You are on page 1of 9

Topikȱ6 X Kemahiranȱ

Asasȱ
Permainanȱ
BolaȱBalingȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola
baling;
2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan dan
permainan tersebut; dan
3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan,
pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.

6.1 KEMAHIRAN ASAS


6.1.1 Hantaran
(a) Hantaran Bahu
Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran
jauh. Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain
yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menjaring,
menukar haluan atau memusing badan.
98 X TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 6.1: Teknik membuat hantaran bahu

(b) Hantaran Lantun


Sementara itu pula teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat
hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat
oleh lawan yang bertindak pantas. Anda boleh membuat hantaran ini
dengan menggunakan sebelah tangan.

Rajah 6.2: Teknik membuat hantaran lantun

(c) Hantaran Aras Dada


Hantaran jenis ini pula mempunyai persamaan dengan permainan bola
keranjang. Ia lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat di aras dada
dan pergerakan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jari tangan.
Tangan anda hendaklah ikut lajak (follow through) di akhir tolakan.

Rajah 6.3: Teknik membuat hantaran aras dada


TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING W 99

(d) Hantaran Lompat


Hantaran lompat pula merupakan satu gerakan keliru berasal yang
daripada permainan bola keranjang. Biasanya apabila penyerang yang
berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tiada berpeluang
berbuat demikian, dia akan membuat hantaran terus kepada rakannya
supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

Rajah 6.4: Teknik membuat hantaran lompat

(e) Hantaran Sisi


Teknik berikutnya pula dikenali sebagai hantaran sisi. Ia berguna untuk
membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Anda tidak perlu memusingkan
badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi
dilakukan.

Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan


memang sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Rajah 6.5: Teknik membuat hantaran sisi


100 X TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Nyatakan berapakah jenis hantaran yang terdapat dalam sukan


bola baling.
2. Huraikan setiap hantaran yang telah anda pelajari.

6.1.2 Kawalan
Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Mengadang atau
mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan
pihak lawan yang sedang menguasai bola. Ini dilakukan untuk menguasai
semula bola. Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk
mengawal pihak lawan:
(a) mengadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu
(b) mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran
(c) mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang
sesuai
(d) seperti sistem zon atau sistem kumpulan

Rajah 6.6 : Pergerakan yang digunakan untuk mengawal pihak lawan


TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING W 101

Rajah 6.7: Sistem pertahanan yang menggunakan sistem zon atau berkumpulan

Rajah 6.8: Penyerang sukar menjaringkan gol sekiranya pertahanan lawan


mengawalnya secara ketat

6.1.3 Menjaring
Kalau anda biasa bermain bola sepak, sudah tentu anda akan rasa kelainannya
apabila bermain bola baling. Dalam permainan bola baling, anda boleh membuat
jaringan dengan melempar bola ke dalam gol. Tindakan ini hendaklah mematuhi
syarat utama iaitu pemain mesti membuat jaringan di luar garisan 6 meter
(kawasan D). Jika anda berada di dalam kawasan D semasa bola masih dalam
tangan anda, percubaan itu adalah tidak sah dari segi undang-undang
permainan. Kederasan, kekuatan dan ketepatan adalah faktor-faktor penting
dalam membuat jaringan.

JENIS JARINGAN

(a) Jaringan Bahu


Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain
kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering
digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan. Sila lihat
rajah di bawah.
102 X TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 6.9: Teknik untuk membuat jaringan bahu

(b) Jaringan Lompat


Lihat Rajah 6.10 di bawah. Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan
lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik
yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul,
bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke
arah gol. Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.

Rajah 6.10: Seorang pemain sedang membuat jaringan lompat

(c) Jaringan ÂDiveÊ


Teknik menjaring secara ÂdiveÊ pula amatlah menarik sekali. Pemain akan
melonjak atau ÂdiveÊ ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola
dari jarak terdekat dengan pintu gol. Bola hendaklah dilepaskan sebelum
mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.
TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING W 103

Rajah 6.11: Teknik melonjak atau ÂdiveÊ

(d) Jaringan Rendah


Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut
dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan
boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan
jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki
yang hadapan dibengkokkan. Lihat Rajah 6.12 untuk memahami
pergerakkan yang dimaksudkan tadi.

Rajah 6.12: Teknik jaringan rendah boleh mengelirukan penjaga gol lawan

6.1.4 Penjagaan Gawang


Posisi ini selalu disebut sebagai Âbarisan pertahanan yang terakhirÊ dan jelas
menunjukkan bagaimana pentingnya peranan seorang penjaga gol. Seorang
penjaga gol yang cekap mestilah berani serta mempunyai gerak balas yang
pantas, dan konsentrasi yang baik. Selain menjaga pintu golnya, penjaga gol juga
kadang-kadang bertindak sebagai penggerak utama dalam mengatur satu
serangan terobos deras (fast break).
104 X TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 6.13: Penjaga gol sedang mempertahankan gol daripada dibolosi

6.1.5 Strategi Permainan


Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan
bertahan. Antaranya ialah:
(a) Serangan : sistem 3 ă 3 dan sistem 2 ă 4
(b) Pertahanan ; sistem 6 ă 0, sistem 5 ă 1, sistem 4 ă 2, dan sistem 3 ă 2 ă 1

Rajah 6.14: Sistem serangan yang digunakan dalam permainan bola baling

Rajah 6.15: Sistem pertahanan yang digunakan dalam permainan bola baling
TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING W 105

SEMAK KENDIRI 6.2

(a) Senaraikan jenis-jenis jaringan dalam permainan bola baling.


(b) Namakan jaringan yang paling mudah dilakukan.
(c) Terangkan secara ringkas jenis-jenis strategi permainan.

x Bagi permainan bola baling, kemahiran asas amat penting untuk


membantu seseorang pemain bermain dengan baik. Antara kemahiran asas
yang mesti dikuasai ialah hantaran, menyambut, mengawal dan menjaring.

x Teknik hantaran dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu hantaran


bahu, lantun, aras dada, lompat dan sisi.

x Antara teknik-teknik jaringan yang digunakan dalam permainan bola


baling termasuk jaringan bahu, lompat, ÂdiveÊ dan jaringan rendah.

x Strategi permainan memainkan peranan penting dalam sesuatu


perlawanan bola baling dan pasukan yang dapat mengaplikasikan sesuatu
strategi dengan berkesan akan memudahkan mereka untuk memenangi
perlawanan tersebut.

x Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajian Kemahiran Asas Permainan.


Kuala Lumpur: Longman.

x Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah
Alam: Penerbitan Fajar Bakti.

x George Joseph, Helen Ten, Lim Chuan Beng & M. P. Haridas. (1995). Teknik
Pengadilan Sukan Padan. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.

x http://www.sportsonline.com.my.national

x http://www.ihf.com.my

You might also like