You are on page 1of 19

NOTA

PEDAGOGI PENGAJARAN MATEMATIK

PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK

Kaedah Inkuiri Penemuan


 Kaedah ini merangkumi aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui.
 Murid-murid perlu
- menguasai kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri
yang sama untuk membuat generalisasi
- menggunakan akal fikiran untuk mencari konsep, fakta, rumus atau hukum matematik
daripada maklumat-maklumat yang dikumpulkan.

 Proses pembelajaran dengan penggunaan kaedah inkuiri penemuan

Mengenalpasti merancang mengumpul mengkaji & menganalisa membuat


Masalah strategi maklumat maklumat yang generalisasi/
Penyelesaian yang dikumpulkan rumusan
berkaitan
 Dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam pembelajaran matematik, banyak
konsep, hukum, rumus dan teorem matematik boleh dipelajari.
 Contohnya, murid-murid boleh menemui rumus luas segiempat tepat dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat, menganalisa maklumat
dan menemui rumus luas segiempat tepat dengan mengikut langkah-langkah pembelajaran
berikut:

1. Murid-murid diberikan beberapa segiempat tepat yang berlainan saiz dan disuruh melukis
petak-petak berukuran 1cm x 1 cm di atas segiempat tepat tersebut.

2cm 3cm 3cm

3 cm
4 cm 5 cm
A B C

2. Murid-murid disuruh membilang petak-petak dalam setiap segiempat tepat untuk


mendapatkan luasnya.
3. Kemudian mereka disuruh mengisikan maklumat-maklumat yang dikumpulkan daripada
aktiviti-aktiviti di atas dalam jadual berikut:

1
Segiempat Luas segiempat daripada membilang petak Panjang Lebar pxl
tepat (p) (l)

A
6 cm2 3 2 6
B
12 cm2 4 3 12
C
15 cm2 5 3 15

4. Murid-murid disuruh mengkaji dan menganalisa maklumat-maklumat yang telah


dikumpulkan dalam jadual
5. Melalui perbincangan dan perbandingan luas segiempat tepat yang didapati daripada
membilang petak dengan yang didapati daripada hasil darab panjang dan lebarnya,
akhirnya murid-murid menemui rumus luas segiempat tepat iaitu:

Luas segiempat tepat = panjang  lebar

 Daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam proses inkuiri dan penemuan, beberapa
kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik lain juga terlibat. Contohnya:
- Kaedah kerja praktik : kerana murid menggunakan alat bantu mengajar seperti
pembaris dan pensel untuk melukis petak-petak dalam segiempat tepat untuk mencari
luasnya.
- Kaedah induksi : kerana murid membuat rumusan daripada beberapa contoh luas
segiempat tepat
- Kaedah penyoalan : Kerana guru menggunakan kaedah ini untuk membimbing murid-
murid menjalankan kajian dan membuat rumusan

 Kaedah inkuiri penemuan merupakan kaedah yang saintifik kerana:-


- kaedah ini melatih murid-murid membuat pemerhatian, menjalankan ujikaji, membuat
analisis dan kesimpulan secara sendiri
- murid-murid terlibat secara aktif dalam semua aktiviti pembelajaran
- murid-murid dipupuk dengan semangat “ingin tahu”

 Pengetahuan matematik yang diperolehi daripada kaedah inkuiri penemuan lebih bermakna
dan lebih kekal dalam ingatan
 Kaedah inkuiri penemuan menyerupai teori pembelajaran Jerome Brunner yang memberi
penekanan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

2
Kaedah Eksposisi
 Kaedah ini merupakan cara penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran kepada
murid-murid di dalam kelas melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan
mengajar sesuatu.
 Guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan telitin hingga
mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi penting dalam buku rekod
mereka.

Penerangan murid-murid mendengar murid-murid mengingat


Isi pelajaran penerangan guru dan merekod isi penting

 Guru boleh menggunakan kaedah ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip
atau teorem matematik.
 Cara-cara penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi adalah seperti berikut:

1. Menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep


matematik daripada buku teks matematik.
2. Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau pembinaan bentuk-bentuk
geometri.
3. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah matematik berdasarkan kemahiran-
kemahiran yang telah dipelajari
4. Menerangkan konsep matematik dengan alat bantu mengajar.

 Kaerdah eksposisi adalah sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran matematik
dalam peringkat perkembangan.
 Dalam peringkat ini, guru boleh menghuraikan konsep matematik secara lisan sambil menulis
fakta-fakta yang penting supaya murid-murid dapat memahami konsep atau prinsipnya.
 Kebaikan kaedah eksposisi : guru dapat menjimatkan masa kerana dapat menyampaikan
semua maklumat tentang konsep matematik dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid
hanya duduk diam dan mendengar sahaja
 Kaedah eksposisi hanya sesuai dalam peringkat perkembangan sahaja. Jika digunakan
dalam keseluruhan waktu mengajar, kaedah ini kurang berkesan untuk aktiviti &P di sekolah
rendah.
 Kaedah eksposisi adalah serupa dengan teori pembelajaran Ausubel yang menggunakan
Pengelola awal untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru.

3
Kaedah Induktif
 Kaedah induktif digunakan untuk mendapatkan rumusan, fakta atau ciri am daripada kajian
ke atas beberapa contoh matematik yang khusus.
 Kaedah ini memerlukan murid-murid mengkaji contoh-contoh matematik, membuat
perbandingan dan penganalisaan sehingga mendapat rumusannya.

Mengkaji, Membuat rumusan


Contoh-contoh membanding dan
matematik khusus menganalisa
yang mengandungi contoh-contoh Mendapat fakta matematik
rumusan yang untuk membuat
sama generalisasi Mendapat konsep matematik

Mendapat hukum matematik

Proses pembelajaran melalui kaedah induktif

 Banyak hukum dan rumus matematik dapat dipelajari dengan menggunakan kaedah induktif.
 Dalam proses pembelajaran, murid-murid dikehendaki mengunakan pengetahuan sedia ada
untuk mencungkil ciri-ciri yang sama daripada contoh-contoh matematik yang diberikan.
 Contohnya, untuk mendapatkan hukum tukar tertib dalam operasi darab:
- murid-murid diberikan beberapa pasangan contoh operasi darab yang berkaitan,
- Kemudian murid-murid membuat generalisasi daripada contoh-contoh itu sehingga
mendapat hukum tukar tertib dalam operasi darab
- Rajah berikut menunjukkan suatu proses pembelajaran menggunakan kaedah induktif
untuk mendapat hukum a x b = b x a

4x2=8
2x4=8

5 x 3 = 15 4x2=2x4
3 x 5 = 15 5x3=3x5 axb=bxa
6x5=5x6

6 x 5 = 30
5 x 6 = 30

4
Kaedah Deduktif

 Kaedah deduktif boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang menggunakan rumus, hukum atau
teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau generalisasi
matematik yang baru.
 Kaedah lebih kompleks kerana memerlukan murid-murid yang mempunyai pengalaman luas
dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau teorem
matematik baru.

Rumus, hukum atau Rumus, hukum atau


teorem matematik teorem matematik
yang telah diketahui Kaedah deduktif yang baru diperolehi

Proses pembelajaran matematik melalui kaedah deduktif

 Contohnya: Untuk mendapatkan rumus luas segitiga.


- Murid-murid harus mengetahui rumus luas segiempat terlebih dahulu
- Kemudian mereka dibimbing untuk membahagikan segiempat tepat kepada dua segitiga
bersudut tegak yang sama
- Seterusnya murid mendapat rumus luas segitiga dengan membahagi rumus luas
segiempat tepat dengan 2

Rumus luas segiempat Bahagikan luas Rumus luas


tepat yang diketahui segiempat tepat segitiga bersudut
kepada dua bahagian tegak
yang sama
pxl
pxl Luas =
I 2
I pxl
p 2
I
p
p

Pengajaran luas segitiga bersudut tegak melalui kaedah deduktif

5
Teknik Tunjukcara (Demonstrasi)

 Tunjukcara atau demonstrasi adalah suatu teknik P&P yang melibatkan kemahiran guru
mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid.
 Teknik tunjukcara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama dengan
aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid.
 Teknik ini digunakan secara meluas untuk hampir semua mata pelajaran di sekolah.
Contohnya:
-Matematik : mendemonstrasikan cara membina sudut dengan protraktor
-Sains : mendemonstrasikan sesuatu eksperimen untuk membuktikan daun
mengandungi kanji

 Prinsip-prinsip tunjukcara

Sebelum demonstrasi

 Topik, objektif dan kandungan tunjukcara ditentukan terlebih dahulu


 Alatan dan radas disedia dan disusun mengikut langkah demonstrasi yang ditentukan
 Tempat disediakan- pastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas
 Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang boleh
mengakibatkan kemalangan
 Beritahu kepada murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya
mereka dapat mencontohi tanpa melakukan kesilapan

Semasa demonstrasi

 Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti
demonstrasi
 Jika murid ragu, guru terangkan langkah itu sekali lagi
 Boleh gunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid
 Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru
dengan jelas
 Jika masih ada masa, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali
lagi untuk mengukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya

Selepas demonstrasi

 Bincang dengan murid bahagian-bahagian demonstrasi yang penting


 Bincangkan tujuan demonstrasi supaya murid dapat buat rumusan dengan tepat
 Adakan aktiviti pengukuhan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru
atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

6
 Tujuan Tunjukcara
1. Murid dapat mencontohi dengan lebih tepat serta mudah untuk mereka laksanakan
sendiri
2. Demonstrasi yang baik dapat mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah
melaksanakannya
3. Memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat untuk belajar
4. Murid dapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh
5. Guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Mutu persembahan murid
dapat dipertingkatkan
6. Dapat membina keyakinan murid supaya dapat melaksanakan demonstrasi secara
individu
7. Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjukcara
8. Dapat mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya
9. Murid tidak akan melaksanakan aktiviti sesuka hati dan dapat mengelakkan sebarang
kemalangan.

 Langkah-langkah pengajaran melalui tunjukcara

Perancangan - Penentuan topik dan objektif


- Perancangan langkah-langkah demonstrasi
- Persediaan alatan dan radas

Pelaksanaan - Penerangan tujuan demonstrasi


- Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup
- Penggunaan alat/radas mengikut langkah-langkah yang disediakan
- Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian

- Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran


Latihan
- Guru membetulkan kesilapan murid

- Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan


Penutup - Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang
berkaitan

7
Kaedah Kerja Praktik
 Kerja praktik ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan hasil
daripada kerjanya.
 Antara kepentingan kaedah kerja praktik ialah:
- Merupakan suatu kaedah yang dapat melatih murid menggunakan ABM untuk
belajar konsep atau fakta matematik.
- Murid dapat menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik.

Konsep matematik

Aktiviti dengan Fakta-fakta matematik


Masalah penggunaan
matematik alatan
Kemahiran matematik

Penyelesaian masalah

Proses pembelajaran melalui kaedah kerja praktik

- Dalam P&P Matematik, kaedah kerja praktik digunakan secara meluas kerana
banyak konsep dan kemahiran matematik diajar dan dipelajari secara
mudah
 Antara contoh aktiviti matematik yang boleh dijalankan menggunakan kaedah kerja praktik:

1. Membimbing murid menggunting atau melipat kertas atau kad manila kepada beberapa
saiz yang sama untuk mempelajari konsep pecahan
2. Membimbing murid membahagikan suatu segiempat tepat dengan melukis petak-petak
kecil sama saiz (konsep luas)
3. Menggunakan alat pengukur spt pembaris, penimbang berat dan silinder bersenggat
(konsep panjang, berat dan isipadu cecair)
4. Menggunakan benda-benda maujud seperti biji guli, biji getah atau abakus (kemahiran
membilang dan menjalankan operasi tertentu untuk mendapat jawapan)
5. Membuat model-model geometri seperti kuboid, kubus, silinder, kon, piramid dsb
(mempelajari ciri-ciri bongkah)

- Kaedah kerja praktik sesuai digunakan dalam aktiviti pembelajaran matematik


yang dapat memberi erti serta keyakinan kepada murid terhadap
pembelajaran mereka.
- Murid lebih mudah memahami dan mengingati konsep dan kemahiran
matematik melalui kerja sendiri
- Murid-murid bukan sahaja dapat latihan psikomotor tetapi juga keseronokan
dalam aktiviti pembelajaran matematik

8
Kaedah Makmal

 Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah kerja praktik, kaedah inkuiri penemuan serta
penggunaan sudut matematik dalam kelas
 Untuk pembelajaran matematik, murid-murid memerlukan aktiviti-aktiviti konkrit untuk
memahami simbol dan tatatanda matematik yang abstrak
 Kajian Piaget, Brunner dan Dienes membuktikan bahawa makmal atau sudut matematik
dapat memainkan peranan dalam pembelajaran matematik yang bermakna
 Antara kepentingan aktiviti makmal atau sudut matematik ialah dapat:
- menolong membina konsep yang tepat
- melatih murid dalam kemahiran penyelesaian masalah matematik
- menggalakkan murid meneroka idea-idea matematik melalui pelbagai aktiviti di bawah
pengelolaan guru
- membolehkan murid-murid mememui prinsip, hukum, teorem matematik dengan
menggunakan sumber arau alatan matematik di makmal
- menggalakkan murid membina model-model matematik yang akan memberi gambaran
secara konkrit konsep-konsep matematik yang abstrak
- membantu murid melakukan aktiviti menyelesaikan masalah seperti mengenalpasti
masalah, membentuk strategi penyelesaiannya, melaksanakan program penyelesaian serta
menilai keputusan kajian masalah.
- menemui sesuatu generalisasi terhadap pembentukan masalah matematik
- menggalakkan murid menguasai kemahiran mengukur dan membuat penghampiran
dengan unit ukuran dan sukatan

 Strategi P&P dalam makmal matematik:

- Aktiviti berorientasikan murid secara individu (tidak bermakna murid bebas tanpa
rancangan dan kawalan)
- Guru memainkan peranan dalam perancangan aktiviti yang sesuai dan boleh dilaksanakan
dalam makmal matematik
- Guru harus merancang strategi pembelajarannya seperti prosedur melaksanakan aktiviti
ujikaji, mendapat alatan lengkap, mengatur kumpulan dengan membahagikan tugas
kepada setiap orang murid untuk menjalankan aktiviti masing-masing

 Contoh aktiviti dalam makmal matematik

- mengkaji ciri-ciri bongkah seperti kubus dengan mengukur sisinya


- mengkaji pola, perkaitan atau hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum
sekutuan dan membina set-set bilangan benda dan menjalankan operasinya
- mencari rumus luas segiempat melalui aktiviti melukis petak atas kad manila, membilang
petak-petaknya danmembandingkan bilangan petak dengan operasi darab panjang dan
lebar
- mengkaji ciri-ciri bongkah supaya dapat membinamodel-model geometri
- menguasai kemahiran operasi-op[erasi nombor dengan menggubnakan benda-benda
maujud dalam makmal matematik
- mendapat perkaitan di antara unit-unit ukuran dan sukatan dengan menggunakan alat
penyukat, penimbang dan pengukur .

9
Pembelajaran Koperatif

 Pembelajaran koperatif ialah suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu
dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
 Pembelajaran koperatif juga merupakan kaedah pembelajaran kerjasama yang
memerlukan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran rakan sepasukan mereka, selain daripada pembelajaran diri sendiri.
 Kepentingan pembelajaran koperatif:
- meningkatkan pencapaian pelajar, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran sosial dan
interaksi kumpulan serta berkeyakinan dan saling menghormati
- menggalakkan pelajar yang lemah dan berfikiran negatif terhadap matematik bersama-
sama pelajar yang lain dalam kumpulan tersebut berkongsi pandangan dan berbincang
untuk menyelesaikan masalah matematik
- dapat meningkatkan potensi pencapaian harga diri dan kemahiran sosial pelajar
(menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain)

 Empat contoh pembelajaran koperatif : perbincangan, sumbangsaran, projek dan permainan

PERBINCANGAN

 Kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan murid dalam
kelas
 Satu jenis aktiviti pembelajaran yang menggalakkan murid bertukar-tukar fikiran serta
berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan guru.
 Sebahagian topik dalam mata pelajaran matematik boleh menggunakan kaedah perbincangan
contohnya cara penyelesaian masalah matematik yang kompleks
 Peringkat permulaan : guru kemukakan topik perbincangan dan soalan-soalan berkaitan
sesuatu topik
 Peringkat pertengahan : murid-murid melakukan aktiviti perbincangan dan digalakkan
memainkan peranan aktif untuk memberikan pandangan masing-masing. Segala aktiviti
perbincangan dijalankan oleh murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.
 Peringkat akhir : guru mrmbimbinr murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan.

Bentuk Perbincangan

1. Perbincangan keseluruhan kelas : Diketuai dan diarahkan oleh guru


2. Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil : Diketuai oleh murid

Tujuan Perbincangan

 Menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan
pandangan dengan sistematik dan tepat.
 Melatih murid berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang menarik, mengemukakan
pandangan dengan jelas, tepat dan logik
 Memberi peluang murid menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi
secara berkesan antara satu sama lain
 Memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif.

10
Prinsip-prinsip perbincangan

1. Pemilihan topik perbincangan


- Guru pilih topik berasaskan pengalaman, kebolehan dan minat murid
- Tujuannya untuk membolehkan ramai murid menyertai aktiviti perbincangan
- Elakkan topik sensitif. Pilih topik yang mendatangkan faedah kepada semua murid
- Skop tajuk yang dipilih harus jelas dan khusus, sesuai dengan peruntukan masa..

2. Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum perbincangan
dimulakan. Ini membolehkan murid membuat persediaan.
3. Pilih pengerusi dan pencatat dikalangan murid untuk mengendalikan perbincangan.
4. Beritahu cara dan pertuturan perbincangan terlebih dahulu untuk memastikan
perbincangan berjalan lancar dan tidak terpesong dari tujuan asal.
5. Guru harus menggalakkan dan membimbing setiap murid melibatkan diri secara aktif
dalam sesi perbincangan. Guru harus elakkan diri dari mengambil bahagian . Peranan guru
terhad sebagai fasilitator sahaja.
6. Galakkan murid mencatat idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa.
7. Buat rumusan idea-idea yang dicatatkan di akhir perbincangan. Rumusan ini akan menjadi
pertimbangan sasa bagi pengerusi membuat ulasan.
8. Sedikit peruntukan masa untuk guru atau pengerusi membuat ulasan untuk murid
menyedari pencapaian tujuan perbincangan.
9. Sebelum akhir perbincangan, berikan pujian kepada murid yang telah menyertai aktiviti.

Jenis-jenis perbincangan

 Antara sesi pebincangan yang biasa dipilih sebagai strategi P&P dalam kelas ialah
sumbangsaran, seminar, forum dan sesi buzz

11
Sumbangsaran

 Merupakan salah satu jenis kaedah penyelesaian masalah.


 Tujuan utama sumbangsaran sebagai strategi P&P ialah untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
 Kadangkala dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming) yang membolehkan
setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik
perbincangan.
 Sumbangsaran menggunakan teknik sesi buzz untuk mendapatkan idea yang boleh
memberikan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan.
 Dalam situasi bilik darjah, sesi sumbangsaran boleh dikendalikan seperti sesi buzz.
 Langkah-langkah sumbangsaran:
Peringkat Permulaan
- ProsesP&P dimulakan dengan guru mengemukakan satu atau beberapa topik
perbincangan berbentuk soalan bermasalah.
- Guru menerangkan tujuan perbincangan dan memberi garis panduan untuk menjalankan
perbincangan.
- Murid-murid dibahagi kepada kumpulan kecil (6 – 10 orang). Lantik seorang pengerusi.
- Setiap kumpulan diberikan satu topik perbincangan

Peringkat Perbincangan
- Ahli kumpulan menyumbangkan idea.
- Idea-idea dicatat oleh seorang pelapor dikalangan ahli dalam kumpulan kecil.

Peringkat Penilaian dan Rumusan


- Kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap
cadangan atau idea yang dikemukakan.
- Guru akan membimbing murid membuat keputusan atau rumusan yang kemudian
direkodkan dalam buku nota mereka.

 Tujuan Sumbangsaran:
1. Murid dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan
analitis
2. Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi maklumat antara satu sama lain
3. Meningkatkan mutu penguasaan kemahiran lisan
4. Melatih murid berusaha menyelesaikan masalah penting bersama-sama

12
 Prinsip-prinsip Sumbangsaran:
1. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid
2. Garis panduan yang diberikan ringkas dan jelas
3. Setiap kumpulan mengandungi ahli yang terdiri daripada pelbagai kebolehan.
4. Setiap kumpulan memilih pengerusi yang boleh menggalakkan ahlinya mengemukakan
cadangan dan idea berkaitan dengan topik perbincangan.
5. Semua cadangan/idea dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
6. Cadangan/idea walaupun salah, tidak boleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya dibuat
pada peringkat perbincangan yang akhir.
7. Setiap ahli diberi giliran untuk mengemukakan cadangan.
8. Ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W (iaitu: What? Why? Who? Where? When?)
untuk memperluaskan idea penyelesaian masalah.
9. Ahli digalakkan menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh untuk meningkatkan
kemungkinan penyelesaian.
10. Wujudkan suasana tidak formal untuk menggalakkan perbincangan.
11. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

 Contoh soalan-soalan untuk sesi sumbangsaran:


 Apakah maklumat penting dalam soalan bermasalah ini?
 Apakah yang hendak diseselaikan?
 Bagaimana kita gunakan maklumat yang diberi untuk menyelesaikan masalah itu?
 Apakah kaedah yang sesuai digunakan? Mengapa?

 Kelebihan sumbangsaran:
1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk mencadangkan pendapatnya
2. Idea-idea penyelesaian didatangkan daripada murid-murid sendiri
3. Strategi pembelajaran berpusatkan murid
4. Sesi sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat
secara analitis, kritis dan rasional.
5. Memperkukuhkan dan meningkatkan penguasaan kemahiran lisan.
6. Melatih murid menghormati pendapat orang lain
7. Meningkatkan kemahiran interaksi antara murid
8. Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi ke arah menyelesaikan masalah

 Kelemahan sumbangsaran:
1. Murid kurang cerdas mungkin tidak dapat memberi sumbangsaran yang berpetutan
2. Cara menyelesaikan masalah memakan masa yang banyak
3. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan
berkesan kerana kurang pengalaman serta aras kognitif mereka rendah.
4. Banyak masa disia-siakan jika murid menggunakan lebih masa untuk berbual-bual
daripada memberi sumbangan.
5. Terlalu banyak pendapat/idea akan menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai
idea pada peringkat akhir.
6. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akhir akan menimbulkan
perasaan kecil hati murid berkenaan.
7. Sukar menggubal soalan perbincangan yang sesuai.

13
PROJEK

 Kaedah projek disarankan oleh Profesor William Kilpatrick (1871 – 1965) dengan
pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey.
 Ia berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pempelajaran murid akan menjadi lebih
berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik
 Kaedah ini menyarankan murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan
lawatan.
 Melalui kaedah ini, murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan
perhatian dalam situasi sebenar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan
 Aktiviti melalui kaedah projek dijalankan selepas murid menguasai kemahiran tertentu.
 Contohnya: Selepas murid menguasai kemahiran mengira min, mereka diberi projek
menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan min umur murid dalam kelas mereka.
 Kerja projek boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.
 Untuk mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan, perkara-perkara berikut perlu diambil
perhatian:
1. Tentukan objektif dan aktiviti kerja projek berdasarkan kecenderungan dan
kemahiran murid.
2. Guru / murid harus menyediakan bahan-bahan atau alat-alat yang diperlukan untuk
pelaksanaannya.
3. Adakan rancangan yang baik dan loengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap
kumpulan untuk menjamin kelicinan pelaksanaannya.
4. Tentukan kerja mana yang memerlukan bimbingan guru dan mana yang perlukan
pimpinan murid kumpulan cerdas.
5. Tentukan cara mempamerkan hasil kerja murid, cara menyimpan dan penggunaannya
sebagai ABM.

Projek Kaji Selidik

 Prinsip-prinsip perancangan dan pelaksanaan projek kaji selidik:


1. Guru harus menentukan topik kajian yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan
murid
2. Tentukan tujuan dan langkah-langkah untuk menjalankan kaji selidik dan berikan kepada
murid.
3. Guru boleh sediakan alat kajian seperti senarai semak, soalan-soalan yang perlu dijawab
serta bahan-bahan yang diperlukan.
4. Pastikan kaji selidik yang dijalankan adalah selamat dan setiap murid dalam
kumpulannya benar-benar melibatkan diri.
5. Guru bertindak sebagai fasilitator semasa aktiviti dijalankan
6. Hasil kaji selidik dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti kajian telah selesai.

14
 Kelebihan Projek Kaji Selidik
 Memberi peluang kepada murid mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara
sendiri
 Murid dapat menggunakan deria mereka secara maksimum untuk memerhati,
menganalisis, mentafsir serta membuat rumusan.
 Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik
darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar
 Mendorong murid belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna
 Memupuk semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif berdasarkan kumpulan
pelbagai kebolehan
 Mengembangkan potensi murid dari segi JERI
 Memperkukuhkan kemahiran yang mereka baru kuasai

 Kelemahan Projek Kaji Selidik


 Murid sekolah rendah kurang matang dan kurang pengalaman adalah tidak sesuai
menjalankan aktiviti kajian seperti ini.
 Perlukan banyak tenaga dan masa dari segi perancangan dan pengurusan
 Murid yang lembab kurang upaya mentafsir dan membuat rumusan yang tepat
 Tidak ramai murid yang mendapat faedah daripada kaji selidik ini.

Projek Hasil Tangan

 Merupakan satu kerja projek atau pengayaan yang dijalankan oleh seseorang atau
sekumpulan murid selepas menguasai kemahiran tertentu.
 Tujuan : untuk mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid.
 Biasanya diadakan selepas murid memperolehi ilmu dan kemahiran tertentu.
 Prinsip melaksanakan projek hasil tangan :
1. Tentukan objek hasil tangan yang diberi adalah berdasarkan minat dan kebolehan murid
2. Sediakan bahan-bahan yang mencukupi untuk murid membuatnya
3. Berikan penerangan tentang langkah-langkah menghasilkan objek itu
4. Tunjukkan contoh atau beri tunjuk cara bagaimana menghasilkan objek itu
5. Tetapkan tempoh masa untuk menghabiskan projek
6. Adakan perbincangan tentang tugasan yang telah dibuat
7. Pamerkan objek yang dihasilkan dengan baik dan menarik sebagai galakan

 Kelebihan projek hasil tangan


 Memupuk minat pembelajaran dan daya kreatif murid
 Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk
menghasilkan sesuatu
 Memberi peluang murid menggunakan masa lapang dengan berfaedah
 Membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta bangga apabila sesuatu objek dapat
dihasilkannya dengan baik dan dipamerkan.
 Mendorong murid supaya terus berusaha lebih tekun lagi

15
 Kelemahan projek hasil tangan
 Memerlukan banyak tenaga dan masa untuk menguruskannya
 Perbelanjaan untuk menghasilkan projek melibatkan kos yang tinggi
 Murid yang menghasilkan objek kurang menarik dan tidak mendapat peluang untuk
dipamerkan akan merasa kecewa
 Perasaan negatif mungkin mendatangkan kesan buruk terhadap pembelajaran mereka
pada masa depan

 Contoh Projek Hasil Tangan di Bilik Darjah


Mata pelajaran : Matematik
Tajuk : membuat binaan daripada objek-objek tiga matra
Alatan : Kad manila, kertas tebal, pensel, pembaris, gam, kanji, gunting

Langkah-langkah mengajar:

Langkah permulaan :
- Guru bertanya murid bentuk-bentuk tiga matra
- Murid cuba memberikan contoh bentuk-bentuk tersebut
- Guru menunjukkan beberapa contoh binaan yang disusun daripada bentuk-bentuk tiga
matra
- Murid kemudiannya diberi penerangan tentang alat dan bahan yang digunakan untuk
membentuk binan itu.

Langkah II
- Guru mrnunjukkan cara membuat binaan daripada berbagai bentuk
- Murid memerhatikan demonstrasi guru

Langkah III
- Guru mrngarahkan murid memulakan aktiviti membuat binaan
- Murid melakukan kerja mengikut masa yang ditetapkan

Langkah IV
- Guru mrngumpul dan menilai hasil kerja murid: akhirnya berbincang dengan murid
tentang kegunaan binaan
- Guru mempamerkan hasil kerja murid yang menarik

 Contoh lain : Melukis logo menggunakan bentuk-bentuk geometri.

16
PERMAINAN

 Konsep: Main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid
melakukan aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal.
 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berpura-pura merujuk kepada peristiwa, permainan
berunsur pendidikan, masalah dan situasi dalam konteks sebenar.
 Penggunaan aktiviti sebagai strategi P&P di bilik darjah berlandaskan prinsip bermain
sambil belajar
 Kanak-kanak suka bermain kerana aktiviti ini sejajar dengan naluri semula jadi mereka
 Tujuan permainan:
- merupakan aktiviti yang boleh mengembangkan kemahiran psikomotor, bahasa
muzik dan ekspresi kendiri kanak-kanak di peringkat awal
- Permainan sebagai teknik mengajar membuktikan permainan adalah penentu penting
dalam perkembangan intelek, jasmani, rohani, sosial serta daya cipta kanak-kanak.
- Dapat memperkuatkan keupayaan berfikir serta menjadikan pembelajaran lebih
bermakna semasa mereka menjalani aktiviti permainan
- Dapat memupuk nilai sosial dalam jiwa kanak-kanak
- Dapat mempelajari cara berkomunikasi melalui kemahiran bahasa dengan rakan-rakan
sebaya mereka
- Menimbulkan perasaan gembira serta memperkukuhkan kemahiran yang baru dikuasai
- Menambah motivasi, menggalakkan interaksi serta menyatupadukan murid-murid
yang mempunyai pengalaman dan potensi yang berlainan.
 Prinsip-prinsip permainan
1. Aktiviti permainan dijalankan selepas penguasaan kemahiran tertentu.
2. Jenis aktiviti yang dipilih haruslah sesuai dengan objektif, pengalaman, kemahiran,
kebolehan dan kecenderungan murid
3. Sebelum aktiviti permainan:
- guru merancang serta menyediakan alat permainan
- memberi penerangan tentang tujuan, peraturan dan cara bermain kepada murid
- tetapkan masa bermain

4. Semasa aktiviti permainan


- guru mengawal dan memerhatikan murid serta memastikan setiap murid melibatkan diri
secara aktif serta bermain dengan mengikut peraturan yang ditetapkan
- pastikan murid boleh mendapat faedah dan bukan untuk menghiburkan diri semata-mata

5. Selepas aktiviti permainan


- semua alat permainan dikutip dan disimpan
- adakan perbincangan tentang kesan permainan
- adakan aktiviti penilaian untuk mengetahui sama ada permainan telah mencapai
objektifnya atau tidak

 Jenis-jenis cara main


 Main sendiri (solidarity play): main secara perseorangan
 Main koperatif (cooperative play) : main secara berkumpulan dengan kerjasama di antara
ahli kumpulan
 Main selari (parallel play) : permainan yang mengandungi aktiviti pasukan

17
 Main asisiatif (associative play) : main berkawan yang biasanya mengandungi pasangan
murid

 Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti bermain


Langkah I : Perancangan
- Penentuan jenis aktiviti permainan
- Penyediaan alat permainan
- Penetapan peraturan permainan
- Penetapan masa permainan

Langkah II : Permulaan
- Penerangan tujuan , peraturan dan masa permainan
- Penerangan cara permainan

Langkah III : Permainan


- Murid-murid menjalankan aktiviti permainan
- Guru mengawas, memerhati dan membimbing

Langkah IV : Penilaian
- Guru menilai hasil permainan
- Guru mengumumkan keputusan permainan

Langkah V : Perbincangan
- Guru berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti permainan yang dijalankan
- Guru membimbing murid-murid membuat rumusan

Langkah VI : Penutup
- Murid-murid mencatat rumusan dalam buku nota
- Pengutipan dan penyimpanan alat permainan

Contoh permainan Matematik


Tajuk : Membentuk gambar daripada tangram
Alatan : Tangram (10 set)
Cara bermain : 1. Murid-murid dibahagikan kepada 10 kumpulan pelbagai kebolehan
2. Setiap kumpulan diberikan satu set tangran untuk membentuk satu gambar yang
menarik dalam masa 10 minit
3. Guru menjadi hakim pertandingan.

Langkah I (permulaan) :
- Guru menerangkan tujuan, peraturan dan masa membentuk tangram
- Guru mendemonstrasika satu cara membentuk gambar daripada tangram
Langkah II (permainan)
- Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan pelbagai kebolehan
- Setiap seorang ketua mendapat satu set tangram
- Ketua kumpulan membimbing ahlinya membentuk gambar yang menarik
Langkah III (penilaian)
- Selepas 5 minit. Guru memberhentikan aktiviti permainan
- Guru menilai hasil pembentukan setiap kumpulan
- Guru mengumumkan keputusan pertandingan
Langkah IV (perbincangan)
- Guru menyuruh murid menyebutkan luas gambar yang telah dibentuk
- Guru membimbing murid membuat rumusan luas gambar dibentuk adalah sama dengan luas
tangram itu

18
Langkah V (penutup)
- Murid-murid disuruh menyalin gambar yang dibentuk dalam buku latihan dan menulis luas
gambar itu di bawahnya
- Ketua kumpulan mengutip tangram dan menyerahkannya kepada guru

19

You might also like