You are on page 1of 35

INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN

06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH

HASNIZAH BT OMAR
KUMPULAN: KPLI (R)
OPSYEN: PSV 2
AMBILAN: FEBRUARI 2007

PENSYARAH

EN. AHMAD SHUKRI BIN MUSTAFA


Biodata

NAMA : HASNIZAH BINTI OMAR


NAMA PANGGILAN : NIZA
ALAMAT : NO 1 KG LUAR 09100 BALING KEDAH
NO TEL : 019-4512070
NO I/C : 750319-02-6214
UMUR : 31 TAHUN
MAKANAN KEGEMARAN : NASI AYAM
MINUMAN KEGEMARAN : JUS OREN SUAM
WARNA KEGEMARAN : HIJAU DAN MERAH
MOTTO : LIFE IS SIMPLE
PENGHARGAAN

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah

diberikan dengan jayanya dalam masa yang telah ditetapkan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah

matapelajaran Bahasa Melayu Komunikasi iaitu Encik Ahmad Shukri bin Mustafa

di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Di samping bimbingan

dan nasihat yang tidak ternilai dalam usaha saya menghasilkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ibu dan juga keluarga tercinta yang tidak jemu-

jemu memberikan sokongan dan galakan sepanjang saya berada di institut ini.

Semoga jasa yang telah kalian berikan akan diberkati Allah S.W.T.Amin.

Sekian, terima kasih.


OBJEKTIF

1. Menguasai dan mengaplikasikan kemahiran mengumpul, merancang dan


mengendalikan maklumat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik dan berkesan.
2. Meningkatkan kebolehan membuat refleksi dan bekerjasama secara
berkumpulan untuk menggandakan ilmu pengetahuan.
3. Meningkatkan pengetahuan dalam bidang perkamusan dengan lebih
mendalam.
4. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam objektif
pengajaran yang ingin disampaikan.
5. Menyedari kepentingan menimba dan menyampai ilmu pengetahuan
untuk kesejahteraan sejagat.
PENGENALAN
Definisi Laporan
Laporan ialah maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yang dihadapi
dan lain-lain) yang dilaporkan (Kamus Dewan 1996:766) atau sesuatu kenyataan
formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau sebarang maklumat yang
lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik atau
sesebuah badan yang diarah untuk menyampaikan (Oxford English Dictionary).
Selain itu, laporan ialah sesuatu yang dilaporkan, maklumat tentang sesuatu
kedudukan (masalah yang dihadapi dan lain-lain) yang dilaporka; empat orang
pakar dalam hal ini telah pun membuat tahunan laporan yang dikemukakan atau
dibentangkan setahun sekali dan yang lazimnya melaporkan (menerangkan) hal-
hal penting yang berlaku sepanjang tahun berkenaan (Kamus Dewan Edisi ke-
Empat 2005:892).

Laporan ialah satu bentuk penulisan yang berasaskan fakta. Ia juga direka
untuk menjelaskan beberapa persoalan atau penyelesaian masalah dalam suatu
rekabentuk peryataan yang rapi dan tersusun. Ada kalanya sesuatu laporan itu
ditulis secara ringkas sahaja untuk menjelaskan sesuatu fenomena atau
kejadian. Contohnya laporan yang berkaitan dengan kemalangan, pembedahan
dan sebagainya. Terdapat juga penulisan laporan yang panjang serta lebih
memerlukan ketelitian sebagai satu persembanahan kepada pembaca dalam
bentuk yang lebih formal. Ia berkemungkinan berkaitan dengan penyelidikkan
tentang sesuatu masalah, penilaian terhadap sesuatu keadaan atau projek, dan
cadangan terhadap sesuatu dasar yang bersifat lebih kompleks dan rasmi.
Bagi memantapkan sesebuh laporan, tugasan yang bersifat penyelidikkan,
pembacaan dan penilitian haruslah dijadikan wahana oleh setiap pengkaji atau
penyelidik yang kemudiannya boleh disifatkan sebagai pelapor. Dalam sesuatu
konteks ini, sesebuah format penulisan laporan pada kebiasaannya memerlukan
tiga perkara sebagai garis panduan penulisan, antaranya ialah :
 Audiens atau khalayak
 Maklumat atau infomasi.
 Penggunaan laporan.

Audiens atau Khalayak


Audiens atau khalayak ialah mereka yang akan membaca laporan tersebut. Ini
bermakna semakin luas sebarang laporan kepada khalayak, maka lebih luaslah
keperluan persediaan untuk melaporkan sesuatu perkara yang menjadi
pemangkin kepada isu atau persoalan dalam sesuatu penyelidikkan atau kajian.
Setiap pembaca memerlukan data atau sumber yang boleh membantu mereka
memahami isu yang cuba diperkatakan.

Maklumat atau Informasi


Maklumat yang akan disampaikan juga akan mempengaruhi penulisan sesebuah
laporan. Jika laporan itu ditulis dalam bentuk yang lebih kompleks atau panjang,
maka perlulah disediakan ringkasan eksekutif pada peringkat permulaan laporan
bagi membantu pembaca atau khalayak memahami secara kasar dan apakah
sebenarnya cuba dilaporkan oleh pelapor atau penulis. Penulis juga boleh
menyediakan maklumat awal kepada pembaca dengan meletakkan jadual
kandungan atau senarai lampiran bagi dimanafaatkan oleh pembaca. Keadaan
ini sudah pasti menarik minat pembaca untuk mengetahui lebih lanjut kandungan
laporan secara terperinci.
Penggunaan Laporan

Penulisan laporan adalah untuk memberikan gambaran atau fakta sebenar


sesuatu perkara yang menjadi persoalan atau isu. Dalam keadaan ini pelapor
atau penulis mestilah mengemukakan fakta yang benar dan releven dengan isu
yang sedang dipersoalkan. Contohnya, jika laporan itu berkaitan dengan
kemalangan yang meragut nyawa, maka fakta atau isu yang dilaporkan mestilah
menepati kehendak serta kegunaanya yang berkaitan dengan pampasan atau
ganti rugi. Nyatalah bahawa pengunaan laporan yang disediakan mempengaruhi
bentuk atau format sesebuah penulisan laporan.
KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Pendahuluan

Masalah penagihan dadah di negara ini masih serius dan ianya melibatkan semua
semua lapisan masyarakat seperti pelajar sekolah, pekerja-pekerja di tempat kerja, belia
dan ibu bapa. Penagihan dadah tidak hanya setakat merosakkan diri penagih sendiri
bahkan banyak melibatkan pihak lain turut hidup dalam kekecewaan. Kekecewaan
mengenangkan nasib orang yangv tersayang manjadi penagih.

Mereka yang hidup dalam kekecewaan ini biasanya terdiri dari ibu bapa, adik
beradik, keluarga dan sahabat handai kepada penagih tersebut. Malah pemimpin-
pemimpin juga kcewa dengan keadaan ini. Lebih menyedihkan ialah ramai yang terlibat
dengan dadah in. Lebih menyedihkan ialah ramai yang terlibat dengan dadah ini terdiri
daripada kaum belia kita yang berumur di antara 12 hingga 20 tahun. Masa remaja dan
belia ini adalah usia yang penting dan berharga dalam kehidupan setiap daripada kita
menyedari serta menerima hakikat bahawa penagihan dadah bukan hanya akan
memusnahkan kehidupan individu, ketenteraman keluarga serta keharmonian
masyarakat, malahan penagihan yang berleluasa akan melumpuhkan ekonomi negara,
sistem politik dan kerajaan serta mungkin juga budaya dan bangsa kita, maka masalah
yang kompleks ini seharusnya ditandatangani bersama. Penganjuran kempen seumpama
ini adalah di atas kesedaran untuk memastikan belia negara in bebas daripada DADAH.

Rasional

Melalui program ini pelajar akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang
bahayanya penyalahgunaan dadah dan diharapkan para pelajar akan menjauhi atau tidak
menghampiri najis dadah ini. Di saming itu juga akan menggalakkan para pelajar agar
menjalani hidup sihat tanpa DADAH.
Matlamat

Untuk memastikan golongan remaja serta belia yang ada pada hari ini bebas
daripada dadah kerana golongan inilah yang akan menjadi teras kepada
masyarakat samada sebagai pemimpin, pentadbir, polis, tentera, pekerja
awam/swasta, dan sebagainya.

Objektif

Memberi pengetahuan tentang penyalahgunaan dadah.

Strategi

Ceramah
Pidato
Ucapan
Diskusi

Tarikh cadangan

20 Jun 2007 –Rabu ( 2.30-5.00 petang )

Tempat

Bertempat di Bilik Mikro , IPDA.

Kumpulan sasaran

Pelajar peringkat sekolah.


Ahli Jawatankuasa

Penaung : Tn. Hj. Shahidan Bin Abd Rahman


Penasihat : En. Ahmad Shukri Bin Mustafa
Pengerusi : Mohd Syahrol Bin Abdul Kadir
Setiausaha : Hasliana Bt Hamzah, Quah Keng Teng
Bendahari : Nor Sharmila Bt Sabu
Ahli Jawatankuasa : Suhaini Bt Mohd Sihar
Ahli Jawatankuasa : Khazrina Bt Ahmad Zahir
Ahli Jawatankuasa : Nor Liana Bt Ishak
Ahli Jawatankuasa : Mohd Fayruss Bin Yatimin
Ahli Jawatankuasa : Zulkipley Bin Salleh @ Muhammad
Ahli Jawatankuasa : Suhaimi Bin Mohd Doom
Ahli Jawatankuasa : Nurmiza Bt Ahmad
Ahli Jawatankuasa : Nadiatul Nur Bt Noordin
Ahli Jawatankuasa : Nor Halina Bt Muhamadon
Ahli Jawatankuasa : Afiza Fazuraini Bt Omar
Ahli Jawatankuasa : Hasnizah Bt Omar
Ahli Jawatankuasa : Hanisah Bt Salleh

Anggaran Belanjawan

Anggaran Perbelanjaan:

Sumber kewangan

Sumbangan daripada ahli Pendidikan Seni Visual 2


RM 15.00 x 19 orang RM 285.00
Perbelanjaan:

Makanan dan minuman


RM 6.00 x 23 orang RM 138.00

Lain-lain RM 147.00

JUMLAH RM 285.00

Tentatif Program

20 Jun 2007

3.30- 3.40 Ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Fayruss Bin Hj.
Yatimin
3.40- 3.45 Bacaan doa oleh Ustaz Kamal
3.45-3.50 Ucapan Alu-aluan daripada Guru Besar Sek. Keb. Seri
Lawang
3.50-3.55 Ucapan Perasmian dari Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd
Fayruss Bin Hj. Yatimin
3.55-4.00 Ceramah daripada Badan NGO- Tajuk: ’Kesan
Penyalahgunaan Dadah’
4.00-4.10 Penyampaian Pidato- Tajuk: ‘Bahaya Penggunaan Dadah’
4.10-4.30 Penyampaian Diskusi- Tajuk: ‘Dadah dari Aspek Kesan
dan Pencegahan’
4.30-4.40 Persembahan Puisi.-Tajuk: ’Monolog antara Aku, Dia dan
Dadah’
4.40-4.45 Penyampaian Cenderahati
4.45-5.00 Jamuan Makan
5.00 Bersurai
UCAPAN ALU-ALUAN
GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAWANG
SEMPENA SAMBUTAN MINGGU KEMPEN ANTI DADAH

Terima kasih Pengerusi Majlis……


Bismillahirrahmanirrahim…….
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tuan Haji Fayruss bin Haji Yatimin, Pegawai Pendidikan
Daerah Kubang Pasu, Dif-dif Kehormat, tetamu-tetamu jemputan, Guru-guru
Penolong Kanan, barisan guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Syukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah kurnia


dan keizinanNya pada petang ini kita dapat berkumpul di dewan yang serba
indah ini bersama-sama dengan Yang Berbahagia Tuan Haji Fayruss bin Haji
Yatimin, tuan-tuan dan puan-puan di Majlis Perasmian “Kempen Anti Dadah
Peringkat Sekolah Kebangsaan Sri Lawang”.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat


datang kepada tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar sekalian yang berada di
dalam dewan ini.

Sesungguhnya usaha pihak Sekolah Kebangsaan Sri Lawang menganjurkan


majlis ini adalah sebahagian usaha murni untuk memberi kesedaran kepada
para pelajar sekolah ini khususnya dan masyarakat amnya tentang bahayanya
penggunaan dadah.

Dewasa ini, kita sering mendengar masalah penyalahgunaan dadah yang


semakin menular di kalangan remaja. Malah lebih membimbangkan saya apabila
istilah-istilah syabu, ‘ice’ dan sebagainya sentiasa meniti di bibir pelajar-pelajar
sekolah rendah termasuk pelajar-pelajar sekolah kita. Tahukah kamu apa itu
syabu, ‘ice’ dan sebagainya? Apa kesannya jika bahan-bahan tersebut diambil?

Sempena Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah ini, kita semua sungguh
bertuah kerana berpeluang untuk mengetahui maklumat yang lebih mendalam
dan sahih mengenai penyalahgunaan dadah.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada panel-panel jemputan serta tuan-
tuan dan puan-puan yang hadir pada hari ini. Di harapkan majlis ini akan berjaya
memberi pendedahan serta mencetuskan minda dan melahirkan lebih ramai
individu yang berkualiti. Saya juga berharap para pelajar sekalian akan
mengambil kesempatan yang ada pada hari ini mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan dan mendapat sebanyak mungkin manfaat dari pakar-pakar rujuk
yang ada di sini pada hari ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa majlis yang telah
berusaha dan mencurahkan tenaga untuk menjayakan majlis ini. Diharapkan
supaya segala ilmu yang diberikan akan memberi seribu manfaat kepada kita
semua.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, renungilah pantun ini….


Pergi ke pekan membeli amra,
Balik singgah di rumah nyonya,
Dadah durjana musuh Negara.
Tersilap langkah buruk padahnya.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
KATA-KATA ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU
SEMPENA KEMPEN ANTI DADAH
PERINGKAT SK. SERI LAWANG

Bismillahirohmanirahim.

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar SK. Seri Lawang, Pn.
Hajah Normiza Binti Ahmad, Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG, Pn. Hanisah Binti
Salleh, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, anak-anak pelajar yang dikasihi, tuan-
tuan dan puan-puan sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Selamat Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka
sekali lagi kita diberikan ruang dan kesempatan untuk menggarap pengetahuan dan
menjana ilmu sempena Kempen Anti Dadah Peringkat SK. Seri Lawang. Sempena
dengan ini, izinkan saya merakamkan sepatah dua kata pada majlis perasmian kali ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak
pentadbir sekolah, ibu-bapa, guru-guru dan Jawatankuasa Pengelola Kempen Anti Dadah
Peringkat SK. Seri Lawang yang telah mencurahkan komitmen yang jitu dan
menggembleng tenaga yang padu bagi menjayakan program ini demi merealisasikan
salah satu agenda Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Baru-baru ini, kami di Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu telah menyambut
kedatangan YB. Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia
merasmikan Kempen Pencegahan Dadah Peringkat Pejabat Pelajaran Negeri Kedah.
Dalam ucaptamanya YB. Dato’ Seri Menteri Pelajaran, mengkehendaki kami sebagai
pentadbir-pentadbir Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Kedah memastikan bahawa semua
sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Negeri Kedah, bebas daripada
gejala penyalahgunaan dadah dikalangan para pelajar terutamanya selepas negara
meletakkan sasaran “Negara Bebas Dadah 2015”. Beliau juga berharap agar gejala-
gejala seperti penagihan dadah, mat rempit, gangsterisme, bulisme, perbuatan tidak
bermoral dan sebagainya dapat dikekang dan dibanteras dengan segera agar budaya liar
seperti ini tidak di bawa masuk ke dalam sekolah. Dalam usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia mewujudkan sekolah-sekolah kluster yang bertaraf pendidikan antarabangsa
melalui perancangan Pelan Induk Pendidikan Malaysia, gejala seperti penyalahgunaan
dadah dikalangan pelajar sekolah ini perlu dikenalpasti dan seterusnya dihindari kerana
boleh menjadi barah kepada sistem pendidikan negara.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Anak-anak pelajar merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan


tidak seharusnya merelakan diri mereka dipengaruhi dengan gejala yang boleh
menjejaskan masa depan mereka. Mereka seharusnya tidak mudah untuk dipengaruhi dan
terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan sebaya sebaliknya berfikir sebelum mencuba
sesuatu perkara itu. Justeru itu, adalah wajar pelajar-pelajar sekolah ini pada peringkat
sekolah rendah lagi telah didedahkan dengan maklumat yang dapat membantu mereka
memahami setiap perkara atau perbuatan yang tidak berfaedah atau memberi manfaat
kepada mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Saya percaya bahawa aktiviti program seperti ceramah, diskusi, pidato, dan sajak
tentang pencegahan dadah seperti ini adalah satu aktiviti yang sangat baik. Saya juga
berharap agar anak-anak pelajar dihadapan saya ini janganlah sekali-sekali mencuba dan
terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Nasihat saya kepada anak-anak pelajar semua
“Sekali Mencuba Dadah Ibarat Anda Menempah Maut”. Oleh itu “Jauhilah Dadah”,
dan diharapkan agar anak-anak pelajar semua dapat memanfaatkan maklumat dan
merebut peluang yang ada pada program ini dengan sebaik mungkin.

Akhir kata dengan lafaz Bismillahirohmanirahim dengan ini saya merasmikan


“KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT SK. SERI LAWANG”.

Wabillahi Tawfiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Sekian, Terima Kasih.

-------------------------------------------------------
( HJ. MOHD FAYRUSS BIN YATIMIN )
Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu
CERAMAH
TAJUK : KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH.

Terima kasih kepada saudara dan saudari pengerusi majlis. Yang berbahagia Tn Hj Fairus
bin Yatimin , Pegawai pendidikan Daerah Kubang Pasu ,Yang Berusaha Pn. Guru besar
Sek. Keb Sri Lawang , guru-guru kanan serta hadirin yang saya hormati sekelian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakaatuh…dan salam sejahtera.


Saya selaku penceramah dari badan NGO akan menyampaikan ceramah yang bertajuk
‘Kesan-kesan penyalahgunaan dadah’.

Hadirin yang saya hormati,


Kita serin terdengar dan terbaca berbagai-bagai cogankata tentang penyalahgunaan
dadah, antara yang kerapkali kita dengar ialah ‘Dadah Musuh Negara’. Jadi, musuh itu
bermaksud akibat-akibat buruk dari penyalahgunaan dadah.

Hadirin yang saya hormati….


Berapa ramai individu di luar sana yang terlibat dengan dadah? Saban hari di dada-dada
akhbar terpampang cerita tentang penyalahgunaan dadah. Apa yang lebih mengecewakan
lagi ialah terdapat banyak laporan yang menyatakan kaum Melayulah yang paling ramai
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Golongan yang terlibat ini tersisih daripada
masyarakat, hanya bergaul dengan kumpuilan-kumpulan penagih, terlibat dengan kongsi
gelap dan sebagainya. Kesihatan mereka sering terjejas, sering pitam, menjadi ganas, dan
lebih teruk lagi kehilangan tenaga seks dan makin lama boleh membawa maut.

Hadirin yang saya hormati….


Sayang seribu kali sayang. Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di
mata masyarakat. Penagih akan menjadi beban kepada keluarganya kerana terpaksa
merawatnya.Harapan ibubapa musnah sama sekali. Malah keretakan hubungan ahli
keluarga mungkin berlaku. Sebagai contoh terdapat peristiwa sedih berlaku di
Terengganu apabila seorang penagih sanggup mencederakan bapanya dengan cangkul
semata-mata kerana ditegur bapanya kerana menagih dadah. Ini adalah kesan paling
ketara ekoran ketagihan dadah

Hadirin yang saya hormati…


Kesan yang lebih parah lagi melibatkan masyarakat kita sendiri, Hidup kita tidak lagi
tenteram kerana kejadian mencuri makin menjadi-jadi. Boleh dikatakan penagih akan
membuat apa saja demi mendapatkan serbuk jahanam itu. Hatta sanggup membunuh
sekalipun. Dewasa ini kita tidak lagi berani meletakkan barang-barang sendiri di luar
rumah sewenang-wenangnya. Semuanya akan lesap sekiranya berbuat
demikian.Tidakkah ini menyusahkan kita? Tepuk dadat tanya selera.

Hadirin yang saya hormati….


Negara terpaksa menanggung pelbagai kos ekoran penyalahgunaaan dadah. Sudah pasti
negara mengalami kerugian. Kerajaan telah mengeluarkan belanja yang banyak demi
menampung kos-kos bagi membendung gejala ini. Ini termasuklah kos untuk
menyediakan pusat-pusat pemulihan, mengadakan lebih ramai pekerja bagi menyelia
golongan ini., menyediakan kemudahan rawatan serta pelbagai program dan kempen dari
masa ke semasa demi menyelamatkan semua golongan.
Hadirin yang dihormati….

Dalam konteks pendidikan, guru memainkan peranan yang penting dalam usaha
membanteras penagihan dadah.Sokongan ibu bapa serta kesedaran pelajar itu sendiri
turut membantu menyekat gejala ini dari terus merosakkan anak-anak bangsa pada masa
ini. Ketiga-tiga ini amat penting untuk membina Negara bangsa yang lebih cemerlang ,
gemilang dan terbilang. Justeru itu matlamat sekolah bebas Dadah 2012 akan menjadi
kenyataan.Akhir kata , ,Marilah sama-sama kita memerangi dadah.

Sekian terima kasih.


Pidato

Upih pinang seludang kelapa,


Kicauan burung dibalik pohonan,
Salam sejahtera pembuka bicara,
Gelanggang pidato saya mulakan.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan
Hj. Fayruss bin Hj. Yatimin, Yang Berusaha Guru Besar, Puan Hjh. Nurmiza bt. Ahmad,
Barisan guru penolong kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.

Tegak pokok kerana akarnya, tegak merimbun mengadap mentari. Tegak berdiri
saya di sini, di dewan yang mulia ini adalah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk
‘Bahaya penyalahgunaan dadah’.

Sebelum hujah diteruskan, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada
hari ini. Menurut kamus dewan edisi ke-4, bahaya merupakan sesuatu yang
mendatangkan bencana. Penyalahgunaan pula merupakan perihal (perbuatan)
menyalahgunaan sesuatu. Manakala dadah merupakan bahan psikotropik yang boleh
mendatangkan kesan-kesan mudarat apabila diambil dalam dos yang berlebihan tanpa
nasihat doktor.

Dapat dirangkumkan bahawa bahaya penyalahgunaan dadah merupakan sesuatu


yang mendatangkan bencana yang disalahgunakan melalui pengambilan bahan
psikotropik dalam dos yang berlebihan tanpa nasihat doktor.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Izinkan saya menggariskan pidato saya dibawah tiga kata kunci. Bahaya dadah
kepada individu, masyarakat dan negara. Di bawah kata kunci bahaya dadah kepada
individu. Sejarah telah membuktikan, rokok adalah permulaan dan dadah adalah
penamat. Dadah boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Daripada bentuk pil sehingga
kepada suntikan. Opiat, Kanabis, Depresen, Psikotropik, Stimulan, Halusinogen,
Inhalant, dan Prekursor. Ini merupakan antara dadah yang boleh didapati yang terdiri
daripada alam mahupun campuran bahan kimia. Walaupun nama dan bahan yang
berbeza, tetapi arah tujuannya tetap sama, merosakkan. Individu yang membudayakan
dadah dalam kehidupan akan rosak.

Antara kesan-kesan dadah terhadap individu ialah masalah emosi, iaitu marah,
pencil diri dan agresif. Manakala masalah fizikal pula ialah penurunan berat badan yang
drastik, mata berkaca, dan kemerosotan penampilan diri. Akhirnya semua keadaan ini
akan membawa kepada kematian.

Kajian terperinci telah menunjukkan penyalahgunaan dadah semasa tempoh kehamilan


bagi ibu pula boleh memudaratkan proses perkembangan janin. Dua risiko akibat
kemudaratan tersebut ialah fenomena yang dikenali sebagai kecacatan rupa paras dan
tingkah laku yang tidak normal. Penyalahgunaan dadah boleh menjejaskan
perkembangan kanak-kanak akibat daripada kesan ke atas sistem saraf (neurologi) dan
tingkah laku. Justeru itu, mengatakan tidak kepada dadah adalah jawapan yang terbaik.

Warga dewan yang saya muliakan,

Di bawah kata kunci, bahaya dadah kepada masyarakat. Berita Harian 14 Ogos
2006, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, penagih yang
mengambil dadah sintetik iaitu syabu atau Amphetamine Type Stimulant (ATS) tidak
mempunyai rasatakut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah
bunuh dan rogol di negara ini. Kajian polis mendapati ATS memberi kesan amat
berbahaya dan merangsang seseorang menjadi lebih berani, agresif dan tidak sedar apa
yang dilakukannya.

Seorang pengkaji jenayah baru-baru ini menyatakan keyakinannya bahawa, 40


hingga 50% kes jenayah terutama ragut yang secara purata 26 kes dilaporkan dalam
sehari di seluruh negara, dilakukan oleh golongan penagih. Kejadian penagih membunuh
ibu atau isteri kerana tidak diberikan wang untuk membeli dadah bukan lagi sesuatu yang
mengejutkan.

Sejarah hitam terlakar tanggal 24 Julai 2006 apabila adinda Sultan Pahang,
Tengku Kamariah Sulatan Abu Bakar terbunuh, manakala suaminya cedera parah selepas
ditetak anak lelaki mereka, Tunku Rizal Shahzan yang ketika itu berumur 21 tahun, yang
dilaporkan berada di bawah pengaruh dadah.

Petikan Berita Harian 8 Februari 2007, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah
Ahmad Badawi menggesa agar seluruh anggota masyarakat memperkasakan institusi
kekeluargaan. Tanpa kekuatan dan kesungguhan untuk membina komuniti terpenting ini,
pasti usaha reformasikan bangsa akan gagal. Menurut beliau, dan jenayah masih menjadi
dua musuh tegar yang sering mengancam kesejahteraan institusi kekeluargaan.

Justeru, setiap ahli keluarga perlu sentiasa peka dan sensitif terhadap tindak-
tanduk anggota keluarga sendiri agar tidak sesekali membuka ruang kepada dua musuh
tersebut menyelinap masuk dalam kehidupan berkeluarga. Dadah adalah satu masalah
social yang dihadapi pelbagai kaum. Selain kerajaan yang terus bertindak sebagai agen
pembendung dan pembasmi, peranan besar ibu bapa dan masyarakat yang berfungsi
sebagai tapak pembentukan peribadi dan sahsiah diri perlu lebih diperkasakan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Dibawah kata kunci bahaya dadah kepada negara. Kita selalu beranggapan,
penagih dadah adalah terdiri daripada mereka yang tidak berkerja. Anggapan ini tidak
100% tepat. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
(JKKP), Ir. Zainuddin Abdullah di dalam laporan Bernama tanggal 21 September 2006,
menjelaskan 86% daripada sejumlah 295,593 penagih dadah yang dikesan di seluruh
negara sejak 1998 terdiri dari golongan yang bekerjaya. Pada tahun 2006 sahaja,
mencatatkan 16,618 pengih dadah yang terdiri daripada mereka yang bekerja dan hanya
2,451 penagih yang terdiri daripada pengganggur.

Kesan penagihan dapat dilihat dengan jelas pada kemerosotan kehadiran atau
prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di tempat kerja. Keadaan ini akan
menyebabkan kemerosotan prestasi kerja dan keampuhan sesebuah syarikat ataupun
organisasi.

Mengikut perangkaan oleh Agensi Anti Dadak Kebangsaan (AADK) seramai


13,058 keseluruhan penagih yang dikesan dalam enam bulan pertama tahun 2006, selain
pekerja yang berpendapatan rendah, pekerja yang menghadapi tekanan kerja juga dikesan
terlibat dalam gejala dadah.

Warga dewan yang saya muliakan,

Dalam kesibukan negara merangcang pembangunan modal insan, isu penagihan


dadah merupakan keadaan yang menghalang kepada pembangunan modal insan yang kita
cita-citakan. Untuk perangi dadah pelbagai akta telah diperkenalkan. Antaranya Akta
Dadah Berbahaya (1952), Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (1983 Pindaan
1998), Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) (1988), dan Akta Racun (1952).

Sebenarnya sudah terlalu banyak usaha yang dilakun untuk memerangi dadah. Ini
termasuk menerusi penubuhan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (2004),
penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 1996, penubuhan Persatuan
Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) pada 1976 dan Majlis Anti Dadah Kebangsaan
sebelum itu.

Akta Dadah Berbahaya (1952) pula telah dipinda beberapa kali semata-mata
mahu mengenakan hukuman berat kepada pesalah iaitu pengedar, pemilik dan penagih
dadah. Antaranya ialah hukuman mati mandatori yang pernah dikritik hebat oleh pihak
asing terutama selepas dua pengedar dadah warga Australia dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati pada tahun 1986.

Sidang dewan yang saya muliakan,

Rentetan langkah penyelesaian bagi masalah nasional ini seain bertahun-tahun


sekadar mengesahkan bagaimana ia terus menjadi ancaman kepada negara termasuk
menjadi punca kepada penghakisan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Malah, usaha-
usaha itu pula dibayangi dengan perdebatan, kontroversi berhubung persoalan
keberkesanan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin
setempat, keluarga sehinggalah kepada komitmen individu dalam membendung gejala
dadah.

Akhirnya semuanya membawa kita kembali kepada persoalan pokok: Apakah


langkah-langkah paling berkesan untuk menangani masalah penagihan dadah yang telah
merosakkan hamper suku juta rakyat negara ini sekarang? Juga penting untuk kita
menjawab persoalan patutkah kita membiarkan kira-kira 1.2 juta penagih dadah dari terus
bermaharajalela di persekitaran rakyat lain sedangkan kita tahu mereka sanggup
melakukan apa sahaja kerana dadah?

Perlu diingat bahawa kerajaan membelanjakan wang rakyat lebih RM 200juta


setahun untuk memerangi dadah, separuh daripadanya bagi tujuan pemulihan di pusat-
pusat serenti. Malangnya perbelanjaan besar ini sekadar menyaksikan hanya 20% hingga
25% daripada penagih-penagih ini dapat dipulihkan.

Ini masalahnya, perbelanjaan ini bukan sedikit tetapi hasilnya cukup


mendukacitakan. Menunjukkan perang ke atas dadah bukan bergantung berapa (wang)
yang kita ada tetapi komitmen dan kesungguhan semua pihak untuk membasminya.
Secara konklusinya, untuk mencapai Negara Bebas Dadah 2015, setiap individu dalam
masyarakat perlu memainkan peranan dan slogan ‘Hidup Bebas Tanpa Dadah’ harus
ditanamkan dalam jiwa setiap warga kita. Ingatlah, penyalahgunaan dadah akan hanya
menjahanamkan kehidupan kita.

Sebelum mengundur diri,


Ingin saya uarkan kembali,
Bukan ingin tagih simpati,
Bukan ingin memikat hati,
Bukan nak popular macam Mawi,
Tetapi ingin tegaskan pendirian diri,
Satu fakta yang jelas terbukti,
Dadah merosakkan diri.

Sekian, terima kasih.


DISKUSI

Pengerusi :Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pegawai Pendidikan


Daerah, Tuan Hj. Fairuss b. Hj. Yatimin, Yang Berusaha puan Guru Besar
Wan Hajjah Nurmiza bt. Ahmad, barisan guru-guru penolong kanan,
tetamu (dif-dif) jemputan, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum w.t.b, syukur alhamdulillah keranan dengan limpah


izinNya dapat kita berkumpul di dalam dewan yang serba indah ini untuk
berdiskusi dan mengupas isu dadah yang bertajuk “dadah dari aspek kesan
pencegahannya”.

Bersama kita hari ini ialah 3 orang panel yang di jemput khas untuk
membicara dan mengupas dengan lebih lanjut permasalahan ini.

Di sebelah kiri saya ialah Dr. Fisyah bt. Mohd Ghazali dari Hospital Besar
Alor Setar, di tengah-tengah Tuan Inspektor Mohd Aidil Farizal B.
Mohamed Nazeri Pegawai Narkotik IPD Alor Setar dan yang paling kanan
sekali ialah Cik Khazrina bt. Ahmad Zahir, wartawan bebas dari
rancangan Edisi Terhad, Saluran 5. Selamat datang diucapkan.

Kita selalu mendengar perihal dadah. Dimana-mana sahaja kita


diperdengarkan dengan permasalahan. Dari ceruk kampong sampai lah ke
bandar-bandar besar. Malahan media elektronik mahupun media cetak,
semua orang membicarakan perihal musuh nombor satu negara ini. Jadi,
apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan dadah? Boleh Tuan Inspektor
jelaskan sedikit.

Inspektor : Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.


Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan
Pengerusi Majlis, En.Suhaimi B. Dom yang sudi mengundang saya dalam
Program Minggu Pencegahan Dadah pada petang ini, Dr.Fisyah dari
Hospital Besar Alor Setar dan wartawan yang sering keluar dan mengikuti
program dan operasi kami iaitu Cik Khazrina dari Program Edisi Terhad,
Saluran 5.

APA ITU DADAH ?

Secara ringkasnya, dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis


bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari
segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku
pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang
menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut
dan menyebabkan ketagihan.Terdapat berbagai cara penggunaannya
dengan memasukkan ke dalam tubuh dengan cara makan, telan, minum,
hisap atau suntikan. Pada amnya, ia merupakan ubat yang digunakan
dalam bidang perubatan tetapi yang menjadi masalahnya penggunaannya
telah disalahguna dengan cara berlebihan yang mendatangakan kegianan.
Akibatnya, seseorang penagih akan terjerumus dengan berbagai jenayah
dan sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada
sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya
terjamin.

Pengerusi : Dari sudut pandangan perubatan, apa bezanya antara dadah


dengan ubat? Dr. Fisyah sila terangkan.

Dr. Fisyah : menerangkan

Pengerusi : Cik Khazrina sebagai seorang wartawan yang selalu mengupas dan
berhadapan dengan pelbagai isu dan permasalahan, apa sebenarnya
peranan bidang kewartawanan dalam melihat gejala yang begitu
membimbangkan ini?

Wartawan : Peranan wartawan dalam isu ini juga amat besar. Ia merupakan satu
tanggungjawab kepada kami untuk membawa masyarakat kita melihat
realiti sebenar penyalahgunaan dadah serta kesan di kalangan mereka yang
terlibat. Dengan cara penyebaran melalui media elektronik khususnya
televisyen, rancangan seperti edisi siasat atau 999, secara langsung
peranan wartawan dapat membuka minda masyarakat bagi menilai kesan
serta akibat penyalahgunaan dadah. Hasil tinjauan dan rakaman visual
yang kami paparkan melalui kerjasama daripada pihak berkuasa juga
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat betapa jijiknya najis dadah.

Pengerusi : Beralih kepada pihak berkuasa seperti polis. Tuan Inspektor, bagaimana
dengan senario atau perkembangan permasalahan ini dalam masyarakat
kita pada masa ini?

Inspektor : Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa penyalahgunaan najis


dadah telah mencapai satu tahap yang amat membimbangkan kerana ia
bukan sahaja terdapat di bandar-bandar besar malah sudah meresap ke
daerah-daerah luar bandar dan desa.

Mengikut perangkaan yang diperolehi daripada seluruh Ibu Pejabat Jabatan Polis,
Kedah menduduki tangga kedua selepas P.Pinang dari segi jumlah kes tangkapan dan
penagihan dadah yang dilaporkan di seluruh Malaysia. Keperahan masalah dadah dapat
dilihat daripada peningkatan bilangan penagih yang dikesan.  Pada tahun 2005 dan 2006,
Malaysia telah mencatatkan 30,850 kes baru dan 41,743 kes ulangan. Mengikut statistik
tahun 2006, sebahagian besar penagih dadah yang dikesan adalah di dalam lingkungan
umur 20 hingga 34 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang
menghadapi risiko tinggi adalah merupakan kaum belia yang sepatutnya menjadi tulang
belakang pembangunan negara selain dari menjadi bakal pemimpin negara.

Pengerusi : Sebagai seorang wartawan,bagaimana Cik Khazrina melihat


perkembangan penyalahgunaan dadah ini? Boleh Cik Khazrina
menjelaskan sedikit.

Wartawan : Kerjasama daripada pihak berkuasa dalam operasi serbuan dan


tangkapan, kebanyakan mereka yang terlibat dalam gejala ini adalah
dikalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 21 tahun. Hasil
daripada temubual saya dengan golongan remaja ini, mereka mengatakan
bahawa penglibatan mereka dalam gejala ini adalah faktor ingin tahu dan
ingin mencuba. Di samping itu, mereka ini datang dari keluarga miskin.
Keruntuhan institusi sesebuah keluarga juga merupakan faktor
terdorongnya mereka ke arah gejala penyalahgunaan dadah. Ini membawa
kesan yang mendalam kepeda mereka yang memerlukan keperihatinan
daripada ibu bapa. Oleh itu mereka merasakan bahawa dadah itu dapat
memberi ketenangan dan merupakan jalan penyelesaian.

Pengerusi : Boleh Dr. Fisyah terangkan sedikit jika seseorang penagih itu tidak
mendapat bekalan dadah. Apakah yang akan terjadi kepada penagih
tersebut?

Dr. Fisyah : Berdasarkan pemerhatian saya, sekiranya dadah tidak diperolehi oleh
penagih tersebut, mereka akan berasa keluh kesah, tidak dapat memberi
perhatian dan tumpuan kepada sesuatu kerja,mata berair, hidung
berhingus, perut berasa sakit, kadangkala muntah dan cirit birit. Penagih
juga sukar untuk tidur, mudah menangis dan kadang kala mencederakan
diri sendiri.Selain daripada itu, mereka juga boleh bertindak ganas dan
hilang kawalan emosi jika tidak mendapat dadah. Mereka melakukan
sesuatu yang tidak masuk akal, yang berlawanan dengan tata susila dan
peradaban masyarakat. Maka wujudlah janayah yang tidak diingini seperti
mencuri, merompak dan sebagainya untuk membeli dadah.

Pengerusi : Bagaimana pula jika dadah diambil secara berlebihan dengan kata lain
“overdose”?

Dr. Fisyah : Kesan akibat pengambilan dadah secara berlebihan dapat dilihat dari
segi fizikal iaitu ia mengganggu sistem tubuh badan manusia seperti
peningkatan kadar denyutan jantung mereka yang boleh mangakibatkan
penyakit jantung, jangkitan aids, hepatitis, kanser, paru-paru dan mereka
juga mudah dijangkiti keracunan darah akibat hasil perkongsian alat-alat
suntikan yang kotor. Dari segi sosial pula, pengambilan dadah akan
meningkatkan berlakunya kes-kes jenayah yang tidak diingini seperti
mencuri, membunuh dan sebagainya. Prestasi kerja mereka juga akan
menurun, serta mereka tidak peduli dan kurang bergaul dengan rakan-
rakan.

Pengerusi : Saudari Khazrina, boleh saudari berkongsi sedikit sebanyak pengalaman


saudari sepanjang penglibatan saudari sebagai seorang wartawan yang
sentiasa berhadapan dan mengupas isi penyalahgunaan dadah ini.

Wartawan : Pengalaman saya sebagai seorang wartawan dalam mengupas isu gejala
dadah di kalangan masyarakat kita di mana saya perlu banyak membuat
tinjauan melalui pemerhatian, soal selidik hasil kerjasama daripada pihak
berkuasa dalam menjalankan operasi serbuan dan tangkapan. Saya perlu
berhadapan dengan pelbagai risiko yang kemungkinan akan hadapi semasa
tinjauan yang kami jalankan.

Baru-baru ini, tinjauan saya bersama krew wartawan ke Felda Sg. Kelau,
Raub, Pahang mendapati segelintir golongan remaja di kawasan tersebut
menjalankan kegiatan menghidu gam dan menagih air daum ketum di
Jeram Kawah. Ini kerana kawasan tersebut jauh daripada pandangan
masyarakat. Hasil daripada maklumat yang kami dapati bahawa mereka
mendapat bahan tersebut daripada orang asli. Hampir satu jam saya
bersama krew wartawan dan pihak berkuasa terpaksa mengejar dan
menangkap kumpulan remaja ini untuk siasatan. Temubual kami bersama
remaja terbabit mengatakan kesan khayal pengambilan daun ketum ini
sama seperti dadah. Malah ia merupakan alternatif dadah yang murah dan
mudah didapati dengan cara meminum air rebusan.

Pengerusi : Tuan Inspektor, setelah kita mengupas dengan begitu panjang lebar
tentang apa itu dadah dan kesannya negatif pengambilannya secara tidak
betul. Bagaimana pula dengan langkah-langkah pencegahan yang boleh
dibuat oleh pihak berkhuasa khususnya pihak Polis?

Inspektor : Memandangkan penyalahgunaan dadah boleh menimbulkan pelbagai


implikasi negatif ke atas kestabilan dan keselamatan negara, saya merayu
kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir dan semua lapisan masyarakat
supaya menanamkan sikap prihatin dan memberi kerjasama dan bantuan
kepada agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan usaha sepadu
membanteras gejala dadah yang menjadi musuh utama negara kita.

Untuk pengetahuan umum, sejak pengisytiharan Tahun Memerangi Dadah pada 1


April 2003, pihak polis telah memperketatkan dan memperbanyakkan OPS Bawang Putih
bagi membanteras permasalahan ini. Selain itu, pihak polis turut telibat dalam Kempen
Belia Benci Dadah yang sering diwawarkan oleh artis popular tanah air kita iaitu Siti
Norhaliza dan Mawi sebagai maskot kempen tersebut dengan menganjurkan berbagai-
bagai program anti-dadah untuk pendedahan kursusnya kepada murid-murid sekolah
tentang kesan dan akibat pengambilan dadah tersebut.Pasti tuan pengerusi turut
mengikuti perkembangan artis popular tanah air kita itu?
Selain itu perlibatan secara langsung dan tidak langsung di corong-corong radio,
kaca televisyen dan muka surat khabar oleh media-media massa yang turut banyak
mendedahkan berita-berita mengenai kejayaan dan operasi-operasi yang dilakukan oleh
pihak polis sama ada dalam operasi penyeludupan, penagihan dan sebagainya.

Sebagai contoh terdekat dalam program seperti Edisi Terhad yang diwartakan
oleh Cik Khazrina sendiri telah banyak memaparkan berbagai-bagai operasi penangkapan
yang dijalankan dari semasa ke semasa..tidak bergitu Cik Khazrina.....?

Pengerusi : Memandangkan masa begitu mencemburui kita, sedar tak sedar kita
sudah sampai ke penghujung rancangan. Sebagai penutup kepada
perbincangan isu kita hari ini. Apakah harapan atau saranan pihak
berkuasa terhadap permasalahan ini? Silakan Tuan Inspektor.

Inspektor : Di sini saya ingin mengambil sedikit kesempatan ini untuk meminta
penglibatan, kerjasama dan keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan untuk menjadi mata
dan telinga pihak berkuasa dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah. Saya percaya,
kita dapat merealisasikan matlamat negara agar bersih daripada dadah dan ia hanya dapat
dicapai melalui pembentukan masyarakat yang prihatin terhadap usaha pencegahan
dadah.

Pengerusi : bagaimana pula dengan Dr. Fisyah, sepatah dua kata dari dr. Harapan
dan saranan dalam menangani permasalahan ini.

Dr. Fisyah : Nasihat saya kepada penagih-penagih dadah di luar, kembalilah ke


pangkal jalan. Kita ada Rumah Pengasih yang dapat membantu anda.
Hindarilah dadah kerana ia hanya mendatangkan banyak kesan negetif
daripada positif. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Pengerusi : Dan akhir kata dari Cik Khazrina.


Wartawan : Saya menyeru kepada masyarakat di luar sana supaya elakkan diri dari
terjerumus ke lembah yang tidak sihat ini kerana dadah itu pembawa maut.
Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi menangani isu ini.

Pengerusi : jadi hasil daripada perbincangan kita tadi, secara konklusifnya dapat lah
kita rumuskan disini bahawa jangan sesekali anda cuba menghampiri najis
dadah ini, dan isu penyalahgunaan ini tidak akan lenyap seandainya kita
semua berpeluk tubuh dengan meletakkan tanggungjawab kepada
penyelesaian musih negara ini pada bahu pihak berkuasa semata-mata.
Kita semua pihak harus bekerjasama dalam memastikan gejala
penyalahgunaan dadah ini dapat di bendung hingga ke peringkat akar
umbi. Terima kasih di ucapkan kepada ketiga-tiga panel kita pada hari ini
kerana sudi hadir ke majlis ini. Akhir kata dari saya yang baik itu datang
dari Pencipta dan yang buruk itu dating dari saya sendiri.
Wassalamualaikum w.t.b. Sekian terima kasih
Puisi : Monolog antara aku, dia dan dadah

Suara 1 : Di sebuah alam yang tidak bernyawa.

Heroin : Aku Heroin dari Opiat. Kamu ?

Ganja : Aku Ganja dari Kanabis.

Syabu : Hai, aku Syabu dari ATS. Kamu yang dihujung…siapa kamu?

Kokain : Namaku Kokain, dari Stimulant.

Heroin :Kamu semua nampak hebat. Tapi pastinya aku yang terhebat.

Ganja : Tidak. Aku yang lebih hebat.

Syabu : Betul kata Ganja. Tapi aku lebih hebat dari Ganja.

Kokain : Semua silap, aku yang lebih hebat.

Heroin : Aku boleh buktikan.

Ganja : Buktikan apa?

Heroin : Aku lebih hebat. Aku mampu menjadikan mereka dijangkiti hepatitis,
kancing gigi dan keracunan darah.

Ganja : Setakat itu sahaja? Aku mampu menjadikan mereka mengalami


kerosakan paru-paru, jantung dan otak. Hebat tak?

Syabu : Tidak. Aku lebih hebat. Aku mampu menghilangkan ingatan mereka.

Kokain : Aku pun mampu memberi kesan pada otak mereka. Tapi kita semua
hebat, sebab akhirnya kita mampu membuatkan mereka hilang nyawa.

Semua : (ketawa)

Heroin : Lihatlah keadaan mereka sekarang…menyedihkan…

Ganja : Mereka tak sedar bahayanya kita terhadap mereka.

Manusia 1 : Tak! kami sedar…

Manusia 2 : Kami nampak…

Manusia 3 : Kami nampak!


Manusia 1 : Kami tidak rabun…

Manusia 3 : Kami tidak rabun!

Manusia 2 : Kami tidak buta…

Manusia 3 : Kami tidak buta!

Manusia 1 : Kami tersilap..kami pernah dipesan..

Manusia 3 : Ingin mencuba..

Manusia 2 : Kami pernah diingatkan…

Manusia 3 : Pengaruh rakan sebaya..

Manusia 1 : Kami pernah ditegah…

Manusia 2 : Tetapi kami tidak mahu dengar….

Manusia 1 : Kami menyesal…kami tersilap…

Manusia 2 : Mereka semua perosak…..perosak…..perosak

Suara 1 : Alam ini pernah bernyawa. Semakin hari hembusan nafas semakin sesak.
Nyawa manusia semakin tidak berharga. Dadah pembunuh jiwa. Dadah perosak Negara.
LAPORAN MAJLIS KEMPEN ANTI DADAH SEKOLAH KEBANGSAAN SRI
LAWANG.

Pada 20 Jun 2007. yang lalu sekolah Kebangsaan Seri Lawang telah mengadakan Hari
Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah. Pada hari tersebut beberapa orang jemputan
telah dijemput bagi menyempurnakan majlis teersebut. Mereka terdiri daripada Pegawai
Pendidikan Daerah Kubang Pasu , Penceramah daripada badan NGO , pemidato daripada
sekolah ini sendiri iaitu salah seorang pelajar tahun enam dan beberapa orang yang
berdiskusi. Kesemua mereka ini telah mengupas mengenai keburukan pengambilan
dadah.
Guru besar mengalu-alukan majlis seperti itu kerana dapat menyedarkan pelajar
dan orang ramai akan keburukan najis dadah. Pegawai Pendidikan Daerah juga turut
menalu-alukan majlis seperti itu. Beliau mahukan dadah dicegah habis-habisan di
peringkat semua sekolah. Manakala tiga orang jemputan diskusi juga masing –masing
mengupas dan mendedahkan akibat penyalahgunaan najis dadah. Majlis dimeriahkan
dengan penyajak berkumpulan yang juga berkisar tentang dadah.
Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada jemputan.

Laporan disediakan oleh,

16 JUN 2007.

………………………..
(HASNIZAH BT OMAR)
KPLI 2007

You might also like