You are on page 1of 7

TEORI KONFLIK (Karl Marx)

1.Pengenalan Teori Konflik

Teori konflik telah diasaskan oleh seorang ahli sains sosial dan ahliekonomi yang

berasal dari Jerman. oleh Karl Marx yang kemudiannya diikuti olehWeber. Antara karya

yang telah dihasilkan dalam memperkatakan mengenai teori konflikini adalah melalui

karyanya terkenal iaitu “ the Communist Menifesto”. Pandangan teori konflik

mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu.

Konflik bukanlah bermaksud di dalam keadaan yang ganas tetapi berlakudalam bentuk

perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya.konflik ialah

sesuatu yang semulajadi dalam sesuatu masyarakat. Sesuatu konflik yang berlaku

boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu kolompok

sosial. Terdapat tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu konsep dialektik,

determinisme dan aktivisme sosial. Konsep dialektik bermaksud evolusi bukan

merupakan proses utama kepada perubahan sosial tetapi sebab utama yang

menghasilkan perubahan sosial ialah konflik. Determinisme ekonomi pula

bermaksudasas kepada perubahan sosial adalah ditentukan oleh persaingan-

persaingan ekonomi .Manakala aktivisme sosial bermaksud tugas utama analisisi sosial

adalah kritikan

2.Teori Konflik mengikut pendekatan Karl Marx

Pandangan teori konflik aliran Marx adalah berasaskan tarsiran-tafsiran sosiologikal

terhadap karya-karya Mark. Mengikut pandangan pengikut teori aliran Marx, mereka

berpandangan bahawa teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis


struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial

berlaku dalam masyarakat.Konsep sejarah materialisme Marx mempunyai tiga elemen

penting iaitu ia merupakan satu teori atau kaedah ilmiah, merupakan satu ajaranpolitik

dan satu pegangan hidup seakan agama.

2.1 Teori Kelas

Teori konflik aliran Marx beranggapan asas kepada pembentukan sesebuah

masyarakat adalah disebabkan oleh faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal,

industridan perdagangan. Asas kepada perubahan sesebuah struktur masyarakat

adalah disebabkan faktor-faktor berkaitan dengan pengeluaran ekonomi. Faktor lain

seperti agama, institusi politik, kekeluargaan dan pendidikan pula menjadi superstruktur

masyarakat. Sebarang perubahan yang berlaku pada superstruktur masyarakat hanya

akan berlaku jika terdapat perubahan pada asasnya. Marx menjelaskan bahawa ekonomi

yang menjadi pendorong kepada perkembangan modal akan membawa kepada perubahan

hidup masyarakat terutama dalam meningkatkan taraf hidup dan mengeluarkan mereka dari

kesempitan hidup. Namun perkembangan modal yang pesat akan menyebabkan berlakunya

penindasan terhadap sesuatu golongan yang mempunyai taraf hidup yang rendah dan yang

mengalami perkembangan modal yang tidak konsistem. Marx membahagikan masyarakat

kepada dua bahagian utama iaitu golongan borjius atau yang menguasai modal dan golongan

proletar atau dikenali sebagai golongan pekerja yang sering ditindas atau dikuasai oleh

golongan borjuis semata-mata untuk menambahkan modal mereka.

Setelah berlaku penindasan terhadap golongan proletar atau golongan pekerja

maka timbullah satu perasaan atau kesedaran yang dikenali sebagai “kesedaran kelas”
yang lahir dari satu perasaan yang dikenali sebagai “perasaan kelas” .Hal ini akan

menyebabkan berlakunya satu bentuk tentangan yang bersifat penghapusan terhadap

golongan berkelas (class society) dan mengantikannya dengan satu golongan baru

yang tidak berkelas (classless society). Masyarakat tanpa kelas (masyarakat sosialis)

wujud atas asas sistem pemerintahan pekerja, oleh pekerja dan untuk pekerja.

Menurut Marx, satu bentuk pengawasan diperlukan untuk mewujudkan kestabilan

dalam masyrakat yang mana telah mencapai satu bentuk masyarakat baik (good

society) dan tidak berlaku sebarang penindasan dimana semua pihak mendapat

kelebihan dan faedah bersama.

2.2 Kaedah Dialektik

Kaedah ini merupakan kaedah yang dianggap oleh Marx dan Engels sebagai

pencapaian terbaik falsafah Jerman klasik. Mereka berpendapat bahawa mana-mana

formulasi prinsip mengenai kemajuan, mengenai evolusi, adalah berat sebelah dalam

isu kandungan, dan hanya dapat memesongkan dan mencederakan aliran kemajuan

sebenar (yang seringkali berlaku dalam lompatan-lompatan, dan melalui malapetaka

dan revolusi).Marx telas memperluaskan idea ini kepada aspek material "dialectical

materialism". Menurut Marx manusia sememangnya mementingkan kebendaan atau

nilei-nilai material dan sentiasa merasakan tidak puas hati dengan apa yang diperolehi

demi untuk memenuhi setiap keperluan baru yang sentiasa wujud dalam setiap ketidak

puasan hati mereka sehingga sanggup berjuang untuk memenuhi keperluan

tersebut.Berbeza dengan kaedah-kaedah lain, kaedah ini lebih melihat hubungan

antara fenomina sosial dalam bentuk satu hala (one-way) sahaja seperti dalam huraian
sebab musabab. Misalnya jika berlaku sesuatu kemalangan jalan raya. Kereta A akan

melanggar kereta B dimana kereta A akan menyebabkan kerosakkan kepada kereta B,

atau secara mudahnya sesuatu fenomena itu boleh menyebabkan berlakunya

fenomena yang lain. Tetapi dalam hubungan dialetik A boleh menyebabkan B, dan

sebaliknya B juga boleh menyebabkan A. Contohnya borjuis menindas golongan

preletar yang akhirnya akan menyebabkan golongan proletar akan turut menindas

golongan borjuis yang membalas balik tindakan golongan borjuis keatas mereka. Hal ini

sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita terutama dalam sesebuah institusi atau

sesebuah syrikat yang mana golongan atasan atau majikan akan menindas golongan

pekerja dengan memberi tugasan yang berat kepada pekerja demi kepentingan dirinya

yang akhirnya akan menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja dan

akhirnya pekerja tersebut bangkit untuk menuntuk hak mereka terhadap penindasan

yang dibuat oleh majikan mereka atau lebih teruk lagi apabila berlakunya penghapusan

terhadap golongan majikan yang sering menindas mereka dengan menghalau dari

sesebuah syarikat. Idea dialectic juga tidak memisahkan satu fenomina sosial dengan

fenomina lain dengan jelas, malah semuanya berkaitan (Borjuis boleh jadi proletar &

sebaliknya).

2.3 Alienation

Alienation ialah keadaan dimana manusia dikuasai oleh satu kuasa yang diciptanya

sendiri dan sangat kuat dalam menguasai manusia.Sebagai contoh, Marx telah member

satu gambaran yang jelas tentang contoh-contoh Alienation ini iaitu melalui penguasaan
wang. Manusia telah mencipta wang dan akhirnya manusia telah dikuasai oleh

ciptaannya sendiri iaitu wang yang menjadi symbol kekayaan manusia. Kekayaan dan

kekuasaan seseorang itu diukur dengan wang yang yang dimiliki. Dengan hanya

memiliki wang yang banyak mereka akan terus berkuasa dan menguasai, ini lah yang

dikatakan kuasa wang (the power of money) yang boleh membeli apa sahaja dan

boleh mengubah segalanya. Contohnya dalam situasi yang berlaku dalam dunia serba

canggih kini. Wang ringgit adalah segalanya, orang yang bodoh boleh mengupah yang

bijak untuk melakukan kerja yang dipertanggung jawabkan kepadanya contohnya

seperti kerja menguruskan jenazah. Orang yang jahil dalam menguruskan jenazah

hanya perlu mengupah orang yang pandai dalam melakukan pekerjaan tersebut. Selain

itu orang yang hodoh akan menjadi perhatian apabila memiliki kekayaan. Walaupun

mempunyai rupa yang buruk dan cacat namun dengan wang yang banyak akan

menjadi perhatian orang untuk menjadi suami atau isteri. Contohnya seorang lelaki tua

yang sudah kelihatan agak berusia dan mempunyai muka yang hodoh akibat usia yang

sudah lanjut masih dapat mengahwini seorang gadis muda yang cantik kerana memiliki

harta yang banyak. Wang jugak telah banyak menyebabkan berlakunya pelbagai

pelbagai gejala sosial . Contohnya isu buang bayi yang sedang hangat diperkatakan,

Hal ini berlaku apabila wang ringgit dikatakan turut mampu membeli maruah seseorang.

Denagan wang yang banyak ini ramai gadis-gadis muda telah terjerumus dalam kancah

jenayah pelacuran. Mereka dibeli dengan wang ringgit untuk dijadikan pemuas hawa

nafsu seks yang tidak terbatas. Ramai remeja termasuk pelajar sekolah telah

terpengaruh dengan ajakan teman lelaki terutama yang datang dari keluarga yang kaya

dan akhirnya mereka dijadikan pelacur yang menjadikan bidang pelacuran sebagai
salah satu pekerjaan yang membolehkan mereka menjadi kaya raya. Kesannya

Berlakulah kes kelahiran anak luar nikah yang dibuang di merata-rata tempat. Terdapat

juga remaja yang menggugurkan kandungan dengan member sogokan kepada individu

atau sesebuah pusat rawatan untuk mengugurkan kandungan mereka. Hal ini jelas

membuktikan bahawa wang kuasa wang mampu mengubah segalanya. Selain itu

disebabkan kerana terlalu ingin mengejar kekayaan, manusia menjadi terlalu sibuk

dalam melakukan pekerjaan sehinggakan mereka lupa dan tidak menghiraukan

keadaan dan orang disekeliling mereka. Contoh yang jelas dapat dilihat ialah dalam

sesebuah syarikat kita dapati pekerja-pekerja seolah-olah sibuk dengan pekerjaan

masing-masing sehingga mereka tidak menghiraukan orang disekeliling mereka dan

ada yang tidak mengenali rakan yang berkerja bersama-sama mereka. Mereka bekerja

tampa menghiraukan kemampuan dan kebolehan yang mereka miliki semata-mata

kerana mahu mengejar kekayaan.mereka diibaratkan sebagai “robot” atau seperti

“lembu cucuk hidung”. Menurut Marx, Alienation ini boleh diperluaskan sehingga ke

peringkat pengeluaran, di mana manusia dikatakan terasing dengan perkara berikut

iaitu mereka bekerja untuk mendapatkan upah sahaja dan mereka terasing dalam

pekerjaan mereka sendiri. Selain itu mereka juga terasing dengan hasil keluaran

mereka akibat pengkhususan (division labour).


3.Kesimpulan

Konflik boleh berlaku dimana sahaja dan ianya memberi kesan yang berbeza-

beza terhadap individu tertentu. Konflik biasanya wujud dalam organisasi dan boleh

membawa kesan yang negatif jika tidak dikawal dengan bijak. Pihak pengurusan harus

memainkan peranan penting dalam mewujudkan koordinasi antara jabatan atau unit

dalam organisasi suapaya dapat mengurangkan konflik disamping menggunakan cara

yang betul dalam menguruskan konflik yang berlaku. Sesungguhnya saranan teori

konflik oleh Marx boleh diaplikasikan oleh pengurus dalam menangani konflik dalam

organisasi. Teori yang diperkenalkan oleh Karl Marx ini adalah salah satu pendekatan

yang menunjukkan bahawa setiap manusia atau masyarakat sentiasa berkomflik.

Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan perkembangan modal akan melakukan

pelbagai cara untuk mendapatkan apa sahaja yang diingini sehingga menyebabkan

berlakunya pelbagai bentuk penindasan terhadap orang lain semata-mata untuk

memenuhi kehendak dan keperluan masing.Harta dan kekayaan membutakan mata

dan menyebabkan pelbagai bentuk permusuhan dan komflik dalam kalangan

masyarakat. Melalui teori ini dapatlah kita mengetahui bagaimana untuk mengatasi

setiap komflik yang berlaku dengan lebih berkesan.

You might also like