You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah

bahasa Melayu. Oleh itu, semua warga Malaysia perlu menghormati dan mempertahankan

bahasa Melayu kerana bahasa itu ialah bahasa kebangsaan mereka. Fakta yang tidak dapat

disangkal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun ialah darihal kedudukan bahasa Melayu sebagai

kebangsaan negara. Kedudukan bahasa itu sangat jelas di sisi perlembagaan. Kedudukan dan

peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan.

Isu penggunaan bahasa Melayu pada masa ini semakin membimbangkan. Sebagai

contoh penggunaan bahasa Melayu oleh media elektornik yang disifatkan Persatuan Pendidik

Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot kualitinya. Menurut Presidennya Prof Madya Dr

Hashim Othman, pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program

televesyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini. Contoh kesalahan paling

kerap ialah penggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa

rasa sopan dan hormat. Penggunaan kata ganti ‘kita orang’, ‘korang’, dan ‘diaorang’ yang

merujuk kepada ganti nama ‘kami’, ‘kalian’ dan ‘mereka’, yang kini meluas diguna dalam

drama terbitan stesen televisyen berbayar.

Kesalahan bahasa itu jika tidak dibendung akan membawa impak buruk terhadap

perkembangan bahasa Melayu kerana pengaruh media elektronik terhadap penonton dan

pendengar khususnya kanak-kanak adalah sangat besar. Penggunaan bahasa Melayu yang

tinggi berupaya menjadi contoh kepada pelajar dan masyarakat. Usaha mendaulatkan Bahasa

Melayu di segenap lapangan merupakan tindakan murni yang bukan sahaja menepati undang-

undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan kedudukan

istimewa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam perkara 152.

1
Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat dan mengekalkan identiti

serta jati diri bangsa dan negara Malaysia. Keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Dr Rais

Yatim untuk menukarkan istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di

Putrajaya harus diberikan pujian serta wajib untuk dilaksanakan. Sebagai sebuah negara

berdaulat dan mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita tentu

hairan apabila istilah-istilah asing seperti “Presint, Boulevard dan Parcel” digunakan secara

meluas di Putrajaya.

Kurangnya keperihatinan serta kesedaran sivik kebanyakan anak muda sekarang

terhadap pelbagai isu-isu yang berlaku termasuk isu kedaulatan bahasa kebangsaan adalah

suatu yang membimbangkan. Sikap acuh tidak acuh dan malu untuk bertutur di dalam bahasa

kebangsaan semakin ketara kepada generasi muda pada hari ini. Kemerosotan bahasa Melayu

dari segi penguasaan dan penggunaanya perlu dinilai dan diberikan perhatian serius. Untuk

terus mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, adalah tidak cukup

sekadar diajurkan program-program bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di

peringkat kementerian dan jabatan sahaja malah ia perlu mengakar ke segenap lapisan

masyarakat terutamanya di institusi-institusi pendidikan

Kempen dan gerkan massa untuk memartabatkan bahasa Melayu perlu dijalankan dan

wajar mendapat perihatian semua pihak. Jikalau budaya berbudi bahasa dijadikan kempen,

maka sudah tentu kempen memartabatkan bahasa Melayu juga harus dijalankan kerana salah

satu budaya orang Malaysia adalah bertutur seta bangga dengan bahasa kebangsaan. Bahasa

Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan menjadi antara bahasa berpengaruh

yang berperanan di dalam penyebaran agama Islam selain bahasa Arab, Parsi dan Urdu.

2
2.0 MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

2.1 Bahasa Kebangsaan

“Bahasa Jiwa Bangsa” dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam proses

memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Pada tahun 1970, bahasa Melayu secara

berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar di

sekolah-sekolah. Sebuah badan berkanun, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah

bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita (Kamarudin Husin

& Siti Hajar Abdul Aziz, 1999).

Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini

berpaksikan pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa

Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada. Menurut Hj. Mohd. Khusairi Hj. Abdullah,

(1983) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuatkuasa pada April

1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen, iaitu meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka

dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Akta ini jelas memperuntukan bahasa kebangsaan

hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.

Akta Pendidikan menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

di sekolah-sekolah. Sebelum wujudnya Akta Pendidikan, dalam Laporan Penyata Razak dan

Laporan Rahman Talib telah menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sama ada di peringkat rendah mahupun

menengah, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan, ataupun di peringkat universiti. Cara

ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga mampu menjadi

wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain.Untuk mempertahankan martabat

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara, kesepaduan rakyat mestilah

3
sentiasa digembleng. Penggunaan satu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan

berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.

2.2 Dasar Bahasa

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu

lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu

identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem

pelajaran kebangsaan. Di samping memenuhi keperluan sebagai lambang penyatuan,

penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul daripada desakan kebangsaan yang mahukan

bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa bumiputera iaitu bahasa Melayu.

Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa

Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya

dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah

dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan peluasan penggunaannya.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa negara ini juga dianggap bermula dengan idealisme,

iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat

yang relatif seragam, dan menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang

berkesan dalam sektor-sektor penting negara (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz,

1999).

2.3 Bahasa Melayu Dalam Pendidikan

Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991 penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan baik di

peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan lancar. Bahasa

Melayu sudah dapat berfungsi dengan baik sebagai bahasa pengantar ilmu serta dapat
4
mengungkapkan dan menghuraikan konsep ilmu yang abstrak dan jelas. Bahasa Melayu

sudah mampu berfungsi sebagai bahasa akademik dan lengkap dengan laras-laras bahasa,

perbendaharaan kata dan istilah untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka

bidang ilmu serta ilmu sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuteraan, Kedoktoran, dan Undang-

Undang, di samping Sastera, Kemasyarakatan dan agama. Bahasa Melayu hari ini sudah

mencapai taraf bahasa ilmu yang lengkap dengan ciri keintelektualan dan kesempurnaan.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam membina, menyempurnakan dan

mengembangkan bahasa Melayu supaya dapat memainkan peranannya dengan sempurna

dalam dunia pendidikan di negara ini bukan sedikit. Sejak Dewan Bahasa dan Pustaka

ditubuhkan pada tahun 1956, tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, seperti

pembinaan bahasa, pembinaan istilah saintifik, penyediaan kamus umum definitif,

pembentukan sistem ejaan baharu, penyusunan buku tatabahasa dan pembinaan sebutan baku

telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut

membantu menjayakan peranan bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka bersifat produktif dalam pembinaan bahasa Melayu dari

segi penstandardan dengan negara-negara berbahasa Melayu yang lain, menerusi penyertaan

bersama dalam Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) yang mewarisi Majlis

Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) sebelum itu. Berdasarkan begitu banyak buku teks,

kamus, majalah, istilah, dan bahan-bahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam bahasa

Melayu untuk kegunaan di sekolah-sekolah, maktab dan universiti, secara tuntasnya bahawa

bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranan dalam pendidikan di negara ini (Abdul

Hamid Mahmood, 2002).

5
2.4 Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Sekolah

Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan

bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat tidak dapat

menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula pada peringkat sekolah lagi

kerana sistem persekolahan di negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantarnya. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah-

sekolah sepenuhnya mulai tahun 1983 telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira menggunakan pengantar bahasa Melayu, di samping memberi

pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir. Ia juga

bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa, bersedia menimba ilmu

dan mempunyai akhlak yang tinggi.

Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai displin

ilmu dengan pengantar bahasa Melayu. Matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu KBSM ini lebih memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermutu

bersandarkan ketetapan tatabahasa, kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi

bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur

dan nilai budaya yang tinggi. Tumpuan dan penekanan adalah untuk membimbing pelajar ke

arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan mengamalkan nilai murni masyarakat

Malaysia yang universal (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 1999).

6
2.5 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Dengan ‘Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu’ dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia

sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan

moden, iaitu ilmu Sains, Teknologi, Ekonomi, Kejuteraan, Kedoktoran, dan Undang-Undang

di samping sastera dan agama. Sebagai bahasa ilmu bahasa Melayu harus mempunyai

perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengukapkan konsep dan

pemikiran yang kompleks dan abstrak. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi,

maka perlulah bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah, dan laras bahasa yang

cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan,

perindustrian ringan dan berat, perniagaan saham, pengurusan perakaunan dan perangkaan

(Abdul Hamid Mahmood, 2002).

Maksud kekuatan bahasa Melayu seharusnya setanding dengan kekuatan bahasa

Inggeris dalam memperkatakan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bahasa Melayu perlu

duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain

seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Jerman, dan bahasa Jepun, yang sudah lama

berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya. Satu-satu bahasa yang mencapai taraf

bahasa ilmu, ia perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektual bahasa, dan

kesempurnaan bahasa.

Bahasa melayu direncanakan menjadi bahasa yang ekspresif dalam pelbagai bidang

ilmu, termasuk sains dan teknologi. Dengan demikian, bahasa Melayu dapat mencapai taraf

kecendiakawan dan bahasa sainstifik. Dicerna sebagai bahasa elit dan bahasa cerdik pandai

yang bertanggungjawab membentuk pemikiran masyarakat dan pembangunan negara.

Perancangan bahasa Melayu secara bertahap-tahap melalui sistem pendidikan kebangsaan,

7
dan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, telah berjaya menghasilkan ahli

ilmu yang terdidik dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya pada peringkat ijazah pertama.

Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mempunyai dua

peranan penting, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan

pemikiran bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang dapat membentuk dan

mengembangkan identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat

perpaduan dalam negara berbilang bangsa dan agama (Dato’ Hj. Hassan Ahmad, 1986).

Dalam hubungan ini, bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar

dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi

bahasa penting dan utama dalam bidang keilmuan moden pada hari ini. Sebagai bahasa ilmu,

bahasa Melayu harus dapat berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden

dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu perlu mempunyai

dua ciri penting, iaitu keintelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa.

Menurut Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1999), keintelektual bahasa ini

dapat dicapai terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa

Melayu pada hari ini dapat memperkatakan tentang bidang yang berbeza daripada apa yang

mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata

bahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Jika dahulu perbendaharaan kata bahasa

Melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan bahasa Arab dan Sanskrit, kini perkataan bahasa

Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden.

Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala aspek tatabahasa sama ada dari

segi ayat, frasa, klausa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Dari segi penggunaan ayat

misalnya, ia harus betul strukturnya agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami.

Penekanan juga harus diberikan kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam

8
penggunaannya boleh mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Bagi

menangani perkara ini terutamanya dari aspek sebutan, perancangan dan pelaksanaan bahasa

baku dijalankan. Ini adalah untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf

tinggi dan ada kelarasan dalam penggunaannya.

2.6 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang

pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi

digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dam

juga badan berkanun. Dengan menghayati dan menghormati semangat perlembagaan itu,

setiap pelaksana dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan

rasmi. Untuk itu, surat, notis, minit mesyuarat, memorandum, dan dokumen-dokumen lain

mesti ditulis dalam bahasa Melayu. Inilah idealisme yang tersirat di sebalik pendaulatan

bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

2.7 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak boleh diperkecilkan. Keadaan pembangunan

ekonomi mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar, dan ini menjadikan bahasa

Melayu menjadi lebih penting. Kita tidak harus menolak pentingnya mempelajari bahasa

Inggeris. Yang tidak harus berlaku ialah bahasa Inggeris itu mengatasi taraf serta nilai bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar pentadbiran dan pendidikan. ini dapat menambahkan

keyakinan bahawa potensi bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa yang dapat

menyatupadukan rakyat.

Pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa mempunyai pengaruh yang besar untuk

mencorakkan masa depan bahasa. Mereka perlu mempunyai political will untuk menentukan

9
supaya bahasa Melayu berfungsi untuk mampu mencapai keseimbangan yang rasional serta

menguntungkan, antara unsur-unsur antarabangsa dengan kebangsaan.

2.8 Martabat Bahasa Jiwai Bangsa

Kedudukan tinggi bahasa Melayu dalam Perlembagaan telah ditelan oleh arus gelombang

politik melayu sendiri yang tidak mengendahkan bahasa ini. Bahasa Melayu tidak lagi

menjadi faktor untuk menentukan jatuh bangun politik Melayu kerana politik Melayu dikuasai

oleh ekonomi. Tetapi yang ironinya orang Melayu masih lagi kecil dalam penguasaan

ekonomi. Pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris hanya satu isu sahaja

dalam menentukan jangka hayat bahasa Melayu. Suatu yang paling memalukan kalangan

politik Melayu apabila mereka gagal menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Mengankat kedudukan bahasa Melayu bukanlah

mahu mengambil kedudukan bahasa lain tetapi meletakkan semula bahasa Melayu dalam

Perlembagaan. Bahasa Melayu adalah bahasa warganegara di negara ini, bukan bahasa milik

orang Melayu sahaja.

Suatu yang sangat tidak adil apabila pejuang bahasa Inggeris menganggap pejuang

bahasa Melayu sebagai “cauvinis”. Perjuangan memartabat bahasa Melayu tidak ada kena

mengena dengan kaum, ini agenda perjuangan semua rakyat. Apabila bercakap mengenai

perpaduan bahasa kebangsaan adalah penghubungnya. Bahasa Melayu menjadi kata kunci

kepada segala usaha menangkis prasangka antara kaum terutama apabila melibatkan soal

bahasa dan budaya. Sementara kalangan golongan politik Melayu harus memanfaatkan

gelombang yang ada untuk menyakinkan bahawa memartabatkan bahasa Melayu tidak

memufliskan negara ini.

Pejuang bahasa sejak generasi Usman Awang, Ashraf hingga sekarang ini tidak pernah

jemu menggerakkan usaha menyelamatkan bahasa Melayu. Walaupun dianggap sebagai

10
“cauvinis bahasa”mereka ini terus percaya bahawa persetujuan menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan bukan satu kesilapan generasi lampau. Cuma semangat kental

mereka wajar disokong secara bersungguh-sungguh oleh penggerak gelombang politik

Melayu. Mereka perlu membaca kembali slogan Bahasa Jiwa Bangsa yang tidak pernah lupus

jangka hayat.

2.9 Budayakan Bahasa Melayu

Memartabatkan bahasa Melayu bukan setakat dalam sistem pendidikan. Menurut Dr. Mashudi

Bahari, penggunaan Bahasa Kebangsaan itu perlu diperluaskan di luar lingkungan pendidikan

mencakupi semua urusan sama ada rasmi dan tidak rasmi tanpa kompromi. “Dasar

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

merupakan bukti kesungguhan kerajaan menjulang bahasa itu ke tahap yang tertinggi. Masih

terdapat urusan yang menggunakan bahasa Inggeris seperti dalam bidang pengiklanan,

perundangan khususnya yang melibatkan perjanjian sewa beli dan juga dalam komunikasi

awam. Senario ini membayangkan seolah-olah tiada kesinambungan antara ilmu yang

dipelajari di sekolah dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Terdapat juga agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengagungkan

bahasa asing itu terutamanya dalam pembentangan kertas kerja, mesyuarat atau penyediaan

cadangan perniagaan. Urusan surat menyurat dan dokumentasi juga kebanyakannya dalam

bahasa Inggeris. Selalunya, tida terma yang tepat dalam bahasa Melayu dijadikan alasan

untuk menghalalkan tindakan tersebut. Ia menjurus kepada bidang baru yang berkaitan sains

dan teknologi. Penggunaan bahasa penjajah itu lebih kepada pernyataan status atau untuk

menunjukkan tahap pendidikan penuturnya. Natijahnya, apabila golongan ini memegang

jawatan penting dalam sesebuah organisasi mereka cenderung mengutamakan bahasa

11
Inggeris. Bukan menidakkan kepentingan bahasa Inggeris tetapi komuniti masyarakat

Malaysia harus mengutamakan bahasa Melayu.

2.10 Galakan Penggunaan Bahasa Melayu di Institut Pengajian Tinggi

Menurut Ahmad Mohd. Yusof et al, (1992) sebahagian daripada pelajar menyatakan bahawa

mereka memang digalakkan supaya menggunakan bahasa Melayu, dan sebahagian lagi

menyatakan tidak. Pengakuan pelajar tentang soal galakan ini didapati berbeza-beza mengikut

institusi. Yang nyata ialah pelajar-pelajar Universiti Malaya lebih digalakkan oleh tenaga

pengajar mereka supaya menggunakan bahasa Melayu. Sedangkan, pelajar-pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia memang kurang digalakkan oleh tenaga pengajar mereka supaya

menggunakan bahasa Melayu. Begitu juga halnya dengan pelajar-pelajar Universiti Teknologi

Mara.

Di kalangan tenaga pengajar pula, mereka memang digalakan oleh pihak jabatan atau

institusi supaya menggunakan bahasa Melayu. Beberapa jenis galakan telah diberi dan

galakan yang paling ketara adalah menyediakan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, kursus bahasa Melayu juga diadakan untuk kakitangan jabatan atau institusi

masing-masing seperti Wacana Akademik Bahasa Melayu, kursus pengayaan diri mata

pelajaran bahasa Melayu dan sebagainya.

12
3.0 KESIMPULAN

Kita kena realistik untuk memastikan kedudukan dan masa depan bahasa Melayu terbela

tidaklah semudah meletakkan kepada tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab kolektif pelbagai pihak

terutama sekali kalangan ahli politik Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu perlu

dimanfaatkan untuk mengembleng usaha mengangkat kembali martabat bahasa Melayu. Puisi

Keranda 152 tulisan Allahyarham Usman Awang mesti dibaca semula bagaimana ledakan

kebahasaan masa lalu melihat masa depan bahasa Melayu yang berlaku pada hari ini. Malah

kena hayati juga slogan keramat Bahasa Jiwa Bangsa yang telan dimandulkan oleh kuasa

politik Melayu sendiri. Pelbagai langkah dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa Melayu

ke arah zaman kegemilangannya. Kita semua tidak boleh menyalahkan dan meletakkan

kelemahan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja apabila bahasa Melayu menjadi bahasa

kelas tiga di negara ini. Sebaliknya mereka yang menggerakkan gelombang politik Melayu

yang lebih mempunyai ruang dan kuasa untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu di

tempat selayaknya. Ada di kalangan sesetangah pihak yang sewenang-wenang menakut-

nakutkan rakyat khususnya orang Melayu bahawa kemajuan datang dengan bahasa Inggeris.

Untuk menyokong hujah itu mereka pun menudinglah kepada sekian banyak tokoh korporat

yang berjaya dengan penguasaan bahasa Inggeris. Tetapi pada hakikatnya perjuangan

memartabatkan bahasa Melayu ini tidak pernah meminggirkan bahasa Inggeris. Sebaliknya

tumpuan kepada bahasa Inggeris yang meminggirkan bahasa Melayu. Perlembagaan yang

menyebut tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan digubal dan

diluluskan oleh satu pihak. Maknanya selepas disebut dalam Perlembagaan, itu adalah

persetujuan dan kesepakatan bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Memartabatkan

bahasa Melayu adalah tanggungjawab bersama dan ianya tidak hanya tertumpu pada

sesetengah pihak.

13
4.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd. Yusof et al, (1992). Laporan Kaji Selidik Penggunaan Bahasa Melayu dalam
Bidang Kehakiman dan Undang-Undang. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Hj. Mohd. Khusairi Hj. Abdullah, (1983). Pelaksanaan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa
Pengantar Pelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1999). Bahasa Kebangsaan (A).
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Percetakan Zafar Sdn.
Bhd: Kuala Lumpur.

Bahan Daripada Akhbar dan Majalah

Azmy Mohamed. Budayakan Bahasa Melayu Tanda Patriotik.

Utusan Malaysia diperolehi pada 1/8/2010

Ku Seman Ku Hussain. Martabatkan Bahasa Jiwai Bangsa.


Utusan Malaysia diperolehi 1/08/2010
Zaidi Ismail. Hari Pejuang Bangsa”152”: Medan Bincang Arah Tuju Bahasa Melayu.
Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2010

14

You might also like