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun,
pedang, tombak dan lembing

7. Kubu dan Tembok Pertahanan

Bandar Rajagraha iaitu ibukota Magadha mempunyai tembok yang


panjang.

Kesimpulan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 84


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Organisasi ketenteraan yang sistematik menyebabkan para pemerintah meluaskan


kuasa dan mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam empayar. Ia juga
meletakkan asas bagi kelahiran empayar besar seperti empayar Maurya dan Gupta
di India.

5. Dengan Merujuk Tamadun-Tamadun Awal, Jelaskan Strategi Dan Taktik


Yang Digunakan Dalam Peperangan.

A. Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 85


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Strategi peperangan asas kepada corak pengendalian peperangan. Objektif


atau sasaran dapat digunakan dengan berkesan melalui penggunaan kuasa
tentera, alat-alat senjata serta pergerakan logistik tentera. Perubahan strategi
penting dalam menentukan keputusan peperangan (keputusan boleh berubah
disebabkan faktor geografi, keluasan, saiz tentera, saiz tentera musuh, iklim,
objektif, jangka panjang dan jangka pendek). Kejayaan sesuatu strategi
bergantung kepada sokongan logistik.

Isi

1. Strategi Pertahanan
 Bertujuan mengekalkan status quo. Strategi pertahanan diperlihatkan
melalui proses pembinaan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat
strategik. Contoh, strategi dalam tamadun India pada zaman Maurya ialah
terdapat tembok panjang yang dibina di kota Rajagraha, ibu kota Magadha.

Strategi Menjalani Perikatan Tentera


Strategi ini merupakan jalinan perikatan tentera dengan kuasa atau negara
jiran serta negara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran
musuh. Contohnya, pada zaman Dinasti Han, tenteranya menjalin
hubungan rapat dengan Yueh-Chi untuk membendung musuh Hsiung-Nu.

Strategi Penyerangan Secara Langsung


Terdapat dua perkara penting dalam menjalankan strategi penyerangan
secara langsung iaitu memilih masa yang sesuai untuk penyerangan dan
kedua pemilihan tempat.
Penting dalam usaha meluaskan sempadan empayar mereka atau
menjalankan penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan.
Contohnya, penyerangan membawa kepada peluasan empayar Graeco-
Rom ke Semenanjung Itali dan laut Mediterranean.

4. Strategi Pengepungan
Bertujuan menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di
sesuatu tempat yang strategik. Contoh, strategi pengepungan Troy,
pengepungan Avaricum dan Alesia pada zaman Julius Caesar dan
pengepungan Konstantinople semasa Perang Salib.

Kesimpulan
Kejayaan sesuatu peperangan bergantung kepada beberapa strategi yang berbeza
berasaskan keadaan semasa.

6. Bincangkan organisasi ketenteraan di Alam Melayu dengan merujuk kepada


kerajaan Serivijaya, Majapahit dan Melaka.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 86


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pendahuluan
 Kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka berjaya
meluaskan kuasa kerana mempunyai organisasi ketenteraan yang teratur
dan sistematik. Kekuatan ketenteraan menyebabkan mereka meluaskan
wilayah dan meramaikan pengikut.

Isi

1. Kategori Tentera
a. Tentera Majapahit dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
b. Sapta Dharmaputra
c. Bhayangkari
d. Tentera Biasa
e. Sapta Dharmaputra ialah pasukan tentera elit yang terdiri daripada
putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental.
f. Bhayangkari terdiri daripada 15 orang anggota bersenjata yang
bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.
g. Tentera Biasa terdiri daripada tentera tetap dan sukarela yang
berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk.

2. Tentera Laut
a. Kerajaan Majapahit dan Srivijaya mempunyai tentera laut yang
kuat.
b. Angkatan laut berperanan menjaga kawasan perairan daripada
serangan musuh dan mengawal aktiviti perlanunan.
c. Orang Laut merupakan tulang belakang pahlawan tentera laut.
Mereka berperanan mengawal jalan laut daripada ancaman lanun
dan menguasai perairan di Selat Melaka.
d. Armada laut ditempatkan di kawasan strategik di seluruh empayar.
Laksamana mengetuai armada laut.

3. Peralatan Perang
a. Peralatan perang yang digunakan dalam peperangan terdiri
daripada senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak,
lembing, sumpitan dan sebagainya.
b. Mereka juga mahir menggunakan alatan-alatan letupan seperti
meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.
c. Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang
digunakan dalam medan peperangan.

4. Jenis Tentera
a. Tentera di Alam Melayu terdiri daripada tentera kerahan dan
tentera upahan.
b. Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas dasar taat
setia kepada raja yang berdaulat.
c. Raja dan pembesar mempunyai kuasa untuk mengerah rakyat
berkhidmat sebagai tentera.
d. Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.
e. Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di persisiran
laut di sepanjang Selat Melaka.
f. Terdapat juga tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah
pembesar.

5. Pentadbiran Tentera

Panitia Sejarah Maktab Sabah 87


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Terdapat organisasi pentadbiran tentera yang mantap.


 Tentera Srivijaya di ketuai oleh Raja dan dibantu oleh Parvanda ,
Senapati (Hulubalang), Pratisara (Komander Tentera) dan
Syahbandar.
 Tentera Majapahit diketuai oleh Raja dan dibantu oleh
Mangkabumi.
 Mangkabumi merupakan pegawai kanan tentera yang berperanan
memberi arahan kepada tentera.
 Pasukan tentera dalam Kesultanan Melayu Melaka diterajui oleh
Raja dan dibantu oleh Laksamana, Bendahara, Penghulu
Bendahari dan Temenggung.

PEGAWAI TUGAS
Bendahara Ketua turus angkatan tentera darat dan laut
Laksamana Mengetuai armada tentera laut
Penghulu Bendahari Mahir dalam pertahanan dan peperangan
Temenggung Mengetuai pasukan tentera

Kesimpulan
1. Kerajaan awal di Alam Melayu seperti Melaka dan Majapahit berjaya
membina empayar kerana memiliki sistem pertahanan yang kuat.
2. Terdapat organisasi tentera yang mantap dan cekap diketuai oleh Raja
dan dibantu oleh pegawai tentera.

7. Bandingkan Organisasi Ketenteraan Dalam Tamadun Eropah Dan Zaman


Islam Di Madinah.

A. Pendahuluan
1. Latar belakang Tamadun Awal Eropah
Panitia Sejarah Maktab Sabah 88
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Latar belakang zaman Islam di Madinah


3. Definisi organisasi ketenteraan
4. Tujuan perang

Isi

Perbezaan Organisasi Ketenteraan Dari Sudut:

1. Komposisi Tentera
(a) Eropah
(i) Yunani (Sparta) – lelaki yang sihat. Lelaki yang lemah akan
dibunuh.
(ii) Rom – lelaki dan perempuan, contohnya Julius Caesar dan
Augustus
- tentera ialah warganegara yang berkhidmat tanpa
gaji.
- lelaki miskin tidak menjadi tentera.
- tentera asing
(b) Islam
(i) Nabi Muhammad – lelaki dan perempuan.
- para mujahid Islam (Berperang kerana Allah) –
sahabat Nabi Muhammad.
- Umar al-Khattab – lelaki Muhajirin dan Ansar.

2. Gaji
(a) Eropah
(i) Yunani – harta rampasan perang akan diagihkan.
(ii) Rom – zaman Raja tiada gaji, - zaman Republik tentera
dibayar gaji
(b) Islam
(i) Nabi Muhammad – tiada gaji.
(ii) Umar al-Khattab – elaun dan gaji diuruskan oleh Diwan
Tentera.
(iii) Umayyah – 1,000 dirham dan elaun.
(iv) Abbasiyah – tentera berjalan kaki – harta rampasan perang
– tentera berkuda – 906 dirham setahun.

3. Alat Kelengkapan
(a) Eropah
(i) Yunani – panah, lembing, pedang panjang, pedang
pendek, topi besi, pembalut kaki dan perlindungan dada,
kenderaan – chariot.
(ii) Graeco-Roman – lembing, baju besi, anak panah.
(iii) Rom – javelin, lembing kecil, pedang, perisai, tombak dan
kuda.
(b) Islam
(i) Nabi Muhammad – pedang, tombak, lembing, panah,
manjaniq, dabbabah – benteng; parit – kenderaan; kuda,
unta dan keldai.
(ii) Umayyah – kompas dan peta.
(iii) Abbasiyah – manjaniq dan dabbabah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 89


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Jenis Tentera
(a) Eropah
(i) Yunani – tentera elit, tentera psiloi, tentera berjalan kaki,
tentera berkuda.
(ii) Rom – zaman Raja; tentera laut, tentera darat, tentera
berkuda, tentera berjalan kaki.
(iii) Zaman Republik – pegawai tentera khas – jurutera, artisan
dan Quaestar.
(b) Islam
(i) Nabi Muhammad – tentera berjalan kaki, tentera berkuda,
tentera pemanah.
(ii) Umar al-Khattab – tentera berkuda, tentera berjalan kaki,
wujud perjalanan laut.
(iii) Uthman bin Affan – pasukan tentera laut.
(iv) Abbasiyah – tentera berkuda dan berjalan kaki, bola api,
penembak dan pembawa senjata.

5. Penyusunan Tentera
(a) Eropah
(i) Yunani – sistem phalanx
(ii) Rom – sistem phalanx diperbaiki – Praetorian Guard
(b) Islam
(i) Nabi Muhammad – sistem al-saf.
(ii) Ali bin Abi Talib – sistem kurdus.

6. Taktik dan Strategi


(a) Eropah
(i) Yunani – bertempur dekat – kepandaian teknik – Iskandar
hanya berperang apabila pasti menang.
(ii) Rom – tentera phalanx mengepung kem – tipu muslihat.

(b) Islam
(i) Nabi Muhammad – taktik menunggu, taktik bertahan, taktik
mengepung, taktik tidak mengejar musuh, perjanjian,
menguji keimanan tentera, kebijaksanaan, berperang di
tempat yang strategik, penyamaran, menyalakan api, taktik
gerak serentak, kuasa tabii
(ii) Umar al-Khattab – bina bandar tentera.
(iii) Umayyah – Jabatan Perisik, pusat perindustrian kapal,
peta, kota tentera, taktik mengepung dan berundur, taktik
menyerang dari dekat.
(iv) Abbasiyah – pengintipan.

7. Peranan Wanita
(a) Eropah
(i) Sokongan moral dan fizikal.
(b) Islam
(i) Merawat pesakit, sokongan moral, membawa air dan
makanan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 90


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Kesimpulan
1. Organisasi ketenteraan Tamadun Awal Eropah dan zaman Islam di
Madinah berbeza.
2. Bergantung kepada keadaan geografi dan situasi pada masa itu.

8. Bincangkan sistem ketenteraan dalam Tamadun Rom pada zaman Klasik.

A. Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 91


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Peperangan merupakan kaedah yang digunakan pada tamadun awal


untuk mengukuhkan kekuasaan dan memperluaskan empayar.
2. Tamadun Rom yang muncul selepas kejatuhan Yunani berjaya
membentuk empayar yang luas kerana mempunyai pasukan tentera
yang kuat.
3. Organisasi ketenteraan Rom jelas ketara dalam aspek matlamat
ketenteraan, dasar ketenteraan, taktik peperangan, organisasi tentera,
penyusunan tentera dan peralatan perang.

B. Isi – isi penting.

1. Matlamat Ketenteraan
 Pada zaman empayar, peperangan bertujuan meluaskan
kekuasaan politik ke benua Asia, Afrika dan Eropah. Bertujuan
untuk menguasai kegiatan ekonomi.
 Rom berjaya menguasai kegiatan perdagangan setelah menawan
wilayah-wilayah di sekitar laut Mediterranean.

2. Dasar Ketenteraan
 Dalam peperangan, nyawa dan harta benda tidak dihargai.
Peperangan menyebabkan kemusnah harta benda dan kematian
manusia.

3. Taktik Peperangan
 Taktik yang digunakan oleh tentera Rom adalah melakukan
kekejaman terhadap musuh untuk meninggalkan kesan psikologi
atau menimbulkan perasaan takut atau bimbang di kalangan
musuh.
 Mereka juga mendirikan kem-kem tentera bagi menghadapi tentera
musuh.

4. Organisasi Ketenteraan
 Organisasi ketenteraan yang sistematik dan teratur dalam tamadun
Rom, tentera disusun berdasarkan sistem sub seksyen maniples.
Tentera dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya
dapat bergerak bebas di medan peperangan.
 Tentera dalam kumpulan maniples dikenali sebagai Legion yang
terdiri daripada 4000 hingga 6000 askar. Legion diketuai oleh
Legatus dan dibantu oleh pegawai yang dikenali sebagai Tribuni.
Askar terdiri daripada tentera infantri yang dibayar gaji tinggi serta
dilengkapi senjata seperti lembing.

5. Penyusunan Tentera
 Sistem Phalanx telah diperbaiki dengan meningkatkan bilangan
askar kepada 16 orang sebaris. Pada zaman Augustus, Praetorian
Guard diwujudkan untuk menghadapi serangan orang Gasar di
kawasan sempadan.

6. Peralatan Peperangan
 Peralatan yang digunakan ialah javelin, lembing, pedang, perisai,
tombak dan kuda.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 92


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. Kesimpulan
 Tamadun Rom mempunyai sistem ketenteraan yang tersusun.
 Organisasi ketenteraan yang mantap membantu orang Rom
membina empayar yang kuat.

9. Bincangkan kesan positif yang ditinggalkan oleh Perang Salib ke atas


masyarakat Kristian di Eropah.

A. Pendahuluan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 93


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Perang Salib melibatkan masyarakat Eropah Barat dengan orang-orang


Islam di Asia Barat.
2. Perang ini bertujuan untuk menguasai Baitulmaqdis daripada orang-orang
Islam Turki selama dua abad( 1096-1291 M).
3. Di kenali sebagai Perang Salib kerana orang Kristian menggunakan salib
sebagai simbol semasa peperangan.
4. Perang ini diketuai oleh Godfery of Boullon, Count Baldwin, Count
Reymond, dan wakil Pope Adhemer of Puy.
5. Dalam Perang salib terakhir, tentera Eropah diketuai oleh Louis IX dari
Perancis.
6. Tentera Islam dipimpin oleh Imamauddin Zangi, Nuruddin Zangi dan
Salahuddin al-Ayubi.
7. Perang ini mengorbankan nyawa dan harta benda kedua-dua belah pihak.
8. Namun begitu, kesan peperangan ini menyebabkan berlakunya
pertembungan kebudayaan Islam dan Eropah dalam politik, ekonomi, sosial
dan intelektual kepada kedua-dua belah pihak.

B. Isi

1. Bidang Ekonomi

a. Wujudnya hubungan perdagangan antara Eropah dengan Islam.


b. (ii) Bandar-bandar pelabuhan seperti Genoa dan Venice telah menjadi
sibuk dan penting dari segi perdagangan khasnya menjadi pusat
pemasaran hasil barangan dari Timur.
c. Orang Eropah banyak membawa hasil tanaman orang Arab ke Eropah
untuk dijual seperti gula, cengkih, halia, limau, timun dan melon.
d. Barangan yang diimport akhirnya ditiru dan mereka jadikan barangan
mereka sendiri.
e. Orang Eropah juga membawa pertanian mereka dengan mencontohi
teknik pertanian orang Islam yang mereka saksikan semasa terlibat
dalam perang.
f. Perang ini memberikan laluan kepada perkembangan jalan
perdagangan, pembinaan jalan raya, pusat membeli belah serta
penggunaan lebih banyak pengangkutan laut untuk tujuan
perdagangan.
g. Keadaan ini menyebabkan perlunya lebih banyak syarikat perkapalan
mengendalikan pelayaran di antara negara kuasa Eropah dengan
negara-negara sebelah Timur.

2. Bidang Politik
a. Kuasa Eropah mula menjelajah dan menerokai kawasan Timur untuk
mencari kekayaan dunia.
b. Ini dapat dilihat melalui kuasa Perancis, Portugal, Sepanyol dan Britain
yang mula menjajah di benua Afrika, Asia dan Timur Tengah

3. Bidang Intelektual
a. Eropah Barat sebelum Perang Salib mengalami kemunduran dari segi
pendidikan yang wujud pada zaman Pertengahan.
b. Keadaannya berbeza dengan Sepanyol dan Sicily kerana mereka hidup
bertamadun berikutan berlakunya kegiatan ilmiah seperti penulisan dan
terjemahan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 94


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c. Perang Salib menyedarkan bangsa Eropah tentang kemajuan ilmu


pengetahuan di kalangan orang Islam seperti sains, matematik, seni
bina, kesusasteraan dan falsafah.
d. Orang Eropah kagum dengan kemajuan orang Islam lalu mempelajari
dan memindahkannya ke Eropah.
e. Orang Eropah turut mendirikan sekolah, kolej dan universiti.
f. Buku-buku bahasa Arab dalam bidang falsafah, perubatan, matematik,
muzik dan ilmu alam diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Latin dan
Perancis.
g. Perkembangan membawa kemunculan zaman Renaissance di Eropah
yang bermula pada pertengahan abad ke-14 Masihi hingga
pertengahan abad ke-16 Masihi.
h. Banyak perkataan Arab ditiru oleh Eropah, khasnya istilah-istilah sains
seperti kedoktoran, matematik, ilmu alam dsbnya yang digunakan
sehingga sekarang.

4. Bidang Sains dan Teknologi


a. Orang Eropah memperoleh cara pembinaan sistem pengairan, kota,
kubu pertahanan, peralatan senjata serta teknik membuat kertas yang
hanya berkembang di Eropah selepas Perang salib.

5. Bidang Agama.

a. Orang Eropah telah mengenali Islam secara lebih dekat dan realistik
tentang kehidupan orang Islam yang bersopan santun, beradab,
toleransi dan cintakan perdamaian.
b. Dengan keindahan Islam, dapat menarik orang Eropah untuk memeluk
Islam dan mula menukar cara menyebarkan agama Kristian melalui
cara kekerasan kepada cara yang lembut.
c. Pembaharuan dalam agama Kristian yang kemudiannya dikenali
sebagai zaman Reformation kerana mereka mula membantah cara-
cara yang digunakan oleh Gereja Katolik.

C. Kesimpulan
1. Perang Salib membawa perkembangan perdagangan antara Timur dan
Barat.
2. Perkembangan perdagangan lebih menguntungkan orang Eropah
kerana Perang Salib ini berlaku di Timur Tengah, iaitu di kawasan
orang Islam dan perdagangan orang Islam terbantut.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 95


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

10. Buktikan Kepimpinan Yang Ditonjolkan Oleh Rasulullah S.A.W. Dalam


Bidang Ketenteraan.

A. Pendahuluan
a. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w.
b. Konsep perang dalam Islam

Isi

1. Asas kepimpinan Baginda ialah akidah dan berakhlak mulia.

2. Ketua Negara yang bertanggungjawab mengetuai setiap kali ekspedisi


peperangan dengan musuh Islam.

3. Ketegasan diri yang ada pada Baginda apabila enggan menarik diri
walaupun menghadapi suasana yang getir.

4. Baginda berkebolehan merangka strategi untuk menghadapi serangan


musuh.

5. Baginda berfikiran kritis, ini dapat dilihat apabila Baginda menerima


Perjanjian Hudaibiyah yang kemudiannya telah membawa keuntungan
kepada orang Islam.

6. Baginda menghidupkan prinsip musyawarah di medan peperangan.

7. Kehebatan serta kepimpinan Baginda menjadi perangsang kepada para


pemimpin mujahidin dalam menangani musuh.

8. Konsep jihad menyemarakkan perjuangan tentera Islam.

C. Kesimpulan
1. Kehebatan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi asas kepada
tentera Islam untuk mengalahkan Rom dan Parsi pada zaman berikutnya.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 96


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

11. Jelaskan Struktur Angkatan Tentera Islam Pada Zaman Nabi Muhammad
S.A.W.

A. Pendahuluan
1. Kedatangan Islam telah mengubah semangat asabiyah kepada semangat
akidah dan persaudaraan.
2. Baginda seringkali mengetuai angkatan tentera.
3. Baginda turut menghantar panglima-panglima untuk mengetuai tentera-
tentera Islam.

B. Isi – isi Penting.

1. Jumlah Tentera
a. Tentera Islam semakin meningkat setelah Islam semakin
berkembang dengan pesat.
b. Contoh – Perang Badar 324 orang tentera
 Perang Khandak 3000 orang tentera
 Perang Hunain 10,000 orang tentera
 - Perang Tabuk 30,000 orang tentera

2. Gaji Tentera
 Mereka tidak dibayar gaji kerana mereka ikhlas
berjuang semata-mata memenuhi tuntutan agama.

5. Kelengkapan Perang
 Dilengkapi dengan pedang, tombak dan panah serta beberapa
peralatan lain.
 Menggunakan parit sebagai benteng.
 Unta digunakan sebagai alat pengangkutan.

5. Kedudukan Tentera
 Baginda menggunakan kaedah saf/barisan sebelum melakukan
serangan.

6. Taktik Peperangan
 Taktik bertahan.
 Taktik benteng.
 Taktik menunggu.
 Taktik mengepung.
 Tidak mengejar musuh yang lari dari medan perang.
 Baginda menjadikan Madinah sebagai bandar atau pusat tentera.

Kesimpulan
- Kewibawaan dan kemampuan tentera Islam.
- Kemenangan tentera Islam dibantu oleh strategi Nabi Muhammad s.a.w.

12. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada Perang Salib.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 97


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pendahuluan
1. Perang Salib berlaku di antara orang Eropah Barat dengan Negara-
negara Islam di Asia Barat.
2. Dikenali sebagai The Crusades di benua Eropah.
3. Berlaku untuk merebut Baitul Maqdis di Palestin.
4. Berlangsung selama 200 tahun (1096 – 1291 M).
5. Dikenali sebagai Perang Salib kerana orang Kristian menggunakan tanda
salib sebagai simbol peperangan.
6. Peperangan ini mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
7. Berlaku 3 peringkat. Akhirnya dimenangi oleh orang Islam.

B. Isi – isi Penting.

Faktor-faktor Yang mempengaruhi Orang Kristian Terlibat Dalam Perang Salib

1. Politik

a.Negara Eropah mengalami perpecahan politik menjelang abad ke-14M.


b.Feudalisme dan masyarakatnya menghadapi pelbagai krisis.
c. Negara kota sering bertelagah sesama sendiri.
d.Golongan atasan dan rakyat mendesak pihak berkuasa supaya
mengadakan perubahan politik.
e.Dengan menyertai Perang Salib rakyat akan melupakan masalah yang
wujud di negara mereka.
f. Golongan hamba dijanjikan kemerdekaan daripada tuannya jika mereka
menyertai Perang Salib.
g.Anak-anak raja yang merasakan kedudukan mereka tidak stabil dan
masa depan mereka tidak menentu akan menyertai Perang Salib dengan
cita-cita untuk menjadi Raja atau pemerintah di wilayah-wilayah Islam
yang ditakluki.

2. Keagamaan
a. Perebutan kota Jurusalem dan Baitul Maqdis yang telah jatuh ke
tangan orang Islam sejak pemerintahan khalifah Umar al-Khattab oleh
orang Kristian.
b. Kemudiannya dikuasai oleh orang-orang Turki Saljuk.
c. Mereka memberi layanan buruk kepada penganut Kristian yang
menziarahi kota tersebut.
d. Al-Hakim, pemerintah kerajaan Fatimiyah Mesir meruntuhkan gereja
Holy Sepulcre pada tahun 1009 M.
e. Pada 1070M, keluarga Saljuk menguasai Palestin dan menutup jalan
kepada orang-orang Kristian melalui Asia Kecil ke Baitul Maqdis.
f. Akibatnya gereja besar di bawah Paus Urban II (Perancis) telah
mengisytiharkan Perang Salib.
g. Akibatnya, disokong oleh Itali, Venice, Genoa dan Pisa.
h. Sesiapa yang mengambil bahagian dalam Perang Salib akan mati suci
dan akan ke syurga.

3. Sosial
a. Menyatupadukan orang Kristian yang berpecahbelah pada ketika itu
kerana mazhab yang berlainan iaitu antara Yunani (Greek) dan Rom
(Byzantine).

Panitia Sejarah Maktab Sabah 98


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Gereja Greek meningkatkan pengaruh berbanding gereja Rom


berusaha mencari pengaruh.
c. Perang Salib dianggap boleh menjatuhkan kedudukan mereka kerana
semua kaum bersatu menghadapi musuh.

4. Ekonomi
a. Penaklukan dan penguasaan wilayah-wilayah di sekitar Laut
Mediterranean oleh orang Islam mengancam kedudukan orang Kristian.
b. Aktiviti perdagangan di antara Genoa dan Venice dengan Timur
Tengah melalui Halab (Aleppo) dan Baghdad dikuasai oleh orang
Saljuk.
c. Untuk mencapai matlamat menghalau orang Islam keluar, orang
Kristian tiada jalan lain melainkan berperang.
d. Pedagang-pedagang Kristian dari Itali, Sicily dan Perancis banyak
meyumbangkan harta benda untuk peperangan ini.
e. Raja, pembesar dan rakyat turut terlibat untuk mendapatkan kekayaan
rampasan perang.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Orang Islam Terlibat Dalam Perang Salib

1. Politik
a. Krisis politik dan perpecahan yang dialami oleh orang-orang Islam.
b. Kerajaan Abbasiyah yang berada dalam keadaan tenat telah
mempengaruhi orang Kristian melancarkan peperangan.
c. Negara-negara Islam di Syria dan Asia Kecil juga tidak bersatu dan
banyak kerajaan kecil diperintah oleh Atabeg.
d. Pada abad ke-11M, kerajaan Fatimiyah di Mesir juga mengalami
kemerosotan.

2. Sosial
a. Perpaduan umat Islam semakin terancam dengan munculnya
pelbagai mazhab.
b. Peperangan di kalangan umat Islam itu sendiri terus berlarutan
seperti keluarga Saljuk dan Sunnah.
c. Baghdad berperang dengan Syiah Fatimiyah di Mesir.
d. Pada masa yang sama orang-orang Kristian pula berada di
ambang kebangkitan.
e. Orang Kristian menganggap ini sebagai peluang kepada mereka
untuk menewaskan orang-orang Islam.

C. Kesimpulan
a. Arahan pengisytiharan Paus Urban II telah menjadikan Perang
Salib berlaku dalam jangka masa yang panjang.
b. Kesan Perang Salib amat mendalam kepada kedua-dua pihak yang
terlibat.
c. Walaupun Perang Salib sudah lama tamat tetapi permusuhan
antara Kristian dan Islam masih berterusan sehingga hari ini.

13. Huraikan Taktik Dan Strategi Peperangan Yang Digunakan Oleh Tentera
Islam Pada Zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 99


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

SKEMA JAWAPAN

A.Pendahuluan

a. Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.


b. Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.
c. Selepas Perjanjian Aqabah – usaha sebar Islam semakin cerah yang
membawa kepada penghijrahan ke Madinah.
d. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam
daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh.
e. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan
Perang Khandak.
f. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan
beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan.

B. Isi – isi penting.

1. Taktik Menunggu Musuh


 Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
 Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah
medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri
tentera Islam menyerang balas.

2. Taktik al-Saf
 Digunakan dalam Perang Badar.
 Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di
hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan
kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh
pemegang bendera.
 Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

3. Taktik Menggali Parit


 Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
 Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000
orang.
 Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
 Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
 Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

4. Taktik Kepungan
 Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
 Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya
memutuskan bekalan makanan.
 Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

5. Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar


 Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’
al-Rasyidin.
 Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang
berundur.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 100


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri


daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak
agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

6. Taktik Penyamaran
 Digunakan sewaktu Perang Khandak.
 Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh
Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan
Yahudi.
 Musuh akhirnya tewas.

C. Kesimpulan

 Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama


Islam.
 Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad
s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi
peperangan.
 Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

14. Bincangkan Kesan-Kesan Perang Uhud Terhadap Masyarakat Islam Di


Madinah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 101


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pendahuluan
a. Permusuhan antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak berakhir
selepas Rasulullah berhijrah ke kota Madinah sebaliknya bertambah
hebat seperti dalam Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
b. Perang Uhud merupakan pertempuran kedua yang berlaku dalam sejarah
Islam pada tahun 3H.
c. Peperangan Uhud melibatkan 700 orang tentera Islam diketuai oleh Nabi
Muhammad s.a.w. dan 3000 orang tentera Quraisy yang diketuai oleh
Abu Sufyan b. Harb.
B. Isi

Kesan-Kesan Perang Uhud

1. Kabilah-kabilah Arab mula memandang rendah dan serong terhadap


umat Islam.

2. Perang Uhud memberi pengajaran kepada tentera Islam agar mentaati


serta mengikut taktik yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.

3. Perang Uhud telah menimbulkan krisis keyakinan di kalangan umat


Islam yang tipis imannya.

4. Perang Uhud menyebabkan umat islam lebih berhati-hati ketika


berhadapan atau berurusan dengan orang munafik. Selain itu memberi
gambaran mengenai sifat-sifat dan bahaya yang ditimbulkan oleh
golongan munafik.

5. Rasulullah telah bertindak menghalau Yahudi Bani Nadir dari kota


Madinah kerana mengkhianati Sahifah Madinah dan usaha mereka
untuk membunuh Nabi.

6. Kaum Quraisy semakin bersemangat untuk mengalahkan orang Islam


kerana percaya kekuatan Islam mula lumpuh.

7. Perang Uhud membuktikan kaum Quraisy sentiasa berazam untuk


menghancurkan Islam.

C. Kesimpulan
1. Kemenangan pihak musuh mencetuskan keyakinan musuh Islam untuk
mencabar umat Islam.
2. Kesannya berlaku Perang Khandak pada tahun 5H.
3. Orang Quraisy telah ditewaskan kerana kegigihan serta kebijaksanaan
Rasulullah.

15. Berdasarkan siri – siri peperangan yang berlaku dalam Islam, huraikan
etika-etika peperangan yang dianjurkan dalam Islam.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 102


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

A. Pendahuluan
1. Islam tidak menggalakkan peperangan namun setelah turunnya wahyu
yang membenarkan umat Islam mempertahankan negara, maruah
serta kesucian agama daripada musuh.
2. Pada zaman Rasulullah, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan
kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah.
3. Contohnya, peperangan yang besar seperti Perang Badar, Uhud,
Khandak dsbnya.

Isi

Etika-etika Peperangan Dalam Islam

1. Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.


Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur
wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam
iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.

2. Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka


diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar.

3. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang


kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak,
kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.

4. Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau


membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam
mementingkan keamanan dan kesejahteraan.

5. Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang


sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat
perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

6. Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh,


antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang
terbunuh.

7. Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika


Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah
memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai
misi tersendiri.

8. Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia


merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah.
Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu
tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta
sejumlah wang tertentu.

9. Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi


bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di
kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta
berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk

Panitia Sejarah Maktab Sabah 103


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar


al-Khattab.

Kesimpulan

1. Etika-etika peperangan dalam Islam bukan sahaja memberikan kesan yang


positif kepada tentera-tentera Islam bahkan ia menjadi saluran atau wadah
dakwah.

2. Contohnya melalui Perang Badar etika-etika yang diamalkan telah menarik


ramai musuh menerima agama Islam.

14. Huraikan Struktur Organisasi Ketenteraan Pada Zaman Pemerintahan


Turki Uthmaniyyah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 104


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Pendahuluan
a. Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Uthman Ertoghrul pada 680H.
b. Ketenteraan merupakan aktiviti yang paling penting bagi kerajaan ini.
c. Terdapat struktur organisasi pentadbiran tentera yang sistematik hingga
membolehkan kerajaan ini meluaskan jajahan taklukannya.

B. Isi – isi penting.

1. Peralatan Perang
 Senjata yang digunakan terdiri daripada tombak, pedang, panah dan
perisai.
 Penggunaan senjata api dititikberatkan selepas akhir abad ke-16M.
 Sultan Muhammad II memilih 2 buah meriam yang diimport dari Hungary.

2. Taktik dan Strategi


 Tentera yang menggunakan senjata api dihantar lebih awal untuk
menjadi tentera pengesan.
 Setelah itu diikuti oleh tentera Janissari dan kemudian diikuti tentera
berkuda pimpinan Beylerbay.
 Tentera Uthmaniyyah berperang di darat kecuali dalam keadaan tertentu
mereka berperang di laut.
3. Jenis Tentera
 Terdapat 2 jenis tentera pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah iaitu
tentera feudal dan tentera upahan.
 Tentera feudal merupakan tentera utama kerajaan Turki Uthmaniyyah.
 Tentera feudal yang berjaya dikurniakan tanah yang dikendalikan oleh
petani.
 Tentera feudal digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan
senjata yang lebih canggih seperti meriam.

4. Komposisi Tentera
 Tentera Turki Uthmaniyyah yang diasaskan oleh Orkhan terdiri daripada
4 pasukan.
 Bilangan askar bertambah hingga 11,5000 orang bagi setiap skuadron.
 Daripada 4 skuadron, 3 skuadron dianggotai oleh tentera Islam dan 1 lagi
dianggotai oleh orang dewasa Kristian yang memeluk Islam.

5. Tentera Janissari
 Tentera Janissari pada mulanya lemah tetapi masih dianggap sebagai
tentera asas Turki Uthmaniyya.
 Kanak-kanak Kristian yang ditawan diserapkan ke dalam tentera ini.
 Mereka yang diserapkan berusia 25 tahun atau lebih muda.
 Tentera Janissari berpengaruh dan dilayan dengan baik oleh istana.
 Tentera Janissari bertambah dengan begitu ramai iaitu seramai 54,222
orang pada zaman Murad III.

6. Tentera Laut
 Tentera Turki Uthmaniyyah mempunyai angkatan tentera laut yang kuat.
 Sultan Muhammad II al-Fatih merupakan sultan pertama mencipta nama
dengan kemenangan tentera di laut.
 Pada 1456M, baginda menewaskan musuh dengan 180 buah kapal dari
Gallipoli.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 105


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Kapal perang Turki Uthmaniyyah yang terbesar dibina pada tahun 1575M.
 Kapal-kapal Turki Uthmaniyyah dilengkapi dengan peralatan senjata api.

C. Kesimpulan
 Struktur organisasi ketenteraan yang mantap membolehkan kerajaan
Turki Uthmaniyyah meluaskan kuasa.
 Mereka juga mempunyai taktik dan strategi yang tepat bagi menghadapi
musuh.
 Selain tentera darat, tentera laut juga membantu memperkukuhkan
kedudukan kerajaan ini.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 106


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

15. Huraikan Konsep Ketahanan Dan Pertahanan Mengikut Perspektif Islam


Dan Bandingkan Dengan Konsep Ketahanan Dan Pertahanan Arab Pada
Zaman Jahiliyah.

A. Pendahuluan
1. Pertelingkahan telah berlaku dan jalan penyelesaian terakhir ialah
perang. Pertelingkahan pertama berlaku di antara Habil dan Qabil iaitu
anak Nabi Adam dan Hawa.
2. Zaman Jahiliyah berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Islam dan selepas
keruntuhan empangan Maarib sehingga Nabi Muhammad s.a.w.
menerima wahyu.
3. Masyarakat Arab Jahiliyah terbahagi kepada 2 golongan iaitu Arab Badwi
dan Arab Hadari.
4. Ciri masyarakat Jahiliyah ialah jahil, bodoh, sering berperang, tiada
panduan dan peraturan hidup.
5. Zaman Islam bermula apabila Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu
daripada Allah. Manusia pada zaman ini mempunyai panduan dan
matlamat hidup serta undang-undang.
6. Prinsip Islam terdiri daripada akidah dan syariah.

B. Isi – isi Penting.

Konsep Ketahanan dan Pertahanan Secara Umum

Ketahanan
1. Ketabahan, kecekalan dan kesabaran.
2. Orang tahan ialah orang yang tabah, penyabar dan cekal menghadapi
sebarang ancaman musuh.
3. Merangkumi 2 asas utama iaitu rohani dan fizikal.
4. Rohani (agama dan moral) dan fizikal (pembinaan jasmani dan
ketenteraan)
5. Asas pembinaan ketahanan ialah ilmu pengetahuan, pengalaman,
kecekapan dan pelaksanaan yang betul.
6. Ketahanan fizikal dan spiritual mesti seimbang dan sepadu.
7. Ketahanan diri, masyarakat dan negara adalah persediaan yang wajar dan
perlu diambil perhatian yang serius untuk melaksanakan tahap
kedua.Contoh, pertahanan.

Pertahanan

1. Mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada musuh.


2. Membela golongan lemah dan teraniaya serta dizalimi.
3. Mempertahankan hak dan tanggungjawab terhadap diri, agama dan negara
(wajib dan memerlukan pengorbanan yang besar seperti harta,
masa,nyawa)
4. Setiap tindak-tanduk bagi mempertahankan sesuatu perlu diawasi dan
dikawal agar kesilapan tidak berlaku.
5. Melalui proses ketahanan dan pertahanan ini telah mendedahkan
masyarakat kepada bidang ketenteraan.

Konsep Ketahanan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 107


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Islam:
 Terletak pada akidah dan kepercayaan kepada Allah - sehingga berjaya
menyebarkan Islam.
 Kerohanian – ilmu pengetahuan dan penghayatan yang mendalam.
 Fizikal – (ketenteraan) kelengkapan perang dan persiapan alat senjata.

Arab Jahiliyah:
 Semangat asabiyah – kebanggaan bagi kabilah yang menang.
 Jumlah dan bilangan ahli kabilah – semakin ramai semakin besar sesuatu
kabilah dari segi pengaruh dan kuasa.
 Fizikal – kelengkapan perang dan persiapan peralatan senjata.

Konsep Pertahanan
 Secara umum, pertahanan ialah langkah kedua yang berbentuk amali untuk
melaksanakan dasar ketahanan masing-masing.
Islam:
Tujuan : Menegakkan kalimah Allah (akidah dan syariah)
 Memelihara maslahat dan kepentingan umat (agama, jiwa, akal, keturunan,
harta).
 Menangkis kemudaratan bagi menjamin ketenteraman.
 Menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman dan penindasan.

Arab Jahiliyah:
Tujuan : Mendapatkan kemegahan dan nama bagi kabilah
 Mendapat keuntungan daripada harta rampasan perang.
 Mengelakkan kabilah daripada dihina apabila kalah.

Organisasi Tentera
Islam:
 Permulaan : Jumlah tentera kecil, contoh Perang Badar(313 orang) tetapi
semakin meningkat dari semasa ke semasa, contoh pada zaman
Abbasiyah (300,000 orang).
 Zaman Nabi Muhammad s.a.w. , Baginda sendiri mengetuai peperangan
 Kemudian, Khalifah sebagai pemimpin tentera dan gabenor-gabenor
sebagai panglima tentera.
 Tentera tamadun Islam adalah tersusun dan sistematik.
 Fungsi tentera berbeza-beza – pemanah, peninjau, perunding dan
pembawa bendera.
 Zaman Abbasiyah – tentera dibahagikan kepada 6 bahagian – berkuda,
berjalan kaki, kumpulan pemanah, tentera bola api, penembak dan
pembawa senjata.
 Konsep jihad – pengorbanan seorang Islam menegakkan kalimah Allah.
Arab Jahiliyah:
Badwi
 Organisasi tidak teratur, menyerang dan lari.

Hadari
 Teratur, dipengaruhi oleh Rom dan Parsi.
 Dibahagikan kepada 5 kumpulan (al-Khamis) – depan, tengah, belakang,
kiri dan kanan.
 Syeikh berada di tengah untuk menjaga keselamatannya.
 Kota pertahanan ialah di Ghundum dan Hadramaut.
 Benteng pertahanan – kota Petra, al-Khawarnaq.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 108


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Tentera infantri ramai, tentera berkuda sedikit.


 Kaum wanita dan kanak-kanak dibawa ke medan perang.
 Pakar bedah – pisau panas untuk memotong bahagian cedera.
 Pemain alat bunyian gendang dan serunai untuk membangkitkan
semangat.

Etika Perang
Islam:
 Perang utamakan perdamaian, dengan tawaran memeluk Islam atau
membayar jizyah
 Larangan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita dan ahli ibadat.
 Larangan merosakkan harta benda, tanaman dan binatang.
 Berdamai apabila musuh meminta berdamai.

Arab Jahiliyah:
 Tidak beretika.
 Wanita akan ditawan dan dijadikan gundik atau hamba yang boleh
didagangkan.
 Mereka hanya boleh ditebus melalui wang tebusan atau peperangan.
 Syeikh diberi keutamaan untuk memilih barang rampasan peran.

Kesimpulan
 Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah menukar persepsi
bangsa Arab terhadap ketahanan dan pertahanan.
 Bagi orang Arab Jahiliyah ketahanan dan pertahanan hanyalah untuk
matlamat duniawi semata-mata dan hasil rasukan jiwa yang keji.
 Islam meletakkan ketahanan dan pertahanan sebagai wasilah untuk
memelihara agama, membela ummah dan menegakkan agama Islam.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 109


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan


di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.

A. Pengenalan (3m)

a. Nusantara (Alam Melayu) menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab


dan China sejak abad pertama lagi.
b. Sember-sumber bertulis China, India,Arab dan Yunani membuktikan bahawa
kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan
kerajaan Melayu Melaka.
c. Di antara pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan
sumber-sumber berikut iaitu:
i. sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan dll
ii. sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria
iii. sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga
iv. sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah

B. Isi-isi Jawapan (7 Isi x 3 = 21 m)

1.Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan perdagangan di Nusantara

a) Faktor kedudukan geografi gagasan kepulauan Melayu yang


strategik
 Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat
yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China,
India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri
 Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu
pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan
Melayu

b) Kekayaan sumber asli


 Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus
dan rotan
 Kekayaan hasil pertania seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-
lain
 Hasil-hasil laut seperti kowri(mata wang), kerang dwi katup, tiram
mutiara dan lain-lain
 Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan lain-lain

c) Pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil


 Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem
pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
 Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan pusat
dan wilayah
 Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan
sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka
 Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan
perdagangan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 110


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d) Peranan Orang laut


 Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan
kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan
 Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada
ancaman dan serangan lanun
 Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang
e) Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan
 Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan
seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem
sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal
dan lain-lain
 Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal
perdagangan
 Mata wang logam digunakan dalam urusniaga

f) Hubungan politik dengan China


 Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan
China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada
China daripada ancaman musuh
 Suasana aman dan damai membolehkan kegiatan perdagangan
berjalan dengan lancar
 Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai
pedagang dari China

g) Peranan dan pengaruh agama


 Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-
Buddha di Nusantara
 Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengmbangkan
kegiatan perdagangan dengan India dan China yang seagama
 Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang Islam

C. Kesimpulan (1m)

1. Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana


kedudukannya di pesisiran pantai dan kepentingannya berasaskan
kepada penguasaan lalu lintas perdagangan di antara China dan India.
2. Atau apa-apa yang berkaitan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 111


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. raikan faktor yang telah membawa kepada perkembangan perdagangan


antarabangsa melalui Jalan Sutera yang menghubungkan antara Timur
Jauh dengan Mediterranean.

1. Pengenalan (3m)

a. Pada abad pertama tahun Masihi, Jalan Sutera telah menghubungi Timur Jauh
dengan Mediterranean melalui Asia Tengah.
b. Barang-barang Mewah seperti sutera dibawa ke Empayar Rom yang ketika itu
merupakan pasaran yang amat baik
c. Bulu biri-biri, emas dan perak dibawa ke China untuk golongan aristokrat
(gentry)
d. Perdagangan diuruskan oleh beberapa kumpulan saudagar yang berperanan
sebagai orang tengah
e. Terdapat faktor politik dan ekonomi yang mewujudkan perdagangan ini yang
perlu dikaitkan kepada Rom, India dan China.

2. Isi-isi Jawapan ( 5 Isi x 4 = 20 m )

2.1. Faktor-faktor yang membawa kepada perluasan perdagangan


antarabangsa

a. Kestabilan politik
 Pada abad 1 masihi terdapat kestabilan politik di seluruh empayar Rom
yang terbentang dar Sahara ke Sungai Rhine di Eropah Utara
 Laut Mediterranean dikawal rapi oleh Rom sehingga Mesir, Syiria dan Turki
 Saudagar Rom mengawal monopoli perdagangan di Mediterranean Timur
yang merupakan titik permulaan Jalan Sutera ke China
 Barang mewah di bawa ke bandaraya Rom dan dari situ disebarkan ke
seluruh empayar

b. Jalinan perhubungan perdagangan


 Perkembangan satu jalinan perhubungan perdagangan yang baik melalui
jalan darat dan jalan laut yang dapat menghubungkan Rom dengan
merata-rata tempat di empayar Rom
 Semasa pemerintahan Maharaja Octavius Augustus, para saudagar Rom
telah berdagang dengan Teluk Parsi, Merv dan Kandahar
 Saudagar Rom dan India menggunakan angin monsun untuk belayar
antara Aden dengan India

c. Pasaran yang luas


 Empayar Rom telah menjadi suatu pasaran yang luas untuk barang-
barang import dari negeri China, India dan Asia Tenggara.
 Rakyat Rom sendiri bertambah kaya akibat daripada perkembangan
industri di wilayah empayar dan perluasan tanaman perladangan besar
untuk eksport yang terletak di barat Rom
 Cara hidup orang Rom yang kian bertambah mewah telah memberi
dorongan kepada kebangkitan perdagangan antarabangsa

d. Hubungan perdagangan
 Hubungan rapat yang terjalin antara Rom dengan Kerajaan Kushan di
India Utara

Panitia Sejarah Maktab Sabah 112


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Saudagar-saudagar India berdagang dengan Rom dan Asia Tengah.


 Empayar Kushan yang merangkumi benua India Utara, Afghanistan dan
bahagian Asia Tengah menggalakkan perdagangan antara Insia dengan
Asia Tengah
 Barang-barang China diimport dari negeri China melalui Asia Tengah dan
di bawa ke India dan empayar Rom
 Di bawah kerajaan Kushan, saudagar India juga meluaskan
perdagangannya melalui jalan laut ke Asia Tenggara

e. Perluasan empayar
 Di Negara China, dinasti Han telah memperluaskan empayarnya ke Asia
Tengah.
 Jalan darat dari Asia Tengah ke negeri China Utara terkawal dari
serangan puak Hsiung Nu.
 Sistem ufti dilaksanakan antara kerajaan Asia Tengah dengan China
 Negeri-negeri di Asia Tengah telah dijadikan pusat perdagangan untuk
saudagar-saudagar China dan India
 Perluasan empayar Han ke Taklamakan (Asia Tengah) membuka buat
pertama kalinya Jalan Sutera yang menghubungkan negeri China dengan
negeri-negeri Asia Barat
 Dasar ini bermotifkan ekonomi yang terbukti dengan penubuhan system
ufti yang sebenarnya merupakan suatu rangka untuk menguruskan
perdagangan antarabangsa

D. Kesimpulan (2m)

 Dengan wujudnya ketiga-tiga empayar (Rom, India dan China) maka


kestabilan
 politik terjamin dan menggalakkan petmbuhan perdagangan
antarabangsa
 Kejatuhan empayar tersebut menyebabkan perdagangan terputus
 Kewujudan empayar Mongul membuka semula Jalan Sutera untuk
perdagangan
 antarabangsa

Panitia Sejarah Maktab Sabah 113


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Bangkan perkembangan pembangunan ekonomi dalam tamadun manusia


sehingga tahun 1800 Masihi.

1. Pengenalan (3m)

a. Kegiatan ekonomi satu unsur penting dalam perkembangan tamadun


manusia sejak awal tamadun sehingga sekarang
b. Definisi ekonomi: sumber pengeluaran terhad yang digunakan untuk
memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
c. Ekonomi berkaitan dengan aspek pengeluaran dan pengagihan kekayaan
d. Asas perkembangan sesuatu tamadun adalah pertanian
e. Aktiviti lain yang menyokong perkembangan tamadun awal seperti
perdagangan, perindustrian dan perlombongan
f. Gabungan aktiviti pertanian dengan aktiviti ekonomi yang lain telah
mewujudkan suatu tamadun yang stabil dari segi ekonomi dan politik

2. Isi-isi Jawapan ( 7 isi x 3 = 21 m )

2.1 Faktor perkembangan pembangunan ekonomi

a. Perhubungan
 Manusia mengubah bentuk ekonomi dari sari diri kepada ekonomi
komersil
 Sistem perhubungan sangat diperlukan bagi kemudahan perhubungan
antara satu tempat ke satu tempat, antara kawasan pengeluaran seperti
kawasan pertanian ke kilang memproses dan bandar
 Sistem perhubungan terawal ialah sungai dan laut – contoh Sungai Ni,
laut Mediterranen menghubungkan Mesir dengan Sumeria dan
Semenanjung Tanah Arab
 Sistem perhubungan darat terawal ialah jalan darat antara Yunani, Rom,
Mesir, Arab dan India
 Sekitar abad 2 Masihi, Tamadun Rom dan Yunani memperkanalkan
penggunaan jalan raya dan jambatan
 Tamadun Mesopotamia menggunakan roda dan kapal layar untuk jalan
darat, jalan laut dan jalan sungai

b. Pengangkutan
 Perkembangan sains dan teknologi membawa kepada terciptanya
sistem pengangkutan yang lebih maju seperti kapal layar, kereta lembu
dan sebagainya
 Tamadun Hwang Ho dan Indus memperkenalkan teknologi perkapalan
dan dapat menjalankan aktiviti ekonomi kelautan seperti perdagangan
dan perkapalan
 Melahirkan alat-alat pengangkutan baru dan moden seperti kenderaan,
motor bot, kapal hinggalah penggunaan bahan tenaga

c. Penggunaan Mata Wang


 Pembangunan ekonomi pesat mendorong penggunaan mata wang
sebagai pertukaran menggantikan sistem barter
 Kebanyakan mata wang dalam bentuk logam seperti emas dan perak.
 Orang terawal memperkenalkan mata wang ialah orang Sumeria
berbetuk ketulan perak dan emas
 Wang yang agak standard diperkenalkan oleh orang Yunani dan Parsi

Panitia Sejarah Maktab Sabah 114


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Pedagang Eropah menggunakan mata wang Julius Caesar dan


Cleopatra
 Tamadun China: Dinasti Chou ( wang tembaga) Dinasti Han ( wang
emas . perak) Dinasti Song (Wang Kertas)

d. Institusi Kewangan.
 Perkembangan ekonomi mendorong pembukaan institusi kewangan
yang berperanan dalam pinjaman wang, simpanan dan insurans untuk
menjayakan kegiatan perdagangan
 Perkhidmatan ini diperkenalkan di Itali sekitar abad ke-14 dengan
lahirnya pemodal di Genoa, Milan dan Florence yang membuka bank
secara eksklusif
 Perdagangan antarabangsa memerlukan modal besar dan bank
tersebut akan membekalkan modal
 Institusi bank lengkap ditubuhkan di England (Bank Of England)
 Tamadun Mesopotamia- Keluarga Egibi di Babylon memberi pinjaman
kepada orang ramai dengan kadar bunga 20%-30% atas pinjaman

e. Kemudahan-kemudahan lain
 Pembangunan ekonomi pesat mempengaruhi perubahan prasarana
sokongan seperti pelabuhan, gudang, insurans dan sebagainya
 Kemudahan awam disediakan seperti pusat komersil gudang dan sistem
pengairan
 Tamadun Mesopotamia-pusat komersil dipanggil “Karu” di setiap bandar
 Pusat Komersil Gudang ialah tempat tinggal pedagang dan gudang
simpan barang)
 Sistem pengairan menjadi faktor perkembangan petanian seperti Sungai
Nil (Tamadun Mesir) dan sistem pengairan Szechuan (Dinasti Chou)

f. Pemilikan Tanah dan Cukai


 Dalam kebanyakan tamadun, tanah ialah milik kerajaan dan raja
 Pembahagian tanah ialah mengikut kedudukan individu dalam
masyarakat dan sumbangannya kepada tamadun
 Tamadun Mesopotamia- tanah dimiliki golongan raja, paderi dan
pegawai tentera
 Cukai menjadi satu sumber pendapatan kerajaan awal
 Tamadun Mesopotamia – cukai 20% dikenakan ( dalam bentuk wang @
barangan)
g. Perkembangan Industri dan Penubuhan persatuan
 Perkembangan industri mendorong perkembangan ekonomi
 Tamadun Mesopotamia-industri tekstil
 Tamadun Mesir-industri kapal dan tembikar
 Tamadun China-industri sutera, kertas dan tembikar
 Barangan yang dihasilkan dieksport untuk mendapat barangan lain
 Penubuhan persatuan perdagangan penting kearah perkembangan
ekonomi

E. Kesimpulan (1m)

Panitia Sejarah Maktab Sabah 115


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Perkembangan ekonomi komersil dan selanjutnya ekonomi kapitalis


didorong oleh faktor yang dihuraikan di atas.
 Kesimpulan lain yang sesuai

Panitia Sejarah Maktab Sabah 116


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Bandingkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perdagangan


antarabangsa antara Kerajaan Srivijaya dengan Kerajaan Melaka

1. Pendahuluan.

a. Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hiyam muncul abad ke-7 hingga abad ke-
13M. Berjaya mencapai zaman kegemilangan sebagai empayar unggul di
Nusantara sebelum Majapahit dan Melaka berperanan sebagai pelabuhan
entreport.

b. Kerajaan Melayu Melaka muncul awal abad ke-15M menjadi empayar


kukuh di Nusantara dan menjadi pusat perdagangan antarabangsa

c. Srivijaya dan Melaka mengalami kemajuan dalam perdagangan


antarabangsa tetapi faktor yang mendorong fenomena tersebut berbeza.

2. Isi-isi Jawapan

2.1. Faktor-faktor perkembangan perdagangan antarabangsa Srivijaya dan


Melaka

a. Kedudukan Geografi
Srivijaya
 Kedudukan strategik kerana menguasai jalan sungai utama dari
pelabuhan ke pedalaman
 Hasil hutan kawasan pedalaman dapat dibawa ke pelabuhan melalui
sungai Batang Hari dan Sungai Musi
Melaka
 Kedudukan strategik kerana terlindung dari tiupan angin monsun
 Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang
berlabuh dengan selamat
 Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu
pertahanan yang baik

b. Hubungan dengan Negara China


Srivijaya
 Mendapat perlindungan daripada China menyebabkan lebih banyak
pedagang China datang berdagang di Srivijaya
 Pedagang lain dari India dan Arab juga berdagang di Srivijaya
Melaka
 Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf
sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara
 Melaka terselamat dari ancaman Siam dan Majapahit
 Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka
c. Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik
Srivijaya
 Mempunyai sistem pentadbiran pusat dan wilayah yang teratur
 Orang Laut berperanan mengawal keselamatan pelabuhan dan
sepanjang perairan Srivijaya supaya bebas dari lanun
 Orang Laut berperanan menarik kapal-kapal dagang untuk berdagang
di Srivijaya
Melaka

Panitia Sejarah Maktab Sabah 117


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Sistem pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran


yang berkesan
 Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
membantu pentadbiran Melaka.
 Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu
sebagai Lingua Franca memudahkan interaksi pedagang.
 Orang Laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan
mengawal keselamatan pelabuhan Melaka

d. Dasar perdagangan
Srivijaya
 Pedagang asing tidak dibenarkan secara langsung berada di kawasan
pedalaman
 Pedagang dibenarkan berdagang di pelabuhan yang tertakluk kepada
kuasa kerajaan Srivijaya
 Tiada paksaan ke atas saudagar yang berdagang di Srivijaya
Melaka
 Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbandar,Nakhoda dan Kiwi
 Syahbandar –orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam
pungutan cukai
 Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan
pelayaran di pelabuhan Melaka
 Kiwi –mengikut kapal yang membawa barang dagangan
 Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan
India, Burma, Sri Lanka, 3%ke atas barangan dari kepulauan Melayu
 Pedagang mesti dapatkan surat kebenaran sebelum berniaga
 Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan
 Sistem tukar barang atau mata wang diamalkan

e. Pelbagai jenis barang dan bahan mentah


Srivijaya
 Memperoleh barangan dan bahan mentah dari kawasan pedalaman
Sumatera dan Riau Lingga
 Untuk memenuhi permintaan Srivijaya meluaskan pengaruhnya ke
Kedah Tua dan Langkasuka
 Hasil perdagangan rempah terpenting ialah rempah ratus
 Kepelbagaian barang ini menggalakkan kunjungan pedagang

Melaka
 Barangan import dari barat seperti Coromandel, Persi dan Arab ialah
gula, beras, sayuran dan daging
 Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan
gaharu
 Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan
beras dari Burma, Jawa dan Siam.

f. Kemudahan-kemudahan
Srivijaya
 Tempat penginapan, stor dan gudang disediakan
 Mempunyai kemudahan membaiki kapal
Melaka
 Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga
 Gudang untuk menyimpan barangan pedagang
 Kemudahan membaiki kapal turut tersedia

Panitia Sejarah Maktab Sabah 118


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makan dan minuman yang


disediakan kepada pedagang

g. Peranan keagamaan
Srivijaya
 Pusat penyebaran agama Hindu-Buddha di Nusantara
 Membantu dalam perkembangan perdagangan dengan China dan
India yang seagama
Melaka
 Membentuk sebuah empayar Islam
 Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka
 Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar
Islam dari Sumatera Utara ke Melaka

h. Dasar penaklukan
Srivijaya
 Meluaskan pengaruh dengan menakluk negeri-negeri kecil
 Abad ke-7M hingga ke-13M berjaya kuasai kebanyakan Bandar
pelabuhan di Alam Melayu
 Membentuk sebuah empayar yang kuat
Melaka
 Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut
Sumatera
 Melaka memperoleh emas dari Siak, lada hitam dan emas dari Rokan
dan Kampar
 Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai
empayar yang unggul

3. Kesimpulan (2M)
 Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan
perdagangan antarabangsa Srivijaya dan Melaka
 Faktor-faktor tersebut berbeza namun Srivijaya dan Melaka berjaya
menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal suatu ketika
dulu.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 119


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Kemajuan pembangunan ekonomi moden bergantung kepada kemudahan


prasarananya. Bincangkan.

1. Pengenalan.

a. Ekonomi – kajian sains sosial tentang bagaimana sumber-sumber ekonomi


yang terhad digunakan untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak
terbatas.
b. Sara diri – sistem ekonomi yang terawal untuk menampung keperluan sendiri
dan keluarga.
c. Hasil pertambahan produktiviti dalam kegiatan sara diri, hasil penggunaan
peralatan- peralatan berteknologi tinggi lahir ekonomi moden dan aktiviti-aktiviti
tukar barang berkembang menjadi kegiatan perdagangan yang pelbagai
seperti import eksport, ekonomi kapitalisme, ekonomi mekantalisme dan
perdagangan antarabangsa yang lain.
d. Pembangunan ekonomi moden banyak dipengaruhi oleh prasarananya.

2. Isi-isi Jawapan

2.1. Kemudahan Prasarana

a. Jalan raya, jalan kereta api dan perkapalan


 Jalan-jalan pengangkutan merupakan prasarana yang paling utama dalam
pembangunan mana-mana aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi
atau sosial.
 Jalinan jalan raya, jalan kereta api dan jalan laut yang baik
mempercepatkan perjalanan dan memendekkan masa perjalanan dari
suatu tempat ke tempat lain.
 Revolusi Perindustrian di Eropah contohnya telah membawa perubahan
besar dalam bidang pengangkutan.
 Jalan-jalan yang baik sama ada jalan raya atau jalan kereta api yang dibina
teah mempercepatkan hasil ladang dan hasil lombong di bawa ke bandar
dan pelabuhan.
 Lebih banyak barangan siap dapat dihantar ke luar negeri.
 Jalan raya yang menggunakan batu hancur yang dibina pada tahun 1756
telah berjaya meningkatkan kemajuan ekonomi moden dan memudahkan
hasil pertanian dan perkilangan diagihkan dengan cepat dan cekap untuk
kegunaan tempatan dan luar negeri
 Dalam bidang pengangkutan kereta api, pembinaan lokomotif dan enjin
kuasa wap telah meletakkan asas bagi pembangunan ekonomi yang lebih
moden bagi tamadun dunia.
 Kapal yang menggunakan besi sebagai bahan binaannya telah mula
membawa bahan mentah seperti arang batu ke bandar-bandar perusahaan
 Kemudahan perkapalan juga telah membantu perpindahan secara besar-
besaran penduduk luar bandar ke bandar bagi membantu kegiatan
perdagangan yang sedang pesat berkembang
 Sistem perdagangan moden masyarakat Arab contohnya telah berkembang
pesat kerana adanya sistem pengangkutan dan perhubungan serta jalan
darat yang menghubungkan kawasan bandar dengan pedalaman
 Sistem terusan yang dibina pada tahun 1761 meningkatkan lagi aktiviti
perdagangan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 120


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Mata wang
 Mata wang syiling telah mula digunakan dalam urusan perniagaan di Rom
 Dasar ekonomi Augustus (Maharaja Rom) bersifat Laissez faire dengan
menyusun semula sistem mata wang Rom kepada mata wang emas, perak
dan logam
 Penggunaan wang juga telah meningkatkan aktiviti perdagangan di
Tamadun China dan India
 Dinar dan dirham digunakan dalam masyarakat Arab

c. Gudang
 Pelabuhan biasanya dilengkapi dengan kemudahan gudang
 Srivijaya contohnya telah berkembang maju aktiviti ekonominya kerana
pemerintah Srivijaya telah berjaya menyediakan pelbagai kemudahan
seperti stor, tempat penginapan sementara untuk pedagang dan gudang
untuk menyimpan barang

d. Institusi Kewangan
 Salah satu daripada perkembangan utama dalam bidang ekonomi ialah
kemunculan dan perkembangan sistem perbankan
 Di Mesopotamia contohnya telah berkembang sistem perbankan
persendirian pada akhir abad ke-6SM
 Perkembangan ini melahirkan beberapa dynasties of bankers dengan
tujuan memberi pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 20%-30%
 Dengan ini lebih banyak penduduk dapat terlibat dalam ekonomi moden

e. Bazar
 Makkah berperanan sebagai pusat pertemuan pedagang serta bertindak
sebagai bazaar yang dikunjungi oleh pedagang Rom, China dan India
 Pasar Campagne di Jerman menjadi pusat pertemuan para pedagang.
Bangsawan Campagne mewujudkan pasar-pasar untuk menemukan
para pedagang dari kawasan ini
 Gerai dibina untuk disewa kepada pedagang

f. Kemudahan roda dan kapal layar

g. Kemudahan pelaburan

h. Limbungan

3. Kesimpulan.

 Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak berwajib dalam tiap-


tiap tamadun bagi membangunkan ekonomi mereka
 Antaranya adalah membangunkan kemudahan prasarananya untuk
tujuan pembangunan ekonomi moden
 Tanpa prasarana yang baik dan mencukupi kegiatan ekonomi terbantut
dan masih ditahap tradisional

Panitia Sejarah Maktab Sabah 121


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

6. Terangkan konsep sara diri, komersil dan kapitalis. Huraikan sebab-sebab


perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke-18.

1. Pendahuluan.
a. Ekonomi – perkataan Yunani yang bermaksud peraturan rumah
tangga
b. Ekonomi – ilmu yang mengkaji tentang pengeluaran dan pertukaran
kewangan
dalam aktiviti manusia
c. Pendapat Adam Smith – ekonomi sebagai kajian tentang sifat dan sebab-
sebab
kekayaan negara
d. Jenis-jenis ekonomi- sara diri, sistem barter, komersil, perdagangan dan
kapitalisme

2. Isi-isi Jawapan

2.1 Konsep sara diri, komersil, dan kapitalisme


a. Konsep sara diri
 Sara diri menyediakan keperluan asas untuk kehidupan seperti makan
minum, pakaian dan tempat tinggal melalui penerokaan terhadap sumber
alam sekeliling melalui pemburuan dan pemungutan
 Petani yang menjalankan kegiatan pertanian berasaskan konsep sara diri
adalah untuk keperluan keluarga dan kegunaan seharian
 Mereka menghasilkan pelbagai jenis tanaman makanan seperti padi, ubi,
keladi, sayuran dan buah-buahn
 Kegiatan ekonomi sara diri juga meliputi kegiatan pengutipan dan
pengumpulan hasil-hasil hutan seperti damar, rotan dan buah-buahan

b. Konsep Komersil
 Komersil ialah aktiviti jual beli urus niaga sesuatu barangan dan
perkhidmatan
 Sistem ekonomi komersil merupakan satu sistem yang menjalankan
kegiatan penjualan dan pembelian barangan dan perkhidmatan secara
besar-besaran
 Pengkhususan melibatkan pertukaran orientasi keuntungan hubungan luar
dan pengumpulan modal untuk kepentingan persendirian

c. Konsep Kapitalisme
 Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak
milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan
untuk mendapatkan keuntungan
 Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan
kekayaan dengan melabur semua keuntungan
 Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan
prinsip perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan
 Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran
yang bercorak baru
2.2 Sebab-sebab perkembangan sistem kapitalis di Eropah sehingga abad
ke-18

a. Pergerakan Renaissance dan Reformasi

Panitia Sejarah Maktab Sabah 122


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Gerakan Renaissance pada abad ke-14M dan Reformasi telah


memperkembangkan sistem kapitalisme
 Perkembangan aliran pemikiran individualisme, humanisme,
sekularisme dan rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam
bidang ekonomi dan melahirkan masyarakat yang mementingkan
kebebasan dan kekayaan kebendaan
 Masyarakat di bandar Milan, Venice dan Florence telah mendorong
kepada kelahiran sistem ekonomi kapitalisme melalui aktiviti pinjaman,
pelaburan dan pertukaran wang
b. Fahaman Calvinisme
 Gerakan Reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran
agama Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan
ekonomi kapitalisme
 Ajaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan
masyarakat bekerja keras
 Fahaman ini menyebabkan negara Protestan mengenepikan Common
Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan
paderi dan peraturan lama

c. Kemunculan Negara Bangsa


 Raja-raja Negara bangsa merupakan penggerak kepada perkembangan
sistem kapitalisme
 Setiap buah negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan
kekayaan
 Untuk tujuan tersebut penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru
digalakkan
 Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dari Sepanyol telah
membiayai dan memberi galakan kepada aktiviti tersebut

d. Dasar Mekantalisme
 Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa
pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan
kekayaan dalam negara
 Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan
perindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas
 Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur
dan pedagang tempatan
 Ratu Elizabeth (1558-1603) telah memperkenalkan akta seperti akta
perantis 1563, undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan
1650

e. Dasar Kolonialisme
 Perluasan dasar mekantalisme membawa kepada koloni ke atas
kawasan di Timur dan Amarika Latin
 Ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme
 Kekayaan koloni mengalir ke Eropah

f. Perkembangan Institusi Kewangan


 Perkembangan industri bank berlaku setelah amalan riba diterima oleh
masyarakat Eropah
 Menerusi institusi ini kemudahan pinjaman dan kredit (pembayaran
melalui cek) membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan
modal dengan membesarkan perniagaan mereka

Panitia Sejarah Maktab Sabah 123


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Kesannya lahir golongan kapitalis yang terdiri daripada pemilik kilang,


tuan tanah dan pengusaha lombong
 Di samping itu sistem bank juga merupakan satu perniagaan yang
menguntungkan
 Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman , pelaburan dan
pertukaran wang telah melahirkan golongan kapitalis
 Keluarga Fuggers dan Ausgurg dan Medici merupakan keluarga yang
terkenal dalam perniagaan institusi kewangan di Eropah

g. Perubahan dalam organisasi perniagaan


 Di zaman pertengahan aktiviti perdagangan dan pengeluaran dimiliki
oleh individu dan keluarga
 Kesatuan tukang dan kesatuan dagang terikat dengan peraturan adat
yang lebih mementingkan kebajikan sosial
 Bermula pada abad ke-16 berlaku perubahan dalam organisasi
perniagaan dan penubuhan syarikat perniagaan regulated (PR) dan joint
stok (JS)
 Ahli PR mengeluarkan modal dan menanggung kerugian
 JS ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham
awam dan diuruskan oleh badan pengarah
 Syarikat Eastland (1576) merupakan syarikat regulated yang berdagang
di laut Baltik
 Syarikat Hindia Timur Inggeris (1660) merupakan syarikat JS yang
terkenal
 Dengan modal yang besar dan kedudukan yang kukuh membolehkan
syarikat menyediakan kemudahan perdagangan dan mendapatkan
perlindungan ketenteraan
 Kewujudan organisasi tersebut memperkukuhkan lagi sistem ekonomi
kapitalisme di Eropah

3. Kesimpulan
 Sistem ekonomi kapitalisme semakin penting di Eropah Barat apabila
berlakunya
 Revolusi Industri yang bermula pada abad ke-18
 Menerusi sistem ini Negara Eropah menjadi kaya dan menguasai
ekonomi dunia

Panitia Sejarah Maktab Sabah 124


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Jelaskan kepelbagaian kegiatan ekonomi di Nusantara yang telah


menyumbang kepada perkembangan perdagangan antarabangsa.

A. Pengenalan.
1. Kebanyakan kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu terdiri daripada
Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim.

2. Kerajaan Agraria di kawasan pedalaman berteraskan ekonomi


pertanian sementara kerajaan Maritim di pesisir pantai tertumpu
kepada aktiviti kelautan

B. Isi-isi Jawapan (5 isi x 4 = 20M)

2.1.Kegiatan Ekonomi di Nusantara yang menyumbang kepada


perkembangan
perdagangan antarabangsa.

a. Kegiatan Pertanian.
 Konsep pertanian ini meliputi kegiatan bercucuk tanam, menternak
binatang, menangkap ikan, memburu dan mengumpul hasil hutan.
 Kegiatan ini berasaskan kepada sistem ekonomi sara diri.
 Penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian utama di
Nusantara kerana beras merupakan makanan utama.

b. Kegiatan Perlombongan
 Kegiatan melombong hasil galian yang berharga seperti timah, emas
dan perak.
 Menjelang abad ke 15 usaha melombong dijalankan di sepanjang
kawasan dari Kedah ke Kuala Linggi termasuk Beruas, Manjung,
Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Jugra

c. Kegiatan Pertukangan dan Kraftangan


 Dilakukan sebagai sumber pendapatan tambahan dalam bentuk
barangan keperluan.
 Antara kegiatan pertukangan yang mereka jalankan ialah
pertukangan kayu dan logam, mencipta pelbagai jenis senjata
tradisional,membuat perahu serta menenun kain dan menyulam.

d. Perdagangan.
 Tertumpu di pusat-pusat pelabuhan.
 Kuala Kedah sangat masyhur kepada pedagang-pedagang Arab
pada kurun ke-7.
 Melaka menjadi pelabuhan terpenting di Asia Tenggara pada
pertengahan kurun ke-15. menurut Tom Pires, anggaran hasil
pedagangan Melaka
 adalah sebanyak 2.4 Cruzedo ( mata wang Belanda), iaitu antara
tertinggi di dunia ketika itu.

e. Kekayaan sumber asli (hutan)


 Hasil hutan seperti kayu wangi, gaharu, kapur barus dan rotan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 125


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Hasil ini dipungut oleh orang asli dan disalurkan kepada orang
Melayu yang tinggal di sepanjang sungai dan pantai.

f. Kekayaan Sumber Hasil Laut.


 Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan laut yang menjadi
barang dagangan penting. Antaranya siput, kerang dwikatup dan
tiram dan mutiara serta siput kowri.
 Selain itu, terdapat juga akar bahar dan tripang yang mendapat
pasaran luas di China.

C. Kesimpulan.
 Kekayaan dari sumber alam telah menjadikan Alam Melayu sungguh
istimewa.
 Oleh itu, penduduk rantau ini telah turut terlibat dengan aktif dalam ekonomi
antarabangsa.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 126


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Huraikan perbezaan ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang


diamalkan di barat.

1. PENGENALAN. (3 markah)
1. Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud pengurusan
rumahtangga.
- MenurutRoutedge Dictionary of Economy ialah kaedah umum
manusia/individu berkerjasama untuk memenuhi kehendak material
manusia.
- Ekonomi ialah ilmu mengkaji pertukaran dan penggunaan
bahan/barang pelbagai dan terhad.
2. Sistem ekonomi Isam diasaskan oeh Nabi Muhammad SAW di tanah
Arab berpandukan wahyu.
3. Sistem ekonomi kapitalis berasaskan pemilikan harta sendiri serta
perniagaan dan perusahaan bermatlamatkan pulangan kebendaan dan
kewangan.

2. ISI. (5 isi X 4 markah)

1. Konsep
 Islam menekankan usaha mencari rezeki yang halal ,tanpa
menindas dan kerana Allah.
 Barat meletakkan keuntungan material semata-mata

2. Pemilikan harta
 Islam menganggap harta keka yaan adaah miik Allah dan
diberikan milik sementara kepada manusia.
7. Barat anggap harta adaah milik individu.

3. Matlamat
 Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat
keredaan Allah di dunia dan di akhirat.
 Untuk memaksimakan untung ,majikan menindas pekerja,bayar
gaji yang rendah dan nafikan hak mereka.
 Barat – untuk kepuasan individu semata-mata.

4. Agihan kekayaan
 Isam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu
semata-mata,malah dikenakan zakat bagi membantu mereka yang
kurang bernasib baik.
 Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak
individu

5. Ekonomi yang memudaratkan awam


 Isam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi
kesejahteraan awam.Aktiviti yang memudaratkan seperti
judi,arak,pelacur,riba dan sebagainya diharamkan.
 Barat mengiktiraf kegiatan ini.

6. Kebebasan mencari rezeki

Panitia Sejarah Maktab Sabah 127


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak


campur tangan bagi menjaga kepentingan umum
 Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan dari kerajaan ‘ laissez
faire’

3. KESIMPULAN. (2 markah)

Sistem ekonomi Islam dan system ekonomi kapitalis adalah berbeza


kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan kapitalis
adalah ciptaan manusia.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 128


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

8. Jelaskan Fungsi Zakat Dan Pelaksanaannya Pada Zaman Bani Umayyah.

A. Pengenalan

a. Zakat berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada kata dasar zaka
yang bererti penambahan atau persucian. Dari segi bahasa zakat
bermaksud kesuburan, kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi
syarak pula zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta
apabila sudah sampai nisabnya dan genap setahun (haul) dan ia akan
diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.

B. Isi – isi Penting

1. Fungsi zakat.
 Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala.
 Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa
 Mewujudkan kedamaian
 Merapatkan jurang kekayaan dalam kalangan masyarakat Islam
 Menyemai semangat bertanggungjawab dan tolong menolong
 Mengikis sifat-sifat tamat dalam pemilikan harta
 Membuktikan sifat mentaati hukum agama
 Mendapatkan keberkatan

2. Pelaksanaan zakat zaman Bani Umaiyah.


 Pelaksanaan zakat pada zaman Bani Umaiyah menonjol ketika era
pemerintahan khalifah Umar b. Abd. Aziz. Beliau telah memastikan
institusi zakat ditadbir dengan baik dan sistematik.

a. Melantik amil
 Baginda membentuk institusi zakat dan melantik amil untuk
memungut zakat dibahagian-bahagian yang berbeza mengikut
ukuran nisab tertentu

b. M
enggalakkan umat Islam bekerja keras
 Melalui institusi zakat baginda berjaya menggalakkan umat Islam
bekerja keras dan bermuafakat sehingga menjadi masyarakat yang
makmur. Kemakmuran masyarakat dapat dilihat sehingga tiada
seorang pun yang layak menerima zakat pada zamannya.

c. Membahagikan 5 jenis zakat


 Zakat pada zaman Bani Umaiyah dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:

i. Zakat Emas dan Perak sebanyak 2.5%


ii. Zakat binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu;
 Setiap 40-100 ekor zakatnya seekor kambing. Jika
100-200, zakatnya seekor setiap 100 ekor.
 Bagi unta; setiap 5 hingga 24 ekor, zakatnya seekor
kambing. Jika 25 ekor zakatnya anak unta betina
berumur setahun.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 129


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Lembu/kerbau; setiap 30 ekor zakatnya anak betina


umur setahun. Apabila sampai 60 ekor zakatnya
seekor tetapi berumur 2 tahun.
 Kuda; dikenakan zakat jika digunakan untuk tujuan
perniagaan.
iii. Zakat barangan perdagangan dikenakan 2.5% mengikut
syarat zakat emas dan perak.
iv. Zakat galian dan harta yang tertanam; jika di bumi perang
zakatnya 1/5, jika di bumi aman 2.5%.

v. Zakat tanaman dan buah-buahan; jika guna siraman air hujan


1/10, jika usaha sendiri 1/20

3. Menentukan golongan yang layak menerima zakat


Hasil kutipan zakat disalurkan kepada 8 asnaf yang layak
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Mualaf yang dinakkan hatinya
5. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya
6. Orang berhutang
7. Orang yang berjihad
8. Musafir

4. Menubuhkan Diwan al Kharaj


 Sebuah jabatan dinamakan Diwan al Kharaj ditubuhkan untuk
melicinkan tugas pungutan cukai (sebahagian besarnya adalah
zakat )dan mengeluarkan perbelanjaan negara.

C.KESIMPULAN.

 Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi Negara


Islam. Ia merupakan bahan penting dalam sistem percukaian negara.
Melalui pelaksanaan zakat jurang perbezaan ekonomi antara umat
Islam dapat dikurangkan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 130


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

9. Jelaikan jenis-jenis zakat dan


kepentingannya dalam menjana ekonomi Umat Islam

A. Pengenalan.

1. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga dan perkataan zakat disebut
sebanyak 58 kali dalam al-Quran.
2. Zakat berasal daripada perkataan Arab zaka yang bererti penambahan
atau kesucian. Dari segi bahasa, zakat membawa makna kesuburan,
kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula, zakat
merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta diberikan kepada orang
yang berhak menerimanya.
3. Allah s.w.t telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam.

B. Isi-isi

Jenis-jenis zakat (8m)

1. Zakat terbahagi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

 zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam


setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1
Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat
sunat Hari Raya Aidil Fitri.Kadar zakat fitrah ialah sebanyak
segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan
asasi penduduk.

 Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang


mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan
oleh syarak.

 Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta


yang penting dalam ekonomi seperti;

2. Hasil tanaman dan buah-buahan


 Jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10
 Jika diusahakan sendiri 1/20

3. Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu.


 Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak
digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.
 Emas dan perak (bukan perhiasan
 Kadar zakat yang dikenakan 2.5%
 Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau
simpanan semasa) kadar 2.5%
 Barang-barang perniagaan-2.5%

4. Kepentingan Zakat.

 Membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang


zakat bagi mereka yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi

Panitia Sejarah Maktab Sabah 131


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang


perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin.

 Mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan


kaya dan miskin.

 Menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang
dikeluarkan mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang
kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana Baitulmal yang
mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan
agama serta kebajikan rakyat.

 Memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani
menebalkan iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda
kekuasaan Allah. Dari segi jasmani pendapatan zakat dapat
menaikan taraf hidupnya.

 Digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur),


melabur dalam industri yang banyak memberi faedah kepada
masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan dan
lain-lain.

 Menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-


benar beriman dan bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas.

 Menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut


cara diredhai Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan
Allah dan tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengambil
sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaan-Nya.

C. Kesimpulan

 Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara Islam. Ia


merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negara Islam dan
berfungsi kepada pembangunan sesebuah negara.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 132


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

12. Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang
diamalkan di Barat.

A. PENGENALAN
 Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud pengurusan
rumah tangga.
 Menurut Routedge Dictionary of Economy ialah kaedah umum
manusia./individu bekerjasama untuk memenuhi kehendak material
manusia.
 Ekonomi ialah ilmu yang mengkaji pertukaran dan penggunaan bahan/
barang pelbagai dan terhad.
-
B. Isi – isi Penting

1. Konsep
 Islam menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa
menindas dan kerana Allah.
 Barat meletakkan keuntungan material semata-mata

2. Pemilikan Harta
 Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah dan diberikan
milik sementara kepada manusia.
 Barat menganggap harta adalah milik individu.

3. Matlamat
 Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat
keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
 Barat-untuk memaksimakan untung, majikan menindas pekerja,
bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka.
 Barat- untuk kepuasan individu semata-mata.

4. Agihan Kekayaan
 Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk individu
semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu mereka yang
kurang bernasib baik.
 Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak
individu.

5. Ekonomi yang memudaratkan awam


 Islam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi
kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi,
arak, pelacuran, riba dan sebagainya diharamkan.
 Barat mengiktirafkan kegiatan ini.

6. Kebebasan mencari rezeki


 Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak
campur tangan bagi menjaga kepentingan umum
 Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan
‘laissez faire’

Panitia Sejarah Maktab Sabah 133


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. KESIMPULAN.

 Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza


kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan
kapitalis adalah ciptaan manusia.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 134


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

13. “Sistem ekonomi Islam dapat memelihara keadilan masyarakat”.


Bincangkan penyataan ini dengan menghuraikan asas-asas ekonomi
Islam khususnya daripada sudut falsafah dan matlamat sistem ekonomi
tersebut.

A. Pengenalan
1. Ekonomi Islam adalah ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras
dengan kehendak syariat dari segi mendapatkan, mengguna atau
mengurus sumber-sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk
kebaikan semua pihak demi mendapat keredhaan Allah S.W.T.
2. Ekonomi Islam adalah berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan
dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam dengan memenuhi
kepuasan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Alllah
S.W.T. dan masyarakat seluruhnya.
3. Konsep ekonomi Islam adalah bersandarkan kepada pegangan dan
keyakinan bahawa rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. di muka bumi
ini adalah cukup unuk seluruh makhluk-Nya. Oleh itu, sifat tamak atau
mementingkan diri tidak perlu wujud pada diri seseorang.

B. Isi –isi Jawapan.


a. Falsafah (6 isix 2m)
 Berasaskan pegangan pada ajaran-ajaran Islam dan boleh dilihat dari
sudut tauhid, rububiyyah, tazkiyyah, manusia sebagai kahlifah dan
persaudaraan antara manusia.
 Tauhid adalah perkara asas dalam falsafah ekonomi Islam melibatkan
hubungan antara manusia dengan dengan tuhan dan manusia dengan
manusia, serta hubungan manusia dengan alam sekeliling.
 Rububiyyah adalah konsep yang menekankan Allah S.W.T. sebagai
penguasa yang membuat peraturan-peraturan yang bertujuan untuk
menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
 Tazkiyyah ialah konsep kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Jiwa yang
bersih dan akhlak yang mulia akan menghindari perkara-perkara tidak
baik dalam aktiviti ekonomi.
 Umat Islam perlu percaya bahawa manusia dicipta oleh S.W.T. untuk
dijdikan sebagai khalifah di muka bumi ini. Melalui kesedaran ini,
manusia akan menjalankan amanah dan peranan untuk memakmurkan
bumi sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah S.W.T.
 Konsep persaudaraan sejagat tanpa batasan keturunan atau warna
kulit ini akan mewujudkan suasana kehidupan yang lebih harmoni
tanpa sebarang bentuk pemerasan, eksploitasi, penindasan atau
penyelewengan.

b. Matlamat (4 isi x 2m)


 Aktiviti ekonomi Islam bertujuan memenuhi keperluan asas setiap
manusia. Keperluan asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang
sesuai, tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi dan
keperluan perubatan.
Panitia Sejarah Maktab Sabah 135
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Ekonomi Islam bermatlamatkan untuk mencapai penggunaan sumber


yang optimum, cekap, berkesan dan tidak membazir.
 Ekonomi Islam juga berhasrat untuk melaksanakan pengagihan
kekayaan yang saksama dan adil. Kekayaan yang dimaksudkan ini
termasuklah dari segi pendapatan, harta benda dan pembangunan.
 Ekonomi Islam juga bertujuan untuk menjamin hak dan peluang yang
sama untuk semua orang tanpa mengira keturunan, bangsa atau warna
kulit.

3. Kesimpulan (2 markah)
Asas-asas ekonomi Islam jelas menunjukkan keadilan masyarakat dapat
dipelihara berasaskan falsafah dan matlamat sistem ekonomi Islam itu sendiri.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 136


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

14. Konsep pembangunan ekonomi Islam adalah bersepadu dan menyeluruh.


Jelaskan penyataan di atas dengan merujuk kepada kegiatan ekonomi
yang disarankan dalam Islam.

1. Pendahuluan

Pembangunan bererti pembangunan manusia dan persekitaran fizikal serta


sosio budayanya. Proses pembangunan Islam bersifat komprehensif iaitu
meliputi aspek-aspek akhlak, kerohanian, dan kebendaan. Ekonomi pula
adalah perlakuan muslim dan mukmin dalam menguruskan sumber-sumber
bagi mencapai matlamat dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Oleh itu, proses
pembangunan ekonomi Islam digerakkan melalui konsep kesyukuran dan
keadilan kerana Islam menentang keras konsep kekufuran dan kezaliman.
Pembangunan ekonomi Islam bergantung pada aktiviti-aktiviti ekonomi. Konsep
pembangunan ekonomi Islam tidak terpisah daripada konsep akidah, syariah
dan akhlak.

2. Isi (7 isi x 3 markah)


a. Aktiviti-aktiviti ekonomi yang diharuskan.
 Pembangunan ekonomi Islam mengkehendaki seseorang muslim
supaya menjalankan ekonomi secara yang halal. Kegiatan ini
melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan
pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam seperti barangan
yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
 Proses pengeluaran mestilah betul, tanpa penipuan, penganiayaan,
penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja. Pekerja pula
mesti menjaga kualiti pengeluaran dan nama baik syarikat.
 Dalam proses penggunaan, mesti dielakkan sifat boros,
pembaziran dan bakhil. Umat Islam digalakkan bersifat berjimat-
cermat, berhemah dan bantu-membantu dan menggunakan
perkara-perkara yang diharuskan sahaja.

b. Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilarang.


 Larangan ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengeluaran dan penggunaan.
Riba, judi, lacur, kikir, boros, membazir, menyorok barang keperluan,
menipu timbangan, menipu sukatan, menjual beli barang yang belum dimiliki
dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh merosak, membahayakan,
mengganggu keselamatan adalah diharamkan.

c. Campur tangan pihak berkuasa.


 Islam mengharuskan campur tangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi.
Ini merangkumi aspek-aspek pengurusan, perancangan, dan agihan. Adalah
menjadi kewajipan pihak pemerintah kerajaan Islam melaksanakan ekonomi
Islam dan membanteras segala penyelewengan. Bidang kuasa pemerintah
adalah bidang-bidang di luar kemampuan individu untuk melaksanakannya.

d. Agihan pendapatan.
 Islam melarang berlakunya perbezaan pendapatan yang besar di kalangan
penduduk bagi mengelakkan permusuhan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 137


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

e. Jaminan persamaan peluang.


 Islam memberikan peluang seluas-luasnya dalam sesuatu perkara kepada
yang berhak, menempatkan seseorang pada tempatnya, yakni sesuai
dengan kebolehannya.

f. Memerangi riba, rasuah dan monopoli.


 Islam menganggap ketiga-tiga amalan ini sebagai jenayah paling buruk dan
tidak berperikemanusiaan. Perbuatan ini boleh memutuskan hubungan dan
menghapuskan sangka baik antara golongan kaya dengan golongan miskin
dan menghancurkan konsep keadilan rakyat.

g. Polisi kerja dan upah buruh.


 Islam mengkehendaki golongan buruh dilindungi dan dibela nasib mereka.
Mereka perlu diberi hak asasi, mendapat tangga gaji minima, disediakan
kemudahan hidup dan sebagainya.

C. Kesimpulan.

Kesimpulannya, pembangunan ekonomi Islam adalah berbeza dengan


pembangunan ekonomi barat. Pembangunan ekonomi Islam adalah
sebahagian daripada keseluruhan system hidup Islam merangkumi aspek
kebajikan individu, masyarakat dan negara, membela nasib golongan susah,
menjaga hak golongan berada, mengawal aktiviti majikan, menjaga nasib
pekerja, tidak terpisah daripada aspek akidah, syariah dan akhlak serta suatu
gabungan yang menyeluruh dan bersepadu.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 138


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

15. Jelaskan prinsip asas ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan
harta dan aktiviti ekonomi yang diharuskan oleh Islam.

A. Pendahuluan
1. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan
manusia selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri,
masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan
keredhaan Allah S.W.T.
2. Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang
menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani.
3. Kerangka pemikiran Islam jelas mengatakan tidak ada pemisahan antara
agama dan ekonomi kerana asas ekonomi Islam berbentuk segi tiga iaitu
Allah S.W.T. sebagai pencipta dan penguasa, manusia sebagai hamba dan
harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut hukum dan peraturan
yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

B. Isi-isi penting (7 isi x 3 markah)

1. Hak milik individu.

 Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya


diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang
dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak
tetapi terikat kepada hokum dan peraturan Allah.

 Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa yang


sama Islam mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan
memelihara agama, jiwa, aka, kehormatan dan keselamatan harta serta
melarang memperoleh harta secara haram.

 Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh


mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan kebajikan umum.
Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, Islam telah
menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta hendaklah
dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau
melakukan pembaharuan harta sehingga orang lain tidak dapat
menikmati hasil daripada pengembangan harta yang banyak.

2. Hak milik umum.

 Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat


merangkumi harta umum yang sedia ada atau ciptaan tuhan dan harta
hasil usaha manusia seperti pembinaan jalan raya, talian air paip,
tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini perlu dipelihara dan
dikongsi bersama.

 Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah
dan diagihkan secara adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik
bersama.
Panitia Sejarah Maktab Sabah 139
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Aktiviti ekonomi yang diharuskan

 Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan


pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam iaitu yang bersih,
suci, berguna dan tidak membahayakan.

 Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa


sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan
kebajikan pekerja.

 Dalam proses mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil.


Sebaliknya digalakkan sifat berjimat cermat, berhemat dan bantu
membantu serta menggunakannya dalam perkara-perkar yang
diharuskan sahaja.

C. Kesimpulan
 Pihak berkuasa atau pemerintah wajib melaksanakan sistem ekonomi
yang adil dan membanteras sebarang penyelewengan demi
mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi agihan harta antara
individu disatu pihak dan masyarakat dipihak yang lain.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 140


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

16. Huraikan sejarah penubuhan Baitulmal dan pelaksanaannya pada


zaman Bani Umayyah.

1. Pendahuluan.
 Merupakan institusi kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara
harta umum.
 Institusi ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara.
 Institusi Baitulmal tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan
Islam kerana perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan
sumber pendapatan negara tidak banyak.

2. Isi-isi penting

a. Sejarah Penubuhan Baitulmal.


 Sejarah penubuhan institusi ini dipercayai telah wujud sejak zaman
Rasulullah S.A.W. lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam
tatkala itu adalah kecil seperti rampasan perang atau yang didapati
melalui perjanjian damai maka hasilnya dibahgikan segera kepada
mereka yang berhak menerimanya.

 Penubuhan Baitulmal secara rasmi ialah pada masa Umar al-Khattab


menjadi khalifah pada tahun 13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam
berkembang pesat dan pemerintahannya mendapat harta yang banyak
hasil daripada rampasan perang dan juga daripada daerah taklukan
yang luas. Ini memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi
supaya setiap perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir dan
mengikut apa yang ditentukan oleh undang-undang Islam. Sehubungan
itu, Khalid b. al Walid mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan
satu institusi kewangan negara bagi menguruskan harta Negara. Pada
peringkat awalnya perbendaharaan ini dikenali dengan Diwan atau
Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal.

 Khalifah Umar b. al- Khattab telah melantik Uqail b. Abu Talib,


Makhramah b. Naufal dan Jubair b. Mu’tam untuk mengendalikan
Baitulmal.

 Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal


ini kemudiannya ditubuhkan disetiap wilayah Islam sebagai cawangan
Baitulmal yang berpusat di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini
dilantik pegawai-pegawai Baitulmal yang menjalankan tugasnya
dibawah pentadbiran Baitulmal pusat.

 Dengan penubuhan institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah


mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan
penggunaan harta awam yang bersesuaian dengan perkembangan
pentadbiran social, ekonomi, dan politik Negara pada masa itu.
Bermula pada masa itu, Baitulmal sebagai wakil yang menjalankan
pengurusan harta dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat
dan negara bersesuaian dengan kehendak undang-undang Islam.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 141


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah

 Baitulmal telah dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi


menyimpan hasil pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik
sebagai wakil khalifah untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini.

 Baki perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani


Umayyah daripada cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada
kerajaan pusat untuk disimpan di Baitulmal.

 Pada zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting


dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah
menggalakkan pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-
Walid juga telah mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria,
Mesir, Afrika dan sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang
besar yang sebahagian perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal.

 Pada zaman khlifah Umar b. Abd. Aziz masalah kewangan yang


dihadapi oleh Baitulmal telah diatasi dengan langkah berjimat-cermat
dan tidak melakukan pembaziran. Beliau telah menyerahkan
sebahagian besar kekayaan dan barang kemas isterinya dan beberapa
bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta Baitulmal. Harta
Baitulmal ini telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar ekonomi
bagi faedah rakyat seperti membuka ladang-ladang baru, membaiki
dan membina saluran air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan
penganggkutan dan aktiviti perdagangan.

 Pelaksanaan Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga.


Kerajaan Bani Umayyah juga mempunyai pasukan tentera laut yang
kuat. Pada zaman al-Walid pasukan tentera laut Bani Umayyah amat
kuat sehngga dapat menguasai Laut Mediteranean. Dari segi
penaklukan zaman al-Walid dan Hisyam empayar Islam telah luas
hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung Pyreness di Eropah,
sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan China. Perbelanjaan
yang besar dan sumber kewangan persediaan ketenteraan dan usaha
penaklukan datangnya dari Baitulmal.

4. Kesimpulan.

 Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah telah membantu


ekonomi umat Islam dan pemerintahnya dalam membangunkan
negara.
 Sumber-sumber kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal
merupakan hasil pelaksanaannya yang diuruskan dengan cekap dan
berlandaskan undang-undang syariah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 142


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

17. Huraikan sejarah perkembangan dan peranan mata wang Islam sehingga
abad ke 18.

1. Pengenalan.

a. Penubuhan Negara Islam Madinah pada tahun 622M menandakan


bermulanya
Tamadun Islam
b. Mencetuskan era baru dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi
c. Selaras dengan perkembangan ekonomi Tamadun Islam, wujudlah mata
wang Islam

2. Isi-isi Jawapan

2.1. Sejarah perkembangan ( 4 isi x 3 = 12M )

a. Mata wang zaman Khulafa Al-Rasyidin


 Mula dicipta pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab (634-644M)
 Standardasi yang digunakan ialah wang perak
 Pada zaman khalifah Ali, mata wang Islam ditulis dengan Khat Koufi
dan pusat pengeluarannya di Kota Basrah

b. Mata wang zaman bani Umayyah


 Abdul Malik bin Marwan perkenalkan dinar emas (694-695M) pusat
pengeluarannya di Damsyik
 Gabenor Iraq, Hajjaj Yusof al-Thaqafi mencetak wang perak di Kufah
(696M)
 Gabenor Mesir, Abdul Aziz bin Marwan menghasilkan dinar emas
bertulis perkataan “Dengan Nama Allah” mulai 697M.
 “Fals” mata wang asing yang diubah suai mengikut Islam.

c. Mata wang zaman Bani Abbasiyah


 Peringkat pertama dicetak disemua bandar baru seluruh dunia Islam
 Cetakan pertama dilakukan pada zaman pentadbiran Khalifah Abu
Jaafar Al-Mansor (754-775M)
 Pada zaman Al-Ma’mum (813-833M) cetakan wang diselaraskan di
Baghdad. Mata wang ini diguna pakai dengan meluas
 Dinar emas terakhir dicetak pada 1258M selepas kejatuhan Baghdad

d. Mata wang Islam di Asia Tenggara


 Kerajaan Samudera pasai telah menghasilkan wang emas yang
bertulisan Arab dan bersaiz kecil
 Zaman kesultanan Melayu Melaka, wang emas mula digunakan pada
zaman Sultan Muzaffar shah hingga zaman Sultan Ahmad Shah
 Di Johor, wang emas dan perak dengan inskripsi Arab mula diedarkan
pada 1527M. Wang perak (Katun) pula diperkenalkan pada 1600M.
 Di Brunei, peringkat awal mata wang Islam diimport dari Negara Timur
Tengah. Mata wang Brunei paling awal bermula pada masa
pemerintahan Sultan Nasaruddin 1690-1710M)

Panitia Sejarah Maktab Sabah 143


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2.2. Peranan Mata Wang

a. Pembayaran Zakat
 Kewajipan zakat disebutkan dalam al-Quran
 Nisab dan kadar zakat ditentukan dalam hadis
 Jenis-jenis zakat seperti zakat perniagaan, emas, perak dan
sebagainya

b. Pembayaran cukai
 Kadar cukai yang dibayar oleh umat Islam dan bukan Islam
berdasarkan mata wang dirham. Contoh cukai Kharaj ialah 10 dirham
bagi setiap unit tanah pertanian

c. Urusan perniagaan
 Sejak zaman Rasulullah lagi semua urusan perdagangan, jual beli,
hutang dan sebagainya mengikut nilaian mata wang bukannya sistem
barter

d. Belanjawan
 Penentuan belanjawan seperti gaji, elaun, simpanan baitulmal,
sewaan, cukai tahunan dan sebagainya berdasarkan mata wang.
Contoh bayaran gaji tentera kerajaan Bani Umayyah dan Bani
Abbasiah

e. Alat perimbangan sosial


 Mata wang dapat memelihara keseimbangan sosial masyarakat
kerana dapat mengelakkan penipuan dan penindasan yang berlaku
dalam sistem barter

f. Lambang Negara Islam


 Mata wang menjadi artifak penting sebagai bukti keislaman sesebuah
negara.
 Mata wang menjelaskan agama, sistem pemerintahan dan
pentadbiran serta pengaruh yang diterima oleh sesebuah negara.

3. Kesimpulan (2m)
 Islam turut mementingkan aktiviti ekonomi
 Penggunaan mata wang Islam dengan peranannya yang pelbagai
dalam Tamadun
 Islam membuktikan bahawa Islam amat memberatkan keadilan
dalam ekonomi.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 144


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Jelaskan Sistem Pendidikan Dalam Tamadun Rom Pada Zaman Klasik .

A. Pengenalan

1. Tamadun-tamadun awal mempunyai sistem pendidikan yang membantu


manusia meningkatkan tahap intelek

2. Tamadun Rom melahirkan sistem pendidikan yang terancang berdasarkan


kehendak politik, ekonomi, dan sosial masyarakat pada zaman tersebut.

3. Sistem pendidikan Rom mempunyai dasar pendidikan, matlamat, serta


institusi pendidikan,dan kurikulum yang tersendiri.

B. Isi – isi Penting.

1. Matlamat pendidikan

o matlamat utama menanam semangat kebangsaan dalam kalangan


rakyat dan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal
o bertujuan melahirkan pentadbir dan negarawan serta menjaga
kepentingan negara

2. Dasar pendidikan.

 Bersifat utilititarian iaitu menekankan nilai-nilai semangat


kebangsaan
 Penekanan diberikan kepada kesusasteraan, seni ucapan, dan
latihan fizikal

3. Institusi pendidikan

 institusi keluarga berperanan sebagai institusi pendidikan pada


zaman awal. Rumah merupakan pusat pendidikan. Tenaga
pengajar terdiri daripada ibu dan bapa. Penekanan kepada latihan
fizikal, moral, membaca,menulis, dan menhafal kisah-kisah orang
terkenal pada zaman silam. Kanak-kanak daripada golongan
patrician mempelajari adat-istiadat dan undang-undang Rom.
Kanak-kanak daripada kumpulan Plebian mempelajari pekerjaan
daripada ibu bapa

 Institusi sekolah muncul pada zaman Republik tekankan latihan


fizikal,membaca,pengajian undang-undang papan 12, sejarah
kebangsaan – lahirkan pegawai kerajaan/warga negara/tentera
yang cekap.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 145


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Sekolah nahu dan retorik untuk belia berumur hingga 20 tahun.


Tenaga pengajar bebas pilih subjek seperti tatabahasa falsafah,
ilmu perundangan kesusasteraan dll.

4. Kurikulum pendidikan Rom

a. Tiga tahap :
 Tahap rendah tekankan kemahira menulis,membaca, dan
menghafal

 Tahap menengah - menekan kemahiran seni bercakap


inteprestasi sajak,tatabahasa, dan kesusasteaan

 Tahap tinggi - menekankan pengajian Seven Liberal Art


iaitu tatabahasa, retorik, dialektik,muzik arithmatik,
geometric,astronomi. Universiti menawarkan krusus
Liberal Art – tatabahasa dan retorik serta kursus bidang
professional seperti undang-undang seni bina,
dan perubatan.

5. Tenaga pengajar

 Institusi keluarga – ibu bapa mengajar adat resam,undang-undang,


petanian, dan perniagaan
 Zaman Empayar – guru-guru – diberi kebebasan dalam P&P. Dibayar gaji
bulanan 100,000 dinar pada zaman vespacian

C. Kesimpulan:

1. Tamadun Rom mengalami perkembangan pesat dalam sistem pendidikan


akibat kemunculan institusi pendidikan.

2. Pada zaman empayar pemerintah mengalakkan system pendidikan.


Kesannya dapat melahirkan ahli-ahli falsafah dan sejarawan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 146


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Bincangkan perkembangan institusi pendidikan Tamadun India zaman


klasik dan Tamadun Islam.

A. Pengenalan (3m)

1. Latar belakang Tamadun India : Terletak di Lembah Sungai Indus dan


Sungai Ganges Utara India. Dimulakan pada zazam Dinasti Maurya yang
diasaskan oleh Chandra Gupta Maurya diikuti Dinasti Gupta. Agama
Hindu dan kitab Veda mempengaruhi system pendidikannya kecuali zaman
Asoka.

2. Latar belakang Tamadun Islam diasaskan oleh Nabi Muhamad SAW diikuti
dari zaman Khulafa, Bani Ummaiyah, dan Bani Abbasiyah sehingga
berkembang di Alam Melayu. Asas pendidikan Islam ialah Al-Quran dan
Sunnah

3. Institusi pendidikan merupakan institusi social berperanan mengurus dan


mentadbir pendidikan secara sistematik – Tamadun Arab dan India
melahirkan banyak institusi-institusi pendidikan yang berperanan
melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah seimbang dari segi
fizikal, mental, emosi dan social.

4. Institusi pendidikan Tamadun Arab seperti rumah ulama, masjid,


madrasah,perpustakaan, sekolah,istana,dan universiti. Di India pula di
Agrahara, Parishad, Matha, Pandita, Sabha, Monastri, dan universiti.

B. Isi – isi penting.

Institusi Pendidikan Arab


1. Masjid - untuk beribadat, berdakwah, dan pusat pembelajaran. Contoh
Masjid Jami’al Manshur dan Masjid Jami’ah Amru b’ Ash - subjek fekah. al-
Quran, Hadis dan bahasa Arab.

2. Madrasah – mengambil alih peranan masjid sebagai pusat pelajaran


kerana berlaku pertambahan pelajar. Contoh madrasah terawal didirikan
oleh Nizam al-Muluk di Baghadad dikenali sebagai Madrasah Nizhamiah.
Contoh imam yang mengajar ialah imam al-Ghazali, Baha al-Din, dan Salah
al-Din.

3. Rumah ulama – rumah Arqam ibn Arqam digunakan pada zaman awal
perkembangan Islam. Rumah Nabi Muhamad SAW dan rumah ulama
seperti Ibnu Sina dan iman al-Ghazali digunakan untuk pembelajaran.

4. Istana – pada zaman khalifah Muawiyah digunakan untuk pembelajaran


syair Islam. Dikenali sebagai Shalunatul Adabiah. Zaman Abbasiyah
tempat tersebut digunakan sebagai tempat pertemuan para ulama.

5. Perpustakaan – didirikan pada zaman Abbasiyah. Terdapat 20


perpustakaan di Spanyol yang terkenal antaranya perpustakaan Cordova
yang memiliki 600,000 jilid buku pada abad ke-10. Perpustakaan Darul

Panitia Sejarah Maktab Sabah 147


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Hikmah di Kaherah dan perpustakaan Tripoli yang berperanan meminjam


buku ,penerbitan, penulisan,penterjemahan, dan pendidikan karya ilmiah

6. Sekolah – berperanan menjalankan peyelidikan dan penemuan sains. Ahli


akademik meluaskan pembelajaran ilmu silam yang diwarisi tamadun
Yunani.
7. Universiti – contoh Nizamiah, Munstansiriah, al-Azhar,Rasyidiah, dan al-
Zaitouna menyebarkan ilmu pengetahuan. Di Spanyol universiti Cordova,
Servilla, Madaga, dan Granada menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari
seluruh Eropah.

Institusi pendidikan India

1. Rumah guru (Gurukula) – dikenali Upadhyaya atau Acharya – mengajar


pelajar dari kelas atasan yang tinggal di rumah guru.. Mengikut kelas
formal. Subjek veda, vedanga, enam aliran metafizik, undang-undang dan
sekular serta upacara ritual agama

2. Parishad – dianggotai Brahman. Subjek, veda, logik, kinamsa,vedanga,,


dan manu. Menjadikan asas kelahiran universiti klasik seperti universiti
Taxila, Benares, dan Nadia.

3. Matha – dikendalikan badan agama dan menerima bantuan dan geran


daripada pemerintah. Ada kemudahan asrama, perpustakaan dan dewan
kuliah. Subjek, mimamsa, nahu, dan astronomi. Contoh matha yang
terkenal yang didirikan Raja Yasaskara di Kashmir.

4. Agragara – koloni yang didiami sarjana Brahman yang memainkan peranan


sebagai pusat pengajian pasca ijazah. Sebagai tempat kajian bagi
mendalami pelbagai ilmu.

5. Panditha Sabha – tempat persidangan kebangsaan para pemerintah dan


cendikiawan bertemu untuk berbincang tentang teknologi dan falsafah.
Lahirkan sarjana terkenal dalam pelbagai lapangan.

6. Monastri – institusi pendidikan penting zaman klasik. Sekolah berasrama


penuh yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Contoh Varanasi,
Valabhi,Pataliputra,Odantapuri, Jagaddala, dan Kanci.

7. Universiti – seperti Taxila, Vikramasila, dan Nalanda. Universiti Nalanda


adalah pusat pengajian Buddha Mahayana dinaungi Raja-raja Guptha.
Mempunyai kemudahan seperti asrama, perpustakaan, dewan kuliah.

C. Kesimpulan

1. Kewujudan pelbagai institusi pendidikan menunjukkan tamadun India dan


tamadun Arab memberikan sumbangan besar dalam pendidikan. Institusi
ini berjaya melahirkan ramai cendikiawan dan memainkan peranan dalam
perkembangan ilmu pengetahuan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 148


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Huraikan perkembangan kurikulum pendidikan dalam Tamadun China.

A. Pengenalan

1. Latar belakang Tamadun China – di persekitaran Lembah Sungai Hwang


Ho.
2. Kurikulum merujuk apa yang berlaku dalam kelas yang melibatkan
pengajaran,penilaian,pembelajaran, dan bahan-bahan.
3. Kurikulum pendidikan di China dipengaruhi ahli falsafah Confusius zaman
dinasti Chou dan Dinasti Han dan seterusnya. Tetapi zaman Dinasti Chin,
falsafah Legalisme yang diasaskan oleh Han Fei Tsu lebih dominan.

B. Isi – isi penting

1. Tahap pendidikan.
a. Peringkat rendah – Kanak-kanak berumur 7 tahun mula bersekolah di
kuil, kampung atau persendirian. Guru daripada bekas pegawai
kerajaan yang hilang pekerjan atau ahli akademik yang gagal
peperiksaan. Pendidikan tertumpu kepada menghafaz tulisan ideogram
dan sembilan buah buku suci tanpa memahami makna.
b. Peringkat menengah – Tumpuan diberi kepada latihan dalam
menghasilkan karangan dan sastera serta pengkajian esei.
c. Kurikulum peringkat tinggi-Tumpuan kepada menterjemahkan buku
suci ke dalam bahasa China moden,menjelaskan kandungan buku suci
dan penulisan esei.

4. Zaman Dinasti Shang.

a. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang,kurikulum pendidikannya


meliputi kemahiran dalam sistem tulisan bergambar atau ideogram.
b. Terdapat lebih 3,000 simbol atau tulisan bergambar yang harus dihafal
oleh para pelajar.
c. Mereka yang dapat menguasai sistem tulisan ini dapat menjadi jurutulis.

3. Zaman Chou

a. Zaman pemerintahan Chou Barat diwujudkan untuk anak bangsawan di ibu


kota dan bandar-bandar lain. Sekolah untuk orang biasa disediakan di
feudal iaitu kampung dan kampung kecil. Terdapat pendidikan asas dan
sekolah lanjutan bagi pemerintah dan orang awam. Kurikulum – terdiri
daripada 6 bidang seni (muzik,memanah,penulisan,matematik,memandu
kereta kuda beroda dua dan pelbagai upacara dan adat istiadat)

b. Sistem pendidikan zaman ini adalah liberal dan menekankan pemahaman


dalam menimba ilmu (kaedah menghafal dikutuk). Confucious berpendapat
belajar tanpa pemahaman adalah pembaziran.

c. Chou Timur – perubahan sosial membawa kelahiran “Hundred School of


Thought”

Panitia Sejarah Maktab Sabah 149


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. 100 school of Philosophy berkembang bila wujudnya penyelewengan dalam


kerajaan dan peperangan. Ahli falsafah sering bertemu untuk berbahas dan
bertukar pendapat.

e. Negeri feudal memberi keutamaan kepada bidang pendidikan dan bersaing


untuk menarik golongan intelektual.

f. Kurikulum pendidikan golongan terpelajar berusaha untuk melahirkan


golongan pelajar yang berani mengkritik dan mengamalkan tradisi
menghormati diri sendiri.

4. Dinasti Chin

a. Berasaskan falsafah legalisme.


b. Pemerintah tidak mahu ada sebarang kesan masa lampau khasnya yang
berkaitan dengan ajaran confucious.
c. Sisten tulisan dipermudah dan disatukan.

5. Dinasti Han.

a. Dakwat diperkenalkan. sekolah yang wujud ialah peringkat kerajaan pusat


dan tempatan. Sekolah swasta berkembang dengan pesat terutama dalam
bidang kesusasteran klasik. Universiti pertama ialah Universiti Nasional
yang mempunyai 30,000 pelajar.

b. Maharaja Han Wu Ti memperkenalkan institusi pengajian tinggi dan


mengalakkan pembinaan sekolah di seluruh empayar, sistem pendidikan,
dan teks klasik ajaran Confucious. Peperiksaan terbuka kepada awam
tetapi sebenarnya , diduduki golongan kaya sahaja.

c. Sebuah sekolah khas untuk melatih pegawai kerajaan telah ditubuhkan di


wilayah Changan dan sekolah biasa didirikan di seluruh negara.

d. Peperiksaan awam dijalankan di peringkat daerah,wilayah, dan negara.


Hasilnya lahirlah ahli sejarah,penyajak, dan pelukis. Contoh Su Ma Chien
yang mendapat gelaran Bapa Sejarah Negara China.

C.Kesimpulan.

a. Pendidikan rasmi di China berkembang melalui dikri pemerintah. Tumpuan


utama pendidikan ialah untuk memajukan sensitiviti moral dan rasa
tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 150


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Sejauh manakah Matlamat Pendidikan Dalam Tamadun Awal


Dipengaruhi oleh Faktor Agama.

A. Pengenalan

1. Latar belakang tamadun awal : lokasi dan masa


(Mesopotamia,Mesir,China,India, Rom dan Yunani)

2. Definisi pendidikan : satu disiplin yang berurusan dengan kaedah


pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah dalam
usaha membentuk keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya
mencapai kesempurnaan jasmani dan rohani. Pendidikan berkembang
kerana pertambahan penduduk.

3. Pusat-pusat pendidikan meliputi tempat ibadat, istana,rumah


gur,sekolah,kolej dan universiti. Organisasi dan pelaksanaan pendidkan
adalah berbeza mengikut tamadun China,Mesir,India, China danYunani.

4. Kaitan dengan soalan agama menjadi matlamat utama pendidikan


tamadun awal. Namun begitu aspek birokrasi, pentabiran, ketenteraaan,
kemanusiaan dan keintelektualan turut memainkan peranan penting.

B. Isi penting.

1. Keagamaan

a. Mesopotamia dan Mesir –melahirkan golongan pendeta/paderi India-


melahirkan golongan sami dan pemimpin agama. Penekanan pendidikan
di India juga adalah untuk menyediakan manusia ke arah menghadapi
kehidupan selepas mati. Kedatangan org Aryan ke India telah membawa
kepada kemunculan system kasta dan kelas.
b. Jadi matlamat pendidikan juga turut berubah iatu memelihara dan
memperkukuhkan system kasta. Akibatnya, pendidikan yg diberikan
adalah berbeza-beza mengikut kasta supaya dapat
mendalamipengetahuan tentang profesyen kasta mereka.

2. Birokrasi

a. China- melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan


kerajaan dan mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius
ditekankan dalam pendidikan di China yg bertujuan menjalin hubungan
persaudaraan dan sifat kekeluargaan demi kepentingan masyarakat
China.
b. Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan
ajaran Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia
bertujuan melahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan
bertanggunggjawab.

3. Ketenteraan

a. Sparta – untuk melahirkan warganegara yg sedia berkorban utk Negara


kota.Mereka dilatih menjadi tentera dgn latihan yg ketat.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 151


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Pada keseluruhannya, pendidikan di Sparta berkisar kpd ketenteraan


kerana golongan peer yg minority sentiasa menghadapi serangan daripad
golongan helot.

4. Kemanusiaan

a. Athens – melahirkan manusia yg seimbang dari segi rohani, jasmani dan


intelektual. Masyarakat yg cemerlang dapat menyumbang kpd diri dan
Negara. Pelajar diajar menunggang kuda, bermain panah dan berenang
utk jasmani.
b. Mereka akan terlibat dalam sukan olimpik. Mereka diajar untuk berpidato,
menghafal retorik(hasilsastera), membaca,menulis supaya bijak
berbicara.Mereka juga diajar musik utk keseimbangan emosi.

5. Keintelektualan

a. China, Rom, Athens sangat menghormati golongan intelektual. Yunani –


menekankan falsafah. Mereka mengganggap manusia sebagai haiwan yg
rasional dan manusia dibahagikan kepada tubuh dan minda.
Jadi,pendidikan adalah penting utk mengimbangi kedua-dua perkara tadi.
b. Dasar dan matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut Negara
kotaYunani. Di Athens, kemudahan pendidikan dikendalikan oleh
golongan Sophis. Matlamatnya ialah melahirkan warganegara yang boleh
memberi mewujudkan hubungan yg lebih erat antara warganegara.
6. Patriotisme

a. Rom-melahirkan rakyat yg setia kpd negara. Empayar Yunani,Rom, India


dan China adalah hasil daripada pendidikan yang berjaya menanam
semangat patriotisme di kalangan rakyat dan tenteranya.

7. Melahirkan golongan profesionalisme

a. Rom – menekankan aplikasi ilmu yg praktikal melahirkan jurutera yang


dapat membina system pengairan,bangunan dan jalan. Oleh itu Rom
terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang
berupaya memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakatnya.
b. Mesopotamia-melatih jurutulis (scribes) yang bertujuan menjalankan
pentadbiran dan menguruskan ekonomi ladang2 yang dimiliki oleh rumah
berhala dan istana. Dari segi pentadbiran dan ketenteraan, jurutulis
dikehendaki menghasilkan surat perjanjian, urusan surat
menyurat,mengikuti rombongan ketenteraan dan menyenaraikan
banduan serta harta rampasan perang.
c. Mesir – melahirkan golongan professional yang bekerja sebagai
setiausaha/kerani dalam ketenteraan, pentadbiran, perbendaharaan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 152


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. Penutup.

1. Agama bukan semata-mata menjadi matlamat utama pendidikan Tamadun


Awal tetapi ada factor lain yg mempengaruhinya seperti jurutulis,
kemanusiaan, patriotisme, untuk diri sendiri, kesejahteraan masyarakat dan
keagungan Negara.
2. Jurutulis yang boleh membantu mereka menyimpan rekod pentadbiran,
perdagangan, keagamaan serta harta kuil atau rumah berhala di samping
menyimpan rekod tentang kekayaan di ladang-ladang yang dimiliki oleh
rumah berhala atau istana.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 153


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Jelaskan Perkembangan Kurikulum Dalam Sistem Pendidikan Di


Mesopotamia, Mesir, India Dan China.

A. Pengenalan

1. Latar belakang tamadun awal

a. Mesopotamia – terletak di antara sungai Tigris dan Euphrates. Tamadun


terawal yg wujud sejak 3500 S.M. Bermula dgn Empayar Akkad oleh Raja
Sargon

b. Mesir - terletak di lembah sungai Nil. Wujud sejak 3100 S.M dengan 31
dinasti, dibahagikan kepada kerajaan awal, pertengahan, empayar dan
keruntuhannya dikuasai Rom pada 30 M.

c. India – terletak di utara India bermula di Sungai Indus dan berkembang


ke Sungai Ganges. Diasaskan oleh Chandragupta Maurya 321M iaitu
Dinasti Maurya diikuti oleh Dinasti Gupta.

d. China – bermula di Sungai Hwang Ho berkembang ke selatan ke Sungai


Yang Tze Kiang. Diasaskan oleh Dinasti Chin iaitu maharaja Shih Huang
Ti diikuti oleh Dinasti Han

2. Definisi kurikulum

a. Aspek penting dalam pembentukan dan pembangunan system


pendidikan.

b. Kurikulum merujuk kpd aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru


untuk membolehkan muridnya mencapai objektif yang dirancang.

3. Matlamat pendidikan tamadun awal

a. Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi


jasmani, rohani, dan emosi.
b. Kesemua tamadun awal tersebut melahirkan kurikulum pendidikan
masing2 berasaskan matlamat pendidikan Negara.

4. Bidang kurikulum

a. Kurikulum dalam tamadun2 awal mencakupi pelbagai bidang termasuk


teologi dan secular.

B. Isi-isi penting

1. Kurikulum Mesopotamia

a. Bidang- terbahagi kpd subjek semi saintifik dan semi kreatif.Subjek semi
saintifik meliputi biologi,botani zoology,geografi, mineralogy,matematik,
astronomi, perubatan dan linguistik.

b. Asas- pelajar dikehendaki membaca,menghafal karya2 klasik dan


menyalinnya. Buku teks digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 154


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c. Matematik- orang2 Sumeria menyediakan pelbagai sifir Matematik dan


banyak soalan Matematik bersama dengan jawapannya. Dalam bidang
linguistik, bahasa Sumeria diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan
perkataan dan frasa yang berkaitan. Semasa
d. Akkadia menawan Sumeria, pensyarah2 Sumeria telah menyediakan
kamus yang tertua di dunia.

e. Sastera- aspek sastera dan kreatif dalam kurikulum Sumeria terdapat


kegiatan membaca dan menyalin karya-karya sastera berbentuk puisi
dan ia meliputi beberapa genre. Sastera terdiri daripada mitos dan cerita-
cerita epik berbentuk puisi-puisi naratif. Mitos dan cerita-cerita epik ini
memuji tuhan dan wira-wira Sumeria. Terdapat lagu-;agu suci mengenai
tuhan dan raja Sumeria. Terdapat uga himpunan esei, pepatah dan sifir.

f. Disiplin – pelajar-pelajar akan dikenakan hukuman bagi kesalahan2 spt


datang lambat ke sekolah, tidak memakai pakaian kemas dan malas.
Setiap sekolah mempunyai seorang guru disiplin bertindak mengawasi
masalah disiplin di sekolah. Jika pelajar-pelajar bertindak kasar terhadap
guru-guru akan diberhentikan sekolah dan mereka dikehendaki membuat
rayuan kepada guru besar.

2. Kurikulum Mesir

a. Tahap – kurikulum Mesir terbahagi kepada kurikulum peringkat rendah,


menengah, tinggi serta pendidikan vokasional dan teknikal.

b. Asas – dalam kurikulum Mesir peringkat permulaan membaca dan


menulis.Pelajar dikehendaki menghafal huruf yang berlainan. Seterusnya
mereka akan menyalin teks-teks klasik dan adakalanya menteremahkan
teks-teks ini ke dalam bahasa vernakular.

c. Mata pelajaran – pelajar mempelajari subjek spt geografi,matematik, dan


bahasa asing., kesusasteraan dan undang-undang.

d. Pelajar-pelajar yang malas dikenakan hukuman rotan dan tidak


memberikan tumpuant terhadap pelajaran dankerja yang diberikan.

3. Kurikulum India

a. Orientasi Hindu danBuddha : Pendidikan Agama Hindu berasaskan


kitab-kitan Veda dan Bahasa Sunskrit sebagai bahasa pengantar.

b. Agama Hindu dan Buddha asas kurikulum : sehingga lahir Kolej


Brahman untuk pelajar Hindu Peringkat tinggi pada abad kedua sebelum
masihi. Universiti Nalanda ialah untuk belajar agama Buddha peringkat
tertinggi abad ke 4 M.

c. Vedik : kurikulum vedik awal menekankan pembelajaran kitab suci Veda.


Matlamat utama untuk melahirkan golongan pendeta yang mahir
menjalankan upacara pengorbanan. Pelajar-pelajar dilatih menyanyi lagu-
lagu suci dengan sebutan dan inrtonasi yang betul.

d. Pasca Vedik : kurikulum pasca vedik menekankan pembelajaran kitab


Vedanta. Muncul-muncul sekolah-sekolah khas menekankan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 155


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

pembelajaran subjek nahu, astronomi dan undang-undang. Kitab Purana


menyebut tentang lapan pusat pengajian menekankan pembelajaran
vedik, politik dan ekonomi, pemujaan api, botani, ilmu pengangkutan, seni
peperangan, astrologi dan ilmu ketenteraan.

e. Akhir Vedik : kurikulum zaman vedik akhir dipengaruhi oleh system kasta.
Pelajar Brahmin menekankan pengajian keagamaan. Pelajar kesatria
menekankan ilmu ketenteraan dan sains politik. Pelajar Vaisya memberi
tumpuan terhadap subek ekonomi.

f. Pendidikan tinggi : menekankan empat cabang pembelajaran iaitu


falsafah, veda, ekonomi dan politik. Subjek sains dan teknologi seperti
perubatan, veteneri dan astronomi juga dipelajari.

4. Kurikulum China

a. Dibahagikan kepada tiga tahap,iaitu kurikulum rendah, menengah dan


tinggi.
b. Peringkat menengah diberikan latihan menulis karangan, kesusasteraan
dan pengajian essei. Pelajar yang menamatkan pendidikan menengah
dant inggi akan menduduki peperiksaan awamkeraaan.
c. Pelajar yang lulus peperiksaan awam kerajaan akan diberikan ijazah.
Ijazah yang diberikan terdiri daripada tiga peringkat iaitu ijazah pertama,
ijazah kedua (sarjana),ijazah ketiga (doctor falsafah).

C. Penutup

a. Kurikulum dalam tamadun-tamadun awal mengalami perkembangan


pesat mengikut peredaran masa. Tamadun-tamadun awal melahirkan
kurikulum yang menyeluruh meliputi aspek-aspek seperti teologi, secular,
sains, sastera, teori dan praktikal.

b. Perkembangan ini menyebabkan tamadun-tamadun awal melahirkan


ramai sarjana yang berwibawa dalam pelbagai lapangan ilmu
pengetahuan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 156


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

6. Huraikan Pengaruh Agama Dalam Pendidikan Di Alam Melayu Sebelum


Dan Selepas Islam.

A. Pengenalan

1. Latar belakang Alam Melayu

a. kerajaan sebelum Islam : Kedah Tua, Langkasuka, Majapahit dan


Srivijaya. Sriviaya yang wujud pada abad 7 hingga 13 M terletak di
Sungai Musi dan Batanghari di Sumatera Timur. Agama Hindu dan
Buddha mempengaruhi pendidikan kerajaan sebelum Islam.

b. Kerajaan selepas Islam : Melaka, Aceh,Pattani dan Mataram. Melaka


wujud pada abad ke15 di Selat Melaka menguasai Tanah Melayu dan
Sumatera Timur. Aceh wujud pada abad ke 16 di Utara Sumatera. Aceh
menggantikan Melaka dan mempunyai pendidikan yang sistematik.
Kerajaan2 kecil seperti Pasai, Perlak, Brunei, Mindanao. Agama Islam
mempengaruhi system pendidikan di Alam Melayu

2. Definisi pendidikan .

a. Proses pemindahan ilmu dan budaya sama ada secara formal atau tidak
formal

B. Isi-isi penting

1. Pendidikan di Alam Melayu sebelum Islam

a. Asas – agama Hindu dan Buddha asas pendidikan

b. Sasaran golongan Brahmin dan atasan untuk menekankan sistem kasta.


Golongan bawahan tidak dibenarkan mendapat pendidikan.

c. Matlamat : melahirkan golongan agama/pendeta sebagai pengukuh


kedudukan raja. pendeta akan mengetuai upacara agama dengan
membaca mentera. pendeta mengetuai adat isitiadat seperti istiadat
pertabalan dengan pembacaan ciri.

d. Institusi Buddha : Pada zaman kerajaan Srivijaya, pemerintah2nya telah


menyokong kewujudan sekolah2 agama Buddha aliran Mahayana di
Srivijaya sehinggakan kerajaan itu sangat terkenal pemerintahnya telah
menyumbang kepada pembinaan pusat pembinaan agama di Nalanda
dan China.

e. Institusi Hindu : kerajaan Majapahit menjadikan istana2 maharaja


sebagai pusat pembelajaran agama Hindu dengan memanggil guru-guru
dari luar atau menghantar pelajar-pelajar ke luar Majapahit dan kembali
belajar dan mengajar di Majapahit

2. Pendidikan di Alam Melayu selepas Islam

Panitia Sejarah Maktab Sabah 157


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Asas : ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Mengambil


contoh pendidikan yang dijalankan dalam zaman Bani Abasiyah,
Uthmaniyah dan kerajaan Islam di Utara India

b. Sasaran : Pendidikan untuk semua sebagaimana yang dituntut oleh


Islam. Maksud Hadis , menuntut ilmu wajib kepada semua orang Islam

c. Kurikulum : Pengajian agama Islam meliputi pembelajaran dalam


tassawuf, tauhid, tajwid, tafsir dan fekah. Tokoh-tokoh Islam seperti
Syeikh Nurudin ar Raniri dan Hamzah Fansuri di Aceh.

d. Tenaga pengajar : ajaran agama Islam disampaikan oleh guru-guru atau


alim ulama yang datang dari pelbagai ceruk rantau di Asia Tenggara,
Timur Tengah atau dari India ajaran agama inidilakukan secara formal
dan tidak formal

e. Institusi Formal : penyampaian secara formal dijalankan di sekolah-


sekolah pondok, pasentren, madrasah atau pun di isntana-istana raja
untuk golongan raja dan bangsawan

f. Pendidikan tidak formal : Penyampaian secara tidak formal ialah melalui


ceramah-ceramah di masjid-masjid atau surau-surau yang dibina di
setiap kampung.

g. Peranan pemerintah : kerajaaan atau pemerintah memainkan peranan


dalam pendidikan agama. Contohnya, di Aceh dikenali sebagai Serambi
Mekah kerana menjadi tumpuan ulama dan pelajar. Pendidikan di Aceh
dibahagi kepada peringkat rendah yang tertumpu kepada aktiviti
membaca dan menghafal Al-Quran. Pendidikan menengah lebih kepada
aktiviti mentafsir Al-Quran dan Sunnah. Pendidikan tinggi di Jamiah
Baiturrahman yang mendalami ilmu agama dan ilmu lain seperti falsafah.

C. Penutup

1. sistem pendidikan dirantau ini sememangnya didasari oleh keperluan


agama sama ada untuk pemahaman di kalangan penganutnya atau untuk
menyebarkan ajaran agama tersebut.

2. sebelum kehadiran agama-agama besar itu telah ada bukti-bukti tertentu


yang menunjukkan betapa agama tradisional yang bersifat kepercayaan
animisme juga menadi unsur ddalam pendidikan di Alam Melayu

Panitia Sejarah Maktab Sabah 158


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Berdasarkan Pandangan Islam, Nyatakan Matlamat Pendidikan Islam Dan


Huraikan Sejarah Perkembangan Islam Pada Zaman Khulafa Ar-Rasyidin.

A. Pengenalan.

1. Latar belakang Khalifah ar-Rasyidin


a. Abu Bakar al-Siddiq menjadi khalifah selama 2 tahun (632-634)
b. Umar al-Khattab 634M-644M (10 tahun)
c. Uthman Affan 644M-656M (12 tahun)
d. Ali Abu Talib 656M-661M (5 tahun)

2. Proses Pendidikan – konteks Islam – pembelajaran sepanjang hayat yang


berasaskan roh,akal,dan jasad.

3. Kedudukan Orang Berilmu : dipandang tinggi kerana dapat menguasai ilmu dan
meningkatkan iman.

4. Prinsip Pendidikan Islam- memahami penciptaan manusia dan makhluk lain,


memahami sumber ilmu yang diakui Islam, dan memahami martabat ilmu
Islam.

A. Isi – Isi Penting.

1. Matlamat Pendidikan Islam- melahirkan insan yang tunduk patuh kepada


perintah Allah dan menjauhi larangan melalui bimbingan agama,
akhlak,akal,emosi, dan kemahiran.

a. Keagamaan – menurut Ibnu Khaldun matlamat pendidikan Islam


ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya
syiar-syiar agama menerusi al-Quran dan sunnah.

b. Membaiki akhlak – memperlengkapkan akhlak manusia,


sosiobudaya dengan asas kemahiran profesional/pekerjaan

c. Membimbing akal – mempertingkat daya pemikiran seseorang


supaya dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan daya
kreavitinya.

d. Menguasai kemahiran – membekalkan seseorang dengan


kemahiran kesenian seperti muzik,syair,khat, seni bina dll

2. Peranan Masjid.

a. Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin banyak masjid didirikan untuk dijadikan


tempat kegiatan seni (muzik,syair,khat,seni bina dll)

b. Meneruskan tugas Rasullullah s.a.w sebagai pendakwah dan guru.

c. Ada 3 peringkat pengajian iaitu kuttab,menengah dan tinggi. Kuttab –


menulis,membaca,menghafal al-Quran dan asas-asas agama. Menengah
dan tinggi – pengajian al-Quran,tafsir,hadis, dan fekah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 159


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

d. Khalifah Abu Bakar – mengumpul al-Quran kerana kramai penghafaz al-


Quran meninggal dunia semasa peperangan. Wujud pengajaran dan
penyebaran hadis hingga lahir ilmuan hadis.

e. Zaman Umar al-Khattab – berlaku perkembangan pendidikan sejajar


dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Pembaharuannya menyusun
kaedah pengajaran ilmu agama untuk golongan mualaf,menghantar guru
agama ke tanah jajahan, mengeluarkan arahan kepada pentadbir supaya
memastikan rakyat menunaikan solat Jumaat dan berpuasa. Menjadikan
bahasa Arab sebagai bahasa rasmi.

f. Uthman b. Affan – al-Quran dibukukan (Mashaf Uthmani) dan ditulis


dalam loghat Quraisy untuk memhentikan perbalahan cara pembacaan
sebelum ini yang mengikut dialek masing-masing.

g. Ali b. Abi Talib – Belaku perkembangan ilmu fiqh serta membukukan ilmu
nahu Arab.

C. Kesimpulan.

a. Sistem pendidikan yang ada pada zaman Khulafa al-Rasyidin


merupakan lanjutan daripada perkembangan pendidikan pada zaman
Rasullullah SAW.
b. Ilmu yang didedahkan kepada peljar hanya ilmu keagamaan
dengan berpanduka al-Quran dan Hadis.
c. Pengaruh Rom dan Yunani tidak mampu mengatasi ilmu Islam
meskipun Islam bertapak di bumi kekuasaan kuasa besar tersebut.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 160


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

8. Huraikan bagaimana sistem pendidikan Islam di Timur Tengah


mempengaruhi sistem pendidikan di Alam Melayu

A. Pengenalan :

1. Definisi pendidikan : Bahasa- tarbiah (membentuk peribadi)


ta’alim (pemindahan ilmu) taadif (mendidik manusia supaya
beradab)

2. Dictionary of Education – proses pembelajara baik melalui


pembelajaran, pengetahuan,kemahiran ,dan sikap yang dipelajari akan
memberi kebaikan kepada pelajar.

3. Peyebaran Islam : Islam diwahyukan pada 610M kepada Nabi


Muhamad s.a.w di Mekah dan disebarkan ke Madinah, Semenanjung
Tanah Aran, Asia Barat, India, China termasuklah Alam Melayu

4. Sistem pendidkan Islam : Berkembang bersama penyebaran


Islam. Sistem pendidikan Islam di Timur Tengah yang meliputi aspek
matlamat, prinsip, tahap, institusi. kurikulum kitab-kitabnya telah
mempengaruhi sistem pendidikan Islam di Alam Melayu sjak
pertapakannya pada abad ke-13 sehinga sekarang.

B. Isi – isi Penting :

1. Prinsip Pendidikan Islam – berteraskan al-Quran dan Sunnah, pembersihan


jiwa dan hati untuk meningkatkan iman dan takwa. Kewajipan untuk
mempelajari fardu ain – akidah, syariah,akhlak. Fardu kifayah – unyuk
memenuhi keperluan umat Islam.

2. Konsep pendidikan – keseimbangan dan intergrasi antara roh, akal, jasad


untuk fitrah manusia supaya dapat menjalankan tugas sebagai khalifah
Allah. Pendidikan sepanjang hayat – tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke
liang lahad. Kesepaduan ilmu dan amal/tindakan – tiada pemisahan.
Pendidikan untuk semua - lelaki dan perempuan tidak mengira kedudukan
atau pangkat. Bersifat sarwajagat/univesal – tiada batas geografi (rahmat
untuk alam) Hieraki ilmu – ilmu pasti/ilmu lebih tinggi kedudukan berasaskan
akal.

3. Matlamat Pendidikan Islam : Melahirkan individu serba lengkap (rohani dan


jasmani) membentuk dan mengembangkan aspek kesempurnaan manusia.
Ibnu Khaldun- pendidikan bertujuan menyedia dan membangun manusia ke
arah kehidupan yang baik. Matlamat pendidikan Islam dapat diuruskan
melalui 3 peringkat iatu matlamat akhir, matlamat am,dan matlamat Khas.

4. Institusi Pendidikan – masjid, surau madrasah, rumah ulama,balai


istana,pondok(pesantren),menusah,rangkang,dayah/zawiah,jamiah/universit
i, lembaga pelaksana pendidikan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 161


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Tahap pendidikan
Contoh Acheh
ii. Dasar – madrasah – rendah/menusah
iii. Menengah – rangkang
iv. Tingi – Dayah seperti Dayah kot Kala – menengah Atas/Jam’ah
Baiturrahman
v. Masjid – Baiturahman – universiti

6. Kurikulum
Ilmu Agama - al-Quran,fekah,tauhid,tasauf,hadis,ussuluddin,mantiq, dan
tasawur.
Ilmu lain – sejarah, falsafah,mantik,geografi,tatanegara, dan matematik.
Bahasa – bahasa Arab,bahasa Melayu, dan tulisan Jawi.

7. Guru – dari Timur Tengah : Bangsa Arab yang sampai ke Melaka –


Makhdum Syeikh Abdul Aziz, Kadi Yusuf, Kadi Munawar,Abu
Sahak,Maulana Abu Bakar, Maulana Shah Jahan. Dari India – Syeikh
Nurudin Ar-Raniri melahirkan ulama tempatan – Acheh – Syeikh
Shamsuddin At Sumatrani,Syeikh Ibrahim b.Abdullah, Hamzah Fansuri,
Abdul Rauf Singkel

8. Kitab/buku rujukan : al Quran & Hadith kitab Arab diterjemah ke Bahasa


Melayu spt Darul Al Manzum Ihya Ulumuddin,Minhaj at Talibin.

9. Kaedah mengajar : Halaqah-duduk dalam bulatan mengdap guru (konsep


menadah kitab)
Hafazan – al Quran/hadith/kitab - sejak kanak-kanak. Tulisan dan bacaan.

10. Pelajar tempatan melanjutkan ke Timur Tengah seperti


Mekah,Madinah,Mesir (Universiti Al Azhar) Cth. Tok Kenali menghabiskan
masa yang lama menuntut ilmu di Masjid Al Haram,Mekah.

C. Kesimpulan.

1. Kesan pendidikan Islam membentuk jati diri


penduduk di Alam Melayu,menjadi benteng daripada rempuhan penjajah
Barat.

2. Gerakan Islam yang kahir awal abad ke-20


adalah juga kesan pendidikan Islam Timur Tengah di Alam Melayu.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 162


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

9. Huraikan perkembangan kurikulum pendidikan Islam di Melaka dan


Acheh.

A. Pengenalan.

1. Melaka- terletak di pantai barat Tanah Melayu di


laluan yang paling sempit di Selat Melaka.Diasaskan oleh Parameswara
yang memeluk agama Islam dan bergelar Megat Iskandar Shah.Zaman
kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan MudzafarSyah dan Mansur
Syah.Melaka menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam di Asia
Tenggara.Kemerosotan zaman Sultan mansur Syah dan Melaka jatuh ke
tangan Portugis 1511.

2. Acheh- peranan Melaka sebagai pusat


perdagangan dan penyebaran Islam digiatkan lagi oleh Acheh pada abad
ke-16 dan 17.Acheh diasaskan oleh Sultan Ali Mughayat
Syah.Kegemilangannya –zaman Iskadar Muda Mahkota Alamdan Iskandar
Thani sehingga Acheh di gelar Serambi Mekah.Acheh menjadi tumpuan
ulama dan pelajar untuk menimba ilmu Islam.

3. Pengislaman di Nusantara memberi kesan


pendidikan yang bidang mata pelajarannya sama dengan Asia Barat.

B. Isi – Isi Penting :

1. Pekembangan sukatan pelajaran pada zaman kesultanan Melayu Melaka


di Melaka

a. Mengaji al Quran-pendidikan wajib .Dijalankan di rumah


ulama.Guru yang terkenal ialah Makhdum Sayid Abdul Aziz,Kadi
Yusuf,Kadi Munawar Abu Sahak dll.

b. Pengajian Islam - bidang syariah-mencakupi feqah ,usuludin dan


tassawuf.Antara kitab yang menjadi rujukan ialah al-Dar al-Manzum oleh
Abu Ishak al-Shirazi.Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali dan Minhaj al
Talibin oleh Imam al Nawawi untuk rujukan golongan pentadbir bagi
menjalankan Undang-undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka.Ilmu lain yang diajar ialah fiqh,tauhid,bahasa Asrab dan Hadis.

c. Kesusasteraan dan falsafah.

d. Di istana ilmu sastera dan terjemahan berkembang pesat .Untuk


menaikkan semangat jihad buku-buku terjemahan seperti Hikayat Amir
Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah diajar di istana Melaka.

2. Perkembangan sukatan pelajaran Islam di Acheh.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 163


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Mata pelajaran di Meunasah (madrasah).


Pelajar diajar membaca huruf Arab, al Quran , rukun iman,rukun Islam ,
cara-cara melakukan ibadat , akhlak , dan diajar bernasyid pada setiap
malam Jumaat. Kitab-kitab perukunan dan risalah Masail al Muhtadin
digunakan untuk pengajian Islam.Pada peringkat menengah (rangkang)
diajar tauhid , ibadat ,feqah , tasawwuf , sejarah Islam ,Sejarah dunia
,Bahasa Arab dll

b. Mata pelajaran di institusi pengajian tinggi (dayah)


Diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab Arab.Mata
pelajarannya ialah
Tauhid,fiqh,muamalat,tasawwuf,akhlak,geografi,sejarah,ilmu tata
negara,bahasa Arab,ilmu mantiq,falsafah,ilmu falak,tafsir
Quran,hadis,jinayat dll.

c. Sumbangan ulama tempatan dalam pengajian Islam


kesusateraan Islam.
 Tokoh – Hamzah Fansuri Abdul Rauf Singkel dan Syeikh nurudin
ar Raniri
 Kitab - Asyarabul-Asyikin wa zinatuk muwahidin
 Sastera – Syair Burung Pinggai

C.Kesimpulan

1. Sepanjang zaman kegemilangan Melaka dan Acheh sistem


pendidikan dan kurikulum telah bekembang samada dari peringkat
rendah,menengah dan tinggi.Acheh telah dikenali Serambi Mekah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 164


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

13. Huraikan Sistem Pendidikan Yang Dijalankan Dalam Institusi Pondok Di


Alam Melayu.

A. Pengenalan

1. Maksud institusi pondok

 perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab fuduqun yang


bererti rumah tumpangan atau tempat penginap para pengembara. Dalam
konteks institusi pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah kecil
yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar, berhampiran surau atau
madrasah dan rumah tuan guru di sebuah kawasan khas.

2. Lokasi institusi pondok

 Dikenali sebagai pesantren di Pulau Jawa dan Madura, surau di


Minangkabau dan langgar di pulau-pulau lain. Di Tanah Melayu tertumpu di
Pattani, Kelantan, Trengganu dan Kedah. Pondok-pondok itu dikenali
berdasarkan nama guru yang menjadi pengasasnya atau nama
tempat/kampung seperti pondok Tok Kenali dan pondok Pasir Tumbuh di
Kelantan

3. Erti pendidikan

 Proses pemindahan ilmu dan budaya sama ada secara formal atau tidak
formal. Institusi pondok adalah sistem pendidikan secara formal dan tinggi.

B. Isi-isi penting

1. Perkembangan kewujudan institusi pondok

a. Institusi pendidikan sebegini dikatakan bermula dengan


kedatangan seorang guru agama atau ulama dari luar mengajar ilmu
agama kepada orang-orang kampung di mana pengajaran dilakukan
secara ikhlas atau sukarela kerana Allah s.w.t.

b. Dengan pertolongan orang-orang kampung , rumah guru dan


pondok didirikan dalam satu kawasan berdekatan. Tempat terdirinya
kediaman berkenaan biasanya milik guru berkenaan atau diwakafkan oleh
individu2 tertentu.

2. Ilmu agama

a. Dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran yang didedahkan


kpd para pelajar adalah tidak tersusun, ia bergantung kpd kemahiran guru.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 165


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir,fekah, nahu saraf,
hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para pelajar
juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan
bahasa Arab.

3. Ilmu perubatan

a. Sesetengah institusi pendidikan pondok mendedahkan


ilmu perubatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan spt akar kayu
di samping jampi-jampi yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Antara
kitab yang berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al Hikmah, Kitab
Mujarabad dan lain-lain.

4. Mata pelajaran sampingan


a. Untuk menghilangkan rasa jemu di kalangan para pelajar mata
pelajaran spt bernasyid, berzanji, marhaban dan qasidah turut diajar

5. Bahasa pengantar
a. Pembelajaran dijalankan dalam bahasa Melayu memandangkan
banyak kitab-kitab Arab telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.

6. Tenaga pengajar

a. Para pelajar diajar secara percuma, guru di sekolah pondok hanya


mendapat khidmat tenaga anak-anak muridnya yang mengerjakan tanah
sawah atau kerja-kerja pertukangan.

b. Hubungan antara guru dan anak-anak muridnya amat rapat, buka


sahaja kerana kealiman guru berkenaan, bahkan rasa tanggungjawab guru
berkenaan apabila para ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka
untukdididik oleh guru berkenaan

7. Tempoh belajar

a. Tempoh masa belajar di sekolah pondok tidak terhad, ada di


kalangan para pelajar berada di institusi ini selama 10 tahun, malah ada di
kalangan yg berpindah dari satu pondok ke pondok yg lain

8. Kaedah pembelajaran

a. Dalam bentuk halaqah, di mana para pelajar akan membuat separa bulatan
mengelilingi guru mereka. Selain itu guru-guru juga menggunakan kaedah
hafalan, syarahan (kuliah), perbincangan(muhadatah), soal jawab
perdebatan (mujadalah), pengembaraan (rehlah) dan lain-lain

9. Lepasan pondok

a. Mereka akan menjadi tenaga pengajar di institusi pondok. Ada


yang melanjutkan pelajaran ke Aceh, Mekah dan Madinah, kemudian
apabila kembali mereka mengajar di pondok yang sama atau di tempat lain.
Mereka juga boleh menjadi pendakwah di surau atau masjid.

C. Penutup

Panitia Sejarah Maktab Sabah 166


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Kewujudan dan perkembangan institusi pendidikan pondok di Alam Melayu telah


meninggalkan pelbagai kesan yang besar, antaranya ialah memartabatkan tulisan
jawi dan yang paling penting ialah berjaya melahirkan ilmuan dn cerdik pandai
Islam yang diwarisi hingga hari ini.

14. HURAIKAN PENDIDIKAN TIDAK FORMAL DAN INSTITUSI PENDIDIKAN


ISLAM DI ALAM MELAYU

A. Pengenalan

1. Matlamat pendidikan tidak formal.


 Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas
pendidikan tidak formal yg berasaskan pada pola kehidupan tradisonal.
Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan
berkembang kepada pendidikan Islam sebagai asas kehidupan.

2. Pendidikan untuk semua


 Setelah kemasukan Islam perkembangan pendididkan Islam mula
berkembang dan menimbulkan kesedaran masyarakat Alam Melayu dan
pendidikan mula dibuka kpd kaum lelaki dan wanita.

3. Asas pendidikan Islam


 Asas permulaaan pendidikan di Alam Melayu adalah dengan
mempelajari Al-Quran dan juga hukum agama.

4. Peranan pemerintah
 Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan
Islam Melayu utama spt Pasai, Aceh dan Melaka.

B. Isi-isi penting

1. Sistem pendidikan tidak formal

a. Pengalaman, pemerhatian dan latihan

 Ilmu diturunkan melalui prosespenglaman, kerja-kerja


pertukangan dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan
cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak lansung

 Seni mempertahankan diri juga dipelajari : anak


perempuan diasuh di rumah dengan kerja-kerja berasaskan
kepada pembentukan peribadi bersopan, lemah-lembut dan
persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh
dengan pendidikan memasak, mengemas rumah dan kerja-kerja
kraf tangan.

b. Pendidikan agama (di rumah guru, surau)

 Ulama turut menadikan rumah mereka sebagai tempat untuk


menyampaikan pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam searah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 167


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah


Maulana Yusof untuk memepelajari agama.

 Setelah kedatangan Islam pendidikan tidak formal diteruskan


dengan penekanan kepada pelajaran membaca Al-Qurandan
mengenal huruf Arab di samping mempelajar itulisan jawi

 Asas sembahyang,ilmu tauhid, akhlak, halal haram turut diberikan


perhatian pada tahap awal pendidikan tidak formal Islam di Alam
Melayu.

 Di Filiphina,kanak-kanak akan mendapat pendidikan Al-Quran di


Surau atau di rumah guru. Di Indonesia mereka mendapat
pendidikan tidak formal di surau dan di Tanah Melayu pendidikan
diadakan di surau atau di rumah guru agama.

2. Sistem pendidikan Islam secara formal/institusi pendidikan

a. Institusi pondok

 Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama


berasingan daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan
diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal Al-Quran
secara insentif.

 Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali


seperti pondok Tok Kenali, pondok Tokku Pulau Manis di
Trengganu. Di Minangkabau dikenali sebagai surau. Di Jawa pula
dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai dikenali sebagai
Dayah Kot Kuala.

 kurikulum menghafaz Al-Quran,ilmu agama seperti tafsir Al-Quran,


hadith,tasawufdan mantiq. lepasan sekolah pondok – belajar di
pondok lain untuk menambah ilmu, ada yg melanjutkan pelajaran
ke Mekah dan Madinah seperti tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di
kalangan mereka menjadi tenaga pengaar di pondok

 Institusi pondok di anggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi


rumah murid,rumah tok guru, tempat beribadat, tempat menghadiri
sekolah agama.

 Hubungan erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak


dikenakan bayaran. Pelajar membantu seperti menyediakan kayu
api, air, membersihkan rumah guru dan mengerjakan sawah untuk
guru.

b. Sistem pendidikan madrasah

 Perkembangan sistem pendidikan Islam Alam Melayu berkembang


dengan wujudnya madrsah. Pelajart masih dikekalkan dengan
sistem pelajaran agama dan teras pendidikan adalah sebagai asas
sebelum pelajar melanjutkan pendidikan ke Timur Tengah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 168


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Madrasah terkenal seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit


Mertajam, madrasah Iqbal di Singapura, madrasah Muhammadiyah
Melayu di Kelantan, madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau
Pinang dan madrasah Ma’had Mahmud di Kedah.

c. Pengajian Islam di istana

 Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu


termasuk ilmu agama hanya disentuh dalam kitab sastera Melayu
spt Sejarah Melayu.

 Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir


Hamzah, Hikayat Muhammad al Hanafiah dan Hikayat Iskandar
Zulkarnain,

 Sultan Alauddin,Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka


sebagai tempat mempelajari agama. Sultan Mansur pernah
menjemput ulama datang ke istana untuk menyampaikan ajaran
termasuk tasauf,

d. Peranan masjid.
 Berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu ,seperti
sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk mempelajari agama.

e. Baiturrahman
 Acheh-Pendidikan peringkat tinggi mempelaari Tafsir, Al-
Quran,falfasah,mantik daan sejarah

f. Tiga Balai Pendidikan-Acheh.

 Sultan turut berperanan dalam mengembangkan peranan ilmu


pengetahuan Islam di negara mereka. Contoh, Sultan Iskandar
Muda telah mendirikan balai-balai pendidikan yang dikenali sebagai
Tiga Balai Pendidikan iaitu Balai Setia Hukum, Balai Setia Ulama
dan Balai Himpunan Ulama.

 Balai Setia Hukum –tempat berkumpul ulama dan cerdik pandai


agama untuk membahaskan isu-isu berkaitan agama.

 Balai Setia Ulama untuk menyelesaikan masalah mengenai


pendidikan.
 Balai Jamaah Himpunan Ulama berperanan sebagai tempat para
ulama, ahli fakir bertukar pendapat, mengadakan ceramah agama
dan menyelesaikan masalah agama.

C. Kesimpulan

Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. Tahap
awal pendidikan lebih bersifat tidak formal. Penghayatan terhadap Islam telah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 169


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

mendorong pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang. Sultan yang memerintah


turut memainkan peranan mengembangkan sistem pendidikan Islamdi Alam
Melayu.

15. Bincangkan Kurikulum Dan Pelaksanaan Pendidikan Islam Pada Zaman


Nabi Muhammad S.A.W Di Mekah Dan Madinah

A. Pengenalan

1. Matlamat pendidikan Islam : melahirkan insan yang


tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menajuhi larangan
melalui bimbingan agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran

2. Nabi Muhammad sebagai Rasul : 610M wahyu


pertama surah Al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud membaca jadi asas
pendidikan Islam

3. Rasulullah s.a.w merupakan mahaguru yang


menyampaikan pendidikan Islam bermula di Mekah dan diteruskan di
Madinah

4. Latar belakang Mekah danMadinah : Mekah-


terletak di Lembah yang kering kontang dan kedudukanMekah strategik
iaitu persinggahan jalan perdagangan Syam dengan Yaman. Diasaskan
oleh Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di
situ mereka mendirikan rumah ibadat pertama iaitu Kaabah iaitu 100 tahun
sebelum Muhammad dilahirkan. Datuknya, Qusay bin Kulab, kabilah
Quraisy telah menguasai pentadbiran Mekah.

5. Madinah – kawasan oasis yang subur untuk


pertanian. Kedudukan strategic iaitu jalan perdagangan antara Mekah
dengan Syam. Setiap tahun penduduknya mengunjungi Mekah untuk
mengerjakan ibadat haji yang disyariatkan dalam agama Hanif Nabi Allah
Ibrahim a.s.

B. Isi –isi penting

1. Kurikulum

 Akidah : rukun iman mengesakan Allah dan melarang


mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada
rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-
kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman
kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk
mendapat pembalasan baik atau sebaliknya

Panitia Sejarah Maktab Sabah 170


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Syariah : Bersolat – hanya Allah sahaja yang disembah Konsep


waib sunat,halal,haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab

 Akhlak : Konsep amar maaruf spt hormat-menghormati, tolong


menolong, jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu
larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan

2. Pelaksanaan pendidikan di Mekah

 Secara senyap atau rahsia atau sirriyah : kepada kaum


keluarga dan sahabat terdekat seperti isterinya Khadijah,Ali bin Abi
Talib dan Abu Bakar as Siddiq yang berpusat di rumah Arqam bin
Abi Arqam berlangsung selama 3 tahun.

 Secara terang-terangan : Diperintah oleh Allah s.w.t


selama 10 tahun. Ditujukan kpd kaum kerabat spt keluarga Abdul
Mutalib dengan berceramah di rumah Ali bin AbiTalib. Ada keluarga
yangmenerima dan ada yang menentang terutamanya Abu Lahab
bapa saudara baginda.

 Dakwah terbuka kepada orang ramai : - Di Bukit Safa -


dihadiri olehsemua ketua-ketua pentadbir Mekah spt ketua Bani
Abdul Mutalib, Bani Zahrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani
Asad. Abu Lahab mengganggu dakwah Nabi Muhammad s.a.w .

 Cara nabi mendidik : menunjukkan contoh teladan dan


akhlak yang baik. Nabi sendiri tidak pernah berdusta.
Menyampaikan dengan hikmah berbincang lemah lembut, sabar
dan doa. Menanamkan keimanan

3. Kurikulum dan pelaksanaan pendidikan di Madinah

 Peluasan ajaran Islam : Aqidah – diteruskan menanam keimanan.


Akhlak – akhlak manusia diteruskan dengan kemasyarakatan
seperti muamalah, kejiranan, Kenegaraan 1 bulan – kewajipan
mendirikan solat Jumaat, mengerjakan puasa, haji, zakat,
kekeluargaan di tambah dengan ibadat sunat

 Institusi pengajian : Masjid Nabawi – pusat pendidikan Islam


serambi bersambung dengan masjid disebut al Suffan sebagai
tempat

 Mempelajari bahasa asing : Rasulullah s.a.w menghantar para


sahabat belajar bahasa asing untuk sebarkan /pendidikan Islam
cth: Muaz bin Jabal ke Yaman, Abdullah bin Mas-ud ke Kufah, Abu
Musa Al-Asyaari ke Basrah

 Pendidikan untuk semua : Rasulullah memberi peluang dan


membuka ruang kepada semua orang untuk belajar sejajar dengan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 171


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

tuntutan dalam hadis yang bermaksud “ menuntut ilmu wajib bagi


semua umat Islam.” Terdapat satu hari khas untuk mengajar kaum
wanita. Saidatina Aishah menjadi rujukan para muslimat.

 Pendidikan membaca dan menulis : Individu yang boleh


membaca dan menulis diarahkan mencatat wahyu. Rasulullah
mengarahkan orang yang boleh membaca dan menulis supaya
mengajar orang lain. Contoh: Tawanan perang Badar yang tahu
membaca dan menulis dikehendaki mengajar kanak-kanak Islam
sehingga pandai untuk membebaskan diri mereka.

 Pendidikan fizikal : Rasulullah menggalakkan menunggang kuda,


memanah, berenang. “otak yang cergas terletak di badan yang
sihat”

 Menulis surat kepada Negara lain : Rasulullah telah


mengarahkan sahabat menyeru Islam kpd Raja Habsyah, Raja
Mesir dan Iraq. Raja Habsyah menerimanya dengan baik tetapi
yang lain memberi layanan yang buruk kepada utusan.

C. Kesimpulan

1. Dapatlah dikatakan kurikulum yang didedahkan oleh Rasulullah


sama ada di Mekah atau pun Madinah bertujuan melahirkan insan
yang sempurna dari segi fizikal dan spiritual agar memperolehi
kebahagian di dunia dan akhirat.

2. Kurikulum yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. ini kemudiannya


diwarisi oleh para sahabat termasuk pengumpulan dan pembukuan
al-Quran dan Hadis yang membawa kepada pengenalan ilmu tafsir,
usuludin, fiqah, dan sebagainya.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 172


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Gerakan Renaissance telah mencetuskan fahaman baru dalam


masyarakat Eropah. Huraikan serta bincangkan konsep aliran
individualisme dan sekularisme serta sumbangan aliran ini kepada
peradaban manusia.

A. Pendahuluan ( 3 markah)

1. Perkembangan intelektual mencapai tahap kemuncak pada zaman


Renaissance di Eropah yang memberi kebebasan kepada individu telah
menyebabkan timbul pelbagai fahaman. Antaranya termasuklah fahaman
individualisme dan sekularisme.
2. Kedua-dua fahaman ini berkembang dari abad ke-15 dan mempengaruhi
pemikiransebahagian masyarakat hinggalah kini.

B. Isi-isi Jawapan

1. Konsep Fahaman individualisme ( 3 markah)

a. Individualisme ialah fahaman untuk memberikan kebebasan kepada


individu menjalani kehidupannya.
b. Mula bertapak selepas berlakunya gerakan Renaissance.
c. Selalu disalahtafsirkan dengan mementingkan diri sendiri.
d. Perjuangannya adalah untuk membaiki taraf hidup diri dan masyarakat
tanpa adanya kongkongan untuk bebas dalam kehidupan.
e. Kebebasan yang diperjuangkan ialah kebebasan untuk menentukan corak
hidup sendiri tanpa diganggu oleh pihak lain.
f. Perjuangan ini bertentangan dengan amalan tradisi orang Eropah.
g. Fahaman ini berkembang di Bandar, contohnya Venice dan Lisbon. Mereka
lebih mementingkan material.
h. Perkembangan fahaman ini selaras dengan perkembangan bidang
ekonomi dan politik yang pesat di Eropah. Apabila sistem feudal merosot,
maka peluang untuk mendapatkan pekerjaan semakin bertambah
berdasarkan kemahiran.
i. Mengikut fahaman feudal, setiap individu itu akan terikat dengan peraturan
berdasarkan keahlian dalam mana-mana pertubuhan, kesatuan atau
jawatan tertentu dalam feudal.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 173


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Konsep Fahaman sekularisme.

a. Weber, seorang ahli falsafah Jerman menyatakan sekular bermaksud


melenyapkan ketakjuban (agama) daripada kehidupan. Friedrich Schiller
pula merujuk kepada Entgotterung yang bermakna menyahkan kekudusan
(kesucian) daripada kehidupan.
b. Masyarakat dianggap lebih bersifat rasional dan materialistik. Masyarakat
tidak lagi mementingkan nilai-nilai keagamaan.
c. Fahaman ini menentang semua agama. Golongan ini menganggap bahawa
segala sesuatu yang diperolehi adalah dengan usaha sendiri dan bukannya
kurniaan tuhan. Bagi golongan ini, soal agama hendaklah dipisahkan
daripada bidang-bidang lain.
d. Tokoh yang berpegang teguh dengan fahaman ini ialah Niccolo Machiavelli
melalui bukunya The Prince

3. Sumbangan aliran individualisme ( 7 markah)

a. Membahaskan tentang usaha-usaha uindividu untuk memperbaiki taraf


hidup diri sendiri dan masyarakat tanpa disekat atau dikawal oleh mana-
mana individu atau kesatuan atau pertubuhan seperti dalam zaman
feudal.
b. Kebebasan untuk melakukan apa sahaja asalkan mereka berkeinginan.
c. Salah satu cara untuk mencapai impian adalah melalui pendidikan.
d. Menerusi kemajuan sains dan teknologi, bidang seni telah melibatkan
golongan rakyat biasa untuk mendapatkan ilmu yang tinggi.
e. Manusia lebih mementingkan aspek yang berkaitan dengan manusia iaitu
benar-benar menyedari kebolehan dan potensi mereka dalam bidang yang
diceburi.
f. Penghasilan karya-karya oleh pelukis dan pengukir
g. Berlakunya pemujaan terhadap individu yang mempunyai kebolehan dan
kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Salah satu contoh ialah lahirnya
tokoh-tokohyang terkenal dalam bidang seni lukis dan seni ukir seperti
Leonardo da Vinci.
h. Dengan wujudnya fahaman ini persaingan antara individu untuk
mengumpulkan kekayaan semakin banyak.

4. Sumbangan aliran sekularisme.

a. Dari segi politik, fahaman sekularisme menyebabkan agama dipisahkan


daripada pemerintahan negera.
b. Sistem pemerintahan mesti bebas daripada agama dan gereja.
c. Golongan konglomeret dan bangsawan paling banyak terpengaruh dengan
fahaman ini.
d. Kehidupan di Bandar yang serba mewah menyemarakkan lagi fahaman ini
di kalangan masyarakat. Apabila segala apa yang dimiliki itu dianggap
sebagai hasil usaha mereka sendiri, maka pengaruh gereja semakin
merosot
e. Masyarakat dianggap lebih bersifat rasional dan materialistik. Masyarakat
tidak lagi mementingkan nilai-nilai keagamaan.
f. Mendesak semua lapisan masyarakat menimba ilmu sama ada berbentuk
pembelajaran kesusasteraan atau pengetahuan.
g. Masyarakat mula mengumpul harta dan kekayaan tanpa had

Panitia Sejarah Maktab Sabah 174


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. Kesimpulan.

1. Kemunculan fahaman sedemikian akibat gerakan Renaissance


2. Fahaman individualisme mementingkan pencapaian individu tanpa
memikirkan nasib orang lain dan menggalakkan manusia berusaha untuk
mendapatkannya.
3. Fahaman sekularisme menganggap kekayaan dan kemewahan adalah
usahanya sendiri dan memisahkan politik dengan agama. Bagi mereka
kejayaan yang dicapai adalah usaha manusia bukan bantuan Tuhan

2. Zaman Pembaharuan Yang Melahirkan Fahaman Humanisme. Apakah


Yang Dimaksudkan Dengan Fahaman Humanisme Dan Tunjukan
Bagaimana Aliran Pemikiran Itu Berkembang Di Eropah.

A. Pengenalan.

1. Latar belakang perkembangan Renaissance


2. Latar belakang Reformation.
3. Pembaharuan dan proses bagaimana munculnya fahaman humanisme.

B. ISI JAWAPAN ( 21 M )

Maksud Humanisme.

1. Satu corak pemikiran yang mula terbina pada zaman Renaissance dan
berkembang pada zaman pembaharuan. Fahaman ini memberikan
tumpuan kepada kepentingan peranan akal – fikiran, budi pekerti,
keintelektualan dalam mengatasi soal – soal yang terdapat di dunia
dan perlu mengutamakan kehendak manusia.
2. Manusia ada upaya untuk menentukan kesejahteraan mereka, sebab itu
mereka boleh hidup bahagia di dunia. Manusia perlu berusaha untuk
mengubah kehidupan mereka dan tidak boleh menerima sahaja nasib
malang mereka untuk mengharapkan kebahagiaan di akhirat.

C. Perkembangan Aliran Humanisme.

1. Fahaman ini muncul setelah cerdik pandai zaman Renaissance mengkaji


sastera Latin dan Yunani. Daripada situlah mereka mendapat gambaran
tentang kehidupan yang bebas daripada agama-agama yang telah
diwahyukan.

2. Tokoh-tokoh ekstrim menolak agama Kristian. Tokoh-tokoh awal seperti


Petrarch, Dante, Thomas Moore. Mereka berminat mengkaji tentang
manusia , idea-idea agung dan kesenian klasik.

3. Kemunculan idea dan pemikiran baru kesan daripada Renaissance iaitu


mencetuskan konflik agama yang membawa kepada pembaharuan.
Munculnya tokoh pembaharuan dalam Kristian dan fahaman humanisme
kian mendapat tempat berikutan pengaruh kedudukan golongan gereja.

4. Munculnya tokoh – tokoh Humanisme Agung sekitar tahun 1450 – 1550


seperti Erasman (1466 – 1531 ) St. Thomas ( 1418 – 1535 ) Nicolo

Panitia Sejarah Maktab Sabah 175


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Michiavelli ( 1467 – 1521 ) dan perkembangan fahaman humanisme. Ini


dikekalkan melalui pendidikan.

5. Orentasi keagaman kepada ilmu praktis dengan menumpukan pada sains


dan teknologi.

6. Kurikulum sekolah dan universiti memperolehi autonomi daripada


gereja.

D. Kesimpulan.

1. Sesungguhnya fahaman humanisme yang menekankan kepada kehidupan


praktis/ realiti manusia dan keyakinan terhadap upaya manusia membawa
kesejahteraan kepada kehidupan manusia mereka sendiri merupakan
pemikiran yang sangat berpengaruh dan diterima luas di Eropah.

2. Justeru , fahaman ini, timbul keyakinan baru dikalangan orang – orang


Eropah untuk keluar daripada kehidupan yang lama kepada kehidupan
yang baru dan berkeyakinan. Inilah yang menggerakkan manusia Eropah
kepada Revolusi sains, pertanian dan perindustrian dalam abad-abad
kemudiannya

Panitia Sejarah Maktab Sabah 176


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Bincangkan faktor yang mencetuskan perkembangan dan peningkatan


kegiatan intelektual dalam Zaman Graeco-Roman

A. PENGENALAN:

1. Kegiatan keintelektualan bermula sejak kemunculan pusat – pusat tamadun


manusia di Mesopotamia dan Mesir yang menyaksikan perkembangan
organisasi politik yang teratur, pertubuhan literasi akibat daripada
penciptaan sistem tulisan yang membolehkan pengumpulan pengalaman
manusia dan juga pengkhususan ekonomi yang mendorong segolongan
masyarakat beralih kepada pencarian ilmu untuk meningkatkan mutu
kehidupan manusia.
2. Pencarian ilmu biasanya terdorong oleh tujuan praktikal, iaitu untuk
menyelasaikan masalah dihadapi oleh manusia atau bentuk teoritis seperti
pemikiran falsafah yang menegaskan maksud wujudnya manusia dalam
dunia, hubungannya dengan tuhan atau dengan alam semula jadi.
3. Walaupun begitu haruslah diketahui bahawa jadar pertumbuhan ilmu tidak
seragan diantara tamadun tetapi berbeza dari tamadun ke tamadun.
Dikenal pasti beberapa faktor sejarah yang mempercepatkan pertumbuhan,
iaitu pertembungan tamadun – tamadun, peranan penaungan kerajaan dan
perubahan orde sosio – ekonomi dan politik yang memberikan suatu
suasana yang subur untuk pembinaan ilmu.

B. ISI – ISI PENTING.

1. Pertentangan Tamadun Rom Dengan Tamadun Yunani.

Fenomena ini berpunca daripada penaklukan negara kota Yunani berikutan


Perang Punic pada kurun ke – 3 Sebelum Masihi dan perluasan politik dan
ekonomi ke seluruh semenanjung Yunani. Kesan penaklukan terbayang
dalam pandangan ahli sejarah Rom bahawa Rome conquereal Greece But
captured Rom ini bermaksud kebudayaan Yunani tersebar luas ke empayar
Rom melalui perpindahan ramai sarjana Yunani ke Rom. Mereka terlibat
dalam pelbagai bidang intelektual seperti falsafah dan inovatif kepada latin
sehingga orang Rom menghasilkan karya – karyanya dalam bahasa
Yunani. Maka kebudayaan Rom mulai kurun ke –3 lebih dikenali sebagai
budaya Graeco – Rom.

2. Penaungan Golongan Patrician.

Dengan munculnya empayar yang berpusat di Rom, kekayaan dari


keseluruhan empayar telah mengalir ke bandar Rom. Golongan Patrician
Panitia Sejarah Maktab Sabah 177
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

yang terlibat dalam Senat, pentadbiran dan pelbagai instititusi kerajaan


mulai hidup dalam keadaan yang mewah. Mereka bersedia menjadi
penaung kepada ramai sarjana untuk meningkatkan kegiatan intelektual
dalam pelbagai bidang ilmu.

3. Penaung Kerajaan Rome

Kerajaan Rom yang berkait rapat dengan golongan patrician juga


menggalakkan kegiatan intelektual dengan penubuhan bayak pusat
pengajian dan institusi penyelidikan serta membiayai pembinaan projek –
projek besar untuk mertabatkan tamadun, budaya dan imej kerajaan Rom.
Para sarjana juga dilantik sebagai Senate dan gebenor wilayah – wilayah
Empayar. Maka melalui saluran – saluran pentadbiran, budaya Graeco –
Roman tersebar luas ke seluruh empayar.

4. Kemerosotan Sistem Kerajaan Republik.

Dalam sejarah tamadun manusia adalah ironis bahawa pergolakkan politik


dan perebutan kuasa seringkali mendorong para intelktual untuk
memikirkan semula institusi politik dan sosial yang sedia wujud. Di Rom
golongan intelektual seperti Livy juga mula mempersoalkan realiti politik
pada kahir zaman republik. Proses inkuri berjaya menjaga idea – idea baru
tentang masyarakat Rom dan institusi politik yang terbayang dalam
pelbagai bidang ilmu seperti undang – undang, persejarahan, geografi dan
seni. Tetapi berbeza dengan tahap awal kegiatan intelektual adalah
dipengaruhi oleh pemikiran baru telah menjadi suatu asas yang kukuh
untuk tahap keintelektualan pada zaman empayar yang bermula dengan
pemerintahan Maharaja Octaviers Augustus.

5. Pax Romana.

Suasana politik dan ekonomi telah berubah dengan permulaan


pemerintahan empayar pada kurun ke – 1 masihi. Selama dua kurun
kestabilan politik terjamin dengan penetapan sempadan empayar, sisten
pentadbiran yang licin dan wilayah – wilayah empayar tertakluk kepada
pengawalan rapi. Pemberontakan, perebutan kuasa dan serangan orang –
orang gasar walaupun berlaku tetapi tidak berjaya dibendung.

Dari segi ekonomi, Rom memasuki era yang makmur dengan


perkembangan perdagangan di dalam empayar dan juga perdagangan
antarabangsa. Pada keseluruhannya, pax Romana merupakan faktor
utama yang memberi sumbangan kepada pencapaian puncak
kecermerlangan budaya dan kegiatan intelektual Rom iaiatu zaman klasik.

6. Intergerasi Rakyat Empayar.

Di bawah Pax Romana perbezaan antara rakyat Rom dengan bukan Rom
kian menjadi lenyap. Rakyat empayar yang terdiri daripada pelbagai
bangsa, bahasa, budaya dan adat telah menjadi lebih homogenous dengan
pemberian kewarganegaraan kepada rakyat bukan rom dan perlaksanaan
undang – undang antarabangsa. Proses intergrasi membawa kepada
sintesis pelbagai unsur budaya dan pengalaman yang menjadi suasana
lebih subur untuk peningkatan kegaiatan intelektual di empayar Rom

Panitia Sejarah Maktab Sabah 178


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. KESIMPULAN:
Apa – apa sahaja yang berkaitan.

4. Apakah yang anda faham dengan konsep ilmu. Huraikan


perkembangan ilmu dalam tamadun Eropah sebelum Zaman Gelap.

A. Pengenalan

1. Istilah ilmu seerti dengan perkataan science dalam bahasa Inggeris. Istilah
science berasal dari perkataan Latin scio, scire yang bermaksud tahu .
Istilah ilmu dalam bahasa Arab alima juga bermaksud tahu.
2. Latar belakang tamadun Eropah iaitu tamadun Yunani dan tamadun Rom

B. Isi Jawapan

1. Konsep Ilmu

a. Mempunyai sistem dan kaedah tertentu dan dihasilkan melalui kajian atau
penyelidikan.
b. Ilmu terdiri daripada ilmu kuno dan ilmu moden. Ilmu kuno bergantung
kepada pancaindera manakala ilmu moden bergantung kepada
penyelidikan ilmiah
c. Sumber ilmu bagi ahli falsafah Yunani ialah akhlak, partisipasi politik dan
alam idea.
d. Logika menjadi adalah pemikiran analitis yang menjadi asas bagi ilmu
pengetahuan.
e. Ilmu bagi orang Cina ialah asas bagi perkembangan teknologi
f. Ilmu bagi Prf Syed Muhammad Naquib Al-Attas ditafsirkan sebagai
ketibaan makna mengenai sesuatu dalam diri seseorang dan sumber ilmu
adalah dari Allah dan manusia sebagai makhluk Allah harus berusaha
memperoleh ilmu dan memanfaatkan dalam kehidupan.
g. Pandangan Fadzullah Haji Shuaib mengatakan terdapat dua jenis ilmu
iaitu ilmu naqli yang dianugerahkan oleh Allah dan ilmu aqliyyah yang
diperolehi melalui penggunaan akal fikiran dan pancaindera.

Perkembangan Ilmu dalam tamadun Eropah sebelum Zaman Gelap.

Pencapaian bidang Falsafah

1. Dalam tamadun Yunani, Socrates,menekankan budi pekerti dan


mementingkan fikiran atau ilmu pengetahuan Kebenaran diperolehi dengan
cara menyoal dan pengetahuan beliau menumpu ke arah pembentukan
perwatakan manusia Bukunya Republic menerangkan golongan pentadbir
yang baik untuk sesebuah negara adalah ahli falsafah yang mempunyai
keperibadian yang baik dan cinta akan kebenaran
Panitia Sejarah Maktab Sabah 179
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Organisasi pendidikan dibahagikan kepada 3 iaitu rendah, menengah dan


tinggi pendidikan harus menghasilkan 3 golongan manusia iaitu Lehr, Nehr
dan Wehr
yang berdasarkan bakat dan kebolehan masing-masing.
3. Aristotle memperkenalkan konsep pemikiran secara teratur, tepat dan
berdasarkan hubungan sebab dan akibat menghasilkan buku Politics yang
menyarankan manusia mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan.
4. Dalam tamadun Rom pula mereka mementingkan konsep keadilan,
keberanian dan nilai-nilai mewah dan menekankan kesederhanaan dalam
hidup serta menolak cara hidup mewah.
5. Konsep kosmopolis stoicsm digunakan terhadap penjajahan Rom ke atas
bangsa-bangsa lain.

Bidang Matematik dalam tamadun Yunani

1. Menggunakan dua sistem nombor iaitu Herodualic dan Ionic.


2. kepentingan geometri dan bulatan yang dapat digunalan untuk mengukur
saiz kapal di laut
3. memasukkan unsur agama dalam setiap unsure nombor dan dapat
membersihkan jiwa dan untuk mendapatkan ketenangan.
4. Formula untuk mengukur isipadu dan seolah-olah sama dengan kalkulus
iaitu teknik pengiraan dengan meluas dalam bidang sains dan metematik.
5. Mamakala dalam tamadun Rom pula terdapat Penulisan karya matematik
dan geometri oleh Boethius dan Alccuin dijemput oleh Maharaja
Charlemagne untuk menasihati baginda dalam projek pendidikan.

Bidang Perubatan

1. Dalam Tamadun Yunani Amalan pembedahan secara saintifik dipelopori


oleh Alcamaeon. Doktor-doktor Yunani telah mngetahui fungsi-fungsi saraf
dan otak dengan cara memotong binatang dan membedah mayat
2. Mereka sudah mempunyai peraturan-peraturan tentang yang harus diikuti
oleh doktor yang dikenali sebagai ‘Sumpah Hipposrates’
3. Galen pula telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang anatomi
dan fisiologi dengan mengenali 7 pasang saraf kranial, injap jantung dan
dapat membezakan antara urat yang membawa darah ke arteri.
4. Manakala dalam tamadun Rom pula merekaMengaitkan perubatan dengan
konsep ketuhanan dan mengaitkan penyakit-penyakit dengan tuhan-tuhan
tertentu seperti Dewi Febris untuk demam, Tuhan Memhitis untuk bau
busuk, tuhan Uterine untuk peranakan wanita dan sebagainya.
5. Terdapat Dewi kesihatan yang mengawasi kesihatan rakyat dari kuil di
Qurinal
6. Lebih menekankan kawalan kebersihan dan kesihatan awam dengan
membina cloacae( parit bawah tanah) dan sistem saluran air.

Bidang perundangan

1. Dalam tamadun Yunani lebih mementingkan demokrasi melalui Dewan


perhimpunan yang merupakan badan perundangan yang mempunyai
kawalan penuh ke atas pentadbiran
2. Majlis pula membincangkan hal-hal penting dan melaksanakan keputusan
Dewan Perhimpunan
3. Majistret dan juri pula badan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan
yang diputuskan oleh majlis.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 180


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Membuat dasar dan menjatuhkan hukuman ditentukan oleh pendapat dan


suara ramai kerana tidak ada undang-undang bertulis yang khusus.
5. Bagi Tamadun Rom pula perundangan mereka lebih jelas dan dianggap
sebagai sumbangan yang besar terhadap dunia
6. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam undang-undang Rom yang
digunapakai sehingga hari ini ialah
i. Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang
ii. Seseorang yang didakwa bersalah hanya dianggap bersalah
sehingga kesalahannya dapat dibuktikan.
iii. Setiap individu diberikan perbicaraan yang adil.
iv. Hakim akan menjatuhkan hukuman berasaskan bukti yang
cukup dan sahih.
7. Istilah-istilah perundangan Rome masih digunakan sehingga sekarang
seperti prima facie, bonatide, harbeas carpus, alibi dan sebagainya.
8. Undang-undang Rom telah disatukan dan semua rakyat tertakluk kepada
undang-undang yang sama tanpa pilih kasih dan tidak ada diskriminasi ke
atas pesalah.

C. Penutup.

Kedua-dua tamadun ini memberi penekanan kepada ilmu dan berkembang dalam
semua aspek seperti falsafah, perundangan, matematik dan perubatan.
Sumbangan mereka sungguh bermakna kerana masih diguna sehingga sekarang.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 181


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Astronomi adalah cabang ilmu tertua dalam ilmu sains tabii. Jelaskan
sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir dalam bidang tersebut.

A. Pendahuluan:

1. Latar belakang Tamadun Mesopotamia dan Mesir


2. Maksud astronomi
3. Fungsi astronomi dalam kehidupan

B. Isi – isi penting

1. Sumbangan Mesopotamia
a. Penciptaan kalender lunar dan solar
b. Penulisan venus,catalog-katalog bintang dan ramalan tentang
gerhana bulan dan matahari.
c. Kajian tentang bentuk bumi yang leper dan ditutupi langit.

2. Sumbangan tamadun Mesir

a. Penglibatan golongan pendeta


b. Pengaruh keagamaan
c. Sistem kalender lunar dan solar
d. tokoh astronomi Mesir

Perkataan ‘astro ‘ adalah perkatan Yunani yang bermaksud perihal bintang.


Astronomi ditakrifkan sebagai ilmu mengenai agihan,pergerakan dan cirri
bintang dan cakerawala.Astronomi merupakan cabang ilmu sains tabii iaitu ilmu
yang tertua di dunia.Pada peringkat awalnya, ilmu astronomi digunakan untuk
mengira tahun,bulan, hari dan seterusnya mencipta kalendar.
Perkembangan dalam bidang astronomi bermula di selatan Mesopotamia
selepas pertengahan abad pertama sebelum Masehi.Mesopotamia
menggunakan kaedah matematik dalam mengkaji fenomena alam seperti
pergerakan planet,bulan dan perubahan dalam jangka waktu siang dan malam
kerana mereka percaya bahawa perubahan dalam alam semester
menyebabkan berlakunya rencana dan mempengaruhi kehidupan manusia.

Orang Mesopotamia juga telah mencipta kalender lunar dan solar yang
mempengaruhi sistem kalendar pada masa kini.Berdasarkan kalendar lunar,
setiap tahun terdiri daripada 12 bulan dan setiap
bulan mengandungi 29 atau 30 hari.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 182


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Kejayaan ahli-ahli astronomi Mesopotamia menetapkan tarikh dan masa


dengan menjalankan pemerhatian yang tepat dan penggunaan matematik
dalam merumuskan data .Mereka menggunakan peralatan-peralatan seperti
ghomon dan elipsydra. Peta kedudukan bintang dan zodiak pula digunakan
untuk mengetahui waktu. Selain itu merka telah membahagikan laluan matahari
dan planet kepada 12 seksyen dan setiap seksyen dibahagikan kepada 30
darjah.Ahli-ahli astronomi Mesopotamia juga telah menulis tentang
Venus.Menghasilkan katolog-katolog mengenai bintang dan meramalkan
bintang gerhana bulan dan matahari.

Bumi bagi ahli-ahli astronomi Mesopotamia berbentuk leper dan ditutupi


oleh langit.Matahari bergerak pada waktu siang, manakala bulan bergerak pada
waktu malam.Bulan membalikkan cahaya matahari dan tidak mengeluarkan
cahaya sendiri.Langit pula dipercayai mempunyai lapisan biru yang terbentuk
daripada batu permata berwarna biru.Sebagai pusat kajian ahli-ahli astronomi
Mesopotamia telah membina Ziggurat.
Dalam Tamadun Mesir ,golongan pendita Mesir memberi sumbangan
mengembangkan ilmu astronomi .Kajian astronomi telah dilakukan di rumah-
rumah berhala yang lengkap dengan perpustakaan dan peralatan.Maklumat-
maklumat tentang pergerakan matahari dan bintang diukir pada dinding rumah
berhala.Antara ahli astronomi yang utama dikenali sebagai Great Seer yang
bertugas untuk memerhati dan merekodkan pergerakan matahari dan bintang
yang telah menghasilkan kalendar.Sistem kalendar terbahagi kepada dua iaitu
kalender lunar dan kalender solar.

Oleh kerana golongan pendita terlibat dalam kajian astronomi ,maka


terdapat pengaruh keagamaan di sini.Orang Mesir percaya bintang-bintang
imperishable (tidak mudah dimusnah) dan The Unwerried. Terdapat 36 bintang
ditetapkan yang menerajui salah-satu daripada 36 hari dalam setahun.Satu hari
dikira daripada permulaan naik matahari pada pagi hingga naiknya matahari
keesokan harinya.Manakala waktu malam dibahagikan kepada 12 jam mengikut
edaran bintang dan waktu siang dibahagikan kepada 12 jam mengikut
perjalanan matahri.

Kedua-dua tamadun ternyata memerlukan ahli-ahli astronomi untuk


mengira tahun tahun,bulan,hari untuk mencipta kalendar.Kalendar diperlukan
dalam sistem pentadbiran Negara untuk menentukan musim menanam, menuai
dan sebagainya.

Kesimpulan: ( 2 markah)

1. Kepentingan ilmu astronomi


2. Keperluan kalender dalam sistem pentadbiran Negara.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 183


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

6. uraikan perkembangan ilmu matematik di China

A. Pendahuluan

1. Tamadun China telah memberi sumbangan besar dalam perkembangan


intelektual termasuklah bidang matematik.
2. Ramai tokoh matematik telah dilahirkan.
3. Ilmu matematik China berkembang lebih pesat berbanding dengan Eropah.

B. Isi-isi Jawapan

5. Penulisan kitab-kitab matematik


 Chou Pei Suan King dan Chiu Chang Suan Shu.
 Membincangkan tentang kalendar dan masa bayang-bayang.
 Cara-cara mengukur keluasan tanah.
 Mengira peratus dan kadar bijirin.
 Mencari sisi segiempat tepat.
 Mencari isipadu.
 Panduan taksiran cukai.

6. Kaedah pengiraan
 Menggunakan lidi buluh
 Mengenal angka positif dan negatif
 Mengenal angka sifar dan sistem perpuluhan

7. Aljabar
 Tokohnya Chin Chiu Shao – kitabnya Shu-Shu Chiu-Chang.
 Membicarakan tentang persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu
dan penggunaan aljabar dalan trignometri.

8. Siri matematik, pilih atur dan gabungan


 Segi tiga pascal dihuraikan oleh Chia Hsien dan Chu Shih-Chieh
 Kitab yang ditulis Ssu Yuan Yu Chieu dan Suan Hsueh Chi Meng.
 Perkembangan ini melampaui pencapaian matematik tamadun Eropah.

9. Aljabar Tinggi
 Diteruskan oleh Chu Shi Kie.
 Menulis kitab : Introduction to Mathematical Studies dan The Precious
Mirror of Four Elements.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 184


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

C. Kesimpulan

1. Perkembangan ilmu matematik mengalami kemalapan selepas Chu Shi Kie


2. Beberapa kaedah matematik tamadun China masih digunakan hingga ke
hari ini.

7. Bandingkan sumbangan Socrates dan Al-Kindi dalam bidang falsafah.

A. Pendahuluan

1. Ahli falsafah Yunani seperti Socrates lahir disebabkan sistem demokrasi.


2. Perkembangan falsafah skolastik Islam telah melahirkan ramai ahli
falsafah termasuk al-Kindi.
3. Socrates – dikenal sebagai Bapa Falsafah
4. Al-Kindi – nama sebenar – Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq, merupakan orang
yang pertama mendapat gelaran filosof dalam Islam

Isi-isi Jawapan (20 markah: 5 isi x 4 markah)

5. Manusia dan ketuhanan


 Socrates : Menyentuh kehidupan manusia dan menanam nilai
individualisme di jiwa masyarakat Athens.
 Al-Kindi : Manusia bersifat dualisme. Kemerdekaan yang kekal hanya
dapat dicapai dalam dunia akal budi (keamanan dan ketaqwaan kepada
Allah swt)

2. Pemikiran Kritikal
 Socrates : Ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui soal jawab (kaedah
dialektik). Beliau mengajar muda-mudi berfikir secara kritikal tentang diri
mereka. Beliau tidak menerima sebarang pandangan tanpa menyoal.
 Al-Kindi : untuk mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus
memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan
(akidah) dan ilmu tentang alam semesta (syarak dan akhlak)

2. Kehidupan bernegara
 Socrates : mengajarkan konsep demokrasi dan peranan pemerintah dalam
memelihara kebajikan rakyat.
 Al-Kindi : menekankan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan
rakyat dalam memberi pendapat.

5. Budaya intelektual
 Socrates : Mengasaskan cara berfikir kritikal dan kaedah dialektik.
 Al-Kindi : Menterjemah dan menghuraikan karya-karya klasik Yunani
termasuklah falsafah Socrates.

2. Karya

Panitia Sejarah Maktab Sabah 185


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Socrates : Tidak menulis ideanya tetapi dibukukan kemudian oleh


pengikutnya.
 Al-Kindi : Kitab Falsafah Ula, Madkhalul Manthiq, Al-Manazhirul Falaqiyah,
Al-Ghizda Wad Dawa Al-Muhlik, An Nafsu Jauharun Basithun, Ilmu Akhlak.

C. Kesimpulan.

1. Masyarakat hari ini mengiktiraf sumbangan kedua-dua tokoh


sebagai ahli falsafah ulung.
2. Hasil pemikiran mereka menjadi sumber rujukan dan asas
kepada perkembangan peradaban manusia hari ini.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 186


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

8. Jelaskan perbezaan sumber ilmu menurut tamadun Islam dengan tamadun


Barat.

A. Pendahuluan

1. Ilmu adalah pengetahuan yang diperolehi melalui kaedah-


kaedah dan syarat-syarat tertentu.
2. Ilmu dikaitkan dengan alima dari bahasa Arab yang bermakna
tahu.
3. Ilmu sama erti dengan perkataan science dalam bahasa
Inggeris. Istilah science berasal dari perkataan Latin scio, scire yang
bermaksud tahu.

B. Isi-isi Jawapan

Al-Quran
 Semua ilmu yang sebenar datang daripada Allah.
 Sumber-sumber itu wujud secara langsung melalui wahyu ataupun secara
tidak langsung melalui tanda-tanda alam.
Empirikal
 Pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman pancaindera yang
menjadi sumber pengetahuan yang utama dan sebenar.
 Tokoh yang mendukung – Demokritos dari Yunani.
 Tokoh zaman moden – John Locke dan Aguste Comte
Akal
 Menurut Imam al-Ghazali, akal terbahagi kepada dua: aqli dan fikri.
 Beliau meletakkan akal di bawah martabat roh, tetapi masih menyanjung
peranan akal.
 Menurut al-Ghazali, akal adalah ‘dacing kebenaran (Tuhan)’ (mizan al-haq)

Rasionalisme
 Tokoh Aristotle : Menekankan bahawa akal fikiran adalah sumber utama
untuk memperoleh pengetahuan hakiki.
 Menurut beliau ilmu bertolak daripada usaha-usaha akal yang membawa
kepada rumusan yang bersifat deduktif.
 Aliran ini dikembangkan oleh Descartes, Spinoza dan Leibniz.

Alam

Panitia Sejarah Maktab Sabah 187


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Ibn Rusyd mengaitkan sumber ilmu dengan hukum dan peraturan alam
nyata yang dicipta dan dipelihara oleh Allah serta membezakan antara
alam ghaib atau fungsinya.
 Ilmu Allah dan ilmu manusia tidak dapat dibezakan.

Pandangan Barat
 Menurut Plato : Alam bentuk kekal menjadi objek ilmu manakala ilmu yang
unggul ialah bentuk kebaikan.
 Kebaikan yang dimaksudkan disebut sebagai akhlak.

C.Kesimpulan

4. Menurut sarjana Islam, manusia tidak mempunyai kemampuan


untuk mencapai tahap pengetahuan melebihi wahyu.
5. Sumber berasaskan wahyu adalah mutlak kerana ia daripada
ilham yang diberikan oleh Allah.
6. Bagi sarjana Barat, ilmu hanya dibatasi oleh kemampuan akal
dan fikiran manusia semata-mata.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 188


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

9. Bincangkan pelbagai jenis aliran pemikiran baru yang muncul


di Eropah kesan daripada perkembangan intelektual sehingga abad ke-
18M.

A. Pendahuluan:

1. Perkembangan intelektual mencapai kemuncak di Eropah pada


zaman Renaisance, garis zaman lama dan moden.
2. Idea utama memungkinkan Eropah mencapai pelbagai aliran
politik, ekonomi dan sosial.Gerakan Renaisance membuka kepada
kelahiran aliran pemikiran baru.

B. Isi – isi penting

1. Humanisme

a. Ahli akademik mengkaji tentang manusia, idea-idea agung dan kesenian


klasik yang mementingkan kehidupan di bumi nyata.
b. Tokoh terkenal ialah Petrarch (1304-1374) dan Dante(1265-1321).
c. Masyarakat Greek dan Rom mementingkan dunia nyata.
d. Penulis-penulis Humanisme seperti Eremus melalui karya Prasie of Fully
mendedahkan hipokrasi pemerintah dan gerejadan mengkritik kehidupan
berpura-pura paderi dan Thomas More melalui Etopia menganjurkan
kesamaan pada semua.

2. Individualisme

a. Usaha-usah individu membaiki taraf hidup sendiri yang bertentangan


dengan falsafah zaman pertengahan di mana status sosial seseorang
bergantung kepada keahlian dalam pertubuhan atau jawatan tertentu dlam
sistem feudal.
b. Nilai-nilai individualisme dapat diperhatikan di bandar Itali zaman
Renaisance.
c. Aliran ini manusia mementingkan perkara-perkara berkaitan manusia di
Itali.
d. Idea-idea individu zaman ini adalah individu menyedari potensi dan berjaya
dalam segala yang diceburi.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 189


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Sekularisme

a. Kehilangan atau kekurangan pengaruh agama dan pentadbiran


atau perkembangan pengaruh kebendaan yang bertapak di bandar Itali
pada zaman Renaisance apabila nilai-nilai kesederhanaan mempengaruhi
masyarakat zaman itu.
b. Sekularisme adalah kecenderungan mengejar keseronokan dan
kebahagiaan dan kebebasan bertambah dari segi sains,ilmu pengetahuan
dan nilai.
c. Penekanan ke atas ukuran emprisi serta ukuran yang berkaitan
dengan kecekapan duniawi ,kesedaran mengenai kebolehan dan kuasa
menerusi terhadap alam
d. sekitar dan masyarakatnya, berkurangnya kuasa dan pengaruh
badan agama terhadap kehidupan manusia dan pemisahan agama dari
segi politik dan agama.
e. Berkurangnya kuasa dan pengaruh badan-badan agama terhadap
kehidupan manusia.Pemisahan agama dari politik dan kerajaan.

4. Rasionalisme

a. Lahir dari Revolusi Sains abad ke-15M yang menekankan segala


kegiatan di dunia boleh dianalisis dan diubah melalui tindakan manusia.
b. Percaya bahawa alam semulajadi harus dikuasai dan tunduk
kepada tujuan manusia.
c. Boleh diertikan kaedah teknikal yang cuba mencari jawapan
kepada masalah manusia melalui kaedah observasi,klasifikasi dan
percubaan.
d. Kepercayaan kepada akal fikiran membawa penemuan baru seperti
Hukum Graviti oleh Issac Newton (1665M). Penyelidikan kini berasaskan
percubaan, logik dan ilmu matematik.Keupayaan manusia memulakan
Zaman Kewarasan (Age of Reason) untuk abad ke-18M.

5. Nasionalisme

a. Wujud pada abad yang ke-15M setelah Revolusi Perancis.Satu


keadaan kesetiaan keseluruhan adalah kepada negara bangsa .
b. Tiga ciri utama ialah manusia terbahagi kepada bangsa berlainan
yang berhak membentuk negara sendiri,dalam negara dibentuk kedaulatan
terletak di tangan rakyat dan kesetiaan utama rakyat kepada negara
bangsa.
c. Negara bangsa di Eropah abad ke-15M mewakili ciri-ciri
kebangsaan iaitu berasaskan satu bangsa,satu bahasa, satu
kesusasteraan dan kesedaran kebangsaan.
d. Umumnya bermaksud cinta kepada negara dengan objektif
kebenaran politik dan kemajuan ekonomi.

6. Absolutisme

a. Max Beloff- Zaman absolutisme (pemerintah mutlak) yang


dipengaruhi gerakan Renaisance yang menyemai nilai individualisme
sekularisme dan humanisme membawa kemunculan negara bangsa dan
pengurangan kuasa gereja.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 190


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Pemerintah mendapat mandat daripada tuhan (Divine Origin)


mendukung prinsip Tuhan mencipta negara adalah tugasnya menyelamat
manusia dari kemusnahan dan menghantar pembantu untuk memerintah
manusia dan pemerintah agen Tuhan di mana rakyat harus tunduk.
c. Sistem pemerintahan mutlak dapat dilihat di England di bawah
pemerintahan James II (1685-1688) dan di Perancis di bawah Louis
X1V(1643-1715M)

C. Penutup

1. Kebanyakan aliran ini tidak dapat bertahan lama .Pada abad yang
ke-17 dan ke-18M, raja-raja Eropah memperalatkan agama untuk
kedudukan istimewa untuk mereka dalam upacara-upacara agama yang
didukung oleh kerajaan.

2. Pada abad yang ke-18 , Teori Kontrak Sosial, Reusseau


mendokong falsafah kedaulatan rakyat dan suara rakyat mengganti suara
tuhan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 191


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

10. uraikan sumbangan tamadun India dengan tamadun China dalam bidang
perubatan yang memberikan kesan kepada perubatan moden hari ini.

A. Pendahuluan.

1. Ilmu perubatan adalah amat penting untuk pembangunan


tamadun manusia. Bidang perubatan telah pun wujud pada zaman
kemunculan tamadun awal seperti tamadun India dan China.

2. Sumbangan kedua-dua tamadun dalam bidang ini telah


memanfaatkan manusia dan juga memberi kesan perubatan moden pada
hari ini.

B. Isi jawapan

Perubatan India
1. Teks-teks ilmu perubatan India terdiri daripada ikhtisar yang dikarang oleh
Carvaka dalam abad pertama dan ke-2 M dan Susrata pada abad ke-4M
2. Teks-teks awal ini mempunyai persamaan dengan teks-teks perubatan
Yunani yang dikarang oleh Hippocrates dan Galen.
3. Dalam beberapa aspek, ilmu perubatan India mencapai kemajuan yang
tinggi berbanding ilmu perubatan Yunani.
4. terdapat 3 faktor yang menggalakkan perkembangan ilmu perubatan iaitu
peningkatan minat dalam fisiologi menerusi yoga, pengalaman mistik dan
ajaran Buddhisme.
5. Hubungan antara doktor India dengan doktor Helinestik juga menggalakkan
perkembangan dalam bidang perubatan.
6. Selepas abad ke-4M, berlaku perkembangan dalam penggunaan ubat-
ubatan seperti candu dan sarsaparila yang diperkenalkan oleh doktor-
doktor Arab.
7. Ilmu perubatan India berasaskan doktrin Humor yang menekankan
keseimbangan 3 bendalir asas dalam badan iaitu angin, duktus hempedu
dan mukus
8. Selain 3 bendalir tersebut darah dianggap humor ke-4.
9. Terdapat 5 angin (vayu) yang menentukan badan berfungsi dengan baik
iaitu

Panitia Sejarah Maktab Sabah 192


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a) Udana- udara di bahagian kerongkong yang berperanan dalam


pernafasan dan menelan makanan
b) Samana- udara yang membantu menghadamkan makanan dalam
perut
c) Apana- terletak dalam abdomen dan membantu dalam
pengumuhan dan pembiakan.
d) Vyana- membantu peredaran darah.
10. Ahli-ahli perubatan India klasik mahir dalam caesarean dan mengetahui
tentang sistem saraf iaitu saraf tunjang.
11. Pengetahuan mengenai pembedahan bermulasejak zaman Gupta dan
pembedahan dijalankan bagi pembedahan mata, tulang dan hidung
12. Pembedahan plastik bagi memulihkan kecacatan pada hidung, telinga dan
bibir juga dijalankan pada zaman klasik
13. Ubat-ubatan dihasilkan daripada produk haiwan, tumbuh-tunbuhan dan
bahan mineral
14. Terdapat 760 jenis tumbuh-tumbuhan yang berguna sebagai penawar
racun atau makjun
15. Dalam bidang anatomi orang India mempunyai ilmu tentang organ seperti
buah pinggang, jantung dan perut.
16. Doktor-doktor di India juga mengamalkan tanaman cacar untuk mencegah
penyakit campak yang diamalkan sejak 550M.
17. Kewibawaan perubatan India dibuktikan melalui penulisan 4 buah kitab iaitu
Charvaka, Atriya, Susrata dan Vagbhata

Perubatan China

1. Dokumen terawal yang mengandungi maklumat mengenai


perubatan tradisional China adalah Huang-ti Nei-Ching yang ditulis pada
abad ke-3M.
2. Perubatan China menggunakan konsep Yin(Kuasa pasif) dan Yang
(kuasa aktif). Keseimbangan kedua-dua kuasa yang bertentangan
menandakan seseorang itu adalah sihat
3. Manusia dianggap sebagai mikrokosmos yang mempunyai sistem
peredaran angin, udara, panas dan sejuk yang tersendiri.
4. terdapat 2 sistem peredaran dalam tubuh manusia iaitu sistem
peredaran darah dan sistem peredaran angin.
5. Gangguan pada peredaran angin dapat dibetulkan melalui kaedah
akupunktur yang dipraktikkan sejak tahun 600SM.
6. Kewujudan idea tentang sistem peredaran darah muncul pada
abad pertama Masehi semasa Dinasti Han.
7. Orang Cina menggunakan 3 cara untuk merawat penyakit iaitu
materia medica, moksibusi dan akupunktur
8. Li Shih Chen ialah ahli farmakologi yang menyumbang kepada
penghasilan 5 trisis berkaitan dengan cara-cara diagnosis, penyakit
campak, ubat ginseng, artimesia dan stigmologi.
9. Buku-buku yang dikarang oleh beliau yang berjudul Pen-Tsao-
Kong-Mu atau Farmakopoei Bersistem merupakan ensiklopedia tentang
mineralogi, kaji logam, botani dan zoologi.

Kesimpulan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 193


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Berdasarkan huraian di atas, tidak dinafikan bahawa tamadun


India dan China mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang perubatan
masing-masing, sesetengah kaedah rawatan seperti teknik pembedahan
yang dilakukan oleh doktor-doktor India masih diamalkan oleh para doktor
moden pada hari ini, walau bagaimanapun kaedah tersebut telah diperbaiki
untuk menyesuaikan kegunaannya.

2. Walaupun kaedah perubatan yang diamalkan oleh kedua-dua


tamadun ini adalah berbeza tetapi mereka mempunyai kaedah rawatan
tersendiri untuk menyembuhkan pelbagai penyakit

11. Syeikh al-Islam Ibnu Tamiyah tokoh reformasi Islam yang terkemuka.
Nilaikan faktor-faktor kemunculan dan perjuangannya pada abad ke-8H

A. Pendahuluan (3 markah)

1. Latar belakang Ibnu Taimiyah

2. Peranan beliau dalam mengerakkan reformasi

B. Isi (20 markah)

1. Faktor-faktor kemunculan

a. Serangan tentera Mongol di Timur dan Perang Salib – Ketamadunan Islam


Baghdad jatuh, kesan ekonomi dan politik-kesan psikologi dan pemikiran.
b. Muncul mazhab-mazhab – taksub kpd mazhab – zaman taklid- ketandusan
ilmu dan pemikiran
c. Kemunduran umat Islam- punca lupa al-Quran dan Hadith-leka kemewahan
hasil sikap pemerintah-munculnya Ibnu Taimiyah dan Ibnu Khaldun betul
keadaan.

2. Perjuangan Ibnu Taimiyah

a. Mengecam amalan bidaah-menziarahi kubur,pemujaan gol wali,


membayar niat-ditentang gol tasawuf Mesir-dipenjara
b. Pembersihan pengaruh pemikiran Yahudi-benteras syirik, kecam
gol Wujudiyah teori tuhan dan alam termasuk manusia satu.
c. Hasilkan kitab- nyatakan kitab-kitabnya- menjawab permasalahan
dan tentangan terhadapnya.
d. Mengkritik dan bidasan gol Tasawuf-diadili oleh ulama-sebar ajaran
bertentangan Ahli Sunnah- tidak hadir
e. Dipenjara-kali kelima-meneruskan perjuangan dalam penjara
dengan mengarang buku
f. Meninggal dalam penjara pada tahun 726 Hijrah-usia 67 tahun

Panitia Sejarah Maktab Sabah 194


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

g. Idea dan perjuangan –pengaruhi gol reformasi Islam dan tokoh-


tokoh Islam
h. Lahirnya tokoh Islam di Mesir dan Tanah Melayu serta alam
Nusantara.

C. Penutup

a. Perjuangan dan kelantangan kritikan Ibnu Taimiyah menyebabkan


beliau dianggap sebagai imam mujtahid dan reformasi Islam yang unggul.
b. Kehebatan beliau diminta memberi fatwa supaya Islam
dikecualikan berpuasa dalam perang

12. Pertembungan antara keintelektualan Islam dengan tamadun


Eropah telah memberikan sumbangan yang besar dalam pencapaian
tamadun dunia. Huraikan pernyataan di atas.

A. Pendahuluan (3 markah)

1. Sebelum kelahiran Nabi-wujud tamadun seperti


Mesopotamia,Eropah,China dll
2. Pengaruh Islam tersebar ke China pada zaman Bani Umaiyyah dan Bani
Abbasiyah dan berlaku pertembungan.
3. Saluran spt perniagaan,diplomatik,penjajahan,kebudayaan dan pusat
pengajian

B. Isi – isi penting

1. Agama Islam-akidah, pembentukan akhlak dari segi kejujuran dan


keikhlasan-undang-undang syariah-asas keamanan iman dan amal-
pembentukan ihsan-pengaruh Islam ke Eropah.
2. Falsafah dan pemikiran-bebas pemikiran oarang Eropah-doktrin
Kristian-fahamn Humanisme-adab ke-13-tokoh Islam-al-Farabi,Ibu
Rushd-konsep diguna di Barat.
3. Ekonomi-pekilangan-pedagangan-perindustrian-muamalat-tokoh
Ibu Baytar dan al-Ghafiqi
4. Perubatan-Al-Razi-rujukan-kimia
5. Matematik-Eropah ke Andalusia-cari kepakaran-Adelard-terjemah
karya al-Khawarizmi-teori gemotri.
6. Astronomi- Karya
7. Pertanian- Botani-kincir angin
8. Bahasa dan kesusasteraan-karya arah terjemah-bahasa Eropah-
Istilah
9. Pelayaran- tokoh pelayaran

Panitia Sejarah Maktab Sabah 195


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

10. Ketenteraan-teknik peperangan zaman Rasullah

C. Kesimpulan

Banyak intelektual Islam-Eropah-nilai murni-dimanfaatkan di Barat-


kelahiran era penjajahan-kapatalisme dan imperialisme

13. Nilaikan sumbangan kota Baghdad yang memainkan peranan penting


dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan ketamadunan Islam

A. Pendahuluan
1. Intelektual bererti golongan cerdik padai atau golongan terpelajar
2. Daya pemikiran golongan intelektual melahirkan pelbagai ilmu dan
teori yang mengubah ketamadunan manusia.
3. Bidang yang diteroka ialah ilmu sains tulen,sains sosial dan lain-
lain lagi.
4. Perkembangan ilmu pengetahuan semasa zaman pemerintahan
Bani Abbasiyah lebih maju ditambah lagi peranan Kota Baghdad yang
menjadi pusat penyebaran ilmu dan tamadun Islam.

B. Isi – isi penting

1. Sumbangan ilmu

a. Zaman keemasan Bani Abbasiyah ialah apabila Kota Baghdad


dijadikan pusat penyebaran ilmu pengetahuan yang penting.Kegiatan ilmiah
berkembang dengan pesat dengan kegiatan penulisan dan terjemahan.

b. Hubungan diplomatik dan perdagangan merancakkan lagi


perkembangan intelektual dengan dunia luar seperti Eropah, China dan
India.

c. Tokoh intelektual seperti Umar Khayyam menyumbang dalam


bidang astronomi.Hasilan beliau yang terkenal ialah kalender dan astrologi.

d. Dalam bidang falsafah kelahiran Ibn Sina, al-Farabi dan al-Khindi


telah mengharmonikan falsafah Yunani dan falsafah Islam.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 196


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

e. Bidang perubatan, karya-karya al-Razi seperti al-Hawi telah


diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.Bukunya al-Asrar dijadikan rujukan
di Eropah dalam bidang kimia.Ibn Sina, tokoh perubatan Islam yang
termasyhur menghasilkan karyanya berjudul al-Qanun

f. Tokoh dalam bidang geografi ialah Re’is dan Haji Khalifah bekas
laksamana tentera laut. Piri Re’is ialah pakar kedudukan geografi kawasan
pantai Laut Mediterranean. Manakala Haji Khalifah menyumbang dalam
penghasilan satu kosmografi yang berjudul World Survey tetapi tidak
disiapkan.

g. Khawarizmi terkenal dalam bidang matematik dan algebra.


Karyanya, al-Jabar wa al-Muqabalah telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin dan diajar di universiti-universiti di Eropah.

h. Beberapa tokoh Barat yang terpengaruh dengan karya Khawarizmi


ialah Master Jacob, Leonardo dan Fibonanci.

C. Penutup

Apa-apa sahaja yang berkaitan

14. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan pelbagai


mazhab dalam Islam.

A. Pengenalan
1. Pengertian mazhab
2. Aliran-aliran mazhab yang penting

1. Faktor Perkembangan Mazhab

a. Perbezaan ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman di kalangan


mereka. Disamping itu tidak semua umat Islam yang hidup sezaman
dengan Nabi Muhammad S.A.W. dapat bertemu baginda dan mendengar
semua hadis daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan perbezaan
pendapat antara mereka, khususnya penduduk luar Madinash yang tidak
pernah bertemu dengan Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman
Rasulullah maka perselisihan dan perbezaan itu semakin ketara.

b. Pengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani


Umaiyah telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran
politik di kalangan penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya
ialah berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada
kelahiran mazhab Khawarij dan mazhab Syiah.

c. Pengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah


al-Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan buku-buku
falsafah Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk
menimba ilmu pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Trtapi akhirnya
falsafah Yunani yang banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 197


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

kelahiran mazhab Muktazilah yang juga menggunakan akal fikiran dalam


mengintrestasi hukum dan akidah Islam.

d. Semangat Assabiyah Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah


menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk
menyatukan umat Ioslam Walau bagaimanapun semangat Assabiyah
timbul semula ketika perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin
umat Islam. Perselisihan berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan
penyokong Ali. Pada zaman Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin
menyala yang menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan di
anatara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.

e. Pengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam.


Selepas pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama
lain memeluk agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan
Majusi. Mereka memeluk agama Islam dengan membawa ajaran dan
amalan keagamaan mereka. Antaranya mereka memasukkan dalam akidah
Islam perbahasan ilmu Kalam tentang konsep ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat
Allah.

f. Membincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akal setelah tersebarnya


pemikiran falsafah di kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah
menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang
berada di luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann
sifat-sifat Allah dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping
kekuatan Tuhan. Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini
telah membuka pintu perselisihan yang luas kepada ummah.

g. Perebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan ummah


daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-
masing berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas
kewafatan Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang
siapakah yang lebih berhak menjadi khalifah
h. Ayat-ayat Mustyabihat yang telah membawa kepada perselisihan ulamak
dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak
hingga tahap kafir menkafirkan antara satu sama lain.

C.Kesimpulan

Perselisihan umat Islam dan kemunculan pelbagai mazhab bermula setelah


kewafatan Nabi Muhammad s.a.w .Kemunculan pelbagai mazhab ini jyga telah
memberikan kesan positif dan negatif terhadap perkembangan Islam secara
keseluruhannya.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 198


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

15. Jelaskan sumbangan Islam terhadap ketamadunan masyarakat Alam


Melayu.

A. Pengenalan

1. Pengenalan tentang Islam


2. Teori kedatangan Islam
3. Latar belakang masyarakat rantau Asia Tenggara sebelum dan selepas
Islam.

B. Isi Jawapan

1. Akidah, kepercayaan dan ibadat : unsur-unsur rasionalisme


menghapuskan fahaman animisme dalam (hindu). Hukum fardhu ain dan
fardhu kifayah. Keesaan Allah sebagai pencipta dan manusia makhluk
ciptaannya.

2. Sosial : Semua manusia berasal dari Nabi Adam dan sama di sisi Allah,
Ukhwah Islamiah, tolong menolong , menjaga maruah. Amalan nilai akhlak
mulia- menutup aurat, penggunaan nama Islam, penggunaan kalendar
tahun hijrah, berkhatan, bernilah dan sebagainya.

3. Politik :
 konsep raja bayangan Tuhan digantikan dengan konsep
Sultan sebagai ketua negara,
 Islam sebagai agama rasmi
 Semangat jihad dan kesepaduan ummah

4. Perundangan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 199


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut


Melaka
 Hukum kesalahan mencuri, berzina, membunuh, peraturan
perkahwinan, harta pusaka.

5. Ekonomi
 rajin bekerja mencari rezeki yang halal dan haram
 larangan mengemis
 konsep berusaha , berdoa dan bertawakkal
 sedekah, zakat, wakaf dan lain-lain
 perdagangan, pertanian dan lain-lain

6. Ilmu pengetahuan
 kewajiban menuntut ilmu seperti dalam al-Quran dan al-
hadis
 jenis-jenis ilmu
 tokoh intelektual –ibnu –Taimiyah/ ibnu Khaldun

7. Lahirnya pusat-pusat pengajian tinggi


 di Melaka, Achen dan Pulau Jawa
 Tahap-tahap pendidikan
 Pondok/ surau/masjid/ pasenteran

8. Tokoh/ sastera
 Kitab sastera Melayu berunsurkan Islam seperti Hikayat
Acheh, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat
Hang Tuah dan lain-lain
 Lahirnya tokoh tempatan dengan hasil karya seperti :
 Nuruddin al-Raniri – Bustan al-Salatin
 Shamsudin al-Sumaterani – Kitab Mir’at al-Muhhaqqiqin
dll
 Abdul Rauf Singkel – Kifayat al- Muhtajin dll
 Syeikh Ismail Fatani – Kifayat al- Muhtadi dll

9. Falsafah dan tasawuf


 Bidang aqliyah, pemikiran dan rasionalisme
 Tiada membincangkan alam mitos, dewa- dewi
 Tokoh – Hamzah Fansuri, Shamsudin dll

10. Estetika / Moral


 Moral dan akhlak, lingkungan keluarga, guru adab di dalam masjid,
ihsan kepada haiwan dan tanaman dll

11. Bahasa
 Memperkayakan perbendaharaan kata Melayu dengan istilah Arab
seperti zalim, madrasah, nikmat, alim ulama dll
 Tulisan jawi - tulisan al-Quran

12. Kesenian
 Tulisan khat, seni bina dan seni ukir

C. Kesimpulan

Apa-apa sahaja yang berlkaitan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 200


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

16. Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun adalah


antara khalifah kerajaan Abbasiyyah yang sangat terkenal dalam bidang
perkembangan ilmu pengetahuan. Bincangkan peryataan ini.

A. PENDAHULUAN.

1. Latar belakang Harun Al – Rashid.

a. Dilahirkan pada 145 Hijrah di Al – Ray.


b. Memerintah dari tahun 170 H hingga 193 H ( 786 – 808 Masihi ).
c. Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran.
d. Pintar, mencintai ilmu pengetahuan.

2. Latarbelakang Al – Makmum.

a. Putera HAR.
b. Usia 13 tahun dilantik menjadi Putera Mahkota.
c. Memerintah pada tahun 198 H hingga 218 Hijrah.
d. Amat mencintai ilmu pengetahuan terutamanya falsafah bertaraf
Sarjana.

B. ISI – ISI PENTING.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 201


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. HAR membina , sekolah, dan membina Baitul Hikmah – Perpustakaan yang


dimuatkan dengan beribu-ribu buku karya penulis tempatan dan luar
negeri...

2. Membina Pusat cerap bintang di Damsyik dan Baghdad.

3. Ilmu – ilmu agama, tafsir, hadis, feqah dan syair – syair.

4. Ilmu tafsir membuat kepada aspek tatabahasa, kisah raja, sifat – sifat Allah.

5. Ilmu Hadis : ilmu yang membicaran tentang hadis dan sunnah Nabi tentang
hokum islam

6. Ilmu Feqah : menghurai kepada penilaian sumber bukan batas – batas


penggunaan akal dan hadis serta pemakaian Istilah bahasa.

7. Ilmu kalam : berlaku perdebatan tentang dosa besar yang dibangkitkan


oleh Kaum Khawarij akhirnya melahirkan aliran Murjiah dan Muktazilah. Al
– Makmum mengambil sikap sederhana dengan mengisytiharkan alran
Murjiah sebagai agama raja – raja dan mengisytiharkan sebagai mazhab
negara..

8 Muzik : Ishak bin Ibrahim “Bapa Muzil Klasik Arab. Hunain bin Ishak ( bukan
Islam ) menterjemah buku – buku muzik karya Galen dan Eucled. Dinanugi
oleh Harun Al – Rashid. Istana menjadi pusat himpunan pemuzik.

8. Sains : fizik, kimia karya Aristottle dan Galen diterjemah ke dalam bahasa
Arab dan Parsi.

9. Falsafah : Karya Aristotle.

10. Sastera : Karya Plato telah diterjemahkan dalam bahasa Parsi dan Arab.
Terdapat syair – syair aliran baru karya Abu Nuwas yang bertemakan
‘Cinta’ dan ‘Perjuangan Islam’

11. Penulisan Khat : Al – Rayhani adalah pengasas ilmu khat. Ciri – ciri ada
kehalusan dan Kecantikan dengan karya sebelum zaman mereka .

12. Astronomi dan astrologi : Karya Yunani dan India diterjemahkan kedalam
bahasa Parsi dan Arab.

13. Penubuhan kilang – kilang kertas pertama oleh Harun Al – rashid pada
tahun 794 masihi. Di Baghdad atas daya usaha al – Fadzil Ibny Yahya iaitu
Wazir, karya – karya penulisan ilmu pengetahuan dipergiatkan lagi.

C. KESIMPULAN. (2m)
Apa – apa yang berkaitan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 202


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

17. Jelaskan mengapa kegiatan dan perkembangan ilmu pada zaman Harun
Al-Rasyid adalah lebih jauh maju dari zaman Charlemagne di Eropah
Barat.

A. PENDAHULUAN :
1. Tahap pencapaian ilmu dan kegiatan intelektual adalah bergantung banyak
kepada suasana politik, ekonomi dan sosial yang wujud pada sesuatu titik
atau zaman. Charlemagne, semasa pemerintahannya, berjaya
mengembangkan Aachen sebagai pusat intelektual sehingga ahli sejarah
pernah menyifatkan The Carolingiu Renaissance. Walaupun begitu,
perkembangannya adalah terhad dan terkongkong oleh halangan ekonomi
dan kadar literasi yang rendah. Sebalinya, perkembangan ilmu di Baghdad
semasa Harun Al – Rashid telah mencapai tahap kecemerlangan
berasaskan kemakmuran ekonomi di seluruh empayar islam dan juga
kestabilan politik. Inisiatif pemerintahnya tidak mencukupi. Usahanya
haruslah disokong oleh latar belakang politik, ekonomi dan sosial yang
subur dan sesuai untuk peningkatan ilmu dan aras keintelektualan sesuatu
negara/empayar.

2. Latarbelakang Khalifah Harun Al – Rashid.

B. ISI JAWAPAN

1. Warisan ilmu
a. Zaman Charlemagne tidak mempunyai warisan literasi dan
keilmuan. Literasi dan pendidikan pada masa itu terhad kepada
Gereja dan golongan paderi – paderi sahaja. Akibatnya semua
Panitia Sejarah Maktab Sabah 203
Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

kegiatan ilmu dan pengetahuan berkait dengan hal ehwal agama


Kristian sahaja. Ilmu sejarah, falsafah dan teologi tertakluk kepada
kepentingan agama Kristian dan gereja.

b. Pengajian ilmu sekular langsung diabaikan. Berbanding dengan isu


literasi di Eropah barat, Baghdad pada kurun ke – 9 Masihi telah
mewarisi satu tradisi literasi dalam bahasa Arab dan
pertumbuhan ilmu sejak pemerintahan Khalifah Umaiyyah.
Tamadun Islam dari Arabia dan Levant ke baghdad agama Islam
yang dapat menampung pelbagai kebudayaan asing – Hellenistik,
Parsi, Kristian dan yahudi. Maka Cosmopolitanisme memang
menjadi satu faktor meningkatkan perkembangan ilmu semasa
harun Al - Rashid.

2. Penterjemahan Karya
a. Zaman Abbasiyyah menyaksikan penterjemahan karya – karya
Plato, Aristotale, Euclid, Galen dan lain – lain ke dalam bahasa
Arab yang pada masa itu dijadikan bahasa perantara atau lingua
franca di seluruh Asia barat. Sekolah dan pusat pengajian tinggi
diwujudkan di seluruh empayar.

b. Berbanding dengan zaman Charlemagne, Bahasa Latin dianggap


kepunyaan gereja dan Padri – padri dan tidak digunakan meluas
dikalangan rakyat bawahan.

3. Ekonomi
a. Pemerintah – pemerintah Abbasiyyah menikmati kekayaan dan
kemakmuran yang berpunca daripada cukai tanah, sumber tenaga
manusia yang besar, pertanian dan perdagangan di dalam dan luar
empayar. Baghdad ialah fokus ekonomi yang dapat menarik para
pedagang dari seluruh dunia. Kemudahan – kemudahan kewangan
telah disediakan untuk menggalakkan pertumbuhan perdagangan
antarabangsa.

b. Eropah barat sebaliknya terkongkong oleh pihak politik


feudalisme dengan wujudnya ekonomi tertutup. Ekonomi pertanian
berasaskan hidup sara diri atau perkhidmatan untuk keepntingan
tuan tanah feudal sahaja. Pasaran – pasaran di bandar tidak wujud
oleh kerana kemerosotan bandar akibat peperangan di antara
mereka. Kegiatan perdagangan di kawasan Mediterranean dikuasai
oleh saudagar – saudagar Arab. Sebahagian besar penduduk
bertaraf serf: mereka terikat kepada tanah dan tidak dibenarkan
bergerak secara bebas. Keadaan ini hanya berubah selepas
pemulihan perdagangan dan berlaku perbendaharaan.

4. Pemerintah
a. Perbezaan juga terpulang kepada objektif yang berlainan di
antara Charlemagne dan Harun Al – Rashid. Harun sebagai ketua
pemerintah Kerajaan Abbasiyah dan juga Islam bukan sahaja
hendak mengukuhkan peranan Islam tetapi juga hendak
mementingkan kecemerlangan Abbasiyah di seluruh empayar dan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 204


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

mewujudkan Baghdad dan istananya sebagai pusat kesarjanaan di


seluruh dunia.

b. Chalemagne, sebalinya menganggap dirinya sebagai pelindung


Gereja dan penyebar agama Kristian ke tanah – tanah di
bahagian timur Francia. Objektif bukan kecemerlangan kerajaan
Franks tetapi kecemerlangan Gereja Frankish. Jadi usaha – usaha
Charlemagne tidak membayangkan hasrat meningkatkan aras
keintelektualan dalam berbagai bidang keilmuan tetapi cuma
mementingkan usaha ke arah melatih segolongan padri untuk
memperkuatkan Gereja Frankishs.

5. Faktor agama

a. Agama Islam : Islam menggalakkan perkembangan ilmu.


b. Agama Kristian – menutup peluang rakyat menimba ilmu – ilmu
dunia.

C. Kesimpulan
Apa sahaja yang berkaitan
-

1.

Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan


penerokaan dan penjelajahan pada abad ke 15 dan 16.

A. Pengenalan
1. Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani,
mengharungi dan menghadapi.
2. Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-
rata tempat atau daerah.
3. Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak
zaman Yunani dan Rom.
4. Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan
ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat
kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).

B. Isi Penting

1. Gerakan Renaisans

a. gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-
ciri humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan
rasionalisme.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 205


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

b. Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang


pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan
sains dan teknologi.

2. Perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme.

a. Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan


persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa mempelopori
perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan
mengukuhkan kedudukan mereka.
b. Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan
dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul
kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-
kawasan baru.

3. Menyebarkan agama Kristian

a. Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk


mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Para
pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin
meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika.
b. Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda Kristian
yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika
telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan
tersebut.

4. Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam.


a. Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah
ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh
pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar
dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.
b. Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal
dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-
barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu
c. Memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

5.Perang Salib

a. Perang salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu


pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri,
matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini
melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan
gaya hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.
b. Perang salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu
menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab.

6.Perlumbaan diantara negara-negara bangsa.

a. Pertugis,Sepanyol,England dan Perancis merupakan negara bangsa


yang bersaing diantara satu sama lain.Ia bertujuan untuk mendapatkan
bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 206


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7.Kemajuan dalam teknologi pelayaran.

a. Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi


penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang
lengkap tentang benua Eropah dan laut Mediteranean pada abad ke15.

b. Alat seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan


pelayaran.

8. Pengetahuan tentang dunia luar.

a. Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang


berkhidmat di Parsi, India dan Cina mendorong masyarakat Eropah
melakukan pengembaraan.

b. Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh


pengembara tentang India dan Cina menarik minat Christopher
Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.

C. Kesimpulan

1. Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan


aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.

2. Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar


yang laus,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan
membentuk empayar perdagangan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 207


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Bincangkan sumbangan I-Ching dan Cheng Ho dalam bidang penerokaan


dan penjelajahan.

A.Pengenalan

1. Bangsa Cina merupakan anatar bangsa terawal melibatkan diri dalam


aktiviti penerokaan dan penjelajahan. Tamadun China melahirkan tokoh-
tokoh pelayar yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang
penjelajahan dan penerokaan.
2. Antara tokoh-tokoh pelayar China yang terkenal ialah I-Ching, Cheng Ho,
Fa Hsien dan Hsuan Tsang. Mereka memberisumbangan dalam bidang
sosial, ekonomi, politik dan agama.

B. Isi-isi Penting

1. Sumbangan I-Ching

4. Latar belakang I-Ching


a. I-Ching merupakan seorang rahib Buddha yang dilahirkan pada
tahun 635M di Fan Yang. Beliau menerima pendidikan daripada dua
orang guru terkenal iaitu San-Yu dan Hui-Hsi dan berminat
mengembara ke India, sejak kecil untuk mendalami ilmu Buddha.
5. Sumbangan

a. Pengembaraan
- beliau memulakan pengembaraan ke India dengan
menaiki sebuah kapal Parsi pada tahun 671M. Dalam
perjalanan beliau singgah di Fu-Shih (Srivijaya), Mo-Lo-

Panitia Sejarah Maktab Sabah 208


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Yue (Melayu), Ka-Cha (Kedah) dan Lo-Jeng-Kuo. Beliau


mendarat di Tamralipti yang terletak di Pantai Timur India
pada tahun 673M. Selepas menuntut ilmu di Nalanda,
beliau kembali ke China pada tahun 605M. Beliau
singgah di Srivijaya dan menetap selama 4 tahun.

b.Mempelajari bahasa Sanskrit dan agama Buddha.


- beliau mempelajari nahu, bahasa sanskrit selama
setahun di Tan Mo Li Ti daripada seorang pendita yang
bernama Tan-Cheng-Teng. Menurut I-Ching terdapat
lebih kurang seribu sami Buddha di Srivijaya yang
mempelajari ilmu dan ajaran Buddha.

c. Menulis catatan sejarah.


- menulis catatan tentang Srivijaya, kerajaan Kedah Tua
dan Jambi. Beliau merekodkan pengalamannya dalam
dua buah buku iaitu Nan Hai Chi Kuei dan Ta Tang Si
Yu yang mengandungi maklumat Srivijaya dan tempat-
tempat lain yang dilawati oleh I-Ching.

d. Mengumpul dan menterjemah kitab-kitab Buddha


- Beliau mengumpul 4 ribu naskhah kitab suci agama
Buddha yang mengandungi 500 ribu sloka Tripitaka dan
menterjemahkan 56 buah kitab suci.
- Buku-buku tersebut diterbitkan dalam 230 jilid.

2. Sumbangan Cheng Ho

1. Latar belakang Cheng Ho


a.Tokoh pelayar China yang terkenal pada zaman Ming. Dilahirkan
dalam keluarga pelayar terkemuka. Ayah dan datuk Cheng Ho
pernah belayar ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Seorang
yang beragama Islam dan berasal dari wilayah Yunan. Pernah
memegang jawatan sebagai pegawai tinggi kerajaan dan
berkhidmat semasa pemerintahan maharaja Yung Lo.

2. Matlamat Ekspedisi
a.matlamat utama ekspedisi Cheng Ho ialah meluaskan hubungan
perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia, menonjolkan
kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul
cukai, mengasaskan koloni wilayah naungan, mengemukakan
maklumat tentang wilayah asing dan mendapat bantuan bagi
mengatasi serangan Monggol

3. Memimpin ekspedisi
a. Memimpin tujuh ekspedisi penjelajahan dan penerokaan serta
mengetuai ekspedisi perlayaran terbesar pada tahun 1414
melibatkan 63 buah kapal besar dan 100 kapal kecil sebagai
pengiring ke Asia Tenggara.

4. Merancang ekspedisi

Panitia Sejarah Maktab Sabah 209


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

a. Merancang dan membangunkan hubungan perdagangan antara


China dengan Barat melalui jalan laut, serta ekspedisi ke kawasan
seperti kepulauan Melayu, India, Sri Lanka,Teluk Parsi, Aden dan
Pantai Timur Afrika.

5. Mengiringi utusan.
a. Menyertai ekspedisi membawa utusan khas daripada Maharaja
China ke negara-negara yang dilawati. Beliau diutus oleh Maharaja
Yung Lo untuk mengiringi utusan asing yang kembali ke negara
asal, iaitu benua Afrika.

6. Destinasi ekspedisi
a. Pada tahun 1405 Masihi, beliau memimpin ekspedisi ke Asia
Tenggara khususnya Sumatera, Jawa, Thailand, Tanah Melayu
dan Borneo.
b. Melawat Melaka pada tahun 1409 dan 1411, dan menyampaikan
hadiah berupa cap mohor, persalinan, payung kuning dan kain
sutera kepada sultan Melaka, iaitu Parameswara.
c. Pernah belayar ke India, Sri Lanka, Kepulauan Maldives, Teluk
Parsi, Tanah arab dan pantai timur Afrika. Beliau pernah ke
Jeddah, Hormuz dan Pantai Somalia untuk menjual barang-barang
seperti tembikar dan sutera serta membeli barang-barang seperti
gading gajah dan tanduk badak dari pedagang-pedagang Arab.

C. KESIMPULAN

1. I-Ching dan Cheng Ho merupakan ahli pelayaran China yang memberi


sumbangan besar dalam bidang pelayaran.
2. I-Ching memberi sumbangan dalam bidang sejarah khususnya
mencatatkan rekod-rekod sejarah tentang kawasan yang dilawati. Beliau
turut menterjemahkan kitab-kitab suci agama Buddha dan menyebarkan
agama Buddha di China.
3. Laksamana Cheng Ho pula memainkan peranan dalam menjadikan China
sebagai kuasa kelautan yang unggul pada abad ke 15 Masihi.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 210


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Bincangkan sumbangan Marco Polo dalam bidang penjelajahan dan


penerokaan.

A. PENGENALAN

4. Marco Polo merupakan seorang pedagang dan pengembara yang berasal


dari Venice, Itali. Beliau berasal daripada keluarga Polo yang terkenal
kerana penglibatan dalam bidang perdagangan di Timur Tengah.

5. Marco Polo memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya


Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271
M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan dan penjelajahan selama 24 tahun.

B. ISI – ISI PENTING

1. Lawatan ke China
 Beliau menyertai ekspedisi ayahnya,Niccolo Polo ke China ketika
berusia 17 tahun. Dalam perjalanan, beliau melalui negara Parsi ,
Hormuz, Kermen. Belkh, Lembah Oxus, Pamir, Kashgar, Yarkhand,
Khotan dan Lob Nor ke China.

2. Berkhidmat sebagai duta.


 Marco Polo berkhidmat dengan Maharaj Kublai Khan selama 17
tahun dan dilantik sebagai duta ke kawasan jauh seperti Shansi,

Panitia Sejarah Maktab Sabah 211


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Shensi, Szechuan,Yunan, Tibet dan Burma. Mengetuai misi


diplomatik ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Sri Lanka.

3. Menulis kemajuan peradaban timur.


 Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh
masyarakat China dan mencatatnya dalam buku The Travels of
Marco Polo. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa China
ialah penggunaan wang kertas, pencetakan blok, penggunaan
asbestos, peleburan arang batu dan pembangunan bandar-bandar
besar.
 Orang China juga menghasilkan serbuk letupan, mencetak buku
dengan menggunakan blok kayu berukir. Maklumat tentang
kemajuan peradaban China mempengaruhi masyarakat Eropah
khususnya dalam bidang ekonomi.

4. Catatan tempat- tempat yang dilawati.


 Marco Polo juga melawat banyak tempat-tempat dalam perjalanan
pulang dari China. Antaranya ialah Sumatera, Sri Lanka.
Koromandel, Gujerat, Hormuz,Parsi, Tabriz, Trebizonid dan
Constantinople.
 Beliau juga menulis catatan tentang tempat-tempat yang dilawati,
membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan,
penduduk dan agama masyarakat China.

5. Menulis kitab pengembaraan


 beliau menulis sebuah buku berjudul The travels of Marco Polo
ketika berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini ditejermahkan
dalam bahasa Latin , Sepanyol dan Inggeris. Buku ini menjadi
sumber rujukan bagi para pengembara Eropah khusussnya dari
negara Portugal dan Sepanyol untuk melakukan ekspedisi
menjelajah ke luar.
 Maklumat yang terkandung dalam buku ini mendorong pelayar-
pelayar Eropah seperti Christopher Columbus mencari jalan laut ke
timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperto Friar Odoric dan John
Monte Corvino tertarik untuk pergi ke China selepas membaca buku
tersebut.

6. Sumbangan dalam bidang geografi


 maklumat tentang ilmu geogarafi yang terdapat dalam buku beliau
membantu pelayar-pelayar Eropah melancarkan ekspedisi dan
menghasilkan peta dunia yang lebih tepat daripada peta yang
dihasilkan oleh Ptolemy pada abad pertama masihi.

7. Mendorong bangsa Eropah melakukan penjelajahan


 penulisan Marco Polo telah merubah pemikiran bangsa Eropah
terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Buku ini
menyebabkan para pemerintah mula memberi dorongan kepada
pelayar-pelayar untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan
penerokaan.
 Raja Henry telah mengasaskan satu institusi pelaut untuk
menggalakkan orang Portugis terlibat dalam aktiviti penjelajahan
dan penerokaan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 212


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

8. Merapatkan hubungan antara Barat dengan timur


 Maklumat tentang dunia timur khususnya negara China oleh Marco
Polo telah menyebabkan orang Eropah berlumba-lumba untuk
melancarkan ekspedisi ke China.

C. KESIMPULAN

1. Marco Polo telah memberikan sumbangan besar dalam mendedahkan


kekayaan peradaban timur kepada masyarakat Eropah.
2. Kejayaan Marco Polo memberi inspirasi kepada pelayar-pelayar Eropah
melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan
16 M.

4. Huraikan faktor – faktor penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada


abad ke 15 dan 16 dengan aktiviti penjelajahan orang Mesir.

A. Pengenalan

1.konsep penjelajahan dan penerokaan


2. Latar belakang Eropah dan tokoh penjelajahan .
3. Latar belakang bangsa Mesir

B. ISI – ISI PENTING

1. Ekonomi perdagangan
a. Eropah
 memecahkan monopoli perdagangan orang Islam di lau
Meditteranean dan lautan Hindi.
 Mengaut keuntungan dan kekayaan daripada perdagangan
negara Timur.
 Keperluan barang dagangan seperti rempah ratus, sutera dll
dimana bekalannya dimonopoli oleh saudagar Itali, Venice dan
Genoa.
 Penemuan jalan laut baru untuk mengurangkan kos import dan
mengaut keuntungan.
b. Mesir
 memperoleh barang – barang dagangan dari luar negara.
 Belayar ke Nubia untuk mendapat barangan seperti ebony, kulit
harimau, galian, gading serta hamba.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 213


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Belayar ke Punt untuk dapatkan barangan damar, dupa dan


minyak wangi
 Permaisuri Hapshepsut menghantar lima buah kapal untuk
tujuan perdagangan.

2.Kemajuan sains dan teknologi dalam pelayaran


a. Eropah
 peta –peta yang saintifik dan tepat daripada peta Ptolemy
 buku The Travels of Marco Polo telah diterjemahkan ke bahasa
Latin, Sepanyol, German dan Inggeris bagi menjadi peransang
untuk pelayar – pelayar barat menjelajahi lautan Atlantik
 teknologi perkapalan yang lebih sesuai dan artileri
 kompas dan astrolab menyelesaikan masalah pelayaran jarak
jauh

b. Mesir
 berpengetahuan tinggi dalam ilmu pelayaran
 maju dalam ilmu geografi, hidrografi dan meterologi
 mahir dalam membina kapal – kapal besar dengan
menggunakan kayu cedar

3. semangat ingin tahu

a. Eropah
 zaman Renainsans menggalakkan semangat ingin tahu
tentang dunia luar
 telah mengubah pandangan dunia (world view) orang –
orang Eropah
 pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah
mencetuskan semangat baru untuk meluaskan
pengaruhnya

b. Mesir
 pelayaran – pelayaran awal didorong oleh minat untuk
mendapakan maklumat menerusi pemerhatian terhadap alam
sekitar
 ingin mengetahuai keadaan geografi dan sumber ekologi
sesebuah kawasan
 Firaun Necho menggaji pelajar Phonecia untuk mengkaji
keluasan kerajan Mesir.

4. Galakan pemerintah.

a. Eropah
 Kerajaan Sepanyol dan Portugal seperti Prince Henry The
Navigator dan Raja John III mendorong peneroka untuk
mencari jalan ke Asia Timur dan India
 Dorongan daripada pemerintah seperti penubhan akademi laut
 Pembiayaan kewangan daripada pemerintah

b. Mesir
 Inisiatif dan galakan pemerintah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 214


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Permaisuri Hatshepsut (320 SM) menggalakkan pelayaran ke


seberang laut untuk tujuan perdagangan dan menghantar lima
buah kapal ke Punt
 Firaun menyokong dan menggalakkan Hannu mengetuai
ekspedisi dari Coptos ke Sheba pada tahun1750 SM
 Firaun Necho telah menggaji pelayar – pelayar Phonecia untuk
menjalankan ekspedisi mengelilingi benua Afrika
 Firaun Snefru membawa 40 buah kapal dari Byblos ke
Phonecia pada tahun 3200 SM

5. Penaklukan

a. Eropah
 orang Eropah berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dan
menakluki pantai barat Afrika pada abad ke 15 .
 pada tahun 1415 M, orang Portugis berjaya menawan Ceuta
daripada orang Islam.
 Pada tahun 1504, Portugis berjaya menguasai Cochin yang
dijadikan sebagai ibu pejabat pentadbiran Portugis di Timur
 Pada tahn 1508 M, angkatan Portugis berjaya menewaskan
angkatan Mesir di Diu seterusnya menguasai bahagian timur

b. Mesir
 bertujuan menakluki tanah jajahan. Contoh Pyopi Nakht telah
dihantar ke Nubia untuk menakluki kawasan tersebu dengan
menggunakan kekuatan tentera.
 Penaklukan berlaku apabila wujud semangat nasionalisme
yang membawa kepada perluasan wilayah hingga ke Syria,
Palestin dan Asia Kecil
C. Kesimpulan :
Apa – apa sahaja yang berkaitan.

5. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong orang Arab terlibat dalam


penerokaan dan penjelajahan pada zaman tamadun awal Islam.

A. Pendahuluan

1. Sejarah penerokaan dan penjelajahan bangsa arab bermula sejak zaman


permulaan sebelum kedatangan agama islam.pada tahun 610 m
2. kedudukan geografi tanah arab dikelilingi oleh laut di tiga penjuru iaitu
Teluk Parsi di sebelah timur, lautan hindi selatan, laut merah di barat,
3. menurut A Said Sulaiman Nadawi dalam bukunya pelayaran bangsa arab
menjelaskan bahawa pelayaran bangsa arab bertujuan untuk menangkap
ikan, mengumpul mutiara dan mengangkut barang dagangan dari satu
negara kenegara lain.
4. selepas bangsa arab menerima agama islam, mereka menyebarkan islam
keseluruh utara afrika, spanyol, selatan perancis, kawasan mediteranean,
sehingga sempadan China dan india melaui penakhlukan.

B. Isi Jawapan

Faktor-faktor orang Arab melakukan penjelajahan dan penerokaan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 215


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. mengukuhkan kedudukan polotik dan meluaskan kuasa. Salah satu


matlamat penerokaan dan penjelajahan bagi mengukuhkan kedudukan
politik dan meneroka kawasan baru.pemerintah islam telah berjaya
menguasai seluruh Afrika utara dari pantai Atlantik ke laut Merah,
Sepanyol, Selatan Parsi, hingga sempadan China dan India.

2. Menjalankan perdagangan. Menurut Khairuddin Hj Mohamad dalam


“Sejarah Islam”menjelaskan bahawa pada abad ke dua hijrah, saudagar-
saudagar Islam dari arab telah menjalankan perdagangan dengan
pelabuhan Kanfou di China.

3. menyebarkan agama islam. Ramai pendakwah islam menjelajah kemerata


dunia untuk menyebarkan ajaran islam. Semasa pemerintahan dinasti Tang
terdapat satu utusan yang dipimpin oleh Saad bin Abi Wakas dihantar ke
China untuk menyebarkan islam. Di alam Melayu terdapat pendakwah
seperti Syeikh Ismail telah mengislamkan Merah Silu, (Raja Samudera)
Syiekh Abdul Aziz ke Melaka.Maulana Malik Ibrahim ke Grisek dan Syiekh
Abdul Arif ke Sumatera.

4. Menuntut ilmu pengetahuan. Pengembara islam telah mempelajari pelbagai


Ilmu pengetahuan seperti Astronomi, geografi,perubatan,dari tamadun-
tamadun sebelumnya seperti Babylon,Mesir,India,China dan Yunani.bidang
Astronomi, sarjana islam menerima ilmu astronomi Yunani dan
Hindu.contoh Al-Khawarizmi telah menyiapakan takwim bertajuk Zijal
Sindhind berdasarkan Siddatha Hindu. Beliau juga menulis tentang alat
astrolab yunani. Al Biruni telah mengarang kitab Kanun Al Mas`udi dengan
merujuk sumber-sumber Babylon Yunani India dan Parsi. Ibnu Sina telah
mengarang Qanun Fi Tibb, berdasarkan gabungan perubatan Yunani, Arab
dan kajian beliau sendiri.

5. Menyebarkan Kebudayaan Islam. Menerusi penjelajahan dan penerokaan


kebudayaan dan peradaban telah disebarkan keseluruh dunia. Penyebaran
kebudayaan islam meliputi perkara-perkara tatacara kehidupan, politik,
Ekonomi, sosial dan sebagainya.

C. Kesimpulan

Penjelajahan dan penerokaan orang arab telah dipengaruhi oleh pelbagai faktor
dalaman dan luaran sebagaimana tamadun-tamadun dunia yang lain. Penjelajahan
dan penerokaan orang arab ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada
ketamadunan manusia pada masa kini.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 216


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

6. Bincangkan kepentingan peristiwa hijrah kepada tamadun Islam.

A. Pengenalan

1. Maksud hijrah ialah penghijrahan Nabi Muhammmad saw dari Kota


Mekah ke Kota Madinah.
2. Hijrah merupakan titik permulaan tamadun Islam.
3. Hijrah Nabi saw bukan kerana takut tetapi atas perintah Allah swt.
4. Hijrah merupakan strategi baru dalam penyebaran Islam.
5. Peristiwa penting kepada perkembangan Islam serta permulaan kalendar
Islam.

B. Isi Penting

1. Kepentingan politik
a. Umat Islam bebas menyebarkan dakwah
b. Memudahkan lagi penyebaran Islam melalui kuasa politik.
Contoh pengislaman penduduk Syam dan Syria.
c. Berjaya membebaskan masyarakat Madinah dari belenggu
penjajahan Rom dan Parsi.
d. Dalam tempoh tidak sampai satu abad, umat Islam telah berjaya
mendirikan sebuah empayar yang besar.

2. Kepentingan Ekonomi
a. Menghapuskan ekonomi Barat yang menindas golongan yang
lemah.
b. Mengelakkan berlaku monopoli perdagangan bagi satu-satu
pihak sahaja.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 217


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c. Ekonomi Islam semakin mantap dan kukuh.


d. Menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja untuk
mendapatkan rezeki yang halal. Contoh, mengharamkan amalan
riba.

3. Kepentingan Sosial
a. Masyarakat bebas untuk memeluk Islam tanpa penyeksaan dan
gangguan.
b. Hijrah juga dapat menghapuskan sistem kasta yang diamalkan
dalam masyarakat pada zaman jahiliah dan diganti dengan nilai
murni berasaskan akidah syariah dan akhlak.
c. Hidup berpuak-puak diganti dengan kehidupan sosial yang
lebih bersatu padu menerusi konsep penyatuan ummah.
d. Pemberian hak dan kebebasan tanpa mengira agama, kaum dan
keturunan.

4. Kepentingan Pelayaran dan Geografi


a. Mendorong orang Islam meneroka ke kawasan yang lebih jauh
merentasi benua dan lautan.
b. Pada abad ke 9, bidang geografi dan pelayaran dikuasai oleh
orang Islam.
c. Lahirnya tokoh-tokoh pelayaran Islam terkemuka seperti Ibn
Mas’udi, Ibn Battutah dan lain-lain.
d. Berjaya menghasilkan bahan-bahan penyelidikan serta teori
berkaitan ilmu geografi dan pelayaran.

5. Tahun Hijrah
a. Melahirkan tahun hijrah dalam takwim Islam bermula dari tarikh
orang Islam berpindah dari Mekah ke Madinah pada 1 Muharram 1
Hijrah bersamaan 16 Julai 622M. Penentuan tahun hijrah dibuat
pada zaman Khalifah Umar Al Khattab pada tahun 17 H.
b. Tujuannya untuk mengingati peristiwa hijrah yang penuh
pengajaran dan hikmah dan memudahkan urusan pentadbiran
berjalan lancar.

C. Kesimpulan
1. Pentingnya Hijrah kepada umat Islam
2. Peristiwa hijrah dapat memberi peluang kepada semua golongan untuk
berkerjasama dan berinteraksi.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 218


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Bincangkan sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang penerokaan dan


pelayaran

A. Pengenalan.

1. Nama sebenar Muhammad b Ali.


2. Dilahirkan di Nasibin (Mesopotamia) sekitar tahun 310H dan meninggal
dunia pada 385H.
3. Dikenali juga dengan nama Abu Al-Qassan Al-Mawasihi Al-Nasib.
4. Beliau memulakan pelayaran pada 7 Ramadhan 331H.
5. Sumbangan terpenting pelayaran beliau ialah dapat meningkatkan ilmu
geografi dan pelayaran itu sendiri.

B. Isi Penting :

1. Berjaya menyiapkan sebuah karya yang berjudul al-Masalik wa al-Masalik


atau Surah al-Ard yang dimulakan oleh Ibn Khurdzabih pada tahun 367H.
Buku atau karya ini merupakan hasil pengolahan semula fakta-fakta yang
dilahirkan oleh al-Istakhri. Karya ini dikatakan telah di terbitkan sebanyak 3
kali dengan setiap kali terbitannya penambahbaikan telah dilakukan oleh
Ibn Hawqal.

2. Beliau turut memperkemaskan bidang pemetaan, di mana beliau telah


bertindak memperbaiki dan memperbaharui peta-peta yang dihasilkan oleh
pelayar-pelayar lebih awal seperti al-Istakhri dan al-Balkhi dengan
menambah tulisan yang bersangkutan dengan peta. Implikasi dari usaha
beliau telah memudahkan pelayar lain.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 219


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Melakar peta yang lebih kemas, teliti, tepat dan saintifik dengan
menggunakan kaedah al-Balkhi sehingga mendapat sanjungan daripada
tokoh-tokoh Barat khususnya ahli-ahli kartografi.

4. Kejayaan dalam bidang geografi terserlah apabila beliau menambahbaik


dan memperincikan hasil-hasil kerja tokoh lain seperti menjelaskan
sempadan, iklim sesuatu daerah seperti Mesir, Sepanyol dan Sicily.

5. Turut membuat penyelidikan dalam bidang pertanian khususnya tentang


barangan pengeluaran pertanian. Bidang ini jarang dilakukan oleh ahli-ahli
geografi yang lain.
6. Dalam bidang pelayaran pula, sumbangan yang ketara ialah
mendedahkan keadaan Sicily khususnya bandar Palermo yang mempunyai
benteng pertahanan utuh yang dilengkapi dengan sebuah istana dan
beberapa buah menara. Bandar ini dicatatkan mempunyai penduduk
berjumlah 300 ribu orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

7. Beliau juga mencatatkan bumi Sepanyol mempunyai bentuk muka bumi


yang subur dan penuh dengan aktiviti pertanian. Beliau turut
mencatatkan kos hidup di Sepanyol agak rendah dan rakyat hidup dalam
suasana aman dan damai.

8. Mencatatkan keadaan geografi India dengan membuat penyelidikan yang


rapi di kawasan-kawasan seperti Makran, Saind dan Pantai Barat India. Hal
ini membuktikan kajian Ibn Hawqal bukan sahaja tertumpu di negara-
negara yang dikuasai oleh Islam sahaja sebaliknya bersifat global.

9. Beliau bukan sahaja berjaya belayar ke Afrika Utara dan Selatan Sahara,
pada tahun 336H, serta Armenia dan Azerbaijan pada tahun 334H, malah
telah membuat penyelidikan mendalam khususnya aspek geografi, dan
sosial masyarakat di sana. Pelayaran di Sicily dimulakan pada tahun
362H.

C. Kesimpulan

1. Sumbangan tokoh Islam ini sesungguhnya amat besar dalam bidang


pelayaran dan geografi.
2. Hasil penyelidikan Ibn Hawqal lebih baik dan mendalam daripada tokoh-
tokoh sebelumnya misalnya al-Istakhri. Hal ini memudahkan lagi pelayar-
pelayar baru.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 220


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

8. Ibn Batutah dan Marco Polo merupakan ahli pelayaran yang terkenal.
Jelaskan catatan dan penemuan yang dibuat oleh mereka tentang
masyarakat Islam di Sumatera.

A. Pendahuluan

1. Latar belakang Ibnu Batutah- Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin
Ibrahim Al-Lawati keturunan Barber, dilahirkan pada 1304M di
Tiengie,Moroko. Telah membuat tiga kali pengembaraan keluar negara,
Afrika, Andalus dan Cina. Dalam perjalanan dari China, sinhhag di Pasai
dan membuat catatan berkenaan dengan Pasai.

2. Marco Polo anak pengembara, Niccolo Polo dilahirkan di Venice, Itali pada
1254M. Pengembara dan saudagar menetap di China beberapa tahun.
Dalam perjalanan pulang singgah di Perlak 1293M dan membuat catatan
berkenaan dengan Perlak.

B. Isi-isi jawapan

1. Catatan Ibnu Batutah.


a. Meliputi aspek pentadbiran adat istiadat masyarakat Islam Pasai.
Pada
tahun 1342M wujud kerajaan Teguh di Pasau yang di perintha oleh Raja
yang alim dan wara’ dan berpegang teguh pada Islam, Malik al-
Zahir.Pemerintahan mematuhi adat dan hukum Islam contoh ulama’
menjadi penasihat.
b. Ekonomi teguh dan mewah, tanah subur untuk pertanian, contoh

Panitia Sejarah Maktab Sabah 221


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

pengeluar rempah ratus dan dikunjungi oleh pedagang asing seperti


pedagang Islam Arab dan India. Islam bertapak dengan kukuh
menggantikan agama Hindu tahun 1346M. Pemerintahan mengikuti
Islam.

2.Catatan Marco Polo.


a. Islam sampai ke Nusantara sekitar abad ke 13M sewaktu beliau singgah
di
Perlak pada tahun 1293M. Mencatatkan penduduk Perlak telah
memeluk Islam tetapi masih terdapat yang mengamalkan animesme
dan ajaran Hindu.
b. Penduduk Perlak diIslamkan oleh Pedagang Arab contohnya terdapat
budaya Arab didalam masyarakat Perlak.

C. Kesimpulan

a. Faedah yang diperolehi daripada wujudnya catatan ini.


b. Dengan catatan Marco Polo ia telah mempercepatkan lagi hubungan
Eropah dan China.
c. Catatan Ibnu Batuta dalam rehlah dianggap sebagai dokumen sejarah
yang mengandingi aspek politik,sosial, dan ekonomi dunia Islam.

14. Jelaskan kepentingan penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh


Ibn Battutah
dan al-Mas’udi.

A. Pengenalan

a. Ibn Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al-Lawati


dilahirkan pada tahun 1304M di Tanger, Maghribi. Memulakan
pengembaraan ketika usianya baru mencecah 21 tahun apabila
meninggalkan kampung halaman untuk mengerjakan ibadah haji di
Mekah dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya hal ehwal agama
Islam. Pernah singgah di Maghribi, Palestin, Mesir, Syria dan Madinah.
Boleh berkomunikasi dalam bahasa Parsi dan Turki. Menghasilkan karya
seperti Tuhfat al-Nazar atau dikenali sebagai Lal Rihlah. Digelar oleh
orang Barat sebagai ‘The Prince of Muslim Travellers’.

b. Al-Mas’udi atau nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali bin Husain bin Ali
al-Mas’udi. Merupakan tokoh pelayar yang berasal daripada Iraq dan
dilahirkan pada tahun 895M. Memulakan pelayaran antara tahun 914 M
hingga 915 M menuju ke Parsi, dan pernah sampai ke India, China, Indo
China, Madagaskar, Zanzibar, Oman dan Lain-lain. Mencatatkan
pengalaman pelayarannya dalam karyanya yang berjudul Muruj al-
Dhahab wa Ma’adin al Jawahir dan Kitab al-Tanbih wa al-Isyraf.

B. Isi-isi jawapan

penerokaan Ibn Battutah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 222


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Kepentingan penerokaan Ibnu Battutah ialah karyanya atau catatannya


menjadi sumber sejarah abad pertengahan bagi pelbagai negara yang
pernah dilawati. Karyanya juga telah mengambarkan negara islam khasnya
sejarah Anatolia, India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughliq, Afrika
Timur dan Barat serta Maldives.

2. Karya Ibnu Battutah al-Rihlah diterjemahkan ke bahasa


Inggeris,Perancis,Belanda,Jerman dan lain-lain.

3. Kejayaan ekspedisi-ekspedisi pelayarannya telah menjadi pendorong


kepada pelayar Islam yang lain antarnya Ibn Hawqal,Sulaiman al-Mahri dan
sebagainya.

4. Karya Ibnu Battutah telah meningkatkan pengetahuan ilmu geografi dan


aspek pensejarahan. Di Constantinople,beliau mencatat keindahan kota
tersebut yang dilengkapi dengan pasar atau gudang membeli-belah.

5. Kejayaan pelayaran Ibnu Battutah selama 28 tahun meletakan beliau


setaraf dengan Marco Polo.

Kepentingan penerokaan al-Mas’udi

1. Manakala al- Mas’udi,karya beliau yang terkenal Muruj al-Dhahab wa


Ma’adin al-Jawahir ensiklopedia geografi yang terawal.

2. Al-Ma’udi menyokong teori Determinisme Alam sekitar, iaitu iklim yang


dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap
manusia.

3. Sumbangan al-Mas’udi juga dalam bidang pelayaran contohnya beliau


membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang menyatakan setiap laut adalah
berasingan.

4. Sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penjelajahan dan penerokaan


menjelaskan bahawa jarak antara benua Eropah dengan Cina adalah
setengah lingkungan bumi. Beliau juga menamatkan kekeliruan nama-
nama sungai yang direntasi semasa pelayaran dan menerangkan
keadaan,lokasi dan aktiviti masyarakat India

C. Kesimpulan:

1. Kedua-dua tokoh memberi sumbangan yang sangat besar kepad dunia


pelayaran dan ilmu geografi. Ibnu Battutah boleh dikatakan sebagai pelopor
kepada kegiatan penjelajahan dan penerokaan umat Islam sedangkan al-
Mas’udi dianggap sebagai tokoh serba boleh samada dalam bidang sejarah
geografi, fizik, sehinggakan masyarakat Arab menggelarnya “Herodotus”
dan “Plinius”.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 223


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

9. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan antara tamadun


Islam dan tamadun Cina.

A. Pengenalan

1. Maksud pelayaran dan penerokaan.


2. Latar belakang tamaddun Cina,Islam dan tokoh.
3. Latar belakang tamaddun Islam dan tokoh.

B. Isi-isi jawapan

Perbezaan

1. Agama.

a. Cina: Tiada dorongan agamaMemperkuatkan pertahanan lemahkan


musuh dan menyelamatkan sempadan Cina. Maharaja Wu Ti
menghantar ekspedisi ke Farghanah untuk mencari sejenis baka kuda
yang besar dan kuat untuk kegunaan pasukan tentera dan melindungi
bahagian Timur dan Barat Cina daripada di serang oleh orang Hsiung –
Nu

b. Islam: Dorongan agama. Firman Allah Taala surah al-Jumaat ayat 9.


Surah al-Haj ayat 46 bukti pentingnya penjelajahan dan penerokaan
Mendalami ilmu geografi dan pelayaran seperti lahirnya al-Mas’udi,
Ibnu Battutah yang telah merekod pengalaman pelayarannya tentang
iklim,sungai,angin monsun dan lain-lain.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 224


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Persamaan:

1. Agama

a. China : Pada tahun 399M orang Cina melakukan penerokaan ke India


untuk mendalami ajaran Buddha. Mubaligh Fa xian telah merentasi
gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India. Beliau berusaha
mempelajari ajaran Buddha yang tulin dan kemudiannya kembali ke Cina
melalui jalan laut. Mubaligh Xuang Zang telah mengembara ke India
melalui Samarqand dan berjaya mengumpulkan buku suci Buddha untuk
dibawa ke Cina.

b. Islam : Menyebarkan dakwah Islam, Pada zaman Rasulullah s.a.w.


baginda menghantar para pendakwah seperti Muaz bin Jabal ke Yaman.
Pada zaman Saidina Umar bin Abdul Aziz ramai pendakwah menjelajah
ke seluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Syeikh Ismail menyebarkan
Islam ke Aceh. Maulana Ibrahim ke Gerisek,Jawa.

2. Meluaskan wilayah

a. China : Maharaja Wu Ti menghantar misi ke Yueh Chih bagi


mengadakan pakatan menentang puak Hsiung Nu yang mengancam
sempadan utara Cina dan misi tersebut telah berjaya. Cina berjaya
menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada
abad pertama masihi,Jeneral Pan Chao dilantik sebagai wizurai,kashgar
dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria.

b. Islam : Bagi memperkukuhkan politik Islam banyak penerokaan baru


dilakukan oleh pemerintah Islam. Contoh kerajaan Bani Umaiyah zaman
Abdul Malik bin Marwan dan Walid bin Abdul Malik seluruh Afrika Utara
semenanjung Siberia dan India Utara dikuasai oleh orang Islam.
3. Perdagangan

a. Cina : Telah berjaya menemui laluan sutera ke Barat. Melalui jalan ini
mereka telah membawa bendela sutera yang berharga ke Eropah dan
membawa balik barang dagangan dari Barat seperti bulu binatang dan
batu permata. Kapal-kapal dagang Cina telah sampai ke Jawa Timur dan
Pulau Maluku. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo,Laksamana
Cheng Ho mengetuai pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan
perdagangan melalui ufti.

b. Islam : Pada zaman khalifah Al-Walid para pedagang Islam telah


mengadakan hubungan perdagangan hingga ke Cina. Pedagang Islam
terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan perdagangan
laut antara barat dan Timur. Mereka telah menjalinkan hubungan
perdagangan di Asia Tenggara, India dan Cina. Mereka berjaya
menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

4. Ilmu Pengetahuan

a. China : Tokoh pelayaran China seperti I-Ching,Fahsien mengembara


dengan tujuan meningkatkan ilmu pengetahuan terutama berkait dengan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 225


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

bahasa Sanskrit,budaya dan agama. - Fa-Hsien berjaya menghasikan


buku yang memberi diskripsi lengkap tentang sistem politik,ekonomi dan
sosial masyarakat India. - I-Ching berjaya mengumpulkan 4,000 naskhah
yang ada 500,000 seloka Tripitaka dari India dan diterjemahkan dalam
230 buah buku.

b. Islam : Bertujuan mendambah ilmu pengetahuan. Melalui iktiviti ini orang


Islam dapat mempelajari ilmu pengetahuan dan tamaddun lain seperti
Itali,India dan Andalus. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan
banyak karya intelek Yunani di terjemah ke dalam bahasa Arab dan
Parsi. Bidang perubatan,Astronomi, matematik Yunani dan India di
pelajari serta mempengaruhi perkembangan intelektual Islam.

5. Diplomatik

a. China : Pada abad pertama masihi orang Cina mengembara dengan


tujuan misi politik. Utusan Cina sampai ke Constantinople dan
mengadakan hubungan dengan Empayar Rom. Pada abad ke 15
maharaja Ming menghantar utusan diplomatik ke negara luar. Utusan
Laksamana Cheng Ho berjaya menjalin an hubungan dengan kesultanan
Melayu Melaka. Ini dapat meluaskan pengaruh dan kekuasaan China.

b. Islam : Menghantar utusan untuk menjalinkan hubungan diplomatik


dengan negara luar. Zaman nabi Muahmmad s.a.w. menngahantar
utusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi diterima dengan baik. Sultan
Aceh, Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar utusan ke Istanbul
melalui Sultan Ahmad 1 sebagai balasan Sultan Turki telah mengirim
bintang yang tertinggi kepada Sultan Aceh.

C. Kesimpulan

1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan


nafas baru dalam perkembangan intelektual dan pembangunan
kemasyarakatan.
2. Melalui penjelajahan umat Islam kini bukan sahaja terhad kepada bangsa Arab
bahkan ia telah diterima oleh pelbagai bangsa sehingga bangsa Eropah.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 226


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

10. Bincangkan sumbangan Marco Polo dalam bidang penjelajahan dan


penerokaan.

A. PENGENALAN

1. Marco Polo merupakan seorang pedagang dan pengembara yang berasal


dari Venice, Itali. Beliau berasal daripada keluarga Polo yang terkenal
kerana penglibatan dalam bidang perdagangan di Timur Tengah.
2. Marco Polo memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya
Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271
M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan dan penjelajahan selama 24 tahun.

B. ISI – ISI PENTING

1. Lawatan ke China
 Beliau menyertai ekspedisi ayahnya,Niccolo Polo ke China ketika
berusia 17 tahun. Dalam perjalanan, beliau melalui negara Parsi ,
Hormuz, Kermen. Belkh, Lembah Oxus, Pamir, Kashgar, Yarkhand,
Khotan dan Lob Nor ke China.

2. Berkhidmat sebagai duta.


 Marco Polo berkhidmat dengan Maharaj Kublai Khan selama 17
tahun dan dilantik sebagai duta ke kawasan jauh seperti Shansi,
Shensi, Szechuan,Yunan, Tibet dan Burma. Mengetuai misi
diplomatik ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Sri Lanka.

3. Menulis kemajuan peradaban timur.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 227


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh


masyarakat China dan mencatatnya dalam buku The Travels of
Marco Polo. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa China
ialah penggunaan wang kertas, pencetakan blok, penggunaan
asbestos, peleburan arang batu dan pembangunan bandar-bandar
besar.

 Orang China juga menghasilkan serbuk letupan, mencetak buku


dengan menggunakan blok kayu berukir. Maklumat tentang
kemajuan peradaban China mempengaruhi masyarakat Eropah
khususnya dalam bidang ekonomi.

4. Catatan tempat- tempat yang dilawati.


 Marco Polo juga melawat banyak tempat-tempat dalam perjalanan
pulang dari China. Antaranya ialah Sumatera, Sri Lanka.
Koromandel, Gujerat, Hormuz,Parsi, Tabriz, Trebizonid dan
Constantinople.
 Beliau juga menulis catatan tentang tempat-tempat yang dilawati,
membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan,
penduduk dan agama masyarakat China.

5. Menulis kitab pengembaraan


 beliau menulis sebuah buku berjudul The travels of Marco Polo
ketika berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini ditejermahkan
dalam bahasa Latin , Sepanyol dan Inggeris. Buku ini menjadi
sumber rujukan bagi para pengembara Eropah khusussnya dari
negara Portugal dan Sepanyol untuk melakukan ekspedisi
menjelajah ke luar.

 Maklumat yang terkandung dalam buku ini mendorong pelayar-


pelayar Eropah seperti Christopher Columbus mencari jalan laut ke
timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperto Friar Odoric dan John
Monte Corvino tertarik untuk pergi ke China selepas membaca buku
tersebut.

6. Sumbangan dalam bidang geografi


 maklumat tentang ilmu geogarafi yang terdapat dalam buku beliau
membantu pelayar-pelayar Eropah melancarkan ekspedisi dan
menghasilkan peta dunia yang lebih tepat daripada peta yang
dihasilkan oleh Ptolemy pada abad pertama masihi.

7. Mendorong bangsa Eropah melakukan penjelajahan


 penulisan Marco Polo telah merubah pemikiran bangsa Eropah
terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Buku ini
menyebabkan para pemerintah mula memberi dorongan kepada
pelayar-pelayar untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan
penerokaan.
 Raja Henry telah mengasaskan satu institusi pelaut untuk
menggalakkan orang Portugis terlibat dalam aktiviti penjelajahan
dan penerokaan.

8. Merapatkan hubungan antara Barat dengan timur

Panitia Sejarah Maktab Sabah 228


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Maklumat tentang dunia timur khususnya negara China oleh Marco


Polo telah menyebabkan orang Eropah berlumba-lumba untuk
melancarkan ekspedisi ke China.

C. KESIMPULAN

1. Marco Polo telah memberikan sumbangan besar dalam mendedahkan


kekayaan peradaban timur kepada masyarakat Eropah.
2. Kejayaan Marco Polo memberi inspirasi kepada pelayar-pelayar Eropah
melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan
16 M.

11. Jelaskan kepentingan penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh


Ibn Battutah
dan al-Mas’udi

A. Pengenalan

1. Ibn Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al-Lawati


dilahirkan pada tahun 1304M di Tanger, Maghribi. Memulakan
pengembaraan ketika usianya baru mencecah 21 tahun apabila
meninggalkan kampung halaman untuk mengerjakan ibadah haji di Mekah
dan mendalami ilmu pengetahuan khususnya hal ehwal agama Islam.
Pernah singgah di Maghribi, Palestin, Mesir, Syria dan Madinah. Boleh
berkomunikasi dalam bahasa Parsi dan Turki. Menghasilkan karya seperti
Tuhfat al-Nazar atau dikenali sebagai Lal Rihlah. Digelar oleh orang Barat
sebagai ‘The Prince of Muslim Travellers’.

2. Al-Mas’udi atau nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali bin Husain bin Ali al-
Mas’udi. Merupakan tokoh pelayar yang berasal daripada Iraq dan
dilahirkan pada tahun 895M. Memulakan pelayaran antara tahun 914 M
hingga 915 M menuju ke Parsi, dan pernah sampai ke India, China, Indo
China, Madagaskar, Zanzibar, Oman dan Lain-lain. Mencatatkan
pengalaman pelayarannya dalam karyanya yang berjudul Muruj al-Dhahab
wa Ma’adin al Jawahir dan Kitab al-Tanbih wa al-Isyraf.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 229


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

B. Isi-isi jawapan

Kepentingan penerokaan Ibn Battutah

1. Kepentingan penerokaan Ibnu Battutah ialah karyanya atau catatannya


menjadi sumber sejarah abad pertengahan bagi pelbagai negara yang
pernah dilawati. Karyanya juga telah mengambarkan negara islam khasnya
sejarah Anatolia, India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughliq, Afrika
Timur dan Barat serta Maldives.

2. Karya Ibnu Battutah al-Rihlah diterjemahkan ke bahasa


Inggeris,Perancis,Belanda,Jerman dan lain-lain.

3. Kejayaan ekspedisi-ekspedisi pelayarannya telah menjadi pendorong


kepada pelayar Islam yang lain antarnya Ibn Hawqal,Sulaiman al-Mahri dan
sebagainya.

4. Karya Ibnu Battutah telah meningkatkan pengetahuan ilmu geografi dan


aspek pensejarahan. Di Constantinople,beliau mencatat keindahan kota
tersebut yang dilengkapi dengan pasar atau gudang membeli-belah.

5. Kejayaan pelayaran Ibnu Battutah selama 28 tahun meletakan beliau


setaraf dengan Marco Polo.

Kepentingan penerokaan al-Mas’udi

1. Manakala al- Mas’udi,karya beliau yang terkenal Muruj al-Dhahab wa


Ma’adin al-Jawahir ensiklopedia geografi yang terawal.

2. Al-Ma’udi menyokong teori Determinisme Alam sekitar, iaitu iklim yang


dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap
manusia.

3. Sumbangan al-Mas’udi juga dalam bidang pelayaran contohnya beliau


membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang menyatakan setiap laut adalah
berasingan.

4. Sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penjelajahan dan penerokaan


menjelaskan bahawa jarak antara benua Eropah dengan Cina adalah
setengah lingkungan bumi. Beliau juga menamatkan kekeliruan nama-
nama sungai yang direntasi semasa pelayaran dan menerangkan
keadaan,lokasi dan aktiviti masyarakat India

C. Kesimpulan:

1. Kedua-dua tokoh memberi sumbangan yang sangat besar kepad dunia


pelayaran dan ilmu geografi. Ibnu Battutah boleh dikatakan sebagai pelopor
kepada kegiatan penjelajahan dan penerokaan umat Islam sedangkan al-
Mas’udi dianggap sebagai tokoh serba boleh samada dalam bidang sejarah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 230


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

geografi, fizik, sehinggakan masyarakat Arab menggelarnya “Herodotus” dan


“Plinius”.

1. Huraikan perkembangan seni ukir dalam tamadun Eropah dari zaman


Yunani hingga abad ke 18 Masihi.

A PENGENALAN

1. Tamadun Eropah telah memberi sumbangan besar dalam bidang seni ukir.
2. Perkataan seniukir berasal daripada istilah Yunani yang bermaksud to
carve .
3. Terdapat pelbagai tujuan ukiran dihasilkan;
a. Antaranya ukiran bertujuan untuk memuji keagungan Tuhan
b. Mengagungkan pemerintah
c. Menggambarkan falsafah zaman berkenaan
d. Semata-mata kesenian

4. Bidang ini telah mengalami perkembangan pesat dan mencapai kemuncak


keagungannya pada zaman awal moden.
5. Antara pengukir-pengukir zaman awal moden ialah Michelangelo, Ghiberti,
Donatello dan Verocchio. Hasil ukiran tokoh-tokoh ini masih dikagumi
masyarakat dunia hingga sekarang.

B ISI (21 markah = 7 isi x 3 markah )

Panitia Sejarah Maktab Sabah 231


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Zaman Yunani : Pengukir-pengukir zaman ini cenderung untuk mengukir


tubuh badan manusia dengan kepercayaan tubuh manusia yang
menarik adalah anugerah Tuhan dan setiap manusia perlu tubuh badan
yang ideal. Contoh seni ukir yang dihasilkan pada zaman ini: ukiran atlet
sukan olahraga oleh Myron dihasilkan daripada gangsa. elemahan yang
terdapat pada ukiran ini: ketiadaan luahan perasaan pada wajah manusia.

2. Selepas Zaman Yunani ; perkembangan dikesan pada zaman Grace-


Rom. Lahir ukiran yang menggambarkan realisme dan cetusan perasaan
serta emosi.dan kebanyakan ukiran daripada gangsa. Contohnya ukiran
Greeks Bathing Amazons oleh Scopas. - Ukiran terkemuka yang
dihasilkan pada zaman Grace-Rom ialah Nike of Samothrace yang
merupakan ukiran kemenanganan.

3. Zaman Rom memperkenalkan dua jenis seni ukir iaitu ukiran timbul dan
ukiran potret. kiran timbul telah mula dihasilkan di dinding,
antaranya: yang terkenal ialah Imperial Processings, Spoils from the
Temple in Juruselam and TrojanColumn. Berbanding zaman Yunani ,
ukiran potret memperlihatkan ciri-ciri fizikal seperti kerut, ketuat dan kedut
yang jelas. ntara ukiran potret yang terkenal ; Potrait of Toman,
Trojan,Equestrian Statue of Marcus Aurelius dan Constatine The Great.

4. Selepas Zaman Rom ; Seni ukir telah memasuki zaman pertengahan


awal: seni ukir tidak lagi menjadi keutaamaan. Kebanyakan ukiran
bertemakan Kristian dan dapat dilihat di Datacomb (Perkuburan bawah
tanah)

5. Zaman Kemuncak Pertengahan ; seni ukir berkembang pesat: para


pengkaji telah mengkaji hasil-hasil zaman silam dan
menerapkannya dalam hasil ukiran. Objek-objek
manusia juga diukir di dinding bangunan , antaranya di Catheral Amiens,
Perancis dan ukiran Last Judgement du Lincoln Catheral, London Abad ke
14, ukiran yang bercirikan realisme dihasilkan seperti Claus Sliter dari
Perancis menghasilkan ukiran Nabi Musa. , iaitu Will of Moses

6. Zaman Awal Moden lahir pengukir yang terkenal Michelangelo, Ghiberti,


Donatello dan Verocchio pengukir zaman ini
menghasilkan ukiran bercorak realisme pengukir yang terkenal
Michelangelo: hasil ukirannya yang terkenal ialah Pieta,David dan Moses.
Ghiberti pengukir gangsa terkenal menghasilkan dua pintu gangsa di
gereja Florenc dan Adoration of the Maggi.

7. Menjelang abad 18 ; Gaya ukiran yang dikenali sebagai baraque yang


menekankan keagungan dan kemewahan dihasilkan menghasilkan
ukiran terkenal. Antara pengukir yang terkenal Berini: menghasilkan tempat
pemujaan Gereja St.Peter di Rom dan menghasilkan ukiran terkenal
St.Teresa in Estasy. Para pengukir zaman ini mempunyai semangat
kebebasan dalam menghasilkan karya dan menentang semua peraturan
kesenian yang dianggap mengongkong pemikiran mereka.

C. KESIMPULAN

Panitia Sejarah Maktab Sabah 232


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Berdasarkan huraian di atas, ternyata seni ukir dalam Tamadun Eropah telah
berkembang mengikut peredaran masa dan mencapai kemuncak keagungan
pada zaman awal moden Kebanyakan hasil-hasil tokoh tersebut masih
mendapat perhatian dunia hingga hari ini.

2. Terangkan perkembangan dan sumbangan seni ukir di Arab.

A PENGENALAN (3 markah)

1. Erti kesenian: kemahiran, cara atau kaedah yang meliputi hasil ciptaan
melalui kemahiran dan mempunyai nilai-nilai estetika.
2. Seni ukir merupakan sebahagian daripada kesenian. Seni ukir berasal dari
perkataan latin yang bermaksud to carve.
3. Seni ukir dalam tamadun Islam termasuklah seni bina, seni khat dan seni
lukis; berperanan untuk menghasilkan sesuatu yang indah dan mempunyai
nilai estetika untuk dihayati oleh umat Islam demi meningkatkan ketaqwaan
mereka kepada Allah SWT.

B ISI – ISI PENTING

1. Pada zaman jahiliah, seni ukir patung diutamakan. th : ukiran patung Puteri
Balqis didapati di Ampangan Maa’rib dalam kerajaan Saba’ Ukiran kayu
boleh dilihat pada alat-alat rumah, kerusi dan lain-lain. Seni ini boleh didapati
di ruangan khas mimbar, pedang, logam dan duit syiling.

2. Zaman Nabi Muhammad saw : Seni ukir diterapkan dengan prinsip-prinsip


Islam contoh : Kubah masjid diukir dengan arabesque. Seni Khat merupakan
salah satu seni ukir yang terkenal pada zaman ini. Ia digunakan di atas
kertas, batu, logam, tembikar, kain dan bahan-bahan lain. Antara tokoh

Panitia Sejarah Maktab Sabah 233


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

penulis khat yang terkenal ialah Zaid Ibn. Thabit(setiusaha Nabi Muhammad
saw)

3. Pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, masjid di Kufah Basrah (Iraq) dan Fustat
(mesir) diukir melalui seni khat. Zaman Ali Bin Abi Talib ,Kufah menjadi
pusat perkembangan seni khat.

4. Zaman Bani Umaiyah: seni ukir bertambah maju. ukiran boleh didapati
pada dinding masjid, tiang menara dan mihrab contoh :Masjid al-Haram di
Mekah Seni tembikar , barangan besi dan gelas mencapai kemajuan pada
zaman ini. Barangan tersebut dipengaruhi oleh kesenian Rom.

5. Zaman Khalifah Abdul Malek: Tugu Dome of The Rock diukir dengan ayat-
ayat al- Quran yang menarik pada dinding dan mozek bangunan. kelahiran
seni-seni ukir bagai melambangkan seni kerajaan Umaiyah yang mewarisi
tradisi sekular. Pada abad ke 8 Masihi, tempat-tempat mandi dan istana
seperti Kusayr Amra dan Kasr Al-Hayr dihias dengan ukiran bunga-
bungaaan dan bermotif geometri.

6. Pada zaman Abbasiah kebanyakan seni ukir dipengaruhi oleh ukiran


Parsi cthnya : bangunan Universiti Nizamiah dan Bait- al-Hikmah di Baghdad
mempunyai ukiran tersebut. - Seniukir Islam juga mempengaruhi kota-kota
Islam di Spanyol seperti Cardova, Toledo dan Granada.

7. Zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid terdapat kemajuan dalam bidang


seramik . Tembikar –tembikar yang diimpot dari China telah mendorong
tukang tembikar dunia Islam meniru ukiran dan gaya warna China dalam
tembikar Islam. Ukiran tembikar berkilau merupakan pencapaian pengukir
Islam yang terulung dalam zaman ini.

8. Zaman Fatimiah; para pengukirnya menghasilkan tembikar yang dilukis


dengan hiasan indah

C. KESIMPULAN

Seni ukir di Arab secara tidak lansung telah mengembangkan daya kreativiti
masyarakat Islam . Selepas kedatangan Islam seni ukir yang dihasilkan adalah
berdasarkan unsur -unsur keagamaan dan selari dengan perkembangan Islam
itu sendiri. Selain ini pencapaian kemajuan dalam seni ukir seperti seni khat
melambangkan peningkatan tamadun masyarakat Islam.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 234


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

3. Perihalkan sumbangan Tamdun China dalam bidang seni ukir pada zaman
Klasik

A. PENGENALAN

1. Seni ukir merupakan sebahagian daripada kesenian. Seni ukir berasal


dari perkataan latin yang bermaksud to carve.
2. Tamadun China memberi sumbangan besar dalam bidang seni ukir
pada zaman klasik.
3. Terdapat kemajuan yang pesat dalam bidang seni ukir China sejak
zaman Shang lagi.
4. Antara bidang seni ukir yang mencapai perkembangan pesat adalah
seni ukir batu, seni ukir kayu, seni ukir perak, seni ukir gading dan seni
ukir jed.

B. ISI

1. Seni ukir kayu ;


 perkembangannya berlaku zaman perang . Pada peringkat awal bidang
ini berkembang di bawah naungan kumpulan kelas pertengahan atas.
 perabut seperti kerusi ,meja yang dihiasi dengan ukiran yang
bertatahkan emas dan perak dihasilkan.
 amalan pemujaan nenek moyang yang menyebabkan seni ukir keranda
berkembang.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 235


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 pada zaman Tang terdapat ukiran patung-patung Budha yang besar


daripada kayu.
 pada zaman Ming ukiran bersifat sekular serta dicat atau di warnis.

2. Seni Ukir batu atau marmar:


 berkembang sejak zaman Shang.
 Antara ukiran batu yang dihasilkan adalah objek binatang , manusia
serta bekas air, kepala lembu, harimau serta kura-kura.
 pada zaman Han; Ukiran batu nisan , objek berbentuk kuda dan singa
dihasilkan.
 Zaman Wei Utara ; Ukiran batu Buddha di kul-kuil di provinsi Shansi.
 Zaman Tang ; ukiran berbentuk semulajadi seperti objek unta, penari
wanita dan pemuzik di hasilkan.

3. Seni Ukir Batu Jed:


 mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat China.
 Pada zaman Shang dan Chou: batu jed digunakan untuk membuat
senjata, mahkota lencana, alat perhiasan dan objek suci.
 Pada zaman Ching; seni inimemperlihatkan ciri-ciri naturalisme seperti
bunga, buah dan burung.

4. Seni ukir Gading:


 Dikesan sejak zaman Shang.
 Ukiran di abad kelapan dan sembilan Masihi memperlihatkan
lingkungan asli gading .

5. Seni ukir seramik


 Pada zaman Shang, tradisi membuat seramih jenis seledon yang
mempunyai lapisan berwarna biru hijau atau kelabu hijau dihasilkan
untuk golongan pentadbir.
 Padan zaman Yuan dan Ming, seramik jenis biru-putih dihasilkan
daripada tanah liat.

C. KESIMPULAN

Tamadun China memberi sumbangan besar dalam bidang seni ukir. Pengaruh seni
ukir Cina terutama sekali dalam bidang pembuatan barangan tembikar tersebar ke
luar negara China Barang-barang tembikar buatan China dieksport ke negara-
negara di Asia Tenggara.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 236


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. ٍSeni bina dalam tamadun Rom menekankan sifat utilitarian (kegunaan).


Huraikan

Pengenalan
1. Seni bina atau architecture didefinasikan sebagai kecekapan merancang dan
membuat bangunan yang indah sesuai dengan maksud dan tujuan.

2. Tamadun Rom terkenal kerana keagungannya dalam bidang seni bina.


Falsafah seni bina Rom yang mementingkan sifat utilitarian mempengaruhi
seni bina pada zaman ini.

3. Keagungan seni bina Rom dapat diperhatikan pada bangunan agung seperti
teater, sarkas, forum, colleseum serta deretan tiang disepanjang jalan raya.

ISI PENTING (21 markah = 7 isi x 3 markah )

1) Forum
- Setiap bandar mempunyai kawasan awam yang dikenali sebagai
forum. Ia didirikan di sebelah persimpangan jalan-jalan utama
untuk kegiatan agama, sivik dan perdagangan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 237


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2) Sarkas
- Semua bandar-bandar di Rom mempunyai sarkas. Ia didirikan
oleh Maharaja Maximus digunakan untuk perlumbaan kuda dan
kereta kuda.

3) Colleseum
- Merupakan binaan bulat tanpa atap yang digunakan untuk
pertandingan pahlawan Rom (Gladiator). Pembinaannya
dimulakan pada tahun 80 M dan selesai dibina oleh Maharaja
Flavian.
- Bangunan ini boleh memuatkan 50,000 – 80 000 orang penonton .
Perlawanan antara banduan dengan hamba serta pertandingan
kereta kuda dijalankan di sini.
4) Teater
- Pada pertengahan abad pertama S.M. , orang Rom membina
teater daripada batu. Pentas dan tempat duduk penonton
disatukan untuk membentuk D. Teater baru yang pertama
didirikan oleh Marcellus pada abad pertama Masihi.

5) Pantheon
- Bangunan Pantheon di bina oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125
M, merupakan struktur berkubah yang berdiri bebas. Bahagian
dalam bangunan ini diperkayakan dengan mozek, lapis lindung
dan lantai bertatah dalam.

6) Bangunan mandian awam


- Bangunan mandian awam yang terkenal ialah Mandian Caracalla
yang didirikan oleh oleh Maharaja Caracalla pada abad ke-3 M,
meliputi kawasan yang luas dan dikelilingi dinding dan air
dibekalkan oleh akuadek.

- Di dalam kawasan mandian terdapat beberapa taman dan dua


buah perpustakaan . Bahagian tengah terdapat ruangan
berasingan bagi mandi air panas, sejuk, suam dan mandi wap.
Kawasan ini dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik menyalin
pakaian, bilik berehat dan tempat khas untuk bersenam.

7) Jalan Raya
- Jalan-jalan didirikan secara lurus, lebar, bersih dan berturap.
Terdapat lebih kurang 20 batang jalan besar yang
menghubungkan bandar Rom dengan bahagian-bahagian lain
dalam empayar.
- Jalan-jalan ini dibina oleh arkitek-arkitek yang dilatih oleh askar dan
diselenggarakan oleh kerajaan. Deretan tiang didirikan di
sepanjang jalan untuk mengasingkan laluan tepi jalan dengan jalan
berturap serta memberi perlindungan daripada panas matahari dan
hujan.

8) Bekalan Air

Panitia Sejarah Maktab Sabah 238


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

- Dilengkapi dengan sistem bekalan air terbaik di dunia. Bandar-


bandar memperolehi bekalan air dari sistem bawah tanah. Air
dialirkan ke rumah-rumah kediaman melalui paip dari tangki
pembekal.
- Terdapat dua Aduadek yang membekalkan air bagi seluruh
penduduk Rom. Air diperolehi daripada 14 saliran dan disalurkan
melalui paip air sepanjang 165km untuk memenuhi keperluan
penduduk Rom. Terdapat juga pancutan air di tengah bandar
untuk memudahkan orang ramai menyejukkan diri pada hari panas.

9) Kemudahan Awam
- Bandar-bandar dibina secara terancang dan dijaga dengan rapi.
- Kemudahan awam- pejabat, dewan orang ramai, kedai, rumah
ibadat dan perpustakaan.

KESIMPULAN ( 1 markah)

Dilengkapi dengan segala kemudahan selaras dengan sifat praktikal masyarakat


Rom.
Kemudahan yang disediakan menunjukkan masyarakat Rom hidup dalam
kesenangan dan keselesaan.

5. Bincangkan bentuk-bentuk sastera yang terdapat di tamadun-tamadun


dunia seperti Mesopotamia ,Mesir dan India.

PENGENALAN

1. Kesenian merujuk kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu


bentuk yang menyenangkan.
2. Ia juga dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan
atau kesedihan sehingga dapat melahirkan kesenangan.
3. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu seni halus dan seni gunaan.
4. Tamadun-tamdun awal meliputi Mesopotamia ,Mesir, India ,China,Yunani
dan Rom tidak terkecuali daripada kemajuan seni bina.

b. ISI-ISI PENTING

Terdapat berbagai faktor yang mempengaruhi kemajuan seni bina.

1) Proses urbanisasi;- penghijrahan penduduk yang berterusan- muncul


banyak petempatan kediaman awam.
- Kemudahan asas yang secara lansung membawa kemajuan seni
bina.
- Contoh: tempat mandi awam, aqueduct, kolam renang.

2) Keagamaan ; Upacara keagamaan tersendiri – tempat kediaman untuk


Tuhan yang dipuja dan disembah,

Panitia Sejarah Maktab Sabah 239


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

- Perayaan keagamaan
- Contoh pembinaan Ziggurat di Mesopotamia , Piramid di Mesir, Kuil
Gua di India dan gereja di Rom.

3) Organisasi Sosial: Masyarakat tamadun terbahagi kepada golongan


perintah dan dan diperintah
- Raja dan golongan bangsawan – pemerintah: ada lambang
kemegahan sendiri- pembinaan istana, makam, pusara, candi dan
lain-lain
- Contoh di India : dibina stupa tempat untuk menyimpab bahan
peninggalan simati.
- Di Mesir : Piramid dan mastaba (sebagai rumah bagi orang yang
meninggal dunia)

4) Ancaman musuh dan binatang buas: - sistem pertahanan seperti kubu


dan tembok dibina di sekeliling tempat tinggal, rumah berhala dan istana-
dibina dengan sistematik, rapi ndan kukuh.
- Contoh Tamadun China : Tembok Besar

5) Kemunculan tamadun membawa nilai-nilai estetika seperti riadah dan


rekreasi.
- Dataran awam didirikan sebagai tempat riadah dan aktiviti sukan.
- Contohnya di Rom; pembinaan Colisium

6) Kewujudan negara Kota dan sistem pentadbiran yang teratur:


- Contoh Firaun Mesir sentiasa mengadakan mesyuarat dengan
pegawai-pegawainya serta golongan bangsawan yang datang
mengadapnya di sebuah dewan berhampiran istana.

7) Perkembangan kegiatan ekonomi: - pembinaan banyak kemudahan


- contohnya Tamadun Arab untuk pertanian: dibina Empangan
Maarib.-terusan uuntuk sistem pengairan dan bengkel untuk
mengawal banjir

C. PENUTUP

Dari huraian di atas jelaslah bahawa terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
kemajuan seni bina tamadun-tamadun awal. Walaubagaiamanpun, faktor agama
lebih menonjol berbanding faktor lain. Kemajuan seni bina tamadun awal walaupun
banyak merosot dan runtuh tetapi masih ada yang kekal hingga hari ini.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 240


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

6. Bincangkan bagaimana Mesopotamia dikatakan terkenal dengan senibina


dan seni ukirnya .

A. PENGENALAN

1. Seni bina atau architecture didefinasikan sebagai kecekapan merancang


dan membuat bangunan yang indah sesuai dengan maksud dan tujuan.

2. Perkataan seniukir berasal daripada istilah Yunani yang bermaksud to


carve

3. Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia.Namun


begitu tamadun ini telah mencapai kemajuan sini bina dan seni ukir yang
bermutu tinggi.

ISI-ISI PENTING (21 markah = 7 isi x 3 markah

Seni bina Mesopotamia

1. Penggunaan batu bakar yang yang diperbuat daripada tanah liat. Ia


digunakan secara meluas terutama sekali bagi pembinaan laluan pejalan
kaki dan juga permukaan bangunan seperti ziggurat.

2. Orang Sumeria juga merupakan orang pertama yang membina gerbang


melengkung (arca) dan tiang-tiang batu daripada batu bakar. Dalam

Panitia Sejarah Maktab Sabah 241


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

pembinaan gerbang dan kekubah ini, jarak di antara dua tiang adalah tidak
melebihi 1.5 m.

3. Pembinaan rumah-rumah berhala mempunyai ciri mengkagumkan –


didirikan di atas tapak kukuh dan mempunyai ketinggian yang lebih dari
bangunan lain
4. Ziggurat merupakan menara rumah berhala berbentuk piramid – yg
terkenal Tower of Baber.

5. Pembinaan istana raja berasingan daripada rumah berhala spt di Kish


dan Eridu – dikelilingi oleh satu kubu pertahanan yang tinggi.

6. Istana tertua dan terbesar adalah istana yang terletak di Mari yang
mengandungi 300 bilik dan meliputi kawasan 6 ekar.

Seni Ukir Mesopotamia

1. Dalam bidang seni ukir, patung-patung yang dihasilkan adalah untuk


tujuan perhiasan dan juga digunakan sebagai alat ritual di rumah-rumah
berhala.

2. Pada akhir zaman Dinasti awal terdapat dua gaya seni ukir yang berbeza
di Sumeria. Pertama patung-patung dari Tell Asmar yang mengandungi
bentuk geometri yang mudah kedua dari segi teknik diukir dengan cekap
dan mempamerkan ciri-ciri naturalisme dan terdapat ciri-ciri ke arah
membuat potret.

3. Patung-patung yang diperbuat daripada logam iaitu tembaga turut


ditemui. Dalam bidang ukiran logam, keunggulan pengukir Sumeria dapat
diketahui daripada kebolehan mereka dalam membuat patung-patung
komposit.

4. Ukiran batu timbul juga popular di Sumeria yang terdapat sejak zaman
Protolitarate.

5. Batu-batu ukiran yang biasa ditemui adalah daripada jenis plak batu yang
mempunyai lubang di tengah –tengah untuk menggantungkannya di
dinding-dinding rumah berhala.
6. Terdapat ukiran timbul yang bermula pada abad ke 9 SM. Ukiran yang
paling awal ditemui ialah di istana-istana Ashurnasirpal 11 dan anaknya
Shalmaneser 111 di Nimrud.

7. Corak-corak yang terdapat pada ukiran ini tidak mempunyai kaitan


dengan agama. Orang-orang Assyria juga mempunyai pengetahuan dalam
ukiran logam. Contohnya pada zaman Shalmaneser 111 terdapat ukiran-
ukiran menarik pada gangsa.

C. Kesimpulan

Jelaslah bahawa Mesopotamia terkenal dengan seni bina dan seni ukir. Dengan
adanya kemahiran yang tinggi dalam bidang kesenian telah menunjukkan
Mesopotamia merupakan sebuah tamadun yang maju.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 242


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

7. Bandingkan pencapaian tamadun India dan Tamadun China dalam bidang


kesenian.

A PENGENALAN (3 markah)

1. Konsep kesenian
2. Latar belakang tamadun China
3. Latar belakang tamadun India

B ISI (20 markah = 5 isi x 4 markah )

TAMADUN INDIA

1. Seni ukir

India : Pada zaman Indus banyak patung-patung diukir di dinding-dinding gua


dan kuil, Patung diperbuat daripada batu pasir merah dan bahan logam seperti
gangsa dan tembaga Contoh Tugu Edik Asoka di Sarnath – kekal hingga sekarang

China : Banyak lukisan dan ukiran dibuat di atas kain sutera , tembikar dan
sampan. Lukisan potret manusia dan gambar-gambar adalah berunsurkan metos
dan peristiwa yang berlaku Ukiran dibuat di atas batu jed , gangsa , tanah iat , kayu
dan batu. Ukiran juga terdapat dikubur dan dinding-dinding gua. Semasa agama
Buddha banyak patung Buddha diukir dan dihias dengan cantik. Tulisan
kaligrafi juga dibuat di atas kain sutera , tembikar dan batu jed.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 243


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Kesusasteraan

India : Bahasa Sanskrit dan bahasa tamil memainkan peranan penting. Hasil
sastera India spt syair , nyanyian dan bentuk cerita Kesusasteraan terbahagi 2 iaitu
Kesusasteraan Sanskrit dan kesusasteraan Tamil. Kesusasteraan sanskrit
terbahagi kpd sastera vedik , epik dan sekular. Kesusasteraan Tamil terbahagi
kesusasteraan sangam , epik , etika dan bhakti. Semua hasil sastera
membincangkan agama hindu , buddha dan Jainisme. Sastera adalah lambang
kemegahan masyarakat hindu seluruh dunia. Karya buku veda dan epik spt
Ramayana dan Mahabharata menjadi ikutan hingga kini

China : Berbentuk cerita rakyat dan pepatah.Tulsan ideogram membantu dalam


penghasilan sastera di Cina. Buku Analekta – asas kesusasteraan Cina Ajaran
Confucius juga mempengaruhi perkembangan kesusasteraan. Ssu Ma Chien di
gelar Bapa Sejarah China dan hasil penulisan bukunya ’Shih Ching’ yang
mengisahkan peristiwa yang berlaku 2000 tahun yang lalu.. Karya ’ Chien han Shu
atau sejarah Dinasti han yang ditulis Pan Ku , Pan Piao dan Pan Chao. Sebuah
kamus yang memuatkan 20 ribu perkataan dihasilakn menjelang tahun 100 SM.

Seni bina

India : Mohenjo Daro dan Harappa mempunyai struktur binaan yang terancang.
Rumah-rumah kediaman dilengkap bilik tidur , bilik mandi dan bekalan air. Terdapat
Sistem saliran dan pembentungan bawah tanah , jalanraya yang lurus , longkang
dan terusan. Tempat mandi awam “ The Great Bath “ menunjukkan kemahiran
tinggi dalam seni bina. Pada zaman vedik dibina bangunan berbentuk kubah.
Pembinaan kuil tempat pemujaan seperti di gua Ajanta dan Ellora. Kuil
Mahapallipuram kuil termasyhur di India

China : Pembinaaan pengairan dan pengawalan banjir – menunjukkan mereka ada


pengetahuan hidraulik. Pembinaan istana tembok , pagar menggunakan lumpur
sebagai bahan binaan Pembinaan Tembok Besar China sejauh 2410 km
Pembinaan dinding panjang utuk benteng perrtahanan

Seni Lukis

India : Berkembang sejak zaman lampau Dihasilkan oleh golongan kelas


menengah dan pelukis-pelukis profesional . Lukisan yang tertua ditemui di Gua
Jogimara Contoh : Lukisan mural dijumpai di Gua Ajanta Bidang seni lukis juga
berkembang semasa pemerintahan Moghul di India

China : Dipengaruhi oleh agama , falsafah dan idea sosial. Berasaskan


keharmonian antara manusia dan alam. Menggambarkan tokoh-tokoh sejarah
dengan peristiwa agama. Terdapat lukisan pada bekas menyimpan air.
Memperlihatkan serangan terhadap kubu , menembak , itik-itik liar dan memetik
mulberi. Berlandaskan lukisan confucius dan landskap menggambarkan gunung

Seni muzik

India : Terbahagi kepada tradisi muzik utara dan selatan India. Lagu-lagu suci kitab
veda dinyanyikan dalam upucara pengorbanan pada zaman vedik. Muzik bercorak

Panitia Sejarah Maktab Sabah 244


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

keagamaan ialah Marga. Epik-epik agung spt Ramayana , Mahabharata dan


Badgayadgitadipengaruhi unsur muzik

China : System muzik tersendiri. Zaman Dinasti Chin – Maharaja Shih Huang Ti
telah memusnahkan buku dan peralatan muzik. Zaman dinasti Han ditubuhkan
Jabatan Muzik Diraja bertujuan menyelaraskan pitch dan membina arkib muzik

C. KESIMPULAN

Apa sahaja yang berkaitan

8. Perkembangan seni lukis dan seni ukir di Alam Melayu telah bermula
semenjak zaman Pra-sejarah lagi. Bahaskan pernyataan di atas dengan
merujuk kepada contoh-contoh tertentu.

A PENGENALAN

1. Bukti-bukti arkeologi – masy Asia Tenggara di Alam Melayu telah


mempunyai pencapaian seni lukis yang membanggakan – lukisan pada
didnding dan syiling gua.

2. Seni lukis dan seni ukir pada zaman Pra sejarah ini juga merupakan
cerminan kepada banyak aspek kehidupan mereka yang merangkum hal-
hal kepercayaan dsb.

B . ISI - isi penting.

Lukisan Dinding Gua


 Dikesan – banyak tempat di Alam Melayu seperti Gua Niah Sarawak, Gua
Madai Sabah
 Lukisan tersebut merupakan lukisan2 Pra sejarah – Zaman Kebudayaan
Hoabinhian, Neolitik dan zaman Protosejarah.
 Lukisan menggunakan arang dan serbuk hematite.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 245


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Merupakan paparan kepada sistem kepercayaan, roh-roh nenek moyang,


kegiatan ekonomi – memburu binatang.
 Lukisan-lukisan perahu yang ditemui bersama-sama dengan pengebumian
perahu di Gua Niah membuktikan mereka percaya kepada kehidupan
selepas mati.

Lukisan pada tembikar

 seni lukis di Alam Melayu boleh dikesan pada objek tembikar yang
dihasilkan umpamanya penemuan tembikar tanah di Gua Niah Sarawak,
Gua Cha Kelantan, Gua Madai Sabah dan Gua Tabun di Filipina dan di
Jawa, Indonesia.

 Dilihat sebagai satu bentuk ekspresi pemikiran masy Alam Melayu


terhadap kehidupan masy mereka yang sangat rapat dengan Alam.

 Lukisan dilukis menggunakan hematite dan kayu getah yang dicampur


dengan lemak binatang tertentu mendapat hasil yang baik – satu
pencapaian dan tahap pemikiran yang tinggi.
 Bukti-bukti menunjukkan masy di Alam Melayu pada zaman Pra sejarah
telah pandai menghias tembikar.
 Jenis-jenis ukiran itu dikenali dengan pelbagai nama berdasarkan kepada
bentuk, corak dan motif tertentu.

Ukiran pada kayu


 Boleh dilihat dikebanyakan tempat di Alam Melayu seperti Thailand,
Malaysia, Filipina dan Indonesia.
 seni ukir boleh dikesan daripada keranda-keranda kayu dan klirieng-klirieng
yang terdapat di Serawak
 Keranda kyu terukir telkah pin dikesan di Pantai Timur Sabah, Palawan,
Filipina, Gua Niah, Sarawak, kalimantan Timur dan Sulawesi Tengah di
Indonesia serta Kanchanaburi di Thailand.
 Ukiran-ukiran pada keranda kayu merupakan menifestasi hubungan yang
rapat antara manusia dengan tumbuhan dan binatang
 keranda tersebut mempunyai ukiran berbentuk binatang
 ukiran yang bermotifkan tumbuhan juga boleh dikesan sebagaimana
lukisan dan tulisan yang terdapat pada tembikar-tembikar tanah.

Ukiran Batu
 Batu boleh dikesan semenjak zaman pra-sejarah. Kebudayaan ini juga
dikenali sebagai kebudayaan megalitik iaitu kebudayaan batu besar.
 Benerapa bukti seni ukir batu dijumpai di Jaong dan Tanah Tinggi Kelabit
di Serawak, Ulu Toman dan kawasan lembah pantai barat di Sabah,
Pengkalan kempas, melaka di semenanjung Tanah melayu dan di
tenggara kalimantan Indonesia,
 Ukiran-ukiran pada batu ini boleh dilihat sma dengan bentuk tulisan
mahupun tulisan gambar yang bermotifkan manusia dan binatang.
 Pada zaman protosejarah terdapat, seni ukir batu khususnya batu nesan
dan juga obejek-objek pemujaan yang bermotifkan agama hindu sebagai
pengaruh secara lansung dari India.

Kesimpulan:

Panitia Sejarah Maktab Sabah 246


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 seni ukir dan seni lukis di alam melayu pada zaman pra sejarah dan
sehingga zaman pra sejarah telah mengalami satu perkeembangan yang
maju dan membanggakan.

 Perkembangannya menjadi satu revolusi daripada budaya tempatan dan


hasil pengaruh budaya luar terutamnya kebudayaan India.

9. Huraikan ciri-ciri seni lukis India dan China

A PENGENALAN
1. Perkembangan seni lukis dalam tamdun manusia telah wujud semenjak
zaman pra-sejarah lagi.
2. Dibuktikan dengan penemuan lukisan gua di kebanyakan negara.
3. Selain itu lukisan-lukisan pada batu sama ada berbentuk catatan atau
tulisan juga banyak di temui.
4. Lukisan-lukisan juga boleh dikesan pada perlatan yang dicipta seperti
lukisan pada tembikar tanah, dinding bangunan dsb.
5. Seni-seni yang sama turut ditemui dalam tamadun India dan China

B . ISI - isi penting

1. Seni Lukis India

 Berkembang sejak zaman lampau


 Dihasilkan oleh golongan kelas menengah dan pelukis-pelukis
profesional
 dapat dikesan melalui penemuan dinding bangunan yang mempunyai
lukisan
 Lukisan juga di eksperasikan pada dinding-dinding kuil, rumah-rumah
ibadah

Panitia Sejarah Maktab Sabah 247


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 dan rumah-rumah kediaman khususnya di kediaman orang kaya dan


istana.
 Dihasilkan oleh pelukis-pelukis profesional lelaki dan wanita yang terdiri
daripada kelas menengah
 Lukisan yang tertua ditemui di Gua Jogimara
 Contoh : Lukisan mural dijumpai di Gua Ajanta – dianggap lukisan yang
terbaik dan paling bernilai kerana mengisahkan kehidupan penting
Buddha dalm bentuk episod atau urutan peristiwa.
 Bidang seni lukis juga berkembang semasa pemerintahan Moghul di
India
 Menceritakan kehidupan harian masyarakat termasuklah golongan
raja, petani, orang miskin dan juga tentang binatang dan tumbuh-
tumbuhan
 Penghasilan karya-karya tulisan yang menceritakan melukis dan teknik
–tekniknya termasuklah penyusunan warna dan pemilihan cerita-cerita
yang hendak dilukis merupakan perkembangan seni lukis yang
membanggakan.
 Kamasutra telah dihasilkan dan mengandungi maklumat tentang teknik
mengadun warna dan mengguna berus dalam lukisan

2. Seni lukis China

 Dipengaruhi oleh agama , falsafah dan idea sosial


 Tujuan:
 Berasaskan keharmonian antara manusia dan alam, tuhan dan
manusia sejagat.
 Menggambarkan tokoh-tokoh sejarah dengan peristiwa agama
 Terdapat lukisan pada bekas menyimpan air
 Memperlihatkan serangan terhadap kubu , menembak , itik-itik liar dan
memetik mulberi
 Berlandaskan lukisan confucius dan landskap menggambarkan gunung
 Tema atau kecenderungannya berbeza-beza mengikut dinasti.
 Dinasti Tang, temanya pemandangan yg dikenali sebagai Shan-Shui
atau lukisan gunung dan air.
 Tokoh pelukis terkenal : Shen Chou,Tang Yin,Chiu Ying dan Wen
Cheng Ming
 telah ditubuh sebuah sekolah yang dikenali sebagai Wen Jen Hua yang
berjaya melahirkan seorang tokoh lukisan China iaitu Chi- Cheng
 China juga menghasilkan manual lukisan yang baik seperti Mustard
Sed Garden Book.
 Lukisan China tidak mempunyai objektif tertentu- aspek warna, cahaya
dan perspektif tidak mendapat perhatian

C. KESIMPULAN

1. Perkembangan seni lukis dalam tamadun awal sama ada di India


mahupun di China adalah untuk membawa mesej kedamaian dan
keharmonian manusia sejagat.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 248


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

10. Bincangkan pengaruh agama Hindu dan Islam dalam perkembangan


kesusasteraan Melayu

A PENGENALAN

1. Kesenian merujuk kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu bentuk


yang menyenangkan.
2. Ia juga dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan atau
kesedihan sehingga dapat melahirkan kesenangan.
3. Kesusasteraan juga merupakan salah satu bentuk seni .
4. Perkataan kesusasteraan berasal dari[pada perkataan sakrit iaitu shastera
yang bermaksud kitab suci, seni cerita atau cerita.
5. Negeri-negeri di Nusantara juga mempunyai kesusasteraan sendiri yang
berkembang di bawah pengaruh agama Hindu dan Islam

B . ISI - isi penting

Pengaruh agama Hindu

1. Bahasa sanskrit dan bahasa Jawa kuno berperanan sebagai bahasa


intelektual pada zaman Hindu . Ia juga digunakan dalam bidang penulisan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 249


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

2. Bahasa Melayu kuno juga dibuktikan telah digunakan sebagai bahasa


perhubungan dalam kerajaan Mekayu Srivijaya pada awal abad ke tujuh
Bahasa ini berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran sanskrit
dan falsafah agama Budha.

3. Penggunaaan Bahasa Melayu kuno agak terbatas dalam bidang persuratan


Pada zaman itu tidak terdapat sebarang hasil kesusasteraan kecuali batu-
batu bersurat sahaja.

4. Perkembangan hasil-hasil kesusasteraan bercorak tulisan pada zaman


Hindu ialah dalam bentuk kesusasteraan Jawa kuno dalam bahasa
sanskrit.

5. Terdapat tiga tahap perkembangan kesusasteraan yang berpusat di Jawa:


kesusasteraan Jawa kuno (abad ke 8 M hingga 14 M) contoh:
Nagarakertagama oleh Prapanca. Arjunawiwaha oleh Mpu Tantular.
kesusasteraan Jawa tengah abad 15-17 M Gagang Aking, Calon Arang,
kesusasteraan Jawa baru (awal abad ke 18M ), Tutur (kitab agama),
Wiracarita (cerita perwira)

Pengaruh Islam

1. Kedatangan Islam telah menyebabkan peranan bahasa sanskrit diambil


oleh bahasa Melayu yang menjadi bahasa lingua franca di Nusantara.

2. Menurut M.G. Emeis da Zuber Usman , kesusasteraan Melayu mula


berkembang selepas kedatangan islam pada abad ke lima belas, Bahasa
Arab mendapat tempat dan jawi digunakan dalam penulisan.

3. Kedatangan Islam secara tidak lansung telah mengubah bahasa Melayu


dengan radikal dan menjadikan bahasa yang kaya dengan istilah-istilah
yang dipinjam daripada perbendaharaan Arab dan Parsi.Pkembangan ini
menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan
kitab-kitab agama Islam.
4. Karya-karya kesusasteraan Islam terdiri daripada bentuk prosa dan puisi.
Contoh-contoh karya prosa: Hikayat Nabi Muhammad saw, cerita-cerita
tentang kelahiran Nabi Muhammad saw dan mukjizatnya seperti hikayat
Nur Muhammad dan Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat para Nabi dan Rasul –
hasil karya yangmengisahkan tentang nabi-nabi seperti Qisasul Anbiya’.

5. Contoh karya berbentuk puisi dan pengarangnya; Hamzah Fansuri: syair


perahu, syair Burung Bayan, Abdul Rauf Singkel : syair Ma’rifat,

C. KESIMPULAN

1. Menurut perbincangan di atas di dapat bahwa agama Hidu dan islam telah
banyak mempengaruhi kesusasteraan Melayu.

2. Kesusasteraan Melayu yang mula berkembang dari zamn kesusaateraan


jawa kuno hinggalah ke bahsa Melayu klasik dan akhirnya membentuk
bahasa Melayu moden yang diamalkan oada hari ini.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 250


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

11. Jelaskan pencapaian masyarakat Islam dalam bidang seni bina dan seni
ukir pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al- Rasyidin.

A. PENDAHULUAN

1. Seni bina merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang membawa


makna indah, halus, lembut, senang dilihat, senang ditutur, senang
mendengarnya dan menerangkannya.Seni merupakan fitrah manusia untuk
mengilhamkan manusia untuk mencipta karya seni yang seterusnya
membawa nikmat dan kesenangan.

2. Menurut sarjana Islam Lois Lamya al-Faruqi mengatakan kesenian Islam


adalah meliputi semua hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan
mempunyai nilai estetika dan menyampaikan perutusan Islam sama ada
digunakan untuk tujuan agama ataupun tidak.

3. Matlamat kesenian untuk melahirkan manusia yang beriman dan beradab.


Aktiviti seni yang dijalankan mestilah berlandaskan batas-batas syariat
yang ditetapkan oleh Islam.

4. Seni ukir Islam terdiri daripada pelbagai cabang seperti seni bina, seni khat
dan seni lukis.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 251


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Sepanjang pemerintahan Rasulullah selama 23 tahun dan pemerintahan


Khulafa’ al-Rasyidin selama 29 tahun, bidang seni bina dan seni ukir
sentiasa mengalami perubahan.

ISI –ISI PENTING

1. Pencapaian seni bina pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin

a. Pada zaman Rasulullah, seni bina lebih tertumpu pada pembinaan


masjid. Masjid pertama ialah Masjid Quba’ yang reka bentuknya terdiri
daripada ruang yang bersegi empat, beratap di bahagaian mihrab, di
kelilingnya berdinding dan di tengah-tengahnya terdapat kawasan
terbuka manakala tanda kiblat diperbuat daripada batu.

b. Masjid kedua ialah Masjid Nabawi dibangunkan oleh Nabi Muhammad


bersama-sama kaum Muhajirin dan Ansar secara bergotong-royong.
Seni bina masjid ini dibina berasaskan Masjid Quba’ yang berbentuk
empat segi, sebahagiannya merupakan halaman dan sebahagian lagi
berbentuk bangunan yang berbumbung, disekelilingnya terdapat
bangunan yang berkawasan lapang.

c. Nabi Muhammmad s.a.w telah mengarahkan supaya Masjid Nabawi


diperluasakan bangunan masjidnya selepas Perang Khaibar (7 Hijrah).
Keluasannya mencapai 2 475 meter persegi. Pada Zaman Khalifah
Umar al-Khattab, masjid ini diperluas lagi sehingga 140 X 102 hasta.

d. Pada Zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Masjid Nabawi diperbesarkan. Pada


zaman Umar bin al-Khattab, masjid ini diperluaskan lagi ke arah
selatan, barat dan utara. Manakala, pada zaman Uthman bin Affan
pula, pembesaran Masjid Nabawi diteruskan dengan tiang batu dan
pintu menjadi tempat yang luas.
e. Pada Zaman Khalifah Umar al-Khattab, sebuah masjid dibina di kota-
kota baru yang dibangunkan seperti Basrah, Kufah dan Fustat. Masjidil
Haram di Mekah juga turut diperluaskan.
f. Khalifah Uthman bin Affan, turut memperluaskan Masjid Nabawi. Setiap
tinag yang asalnya daripada pohon kurma telah diganti dengan tiang
batu. Rumah-rumah isteri Nabi Muhammad s.a.w. turut dirombak dan
dijadikan ruang masjid.

2. Pencapaian seni ukir pada Zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin.

a. Seni ukir Islam bermula sejak bangsa Arab memeluk agama Islam.
Bangsa Arab merupakan ahli pengukir dan pertukangan yang terkenal
sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya
masyarakat Saba’ di Yaman mempunyai ahli yang mahir dalam bidang
ukiran dan pertukangan.

b. Bukti-bukti menunjukkan seni ukir dan seni bina telah berkembang


pada zaman tersebut menerusi peninggalan runtuhan-runtuhan
bangunan termasuk Empangan Ma’rib dan sebuah ukiran batu kaum
Saba’ serta peralatan pertukangan tangan seperti alat-alat rumah,
kerusi dan lampu.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 252


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c. Pada Zaman Khulafa’ al-Rasyidin, masjid-masjid mula dihias dengan


ayat-ayat al-Quran yang diukir dengan indah bagi menjelaskan
panduan antara pembangunan fizikal dengan pembangunan
kerohanian.

d. Khalifah Umar al-Khattab telah membina dan mengukir masjid di Fustat


pada 17 Hijrah, pada waktu yang sama mimbar telah diukir dengan seni
khat yang cantik beserta ukiran yang berseni.

e. Wujudnya seni khat yang terdiri ayat-ayat al-Quran yang diukir indah
sebagai hiasan dalaman seperti di masjid-masjid di Kufah, Basrah dan
Baitul Muqaddis.

C. KESIMPULAN

1. Perkembangan seni bina pada zaman Rasulullah sangat perlahan


berbanding dengan zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Walaubagaimanapun,
usaha-usaha yang dilakukan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah
memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan seni bina dan
seni ukir pada Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah.

12. Jelaskan perkembangan bidang seni lukis pada zaman Bani Umaiyyah
dan zaman-zaman selepasnya.

A. Pendahuluan

1. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jahiliah kurang mahir dalam


melukis kerana lebih menumpukan kepada ukiran patung. Hanya terdapat
dua lukisan yang ditemui di Kaabah pada ketika itu iaitu potret Nabi Ibrahim
dan datuk nenek beliau.
2. Pada zaman Nabi Muhammad, perkembangan seni lukis tidak berlaku lagi
kerana tumpuan umat Islam sepenuhnya kepada perkembangan agama
Islam dan masalah yang berlaku di kalangan umat Islam.
3. Pada zaman Khalifah al-Rasyidin 632-661M (11-40H), perkembangan seni
lukis tidak berlaku dengan jelas hanya sekadar membantu seni ukir dan
seni bina saja.
4. Perkembangan seni lukis Islam berlaku dengan pesatnya pada zaman
kerajaan Bani Umaiyyah 661-750M (40-132H) dan pada zaman
pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah 750-1258M, (132-650 H).

B. Isi-isi penting.

1. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan 685 – 705
M (65-86 H), seni lukis Islam mulai berkembang apabila khalifah membina

Panitia Sejarah Maktab Sabah 253


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

lukisan bergambar pada batu kubah mulai Juruselem pada tahun 691 M (71
H). Pada zaman pemerintahan Khalifah Al Walid bin Abdul Malik 705 – 715
M (86 -96 H), seni lukis Ilamam semakin berkembang dalam masyarakat
Islam seperti di Baghdad dan wilayah-wilayah taklukan Islam. Banyak
lukisan terdapat pada dinding-dinding luar masjid pada bangunan masjid
dan pada makam-makam seperti masjid Umawi di Damsyik dan makam
Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.

2. Perkembangan seni lukis Islam semakin pesat berlaku pada zaman


pemerintahan bani Abbasiyah. Pada zaman ini pengaruh-pengaruh dan
unsur-unsur asing mulai berkembang dalam seni lukis Islam seperti unsur
Parsi, Rom ,India,China dan Turki, yang menyebabkan corak, bentuk dan
motif seni lukis Islam telah dipelbagaikan. Hasil Lukisan telah berubah dan
banyak mengambarkan objek-objek hidup seperti manusia dan haiwan.
Pelukis terkenal pada zaman ini ialah Firdaus (935-1020M) yang terkenal
dengan lukisan berjudul Shah Namek.

3. Perkembangan seni lukis Islam di Parsi dipengaruhi oleh seni lukis Barat.
Lukisan-lukisan lebih tertumpu untuk menggambarkan kekuatan bangsa
Timur seperti gambar naga, pemandangan dan lain-lain. Pelukis terkenal
Parsi ialah Sultan Muhammad yang terkenal sebagai pelukis hiasan luar
rumah seperti gambaran keindahan alam semula jadi. Pelukis lain yang
terkenal ialah Bahzab, Mikrak dan Qasim bin Ali.

4. Perkembangan seni lukis Islam di Turki berlaku dengan tertubuhnya


sekolah seni lukis di Turki pada tahun 1400M. Seni lukis Islam di turki
banyak dipengaruhi oleh unsur Iran.Tokoh yang terkenal ialah Muhammad
Siyahi Kalam.

5. Perkembangan seni lukis India pula berlaku pada masa pemerintahan


Kerajaan Moghul 1482-1787M. Seni lukis di India pada mulanya
menggunakan kaedah tradisional. S. M. Jaafar dalam The Moghul Empire
menyatakan pada zaman pemerintahan Akhbar 1556-1605 lagenda-
lagenda telah dikumpulkan dan diilustrasikan dalam bentuk lukisan oleh
pelukis-pelukis India untuk diabadikan dan dipamerkan kepada generasi
berikutnya.

6. Seni lukis India sampai ke tahap kegemilangannya pada zaman


pemerintahan Shah Jehan (1628-1658M). Shah dikatakan seorang raja
yang cintakan kesenian yang menyebabkan pada zaman pemerintahannya
kesenian berkembang dengan pesat dan mencapai kemajauan dan
kecemerlangan , termasuklah seni lukis.

7. China turut menyumbangkan hasil dalam perkembangan seni lukis Islam.


Cina telah berjaya menghasilkan lukisan yang bermutu tinggi yang
diadaptasikan daripada tema-tema yang sama dengan Asia Tengah, iaitu
tema pemandangan mengenai keindahan alam semula jadi.

8. Seni lukis Islam bertapak di Nusantara selepas berlaku pertapakan agama


Islam pada abad ke-13M. Walau bagaimanapun, seni lukis Islam di
Nusantara tidak begitu terkenal dan tidak popular dalam kalangan
masyarakat Islam.

Kesimpulan (1 markah)

Panitia Sejarah Maktab Sabah 254


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Perkembangan seni lukis Islam berlaku denganpesat selepas zaman Umayyah dan
dipengaruhi oleh unsur-unsur dan pengaruh-pengaruh asing. Namun seni lukis
telah diubahsuaikan mengikut kehendak Islam agar tidak bercanggah dengan
akidah, syariat dan akhlak.

13. Huraikan faktor-faktor yang mencorakkan kebudayaan Islam dan aspek-


aspek kebudayaan yang bercorak keislaman.

PENDAHULUAN (3 markah)
1. Definisi Kebudayaan – bahasa Inggeris disebut sebagai culture, dalam
bahasa Jerman kultur, dan dalam bahasa Arab disebut thaqafah.
2. Mengikut Kamus Dewan, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup
(yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta hasil
kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat, tamadun, kemajuan akal budi, dan sebagainya.
3. Pendapat E.B. Taylor – kebudayaan adalah sesuatu kesatuan jalinan yang
meliputi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, sastera, kepercayaan,
dan adat kebiasaan daripada golongan manusia seperti kebudayaan
Yunani.
Menurut Sidi Gazalba – kebudayaan adalah cara berfikir dan cara merasa
dalam kehidupan manusia yang membentuk kesatuan sosial dalam suatu
ruang dan suatu waktu atau cara hidup.
4. Ciri-ciri kebudayaan Islam mestilah tidak bertentangan dengan hukum-
hukum yang telah ditetapkan dalam Islam . Sesuatu kebudayaan itu
diterima oleh Islam sekiranya perbuatan atau tingkah laku itu tidak
melalaikan seseorang.

B. Isi-isi penting

Panitia Sejarah Maktab Sabah 255


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Faktor-faktor yang mencorakkan kebudayaan Islam.

1. Kebudayaan Islam berdasarkan beberapa faktor. Antaranya wahyu, iaitu


berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Segala yang ditetapkan dalam
kedua-dua sumber ini adalah menjadi pedoman kebudayaan. Al-Quran dan
Sunah mampu mencorakkan kebudayaan. Terdapat dua cara Al-Quran
mencorakkan kebudayaan iatu dengan cara penyesuaian tanpa ragu-ragu
dan penyesuaian dengan menerima cara ijtihad mengikut kesesuaian.

2. Faktor kedua ialah survival iaitu tidak hanya bergantung kepada jumlah
umat Islam tetapi ia bergantung kepada ketahanan dan sejauh mana umat
Islam bolah mengukuhkan kedudukan mereka dan bertahan daripada
pengaruh luar yang boleh meruntuhkannya. Pemerintah berkuasa untuk
menentukan dasar kebudayaan tetapi hendaklah menutamakan syariat
Islam dalam memperkenalkan kebudayaan Islam kepada semua rakyatnya.

Aspek-aspek kebudayaan yang bercorak keislaman.

1. Kebudayaan yang bercorak keislaman dapat dilihat dalam tiga aspek.


Pertama ialah budaya akidah iaitu yang meyakini kehidupan adalah milik
Allah. Cara menghidupkan budaya ini dengan menanamkan kepercayaan
terhadap Allah dalam hati. Cara ini dapat menegakkan budaya akidah dan
menjauhkan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

2. Budaya ibadat – terdapat dua unsur penting dalam beribadat iaitu tunduk
dan kasih. Tunduk ertinya seorang itu taat dan patuh kepada perintah Allah
dan rasu-Nya dengan melaksanakan suruhan-Nya. Kasih ertinya
melakukan suruhan itu dengan penuh minat dan ikhlas. Ibadat yang
diperintahkan oleh Allah ialah solat lima waktu dengan tujuan supaya kita
sentiasa ingat bahawa kita ialah hamba Allah. Ibadat lain yang difardukan
ialah puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji.
Selain ibadat khusus terdapat juga ibadat umum. Ibadat umum termasuk
segala kegiatan manusia yang patuh kepada hukum-hukum dan nilai-nilai
agama.

3. Budaya akhlak – tingkah laku hasil daripada dorongan jiwa yang ditonjolkan
dengan senang dan mudah tanpa berfikir. Untuk melahirkan cara hidup
berbudaya akhlak, kita perlulah berakhlak dengan Allah, manusia dan diri
sendiri. Cara berakhlak dengan Allah
4. ialah mentaati perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya.Berakhlak
sesama manusia ialah melakukan kebaikan kepada orang lain dan
mencegah kemungkaran. Manakala, berakhlak kepada diri sendiri ialah
mematuhi segala suruhan agama.

Kesimpulan (2 Markah)
Kebudayaan menurut Islam merupakan kebudayaan yang menurut segala
tuntutan Al-Quran dan al-Sunnah.Seseorang yang mengintegrasikan agama dan
budaya itu dalam kehidupan dapat menghindarkan diri nya daripada kemungkaran
dan keruntuhan nilai keperibadian manusia.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 256


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

14. Jelaskan sumbangan tokoh-tokoh muzik dalam perkembangan seni


muzik Islam.

A. Pendahuluan

1. Definisi muzik – bunyi yang menghasilkan irama yang indah dan


menyenangkan. Seni muzik Islam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
seni suara yang baik dan senis suara yang buruk.

2. Seni suara yang baik merangkumi bacaan-bacaan Al-Quran dengan suara


yang merdu, lunak dan syahdu, melagukan azan, berzanji dan sebagainya.
Seni suara yang buruk ialah nyanyian yang menimbulkan nafsu berahi,
merosakkan akhlak dan melalaikan mereka daripada beribadat kepada
tuhan.

3. Latar belakang Al Farabi , Al Kindi, Muhyiddin Ibn Arabi, Safi al-Din dan
Sham al-Din.

B. Isi-isi penting

1. Al-Farabi

Panitia Sejarah Maktab Sabah 257


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

 Seorang pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan
Qanun. Terkenal dengan karya-karya yang telah diterjemahkan yang
berjudul Styles in Music, Grand Book on Music, On The Classification of
Rhythm. Buku-buku ini menjadi bahan rujukan penting di universiti-universiti
di Eropah. Berpandukan buku-buku tersebut, masyarakat Eropah berusaha
membina empayar muzik sehingga menguasai dunia muzik pada hari ini

2. Al Kindi

 Seorang tokoh muzik yang banyak menyumbang kepada penghasilan


buku-buku teori muzik. Buku-buku yang dikarang oleh beliau diterjemahkan
daripada bahasa Arab ke dalam bahasa-bahasa Eropah. Antara buku-buku
yang diterjemahkan ialah On The Melodies, Essentials of knowledge in
Music dan The Necessary Book in the Composition of Melodies.

3. Muhyidin Ibn Arabi


 Seorang pelopor falsafah Islam dan juga seorang ahli muzik Islam yang
agung. Kebanyakan hasil karyanya adalah mengenai alat-alat muzik.
Karya-karya ini dapat membantu dalam perkembangan muzik Islam. Dalam
penulisannya, beliau menerangkan bahawa Islam menggalakkan
peningkatan dalam seni muzik.

4. Safi al-Din Abd al-Mukmin

 Beliau telah menubuhkan sekolah muzik yang pertama pada abad ke-13 M.
Seni muzik mula berkembang dengan pesat ekoran daripada penubuhan
sekolah muzik yang bertambah. Sekolah-sekolah muzik di Barat juga
bermodelkan sekolah muzik Islam. Safi al-Din turut menghasilkan beberapa
karya muzik terkenal, antaranya ialah Modus Music dan Syarifiya.
Sesetengah ahli muzik Barat menggelar beliau ‘Bapa Muzik’ manakala ahli
muzik Islam menggelar beliau sebagai ‘Bapa Muzik Kedua’selepas
Phyagoras, ahli muzik Yunani.

5. Shams al-Din

 Beliau merupakan anak kepada Safi al-Din. Selepas kematian ayahnya,


Shams al-Din telah meneruskan uasaha ayahnya dalam
memperkembangkan seni muzik Islam. Seperti ayahnya, Shams al-Din juga
merupakan ahli muzik yang terulung. Beliau menghasilkan karyanya yang
berjudul The Jewels of Arrangement in The Knowledge of the Melodies
yang telah diterjemahkan. Selain itu, beliau juga terkenal dengan hasil
karangan beliau yang berjudul The Grand Book of Songs.

C. Kesimpulan

1. Tokoh-tokoh muzik Islam berjaya memperkembangkan bidang seni muzik


Islam sehingga mencapai tahap yang membanggakan. Mereka banyak
menyumbang kepada ilmu seni muzik kepada seluruh dunia. Umat Islam
yang telah berjaya memantapkan kedudukan seni muzik Islam secara tidak
langsung mewujudkan sebuah identiti yang melambangkan kebudayaan
Islam di mata dunia.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 258


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

15. Bandingkan perkembangan bidang seni bina pada zaman Rasulullah


dengan Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

A. Pendahuluan

1. Seni bina merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang


membawa makna indah, halus, lembut, senang dilihat, senang ditutur,
senang mendengarnya dan menerangkannya. Seni merupakan fitrah
manusia untuk mengilhamkan manusia untuk mencipta karya seni yang
seterusnya membawa nikmat dan kesenangan.
2. Menurut Ibn Khaldun, seni bina merupakan salah satu ciri
ketamadunan yang penting kerana merupakan lambang dan mercu
tanda kegemilangan sesuatu bangsa dan negara.
3. Seni bina merangkumi segala bentuk bangunan sama ada yang
dihasilkan daripada batu, kayu, marmar dan sebagainya.
4. Latar belakang seni bina Zaman Rasulullah dan Zaman Khulafa’ al-
Rasyidin.

Isi-isi penting

A. Seni bina - Perbezaan


1) Aspek fizikal – Struktur binaan

Panitia Sejarah Maktab Sabah 259


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Pada zaman Rasulullah, pembinaan masjid pertama dalam Islam


iaitu Masjid Quba’ pada tahun 622M kira-kira 5 kilometer dari
Masjid Nabawi, Madinah. Pembinaannya belum sempurna kerana
hanya dibina daripada batang dan daun tamar kurma. Masjid
Nabawi di Madinah juga turut dibina daripada batang-batang dan
daun-daun tamar dan azan hanya dilakukan dari atas bumbung
rumah yang berdekatan dengan masjid tersebut.Manakala, pada
zaman Khulafa’ al-Rasyidin, pembinaan masjid-masjid tersebut
lebih sempurna. Ini dapat dilihat dengan jelas pada zaman Khalifah
Umar al-Khattab, bentuk fizikal masjid bukan sahaja telah lengkap
tetapi telah diperindahkan dengan seni ukiran yang cantik dan
berseni.

2) Kepelbagaian bentuk seni bina

Pada zaman Rasulullah, seni bina bermula dengan pembinaan


rumah Rasulullah yang dibina atas tanah seluas 100 hasta persegi.
Rumah ini dibina daripada kepingan-kepingan tanah, tiang
daripada batang kurma, mempunyai serambi dan beratap daun
kurma. Rumah ini merupakan seni bina Islam yang pertama
berkonsepkan seni bina. Bentuk-bentuk seni bina lain yang wujud
pada zaman Rasulullah ialah pembinaan bangunan-bangunan
rumah di Kota Madinah. Pembinaan kubu Perang Khandak 626M
(5H), Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi merupakan contoh bentuk
binaan yang lain. Manakala,pada zaman Khalifah Umar al-Khattab,
berlaku pembinaan sekolah-sekolah (madrasah) dan masjid-
masjid. Sebanyak lima buah rumah telah diubahsuai kepada
bentuk binaan penjara. Penjara-penjara baru turut dibina di
wilayah-wilayah taklukan Islam. Selain itu, pembinaan kota Basrah,
Kufah dan lain-lain. Masjid di Baitul Maqdis juga turut dibina.
Masjidil al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah turut
diperluaskan.

3) Hiasan ukiran dan tulisan pada seni bina

Pada zaman Rasulullah, tiada hiasan ukiran dan tulisan pada


binaan-binaan bangunan dan masjid-masjid. Ini disebabkan bentuk
bangunannya yang belum sempurna dan masjid-masjid dibina
untuk memenuhi fungsi sebagai tempat penyebaran
dakwah,kegiatan pendidikan atau keagamaan dan aktiviti
kemasyarakatan. Manakala, pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin,
masjid-masjid telah dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran, pelbagai
ukiran yang indah dan dalam pelbagai bentuk jenis khat. Mimbar
masjid yang sememangnya telah wujud pada zaman Rasulullah
diperindah dengan pelbagai ukiran seni khat dan berseni sekaligus
memaparkan salah satu ciri seni bina Islam.

4) Persamaan

Tujuan pembinaan - Pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-


Rasyidin, tujuan seni bina adalah untuk keseimbangan
pembangunan dan akidah, syarak serta akhlak. Penekanan juga
diberi kepada pembangunan rohaniah, jasmani dan akidah. Seni
bina Islam mempunyai bentuk yang sederhana dan tertumpu

Panitia Sejarah Maktab Sabah 260


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

kepada aspek kegunaan. Contohnya, pada zaman Rasulullah,


masjid Nabawi dan masjid Quba’ untuk tujuan penyebaran Islam
tetapi tidak mengabaikan aspek seni bina yang dianggap bermutu
tinggi. Begitu juga pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, masjid-masjid
terus dibina dan diperindahkan untuk tujuan yang sama.

2) Keselesaan – Kedua-dua pemerintahan menekankan keselesaan


pada pembinaan ruangan dalam bangunan. Contohnya masjid-
masjid yang dibina mempunyai ruang untuk kemasukan cahaya
dan peredaran udara yang selesa untuk beribadat. Rumah
kediaman juga mempunyai ruangan persendirian yang
memisahkan kaum lelaki dan wanita.

C. Kesimpulan

Seni bina yang telah diasaskan pada zaman Rasulullah telah disempurnakan pada
zaman Khulafa’ al-Rasyidin terutama dalam pembinaan masjid. Keadaan ini telah
menyebabkan seni bina pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah dan
pemerintahan selepasnya menampakkan kematangan dan mengalami
perkembangan seni bina Islam yang pesat.

16. Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dengan tamadun


Barat.

A. Pendahuluan

1. Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud


’kemahiran, cara atau kaedah’ (skill, way or method). Namun secara
lahiriah, manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri dalam
menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka.

2. Mengikut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning of Art, seni


merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan.
Nilai-nilai indah, tidak cantik adalah bidang yang yang termasuk dalam seni
dan nilai keindahan dalam kehidupan manusia yang kadang-kadang lebih
berpengaruh dalam bidang logic.

3. Menurut Drs Sidi Gazalba menerusi buku Pandangan Islam tentang


Kesenian menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada
kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana
setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semulajadi dan cinta akan
kesenian yang boleh memberi ketenangan kepada hati dan fikiran. Oleh
itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta akan sesuatu yang
dapat memberi kepuasan hati melalui pancaindera rasa.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 261


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Kesenian meliputi bidang-bidang seni seperti kesusasteraan, seni musik,


seni bina, seni ukir, kaligrafi, seni lukis dan teater.

B. Isi-isi penting

Perbezaan
1. Aspek moral dan akhlak

Islam mengkehendaki setiap seni yang diciptakan itu mempunyai nilai-


nilai mulia dan akhlak yang boleh membentuk keperibadian positif
manusia. Karya seni Islam dikehendaki memiliki nilai-nilai murni yang
melambangkan akhlak atau berbentuk neutral iaitu bebas daripada
nilai-nilai negatif. Ini bermakna agama membentuk akhlak dan akhlak
membentuk seni.
Manakala Barat mementingkan aspek keindahan tanpa menekankan
aspek moral dan akhlak.

2. Kepelbagaian dalam kesatuan

Kesenian Islam memberi sumbangan kepada kesatuan hidup


seseorang umat Islam. Kesatuan ini berbentuk dalam bidang
pekerjaan, ketika berehat atau ketika tidur. Dalam al-Quran, setiap
perkataan merupakan satu unit yang penting bagi mendukung susunan
dan makna ayat. Ini sama halnya dengan seseorang individu Islam
yang menjadi satu unit dalam kesatuan umat. Walaupun bentuk hasil
seni Islam berbeza-beza kerana perbezaan latar belakang sejarah dan
budaya, tetapi masih memperlihatkan kesatuan yang melambangkan
unsur-unsur akidah dan tauhid.

Manakala tamadun Barat tidak mengambilkira kesatuan dalam


penghasilan kesenian mereka. Tamadun Barat tidak mempunyai
sesuatu idenditi yang mengikat dan menyatukan mereka seperti yang
terdapat dalam Tamadun Islam yang menjadikan tulisan Arab sebagai
pengikat dalam menyatukan umat Islam.

3. Konsep kesenian

Mengikut perspektif Islam, konsep kesenian adalah untuk membimbing


manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah
S.W.T. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar
baik dan beradab. Seni juga merupakan satu proses pendidikan yang
bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat.

Manakala konsep kesenian menurut tamadun Barat, hanya


menekankan nilai-nilai estetika yang tinggi yang mampu memberi
kepuasan, kegembiraan dan keselesaan kepada naluri manusia sahaja.

Persamaan

4. Kedua-dua Tamadun melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik,


elok dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Kedua-duanya

Panitia Sejarah Maktab Sabah 262


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

mementingkan ciri kesenian yang boleh dirasai melalui penghayatan dan


timbul hasil daripada fitrah manusia yng sukakan keindahan.

C.Kesimpulan

1. Kesenian Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada Allah S.W.T
dan mencari keredhaanNya, manakala kesenian barat adalah untuk
tujuan keindahan dan kepuasan diri semata-mata. Ini bermakna, melalui
kesenian Islam dapat membentuk individu yang bermoral dan seimbang
daripada segi jasmani dan rohani.

17. Bincangkan pengaruh seni bina Islam di Nusantara.

Pendahuluan

1. Seni bina merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang membawa


makna indah, halus, lembut, senang dilihat, senang ditutur, senang
mendengarnya dan menerangkannya.Seni merupakan fitrah manusia untuk
mengilhamkan manusia untuk mencipta karya seni yang seterusnya membawa
nikmat dan kesenangan.

2. Matlamat kesenian untuk melahirkan manusia yang beriman dan beradab.


Aktiviti seni yang dijalankan mestilah berlandaskan batas-batas syariat yang
ditetapkan oleh Islam.

3. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan salah satu lambang dan mercu
tanda kegemilangan sesuatu bangsa atau negara.

4. Seni bina terawal di Nusantara dipengaruhi unsur-unsur Hindu Buddha. Seni


bina Islam muncul apabila Islam bertapak di Alam Melayu. Bagaimanapun
pengaruh Hindu Buddha dalam seni bina Melayu tidak dapat dielakkan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 263


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

5. Seni Bina Melayu di Nusantara berubah-ubah mengikut zaman. Pada zaman


awal, seni bina Melayu hanya dapat dilihat pada patung-patung, batu dan
saiznya agak kecil.

Isi-isi penting

1. Pada zaman Hindu, seni binanya dapat dilihat dengan pembinaan candi.
Dengan kedatangan Islam, seni bina Melayu berubah.

2. Di antara seni bina yang menarik ialah masjid. Seni bina masjid disesuaikan
dengan alam persekitaran dan dipadankan dengan bahan-bahan tempatan
seperti kayu. Contohnya, Masjid Tengkera di Melaka dihiasi pintu gerbang
yang diperbuat daripada kayu atau buluh dan dihiasi dengan kertas atau kain
berwarna-warni.

3. Apabila penjajah Barat datang ke Alam Melayu, simen mula digunakan untuk
membina masjid. Seni bina masjid dipengaruhi oleh seni bina Arab, Turki,
Iran, India dan China.

4. Seni bina ialah seterusnya ialah rumah. Pembinaan rumah dipengaruhi oleh
unsur agama dan iklim. Rumah Melayu Melaka merupakan rumah
berbumbung tinggi dengan ruang tamu, dapur dan serambi yang tertutup
serta berdinding.

5. Pintu gerbang merupakan salah satu jenis seni bina Alam Melayu. Pintu
gerbang berfungsi sebagai pintu masuk ke sesebuah bangunan atau kota
bagi mengindahkan kota atau bangunan seperti istana dan masjid.

6. Pusara atau makam berfungsi sebagai tanda atau ingatan terhadap


seseorang yang mati. Pusara yang indah dan besar adalah milik raja,
bangsawan, pembesar, dan orang-orang kaya. Bumbung pusara dihias
dengan seni bina Melayu berunsur keagamaan seperti ukiran ayat-ayat al-
Quran. Pusara atau makam di masjid menempatkan golongan alim ulama’
atau orang yang berjasa terhadap agama.

7. Rumah wakaf berfungsi sebagai tempat berehat yang dibina di istana, tanah
perkuburan dan di tengah perjalanan untuk kegunaan musafir. Bangunan ini
dihiasi dengan ukiran pada tiang dan kisi-kisinya.

Kesimpulan

Di Nusantara, kegiatan seni bina Islam turut berkembang dengan kehadiran Islam.
Walaupun terdapat pengaruh-pengaruh kesenian asing, namun seni bina rumah,
pintu gerbang, kota, kubu, pusara, dan rumah-rumah wakaf telah dipengaruhi oleh
kesenian Islam yang datang dari Arab, Turki, Iran dan India.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 264


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

18. Bincangkan bentuk-bentuk seni khat yang terdapat di Sepanyol dan


Nusantara.

Pendahuluan

1. Seni khat merujuk bentuk tulisan Arab. Dianggap mulia kerana berkait rapat
dengan penjagaan dan pencatatan kalam Tuhan.
2. Pada dasarnya, seni khat diperkembangkan untuk menghasilkan salinan-
salinan al-Quran yang cantik dan kemudiannya dikembangkan bagi teks-
teks agama serta puisi-puisi.
3. Seni khat merupakan bidang kesenian yang paling diminati oleh umat Islam
yang biasanya diabadikan pada bangunan. Seramik, kaca, ukiran kayu,
logam, dan lain-lain.
4. Terdapat pelbagai jenis khat Arab iaitu Kufi, Nasakh, riq’ah, thuluth,
muhaqqaq, ijazah, dan sebagainya.

Isi-isi penting

A. Tulisan khat di Sepanyol

Panitia Sejarah Maktab Sabah 265


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1. Kerajaan Bani Umaiyyah merupakan zaman permulaan perkembangan


kesenian Islam di Sepanyol.
2. Seni khat terdapat di Masjid Cordova dan Istana al-Hamradi, Andalus
Sepanyol.
3. Tulisan khat di Masjid Cordova menjadi hiasan di siling dan sekeliling
bangunan istana.
4. Dua jenis tulisan khufi dan naskah telah digunakan yang juga ditulis pada
senjata seperti pedang dan alat pinggan mangkuk.
5. Barang perhiasan dan tempat menyimpan barang kemas digubah indah
dengan tulisan khat.

B. Tulisan khat di Nusantara.

1. Dapat dikesan pada batu-batu nesan. Di Pekan, Pahang terdapat batu


nesan seorang wali Allah bertarikh 1028M, yang tertulis ayat-ayat al-Quran
dari Surah al-Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat. Terdapat
ayat-ayat tersusun dalam petak-petak bersegi yang diukir mengikut bentuk
ruang pada batu nesan yang dikenali sebagai Batu Acheh.

2. Terdapat tulisan khat yang ditulis pada batu berbentuk empat segi di
Keramat, Sungai Udang yang menandakan tarikh meninggal dunia Syed
Ahmad Mokhtar Ibn Martutalani pada 1467M.

3. Khat dalam bentuk ukiran kayu yang diukir secara timbul, tebukan tembus
yang disusun bersegi atau bujur pada dinding rumah, istana dan masjid.

4. Khat pada mata keris mengandungi ayat-ayat al-Quran.

5. Kahat pada wang emas yang dikeluarkan oleh kerajaan Johor semasa
pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah (1623-1677 M).

6. Di Terengganu terdapat prasasti yang mengandungi nasihat dan perintah


bagi mentaati hukum-hukum syarak seperti hukum zina dan hutang-
piutang.
7. Makam Diraja Mahmodiah, Johor Bharu ditulis khat thuluth dan makam
Diraja Langgar Alor Setar ditulis khat khufi.

Kesimpulan

Seni khat terus berkembang menerima perubahan yang tidak pernah kaku
mengikut perubahan zaman. Seni khat telah berkembang keseluruh Nusantara dan
Sepanyol yang menjadikan kesenian sebagai hiasan di dinding-dinding bangunan.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 266


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

19. Huraikan kepentingan seni khat dan penjenisannya yang terdapat dalam
kaligrafi Islam.

Pendahuluan
1. Khat bermaksud garisan indah dalam bahasa Arab. Khat mempunyai kaitan
dengan seni tulisan yang diambil daripada al-Quran.Berkembang menjadi
seni dalam bidang tulisan yang dikenali sebagai kaligrafi.

2. Kaligrafi diambil daripada perkataan ‘kalios’ dalam bahasa Latin


bermaksud indah dan graph yang bermaksud tulisan. Kaligrafi dapat
dirumuskan sebagai tulisan yang diwujudkan dalam pelbagai bentuk huruf
yang indah serta dikategorikan sebagai unsur seni tulisan.

3. Perbezaan seni khat berbeza dari segi istilah. Seni khat merujuk kepada
tulisan al-Quran dan tulisan Arab manakala seni kaligrafi merujuk kepada
gaya huruf dan tulisan yang dihasilkan sebagai seni.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 267


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

4. Seni kaligrafi juga merangkumi seni khat kerana berkaitan dengan


pengubahsuaian huruf pada bentuk yang indah dan pelbagai tanpa
mengubah maksud yang asal.

Isi-isi penting

1. Kepentingan

a. Unsur keindahan - Dapat melahirkan aspek keindahan disamping menarik


minat umum untuk memahami maksud yang tersembunyi. Kaligrafi yang
telah dihiasi berbeza daripada bentuk tulisan biasa atau asal.

b. Menjimatkan ruang – Seni khat yang dihasilkan dapat menjimatkan wang


kerana tulisannya merupakan potongan daripada surah dalam al-Quran.
Seni khat dan kaligrafi dapat disesuaikan berdasarkan khat atau tulisan
kaligrafi dalam satu baris atau ruang yang sempit dan dapat diolah dengan
pelbagai bentuk sama ada geometri, bulat dan sebagainya. Ianya juga
dapat memasukkan pelbagai ayat dalam satu ruang khusus.

c. Kemahiran individu – Seni khat dan kaligrafi dapat menjadi asas kepada
kemahiran individu. Seni ini berkaitan dengan kemahiran penggunaan jari
dan seseorang perlu memahami maksud al-Quran atau bahasa Arab
sebelum menghasilkan bentuk kaligrafi. Asas kemahiran dan pengetahuan
sangat penting dalam menghasilkan kaligrafi supaya maksudnya tidak
berubah melibatkan potongan ayat al-Quran.

d. Sebagai satu identiti ketamadunan Islam – Kaligrafi merupakan ciri


khusus dalam Islam yang menjadi lambang khusus ketamadunan Islam
dalam seni tulisan. Ini menjadikan tamadun Islam setaraf dengan gaya
kaligrafi, tulisan tamadun lain seperti tulisan kaligrafi China.

e. Mewujudkan persaingan – Menjadikan satu saingan antara individu


bangsa dan negara Islam sendiri untuk mengembangkan satu gaya kaligrafi
yang berbeza antara satu daerah dengan daerah lainnya. Contohnya seni
khat Koufi berasal dan berkembang di Kufah, seni khat Farisi berasal dan
berkembang di Parsi dan seni khat Diwani dan Diwani Jali berasal dan
berkembang di Mesir.

2. Jenis-jenis khat dalam Islam

a. Khat Koufi :dianggap sebagai seni yang tertua dalam Islam yang berasal
dan berkembang dari Kufah. Pada zaman kebangkitan kerajaan Bani
Abbasiyah, seni khat Koufi telah dijadikan hiasan pada bangunan penting
untuk menambahkan keindahan dalaman dan luarannya seperti di masjid,
kubah,dan bangunan lain.

b. Khat Thuluth dan Khat Raihani seni khat Thuluth ini hanya digunakan
sebagai tulisan untuk bahagian hadapan kulit sama ada untuk buku dan
kitab al-Quran seperti naskah al-Quran Mashaf Uthmani. Seni khat Raihani
hampir mempunyai kesamaan dengan khat Thuluth tetapi mempunyai
tulisan atau hurufnya lebih lebar dan panjang.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 268


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

c. Khat Nasakh : Seni khat ini digunakan dalam dunia penulisan Islam.
Digunakan untuk tulisan biasa dan juga dapat dilihat pada isi kandungan
naskah berkaitan dengan ilmu keagamaan zaman perkembangan Islam.
Susunan huruf dan tulisan mudah dibaca dan berbeza dengan seni khat
seperti seni khat Diwani Jali.

d. Khat Farisi : Khat ini berasal dari Parsi. Digunakan secara meluas dalam
dunia penulisan Islam terutama untuk nama buku dan judul majalah.

e. Khat Diwani atau Diwani Jali : Khat ini berkembang dari Mesir sekitar
1220 H. Khat ini dianggap oleh sarjana sebagai khat untuk tujuan seni yang
digunakan dalam perjanjian dan urusan rasmi. Seni khat Diwani Jali
merupakan khat yang lebih menitikberatkan nilai seni dan amat rumit untuk
menghasilkannya serta memerlukan kemahiran tangan tetapi hasilnya
sangat indah. Seni khat Diwani Jali ini biasanya dihasilkan dalam bentuk
perlambangan seperti pokok, perahu, bangunan, masjid dan sebagainya.

Kesimpulan (2 markah)

Seni khat dapat melahirkan keindahan kaligrafi dalam Islam dan banyak
dipengaruhi dengan kutipan potongan al-Quran yang menekankan kepada
pengajaran dan pendidikan al-Quran. Di samping itu, dapat mengangkat
martabat kaligrafi Islam setanding dengan kaligrafi tamadun lain di dunia.

20. Huraikan asal-usul dan perkembangan seni khat di Nusantara.

A. Pendahuluan

1. Khat bermaksud garisan indah dalam bahasa Arab. Khat mempunyai


kaitan dengan seni tulisan yang diambil daripada al-Quran.Berkembang
menjadi seni dalam bidang tulisan yang dikenali sebagai kaligrafi.

2. Kaligrafi diambil daripada perkataan ‘kalios’ dalam bahasa Latin bermaksud


indah dan graph yang bermaksud tulisan. Kaligrafi dapat dirumuskan
sebagai tulisan yang diwujudkan dalam pelbagai bentuk huruf yang indah
serta dikategorikan sebagai unsur seni tulisan.

3. Ahli sejarah berpendapat khat ini berasal dari Nabati dan seterusnya
sampai ke Hijaz. Kemudian tulisan ini dibawa melalui pedagang-pedagang
yang berniaga di Syam dan Parsi oleh kaum Quraisy. Segelintir orang Arab
yang tahu membaca dan menulis kemudian mengajarkan kepada anak-
anak tawanan perang Badar. Dari situ ia terus berkembang ke merata
tempat dalam kerajaan umat Islam lain.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 269


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

Isi-isi penting (20 markah)

Asal-usul (8 markah : 4 isi x 2 m)

1. Lahir serentak dengan kemunculan Islam. Ada pendapat yang mengatakan


bahawa seni khat adalah anugerah Allah S.W.T. kepada Nabi Adam a.s.
dan diwarisi sehingga zaman Islam.

2. Menurut Ibn Khaldun, tulisan jenis masnah berasal dari Yaman dan
seterusnya berkembang pada zaman kerajaan Saba’ dan Himyar dalam
bentuk ukiran.

3. Ada pula pendapat yang mengatakan tulisan ini berasal daripada Finiqi
yang dikenali huruf Mesir purba dan berkembang luas di Mesir. Tulisan khat
dijadikan seni khat seni tulis Islam pada zaman pemerintahan Khalifah Ali
bin Abi Talib.

4. Kufah berkembang sebagai pusat seni khat. Antara jenis khat ialah Koufi,
Nasakh, Thuluth, tuki, rihan, diwan, talik dan nastaklik.

Perkembangan khat di Asia Tenggara

1. Menurut Abdul Rahman Al-Ahmadi, dalam Sastera Melayu dan Islam


menyatakan seni khat sampai ke Tanah Melayu serentak dengan
kedatangan agama Islam. Ia bertanggungjawab dalam memperkenalkan
tulisan jawi di Tanah Melayu. Tulisan yang diperkenalkan itu dikenali
dengan tulisan jawi yang kekal digunakan hingga ke hari ini. Menurut
Shuib Ahmad dalam Seni Khat menyatakan tulisan jawi merupakan tulisan
abjad Arab yang ditambah empat huruf iaitu nya, ga, nga, ca untuk
memenuhi keperluan sebutan bahasa Melayu.

2. Khat yang tertua sampai ke Malaysia ialah tulisan khat yang ditulis pda batu
bersurat yang dijumpai di Kuala Berang Terengganu bertarikh 1303 M (702
H).

3. Tulisan khat juga terdapat pada batu nisan Syeikh Ahmad Mukhtar ibnu
Marfu Talani bertarikh 1467 M (872 H) yang dijumpai di Sungai Udang
Melaka dan berhampiran dengannya terdapat batu pedang yang bertulis
khat kalimah Allah yang menyerupai khat kufi.
4. Di Alam Melayu seperti Samudera-Pasai, Acheh, Pulau Jawa, Perlis,
Kedah, Pahang, Johor yang terdapat banyak batu nisan yang mengandungi
khat yang diukir dengan ayat-ayat suci al-Quran. Contohnya pada batu
nisan makam sultan-sultan dan mubaligh Islam seperti batu nisan Fatimah
binti Maimun di Leran Jawa Timur (1082 M), batu nisan di Phanrang
Kemboja (1039 M) dan batu nisan Teluk Che Munah Pekan, Pahang (1420
M).

5. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu, Islam pada abad ke 15 dan 16,
seni khat diabadikan di atas duit syiling. Contohnya pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Melaka) 1455 – 1459 M dan Sultan
Abdul Jalil Syah (Riau) 1632 – 1677 M.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 270


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

6. Di Malaysia, seni khat diukir dengan indah pada kayu keras. Ayat-ayat al-
Quran dan Hadis Nabi diukir dengan motif-motif tertentu seperti tumbuh-
tumbuhan dan sebagainya yang berpusing-pusing ke kanan ke kiri, ke atas
ke bawah. Alat-alat senjata seperti pedang, keris dan lain-lain juga diukir
dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Khat juga diabadikan di atas
tenunan songket dan hiasan. Kini, tulisan jawi telah digunakan kembali
dalam persekolahan.

Kesimpulan

Pelbagai langkah telah diambil oleh negara-negara di Nusantara untuk


memperkembangkan seni khat. Langkah ini telah menyebabkan kebangkitan
kembali penghayatan dan penghargaan seni khat dan seni ukir Islam ini.

20. Seni ukir mendapat tempat istimewa di pentas sejarah kesenian dunia.
Jelaskan perkembangannya sehingga abad ke-18 M.

Pendahuluan

1) Seni ukir Islam dicipta bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang indah
dan menarik untuk dihayati oleh umat Islam. Selain itu, seni ukir dapat
melahirkan kebudayaan dan unsur-unsur Islam yang bolah difahami oleh
penganut-penganutnya demi mempertingkatkan ketakwaan Islam.
2) Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi yang dapat dilihat dari segi
susunan, komposisi, cara pengisisan ruang yang dihiasi ataupun
keseragaman motif-motif ukirannya.
3) Seni ukir khat dibahagikan kepada beberapa cabang seni yang lain seperti
seni bina, seni khat, dan seni lukis. Bidang seni ukir berkembang seiring
dengan bidang seni yang lain.

Isi-isi penting

Panitia Sejarah Maktab Sabah 271


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

1) Seni ukir mula berkembang di Tanah Arab kemudiannya menular ke Parsi,


Turki, India dan negeri-negeri Melayu di Nusantara.

2) Kemunculan seni ukir Islam berlaku sejak bangsa Arab memeluk agama Islam.
Ramai bangsa Arab merupakan pengukir dan ahli tukang yang terkenal sejak
sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, masyarakat Saba’ di
Yaman mempunyai ramai ahli yang mahir dalam bidang ukiran dan
pertukangan.

3) Banyak bukti seni bina dan seni ukir diperoleh pada zaman Kerajaan Saba’
menerusi peninggalan runtuhan-runtuhan bangunan termasuk Empangan
Ma’rib dan ukiran batu kaum Saba’. Terdapat juga peralatan pertukangan
tangan seperti alat-alat rumah, kerusi dan lampu yang ditemui.

4) Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., seni ukir Islam belum berkembang
dengan luas kerana tumpuan umat Islam pada ketika itu adalah ke arah
memperjuang, mengembang dan mengamalkan ajaran Islam dari sudut ibadat
dan pemikiran.

5) Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, masjid telah mula dihiasi dengan ayat-ayat
al-Quran yang diukir indah bagi menjelaskan paduan antara pembangunan
fizikal dengan pembangunan kerohanian.

6) Khalifah Umar al-Khattab telah menyumbang kepada pembinaan dan


pengukiran masjid di Fustat (17 Hijrah). Pada tahun 21 Hijrah, mimbar masjid
diukir dengan seni khat yang cantik beserta ukiran yang berseni.

7) Seni ukir Islam mula berkembang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
Istananya diukir dengan ayat-ayat al-Quran, Hadis dan kata-kata hikmah
termasuklah di dinding masjid dan menaranya. Contohnya, Istana Amrah yang
terletak di Timur Laut Mati dan Masjid al-Haram di Makkah.

8) Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan ,beliau telah membina
sebuah tugu yang dikenali sebagai Dome of The Rock (Kubah al-Sakhrah) di
Jurusalem. Tugu ini diukir dan dihias dengan batu permata dan manik-manik
yang indah dan beraneka warna untuk membentuk ayat-ayat Al-Quran.
9) Pada zaman Abbasiyah, perkembangan seni ukir islam telah mencapai
kemuncaknya kerana jajahan takluk Islam yang luas pada zaman tersebut.
Corak dan bentuk seni ukir Islam semakin bertambah, namun tetap kekal dari
segi falsafah dan ciri-ciri keIslamannya.

10) Pada zaman itu, seni ukir Islam telah dipengaruhi dengan unsur-unsur Parsi.
Bukti-buktinya dapat dilihat pada Universiti Nizamiyah, istana ai-Zahab di
Bagdad dan Perpustakaan Bait al-Hikmah.

11) Terdapat banyak bangunan seperti masjid dan istana di kota-kota besar
Sepanyol, contohnya Cordova, Granada dan Toledo yang mempunyai unsur-
unsur ukiran yang halus yang halus dan indah di samping seni khat dan
kaligrafi. Istana ini juga mempunyai patung berbentuk singa yang
memancutkan air dari mulutnya selama 600 tahun tanpa henti.

12) Kesenian Islam mengalami kemerosotan apabila kejatuhan kerajaan


Abbasiyah ke dalam tangan bangsa Monggol. Kebanyakan seni bina dan seni
ukir Islam di Kota Bagdad telah dimusnahkan oleh pihak musuh.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 272


Perealisasian Item Sejarah STPM 2010

13) Namun demikian penghasilan seni ukir Islam masih kaya di negara-negara lain
seperti Turki, Mesir dan Iran sehingga mempengaruhi seni ukir bangsa-bangsa
di Eropah dan Asia. Kesannya dapat dilihat apabila seni ukir Islam yang terjalin
dengan tulisan khat telah mempengaruhi para seniman yang beragama
Kristian. Contohnya di Itali terdapat beberapa buah gereja yang dihias dengan
ukiran Islam seperti pada pintu masuk gereja Milano yang terdapat ukuran-
ukiran bertulisan Arab.

14) Seni ukir Islam juga mempengaruhi seni ukir Melayu di Nusantara.
Perkembangan seni ukir di rantau ini boleh disaksikan menerusi bangunan
masjid, istana, makam dan batu bersurat.

15) Penemuan seni ukir Islam yang tertua ialah Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 702H(1303M). Selain itu, terdapat juga seni ukir khat yang ditemui
pada Batu nisan yang bertuliskan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis termasuk
makam-makam sultan dan mubaligh Islam . Secara ringkasnya seni ukir dapat
diterima oleh semua golongan masyarakat Islam kerana nilai dan kualiti
seninya yang tinggi.

Kesimpulan (2 markah)

Keseluruhan kesenian yang dibawa oleh orang-orang Islam mencerminkan nilai,


akidah, akhlak dan syariah yang sudah sebati dalam jiwa umat Islam.
Perkembangan seni ukir amat pesat sehingga dapat menonjolkan identiti sesebuah
negara.

Panitia Sejarah Maktab Sabah 273

You might also like