You are on page 1of 14

WARISAN BUDAYA MELAYU

Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi
Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga
dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai
Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di
seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum
Melayu yang beragama Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula
selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara
iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui
rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan
kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang strategik.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia balik kepada
fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang
sememangnya bersih dari noda dan dosa.

Tujuan Hari Raya Aidilfiri Diraikan

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan
ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja
kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama
sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada
melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan
puasa.

Sejarah/ Asal Usul Perayaan

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda
mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila
Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab
bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun
temurun daripada datuk nenek mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua
hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya
korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini
bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah
satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan
ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum
selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri
daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana
itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada
kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah
yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya
bersih daripada dosa dan noda.

UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu
sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya,
maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat
sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan
ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu
hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid
menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung
mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau
batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan
pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya
dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba
baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut
Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata:
"Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai
baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja
untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam
menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu,
digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang
yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit
untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan
seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku
kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin
tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.
Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.
Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan
harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan
prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya,
dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam
menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan
diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut
lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa
pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal
sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam
sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

SEBELUM

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu


sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.
Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan
secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.
Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan
premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena
Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik
Kampung.
BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila
tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu
neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang
terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan
sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan
keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di
dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi
mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di
masjid, qiamullail dan sebagainya

SEMASA

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka
dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,
bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang
selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang
Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul
selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai
saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya
saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian
Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke
bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan
bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol
meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau
masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada
malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa
dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka


Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah
cuti tamat.

AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT

Amalan sunat di bulan Syawal :


 

 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :


 

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri


b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
e)
yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah
g)
tersenam matahari pada hari raya tersebut.
   
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan
dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia
berpuasa sepanjang tahun."
   

SELEPAS

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya
dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam
seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan
fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah
menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
 

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa
yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak
pernah melakukan maksiat.
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa
yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu
akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan. 
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur 
Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-
nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah
dengan pandangan rahmat 
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih
anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari
Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari
tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
 
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya
itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali
sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan
dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
  Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
 

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.


Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan
b)
solat Adha
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
c)
yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah
e)
hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad) 
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar
dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal
Muharram.

KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim


sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-
anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya
biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan
hari kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua


kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-
masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi
menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama,
Justeru itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman
dan tenteram.

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung


kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini
kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia
ini.secara tidak langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi
Pelancongan negara.

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat
menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari
kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan
Ramadhan.

Aktiviti Pada Hari Raya Aidilfitri


Solat Sunat Hari Raya

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau
secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari
Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat
muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan
Solat Hari Raya

Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat
Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi
membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan
kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan
pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak
masa untuk penyembelihan korban. [1]

Kita juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya).
Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat kerana Hari Raya ialah
hari berhimpunnya manusia untok melakukan solat sunat hari raya. Mana-mana waktu
atau tempat yang berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan
disunatkan mandi kepada semua, samada yang ingin menghadiri solat Hari Raya
ataupun tidak kerana mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan
membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku,
menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan
memakai wangi-wangian.

Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar
dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan,
musolla dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya
yang diwajibkan berpuasa. Manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya
supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang
berkat. Anas radiyallahuanhu meriwayatkan, "Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak
keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda
memakannya dengan bilangan ganjil." Riwayat Bukhari

Selain itu dsunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun bukan berwarna
putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Tetapi jika warna putih maka
terhimpun padanya dua sunat; pakaian yang bagus dan warna putih iaitu warna yang
paling afdhal. Disunatkan membawa anak-anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat
Hari Raya.

Selain itu, kita digalakkan memnngunakan jalan yang berlainan untuk pergi dan balik
dari masjid. Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai orang. Selain itu,
memandangkan seseorang bukan selalu balik ke kampung, bolehlah melihat keadaan
kampung. Barangkali rupa pun sudah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih
dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan
berlubang, jambatan patah dan lain-lain. Sama ada dia wakil rakyat atau tidak,
hulurkanlah sedekah masuk ke dalam tabung masjid.

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir
lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan
apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah
selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak
saudara, jiran tetangga serta sahabat handai.

Pakaian Di Hari Raya Aidilfitri


Pakaian Tradisional Melayu

BAJU KURUNG

 Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.
 Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih
sopan.
 Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh,
kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat
tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan
sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.
 Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau
batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung
kepala.
 Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan
seharian.
 Terdapat beberapa jenis baju kurung yang terdapat di Malaysia:

 BAJU KURUNG CEKAK MUSANG


 BAJU KURUNG PAHANG

 BAJU KURUNG KEDAH


BAJU MELAYU

 Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.


 Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.
 Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian
pinggang dan songkok. 
 Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu
potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
 Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.
 Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan
Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
 Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia.
Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah
bertindan.
 Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar
baju.
 Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.
 BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
BAJU MELAYU TELUK BELANGA

You might also like