You are on page 1of 11

Pantun mengenang nasib 2) kebahagiaan

- kita sering mengharapkan kebahagiaan itu kekal menjadi milik kita


tetapi kadang kala ia menjadi sebaliknya.
Pisau raut hilang di rimba, 3) kesedihan
Pakaian anak raja di Juddah, - setiap manusia pasti pernah mengalami saat-saat kesedihan tetapi
Karam di laut boleh ditimba, sesetengah daripada mereka mampu menyembunyikan kesedihan
Karam di hati bilakah sudah. tersebut daripada pengetahuan orang lain.
(Maksud : kesedihan kerana kekecewaan lebih teruk daripada
kehilangan sesuatu benda)

Kusangka nanas di tengah padang, Nilai


Kiranya pandan yang berduri, - ketabahan > amat penting apabila berhadapan dengan dugaan
Kusangka panas sampai ke petang, - keyakinan > dapat membantu seseorang memperjuangkan hidupnya
Kiranya hujan di tengah hari. - kesabaran > amat dituntut dalam agama kerana mampu menjadikan
(Maksud : disangka sesuatu perkara itu akan kekal berterusan tetapi seseorang lebih beriman
rupa-rupanya putus di tengah jalan)

Buah berangan masaknya merah, Pengajaran


Kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampah berdarah, - pentingnya menjaga hati orang lain > kita perlu sentiasa memastikan
Luka di hati siapa tahu. orang lain gembira dan tidak mudah terluka dengan apa yang kita
(Maksud : sukar bagi seseorang untuk mengetahui perasaan yang lakukan
ditanggung oleh individu lain secara zahir)
- tidak terlalu bergantung kepada nasib > penting untuk menentukan
Apa di harap kepada tudung, kejayaan
Tudung salji terendak Bentan,
Apa di harap kepada untung, - sedia menerima suratan takdir > setiap yang ditentukan oleh Tuhan
Untung nasib permainan badan.( Maksud : sudah menjadi lumrah yang Esa
hidup, susah senang terpaksa ditanggung) Contoh soalan komsas :

Tema 1) huraikan maksud rangkap kedua pantun


suka dan duka dalam menghadapi kehidupan yang mencabar. kebahagiaan yang diharapkan berpanjangan rupa-rupanya berakhir
dengan kekecewaan
Persoalan
1) kekecewaan 2) pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk
- perasaan kecewa sering dialami oleh seseorang dalam menempuh mengatasi perasaan kecewa?
kehidupan dan sering mengharapkan perasaan kecewa itu segera Pada pendapat saya, cara untuk mengatasi perasaan kecewa ialah
berakhir dengan menyemai perasaan sabar dan tabah. Selain itu, saya juga akan
meluahkan perasaan kepada orang lain seperti ibu bapa, rakan, adik
beradik atau kaunselor

3) Jelaskantiga pengajaran yang terdapat dalam


pantun tersebut
Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut ialah kita
janganlah berputus asa apabila menghadapi masalah. Kedua ialah kita
hendaklah reda mengahadapi dugaan hidup. Yang ketiga ialah kita
hendaklah berusaha untuk mengubah nasib.
Jenis Gaya Jenis Gaya
Huraiannya Huraiannya
Bahasa Bahasa
(a)  Diksi  Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata  Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
oleh pengarang daiam karyanya
 Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang (h) Rima  Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat
dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, yang bersetentang antara dua baris atau lebih
dan mesej daripada dua baris daiam puisi
 Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima
(b) Ayat  Merujuk kepada cara pengarang membina dan akhir
menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat
pendek dan ayat panjang (i)   Asonansi  Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama
dalam baris-baris sajak
(c)    Dikenal juga sebagai perorangan atau  Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam  
Personifikasi penginsanan baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
 Membawa maksud tindakan pengarang
memberikan sifat manusia, sama ada dari segi
perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada
(j)   Aliterasi  Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang
benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal sama dalam baris sajak
yang abstrak.  Contohnya: pengulangan konsonan m dalam
 Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   baris Memacu menghimpun kekuatan
daripada   selimut    gunung,     benaknya
mendandan sejuta persoalan (k)   Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap
Pengulangan yang diulang dalam sajak
(d) Simile  Merupakan perbandingan yang menggunakan  anafora - pengulangan kata pada awal baris
kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak secara berurutan. Contohnya: Tambah
(tidak boleh dihitung) mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah
 Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran mengimbau sorotan kitab ESA !
 epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
(e)   Metafora  Merupakan perbandingan secara terus atau
langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti,
 repitisi - pengulangan kata dalam baris yang
sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
 Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(l)    merupakan   kata-kata   yang   digunakan  
Perlambangan untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan,
(f)   Hiperbola  Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk atau peristiwa yang membawa maksud yang lain
menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan atau maknanya lebih mendalam
daripada maksud yang sebenarnya
 contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi
 Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi melambangkan usia muda

(g)   Sinkope  Bermaksud penyingkatan perkataan


KESAN PEMANASAN GLOBAL
Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan
global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-
kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara
lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk
Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara
akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga yang paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan,
ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat
seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang. dan Romania.

Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika
mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat terus diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang
daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, akan menanggung kesan penuh kerakusan generasi kini mencemarkan
peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi.
dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan memberi kesan paling
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering dilihat
tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di menjadi mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin
Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik
berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah
akibat pencemaran udara setiap tahun. bisa tegal biasa'.

Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk
meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan
rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan
kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit
lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-
meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang
paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa
menghakis permukaan tanah besar. faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah
dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada
Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber
akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta air tawar dengan air masin dari laut.
hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik
mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti
Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk
Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang
dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk.
kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika Hal ini terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan
mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak
negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan
lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya
menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah
melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus. bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan
datang.
Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama
kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan
mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman.
Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan segai
air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes
cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat
dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan
peningkatan kes bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam
tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini
menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana
mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai
haiwan yang mereput.

Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar
bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau
seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya
di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan
yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau
beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan
kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan
kepada badan dan jantung.

Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua


penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau
pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang
ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG
peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan
tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat
kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa
Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan
ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat
golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana
petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan pihak yang menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada
beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan
pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat lawatan secara mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual
sebelum kena jimat sebelum habis. mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau tidak bersikap seperti
lintah darat. Sebagai contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga
Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah barangan secara sesuka hati atau cuba memasang lukah di pergentingan,
setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan ini akan menyebabkan
Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara
perut. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.
sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan
kepada 50 atau 60 perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak.
simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran wang di Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap
sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang. seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Semua
rakyat Malaysia mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan
Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan ke lurah sama-sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan
keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan kemelut yang berlaku. Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot
keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak barang-barang tertentu jika ada pihak yang ingin mengambil kesempatan
diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga dalam situasi genting yang bagai telur di hujung tanduk ini.
hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal,
peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan
pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan
sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-


barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini,
masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah
Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat
janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga
yang tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap
ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan
turun kembali.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting
DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar
KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa
Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada
saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa
yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai
kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup
hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais
menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk
tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini,
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu
ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung
pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri
mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang
sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup
bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka.
bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-
pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi
untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak
pemangkin kecemerlangan anak-anak. cemerlang dalam bidang pelajaran.

Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak- Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan
anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-
mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan
bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip
anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak- hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah
anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam
mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam
era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama
yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah
oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa
Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang
keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh
merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
kecemerlangan anak-anak.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting
kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain
wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha
seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk
merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan
anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan
mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah
kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini
tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung,
malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain
di seluruh sarwajagat ini.

You might also like