You are on page 1of 15

Adat Resam Masyarakat India

KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil


menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk
gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu?
dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi
di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendarIndia. Upacara ini
akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami
dan mempunyai anak yang dipanggilcumanggali.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang
kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan,
gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan
dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali
sebagai ciirdiatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang
kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin
serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya
upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai  mutugu
niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air
seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi,
wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan
kalungan bunga oleh suaminya. 

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu
bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan
sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga
disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan
dan bunga-bungaan.
Adat ini dimulakan dengan upacara sembahyang. Para cumanggali akan memulakan upacara
dengan menyapu krim cendana pada kedua belah tangan dan pipi wanita hamil, kumkum diletak
di dahi dan gelang tangan dipakaikan. Makanan yang disediakan juga disuapkan kepada wanita
hamil tersebut. Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil akan menghadiahkan sirih pinang,
kunyit, bunga dan beberapa gelang kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.

Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang dicampurkan


kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-tengahnya. Kapur
barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar
mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah
seorangcumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi
wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.

Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi-nasi
tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan
disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika
bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan,
sebaliknya pula adalah lelaki.

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya
selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan
masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan
masyarakat.

Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi
menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental,
fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Membisikkan Nama Tuhan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai
agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi
sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya
sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa
memasuki bilik bersalin.
Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama
Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi
tersebut.

Potong Tali Pusat 

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah
bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama
untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di
samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennaiyang merupakan campuran
minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini
dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu
pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. 

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan
bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

Selepas Kelahiran

Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh
dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah
upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka
dariapada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan,
arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam
dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan
mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah
ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.
Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di
sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar
dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama
dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan
kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin.
Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan
untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan bagi
mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman.
Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam
yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit
sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi
supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa
bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan
sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit
bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil
menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap
kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi
ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan
bayi.

Mendodoi Bayi

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India.
Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattubermaksud penggoyangan lidah. Upacara
dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi
tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan
hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja

Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan
dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang
arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.

Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran.


Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir
masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan
memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti
kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke
dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan
memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi
mendoakan kesejahteraan bayi.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi.
Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga
dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya
kelak.

PERKAHWINAN

Merisik 

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,
kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial
merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras
dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi
secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai
dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taragaakan membantu
dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen
perkahwinan yang berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin 

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi
bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.
Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat
bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan
tersebut ramai. 

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk
kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat
yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima
hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang
sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. 

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air
minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan
lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang
bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan.
Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga
bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan


terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu
diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara
tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina
poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam,Yooni
poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau
poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji 

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil
lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan
membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan,
cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. 

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan
berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah
meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah
pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk
mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan
kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang
dinamakantaambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari
perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-
tukar kalungan bunga.

Parisam 

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam.Parisam biasa adalah


pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan
parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum
perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis
pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam
jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka
dipanggilcumanggali. 

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki
dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik
tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan
buyung yang dikenali sebagaipuurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak
yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbumsebagai
menunjukkan kurniaan tuhan. 

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian
bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada
anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan
kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain
boleh melihatpuurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin
perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu.
Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal
pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan
memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. 
Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara
tersebut untuk mengelakkan pembaziran

Sebelum Majlis Perkahwinan 

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dijalankan terlebih dahulu, antaranya : 

Kad Jemputan 

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad
jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. 

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa
bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa,
pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam
paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada
pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan
sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. 

Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam) 

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada


leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan
kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath
thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di
kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari
sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang,
kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui
hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan
diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang
untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. 
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagaithaalippadaiyal. Dalam
upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan
pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali
masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang. 

Mukuurtta Kaal 

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adatmukuurtta kaal ini


diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakatIndia. Untuk menjalankan adat
tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta
kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara
20 hingga 30 sentimeter. 

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan


di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya
disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat
dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang
kulitnya. Limaorang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan
kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat
dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam
setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai
lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang
perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak
dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai
lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal
dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India
iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana
perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah


seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam
jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam
sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan
dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari
perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedandadengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia


hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu
dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga
aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar
dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji
kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih,
mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua)
serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan
bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk
mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan
perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada
pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan 

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu


perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah
pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami
isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama
tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan. 

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah
dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan.
Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang
diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. 
Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan.
Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu.
Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali
daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai
oleh saudara mara serta sahabat handai.

KEMATIAN

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah
ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. SarjanaIndia juga menyatakan kematian
adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh .
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara
ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala
mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak ataukaamaatci amman vilakku
dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan
berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.
Serbuk suci atautiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat
berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu
diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan
mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan
kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di
atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan
yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang
tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu
suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga
ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman
rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh
membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-
sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan
kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut
air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan
araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini
dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan
digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana
lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si
mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat
lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah
menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah


kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal
oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah
duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan.
Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan
pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan
kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher
balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan
bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang
perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher
balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur
barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan
dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang
dinamakan vaaikkarisi.Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras
yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum
dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang
diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum
perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisiakan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan
pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si
mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neipbermaksud
minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian
hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau
cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa
yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti
kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke
tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut
beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga
akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic Catti

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan
menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada
periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung
melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang
membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki
mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut
yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut.
Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi
dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi
mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Pengebumian

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila


tiba di tanah perkuburan, pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah
mengorek liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang
lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian
bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh itu si
mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan
dengan kubur bagi mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit
syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh
pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang
dilakukan oleh semua yang berada di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut
arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan
menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer'berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic
catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga
batang kayu yang menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan
untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan, satu bentuk
manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan
dicurahkan pada lubang tersebut. Adajuga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai
upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat
pengebumian sebelum balik ke rumah.

Selepas Kematian 

Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan.

Membersihkan Rumah

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan
dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk
membersihkan diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada
sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli keluarga si
mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu minyak sentiasa dinyalakan.
selain itu debu suci dan garam disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh
garam dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi
digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi
mereka yang membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara kollic catti.
Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian barulah boleh masuk
ke rumah. Ini adalah menunjukkan tamatnya upacara kollic catti.

Mengumpul Abu Mayat

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya. Susu terlebih dahulu
disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala
dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam periuk yang
berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan disembahyangkan oleh ahli
keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu
samada abu mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut.

Berkabung
Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah
kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas kematian.
sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan
berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah
sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati.
Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan
dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga
ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi
si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan
dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang.
Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan
seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan
dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan
dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan
sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-lagu suci
dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang,
makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul
sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga
pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti
keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa
dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan
upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah
upacara karumaati.

You might also like